shalehudin |
- 'Barack Obama' bodoh - Fidel Castro... kahkahkah...
- Berita baik 1Malaysia, cukong dok bertetak sama sendiri... kahkahkah...
- Ada orang kata dia ni bangsa Umno... hihi...
- Kucin tumbuh tanduk la kalau nak tunggu Umno mintak maaf kat Raja2
- Jemputan ke program lawan kerajaan... kahkahkah...
- Najib jadi mamai, 60 tahun PAS orang tak ramai... haha...
- Sah, sah... UMNO dah kudung kepala... haha...
- Utusan saman orang kuat 1Malaysia... kahkahkah...
- Umno tok sah baca la, hampa memang jenih tak paham...
- Jaminan Najib tentang Hudud: Nak paksi pada realiti...
- Aku sokong blogger Umno nih, Tsu Koon memang gila... kahkahkah...
- 'Barack Obama' bodoh - Fidel Castro... kahkahkah....
- Bala, nak jadi Polis kat negara orang...
- Penghina agama dikesan di Sweden
- Bos Umno sendiri kata budak ni baguih... kahkahkah...
- Ust Azhar Idrus - persenda agama, batal Islam
'Barack Obama' bodoh - Fidel Castro... kahkahkah... Posted: 02 Oct 2011 11:00 AM PDT HAVANA 1 Okt. - Bekas Presiden Cuba, Fidel Castro menggelar Barack Obama sebagai bodoh selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menyatakan hubungan kedua-dua negara akan bertambah baik jika berlaku perubahan politik dan sosial di Cuba. Castro dalam penulisan yang disiarkan media rasmi turut menyindir kenyataan Obama itu. "Baiknya. Pandainya. Namun, di sebalik 'kebaikan' itu, Obama masih tidak memahami bahawa sekatan ekonomi selama 50 tahun dan jenayah yang dilakukan AS terhadap Cuba tidak akan mampu mengubah rakyat negara ini. "Banyak perkara akan berubah di Cuba tetapi perubahan itu adalah usaha kami dan bukannya AS. Mungkin empayar itu (AS) akan runtuh terlebih dahulu," katanya yang dipetik oleh Huffington Post. Castro sebelum ini memuji Obama apabila beliau dilantik sebagai presiden kulit hitam pertama AS pada 2008. Bagaimanapun, bekas Presiden Cuba itu menunjukkan kekecewaannya ketika hubungan Cuba-AS masih kekal di peringkat sama. Castro turut mengkritik keputusan hakim AS baru-baru ini yang memutuskan seorang pegawai perisikan Cuba, Rene Gonzalez perlu menjalani perintah parol di AS selepas hukuman penjaranya tamat. ''Inilah cara empayar memberi maklum balas terhadap permintaan dunia untuk pembebasan Gonzalez dan tiga ejen perisikan lain. ''Jika tidak, empayar itu tidak lagi akan menjadi sebuah empayar dan kebodohan Obama tidak akan berlanjutan,'' ujarnya. - AGENSI |
Berita baik 1Malaysia, cukong dok bertetak sama sendiri... kahkahkah... Posted: 02 Oct 2011 09:30 AM PDT Soi Lek pula serang, label Tee Keat tidak relevan kepada MCA Chua Soi Lek telah bertindak menyerang balik Ong Tee Keat sambil menyifatkan bekas presiden itu sebagai tidak relevan kepada MCA. "Ong Tee Keat tidak relevan kepada kami. Beliau akan kekal sebagai nota kaki dalam sejarah MCA," kata Dr Chua (gambar) kepada pemberita hari ini. Pagi ini, ketika Dr Chua menyampaikan ucapan pada perhimpunan agung ke-58 parti itu, Ong meneruskan serangan dengan menegaskan, ia bukan sahaja tidak relevan lagi, malah berada dalam sindrom penafian. Ong mempersoalkan Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang semalam menafikan dakwaan bahawa parti itu tidak relevan lagi. "Tiong Lai dan Ka Siong menafikan MCA tidak relevan lagi. Kini (parti) dalam keadaan tidak relevan dan (dibayangi) sindrom penafian. "Penafian Tiong Lai (mengenai kenyataan) MCA sudah tidak relevan lagi bukan sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan penafian beliau berkaitan insiden (hospital) Tung Shin (pada 9 Julai lalu)," kata Ong dalam mesej dihantar menerusi Twitter. Dr Chua yang kelihatan tersinggung dengan kenyataan Ong berkata, bekas presiden MCA itu tidak pernah membawa pembaharuan ke dalam parti ketika memegang jawatan itu, sebaliknya hanya menghukum ahli-ahli yang menentang beliau. "Beliau pernah ada peluang untuk mengetuai MCA, beliau tidak pernah buat apa-apa untuk membawa pembaharuan. "Pembaharuan yang hanya kita adakan adalah terlalu banyak EGM (perhimpunan agung tergempar)... selama 17 bulan di bawah Ong, kita ada tiga EGM, jika anda mengira satu yang diadakan oleh Liow Tiong Lai," kata Dr Chua dengan menyindir kepimpinan Ong. "Anda tiada keyakinan ke atas MCA, mengapa anda mahu bertanding sebagai calon di bawah lambang Barisan Nasional, MCA? Letak jawatan jika tiada kepercayaan dalam parti," kata Dr Chua lagi. |
Ada orang kata dia ni bangsa Umno... hihi... Posted: 02 Oct 2011 09:05 AM PDT |
Kucin tumbuh tanduk la kalau nak tunggu Umno mintak maaf kat Raja2 Posted: 02 Oct 2011 07:00 AM PDT Bila Umno Hendak Minta Maaf Kepada Raja - Raja Melayu Umno tunjuk hero lagi, konon membela Raja-Raja Melayu. Mereka cuba ambil kesempatan kononnya merekalah mempertahankan Raja-Raja Melayu. Sahlah pemimpin Umno manusia lidah bercabang. Ketika berada keadaan lemas apa sahaja mereka akan lakukan. Jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik maka mereka akan menggunakan. Sekarang isu kononnya Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor murka, maka pemimpin Umno cuba tunjuk hero. YAB Lim Guan Eng telah memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Persoalannya bila pula Umno memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu? Rakyat tidak dengar pula, pemimpin Umno yang mengatakan Sultan Trengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusuh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu. Bila pula pemimpin Umno hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung Umno dan rapat umum ketika krisis Pindaaan Perlembagaan Umno 1983 dan 1991?. Bila umno hendak meminta maaf kepada Sultan Kelantan kerana begitu biadab sehingga tergamak melantik Sultan hanya di padang Sekolah sahaja? Mungkin pemimpin Umno lupa dan kita cuba peringatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu. Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin Umno buat-buat lupa. |
Jemputan ke program lawan kerajaan... kahkahkah... Posted: 02 Oct 2011 05:30 AM PDT FORUM MAHASISWA DI DEWAN PERHIMPUNAN CHINA Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang merupakan sebuah koalasi beberapa gerakan mahasiswa diperingkat nasional dengan Forum Mahasiswa Untuk Negara sukacitanya akan menganjurkan Forum Mahasiswa Untuk Negara seperti ketetapan berikut : Tajuk Forum : SISTEM POLITIK MALAYSIA : TRANSFORMASI vs REFORMASI Tarikh : 4 Oktober 2011 Hari : Selasa Masa : 8.30 malam - 11.00 malam Tempat : Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Ahli Panel : 1) Sdr. Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. 2) Sdr. Muhammad Safwan Anang Talib; YDP Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) 3) Sdr. Ahmad Fahmi Samsuddin; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Moderator : Sdr. Adam Adli; Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI. Forum yang memfokuskan kepada sistem politik negara ini akan mengupas kepada beberapa subjek-subjek utama ke arah pembinaan negara yang lebih matang pada masa akan datang dan diharapkan supaya ia mampu memberi pendedahan rakyat Malaysia khususnya mahasiswa kepada struktur pembinaan negara yang utuh yang dapat menjamin kepada 'Good Governance' itu sendiri. Selain itu, forum yang bertemakan 'Mahasiswa Untuk Negara' ini juga akan mengupas beberapa intipati Deklarasi Mahasiswa Malaysia yang telah dilancarkan dalam Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 3.0 pada minggu lalu terutamanya dalam konteks Politik iaitu 'Political Reform' yang akan diperjuangkan oleh mahasiswa. Oleh yang demikian, saya mewakili gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan berbesar hatinya menjemput tuan/puan untuk hadir ke Forum Mahasiswa Untuk Negara seperti butiran yang telah dinyatakan di atas. Forum anjuran SMM ini juga mendapat sokongan daripada : 1) Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 2) Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) 3) Student & Youth Democratic Movement (DEMA) 4) Pro Mahasiswa Nasional (Pro M) 5) Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) 6) Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) 7) Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) 8) Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) 9) Sister In Movement (SIM) 10) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) 11) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) 12) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Untuk maklumat lanjut tentang forum, boleh ikut twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di @MahasiswaMsia Sekian, terima kasih. Solidariti Untuk Negara, |
Najib jadi mamai, 60 tahun PAS orang tak ramai... haha... Posted: 02 Oct 2011 03:30 AM PDT |
Sah, sah... UMNO dah kudung kepala... haha... Posted: 02 Oct 2011 02:30 AM PDT |
Utusan saman orang kuat 1Malaysia... kahkahkah... Posted: 02 Oct 2011 01:48 AM PDT Utusan buat laporan polis ke atas Namewee Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan, didakwa lucah terhadap syarikat milik Umno itu dan wartawannya Fauziah Arof, yang dikeluarkan oleh penyanyi rap berkontroversial Wee Meng Chee atau dikenali Namewee menerusi satu klip video Internet baru-baru ini. Mingguan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, laporan itu dibuat berikutan atas alasan Namewee (gambar) menyalah guna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia dan mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel "Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee..." yang disiarkan bulan lalu. Akhbar edisi Ahad memetik Penasihat Undang-undang Kumpulan Utusan Mohd. Jefri Daman berkata, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan. "Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah," katanya. Ia tidak menyebut bila laporan itu dibuat tetapi laporan ini diterbitkan dua hari selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Wee, penulis lirik dan pembikin filem yang berkontroversi, sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia. Beliau menyatakan demikian meskipun banyak pihak mahu tindakan dikenakan ke atas penerbit "Nasi Lemak 2.0" kerana didakwa mengkritik negara. Najib berkata Wee seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya. Dalam artikel itu penulis akhbar itu berkata tidak akan memberi sokongan kepada filemnya walau ia menerima pujian sebanyak mana sekalipun. Katanya, meskipun filem itu penuh dengan artis besar dan terkenal seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, dia tetap akan menutup mata dan tidak mengendahkan filem Namewee yang menurut pengarah filem itu, di inspirasikan dari konsep 1 Malaysia. Kata akhbar itu ia bukan salah filem, jalan cerita, mahupun pelakon-pelakon filem itu tetapi kerana ia hasil karya Wee yang dahulunya pernah menghina pelbagai pihak dalam negara ini dan menghina lagu Negaraku. Namewee pula, siap buat video YouTube lagi untuk sampaikan balasan reaksinya terhadap kenyataan dalam artikel tu. Wee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam. Kata Najib, Wee dan beberapa pihak tertentu yang dikatakan menyokong Gagasan 1 Malaysia perlu terus menyokongnya melalui kreativiti mereka tersendiri. "Saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1 Malaysia," kata Najib yang juga Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kelmarin. Kata Najib, beliau menggalakkan Wee untuk terus memberi segala pandangannya melalui cara sebagai pemblog atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1 Malaysia.- TMI |
Umno tok sah baca la, hampa memang jenih tak paham... Posted: 02 Oct 2011 12:30 AM PDT (Oleh: Masdar Wahid) SHAH ALAM: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan melaksanakan prinsip Islam bertentangan dengan realiti sebenar pentadbirannya, kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya. Sebagai contoh katanya, jika seseorang mendakwa dianiaya dan membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah, kerajaan sepatutnya membenarkan dan bukannya menolak kes itu ke mahkamah sivil. "Menghalang kes Qazaf dibicara di mahkamah Syariah bermaksud menafikan peranan mahkamah syariah itu sendiri. "Saya sebut ini tidak semestinya merujuk kepada kes Qazaf individu tertentu, tetapi persoalan penting dalam isu ini ialah menafikan peranan mahkamah syariah bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah (dalam Islam)," katanya. Beliau diminta mengulas kenyataan Najib pada 25 September lalu yang menyatakan kerajaan mengambil kira prinsip Maqasid Syariah dalam Islam iaitu matlamat untuk mempertahan Agama, nyawa, maruah, akhlak dan harta benda. Najib menjelaskan demikian ketika menegaskan kerajaan menolak hukum hudud semasa merasmikan karnival 1Malaysia di Batu Tualang, Batu Gajah Perak. Mengulas lanjut, Hashim berkata, prinsip Maqasid syariah tidak seharusnya menjadi sekadar ungkapan, tetapi harus dibuktikan melalui pelaksanaan. "Dalam konteks Malaysia, Najib sepatutnya mengamalkan Islam dalam seluruh kepimpinannya," katanya dihubungi Keadilandaily.com. Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak menghalang kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dibicarakan di Mahkamah Syariah. Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya pengadu dalam kes fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf. Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonan untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Ketua pembangkang itu. Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden – pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir. Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. |
Jaminan Najib tentang Hudud: Nak paksi pada realiti... Posted: 01 Oct 2011 11:36 PM PDT |
Aku sokong blogger Umno nih, Tsu Koon memang gila... kahkahkah... Posted: 01 Oct 2011 10:30 PM PDT Tsu Koon ... Menteri pemalas, tak ada bijik, tapi gila publisiti Tsu Koon yang kuat berhelah, kerja tidak tapi gila publisiti Lihatlah gambar atas dari blog Rocky Bru sini. Gambar atas telah dimodifikasikan dengan warna-warna kuning dan diletakkan gambar Koh Tsu Koon sekali. Padahal, dia tidak ada menonggang basikal bersama Perdana Menteri seperti gambar sebenar berikut: Itulah Koh Tsu Koon. Cara dia untuk menaikkan kembali politik Gerakan hanya dengan mementingkan publisiti untuk dirinya. HIngga orang mengata dia hanya seorang Menteri pengiring dan asyik syok sendiri diambil gambar bersama di mana Perdana Menteri berada. Tak sedar ke BN hilang Pulau Pinang kerana dia. Dahlah tu, tiada usaha dan gerak kerja dari Gerakan yang diussahakannya untuk menawan Pulau Pinang kmbali. Apa bila diajak jumpa dan rancang sesuatu untuk Pulau Pinang, dia hanya kata "biarkan DAP honeymoon." Tiada usaha darinya untuk menyerang atau mengkritik DAP. Mintak appointment sampai setahun tak diberi. Tapi masih mahu jadi Ketua Perhubungan BN Pulau Pinang. Bukankah lebih baik, tugas itu diberi kepada MCa atau setidaknya UMNO yang lebih berusaha. BUkan saja, Tsu Koon tidak kerja, malah gerakan pun tidak satu hati dalam BN lagi, Pemuda gerakan mahu keluar BN. Kalau gitu, silah. Sedarlah bahawa sokongan untuk Gerakan tak sampai 5%. Mungkin Tsu Koon sedar. Itu pasal dia hanya mementingkan diinya sahaja. Ura-ura kata dia nak mintak kerusi selamat untuk dia bertnding. Antaranya adalah SImpang Renggam. Unspinners britau satu saja pada Tsu Koon, "Pundek la ... Menteri tak ada bijik." - The Unspinners |
'Barack Obama' bodoh - Fidel Castro... kahkahkah.... Posted: 01 Oct 2011 08:37 PM PDT HAVANA 1 Okt. - Bekas Presiden Cuba, Fidel Castro menggelar Barack Obama sebagai bodoh selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menyatakan hubungan kedua-dua negara akan bertambah baik jika berlaku perubahan politik dan sosial di Cuba. Castro dalam penulisan yang disiarkan media rasmi turut menyindir kenyataan Obama itu. "Baiknya. Pandainya. Namun, di sebalik 'kebaikan' itu, Obama masih tidak memahami bahawa sekatan ekonomi selama 50 tahun dan jenayah yang dilakukan AS terhadap Cuba tidak akan mampu mengubah rakyat negara ini. "Banyak perkara akan berubah di Cuba tetapi perubahan itu adalah usaha kami dan bukannya AS. Mungkin empayar itu (AS) akan runtuh terlebih dahulu," katanya yang dipetik oleh Huffington Post. Castro sebelum ini memuji Obama apabila beliau dilantik sebagai presiden kulit hitam pertama AS pada 2008. Bagaimanapun, bekas Presiden Cuba itu menunjukkan kekecewaannya ketika hubungan Cuba-AS masih kekal di peringkat sama. Castro turut mengkritik keputusan hakim AS baru-baru ini yang memutuskan seorang pegawai perisikan Cuba, Rene Gonzalez perlu menjalani perintah parol di AS selepas hukuman penjaranya tamat. ''Inilah cara empayar memberi maklum balas terhadap permintaan dunia untuk pembebasan Gonzalez dan tiga ejen perisikan lain. ''Jika tidak, empayar itu tidak lagi akan menjadi sebuah empayar dan kebodohan Obama tidak akan berlanjutan,'' ujarnya. - AGENSI |
Bala, nak jadi Polis kat negara orang... Posted: 01 Oct 2011 07:38 PM PDT |
Penghina agama dikesan di Sweden Posted: 01 Oct 2011 06:00 PM PDT Makcik HAjjah SItt Al-Wuzara Ada Di Sweden???? Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara hina Islam di kesan, menurut laporan bernama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Pak Rais Yatim berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'. Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita Rabu. "Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa. Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'. Bagaimanapun, Rais berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu. Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air. Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar. SK |
Bos Umno sendiri kata budak ni baguih... kahkahkah... Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT Kahkahkah.... Kalau dah Piem berbangsa Umno, Najib sendiri yang mengatakan, Namewee bukanlah seorang yang kontroversial pemikiran serta pendekatannya, bangsa Umno lain nak boleh kata apa? Kena telan jugak la walaupun sebelum ni hampa bukan main punya cibai kan mangkuk tandas nih... Kahkahkah.... Kalau dah gembala gerombolan sendiri anggap Namewee bukanlah satu ancaman dan filem Nasi Lemak 2.0 adalah sebuah filem yang mempunyai unsur 1Malaysia, lembu lembu yang lain terpaksa sahaja terima dan tak boleh cakap apa-apa lagi.... Aku cuma nak ucapkan tahniah ja laa.... dan padan muka... kahkahkah... |
Ust Azhar Idrus - persenda agama, batal Islam Posted: 01 Oct 2011 03:30 PM PDT |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan