Ahad, 2 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


UMNO boleh kalah besar jika PRU-13 sekarang

Posted: 02 Oct 2011 03:15 AM PDT

Bukan aku kata.. tapi Tun Mahathir yang kata...

JITRA, 2 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi.

Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan "perpecahan masih kritikal."


Justeru katanya, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.

"Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

"Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang Umno ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai pilihan raya umum diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat."

"Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya dipetik Bernama Online.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah."

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama," kata beliau lagi.

"Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata, rakyat masih marah pada komunis.

"Dia pilih untuk mengkhianati negara... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," tambahnya.

Dr Mahathir menegaskan, Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan.


The Malaysian Insider

60 Tahun PAS : Ribuan Banjiri Forum Pra Sambutan 60 tahun PAS.

Posted: 01 Oct 2011 09:41 PM PDT



KEPALA BATAS - Ribuan ahli dan peynyokong PAS dari seluruh ceruk rantau melimpahi Dewan Milenium disini jumaat malam Sabtu lalu, menyaksikan Majlis Forum Pra Sambutan 60 Tahun PAS.


Ahli panel forum termasuk Dr. Asri Zainal Abidin selain Naib Presiden Salahuddin Ayob, Ketua Penrangan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK Kerja PAS Ustaz Idris Ahmad.



Tinjauan Buletinonline melihat satu fenomena luar biasa apabila para penyoong PAS yang belum menjadi ahli telah menyerbu kaunter pendaftaran dipintu masuk utama dewan tersebut.



Pelbagai lapisan, latar belakang dan peringkat umur yang hadir memberikan harapan 'cerah' kepada PAS menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob dalam ucapannya optimis dalam menegaskan kesediaan PAS menawan Putrajaya.

Menurutnya, kepimpinan PAS khususnya Presidennya Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah membawa PAS ke 'tengah arus' politik perdana.

Walalu bagaimana pun, Ketua Penerangan Dato' Tuan Ibrahim berharap ijtihad politik PAS dapat diterima oleh masyarakat.

Beliau menyatakan kekesalan kerana beberapa program yang dikemukakan oleh kerajaan Kelantan telah dikritik oleh pihak-pihak yang masih berfkiran lama.








60 Tahun PAS : PAS semakin diyakini semua rakyat

Posted: 01 Oct 2011 09:15 PM PDT



KEPALA BATAS, 1 Okt: PAS kini sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Bercakap sewaktu menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas di sini, Presiden PAS itu berkata parti Islam itu kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini.

Kepercayaan itu ujarnya hasil daripada pengamatan rakyat melihat ketabahan PAS yang tidak berganjak memperjuangkan keadilan Islam biarpun menghadapi tekanan dan penindasan sejak zaman penjajah dan penafian hak oleh pusat biarpun telah menguasai beberapa negeri.

"PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah.

"Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah," katanya.

Selepas merdeka pula, PAS yang mengambil sikap menyertai pilihan raya untuk menegakkan Islam terus mendapat tekanan daripada parti pemerintah biarpun kini telah berjaya menguasai beberapa negeri bersama Pakatan Rakyat.

"Semangat faderalisme dicabul pemerintah. Sewaktu kita memerintah Terengganu hak royalti dirampas, dinafikan hak di Kelantan," katanya lagi.

Kepercayaan terhadap PAS yang perjuangannya dipandu Majlis Syura Ulama, terus menebal apabila mempamerkan pentadbiran yang baik dan adil di negeri-negeri yang dikuasai.

Jika dahulu katanya, PAS hanya dilihat diskong oleh orang Islam, namun hari ini PAS sudah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari kaum Cina dan India.

Malah gabungan profesional dan ulama yang memimpin PAS juga telah menguatkan lagi parti itu sekaligus menafikan persepsi bahawa PAS hanya untuk golongan agama.

Sehubungan itu ujarnya, PAS kini menjadi harapan sebagai "bahtera penyelamat" kepada segala permasalahan yang sedang menimpa masyarakat pada hari ini.

"Di zaman Nabi Nuh, baterah Nabi Nuh menjadi penyelamat, di zaman ini PAS adalah bahtera penyelamat terhadap kehidupan manusia berlandaskan al-Quran, hadis, ijma' dan qias," tegasnya.

Sementara itu, lebih 7000 hadirin hadir ke Kongres 60 Tahun PAS hari ini.

Selain ucaptama presiden, kongres kali ini juga turut memberikan anugerah "Pahlawan Umat" kepada Presiden PAS ke-3 Dr. Burhanudin Al-Helmi.

Sehubungan itu, gelaran tersebut akan digunakan setiap kali nama Dr Burhanudin disebut.

Sebelum penyampaian anugerah itu yang diterima isteri beliau, jasa dan semangat perjuangan Dr. Burhanudin diceritakan melalui puisi khas yang didelamasikan Saterawan Negara, Datuk A.Samad Said.


Harakahdaily

Jahatnya tajuk....

Posted: 01 Oct 2011 07:19 PM PDT



Ditulis dengan warna merah dan tajuknya pula menggambarkan seolah-olah ianya satu perkara yang telah menjadi ketetapan dalam Pakatan Rakyat, walhal TG Nik Aziz hanya masih menaruh harapan..


Laksana jika Pakatan ke Putrajaya

KEPALA BATAS - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) masih menaruh harapan hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

"Saya berdoa begitulah sebab hudud bukannya ideologi... hudud, sembahyang, puasa dan zakat sebagaimana yang lain wajib, ia (hudud) juga wajib.

"Malaysia ada hukum gantung, bawa dadah mandatori, bawa senjata api hukum gantung mati... hudud tak mati, kenapa hukum gantung boleh terima... orang boleh jadi perdana menteri walau tangan kudung, bukan senang nak jatuhkan hukuman, ada syarat, ada prosedur, pelik sungguh Malaysia ini, gantung boleh terima," katanya pada sidang media sempena Kongres Sambutan 60 Tahun Pas di Dewan Millenium di sini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada masih berharap hukum hudud yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU13.

Minggu lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Rabu lalu, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Nik Aziz berkata, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

Dalam pada itu, mengulas sama ada Pas bersedia berdamai dengan Umno pada masa depan, Nik Aziz berkata, pintu rundingan akan terbuka sekiranya pemimpin Umno berubah dan berpegang kepada ajaran Islam.

"Kami sudah berdamai dengan Umno, kami masuk Barisan Nasional (BN) pada 1973, saya antara orang yang menyokong di Kelantan sampai Pas di Kelantan berpecah empat... hancur Pas Kelantan.

"Saya antara orang yang sokong, tapi bila masuk dia tentang kami bila rasa gagah, inilah perangai Umno yang tiada asas kepada agama, agama ajar kita mesti bersyukur nikmat Allah... bukan senang gerakan Islam nak masuk gerakan nasionalis tapi Umno tak tahu jasa, sekarang dia ajak kami," katanya.


Sinar Harian

37 Ahli PAS keluar PAS kerana ADUN UMNO tak buat kerja?

Posted: 01 Oct 2011 12:07 PM PDT

Sempena dengan sambutan ulangtahun yang ke 60 PAS di Kepala Batas semalam, TV3 menyiarkan satu berita dalam Buletin Utama, beritanya tentang Ahli-ahli PAS di Kepala Batas keluar PAS kerana mendakwa banyak pembohongan yang dibuat oleh PAS..

Mamat yang mewakili sekumpulan 37 orang kononnya Ahli PAS itu memberikan alasan "Pas banyak pembohongan. Mereka tidak bantu dan tunaikan janji kepada rakyat berbeza dengan perjuangan UMNO. Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat,"

Kalau benar itu alasannya nampak benar sempit sekali pemikirannya..


Bodoh juga mamat itu sebenarnya kerana Kepala Batas Ahli Parlimennya ialah Pak Lah dari UMNO manakala tiga DUN di kawasan tersebut iaitu Pinang Tunggal, Bertam dan juga Penaga juga dikuasai oleh UMNO.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin dan Adun Bertam Zabariah Abdul Wahab.

Jadi kenapa mamat itu meminta bantuan dari PAS sedangkan bantuan tersebut sepatutnya diminta dari ADUNnya kerana mereka mempunyai peruntukan untuk semua itu?

Mungkin benar Calon PAS dikawasannaya ada berjanji tapi kalau dah kalah nak korek duit dari mana?

Secara tidak langsung mamat tersebut juga telah mendedahkan bahawa selama ini ADUN bagi kawasannya tidak buat kerja atau makan gaji buta.. jika mereka menjalankan tugas mereka dengan baik mana mungkin akan ada masaalah begitu..

Aku tak berapa pasti Kampung Bakau Tua tu terletak di kawasan DUN yang mana satu.. tapi yang pasti Mamat yang mengaku kononnya ahli PAS itu telah keluar PAS kerana ADUN UMNO tak buat kerja...

Alahai.. apa punya cerita ni.. skrip kurang berkesan la..


Banyak Pembohongan Buat 37 Ahli Pas Keluar Parti Sertai UMNO

KEPALA BATAS, 1 Okt – Seramai 37 anggota Pas Kampung Bakau Tua di sini, yang kecewa dengan slogan dan janji perjuangan Pas ketika pilihan raya lepas, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO cawangan Cabang Bakau Tua.

Diketuai Roslan Abdullah, mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Cabang Bakau Tua Azhar Zainal Abidin.

Roslan berkata mereka secara sukarela bertindak keluar daripada parti tersebut ekoran rasa kecewa dengan Pas akibat gagal melunaskan janji-janji yang ditabur sejak pilihan raya yang lepas.

"Pas banyak pembohongan. Mereka tidak bantu dan tunaikan janji kepada rakyat berbeza dengan perjuangan UMNO. Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat," katanya selepas menyerahkan 37 borang keanggotaan UMNO itu.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim berkata ini merupakan detik sejarah di kawasan tersebut kerana sekumpulan anggota Pas keluar parti dan menyertai UMNO.

"Ini yang dimimpikan selama ini… kalau dulu cuma seorang atau dua sahaja yang keluar parti tetapi kali ini sebanyak 37 anggota Pas.

"Ini adalah permulaan dan keadaan ini diharap akan menjadi pencetus di kawasan-kawasan lain di sekitar Penaga, Pinang Tunggal serta sekitar negeri ini dalam memperbanyakkan orang UMNO terutamanya golongan muda," katanya.


UMNO Online

Tiada ulasan: