WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
31 OGOS - RAKYAT DIMINTA RAIKAN, NAJIB `HILANG' KE LUAR NEGARA? Posted: 02 Sep 2011 10:40 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS KEMPEN kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu ternyata gagal samasekali. Usaha giat yang dijalankan oleh Kerajaan di bawah menterinya Rais Yatim langsung tidak memberi kesan, melainkan pihak Kerajaan sendiri terpaksa memeriahkannya. Adakah ini kali pertama berlaku? Tidak, telah bertahun-tahun beginilah keadaannya. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Semenjak bila rakyat di negara ini hilang `mood' untuk merayakan sambutan Hari Kemerdekaan? Yang pasti, bermula tahun 98-99 seterusnya hingga kini kita tidak merasai kemeriahan seperti sebelumnya di mana ketika itu hampir kesemua kenderaan, kereta, motosikal bahkan basikal secara sukarela mengibarkan bendera kebangsaaan yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Malangnya, sebaik sahaja pimpinan Umno yang berkuasa ketika itu melakukan kezaliman terhadap DS Anwar pada tahun 1998, maka rakyat mula berfikir bahawa rupa-rupanya negara ini belum `merdeka' sepenuhnya. Rakyat mulai insaf bahawa negara ini diperintah oleh rejim yang rakus dan zalim. Seorang tokoh disayangi rakyat dan tokoh yang diharapkan dapat membersihkan Umno dan Kerajaan, seorang TPM yang bersih dari rasuah dan berakhlak sanggup dizalimi dan difitnah oleh rejim, apa ertinya kemerdekaan bagi rakyat? Justeru itu, usah salahkan rakyat jika tahun hadapan seandainya Umno/Bn masih lagi berkuasa, sambutan Hari Kemerdekaan akan terus hambar. Laburkan lah wang berjuta atau berbilion ringgit sekali pun, ianya tidak mampu untuk membeli hati rakyat yang semakin celik sekarang. Tahun ini, bukan sahaja rakyat yang tidak serius dengan sambutan Hari Kemerdekaan. Najib, PM kita pun mungkin hilang `mood' untuk meraikan. Malaysiakini melaporkan, Najib `hilang' pada 31 Ogos baru-baru ini dan dikatakan bercuti ke luar negara. Pesawat Khas beliau dilihat mendarat di Perth, Australia dan ketiadaan beliau juga disahkan oleh kakitangan pejabatnya. Pesawat yang tercatat "NR 1' yang berlogo `1 Malaysia' meninggalkan negara tatkala rakyat disuruh meraikan Hari Kemerdekaan. Itulah Najib, PM kita yang hebat dan patriotik. Di bawah ini dipetik apa yang dicatat oleh Malaysiakini yang menjadi sumber rujukan artikel di atas./wfauzdin.blogspot.com 'November Romeo 1' Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA. AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan 'nama panggilan' "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri. Kedua-dua laman web AviationWA dan blog Perth Airport Spotter melaporkan bahawa ini adalah lawatan pertama kapal terbang itu ke Perth. Pesawat itu dikenalpasti milik Jet Premier One (M) Sdn Bhd, yang dipercayai sebuah anak syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB), yang dimiliki oleh badan pelaburan kerajaan, iaitu Khazanah Nasional Bhd. Semasa tahun 2007, perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa pentadbiran beliau membeli pesawat itu pada harga RM200 juta dan berkata keputusan tersebut adalah semata-mata keputusan PMB. Sementara itu, seorang pembantu Najib berkata orang ramai masih boleh mengunjungi perdana menteri itu semasa majlis rumah terbuka di rumahnya Pekan, Pahang pada 18 September ini./Malaysiakini |
11 SEPT - AYUH PAKAI BAJU KUNING RUMAH TERBUKA MALAYSIA DI PERMATANG PAUH Posted: 02 Sep 2011 12:49 AM PDT Baju Melayu KUNING untuk sambut Rais Yatim? Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini. DAN MEREKA LANCAR KEMPEN BAJU MELAYU/KURUNG KUNING UNTUK HADIR KE RUMAH TERBUKA TERSEBUT – Rais Yatim nah ambil ubat.....kalau batal malu.... Sumber: Umno-reform2 |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan