MiLo SuaM |
- Mana ucapan takziah dari Perdana Menteri?
- Tidak patriotik, Najib sambut Merdeka di Australia?
- Jurugambar Bernama maut terkena tembakan di Somalia
- Kerajaan luluskan permit edaran Akhbar Komunis di Malaysia
Mana ucapan takziah dari Perdana Menteri? Posted: 02 Sep 2011 10:13 PM PDT HEBOH di dada-dada akhbar dan media elektronik berita tentang kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal dunia akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia [Jurugambar maut]. Berita ini benar-benar menggemparkan negara. Utusan Malaysia dilihat meletakkan berita kematian jurugambar itu di muka depan akhbar propaganda nombor satu itu. Pelbagai pihak telah memberikan ucapan takziah termasuk Nik Nazmi mewakili KEADILAN, kepada keluarga almarhum Noramfaizul Mohd Nor di atas pemergiannya menyaksikan sendiri kebenaran segala janji-janji Allah [TMI]. Sebaliknya, sehingga kini (sehingga artikel ini ditulis) tiada sebarang ucapan takziah dari Perdana Menteri, Najib Tun Razak terhadap wira negara ini. Tinjauan mendapati bahawa mesej terakhirnya di twitter beliau hanyalah ucapan hari kemerdekaan yang ditulis pada rabu lalu (31 Ogos 2011) [Twitter]. Hal ini mengukuhkan dakwaan sebelum ini bahawa Najib Razak sedang bercuti di Perth, Australia ketika negara sedang menyambut hari kemerdekaan ke 54 [Najib bercuti] |
Tidak patriotik, Najib sambut Merdeka di Australia? Posted: 02 Sep 2011 02:48 PM PDT SEPATUTNYA manusia yang paling patriotik sekali di negara ini seharusnya adalah orang nombor satu negara, iaitu Perdana Menteri Malaysia. Namun perkara sebaliknya berlaku, di saat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 54, pemimpin nombor satu negara memilih untuk bercuti ke luar negara iaitu ke Australia. Sebuah blog merakamkan gambar pesawat peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan Najib Tun Razak dilihat mendarat di Perth Autralia pada 31 Ogos 2011, pukul 17.05 waktu tempatan [Airport Spotter]. Sekiranya beliau ada urusan rasmi atas alasan kerja sekalipun, beliau harus membatalkannya pada 31 Ogos. Sebaliknya beliau dipercayai bercuti ke Autralia dan hanya akan pulang pada minggu hadapan. Sebaik sahaja perkara ini menjadi buah mulut rakyat, kita nantikan apa agaknya alasan Najib bagi meredakan keadaan? Perkara ini benar-benar memalukan bila seorang perdana menteri bercuti ke luar negara di saat negaranya sedang menyambut hari kemerdekaan. Perkara ini menjelaskan mengapa Najib Razak hanya menyampaikan ucapan Hari Kemerdekaan melalui akaun Facebook yang dihantar melalui Twitter [Facebook]. Tiada sebarang program hari kemerdekaan yang disertai oleh Najib. Malam tadi seorang jurukamera Bernama telah meninggal dunia akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan di Moghadisu, Somalia. Kita saksikan dari manakah Najib akan menyampaikan ucapan takziahnya? |
Jurugambar Bernama maut terkena tembakan di Somalia Posted: 02 Sep 2011 08:59 AM PDT BERITA yang baru sahaja diperolehi dari laman Twitter Ketua Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa seorang jurukamera atau jurugambar Bernama, Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu Somalia [Twitter]. Difahamkan Kelab Putra Umno Malaysia ada menghantar satu misi bantuan ke Somalia bermula pada 28 Ogos 2011 sehingga 7 September 2011. Salah seorang yang menyertai misi tersebut ialah blogger pro Umno, Papa Gomo. Seorang lagi saudara kita kembali kepada Allah untuk menyaksikan sendiri segala kebenaran janji-janji Allah. ReJaM© "Al-Fatihah..." |
Kerajaan luluskan permit edaran Akhbar Komunis di Malaysia Posted: 02 Sep 2011 02:14 AM PDT PELIK tapi benar, Mat Sabu yang juga timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia, PAS sekadar menyebut Mat Indera sebagai hero yang memperjuangkan kemerdekaan akibatnya beliau diserang bertubi-tubi. Hanya kerana hal ini, media-media propaganda United Malays No Otak seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin menyerang Mat Sabu siang dan malam. Tapi di dalam diam-diam Umno menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis dari negara China. Hal ini didedahkan oleh portal rasmi parti itu sendiri. Di bawah ini screenshot dari portal rasmi Umno [Umno Komunis]. Bukan itu sahaja, kerajaan United Malays No Otak, Umno juga telah meluluskan permit edaran akhbar komunis di Malaysia. Kerajaan telah membenarkan edaran akhbar suara rasmi Parti Komunis China edisi antarabangsanya untuk diedarkan di Malaysia sejak 2005 [Malaysiakini]. Adakah dosa Mat Sabu menyebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan lebih besar dari bekerjasama dengan komunis? Adakah dosa menyebut Mat Indera sebagai hero lebih besar dari membenarkan Komunis menyebarkan dakyah dan fahamannya di negara ini? Inilah yang dikatakan "memburuk-burukkan orang supaya diri sendiri nampak baik". Mat Sabu cuma sebut Mat Indera hero, tapi diserang siang dan malam, sampai nak didakwa di bawah akta 505 (b). Tapi Umno siap bekerja sama, dan membenarkan komunis menyebarkan dakyahnya di Malaysia tapi disanjung oleh gerombolan Melayu tiada otak. ReJaM© "Pelik tapi benar, muncung berkokok ekor bergelumang taik..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan