Jumaat, 2 September 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


MOGADISHU : Pengalaman ngeri krew BERNAMA TV

Posted: 02 Sep 2011 09:59 PM PDT

2011/09/03
MOGADISHU: "Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami, hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima," menurut wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.

Beliau dan Noramfaizul, 39 adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air esok. Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu. Saya duduk di bahagian paling depan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

Kejadian berlaku dengan sekelip mata ketika kenderaan kami membelok ke kiri untuk masuk ke persimpangan asrama.

Saya mendengar dua das tembakan, diikuti kenderaan perisai pasukan pengaman Kesatuan Afrika melepasi kami.

Beberapa detik kemudian, saya mendengar rakan media menjerit nama jurukamera saya yang tercedera.
Keadaan menjadi begitu kelam-kabut, dan saya melihat Noramfaizul yang rebah dibawa keluar dari kenderaan dan diberi rawatan di asrama tempat kami tinggal selama lima hari di Mogadishu.

Noramfaizul cedera di bahagian bahu sebelum diberitahu beliau turut cedera di bahagian paru-paru dan meninggal dunia kira-kira 6 petang waktu tempatan (kira-kira 1 tengah hari waktu Malaysia).

Jenazah dibawa pulang ke Malaysia hari ini menaiki pesawat Charlie C-130 pada jam 8.15 pagi waktu tempatan (kira-kira 3.15 pagi waktu Malaysia) bersama-sama anggota misi lain dan dijangka tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 9 pagi esok.

Selain Somalia, Allahyarham sebelum ini pernah mengikuti tiga misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

Dua misi bersama-sama saya sebagai wartawan membuat liputan mangsa kekejaman Israel di Gaza dan liputan bantuan kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pakistan, tahun lalu serta misi kemanusiaan ke New Zealand membantu mangsa bencana gempa bumi awal tahun lalu.

Al-Fatihah buat saudaraku, Allahyarham Noramfaizul. - BERNAMA

TGNA, Husam dan Saifuddin temui blogger malam ini

Posted: 02 Sep 2011 03:57 AM PDT


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri program 'Bual Bicara' bersama penulis blog dan pengguna facebook di Balai Islam, Kota Bharu pada hari Jumaat, 2 September ini.

Program yang dijadualkan bermula jam 9 malam ini turut dihadiri oleh Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.

Menurut penganjur., program 'Bual Bicara' ini memberikan ruang kepada pengguna facebook dan penulis blog untuk bertemu pemimpin secara langsung.

Di samping itu, orang ramai berpeluang melontarkan persoalan dan pandangan dengan jawapan langsung akan diterima dari setiap ahli panel.

Justeru, orang ramai di sekitar bandaraya Kota Bharu dialu-alukan untuk hadir memeriahakn majlis.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19698

Masalah kesihatan : Tiada rancangan gantikan Azizan

Posted: 02 Sep 2011 02:44 AM PDT

Oleh Clara Chooi
September 02, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Sept ─ Pemimpin kerajaan negeri Kedah berkata tiada cadangan untuk menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai menteri besar ekoran masalah kesihatan wakil rakyat PAS itu.

Ketika dihubungi pagi tadi, tiga Exco kerajaan mengakui terkejut apabila terdapat usaha untuk menggantikan Azizan seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata beliau hanya mengetahui perkara itu pagi tadi apabila diberitahu terdapat "berita sampah dalam akhbar" mengenai pentadbiran Kedah.

"Saya tidak tahu. Saya belum bertemu sesiapa sejak dua hari lalu kerana Hari Raya. Hari ini, ada orang beritahu ada berita sampah dalam akhbar. Mungkin saya perlu bercakap dengan kawan-kawan tentang perkara ini," katanya.

Muka hadapan akhbar harian berbahasa Inggeris mengatakan Azizan (gambar) mungkin akan berundur kerana masalah kesihatan, mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menemui Sultan Kedah.

The Malaysian Insider difahamkan Hadi akan mengadakan kunjungan ke Kedah akhir minggu ini.

Laporan akhbar itu menyebut beberapa pemimpin meminta supaya beliau berehat disebabkan masalah kesihatan tetapi Azizan enggan berbuat demikian, dengan menegaskan ada banyak perkara hendak dilakukan.

Bagaimanapun Mohamed Taulan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai menegaskan, semuanya "okay" dengan kepimpinan Azizan walaupun kurang sihat.

"Sebenarnya, semuanya okay... cuma beliau kadang-kadang penat dan doktor tidak membenarkan ramai pelawat kerana ia membuatkan beliau tertekan dan letih. Tapi yang pasti... ada yang melawat beliau pada pukul 2 pagi atau 3 pagi," katanya.

Selain Mohamed Taulan, akhbar itu juga mencadangkan dua nama untuk menggantikan Azizan ─ Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah (Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan) dan Adun Pangkalan Kundur Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga).

Seperti Mohamed Taulan, Amiruddin juga melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu tentang perkara itu, sambil berkata beliau tidak tahu jika ada perubahan barisan kepimpina.

"Bagi saya semua ini hanya berita. Tapi saya rasa, jika beliau (Azizan) kata beliau sihat maka beliau sihat. Itu hak individu bukan orang lain. Jadi saya tidk tahu dari mana mereka dapat berita ini...anda perlu periksa denga wartawan," katanya.

Beliau menegaskan tiada sebarang masalah dalaman antara pemimpin PAS untuk merebut jawatan menteri besar dengan menambah ia "bukan cara PAS."

"Kami semua menyokong Azizan. Beliau telah meminta kami mengambil alih beberapa tugas terutamanya semasa Ramadan...kami memberikan sokongan penuh," katanya.

Amiruddin juga bersetuju berita Azizan mungkin sengaja dicipta untuk memecahkan perpaduan PAS di KEdah. Terdapat 16 Adun PAS dan tiga Adun PKR -jumlah keseluruhan 36 kerusi.

Phahrolrazi menolak untuk memberikan sebarang komen mengenai perkara itu, merujuk namanya disenaraikan sebagai salah seorang daripada calon yang mungkin menggantikan Azizan.

"Bila saya jadi tumpuan dalam perkara ini, ia lebih baik untuk saya tidak berkata apa-apa. Tetapi ya, sudah tentu kami bimbang akan kesihatan beliau dan kita sentiasa memberikan sokongan kepada beliau," katanya.

Sementara itu dua Exco PKR S. Manikumar dan Lim Soo Nee ketika dihubungi terkejut tentang perkara itu.

Manikumar berkata perkara itu perlu diselesaikan dalam kepimpinan PAS pusat tetapi menekankan lebih baik sekiranya Azizan kembali sihat dan meneruskan tugas sebagai menteri besar.

"Kita perlu memberi masa kepada beliau. Ini bukan soal untuk menggantikan beliau tetapi kita perlu pertimbangkan banyak isu lain... corak pentadbiran akan berubah...ia akan jadi sangat berbeza," katanya.

Lim berkata Azizan bersungguh-sungguh untuk meneruskan tugas beliau tetapi menambah, beliau akan menyerahkan kepada PAS pusat untuk membuat keputusan.


Tiada ulasan: