WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Nasib Pemandu Teksi Selangor, Kuala Lumpur Bakal Terbela
- PROFESSOR PUN KELIRU...MANA PUNYA KELUARAN UNIVERSITI..TARIK BALIK LAH..
- Komunis memaksa penjajah British berunding dengan Tunku
- Persepsi: Mengintai Peluang PAS di Terengganu
- Adik Mat Indera hilang?
- SAMM Terbitkan 'Fitnah' Untuk Ingatkan Rakyat Tentang Perjuangan Sebenar
- MPN : Mat Sabu Berhak Beri Pendapat Tentang Sejarah Negara
- Kisah Mat Indera Terus Popularkan Mat Sabu
- Rakyat Anggap Cukai Perkhidmatan Enam Peratus Membebankan
Nasib Pemandu Teksi Selangor, Kuala Lumpur Bakal Terbela Posted: 10 Sep 2011 09:00 PM PDT KLANG 10 SEPT: Keperitan hidup yang dialami pemandu-pemandu teksi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang terbeban sejak sekian lama akibat eksploitasi golongan yang tidak bertanggungjawab bakal menemui titik noktah apabila Pakatan Rakyat akan membawakan suara mereka ke parlimen bulan hadapan. "Saya bercadang agar persatuan pemandu teksi di bawah penasihat dan pengerusinya untuk membuat satu memorandum lengkap dengan 10 resolusi ke parlimen agar ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh membawa suara anda ke palimen,"kata Ronnie. pengkajian semula perjanjian 'hire-purchase' serta isu pemberian permit teksi kepada pemandu-pemandu teksi dan bukan melalui syarikat teksi yang kebiasaannya akan memonopoli pemberian permit tersebut. Anwar yang juga Penasihat PKR ketika menghadiri forum tersebut turut berkata, pemandu teksi merupakan suatu 'campaigning force' kerana mereka merupakan golongan yang kerap berinteraksi dengan masyarakat sejagat. Mengulas lanjut, Ronnie turut berkata bahawa kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat akan berjuang mendepani masalah kebajikan para pemandu teksi yang selama ini tidak terbela. "Kita tidak boleh lakukan banyak perubahan kerana kita masih kerajaan negeri, tetapi sekiranya kami berjaya ke Putrajaya, semua ini akan terjawab dan tertunai"katanya sambil menerima tepukan para pemandu teksi yang hadir. Sekurang-kurangnya 100 pemandu teksi turut hadir pada sidang media petang ini. Hadir sama ialah Penasihat Persatuan Pemandu Teksi Nadi Negara, R.Kengadharan dan Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Nadi Negara, S. Manuharan. Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Persatuan Pemandu Teksi Nadi Negara, R.Kengadharan menggesa agar kerajaan pusat menghentikan sistem pemberian permit secara longgok kerana amalan tersebut menekan kehidupan pemandu-pemandu teksi sejak sekian lama. "Saya ingin tekankan, bahawa pemberian permit secara longgok kepada syarikat-syarikat wajib diberhentikan serta merta oleh kerajaan, syarikat-syarikat ini bermaharajalela sedangkan ia memberi rasa tidak senang kepada para pemandu teksi,"ujar beliau. TvSelangor difahamkan, amalan pemberian permit secara longgok, menguntungkan syarikat teksi yang hanya bertindak mengaut keuntungan sebagai orang tengah sedangkan pemandu teksi yang bertungkus lumus mencari rezeki terus hidup terbeban. Senario ini jelas tergambar apabila sekurang-kurangnya 45 ribu pemandu teksi sekitar Selangor-Kuala Lumpur terpaksa membayar purata RM45 sehari untuk permit dan sewa kenderaan sedangkan mereka terpaksa menanggung sendiri risiko kesihatan, cuaca serta kos penyeleggaraan kenderaan sendiri. "Kalau kita mahu tranformasikan negara, mahu melihat transfromasi masyarakat, kenapa kebajikan pemandu teksi terus terbiar, adakah salah buat kerajaan untuk melihat serius perkara ini?,"soal beliau. |
PROFESSOR PUN KELIRU...MANA PUNYA KELUARAN UNIVERSITI..TARIK BALIK LAH.. Posted: 10 Sep 2011 06:41 PM PDT ULASAN Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa. Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak. British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa). British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka. Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan. Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak. Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan. Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja. Meskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu. Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik. Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan). Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British. Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang. Kesilapan Zainal dan Khoo (kiri) alah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu. Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka? |
Komunis memaksa penjajah British berunding dengan Tunku Posted: 10 Sep 2011 08:37 AM PDT Komunis memaksa penjajah British berunding dengan Tunku
Sering kali nama Martin Luther King Jr. (1929 - 1968) diungkit, malah ayat-ayat dalam ucapan beliau yang bersejarah, "I have a dream" (Aku mempunyai satu impian), berulang-kali dipetik ketika memerangi politik perkauman sempit yang masih berleluasa dalam masyarakat pada kurun ke-21 ini. Nama beliau terpahat sebagai ikon dalam sejarah ketamadunan manusia menuntut kesamarataan antara kaum. Sebaliknya, Malcom X (1925 - 1965), seorang lagi aktivis perjuangan hak kaum kulit hitam yang sezaman dengan Martin Luther King Jr., semakin terpadam dari sejarah. Malcom X adalah nama yang digelar dirinya oleh El-Hajj Malik El-Shabazz, seorang muslim - untuk menonjolkan bagaimana orang putih menghamba-abdikan kaum kulit hitam ketika itu, sehingga hilang nama keturunannya, diganti dengan "X" - simbol pembolehubah yang paling biasa digunakan dalam matematik. Kedua-dua orang Martin Luther King Jr. dan Malcom X mengalami nasib yang sama, menerima peluru sebagai tanda noktah kepada riwayat hidup mereka. Bagaimanapun, "nasib" mereka selepas meninggal dunia - jauh berbeza. Martin Luther King Jr. diberi reputasi yang lebih tinggi dalam sejarah, berbanding dengan Malcom X. Layanan ini mungkin dibezakan mengikut pendekatan perjuangan kedua-dua mereka, di mana Martin Luther King Jr. menggunakan "cara aman", sementara Malcom X mengangguk kepada keganasan. Sejarah bukan hakim muktamad, kerana manusia yang mencatat sejarah tidak bebas daripada prasangka dan prejudis dirinya. Sejarah hanya merakamkan kesudahan yang terpampang di depan mata, jarang sekali mengupas secara mendalam kebenaran yang rumit, berlapik-lapik, malah berliku-liku, apatah lagi apabila sejarah ditulis oleh mereka yang menang dan berkuasa. Hanya mereka yang naif akan percaya bahawa orang putih "insaf" secara tiba-tiba, dan kemudian mengaku salah ke atas segala diskriminasi dan kezalimannya terhadap kaum kulit hitam. Dalam mana-mana pergelutan dan pergolakan yang melibatkan kuasa, sebarang kompromi hanya datang apabila wujudnya penentangan dan tekanan. Berdepan dengan penentangan dari kaum kulit hitam, orang putih Amerika Syarikat terpaksa memilih, antara pendekatan Martin Luther King Jr. dengan Malcom X..., dan sudah tentunya, mereka memilih Martin Luther, King Jr. yang lebih "lembut" berbanding dengan Malcom X yang "ganas". Namun demikian, apakah orang putih akan berganjak langkah untuk memberi laluan kepada Martin Luther, King Jr. tanpa kemunculan Malcom X? Atau, seandainya Malcom X memilih pendekatan yang sama sebagaimana yang digunakan Martin Luther King Jr., di mana agaknya kedudukan tangga reputasinya dalam sejarah? Atau soalan yang lebih relevan mungkin berbunyi, apakah kaum kulit hitam akan berjaya dalam perjuangan hak mereka, atau dipecah-belahkan ketika itu? Bukan maksud dan niat saya untuk mendukung politik dendam dan merestui pendekatan keganasan. Maksud saya, setiap manusia memainkan peranan yang berbeza untuk menggerakkan kemajuan sejarah ketamadunan. Sesungguhnya perwatakan atau peranan seseorang itu mungkin dipertikai seandainya dilihat menggunakan kaca mata zaman ini, namun kita perlu merenungi, apakah pilihan yang ada dalam konteks masyarakat ketika itu? Persoalan yang sama, seandainya tiada perang gerila dalam hutan yang melibatkan Parti Komunis Malaya (PKM), apakah penjajah British sanggup berunding di atas meja bersama wakil UMNO, dan bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Malaya pada 31 Ogos 1957? Antara pasukan Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin yang bersenjata, dengan perikatan antara Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan V.T. Sambanthan yang bermuka senyum, gandingan manakah yang akan dipilih oleh penjajah untuk "berunding"? Sesungguhnya ia sesuatu yang senang difahami. Meskipun perjanjian ditandatangani dengan dakwat, namun kemerdekaan diperjuangkan dengan titisan darah. Begitu juga keadaannya sekarang, kalau tandatangan pada memorandum boleh membawa perubahan, siapa pula yang sanggup ditembak meriam air berkimia di jalan raya? Sebaliknya, tanpa mereka yang turun untuk melaungkan slogan dalam kepulan gas pemedih mata, tuntutan dalam memorandum hanya akan kekal sebagai dokumen bersejarah yang berdebu. Perlu difahamkan bahawa dalam zaman perang, sama ada saya menembak, atau saya ditembak; sama ada saya membunuh, atau saya dibunuh. Kita tidak semestinya menyetujui kesemua ideologi yang didukung oleh mereka yang meletakkan nyawa mereka di hujung senapang. Namun kita perlu bersetuju bahawa kemerdekaan itu juga diperjuangkan dengan titisan darah anggota PKM, yang akhirnya memaksa penjajah British untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Masing-masing memainkan peranan mereka dalam sejarah perjuangan kemerdekaan. Sumbangan Tunku dan perikatannya dipahat dalam sejarah, sementara tiada tempat untuk nama PKM dan rejimennya. Untuk sekian lama titisan peluh, air mata, dan darah mereka dilenyapkan; untuk sekian lama perjuangan mereka dinafikan, dicemuh dan dicaci dengan pelbagai tuduhan liar. Namun, ingatlah bahawa mereka benar layak untuk mendabik dada dan menyanyikan "Negaraku, tanah tumpahnya darahku...". Jika tidak mengiktiraf pun, siapakah pula kita untuk memahat label "pengkhianat" ke atas anggota PKM yang pernah mendabik dada sebagai perisai untuk menghalang kemaraan peluru penjajah? Dan yang paling jelik, orang yang isterinya memiliki cincin bernilai RM24 juta, tanpa segan silu sanggup berbuat demikian. |
Persepsi: Mengintai Peluang PAS di Terengganu Posted: 10 Sep 2011 03:38 AM PDT |
Posted: 10 Sep 2011 03:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Adik Mat Indera, Johan Shah Indera gagal dihubungi sejak isu Mat Indera dimainkan media arus perdana. Bahkan,Yang Dipertua Pas kawasan Ayer Hitam, Husin Sujak memaklumkan rumah Johan di Yong Peng tidak berpenghuni sejak beberapa hari lalu. "Kita tak tahulah ke mana beliau pergi. Mungkin kerana mahu elak dari liputan media," kata Husin kepada Keadilandaily.com Difahamkan polis datang ke rumah Johan sejurus selepas kunjungan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat seperti dilaporkan media petang Isnin lalu. Terdahulu, aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard bertemu Johan dalam program 'Menjejak Mat Indera' diiringi Husin Sujak, 3 September lalu. Johan adalah ahli keluarga Mat Indera yang pertama muncul di media dengan liputan pertemuan dimuatkan di blog dan portal politik dan mendapat reaksi hangat. Namun, laporan media arus perdana pada minggu berikutnya menyelar peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Malah, Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera sebagai pengganas. Sehingga petang ini, usaha untuk menghubungi Johan Shah Indera, 68, yang merupakan bekas kakitangan Majlis Daerah Yong Peng gagal. Johan Shah Indera adalah anak bongsu dari 6 orang adik beradik, seibu sebapa dengan abangnya Muhammad Indera. Beliau pernah dibuang daerah ke Singapura bersama bapa, ibu tiri dan neneknya ke Singapura pada 1950 hingga 1954. Dalam pada, itu abang tirinya, Bahrom Shah Indera ketika dihubungi Keadilandaily memberitahu, adiknya kini mungkin sedang 'bersembunyi'. Bahrom Shah adalah anak ketiga dari isteri kedua Indera dari empat orang adik beradik. "Mungkin dia nak elak dari gangguan, kita tak tahu. Tapi saya yakin dia selamat dan akan pulang ke rumah," kata Bahrom. Bahrom sebelum ini tampil pada sidang media di ibu pejabat Pas pusat menuntut kerajaan membersihkan nama abangnya. Beliau turut menyeru sejarawan untuk mengkaji semula sejarah dan peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. |
SAMM Terbitkan 'Fitnah' Untuk Ingatkan Rakyat Tentang Perjuangan Sebenar Posted: 10 Sep 2011 01:49 AM PDT SHAH ALAM 10 SEPT : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bakal menampilkan buku kedua terbitannya, bertajuk 'Fitnah' yang menerangkan secara ringkas, padat dan mudah mengenai 'Fitnah 1' yang bermula dengan buku 50 Dalil, 'Fitnah 2' dan isu video seks yang menghiasi arena politik negara mulai 12 september ini. Bagi yang ingin menempah awal buku ini melalui POS sila hantarkan wang POS RM 20 (RM15 harga buku,RM5 caj POS) tulis atas nama EDY NOOR REDUAN ke alamat C-16-02, PPR Pantai Ria, Pantai Dalam, 59200 K.Lumpur |
MPN : Mat Sabu Berhak Beri Pendapat Tentang Sejarah Negara Posted: 10 Sep 2011 01:36 AM PDT PUTRAJAYA 9 SEPT : Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Zakri Abdul Hamid menyatakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya berkaitan sejarah negara. Namun, katanya adalah menjadi tanggungjawab badan-badan seperti MPN dan sejarawan untuk memberikan intepretasi yang tepat kepada masyarakat. "Dalam negara demokrasi, itu hak beliau. Orang boleh menyuarakan apa-apa pandangan. Tapi samada pandangan itu betul atau tidak, itu tanggungjawab badan-badan seperti MPN untuk memberikan sumbangan," jelas Zakri. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu. Menurut Zakri, pihaknya mengambil pendirian untuk bersikap neutral serta tidak mahu memberi respon politik terhadap kenyataan Mat Sabu itu. "Kita ingin membetulkan fakta dan intepretasi yang tidak betul. Itu yang kita mahu buat. Respon kita bukan aspek politik," tambahnya. Mat Sabu didakwa memesongkan fakta sejarah dengan mengangkat Ahmad Indera atau Mat Indera yang menganggotai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang kemerdekaan sebenar dan bukan anggota polis yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong. Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan yang dirinya cuba mengaitkan perjuangan Mat Indera dengan komunis seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 27 Ogos lalu. Sementara itu bekas profesor di Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam yang memberi respon terhadap penulisan buku 'Pengukir Nama Johor' (2004) berkata, Allahyarham Ismail Adnan hanya melontarkan pandangan tentang Mat Indera. Malah Ramlah berkata Allahyarham tidak langsung menyebut anggota Rejimen ke 10 PKM itu sebagai pejuang kemerdekaan. "Macam buku yang menjadi kontroversi, penulis itu Allahyarham Ismail cuma membuat persoalan. Dia tidak menulis ayat yang jelas bahawa Mat Indera itu seorang pejuang. Dia cuma melontarkan pandangan. "Jadi itu adalah pandangan beliau. Itu bukan tanggungjawab pihak-pihak yang menerbitkan buku itu," katanya. Ujarnya mungkin penulis memperolehi banyak maklumat sehingga mengakibatkan dirinya meragui dasar perjuangan Mat Indera. Sehubungan dengan itu Ramlah berkata aspek akdemik di negara ini sentiasa menggalakkan penyelidikan dan percambahan minda untuk memperbaiki bahan ilmiah dari semasa ke semasa. |
Kisah Mat Indera Terus Popularkan Mat Sabu Posted: 10 Sep 2011 01:34 AM PDT TAIPING 10 SEPT : Di sebalik kontroversi ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu di Padang Menora, Tasek Gelugor 21 Ogos lalu terus dikecam hebat oleh media kawalan Umno-Barisan Nasional, kelibat pemimpin PAS itu terus mendapat perhatian rakyat. Buktinya, ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat malam tadi mendapat sambutan menggalakkan rakyat apabila ia membariskan Mohamad sebagai salah seorang tetamu. Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu dalam ucapannya di hadapan kira-kira 6,000 hadirin berkata, hakikatnya apa yang dipaparkan oleh media arus perdana tidak menggambarkan hal yang sebenar. Dalam ceramah berasingan, beliau turut memaklumkan akan memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia Isnin ini berhubung satu berita berkenaan ceramahnya yang menyentuh tragedi Bukit Kepong. Tempoh 24 jam yang diberikan kepada Utusan Malaysia telah tamat semalam. "BN memperkudakan media arus perdana khususnya lidah Umno, Utusan Malaysia mengecam saya bertubi-tubi selama lebih 13 hari termasuk hari pertama Hari Raya Aidilfitri walaupun ajaran Islam menyuruh sifat maaf bermaafan sempena musim Bulan Syawal,"kata Mat Sabu. Dalam ceramahnya di Padang Menora, Mat Sabu menyifatkan Ahmad Indera atau Mat Indera adalah pejuang sebenar kemerdekaan dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong lebih 60 tahun lalu. Namun kenyataan Mat Sabu itu diputar belit sehingga memperlihatkan beliau seolah-olah mengagungkan komunis. Dalam pada itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, Umno-BN kekontangan idea sehingga sanggup mengubah kenyataan Mat Sabu dan dipaparkan dalam versi mereka. " Oleh kerana itu terpaksa memakai taktik kotor dengan kempen fitnah untuk menghina sifat pemimpin PR walaupun serangan peribadi yang bersifat politik akhirnya semua terbukti palsu dan remeh. "Umno mengecam Mat Sabu cuba bela komunis tetapi adalah fakta umum Setiausaha Agong Umno, Dato Seri Tengku Adnan Bin Mansor telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Parti Komunis Cina di Beijing pada tahun 2010. Selain itu, Parti Komunis Cina yang merupakan Bapa kepada Parti Komunis Malaya(PKM) adalah tetamu kehormat khas di Perhimpunan Agong Umno atas jemputan parti tersebut,"katanya lagi. "Ini terbukti Umno bersikap talam dua muka dan cuba memperdayakan rakyat dengan usaha licik yang cukup hipokrit,"tambahnya lagi. Beliau berkata demikian di hadapan lebih 6,000 warga Taiping yang membanjiri Ceramah Perdana anjuran Pakatan Rakyat di Kampung Bukit Jana sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih tiga kilometer, malam tadi. Beliau juga menyifatkan kehadiran rakyat dari pelbagai kaum dalam ceramah Pakatan Rakyat membuktikan bahawa gagasan itu berjaya mewujudkan landskap politik baru dalam negara ini. Justeru katanya, beliau yakin nasib rakyat juga akan lebih terbela di bawah pimpinan yang dekat di hati rakyat. "Rekod Jabatan Perdana Menteri sendiri mengakui Perak kini telah menjadi Negeri yang mempunyai bilangan paling ramai keluarga miskin diseluruh Negara dengan 192,000 buah keluarga dalam negeri Perak mempunyai purata pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan. Jika tidak ubah sekarang, bila lagi?,"katanya. Selain Mat Sabu dan Nga Kor Ming, ceramah malam tadi turut dihadiri naib pesuruhjaya PAS negeri, Ustas Misbahul Munir, ADUN Aulong, Yew Tian Who, dan pesuruhjaya PAS parlimen Taiping, Ustaz Pakaruddin. |
Rakyat Anggap Cukai Perkhidmatan Enam Peratus Membebankan Posted: 10 Sep 2011 01:31 AM PDT SHAH ALAM 9 SEPT : Reaksi rakyat kebanyakan sudah dijangkakan. Rata-ratanya melahirkan kekecewaan apabila kerajaan dan syarikat telekomunikasi (Telco) memutuskan untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini. Manakala bagi seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Khairul Anwar Musa yang masih belum berpeluang menyambung pengajian berkata, walaupun pertambahan caj hanya enam peratus namun bagi pelajar dan mereka yang berpendapatan rendah, ia cukup membebankan. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan