MIMPI SENJA |
- Patut la ramai Rumah Terbuka Aidilfitri-Merdeka Najib @ Permatang Pauh ada David Arumugam Ahmad Jais Hail Amir Uji Rashid hahaha ... bas dah mesti 'free'
- "Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan" - Mat Sabu
- Lagi kes polis samseng
- BERSIH 2.0 berjaya memburukan imej Najib - Mahathir
- Umno macam Raj Kapoor - Wira filem Hindi, .... hahahaha
- UMNO dan Kemerdekaan : Kita boleh namakan anak kita P. Ramlee tapi tidak akan jadi P. Ramlee - Aspan Alias
- Cukai pra-bayar 6% - Najib kemut dari Telco RM576.8 juta setahun
Posted: 10 Sep 2011 11:12 PM PDT BUKIT MERTAJAM: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today arrived at the Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 Open House at the Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, here in a taxi. He was greeted on arrival at noon by thousands of local residents, who had come as early as 8am, to the beat of drums by the various communities as well as student and military drummers. Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim was among the cabinet ministers and Barisan Nasional (BN) leaders who accompanied Najib to the open house. The Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 Open House, which was organised by the Ministry of Information Cumminication and Culture Ministry, started with the Prime Minister and BN leaders calling on Norasmah Othman, 41, a housewife who had to work to support her six children and husband who is suffering from "chronic plaque psoriasis", a skin disorder. Norasmah received aid from the Ministry of Information Communication and Culture through the Special Affairs Department (JASA) and contributons from the various groups. Approximately 20,000 people attended the open house and were treated to various dishes such as beef 'beriyani', 'lemang, 'ketupat palas' and various traditional cakes. The Prime Minister and other dignitaries were also entertained to songs by popular local singers such as Datuk David Arumugam, Datuk Ahmad Jais, Uji Rashid and Hail Amir, cultural perfrmances by the children's boria group. Najib later presented cash of RM10,000 and a certificate of appreciation each to four independence personalities from Penang, namely Datuk Seri Mohd Yusoff Latif, Datuk Md Noor Ahmad, Datuk A. Subramaniam and Datuk Oon Choo Eng @ Choo Khye. In addition, he gave away packages to 10 poor people and the 1Malaysia 'notebook' to 10 outstanding students - Malay Mail STONE : HAHAHA banyak2 tempat di Msia ni Pmtg Pauh depa pilih buat Rumah Terbuka Aidilfitri Msia .... hampa tau la kan pasai apa? Hari tu Rais bakar jambatan kata bukan sebab politik ..... piiiiiirrraaaaaahhhh ... |
"Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan" - Mat Sabu Posted: 10 Sep 2011 10:33 PM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pegangan dan perjuangannya adalah Islam dan bukan komunis seperti dilabel oleh dan akhbar miliknya Utusan Malaysia. Pada ceramahnya di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam semalam, Muhamad berkata pegangannya dan perjuangannya terhadap Islam tidak pernah berubah sejak kecil lagi. "Saya memilih perjuangan atas dasar Islam. Masa remaja dulu saya pilih Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Kemudian tahun 1978 saya sertai perjuangan parti Islam (PAS), sokong perjuangan ulama. "Sepanjang saya berpidato idola saya adalah Syed Qutb, Imam Hasan Al-Banna, Jamaludin Al-Afghani, dan ulama-ulama lain. "Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan? Jahat sungguh," katanya dipetik Harakahdaily. Utusan pada 27 Ogos lalu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata Mohamad Indera yang menyerang balai Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis yang mempertahankannya. Mohamad bagaimanapun berkata laporan Utusan mengenai ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu itu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS". Mengulas lanjut, beliau tuduhan sebegitu bukan perkara baru dan telah berlaku sejak zaman penjajah lagi. Pada zaman British, katanya, golongan ulama dan golongan kiri dianggap penentang dan ditangkap serta dibunuh. Sangat cintakan Malaysia "Saya sangat cintakan tanah air Malaysia, tempat tumpah darah kita. "(Tuduhan) ini sama seperti dituduh terhadap pejuang-pejuang sebelum ini oleh penjajah dan sekarang Umno mewarisinya," katanya kepada rayusan hadirin. Berikutan laporan itu juga, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN sehingga ada yang menuduhnya sebagai komunis. Mengulas perkara itu, Mohamad, berkata semalam genap 15 hari beliau diserang. "Saya berucap 21 haribulan, Utusan siar 27 haribulan seminggu selepas itu. "Itu bukan berita, itu dah jadi sejarah. Kalau berita, berlaku hari ini keluarnya esok," sindirnya. Keadaan menjadi semakin kusut, apabila pelbagai pihak termasuk aahli akademik mentafsirkan sejarah negara. Lebih menggemparkan apabila Profesor Datuk Dr Zainal Kling mendakwa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. - Malaysiakini |
Posted: 10 Sep 2011 09:40 PM PDT Dakwa dibelasah Oleh ZATUL IFFAH ZOLKIPLY zatuliffah@hmetro.com.my KUALA TERENGGANU: "Saya terkilan dengan layanan diberikan anggota polis terhadap anak saya hingga menyebabkan dia cedera di muka dan mata kiri. "Malah, anak saya turut lebam di kakinya selain patah satu batang gigi akibat ditendang anggota berkenaan ketika soal siasat, Rabu lalu," kata Manap@Awang Ismail, 63, bapa kepada Mohd Azam Manap, 31, yang mendakwa cedera dibelasah seorang anggota polis ketika dalam tahanan. Sebelum ini, Mohd Azam yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di rumahnya di Pekan Tepoh, di sini, jam 2.30 pagi Selasa lalu oleh sepasukan polis selepas dipercayai terbabit dalam satu kes curi. Ketika menceritakan kejadian itu, Mohd Azam mendakwa insiden itu berlaku dalam tempoh 15 minit apabila dia ditendang beberapa kali. "Saya bukan saja dibelasah tanpa belas, malah anggota terbabit turut menyapukan darah di lantai ke muka saya menggunakan mop lantai. "Ketika itu ada beberapa orang dalam bilik berkenaan. Namun, hanya seorang membelasah saya. Dia hanya berhenti memukul selepas melihat keadaan saya tidak bermaya," katanya ketika ditemui di pejabat Metro Ahad di sini, semalam. Selain dipercayai terbabit dalam kes curi, Mohd Azam ditahan kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Bagaimanapun, Mohd Azam dibebaskan selepas diikat jamin Khamis lalu. Akibat kecederaan itu, Mohd Azam mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dirawat sebagai pesakit luar. Menurut Manap, anggota berkenaan tidak sewajarnya menggunakan kekerasan ketika menjalankan soal siasat walaupun anaknya ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes curi. "Sebagai bapa, saya sedih apabila anak saya diperlakukan sedemikian. Jika dia bersalah sekali pun, anggota berkenaan perlu mengikut undang-undang dan bukan bertindak sesuka hati. "Mujur doktor memaklumkan keadaan anak saya tidak serius walaupun ketika ini penglihatannya ada kalanya kabur. Berikutan kejadian ini, saya membuat satu laporan di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. "Saya tidak berniat mengeruhkan keadaan tetapi hanya mahukan keadilan, selain tidak mahu orang lain menerima nasib sama seperti anak saya," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan - metro |
BERSIH 2.0 berjaya memburukan imej Najib - Mahathir Posted: 10 Sep 2011 07:54 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Sept ─ Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu. Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul. Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai. "Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai. "Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan," kata beliau lagi. Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus. Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu ─ kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0. Kepimpinan Umno mengetepikan hasil kajian itu sambil menyifatkannya sebagai tidak berasas. Menurut beliau, Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan dan kepimpinan perdana menteri melalui perhimpunan itu. Dr Mahathir membandingkan tindakan polis menjelang dan pada 9 Julai itu dengan tindakan polis Britain semasa rusuhan bulan lalu. "Saya fikir rancangan Bersih berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan. mereka tahu kalau mereka menjalankan demonstrasi, maka sudah tentulah pihak kerajaan akan meletakkan pasukan untuk menghalang demonstrasi ini. dengan kerana itu, imej kerajaan menjadi buruk kerana kerajaan membuat tindakan seperti mengharamkan pakaiaan baju kuning dan sebagainya," katanya. Menurut Dr Mahathir, penganjur perhimpunan Bersih 2.0 tahu yang kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan mereka dan usaha pihak berkuasa menanganinya memang ditunggu-tunggu supaya dunia melihat keburukan kerajaan. Dr Mahathir turut ditanya penglibatan anaknya sendiri Datuk Seri Marina Mahathir pada perhimpunan itu. "Saya beri kebebasan kepada anak saya. Saya tak kata anak saya mesti ikut saya. Mereka kebijaksanaan mereka sendiri. Alhamdulillah, dia sertai tetapi tak jadi apa-apa".- The Malaysian Insider |
Umno macam Raj Kapoor - Wira filem Hindi, .... hahahaha Posted: 10 Sep 2011 03:26 AM PDT PAS: Umno macam wira filem Hindi, bukan pejuang kemerdekaan Oleh Syed Mu'az Syed Putra GOMBAK, 10 Sept — Selepas diserang tanpa henti sejak 15 hari lalu, kepimpinan tertinggi PAS hari ini melancarkan serangan balik dengan menyifatkan Umno yang diasaskan Datuk Onn Jaafar bukan pejuang kemerdekaan sebenar seperti didakwa pemimpin parti Melayu itu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan, Umno yang kini diketuai Datuk Seri Najib Razak bukanlah pejuang kemerdekaan. "Ya, senang sebut," katanya apabila menjawab adakah Umno merupakan pejuang kemerdekaan, pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno seperti "wira Hindustan." "Dia (Umno) macam hero Hindustan, hero datang lambat... kumpulan itu dah lembik baru Umno sampai, ambil gambar kemudian iktiraf dia berjaya mengalahkan penjajah," katanya. PAS terutamanya timbalan presiden Mohamad Sabu telah diserang pemimpin-pemimpin Umno yang didakwa mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu. Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis pada 1950. Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan. Menurut Hadi, Umno telah menggunakan isu ketinggalan zaman untuk menyerang PAS semata-mata mahu mendapatkan semula sokongan orang Melayu. "Umno guna isu ketinggalan zaman, guna isu hampir 60 tahun . . . kita mahu isu sekarang dan orang Melayu jangan tertipu dengan isu ini (Bukit Kepong). "Malah macam isu yang beratus tahun dulu, masa Portugis datang macam tiada orang lawan . . . seolah-olah orang yang mula-mula lawan Portugis adalah Umno, saya mengaji (belajar) sejarah juga, masa itu tiada Umno, tiada PAS . . . orang kita dah lawan penjajah," katanya. Sementara itu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, fakta sejarah Malaysia sudah bercelaru kerana ada ahli sejarah menyifatkan negara tidak pernah dijajah. "Celaru punya fakta sehingga ahli sejarah kata Malaysia tak pernah dijajah, jadi tak perlu sambut merdeka. Kalau tidak pernah dijajah apa erti kita sambut merdeka. "Kalau kerajaan iktiraf Malaysia tidak pernah dijajah, sambutan 16 September ini batal," katanya. - The Malaysian Insider |
Posted: 10 Sep 2011 01:53 AM PDT 10 SEPT — Dalam isu siapa pejuang kemerdekaan negara sekarang sedang hebat diperdebatkan. Tetapi tidak apalah, kerana pilihanraya sudah hampir tiba. Umno memang sebuah parti yang memperjuangkan kemerdekaan tetapi Umno hanya memasuki perjuangan kemerdekaan itu di pusingan akhir perjuangan itu dan Umnolah yang kumpulan yang terakhir untuk menyudahkan perjuangan dan menerima kemerdekaan itu. Yang menjolok buahnya ramai tetapi belum berjaya. Tetapi kejayaannya sampai apabila Umno wujud untuk menyambut buah yang akan jatuh setelah banyak pihak yang menjoloknya. Memangpun hakikatnya siapa yang menjolok buah itu jarang-jarang yang dapat menyambutnya. Selalunya orang lain yang menyambutnya dan mereka lah yang menerima buah-buah yang jatuh tadi. Oleh kerana Umno adalah kumpulan yang terakhir yang menjoloknya maka Umno lah yang menyambut buah kemerdekaan itu. Yang menjolok sebelumnya ramai. KMM, API dan banyak lagi yang menjolok kemerdekaan ini. Malahan PKM juga merupakan salah satu di antara banyak kumpulan yang menjolok kemerdekaan tetapi PKM berjuang melakukannya dengan mengangkat senjata. PKM sudah di haramkan kewujudannya dan kita semua menerima pengharaman itu dengan baik. Dalam isu ini yang hanya boleh menyelesaikan perdebatan ini ialah untuk kita semua mengakui yang sejarah kita yang mengatakan Umno itu merupakan parti yang memperjuangkan kemerdekaan itu adalah seratus peratus benar. Tetapi yang kurangnya dalam penulisan sejarah kita ialah kita meninggalkan nama-nama manusia perjuangan kemerdekaan dengan pertubuhan-pertubuhan mereka yang telah berhempas pulas untuk melepaskan negara kita dari belenggu penjahan asing itu. Kalau kita manusia yang berfikir dan mempunyai perasaan tentulah kita faham yang orang lain pun mempunyai perasaan. Kenapa kita tidak terima sahaja yang sebelum Umno diwujudkan itu puluhan badan-badan dan pertubuhan yang wujud dengan semangat perjuangan untuk memerdekan negara. Apa salahnya kita terima hakikat ini dan berbaik-baik di antara semua pihak. Jika sudah bertengkar tidak boleh kah bersama-sama mengakui yang kedua-dua belah pihak ada betulnya dan ada kesalahannya. Sekarang sudah jelas yang Umno merupakan parti yang memperjuangakan kemerdekaan dan sebelumnya ada puluhan pertubuhan yang wujud dengan tujuan yang sama. Oleh kerana itu sudah menjadi kenyataan apa lagi yang hendak bertengkar ini? Semua orang tahu yang pilihanraya akan tiba dan tentulah isu ini dijadikan isu oleh pihak yang berkuasa untuk mengekalkan kuasa dan mandat rakyat. Pulangkan kepada rakyat untuk menilainya. Akhirnya sekali lagi kita akui yang pertubuhan yang banyak wujud uitu semuanya bertujuan untuk memerdekan negara termasuk Umno. Tetapi satu persoalan pula yang harus kita fahami yang Umno sekarang ini tidak kena-mengena dengan apa-apa perjuangan kemerdekaan negara. Umno yang memperjuangkan kemerdekaan itu ialah Umno yang sudah di kuburkan itu. Umno sekarang di tubuhkan pada Februari 1988 sedangkan kemerdekaan kita ialah pada 1957, iaitu 41 tahun sebelum Umno sekarang wujud. Tetapi PAS, MCA dan MIC memang wujud semasa usaha memerdekan negara semasa itu. Umno sekarang belum ada lagi. Umno sekarang hanya menggunakan nama Umno asal yang berjuang untuk kemerdekaan dulu. Kita boleh menamakan anak kita P. Ramlee kerana hormat kita kepada jasa allahyarham P. Ramlee kepada industri perfileman negara kita. Tetapi P. Ramlee yang sebenarnya sudah meninggalkan kita hampir 41 tahun yang lalu. Maka P. Ramlee yang baru lahir ini takkan lah hendak mengaku P. Ramlee yang memperjuangkan industri filem negara dulu…bukan gitu? P. Ramlee yang sudah meninggalkan kita itu tinggi seninya. P. Ramlee yang ada pada hari ini perongos sifatnya dan tidak berseni...asyik mengumpulkan harta sahaja. — aspanaliasnet.blogspot.com |
Cukai pra-bayar 6% - Najib kemut dari Telco RM576.8 juta setahun Posted: 10 Sep 2011 12:57 AM PDT Keputusan TELCO kerana kos cukai cecah lebih RM576 juta: SKMM CYBERJAYA: Suruhannjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menjelaskan pengumuman oleh syarikat telekomunikasi (TELCO) untuk menyalurkan cukai perkhidmatan 6 peratus kepada pengguna perkhidmatan telefon prabayar adalah keputusan yang dibuat secara unilateral dan bukan keputusan kerajaan. Menurut SKMM, keputusan untuk tidak lagi menanggung kos pembayaran cukai perkhidmatan bagi pelanggan mereka itu berikutan peningkatan sehingga RM576.8 juta yang dibayar Maxis, Celcom dan Digi tahun lalu. "Pihak TELCO menanggung cukai perkhidmatan bagi mengalakkan pengunaan perkhidmatan prabayar tetapi kini penggunaan perkhidmatan prabayar meningkat sehingga 27.6 juta pengguna," menurut kenyataan itu. SKMM menjelaskan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan prabayar itu adalah sama seperti yang dikenakan untuk perkhidmatan lain. Menurutnya, sejak dilaksanakan dalam 1988, syarikat telekomunikasi membayar cukai perkhidmatan bagi pihak pengguna telefon prabayar secara sukarela. "Setakat ini pelanggan perkhidmatan telefon pascabayar membayar cukai perkhidmatan ini," menurut kenyataan itu yang disiarkan BERNAMA. Perlaksanaan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan telekomunikasi dilaksanakan pada 1998 menurut peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 dan selaras dengan mekamisme percukaian Negara. Ia selaras peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang mengkehendaki pengguna menanggung cukai bagi perkhidmatan penggunaan merangkumi perkhidmatan telekomunikasi dan TV berbayar kecuali perkhidmatan internet. - BH |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan