SIASAH |
'Tidak merdeka kalau komunis menang' Posted: 07 Sep 2011 06:44 PM PDT Oleh ABI QALAM Disebabkan kepentingan politik, komunis pun PAS sanggup dakwa sebagai pejuang kemerdekaan. Ini satu kenyataan bodoh. Fikirlah habis-habis sebelum bercakap. Memang orang Melayu dahulu dahagakan kemerdekaan yang terlibat dengan API, PKMM dan gerakan kiri menyumbang ke arah kemerdekaan. Cuma kaedah yang mengambil semangat Melayu Raya dari Indonesia tidak diterima secara menyeluruh oleh rang Melayu dan raja-raja Melayu.. Maknanya ideologi keras mereka tidak sesuai diguna pakai oleh majoriti. Berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar dan Umno yang lebih cerdik dan diterima oleh umum baik dari pihak rakyat, raja-raja dan Inggeris sendiri. Mohamad Sabu dan PAS ingat walaupun mereka bekerja dengan Inggeris mereka tak ada akal fikiran? Ingat mereka jadi tunggul? Habis satu Malaya jadi tunggullah kalau begitu, dan anda sahaja jadi her? Maksudnya, niat puak-puak berhaluan kiri ialah mendirikan negara yang tidak mementingkan kedudukan Islam, raja-raja dan keistimewaan orang melayu. Tokoh-tokoh kiri Melayu hanya tertipu dengan permainan politik PKM seperti PAS tertipu dengan DAP sekarang. Mula-mulanya Mat Indera hanya mengarahkan menangkap polis-polis yang mabuk sempena Tahun Baru Cina dan bertujuan untuk memalukan Inggeris sahaja. Tetapi kerana keghairahan celaka komunis Cina, 23 orang terkorban.. Bukan setakat anggota polis, isteri dan anak mereka pun dibunuh! Tak cukup dibunuh, Cina komunis bakar mayat-mayat anggota polis, isteri dan anak-anak mereka. Mana keberanian Mat Indera pada masa itu? Orang Melayu mana tahan melihat orang Melayu lain diperlakukan demikian? Orang Islam mana yang dapat sabar lihat mayat-mayat saudara mereka dijulang jadi piala, disepak, dikencing, diludah dan dibakar sampai rentung? Tapi sedarlah hakikat, jika pejuang-pejuang kiri yang memerdekakan negara kita, hanya dua kemungkinan sahaja yang akan berlaku; 1. Kita adalah sebahagian dari Indonesia Raya, dan 2. Kita akan menjadi negara komunis berpaksikan China. |
You are subscribed to email updates from SiasahDaily To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan