Kerabu Bersuara ® |
- Ahli Politik Tidak Dibenarkan Bercakap Mengenai Agama Di Selangor? MAIS Sah Barua Umno!
- Forum : Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan? Part 1, 2
- Video: Saman Utusan Meloya Laknat
- Terkini! Abang Mat Sabu Tidak Dapat Dikesan. 10 000 Geng Bekas Parajurit Demo Depan Pejabat PAS Kuala Lumpur
- MAIS Dan JAIS Menjadi Barua! Amaran Kerabu Bersuara
- Prof Khoo Serang Balas, Mat Sabu Ibarat ‘Budak Nakal’ Yang Tidak Faham Sejarah
- Kenyataan Media MB Johor: Mat Indera Adalah Militan Parti Komunis Malaya
- Melayu Umno? Saya Ulangi Melayu Umno?
- Terkini! Fakta Mengejutkan Mengenai Serangan Bukit Kepong
- Datuk Dr Mohamad Satim Diman, Jahilnya Apabila Berbicara Mengenai Sunnah Nabi
Ahli Politik Tidak Dibenarkan Bercakap Mengenai Agama Di Selangor? MAIS Sah Barua Umno! Posted: 08 Sep 2011 08:00 AM PDT Sementara itu, Mais dalam satu kenyataan hari ini tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah. Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama. Turut dimaklumkan rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah Mais yang bersidang pada 23 Jun 2011. "Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor," kata pengerusinya Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa . Oleh itu, Mais mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa. kalau yang ni tak pe ok. semua halal! tak perlu apa-apa permit dan kebenaran gila dah institusi agama sekarang ni jadi barua puak yang jahil agama! |
Forum : Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan? Part 1, 2 Posted: 08 Sep 2011 06:00 AM PDT |
Video: Saman Utusan Meloya Laknat Posted: 08 Sep 2011 04:12 AM PDT Bukit Kepong: Mat Sabu beri Utusan 24 jam minta maaf atau jumpa di mahkamah KUALA LUMPUR, 8 Sept – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi tempoh 24 jam sebagai tempoh terakhir kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf atau berdepan saman. Tempoh itu diberi berhubung laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu, bertajuk "Mat Sabu hina pejuang, anggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong" yang didakwa fitnah terhadap dirinya dan PAS. Gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, beliau akan mengarahkan peguamnya memfailkan saman terhadap akhbar itu minggu depan. "Tulisan muka depan itu telah menimbulkan fitnah, kemarahan orang ramai kepada saya di atas rekaan berita yang dibuat Utusan terhadap saya. "Kerana itu juga telah berlaku kehangatan politik dan fitnah terhadap saya sehingga ada ancaman begitu berat yang saya lalui," kata Mohamad dipetik Harakahdaily hari ini. Menurutnya lagi, notis guaman juga telah dihantar kepada ketua pengarang akhbar itu secara rasmi hari ini. Dalam laporannya itu, Utusan Malaysia menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia. |
Posted: 08 Sep 2011 12:15 AM PDT Gambar yang sempat dirakam semasa demo tengah hari tadi kelihatan 1 ribu lebih para parajurit yang datang berdemo di depan pejabat agung pas sekejap tadi. mereka mula berkumpul sehingga kawasan sekitar pejabat agung lumpuh kegiatan harian. dikhabarkan oleh kerana ramai yang hadir demo, menyebabkan abang mat sabu tertekan dan lari ikut pintu belakang pejabat. polis khabarnya ridak dapat mengawal disebabkan geng baju merah yang hadir terlalu ramai sehingga meminta bantuan polis bukit aman. abang mat sabu tidak dapat dikesan sekarang kakahkahkahahkahakha gambar betul tapi ulasan lawak jer! kahkahkahkahkah |
MAIS Dan JAIS Menjadi Barua! Amaran Kerabu Bersuara Posted: 07 Sep 2011 11:57 PM PDT kami amat marah kalau betul la apa yang didengar ni betul Jika ini kerka dibelakang tabir yang 2 jabatan ni buat lu memang barua! apa kuasa menteri besar dan exco? lu buat kerja tanpa rasa hormat kepada menteri besar pilihan rakyat? lu nak main kasar erk? lu memang barua kepada pihak yang berkepentingan? kepala hotak lu kalau nak buat perjumpaan dengan ngo melayu dan islam semata-mata agama lu ingat menteri besar manganut agama apa? kepala hotak lu nak buat memorandum pasal menteri besar selangor barua memang tetap barua! lu pergi mana-mana pun, tukar la sapa yang ketua pun lu memang barua! sudah banyak perkara yang 2 jabatan agama ini sudah buat tanpa pengetahuan menteri besar pilihan rakyat lu kena ingat, lu jangan bertopengkan jabatan agama islam semua rakyat akan sumbat apa yang lu 2 jabatan cakap pppuuuiihhh kalau lu 2 jabatan masih menjadi baru puak yang berkepentingan rahsia busuk lu 2 jabatan akan banyak terbongkar barua |
Prof Khoo Serang Balas, Mat Sabu Ibarat ‘Budak Nakal’ Yang Tidak Faham Sejarah Posted: 07 Sep 2011 09:30 PM PDT Mat Sabu Ibarat 'Budak Nakal' Yang Tidak Faham Sejarah – Prof Khoo Oleh: Azlina Rosdy KUALA LUMPUR, 7 Sept – Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap tindakan Mat Sabu mempergunakan adik Mat Indera iaitu Baharom Shah dalam isu memartabatkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan adalah sebagai 'budak nakal' yang tidak faham sejarah malah tidak faham apa itu erti kemerdekaan. Katanya, sekiranya Mat Indera dikatakan seorang pejuang yang mahu menuntut kemerdekaan negara ketika itu, mengapa Mat Indera perlu menyerang balai polis dan mendesak agar pihak polis menyerah diri kepada komunis. "Adakah mereka faham bahawa pada tahun 1950, kedaulatan negeri Johor masih tertakluk kepada Raja. Kenyataannya Mat Indera bukan menentang British pada ketika itu tetapi sebenarnya menentang kerajaan Johor. "Johor adalah negeri pertama yang mempunyai Perlembagaan Bertulis. Jadi kalau dia tidak faham dan tidak tahu sejarah, jangan cakap pasal sejarah. Kita hanya akan membahaskan isu ini dengan orang yang tahu sejarah," ujarnya. Kay Kim turut mengulas, Baharom Shah sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi pada 31 Ogos 1957 malah tidak mengerti apa yang terjadi semasa tragedi Bukit Kepong. "Adakah dia faham dan tahu apa yang Mat Indera lakukan dahulu. Dia harus menerima hakikat bahawa sejarah adalah fakta dan telah tertulis Mat Indera adalah pengkhianat negara. "Kita tidak perlu layan orang yang tidak faham tentang sejarah. Sebab itu dia mudah diperkotak katikkan oleh pembangkang yang mahu memanipulasikan isu ini. Jangan mudah dipergula-gulakan oleh orang ada kepentingan politik sehinggakan kita sanggup menyanggah sejarah," katanya. Baharom Shah yang mengadakan sidang media di Pejabat Pas di sini hari ini, mendesak agar kerajaan membersihkan nama abangnya yang kononnya di dakwa seorang pejuang kemerdekaan yang mahu membebaskan negara daripada penjajahan. Sidang media itu diadakan susulan daripada tindakan Mat Sabu yang mendakwa bahawa Mat Indera adalah pejuang sebenar dalam kemerdekaan Negara. prof kangkong! mat sabu bercakap malalui fakta tapi kangkong bercakap melalui pemahaman peribadi. |
Kenyataan Media MB Johor: Mat Indera Adalah Militan Parti Komunis Malaya Posted: 07 Sep 2011 08:37 PM PDT Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera adalah anak Johor yang terlibat dengan gerakan-gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu beroleh kemerdekaan. Beliau pada awalnya, seperti individu-individu lain juga telah berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Bezanya, Mat Indera melibatkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad. Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam. Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM telah diharamkan. Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Perjuangan melalui parti dan gerakan (UMNO) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan melibatkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini. Bagaimanapun Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British. Tindakannnya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong. Ini berlainan dengan para pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan. Kemuncak penglibatan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu adalah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950. Fakta yang diperolehi daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas tersebut terhadap pegawai-pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong. Sebagai seorang daripada pemimpin rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan tersebut. Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air. Sedangkan ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara. Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk dari 'Malayan Union' British sebelum itu. Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan 'People's Democratic Republic of Malaya' yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu. Malaysiayang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis. Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan. Akhirnya Mat Indera telah berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan teroris yang diharamkan sehingga ke hari ini. Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya. Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berpelembagaan. Berdasarkan fakta-fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera adalah dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Regimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu. Dia bukan seorang 'pejuang' untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun. Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian perletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaanMalaysiapada 1989. Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, adalah data-data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di negeri Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Penulisan dan catatan tersebut adalah menjadi bahan-bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan olek kerajaanMalaysiakini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman-rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang. DATUK ABDUL GHANI OTHMAN Menteri Besar Johor |
Melayu Umno? Saya Ulangi Melayu Umno? Posted: 07 Sep 2011 08:00 PM PDT macam mana boleh masuk parti melayu? kami kompius! |
Terkini! Fakta Mengejutkan Mengenai Serangan Bukit Kepong Posted: 07 Sep 2011 06:15 PM PDT RAYMOND DANCEY Ketua Balai Polis Bukit Kepong Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu. Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung. Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British. Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang. Fakta penting yang harus anda tahu ialah, kebanyakkan pegawai-pegawai atasan Polis di Tanah Melayu ketika itu adalah daripada tentera British. Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu memberikan kesan yang berbeza. Henry Gurney dilantik oleh British menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950. Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja - seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka - Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney. Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey - seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ. Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut. Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib - rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis. Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri. Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis. Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka. Mat Indera bukan Chin Peng. Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa. Yusof Rono MM 7645 Apa yang dapat Mat Indera lakukan ketika itu hanyalah melindungi saki baki polis yang terselamat, antaranya ialah Yusof Rono yang ketika itu diacukan senapang di kepalanya oleh salah seorang anggota PKM, Mat Indera telah menghalangnya daripada menembak Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah! kita dah dapat apa yang kita inginkan". Ini membuat Yusof Rono terselamat daripada terbunuh. Malah isterinya mengakui insiden tersebut di dalam satu temubual terbitan RTM yang dikeluarkan pada tahun 1970an dengan berkata 'Askar komunis melayu menyelamatkan yusof rono'. Tragedi Bukit Kepong ini telah dijadikan modal sebagai dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera yang kononnya seorang pemimpin Komunis dan menentang kerajaan British. British telah menaikkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Sebelum peristiwa Bukit Kepong, tawaran hadiah terhadap tangkapan beliau adalah $25,000 jika hidup-hidup, dan $10,000 jika mati.. Sehinggalah akhirnya Mat Indera berjaya diperdaya rakan baiknya Mat Tukyo untuk menghadiri kenduri di rumah Wak Bladang. XPDC Menjejak MAT INDERA - Siri 4 : Fakta MENGEJUTKAN Disebalik Serangan Bukit Kepong |
Datuk Dr Mohamad Satim Diman, Jahilnya Apabila Berbicara Mengenai Sunnah Nabi Posted: 07 Sep 2011 06:10 PM PDT Pindah jika benci Melayu PUCHONG – "Kalau dia tidak suka orang Melayu di Malaysia, dia boleh pindah ke negara lain," kata Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman mengenai tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan, memperlekehkan institusi istana serta mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh dalam takzirahnya di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang, minggu lalu. "Dia kena berpijak di bumi nyata. Jangan semata-mata nak tunjuk alim sampai mencerca dan menghina orang lain, terutama ketua negara," katanya. Satim berkata, kerja dakwah perlu dilakukan secara bijaksana dan berhikmah, bukan dengan menghina dan mencerca orang lain. "Kononnya dengan pakai serban, berjanggut panjang berbeza daripada dahulu artis, sekarang hendak menyalahkan institusi diraja dan perlekehkan orang Melayu. "Orang macam ini kalau tidak suka kepada orang Melayu, silakan berpindah ke negara lain,"katanya. http://www.sinarharian.com.my/index.asp |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan