Khamis, 8 September 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Alasan Azeez macam Pak Pandir kematian anak!

Posted: 07 Sep 2011 09:48 PM PDT

Andeh, bukan kita sahaja yang kematian anak, orang lain juga ada kematian anak.Dan Azeez Rahim, Kapten Putera 1 Malaysia yang sepatutnya dipertanggungjawabkan diatas terkorbannya seorang petugas media, Noramfaizul Mohd Nor, berlagak tidak ubah seperti mana Pak Pandir apabila dia mengemukakan jumlah 43 wartawan telah terkorban di Mogadishu sejak 1992!

Ah! Bukan wartawan kita sahaja yang terkorban, ramai lagi wartawan yang telah terkorban disana sebelum ini.Biasalah.Apasal korang nak bising-bising mengenai wartawan kita yang terkorban disana! Dia adalah wira negara ! Terkorban dalam masa menjalankan tugasnya yang mulia. Begitulah yang cuba Azeez tekankan kepada kita semua.

Apakah kita semua patut terhutang budi kepada Azeez yang kononnya telah berjaya menonjolkan seorang wira negara? PM Najib sendiri tanpa berselindung memuji Azeez dengan menyifatkan "Pengorbanan Allahyarham sekaligus menaikkan imej Malaysia.... konon!

Apakah perlu dikorbankan satu nyawa untuk menampilkan seorang wira dan demi melonjakan imej negara? Mana lebih penting? Nyawa seorang rakyat atau imej negara? Tetapi imej siapa sebenarnya yang cuba ditonjolkan?

"Saya percaya kita bukan sasaran. Ini insiden yang tidak disangka. Ini peluru sesat yang saya boleh kata sebagai ketua misi ini." Kata Azeez.

Bukankah kata-kata itu menunjukan Azeez begitu cuai dalam mempastikan keselamatan anggota misi di sana. Dia kata 'tidak disangka' walhal mereka sedang berada dalam zon perang yang sangat merbahaya dan perlu senantiasa berwaspada dan bersiapsiaga dengan apa-apa sahaja kemungkinan.

Dan apabila dipersoalkan tentang pemakaian jaket kalis peluru yang diabaikan, Azeez mendakwa , dia mematuhi nasihat yang diberikan bahawa tidak perlu memakai jaket kalis peluru! Hanya mereka yang bangang akan percaya kata-kata Azeez ini!


Alahai Azeez, Mogadishu, Ibu kota Somalia yang sarat dengan lubang-lubang peluru, dibanjiri dengan organisasi militia yang longgar dan beribu-ribu tentera yang tidak berdisiplin, dimana sering berlaku insiden , tentera kerajaan dan Union Peacekeepers (UP) membunuh orang awam tanpa sengaja. Juga ada kalanya, tentera kerajaan dan UP menembak ke ruang udara untuk meleraikan kesesakan jalanraya dipersimpangan kerana tiada 'lampu merah' ....engkau fikirlah sendiri, patut ke tidak pakai jaket kalis peluru!

Peter Greste ( gambar sebelah bersama seorang tentera) seorang wartawan BBC News ketika menemuramah Mohamed Nur, Dato Bandar Mogadishu , diberitahu:

"Tentunya ia (Mogadishu) tidak selamat sebagaimana yang diharapkan, walaupun kami sedang membuat kemajuan." Sebelum itu, Datuk Bandar tersebut menegaskan bahawa bandarnya bukan sebuah tempat yang paling merbahaya dalam dunia. Malahan dia menegaskan ianya tidaklah seteruk Kabul atau Baghdad.

Dan apabila wartawan itu bertanya sama ada mereka boleh berjalan 100m antara kementerian penerangan dan pejabat perdana menteri, lalu dijawab oleh Datuk Bandar itu:

"Tidak boleh tanpa jaket kalis peluru dan kereta perisai!" Sia-sia Azeez menghantar pasukan recce sampai 7 kali ke Mogadishu. Memadai sekiranya Azeez mendapatkan maklumat disini

Azeez begitu terdesak mahu melepaskan dirinya dan cuba menyalahkan kerajaan disana. Bukankah kerajaan yang ada di Somalia ini merupakan kerajaan yang masih dalam transisi, lagi pula sebuah kerajaan yang miskin. Apakah Azeez mengharapkan mereka menyediakan jaket kalis peluru bagi anggota missi Putera 1 Malaysia disana, sedangkan rakyat mereka sendiri dilanda kebuluran. Azeez sendiri tahu hakikat ini ; bahawa mereka tidak mampu untuk sediakan kelengkapan keselamatan seperti jaket kalis peluru dan helmet . Missi Putera 1 Malaysia sepatutnya kena bawalah sendiri.

Di sini selamat! anda tidak perlu pakai jaket atau
helmet kalis peluru...err atau kasut sekali pun!

Azeez mendakwa dia menyedari akan risiko tinggi di Mogadishu dan semua anggota missi telah diberitahu tentangnya. Persoalannya, adakah missi Putera 1 Malaysia kesana membawa bersama-sama mereka jaket kalis peluru , walaupun menyedari hakikat risiko yang begitu tinggi?

"Di hotel ada lagi 30 (orang anggota bersenjata), sekeliling hotel, menjaga kami di luar dan di dalam hotel," kata Azeez

Alahai Azeez, kita bukan mengharapkan pemakaian jaket kalis peluru pada setiap masa dan tempat sewaktu disana.Dalam hotel umpamanya, tidak perlulah pakai walau pun dalam negara aman seperti Malaysia ini, ada juga bahalol yang tidak karuan – pakai jaket kalis peluru didalam masjid!

Tetapi sewaktu trajedi yang menimpa arwah itu, mereka sepatutnya memakai jaket kalis peluru kerana ketika itu mereka 'on the move' dan terdedah kepada serangan.Namun Azeez mendakwa kejadian tersebut tidak dijangka dan Noramfaizul terkorban akibat "peluru sesat."

Pelik, macamana Azeez boleh kata ianya 'diluar jangkaan'.Tambahnya lagi akibat 'peluru sesat'.

Kalau peluru sesat, bermakna ada dua kumpulan sedang berbalas-balas tembakan.Tetapi bukan begitu yang berlaku sebagaimana laporan berikut :

A Malaysian journalist has been killed in a shooting in the Somali capital, Mogadishu, security officials said.

Initial reports say African Union peacekeepers opened fire on his vehicle. A security official told the BBC the attack was being investigated.

Mana ada mention 'stray bullet' ? Mana ada kejadian tembak menembak? Kereta mereka tidak terperangkap dalam mana-mana kejadian berbalas-balas tembakan seperti kejadian di sini, contohnya.Hanya Azeez sahaja yang kata arwah mati kerana 'peluru sesat'.

Kenderaan yang dinaiki Noramfaizul sengaja ditembak oleh African Union peacekeepers.Baca sendiri di sini , malah ada seorang saksi yang hanya menamakan dirinya sebagai Halima melaporkan bahawa kereta arwah dikejar oleh truk African Union lalu menembaknya. Baca di sini

Tiada ulasan: