Selasa, 27 September 2011

SharpShooter

SharpShooter


MCA dan Gerakan dicabar keluar BN

Posted: 27 Sep 2011 01:27 AM PDT

Parti MCA dan Gerakan dicabar keluar dari BN sekarang, ekoran kenyataan kedua-dua pemimpin utama parti itu untuk keluar dari BN sekiranya BN melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukuman hudud.

Kedua-dua parti itu dicabar keluar dari BN kerana Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi perlaksanaan hudud sememangnya telah digunakan di Terengganu sekarang.

Kanun Jenayah Syariah Terengganu itu telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika Terengganu berada di bawah pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 lalu, tetapi kini terus digunakan di Terengganu walaupun Terengganu berada di bawah pemerintahan BN.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, dengan itu undang-undang Kanun Jenayah Syariah Terengganu yang digunakan oleh Kerajaan BN Terengganu sekarang adalah kanun jenayah syariah yang digubal oleh PAS.

Katanya, sekarang BN di Terengganu telah menggunakannya sejak BN merampas kembali Terengganu dari PAS dan MCA serta Gerakan perlu sedar perkara itu serta melaksanakan janjinya untuk keluar dari BN sekiranya BN berbuat demikian.

"Jadi kalau MCA dan Gerakan nak keluar dari BN, keluarlah sekarang kerana itulah Kanun Jenayah Syariah yang dilaksanakan oleh BN di Terengganu sekarang," katanya pada sidang media bersama dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Anthony Loke di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

MCA dan Gerakan seperti yang dilaporkan media tempatan termasuk akhbar milik Umno beberapa hari lalu termasuk semalam mengatakan, pemimpin utama MCA dan Gerakan akan tetap menentang perlaksanaan hudud di negara ini dan sekiranya Umno atau BN melaksanakannya, kedua-dua parti itu akan keluar dari BN.

Menurut Saifuddin, para pemimpin kedua-dua parti itu kini perlu menyedari realiti yang berlaku di Terengganu sejak BN mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu dari PAS dan perlu melaksanakan apa yang dikatakan oleh mereka itu.

Realiti yang berlaku di Terengganu, tegas beliau, berbeza dengan Kelantan kerana Terengganu kini diperintah oleh BN setelah merampas tampuk pemerintahan Terengganu dari PAS, manakala Kelantan pula terus diperintah oleh PAS.

Para pemimpin MCA dan Gerakan tidak seharusnya bercakap kosong dalam hal itu, malah mereka perlu melaksanakan apa yang diperkatakan oleh mereka itu bagi mempertingkatkan imej mereka sendiri.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang sehubungan itu turut mengingatkan para pemimpin Umno BN bahawa hajat mereka untuk memporakperandakan PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dengan mencetuskan isu hukum hudud dan agenda penubuhan negara Islam hanyalah sia-sia kerana ia diyakini tidak akan kesampaian.

Malah, kerjasama antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat kini jauh lebih utuh dan matang dari sehari ke sehari berbanding di peringkat awal penubuhan Pakatan Rakyat dulu.

"Asas kerjasama Pakatan Rakyat adalah rakyat didahulukan atau kepentingan rakyat yang diutamakan, di samping menghargai perbezaan pendapat antara parti-parti yang berada di dalamnya," katanya.

Serentak dengan itu, katanya, para pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokongnya akan terus berkerjasama bagi kerja-kerja pilihanraya dengan teratur, tanpa dapat diganggu gugat oleh para pemimpin Umno BN.

Manakala Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Anthony Loke pula berkata, isu mengenai perlaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu bukanlah isu baru dan ia telah lama difahami oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga wakil kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan juga wakil kepada DAP menjelaskan, para pemimpin Pakatan Rakyat sememangnya menghormati pendirian parti masing-masing.

Atas penghormatan itulah, para pemimpin Pakatan Rakyat berkerjasama dengan baik sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan, malah kini kerjasama itu semakin mantap dengan ketiga-tiga parti berfungsi dengan baik.

"Sekarang Tun Dr Mahathir tiba-tiba menjadi pengacau dan jurucakap kepada Umno untuk membangkitkan perkara itu. Tetapi dalam masa yang sama, semua orang faham Umno sebenarnya tak nak laksanakan hukum hudud. Apa yang dibangkitkan hanyalah untuk kepentingan politik mereka.

"Pada kami dari DAP dan Pakatan Rakyat, apa yang dibangkitkan itu sebenarnya tak timbul kerana ia merupakan isu yang dah lama, tambahan pula ia tidak dinyatakan di dalam Buku Jingga.

"Kalau tak ada dalam Buku Jingga, itu bukanlah dasar Pakatan Rakyat. Para pemimpin Pakatan Rakyat cukup faham perkara itu, jadi tak perlulah Umno BN menimbulkan kembali isu itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tumpukan tuntutan BERSIH usah tertipu dengan isu umporno

Posted: 26 Sep 2011 11:17 PM PDT

Surat terbuka ini ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pimpinan Pakatan Rakyat. Ingin saya tegaskan bahawa kesusahan, kekalutan, kegusaran sentiasa menyelubungi kita lantaran negara diurus tadbir dengan diselimuti kronisme, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hasilnya adalah pembolotan kekayaan negara secara korup oleh kelompok-kelompok dan individu-individu tertentu dan rakyat semakin terhimpit lantaran nilai ringgit yang semakin kecil.

Meskipun rakyat semakin sedar dan cuba untuk melakukan perubahan, namun segalanya menjadi sia-sia apabila undi rakyat tidak menjadi penentu, tetapi yang menjadi penentu adalah pengundi-pengundi palsu (pengundi hantu, pengundi 'clone' dan sebagainya). Sebagai contoh yang mudah adalah pengguguran senarai pengundi yang berjaya didedahkan dan dibantah oleh PAS Selangor.

Kesedaran bagi mendesak untuk pembaikan terhadap pilihan raya yang bersih telah berjaya dimobilisasi oleh gabungan NGO dan didokong rakyat iaitu BERSIH. Namun malangnya kesedaran yang penting ini telah berjaya dipudarkan oleh Barisan Nasianal. Bagaimana? Jawapannya sangat senang, iaitu para pemikir BN akan mengalihkan isu ini kepada isu-isu lain agar rakyat tidak dapat lagi fokus. BN akan mengaturkan proksi-proksi mereka iaitu media arus perdana, NGO-NGO, mantan-mantan pimpinan BN, jabatan-jabatan dan pelbagai lagi agensi agar mengubah isu dan isu sebenar akan tenggelam bagi mamanjangkan hayat BN.

Bagaimana? Terdapat banyak cara yang diaturkan oleh pemikir-pemikir BN yang harus kita sedari agar kita tidak tertipu lagi, dan agar kita tidak tertari dan mengikut kehendak mereka. Antara rahsia mereka adalah:

1. Mencipta dan mempromosikan perkara yang membingungkan atau menyentak Pakatan Rakyat.

2. Menyibukkan rakyat dengan menimbulkan perkara menyusahkan rakyat.

3. Membuat pendedahan yang boleh melekakan Pakatan Rakyat.

4. Membangkitkan isu-isu perkauman atau polemik agama.

Mari kita perhatikan satu-persatu.

Setiap kali BN merasa mereka terancam dengan pendedahan (dalam hal ini, pilihanraya yang bersih), BN akan mencipta dan melontarkan gelaran-gelaran atau tuduhan-tuduhan bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat. Tidak kiralah sama ada melabelkan Pakatan Rakyat sebagai pengganas, pelampau agama, pelampau bangsa, terpesong dari perjuangan asal bahkan mereka akan melakukan serangan-serangan peribadi. Akhirnya rakyat akan kebingungan dan pimpinan Pakatan Rakyat pula sibuk menjawab tuduhan yang dilemparkan. Maka tuntutan pilihan raya bersih akan ditenggelamkan.

Kedua, kerajaan BN akan menimbulkan isu yang akan menggusarkan rakyat, contohnya menaikkan cukai, menaikkan tarif, kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya, sama ada akhirnya mereka akan berlagak hero menyelesaikan masalah tersebut atau mereka akan membiarkan rakyat terkapai-kapai menyelesaikan masalah ditimbulkan ini. Maka tuntutan pilihan raya bersih akan terkubur.

Ketiga, BN juga sanggup mewujudkan perkara-perkara yang menggembirakan Pakatan Rakyat bagi melekakan pendokong dan pimpinan Pakatan Rakyat. Contohnya, mereka akan berlakon bergaduh sesama sendiri. Bayangkan tiba-tiba Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin menyokong Hudud dan ada pula pimpinan lain yang menentang. Sedangkan selama ini pedulikah mereka? Bahkan mereka sanggup melakukan pendakwaan terhadap individu atau pimpinan-pimpinan mereka sendiri. Sebagai kesan, pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat akan bergembira dengan isu yang didentangkan dan sibuk menceritakan hal tersebut. Akhirnya tuntutan pilihan raya bersih akan terkubur.

Keempat, BN juga sanggup menimbulkan isu-isu perkauman, menimbulkan polimik antara agama, bahkan sanggup menimbulkan polemik dengan negara lain. Hal begini bukan baru, mereka sanggup menimbulkan polemik-polemik ini kerana mereka tahu apabila berlaku kekecohan atau rakyat rasa tidak selamat, rakyat akan menumpukan perhatian kepada isu-isu tersebut. Akhirnya tuntutan pilihan raya bersih akan terkubur.

Lantaran itulah, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang menginginkan hidup yang lebih baik, agar menumpukan sepenuh perhatian dan menggembleng tenaga menuntut pilihan raya yang bersih. Seandainya terdapat isu-isu yang cuba ditimbulkan, janganlah kita mudah teralih arah.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat pula, apalah salahnya jika kita terus bekerja membela rakyat, namun jika ditanya mengenai isu-isu lain yang cuba dipolemikkan, jawabkan sahaja, "kita insya Allah mampu menyelesaikannya (apa jua isu) apabila kita memenangi pilihanraya dan menjadi kerajaan, syaratnya pilihanraya mestilah diadakan dengan bersih". - Syarizal Maksir

Penulis adalah Yang Dipertua PAS Bintulu


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jom kita tengok gambar rosmah najib zamry dan Nik Aziz, Guan Eng naik bas...

Posted: 26 Sep 2011 09:36 PM PDT


Saya diberitahu, ramai agen propaganda dan gerak saraf Umno mulai berkempen mengatakan betapa 'tawaduk'nya PM Najib Tun Razak yang sanggup naik bas.

Propaganda menuju saat-saat pilihan raya ini ialah untuk memberitahu massa bahawa Najib, sebenarnya amat prihatin dan cakna dengan permasalahan pengangkutan awam. Lalu kesudiannya 'mencemar duli' untuk menaiki pengangkutan (bas) yang diumpamakan antara terburuk di dunia itu selama ini, dimuatkan besar-besar dalam lidah rasmi Umno.

Najib bersama rombongan 'posing' pertama kali naik bas (dalam sejarah hirup) dengan dikerumuni jurugambar untuk disiarkan seluas-luasnya

Mesejnya, jika selama ini Najib tidak pernah sunyi daripada sama ada menaiki helikopter, kapal terbang dan kereta mewah selama ini, dalam perjalanan ke Perak beliau membuat satu 'kejutan' untuk politiknya iaitu sanggup menaiki bas.

Namun melihat kepada bas dinaikinya, saya fikir tidak ramai orang kampung yang tergamak atau 'cekak' menaikinya. Saya tak fikir orang Paya Luas, Kampung Awah atau Kampung Desa Bakti mempu menaikinya.

Penghuni Feda Chini atau Kampung Mambang (dalam Parlimen Pekan) pun tentu 'serun' untuk naik bas sehebat itu, melainkan dibawa oleh Najib untuk 'posing' dan disiarkan besar-besar dalam lidah rasmi Umno.

Lalu apa mesej yang mahu disampaikan dengan Najib naik bas bersama Rosmah dan Zamby ini? Apa yang mahu ditayangkan?

Apakah pemikiran dan tanggapan hati rakyat masih kekal tidak berubah seperti 50 tahun dulu?

Gambar di atas menceritakan segalanya...Lu fikirlah sendiri...

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Inkues Sarbaini: Keadilan gesa kerajaan tubuh suruhanjaya diraja

Posted: 26 Sep 2011 08:55 PM PDT



Keputusan inkues yang mendapati kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed sebagai satu 'nahas' tidak boleh diterima dan tidak boleh dipercayai, malah tidak konsisten dengan keseluruhan fakta kes, kata naib presiden Parti Keadilan Rakyat.

Oleh itu kata N Surendran, kerajaan sewajarnya mengadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat situasi sebenar yang membawa kepada kematian Sarbaini di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 April lalu.

"Skop suruhanjaya diraja mesti merangkumi prosedur-prosedur operasi, pengambilan dan kaedah latihan SPRM, dan membuat syor-syor tentang pembaharuan yang diperlukan dengan segera," kata beliau.

Terdahulu Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Sarbaini tiada unsur bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga.

Koroner Aizatul Akmal Maharani dalam penghakimannya berkata pihaknya bersetuju dengan pandangan pakar terutama mengenai kecederaan yang dialami Sarbaini.

Kecederaan itu lebih membuktikan Sarbaini terjatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan tanpa disengajakan dan kematian disebabkan nahas, kata koroner.

Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini 6 April lalu.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

Mengenai teori Sarbaini mengambil nyawanya sendiri atau membunuh diri, Aizatul Akmal berkata beliau tidak percaya dengan teori bahawa Sarbaini berbuat demikian kerana ketiadaan bukti berlakunya perkara itu.

"Keterangan pakar patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Prof Madya Dr Faridah Mohd Noor menunjukkan arwah tidak membunuh diri berdasarkan ketiadaan tanda-tanda yang biasanya wujud dalam kes sedemikian iaitu kelar di mana-mana bahagian anggota badan atau kandungan dadah atau racun di dalam badannya," katanya dalam laporan Bernama Online.

Maziah Manap, balu Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed dan anggota keluarga keluar dari kawasan mahkamah selepas koroner mengumumkan keputusan inkues. — Foto oleh Choo Choy May
Aizatul Akmal yang membaca keputusan setebal 25 halaman berkata pakar perunding kanan patologi di Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Shahrom Abdul Wahid juga menolak kemungkinan bahawa Sarbaini akan membunuh diri kerana tiada kesan luka akibat cubaan membunuh diri yang dijumpai pada tubuh Sarbaini.

"Tiada nota bunuh diri dijumpai di tempat kejadian dan tiada kesan dadah atau alkohol pada sampel darah si mati mahupun pada air kencing atau kandungan perut si mati, dan kedua-dua pakar itu menolak kemungkinan arwah mati disebabkan apa-apa penyakit," katanya.

Aizatul Akmal mendapati teori bahawa Sarbaini telah dibunuh disangkal Dr Faridah dan Dr Shahrom dalam keterangan mereka.

"Dr Faridah berpandangan arwah tidak dibunuh berdasarkan ketiadaan sebarang kesan luka tangkis pada anggota badan si mati dan tiada kesan pergelutan berlaku di tempat kejadian.

"Dr Faridah berpendapat arwah berada dalam keadaan sedar diri kerana kecederaan yang dialami menunjukkan arwah cuba melawan kejatuhannya sebelum terhempas ke lantai di tingkat satu bangunan itu," katanya.

Aizatul Akmal berkata Dr Shahrom juga menolak kemungkinan kematian Sarbaini disebabkan homisid kerana hasil pemeriksaannya di tempat kejadian dan tubuh badan si mati menunjukkan tiada kesan pergelutan atau pergaduhan yang tidak berkaitan dengan kecederaan akibat jatuh.

"Dr Shahrom berpendapat sekiranya arwah dipaksa keluar dari tingkap pantri yang berada di tingkat tiga, bangunan SPRM, sudah pasti akan terdapat kecederaan akibat pergelutan atau pergaduhan dan ujian toksikologi juga adalah negatif untuk mencadangkan si mati telah diracun atau mengambil dadah," katanya.

Aizatul Akmal berpendapat sekiranya Sarbaini dipukul, pengsan dan kemudiannya dibuang ke luar tingkap, pastinya tiada kesan beliau cuba melawan kejatuhannya.

"Jika arwah dipaksa, diikat dan ditolak ke luar tingkap dalam keadaan sedar, sudah tentu ada pergelutan dan kecederaan luka tangkis seperti di bawah lengan, namun ia tidak dijumpai langsung pada tubuh badan arwah," kata Aizatul Akmal.

Menurutnya, tiada elemen khianat dalam kematian Sarbaini kerana tiada penglibatan pihak ketiga dan tiada apa-apa keterangan yang dapat menunjukkan mana-mana orang yang terlibat secara jenayah dalam sebab-sebab kematian Sarbaini.

Selain itu, beliau berkata keadaan minda si mati sebelum kematiannya turut dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Katanya, berdasarkan keterangan kesemua saksi, beliau berpendapat arwah telah datang ke pejabat SPRM pada 6 April secara sukarela kerana tiada siapa yang menjemput atau mengarahkannya supaya datang.

"Tiada siapapun pegawai SPRM yang mengetahui bahawa arwah akan datang ke pejabat mereka pada hari berkenaan, dan hanya mengetahuinya ketika saat arwah telahpun sampai," katanya.

Adalah tidak dipertikaikan bahawa Allahyarham adalah seorang pegawai Kastam yang berperwatakan baik dan dihormati oleh rakan-rakannya dan merupakan suami serta ayah yang baik dalam keluarganya.

Namun, Aizatul Akmal berkata perbuatan Sarbaini yang membuat pengakuan menerima wang ehsan daripada dua ejen, seorang daripadanya Wan Zainal Abidin Wan Zaki daripada syarikat Schenker pada 4 April lepas, telah menjejaskan pemikirannya.

"Ini dapat dilihat daripada perbuatan arwah yang menelefon Wan Zainal untuk menyatakan kesilapannya kerana mengaitkan nama Wan Zainal dan menurut rakan-rakan arwah, arwah ada menceritakan bahawa beliau membuat pengakuan dalam keadaan terdesak dan tekanan itu mendorong arwah membuat keputusan untuk menarik balik pengakuannya pada hari kejadian," katanya.

Selain itu, kekhuatiran Sarbaini dapat dikesan apabila pengawal keselamatan SPRM melihat Allahyarham dalam keadaan resah dan mengetuk kepalanya berkali-kali semasa menunggu untuk bertemu dengan Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad ketika Sarbaini ingin menukar pengakuannya.

"Kebimbangan arwah bertambah apabila dimaklumkan beliau tidak boleh menukar pengakuan sebaliknya perlu membuat surat kepada SPRM dan keadaan menjadi parah apabila Sheikh Niza telah merampas telefonnya dan diarahkan menelefon Zainal supaya datang ke pejabat itu pada 6 April.

"Arwah dilihat memegang kepalanya, tunduk serta menggeleng-gelengkan kepalanya," kata Aizatul Akmal.

Keadaan bermalam di lokap polis Bukit Jalil pada 1 April merupakan trauma yang dihadapi oleh Sarbaini kerana Allahyarham menceritakan kepada rakannya bahawa bermalam di lokap dianggap sebagai "neraka dunia" dan pengalaman yang dialami membuatkannya bimbang akan berada sekali lagi di tempat itu.

"Didorong dengan kebimbangan itu, arwah nekad untuk keluar daripada pejabat SPRM dengan apa cara sekalipun, apatah lagi telefonnya telah dirampas dan beliau tidak dapat menghubungi sesiapapun," jelas Aizatul Akmal.

Selain itu, beliau berkata keadaan menjadi bertambah parah apabila arwah diminta untuk menunggu di bilik saksi sementara pihak SPRM menunggu kehadiran Wan Zainal dan arwah yang ditemani Penolong Penguasa SPRM Kamal Awang Besar di bilik saksi telah ditinggalkan sendirian.

"Saya berpendapat perbuatan Kamal meninggalkan arwah bersendirian menunjukkan Kamal telah cuai dalam menjalankan tugas dan mengingkari arahan pegawai atasan untuk menjaga arwah di bilik saksi," katanya.

Aizatul Akmal berkata Ahmad Sarbaini yang berada di pejabat SPRM itu pada 1, 2 dan 4 April mengetahui kedudukan pintu, sistem akses dan kewujudan bilik pantri di pejabat itu.

Beliau berpendapat Sarbaini tidak menggunakan tangga atau lif kerana mungkin akan dihalang oleh mana-mana pegawai SPRM yang berada di situ dan memandangkan arwah berada bersendirian di bilik saksi, satu-satunya jalan supaya dia tidak ditahan adalah keluar menerusi tingkap di bilik pantri itu.

"Saya telah membuat lawatan ke tempat kejadian dan bersetuju bahawa apabila kita berdiri berhampiran tingkap pantri itu, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap nampak dekat.

"Saya percaya arwah pada masa itu mengalami ilusi optikal bahawa beliau boleh mendarat ke bumbung yang kelihatan dekat dan seterusnya keluar dari pejabat SPRM itu bagi mengelak dirinya ditahan sekali lagi di neraka dunia," jelas Aizatul Akmal.

Beliau berkata Sarbaini, yang meninggal dunia antara 10 pagi hingga 10.30 pagi, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala berpunca daripada jatuh dari tingkat tiga, bangunan SPRM dan bukannya di tempat lain.

Aizatul Akmal berkata beliau bersetuju dengan teori yang dikemukakan oleh Dr Shahrom bahawa arwah keluar dengan sendirinya melalui tingkap pantri secara perlahan, berpijak di tebing sambil kedua-dua tangan memegang pemegang tingkap.

"Arwah cuba melihat ke bumbung berhampiran yang berada di sebelah kanan tetapi mengubah fikiran selepas mengetahui jarak sebenar untuk ke situ agak jauh dan memerlukan lompatan dan ketika ingin masuk semula ke pantri, kemungkinan dia terdengar sesuatu yang membuatkan fokusnya terganggu.

"Langkah kakinya diteruskan ke kanan tanpa menyedari tebing kecil yang dipijaknya telah sampai ke penghujung menyebabkan badannya hilang keseimbangan lalu terjatuh ke tingkat satu bangunan itu," katanya.

Teori yang dikemukakan oleh Dr Shahrom disokong dengan kesan cat putih yang melekat hanya pada bahagian paling atas kepala tali pinggang Allahyarham, dan ini secara logik menunjukkan cat melekat ketika dia cuba naik semula melalui tingkap dan bukannya ketika dia mula-mula turun.

"Kesan cat putih yang ditemui pada kepala tali pinggang, bahagian depan seluar arwah, tapak tangan kiri arwah dan tapak kasut kiri yang dipakai arwah menunjukkan arwah terjatuh dari tingkat tiga, bangunan SPRM dengan tidak disengajakan," katanya.

Inkues yang bermula pada 4 Julai dan berakhir 4 Ogos lepas menyaksikan 34 saksi memberi keterangan termasuk beberapa pegawai SPRM Wilayah Persekutuan, dua pakar patologi, pegawai forensik dan beberapa pegawai Kastam Diraja Malaysia.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sillah 89 pergi buat selamanya..

Posted: 26 Sep 2011 08:05 PM PDT

Seorang warga emas Sillah bt Tomoreja 89 tahun tinggal di Jalan Baru, Kg Jawa telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.

Pada 20 Sept 2011, sharpshooter sempat menziarahi beliau bersama Abang Janin.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman..amin..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pegawai SPRM penyamun di KLIA

Posted: 26 Sep 2011 06:03 PM PDT

Saudara Pengarang,

PENGLIBATAN tiga orang pegawai SPRM dalam kes samun di KLIA baru-baru ini, tidak boleh dipandang ringan kerana umum mengetahui bahawa Suruhanjaya berkenaan sedang sakit tenat kerana ramai yang terlibat dalam rasuah dan kes samun ini adalah ledakan daripada kegagalan KPI SPRM dalam NKRA.

Walaupun SPRM menegaskan bahawa tiga orang pegawai yang terlibat ialah pegawai biasa, tetapi bagi rakyat Sabah, pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29) bukanlah pegawai biasa kerana mereka lulusan universiti dan STPM serta telah begitu lama berkhidmat dengan SPRM.

Penafian SPRM tidak memberikan sebarang makna kerana masih ramai di dalam SPRM yang bersifat seperti 'Gunting Dalam Lipatan' yang menggunakan uniform dan pangkat mereka untuk kepentingan diri, terutama menyiasat sambil lewa kes yang melibatkan VVIP atau mereka yang mempunyai lebih wang.

Sewajarnya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad meletakkan jawatan kerana kejadian Pegawai SPRM melakukan rompakan atau samun adalah kes yang memalukan Negara dan SPRM gagal membendung kegiatan jenayah, malah melahirkan ramai penjenayah kolar putih yang belum dilaporkan; hasil daripada ketidak seimbangan sistem pentadbiran di dalam SPRM.

Salam Hormat,

CITRA MASAD

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: