Sabtu, 17 September 2011

shalehudin

shalehudin

Kisah Saiful yang wajib baca...

Posted: 17 Sep 2011 11:00 AM PDT

Tuduhan liwat dan kaitannya dengan 16 September

ISU 16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.

16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.

Namun 16 September tidak pernah dijadikan cuti umum berbanding 31 Ogos. Hanya selepas diperjuangkan Pakatan Rakyat, barulah diisytihar tarikh tersebut sebagai cuti umum. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana lebih dahulu mengiktiraf mereka berbanding Umno-BN.

Sudah tentu apabila menyentuh isu 16 September, subjek utama yang diperkatakan adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada rakan bertanya, mengapa hendak dibangkitkan perkara yang sudah tidak jadi. Tidak kurang juga ada pihak yang menghentam dan mengkritik Anwar, termasuk kalangan pemimpin BN yang mempermain-mainkan isu 16 Septemder.

Pada hemat penulis, ianya wajar ditulis semula sebagai satu bahan rujukan penting dalam menganalisis kecenderungan ahli-ahli politik Malaysia, khususnya Ahli Parlimen (MP). Persoalan utama yang harus difikirkan adalah, apakah Anwar yang mencari MP BN ini aau mereka yang datang mencari Anwar?

Apakah Anwar yang didakwa kemaruk dan gila kuasa ataupun mereka yang takut segala jawatan, kuasa, harta dan sebagainya akan lenyap jika Pakatan Rakyat menerajui negara.

Selepas hampir tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum 2008, laman Wikileaks mula mendedahkan fakta-fakta mengenai mengenai kecenderungan besar MP BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008.

Isu ini timbul kembali apabila Wikileaks mendedahkan, ia mempunyai maklumat yang sahih mengenai rundingan beberapa pihak dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk keluar BN, masuk Pakatan Rakyat.

Dalam satu laporan, ia memetik kata bekas Ketua Menteri Sabah, Dato' Salleh Tun Said Keruak, memberitahu pegawai kerajaan kedutaan Amerika Syarikat bahawa lebih dari separuh dari 25 Ahli Parlimen BN Sabah, sedia untuk meninggalkan BN.

Malah kabel tersebut memperkukuhkan bukti, dalam banyak pertemuan pemimpin-pemimpin Umno-BN Sabah, antaranya pada 18 hingga 20 Jun 2008, yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Salleh yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa laporan Wikileaks tersebut tidak berasas. Namun Salleh menyatakan, beliau ketika itu masih ingat pihak tertentu berusaha keras untuk memujuk MP Sabah, tetapi mereka gagal.

Pada waktu itu (selepas PRU Mac 2008), semua orang kelam kabut dan terkejut. Pakatan Rakyat terkejut kerana tidak menjangkakan akan mendapat sokongan besar rakyat, manakala BN kelam kabut dan hampir meroyan apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain Kelantan yang BN hilang kuasa sejak 1990).

Habis semua tersentak. Terutamanya MP BN yang faham 'pencak silat' politik. Mereka tahu dan sangat-sangat sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu force yang amat besar. Mereka memahami soal ini, sekaligus dengan beberapa petunjuk politik yang jelas menunjukkan kerajaan BN sudah hampir dipenghujung hayat.

Justeru selaku ahli-ahli politik yang sedar, mereka tidak ada pilihan lain. Mereka tahu jika mahu terus berpolitik, Pakatan Rakyat adalah future platform, bukannya BN.

BN hanya tinggal 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat menang 82 kerusi. Pakatan Rakyat hanya perlu 30 kerusi untuk mendapatkan simple majority. Jika Wikileaks mendedahkan separuh dari 25 MP BN Sabah sudah sedia untuk menyeberang, selebihnya dari mana?

Saya percaya, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak dan juak-juak di sekelilingnya tahu apa yang saya maksudkan. Selain Sabah, wakil-wakil BN dari Sarawak, komponen BN di Semenanjung, malah MP Umno juga turut sama berminat untuk menyeberang.

Jika fakta ini betul, soalnya berapa orang yang hendak menyeberang ke Pakatan Rakyat? Siapa yang hendak defect? Ataupun harus juga dipersoalkan mengapa mereka tidak menyeberang?

Sebelum Wikileaks membuat pendedahan lebih menggemparkan, elok juga dianalisis isu 16 September ini dengan lebih mendalam.

Persoalan pertama adalah jumlah. Daripada pengamatan saya, lebih 40 orang MP BN yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari dan pernah diperkatakan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di London, semasa isu ini hangat diperkatakan.

Nama mereka tidak perlu didedahkan. Mereka daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung. Terdiri daripada kalangan pemimpin utama dan bekas pemimpin utama parti komponen BN. Lebih mengejutkan ada kalangan mereka Menteri, Timbalan Menteri dan MP biasa.

Mereka-mereka ini mengadakan perundingan dengan Anwar di beberapa tempat. Dalam dan luar negara. Antaranya di Singapura, Hong Kong, Bangkok dan beberapa tempat lain. Malah ada yang berani berjumpa secara terbuka di beberapa tempat dalam negara.

Saya teringat kata seorang Timbalan Menteri kepada seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Parlimen. Beliau mengatakan, "Jika Pakatan Rakyat sudah mempunyai 29 orang MP, you masukkan nama I untuk cukupkan 30 orang."

Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi disekatn dengan serangan siang malam terhadap Anwar dan tuduhan liwat kedua yang dihadapkan kepada beliau oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwaan liwat terhadap Anwar dibuat pada 28 Jun 2008. Tetapi plot untuk mengenakan beliau sudah dirancang lebih awal.
Plot ini diberitahu oleh seorang bekas Menteri yang paling berpengaruh kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa sekitar April 2008.

Kata beliau kepada Husam ketika itu,"Tidak ada jalan lain untuk menyekat kemaraan Anwar. Jika Umno-BN mahu kekal berkuasa, Anwar harus dikenakan tuduhan liwat (kali kedua) dan Anwar harus disumbat dalam penjara."

Jelas daripada kata-kata pemimpin ini. Plot atau konspirasi untuk mengenakan Anwar sudah dirancang berbulan lebih awal daripada dakwaan dibuat oleh Saiful?

Soalnya Mengapa Saiful terbabit? Saya tidak mahu mengulas lanjut hal perbicaraan dalam mahkamah. Tetapi yang jelas, apabila tuduhan seorang itu meliwat seseorang, ia harus dibuktikan secara klinikal. Secara klinikal, kes ini tidak harus wujud, kerana doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dakwaan meliwat dibuat, secara konsisten mengatakan, tiada kesan tusukan di dubur Saiful.

Logiknya, jika dubur Saiful tidak ditusuk, mana mungkin kejadian liwat berlaku. Kes ini tidak seharusnya wujud, tiada bukti kukuh dan kes ini harus dibuang.

Berbalik kepada Saiful. Mengapa beliau terlibat dan apa pembabitannya dengan 16 September? Mengapa Najib menemuinya pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku atau empat hari sebelum laporan polis terhadap Anwar dibuat?

Hakikatnya ialah ,Saiful bertugas mengikuti majikannya (Anwar) dan merekod banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di banyak tempat. Dalam dan luar negara. Secara tidak langsungnya, nama, lokasi dan butiran pertemuan diadakan, ada dalam pengetahuan Saiful.

Oleh itu Najib tidak boleh kata (pada 24 Jun), bahawa beliau tahu Anwar akan meliwat Saiful pada 26 Jun, kerana pada tarikh beliau menemui Saiful, kejadian belum lagi berlaku.

Najib harus tahu dan sepatutnya sudah diberitahu Saiful tentang butiran pertemuan Anwar dengan MP-MP Umno-BN. Walaupun mungkin semua perundingan tidak diketahui Saiful, tetapi dipercayai sebahagian daripada nama-nama pemimpin berkenaan, ada pada pengetahuan Saiful.

Justeru, jika hendak diperincikan lebih ramai yang berhasrat hendak meninggalkan BN. Tetapi hasrat dan usaha mereka tersekat apabila Anwar dikenakan pertuduhan kedua.

Dalam keadaan kuasa penuh menguasai polis dan kehakiman ada pada tangan PM, maka kedudukan Anwar pada ketika itu tidak kukuh jika mereka hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat. Lagipun kebanyakan MP ini banyak kepentingan yang hendak mereka lindungi. Mereka tidak sanggup mengambil risiko. Mereka tidak mahu gamble.

Umno-BN tiada pilihan lain untuk terus berkuasa selain terpaksa 'memenjarakan' Anwar. Jika Anwar masuk ke 'dalam' Umno-BN berharap, Pakatan Rakyat akan berpecah.

Walaupun rencana 16 Septembert 2008 gagal diteruskan. Ia tidak berjaya memperkukuhkan BN, jauh sekali untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Hasrat 16 September akan tetap diteruskan. Bukan semata-mata untuk menantikan penghijrahan MP BN, tetapi ia akan dirayakan dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tanpa ada perasaan rasis dan diskriminasi.

Najib terdesak, Rosmah tersedak...

Posted: 17 Sep 2011 09:00 AM PDT

Kalau kita perati sekeliling kita, memang sah bahawa ekonomi dunia semakin tidak menentu, tahun depan mungkin lebih teruk lagi. Dalam keadaan ekonomi gawat dan flip flop ni, tentunya berat bagi Najib untuk mengadakan pilihanraya. Apatah lagi, khabar angin bertiup kencang bahawa wujud desakan dalaman Umno memaksa Piem Umno ni untuk melepaskan jawatannya.

Najib tak punya banyak pilihan dah la ni melainkan bina sokongan luar bila dah hilangnya sokongan dalaman Umno. Tekanan dalaman ni lebih jelas bila sdr Shahbudin Husin yang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008 menerbitkan sebuah buku berjudul "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir..."

Jelas Najib terdesak, Rosmah tersedak... terpaksa ambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan kembali walaupun sedikit sokongan dari rakyat.

Mahathir baru saja sarankan agar jangan diawalkan pilihan raya umum akan datang tapi Najib pula ambil tindakan yang bercanggah, dengan membuat pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seumpamanya yang dilihat sebagai indikator ketibaan pilihan raya umum dalam jangka masa yang lebih pendek.

Tindakan tersebut jelas dapat dilihat sebagai percubaan Najib untuk mendapat sokongan rakyat agar dapat berdiri teguh sebagai seorang pemimpin negara yang memegang kuasa dan membuat keputusan. Maksudnya Najib enggan tunduk pada kuasa dalaman Umno yang semakin hari semakin tidak puasa hati dengan beliau dan juga peranan Rosmah dalam pentadbirannya. - http://shalehudin.blogspot.com/

Ni bukti bahawa Najib takutkan Anwar... kahkahkah...

Posted: 17 Sep 2011 08:50 AM PDT

Najib kata tak takut nak hadapi Anwar tapi diwaktu yang sama juak juak dan penjilat Umno bukan main lagi menikam Anwar dan Pakatan secara curi, fitnah dan pengecut dari depan dan belakang. Terbaru, satu lagi rakaman CCTV Datuk T disiar di internet.

Dua lelaki dalam rakaman yang dikatakan eksklusif itu menunjukkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks bersama sama ahli perniagaan Eskay Abdullah masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.

Menariknya dalam blog Papagomo, lelaki mithali yang menjadi blogger tambatan Umno menghadapi gerakan pembangkang ini, klip rakaman itu disunting untuk memuatkan rakaman itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan lelaki, yang dikatakan Anwar mengenakan pakaian dan beredar dengan tanda masa urutan peristiwa tersebut. Tapi Papagomo, lelaki mithali Umno ini mungkin agak kemabukan dikala itu kerana pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu tak sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan.

Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay pakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan). Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah.

Inilah anehnya Umno yang merelakan kredibiliti parti dijunjung oleh blogger yang mabuk. Inilah hasilnya bilamana Najib membiarkan si bangang di barisan depan menghadapi lawan. Akibatnya, Anwar tetap dilihat susuk yang cuba dilondehkan dengan apa cara sekalipun demi survival Umno untuk berkuasa... Persoalannya, beranikah Najib berhadapan dengan Anwar secara anak jantan? - http://shalehudin.blogspot.com/

Perbicaraan khalwat pelakon Razak Ahmad

Posted: 17 Sep 2011 05:20 AM PDT

Khalwat : Razak Ahmad Hanya Mahu Ambil Baju

Oleh SALWA SHA'ARI

Razak Ahmad

PETALING JAYA: Pelakon, Razak Ahmad memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis, kehadirannya di rumah seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang pada malam mereka ditangkap berkhalwat pada 1 April 2006 hanya disebabkan dia mahu mengambil baju yang ditaja wanita itu untuk satu program televisyen.

Razak, 44, yang sinonim dengan watak orang alim dalam drama televisyen itu menambah, wanita tersebut, Selamah Sahudin, 45, sering menaja baju berunsurkan keislaman seperti baju Melayu, jubah dan kurta yang dipakainya dalam sesuatu program seni.

"Pada masa itu saya dipanggil untuk terlibat dalam siaran langsung di RTM yang sedang membuat percubaan untuk disenaraikan dalam Buku Rekod Malaysia kerana bersiaran selama 60 jam tanpa henti.

"Saya dijemput untuk mengisi slot secara langsung pada pukul 4 hingga 5 pagi dan disuruh untuk bercerita bagaimana seorang yang bergelar Qari boleh menyanyikan lagu-lagu asli dan berlakon," kata Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad.

Tambah Razak, mengikut perancangan asal, dia akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan menyanyikan lagu Ahmad Jais di dalam program tersebut.

Mengenai kehadirannya di rumah itu pada pukul 1 pagi, Razak memberitahu waktu tersebut ditetapkan oleh Selamah memandangkan dia perlu ke RTM pada pukul 2 atau 3 pagi untuk menjalani latihan.

Tambahnya, itu adalah kali pertama dia berkunjung ke rumah itu yang dianggapnya sebagai tempat stor menyimpan pakaian memandangkan pada hari lain, baju-baju akan diambil dari sebuah kedai milik Selamah pada waktu siang.

Mengimbas kejadian yang berlaku, pelakon drama "Geng Surau" itu memberitahu, Selamah mempelawa dia untuk masuk ke rumah bagi mencuba beberapa baju yang dirasakan sesuai untuk dipakai dalam siaran langsung tersebut.

Katanya lagi, Selamah kemudiannya mengunci pintu jeriji dan menutup pintu utama rumah kerana dua unit yang terletak berhampiran rumah tersebut dijadikan sebagai asrama pekerja-pekerja asing.

Ketika peguam syarie Mohammad Azman Karim yang mewakili dirinya mengenai pakaian yang dipakai oleh Selamah, Razak menjawab wanita itu berpakaian lengkap.

"Dia berpakaian biasa, menutup aurat iaitu bertudung. Saya tidak pernah melihat dia tanpa tudung. Tapi saya tidak beberapa ingat pakaian yang dipakai kerana saya tidak perhatikan, cuma pakaian itu senonoh," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Razak seterusnya memberitahu, dia mencuba tiga pasang baju di dalam bilik utama rumah tersebut sebelum memperagakannya kepada Selamah yang berada di ruang tamu bagi memastikan baju tersebut benar-benar selesa.

Malah, dia juga membuat aksi seperti sedang mengaji lengkap dengan Al-Quran dan rehal yang dibawanya sebagai persediaan untuk ke RTM.

Selepas mencuba, Razak kemudiannya kembali ke dalam bilik untuk membuka baju tersebut yang digantung untuk mengeringkan peluh sebelum digosok semula oleh Selamah.

"Saya pula berada di birai katil kerana mahu mengeringkan peluh," katanya sambil menambah, hanya bersinglet dan berseluar pada masa itu.

Pada keterangannya, Razak juga berkata, dia mendengar pintu jeriji digoncangkan dan diberitahu oleh Selamah bahawa suaminya datang ke premis tersebut.

"Saya hanya duduk di dalam bilik. Saya beranggapan yang datang itu suaminya kerana mereka membahasakan diri sebagai mama dan papa. Saya mendengar suami Selamah menjerit menyuruh saya keluar dan mendapati ada anggota polis bersamanya," katanya.

Razak juga memberitahu, dia kemudiannya menyerahkan kad pengenalan dan telefon bimbitnya kepada anggota polis tersebut yang menurutnya 'mengikut' arahan daripada suami Selamah untuk meminta barang-barang tersebut.

Tambahnya, dia diminta untuk ke Balai Polis Seri Kembangan bersama dua anggota polis untuk diambil keterangan dan diarahkan supaya hadir di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam, dekat sini untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat.

"Saya terlepas program RTM pada hari tersebut dan hanya dibenarkan balik selepas seorang rakan datang untuk menjamin saya," katanya yang secara tiba-tiba menangis.

Ujarnya, tidak lama selepas hadir di pejabat JAIS, dia kemudiannya dihadapkan ke mahkamah.

Razak didakwa berkhalwat dengan Selamah pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 14 September 2006, Selamah yang mengusahakan perniagaan butik, mengaku bersalah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan, jika gagal membayar denda itu.Prosiding yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JAIS, Shafezan Rusli di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bersambung pada 6 Oktober depan.

Berat dakwaan nih...

Posted: 17 Sep 2011 02:30 AM PDT

PM Bangladesh akui rakyatnya dapat hak mengundi di Malaysia

(Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.

"Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

"Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh

Beliau berkata demikiana apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Depa sendiri tak lalu makan, tapi juai kat orang ramai...

Posted: 17 Sep 2011 01:30 AM PDT

Ikan besar di kolam kumbahan

Oleh Mohd Yusoff Ahmad

MUHAMMAD Firdaus berjaya menaikkan keli seberat setengah kilogram dalam masa tidak sampai 20 minit.Pemancing tak hirau najis terapung untuk dapatkan keli di Permas Jaya

JOHOR BAHRU: Najis terapung pada permukaan kolam kumbahan yang tidak diselenggara dengan sempurna dekat Permas Jaya di sini, tidak menghalang kaki pancing mengunjungi kawasan takungan terbabit untuk memancing pelbagai jenis ikan, yang mampu diperoleh dengan mudah.

Berbekalkan umpan seperti perut ayam, pemancing yang mengunjungi empat kolam kumbahan berair hijau di situ, mampu menaikkan ikan keli, tilapia, haruan, malah ikan hiasan seperti flower horn yang membiak selepas dibuang ke situ.

Dua keli yang dipancing dari kolam kumbahan mampu capai berat sekilogram sebelum dijual kepada peraih pada harga RM6. Jika bernasib baik, saya mampu dapat lima kilogram ikan keli dalam masa setengah hari. - Muhammad Firdaus Ahad, Pemancing.Semua hasil pancing diperoleh bukan dimakan sendiri kerana pemancing turut jijik berikutan najis yang terapung di sekitar kolam terbabit, sebaliknya ikan besar itu dijual kepada peniaga pasar yang dikenali mereka untuk jualan kepada orang ramai.

Pemancing, Ibrahim Ali, 38, berkata kolam najis terbabit menjadi tumpuan dia dan rakannya memancing bagi mendapatkan ikan yang dijadikan makanan kepada ikan toman yang dipeliharanya di kolam sendiri.

"Biasanya, saya singgah memancing di sini bagi mengisi masa terluang. Berbekalkan umpan perut ayam, agak mudah untuk kami peroleh hasil lumayan di sini, cukup untuk dijadikan makanan ikan toman yang dipelihara di kolam saya," katanya.

Rakannya, Muhammad Firdaus Ahad, 26, berkata dua keli yang dipancing dari kolam kumbahan terbabit mampu mencapai berat sekilogram sebelum dijual kepada peraih pada harga RM6.
"Biasanya, jika bernasib baik, saya mampu mendapat sehingga lima kilogram ikan keli dalam masa setengah hari dan semuanya dijual kepada peraih," katanya ketika ditemui sejurus menaikkan seekor ikan keli seberat 500 gram.

Tiga pemuda dari Sri Alam, Nurul Azhar Razlan,28; Hafizuddin Zulkifli,24 dan Danial Ismail 25, sepakat menyifatkan kolam kumbahan terbabit sebagai lokasi memancing yang baik untuk mengisi masa terluang.

"Ikan yang kami peroleh dari sini bukan untuk dimakan sendiri, sebaliknya dijual kepada rakan yang berniaga di pasar. Daripada duduk membuang masa, ada baiknya memancing di sini kerana hasil tangkapan ikan itu boleh digunakan untuk perbelanjaan harian.

"Tambahan pula, ikan dari kolam ini bukannya memudaratkan, sebaliknya boleh dimakan tanpa sebarang masalah," katanya.

Penduduk Jalan 5/6 Taman Permas Jaya, Leong Lee, 46, berkata sejak kolam kumbahan terbabit tidak diselenggara dan mempunyai penjaga, ia sering menjadi tumpuan pemancing dan peminat ikan air tawar yang sanggup menjala di kawasan itu.

"Setiap hari cuti atau hujung minggu, orang ramai berkunjung ke sini sama ada waktu siang atau malam untuk memancing atau memasang jaring.

"Memang ikan yang membiak dalam kolam kumbahan ini kebanyakannya bersaiz besar kerana banyak sumber makanan daripada bahan buangan yang kotor dan orang yang membeli ikan berkenaan tidak mengetahui dari mana hasil tangkapan itu diperoleh.

"Saya berharap, pihak bertanggungjawab dapat memasang kembali pagar yang sudah roboh daripada membiarkan kawasan kolam ini terus dicerobohi pemancing serta kanak-kanak yang bebas masuk bermain di tepi tebingnya, sebelum sebarang kejadian buruk berlaku," katanya.

Jadikan UMNO tukun tiruan...

Posted: 17 Sep 2011 12:30 AM PDT

Ada apa dengan politik perkauman?

Oleh Abdul Manan Abdul Razak

13 SEPTEMBER – Pemerintahan Barisan Nasional selama 54 tahun telah menyebabkan rakyat Malaysia dipecahbelahkan mengikut kaum masing-masing.

Oleh itu BN menerusi parti-parti komponennya telah mempropagandakan perjuangan terhadap sesuatu kaum yang seolah-olah dilihat hanya UMNO berjuang untuk orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan MIC untuk kaum India serta lain-lain komponen yang secara dasarnya adalah sama.

Setelah sekian lama di bawah pentadbiran BN, kini rakyat sudah sedar akan politik berasaskan perkauman yang dibawa oleh BN tidak membawa kepada perpaduan.

Tsunami politik 2008 telah membuktikan kebenaran rasa tidak puas hati rakyat yang ditafsirkan dalam bentuk kertas undi.

Rakyat pelbagai kaum bersatu secara sendirinya tanpa diadakan apa-apa program khusus. Semuanya berlaku atas kesedaran peribadi serta secara bermasyarakat.

Parti PAS, PKR dan DAP telah mendapat habuan besar dengan 82 kerusi Parlimen dan 5 kerajaan negeri. Setelah terkesan dengan keputusan itu, BN pula kelihatan saling mencakar sesama sendiri sehinggalah Perdana Menteri pada masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi didesak beralah oleh kepimpinan partinya sendiri.

Inilah buktinya Malaysia yang kita cintai telah menolak perjuangan sempit berasaskan perkauman. Walau pun tidak ada salahnya membantu golongan kurang bernasib baik di kalangan kaum sendiri, niat murni itu telah disalahgunakan oleh UMNO dan BN untuk menyenangkan kroni-kroni mereka sahaja.

Apalah digembar-gemburkan dengan identiti kaum jika majoriti terbuang di pinggiran? Apalah gunanya mendabik dada menjadi juara kaum jika hanya yang kaya bertambah kaya, yang miskin makin terhimpit?

Kini rakyat semakin bersatu dengan sendirinya tanpa mengira bangsa dan agama. Ini telah menjadi cabaran kepada parti-parti yang berasaskan kaum. Pemimpin BN kelihatan begitu cemburu dengan perubahan yang sedang berlaku.

Perdana Menteri sendiri sanggup meniupkan api perkauman. Datuk Seri Najib Razak telah menyatakan UMNO adalah Melayu dan Melayu adalah UMNO di hadapan masyarakat Melayu.

Di hadapan masyarakat Cina dan India serta di Sabah dan Sarawak, beliau melaungkan pula slogan 1Malaysia. Jelas ini adalah percubaan untuk mengelirukan rakyat pelbagai kaum.

Keangkuhan Perkasa pula dibiarkan begitu saja sebagai tanda ugutan pasif kepada kaum bukan Melayu.

Sikap hipokrit pemimpin BN ini ternyata memakan diri sendiri apabila sebahagian besar kaum Cina dan India telah menyebelahi Pakatan Rakyat manakala kaum Melayu dan Bumiputera lainnya yang telah sedar dengan politik kotor BN mula beralih kepada Pakatan.

Harapan suci PR untuk membela rakyat Malaysia secara keseluruhannya melalui usaha menawan Putrajaya telah tidak lagi dapat dihalang oleh BN.

Rakyat sudah bosan dengan janji-janji kosong BN yang selama ini terbukti pecah tembelang.

Peningkatan kos hidup, korupsi, kronisme, pembaziran sumber, penggangguran, kezaliman dan banyak lagi kelemahan dalam pemerintahan BN tidak dapat lagi ditutup dengan pembohongan dan propaganda perkauman.

BN perlu menerima padah yang bakal menimpa kerana perjuangan berasaskan kaum yang hanya memecahbelahkan perpaduan rakyat tidak lagi relevan.

Laluan untuk peralihan kuasa kepada PR perlu ditepati sekiranya PRU 13 menyebelahi PR berdasarkan sistem demokrasi raja berpelembagaan. Jangan ada sesiapa yang mahu ketepikan hak rakyat sepertimana berlaku di Perak.

BN boleh menipu sekali-sekala tetapi kali ini rakyat tidak akan membenarkan penipuan berlaku lagi. – Roketkini.com

Kisah Saiful yang wajib baca...

Posted: 16 Sep 2011 11:30 PM PDT

Tuduhan liwat dan kaitannya dengan 16 September

ISU 16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.

16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.

Namun 16 September tidak pernah dijadikan cuti umum berbanding 31 Ogos. Hanya selepas diperjuangkan Pakatan Rakyat, barulah diisytihar tarikh tersebut sebagai cuti umum. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana lebih dahulu mengiktiraf mereka berbanding Umno-BN.

Sudah tentu apabila menyentuh isu 16 September, subjek utama yang diperkatakan adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada rakan bertanya, mengapa hendak dibangkitkan perkara yang sudah tidak jadi. Tidak kurang juga ada pihak yang menghentam dan mengkritik Anwar, termasuk kalangan pemimpin BN yang mempermain-mainkan isu 16 Septemder.

Pada hemat penulis, ianya wajar ditulis semula sebagai satu bahan rujukan penting dalam menganalisis kecenderungan ahli-ahli politik Malaysia, khususnya Ahli Parlimen (MP). Persoalan utama yang harus difikirkan adalah, apakah Anwar yang mencari MP BN ini aau mereka yang datang mencari Anwar?

Apakah Anwar yang didakwa kemaruk dan gila kuasa ataupun mereka yang takut segala jawatan, kuasa, harta dan sebagainya akan lenyap jika Pakatan Rakyat menerajui negara.

Selepas hampir tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum 2008, laman Wikileaks mula mendedahkan fakta-fakta mengenai mengenai kecenderungan besar MP BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008.

Isu ini timbul kembali apabila Wikileaks mendedahkan, ia mempunyai maklumat yang sahih mengenai rundingan beberapa pihak dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk keluar BN, masuk Pakatan Rakyat.

Dalam satu laporan, ia memetik kata bekas Ketua Menteri Sabah, Dato' Salleh Tun Said Keruak, memberitahu pegawai kerajaan kedutaan Amerika Syarikat bahawa lebih dari separuh dari 25 Ahli Parlimen BN Sabah, sedia untuk meninggalkan BN.

Malah kabel tersebut memperkukuhkan bukti, dalam banyak pertemuan pemimpin-pemimpin Umno-BN Sabah, antaranya pada 18 hingga 20 Jun 2008, yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Salleh yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa laporan Wikileaks tersebut tidak berasas. Namun Salleh menyatakan, beliau ketika itu masih ingat pihak tertentu berusaha keras untuk memujuk MP Sabah, tetapi mereka gagal.

Pada waktu itu (selepas PRU Mac 2008), semua orang kelam kabut dan terkejut. Pakatan Rakyat terkejut kerana tidak menjangkakan akan mendapat sokongan besar rakyat, manakala BN kelam kabut dan hampir meroyan apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain Kelantan yang BN hilang kuasa sejak 1990).

Habis semua tersentak. Terutamanya MP BN yang faham 'pencak silat' politik. Mereka tahu dan sangat-sangat sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu force yang amat besar. Mereka memahami soal ini, sekaligus dengan beberapa petunjuk politik yang jelas menunjukkan kerajaan BN sudah hampir dipenghujung hayat.

Justeru selaku ahli-ahli politik yang sedar, mereka tidak ada pilihan lain. Mereka tahu jika mahu terus berpolitik, Pakatan Rakyat adalah future platform, bukannya BN.

BN hanya tinggal 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat menang 82 kerusi. Pakatan Rakyat hanya perlu 30 kerusi untuk mendapatkan simple majority. Jika Wikileaks mendedahkan separuh dari 25 MP BN Sabah sudah sedia untuk menyeberang, selebihnya dari mana?

Saya percaya, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak dan juak-juak di sekelilingnya tahu apa yang saya maksudkan. Selain Sabah, wakil-wakil BN dari Sarawak, komponen BN di Semenanjung, malah MP Umno juga turut sama berminat untuk menyeberang.

Jika fakta ini betul, soalnya berapa orang yang hendak menyeberang ke Pakatan Rakyat? Siapa yang hendak defect? Ataupun harus juga dipersoalkan mengapa mereka tidak menyeberang?

Sebelum Wikileaks membuat pendedahan lebih menggemparkan, elok juga dianalisis isu 16 September ini dengan lebih mendalam.

Persoalan pertama adalah jumlah. Daripada pengamatan saya, lebih 40 orang MP BN yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari dan pernah diperkatakan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di London, semasa isu ini hangat diperkatakan.

Nama mereka tidak perlu didedahkan. Mereka daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung. Terdiri daripada kalangan pemimpin utama dan bekas pemimpin utama parti komponen BN. Lebih mengejutkan ada kalangan mereka Menteri, Timbalan Menteri dan MP biasa.

Mereka-mereka ini mengadakan perundingan dengan Anwar di beberapa tempat. Dalam dan luar negara. Antaranya di Singapura, Hong Kong, Bangkok dan beberapa tempat lain. Malah ada yang berani berjumpa secara terbuka di beberapa tempat dalam negara.

Saya teringat kata seorang Timbalan Menteri kepada seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Parlimen. Beliau mengatakan, "Jika Pakatan Rakyat sudah mempunyai 29 orang MP, you masukkan nama I untuk cukupkan 30 orang."

Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi disekatn dengan serangan siang malam terhadap Anwar dan tuduhan liwat kedua yang dihadapkan kepada beliau oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwaan liwat terhadap Anwar dibuat pada 28 Jun 2008. Tetapi plot untuk mengenakan beliau sudah dirancang lebih awal.
Plot ini diberitahu oleh seorang bekas Menteri yang paling berpengaruh kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa sekitar April 2008.

Kata beliau kepada Husam ketika itu,"Tidak ada jalan lain untuk menyekat kemaraan Anwar. Jika Umno-BN mahu kekal berkuasa, Anwar harus dikenakan tuduhan liwat (kali kedua) dan Anwar harus disumbat dalam penjara."

Jelas daripada kata-kata pemimpin ini. Plot atau konspirasi untuk mengenakan Anwar sudah dirancang berbulan lebih awal daripada dakwaan dibuat oleh Saiful?

Soalnya Mengapa Saiful terbabit? Saya tidak mahu mengulas lanjut hal perbicaraan dalam mahkamah. Tetapi yang jelas, apabila tuduhan seorang itu meliwat seseorang, ia harus dibuktikan secara klinikal. Secara klinikal, kes ini tidak harus wujud, kerana doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dakwaan meliwat dibuat, secara konsisten mengatakan, tiada kesan tusukan di dubur Saiful.

Logiknya, jika dubur Saiful tidak ditusuk, mana mungkin kejadian liwat berlaku. Kes ini tidak seharusnya wujud, tiada bukti kukuh dan kes ini harus dibuang.

Berbalik kepada Saiful. Mengapa beliau terlibat dan apa pembabitannya dengan 16 September? Mengapa Najib menemuinya pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku atau empat hari sebelum laporan polis terhadap Anwar dibuat?

Hakikatnya ialah ,Saiful bertugas mengikuti majikannya (Anwar) dan merekod banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di banyak tempat. Dalam dan luar negara. Secara tidak langsungnya, nama, lokasi dan butiran pertemuan diadakan, ada dalam pengetahuan Saiful.

Oleh itu Najib tidak boleh kata (pada 24 Jun), bahawa beliau tahu Anwar akan meliwat Saiful pada 26 Jun, kerana pada tarikh beliau menemui Saiful, kejadian belum lagi berlaku.

Najib harus tahu dan sepatutnya sudah diberitahu Saiful tentang butiran pertemuan Anwar dengan MP-MP Umno-BN. Walaupun mungkin semua perundingan tidak diketahui Saiful, tetapi dipercayai sebahagian daripada nama-nama pemimpin berkenaan, ada pada pengetahuan Saiful.

Justeru, jika hendak diperincikan lebih ramai yang berhasrat hendak meninggalkan BN. Tetapi hasrat dan usaha mereka tersekat apabila Anwar dikenakan pertuduhan kedua.

Dalam keadaan kuasa penuh menguasai polis dan kehakiman ada pada tangan PM, maka kedudukan Anwar pada ketika itu tidak kukuh jika mereka hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat. Lagipun kebanyakan MP ini banyak kepentingan yang hendak mereka lindungi. Mereka tidak sanggup mengambil risiko. Mereka tidak mahu gamble.

Umno-BN tiada pilihan lain untuk terus berkuasa selain terpaksa 'memenjarakan' Anwar. Jika Anwar masuk ke 'dalam' Umno-BN berharap, Pakatan Rakyat akan berpecah.

Walaupun rencana 16 Septembert 2008 gagal diteruskan. Ia tidak berjaya memperkukuhkan BN, jauh sekali untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Hasrat 16 September akan tetap diteruskan. Bukan semata-mata untuk menantikan penghijrahan MP BN, tetapi ia akan dirayakan dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tanpa ada perasaan rasis dan diskriminasi.

Bodoh, bodoh, bodoh... haha...

Posted: 16 Sep 2011 09:00 PM PDT

Polemik Bodoh

Oleh esmael

"Satu lagi polemik bodoh. Polemik tentang sejarah Malaysia. Polemik yang ditimbulkan oleh ahli politik, ahli akademik hatta bekas perdana menteri turut melibatkan diri. Masing-masing menegak fakta yang mereka sendiri tidak pasti tentang kebenarannya.

Mereka ini rupanya antara golongan manusia yang dianggap cerdik dan pintar di negara ini, tetapi sebenarnya mereka bodoh. Bodoh dalam sejarah untuk mengaitkan dengan masa depan negara. Polemik bodoh mereka telah mengelirukan rakyat. Rakyat yang sering diperbodohkan demi kepentingan politik dan ekonomi mereka.

Bekas perdana menteri bodoh ? Ya dia juga boleh bodoh dalam sesuatu masa, dan tidak cerdik setiap masa. Begitu juga para profesor dan mereka bergelar cendekiawan ramai yang bodoh.

Kalau profesor dalam bidang sejarah pun tidak pasti tentang sejarah dan catatan-catatannya, disebalik kekeliruan mereka itu mereka memutar-belitkan fakta, lalu mereka memperbodohkan rakyat dengan kekeliruan diri mereka sendiri yang sering berpura-pura cerdik dalam menyatakan pendirian. Yang sebenarnya mereka juga bodoh dan tidak tahu. Apalagi ahli politik yang hampir semuanya bodoh-bodoh belaka. Mereka ini berperanan penting dalam meneraju negara, tetapi setiap masa mereka memperbodohkan rakyat dengan kebodohan mereka sendiri. Kalau dengan sejarah pun mereka cuba memperbodohkan rakyat, apa lagi dengan ekonomi, kewangan dan pelbagai lagi.

Mereka jelas memperbodohkan dan mengelirukan rakyat. Melalui saluran media yang pelbagai ini yang juga diterajui oleh si bodoh ikut serta diperbodoh. Situasi perbodohan ini akan berterusan berminggu-minggu lamanya, dan ia hanya akan berakhir setelah sibodoh ini berhenti dari membuat kenyataan bodoh. Kenyataan mereka sendiri tidak pasti kebenarannya. Dan ia akan berhenti setelah media-media bodoh akan berhenti menyiarkan berita-berita serta kenyataan-kenyataan bodoh.

Tetapi rakyat satu malaysia mesti ingat, walaupun polemik ini akan tamat dan terhenti, jangan harap sibodoh akan diam dan tidak bercakap lagi. Mereka akan reka cerita baru, polemik baru untuk menarik rakyat dan memperbodohkan rakyat dengan dongeng bodoh yang lain pulak. Hal ini bukan pertama kali, malah berulang-ulang kali dan akan berterusan selagi bumi ini dijajah dan perintah oleh mereka yang menganggap diri mnereka cerdik, tetapi sebenarnya mereka bodoh. Bak kata pepatah orang yang bodoh tidak pernah merasakan dirinya bodoh, dan kerana mereka bercermin dari belakang.

Kita mau Najib mintak maaf, si Zaid pulak yang pohon maaf... hampehhh...

Posted: 16 Sep 2011 08:00 PM PDT

Zaid mohon maaf kepada PM, Nik Aziz sokong mansuh ISA

KOTA BHARU: Bekas menteri Kabinet, Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana suatu ketika dahulu beliau tidak pernah yakin dengan keupayaan Najib untuk melakukan sesuatu termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Zaid berkata ternyata pandangan beliau terhadap Najib adalah meleset sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan akta berkenaan semalam.

"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini.

"Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.- BH

Najib terdesak, Rosmah tersedak...

Posted: 16 Sep 2011 07:00 PM PDT

Kalau kita perati sekeliling kita, memang sah bahawa ekonomi dunia semakin tidak menentu, tahun depan mungkin lebih teruk lagi. Dalam keadaan ekonomi gawat dan flip flop ni, tentunya berat bagi Najib untuk mengadakan pilihanraya. Apatah lagi, khabar angin bertiup kencang bahawa wujud desakan dalaman Umno memaksa Piem Umno ni untuk melepaskan jawatannya.

Najib tak punya banyak pilihan dah la ni melainkan bina sokongan luar bila dah hilangnya sokongan dalaman Umno. Tekanan dalaman ni lebih jelas bila sdr Shahbudin Husin yang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008 menerbitkan sebuah buku berjudul "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir..."

Jelas Najib terdesak, Rosmah tersedak... terpaksa ambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan kembali walaupun sedikit sokongan dari rakyat.

Mahathir baru saja sarankan agar jangan diawalkan pilihan raya umum akan datang tapi Najib pula ambil tindakan yang bercanggah, dengan membuat pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seumpamanya yang dilihat sebagai indikator ketibaan pilihan raya umum dalam jangka masa yang lebih pendek.

Tindakan tersebut jelas dapat dilihat sebagai percubaan Najib untuk mendapat sokongan rakyat agar dapat berdiri teguh sebagai seorang pemimpin negara yang memegang kuasa dan membuat keputusan. Maksudnya Najib enggan tunduk pada kuasa dalaman Umno yang semakin hari semakin tidak puasa hati dengan beliau dan juga peranan Rosmah dalam pentadbirannya. - http://shalehudin.blogspot.com/

Umno sesak nafas ngan Namewee...

Posted: 16 Sep 2011 06:00 PM PDT

Kemuka bantahan jika tidak puas hati filem Nasi Lemak 2.0: KDN

KLANG: Pihak yang tidak berpuas hati dengan penayangan filem Nasi Lemak 2.0 arahan individu yang pernah mencetuskan kontroversi, Namewee, boleh mengemukan bantahan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, bantahan boleh dibuat kepada pihaknya untuk dinilai memandangkan kementerian itu turut bertanggungjawab dari segi penapisan filem melalui Bahagian Kawalan Filem KDN.

"Sekiranya ada perkara yang tidak kena boleh kemukakan kepada kita untuk penilaian dan kajian kerana ia memang di bwah KDN pun," katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Kapar, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas bantahan Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak terhadap penayangan filem itu, yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada golongan muda.

Presidennya, Faizal Affendi Hashim, berkata pihaknya terkilan kerana filem berkenaan ditayangkan sedangkan penerbitnya pernah mencetuskan isu yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia iaitu menerbitkan video klip `Negarakuku' yang menghina lagu kebangsaan dan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Bagaimanapun, Hishamuddin berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu. - BERNAMA

Berani betoi Piem Bangladesh nih... kahkahkah...

Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT

PM Bangladesh akui rakyatnya dapat hak mengundi di Malaysia

(Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.

"Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

"Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh

Beliau berkata demikiana apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kita nak Najib mintak maaf, si Zaid pulak yang pohon maaf... hampehh...

Posted: 16 Sep 2011 03:30 PM PDT

Tiada ulasan: