Sabtu, 17 September 2011

Addin

Addin


Panas.. Papagomo Kantoi!!

Posted: 17 Sep 2011 11:09 AM PDT

Saga video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari 2011. Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebutnya, rakaman "eksklusif" yang menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.

Dua sedutan klip dimuatkan iaitu masing-masing satu ketika masuk ke dalam lif dengan Anwar di depan dan satu lagi ketika keluar dari lif. Ketika keluar lif, Shahzryl Eskay berada di depan. Butiran pada sedutan itu menunjukkan mereka masuk ke dalam lif pada pukul 10.09 malam dan keluar pada pukul 10.52 malam, 21 Februari lalu. Tarikh itu sama dengan tarikh kejadian hubungan seks dengan pelacur dari China didakwa diadakan, yang didedahkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu.

Kata blog papagomo, "rakaman yang mana dirakam oleh CCTV dengan warna jelas dan muka Anwar juga jelas kelihatan. Waktu rakaman juga selari dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar bersama pelacur China tersebut." Blog itu juga mendakwa waktu yang dicatatkan pada video seks tersebut seiring dengan rakaman CCTV yang menunjukkan Anwar masuk ke dalam lif dan kemudian keluar.

Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut.

Bagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan. Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap(atas), manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (bawah).



Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah. Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu.

Shahzryl dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengelar diri mereka "Datuk T" — mengaku bertanggungjawab atas tindakan mendedahkan klip itu kepada wakil media terpilih pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara./kl today

Addin :

Pendedahan demi pendedahan.. Papagomo kantoi lagi. Kebenaran makin terserlah, kebatilan makin tenggelam. Umno BN pasti terkubur..


(Video) Pesawat Terhempas Di Atas Penonton, Puluhan Dijangka Maut

Posted: 17 Sep 2011 06:18 AM PDT

RENO - Sebuah pesawat P-51 Mustang, yang dimodifikasi khusus untuk balapan, jatuh tepat ke area tempat duduk penonton dalam acara Kejuaraan Nasional Balapan Udara di Reno, Negara Bagian Nevada, AS, Jumat (16/9/2011) sore sekitar pukul 16.30 atau Sabtu pagi ini WIB. Sedikitnya tiga orang tewas seketika dalam kecelakaan tersebut, dan korban dikhawatirkan akan bertambah mengingat 15 dari 56 korban terluka dalam kondisi kritis.  kecelakaan.

Saksi mata melaporkan, pecahan pesawat, asap, debu, darah, dan potongan tubuh manusia berserakan di sekitar titik jatuhnya pesawat. "Saya melihat bagian-bagian tubuh dan darah, rasanya seperti tak percaya. Ada potongan tangan dan kaki. Bahkan korban yang masih hidup pun (terlihat) kehilangan anggota tubuh," tutur Maureen Higgins, seorang penonton dari Alabama, yang duduk hanya sekitar 30 meter dari lokasi.

Higgins mengatakan, pesawat tersebut jatuh saat melakukan putaran ketiga dalam balapan yang digelar Jumat sore waktu setempat (Sabtu, 17/9/2011, pagi WIB). Video rekaman kecelakaan yang diunggah di YouTube menunjukkan pesawat menukik dengan kecepatan tinggi dalam posisi hampir tegak lurus langsung ke arah kerumunan penonton yang duduk di depan tribun penonton utama.

Stephanie Kruse, juru bicara Otoritas Pelayanan Medis Darurat Regional di Reno, mengatakan, pihaknya melarikan 56 orang terluka dari lokasi kecelakaan. Dari jumlah tersebut, 15 orang dalam kondisi kritis, 13 orang menderita luka parah, dan 28 orang luka ringan.

Jumlah itu belum termasuk para korban yang dilarikan ke berbagai rumah sakit menggunakan kendaraan pribadi. Salah satu dari korban tewas adalah pilot pesawat tersebut, Jimmy Leeward, seorang pilot veteran berusia 75 tahun dari Ocala, Florida.

Pesawat Mustang yang ia piloti adalah bekas pesawat tempur era Perang Dunia II yang dimodifikasi khusus untuk bisa bermanuver dalam kecepatan mencapai 800 kilometer per jam. Pesawat, yang diberi nama "Galloping Ghost" itu sangat legendaris di dunia balapan pesawat udara di AS, dan telah mengikuti tak kurang dari 120 balapan sejak tahun 1946.

Acara Kejurnas Balapan Udara ini selalu menarik minat ribuan penonton setiap tahun. Acara yang digelar setiap bulan September ini menampilkan balapan pesawat udara berbagai jenis, termasuk pesawat-pesawat antik eks-Perang Dunia II.

Balapan pesawat ini berisiko tinggi, karena beberapa pesawat benar-benar beradu kecepatan dalam sebuah lintasan yang telah ditetapkan, seperti layaknya balapan mobil. Para peserta menerbangkan pesawatnya dengan kecepatan rata-rata 500 km per jam pada ketinggian hanya sekitar 15 meter di atas permukaan tanah pada beberapa bagian lintasan.Kecelakaan sering terjadi dalam acara ini. Empat pilot tewas saat ambil bagian dalam balapan udara ini pada tahun 2007-2008./tempo





Pemimpin BN Sabah Wajar Di Sumpah

Posted: 17 Sep 2011 03:06 AM PDT

Upacara sambutan ulang tahun Hari Malaysia yang jatuh pada setiap 16 September, rasanya kurang lengkap bagi memperingati kelahiran 'Malaysia' di bumi Sabah; khususnya di Pedalaman, jika tidak melibatkan upacara menepung tawar; sambil membaharui tekad dan ikrar taat setia kepada janji-janji yang terukir di atas 'Batu Sumpah' yang terletak di perkarangan, Urusetia Pejabat Daerah, Keningau. Batu Sumpah yang dahulunya terletak di atas bukit berdekatan Hotel Perkasa, dibina khas ketika Sabah terutamanya rakyat Pedalaman bersetuju pembentukkan Malaysia pada tahun 1963, yang dipelopori oleh pejuang pejuang politik tempatan seperti mendiang OKK Sedomon Gunsanad, Datuk G.S Sundang, OKK Anthony Undan Andulag, Datuk Anthony Gibon dan banyak lagi.

Sumpah yang tercatat di atas Batu Sumpah itu merupakan cetusan rasa rakyat Pedalaman ke atas keikhlasan mereka terhadap penerimaan kerajaan Malaysia yang menggabungkan tiga wilayah Sabah, Sarawak dan Malaya; (Ketika itu Singapura masih bersama Malaysia tetapi selepas tahun 1965 Singapura mengambil keputusan keluar daripada gagasan Malaysia).

Bagi menyempurnakan keikhlasan mereka (rakyat Sabah), satu janji antara kedua belah pihak termeterai yang meminta pemimpin Malaya tidak memungkiri mahupun menodai 20 Perkara diukir ke atas Batu Sumpah dan disaksikan beberapa 'Bobolian'; termasuk mengorbankan ayam sebagai 'Sogit' untuk mengukuhkan janji-janji tersebut.
Sabah sudah dalam usia selama 48 tahun bersama Malaysia, namun apa yang tersurat di atas Batu Sumpah sudah jelas terabai dan diengkari. Malah terdapat beberapa pemimpin silih berganti sebelum ini; jangankan hendak menjenguk muka ke Batu Sumpah, malah baying-bayang mereka pun langsung tidak kelihatan.

Walhal segala-galanya bermula di sini (Batu Sumpah) yang melakar pelbagai kemewahan mahupun kecemerlangan mereka dalam perniagaan, malah dalam pendidikan termasuklah dalam bidang politik; namun kerdipan lampu neon dan bunga api menjadi pilihan mereka menyambut Hari Malaysia; sebaliknya Batu Sumpah dibiarkan menjadi perhiasan perkarangan Pejabat Daerah Keningau sehingga ke hari ini.

Dalam keghairahan pemimpin hari ini dalam kerajaan, Pemimpin Sanjungan Sepanjang Zaman, Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan tidak melupakan mesej yang terkandung di atas Batu Sumpah; meskipun ketika melahirkan dan memimpin UBF sejak awal 2011, sudah tiga kali beliau mengadakan upacara memperingati Batu Sumpah.Manakala SAPP pula pertama kali menyertai upacara ini dengan diiringi kira-kira lebih seratus ahlinya, namun barisan pemimpin SAPP yang hadir tidak sahaja terdiri dari pemimpin KDM; sebaliknya jelas kelihatan pemimpin lain seperti Richard Lee seorang Ahli Majlis Tertinggi SAPP, Irene Chan, Rudy Sulaiman Mairi bagi menghormati kewujudan Batu Sumpah.

Meskipun Parti BERSAMA (dulu dikenali Parti SETIA) di bawah teraju kepimpinan Shuhaidin Langkap juga kali pertama menyertai upacara ini, namun dilakukan dengan penuh tradisi termasuk pakaian, tarian dan pukulan gong kerana kesemuanya berdasarkan kebudayaan dari kesukuan etnik Gana.

Pendek kata, kelibat mereka ini telah membuktikan kecintaan mereka terhadap Sabah yang pada realitinya memberi mesej kepada rakyat dan pemimpin Sabah bahawa erti sebenar pengisian sambutan Hari Malaysia adalah terletak kepada apa yang tersurat di Batu Sumpah yang perlu dihormati dan perlu dilaksanakan janji-janji tersebut.

Mesej tersebut juga mempunyai kaitan bahawa senario terbinanya Batu Sumpah di celah lipatan sejarah; sekaligus mengingatkan generasi muda masa kini bahawa itulah bukti catatan sejarah yang tepat penerimaan masyarakat Pedalaman terhadap pembentukan Malaysia pada tahun 1963./sabahkini
Baca di sini.

Pemansuhan ISA Tiada Makna, Najib Kekalkan Tahan Tanpa Bicara

Posted: 17 Sep 2011 12:37 AM PDT

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak memberi makna kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan terus mengekalkan amalan penahanan tanpa bicara. Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa melabel Perdana Menteri itu cuma bermain silap mata apabila bercadang menghapuskan ISA dan menggantikannya dengan dua akta baru. Pada kenyataan media hari ini, beliau berkata, Najib langsung tidak memperinci dua undang-undang baru itu sekali gus menunjukkan amalan tahanan tanpa bicara terus kekal.

Sivarasa berkata, Pakatan Rakyat tetap tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara yang sepatutnya tiada tempat dalam era politik baru, sebaliknya mahu memastikan reformasi menyeluruh polis dan agensi penguatkuasa lain.

Beliau mengingatkan, dua akta baru itu terus mengekalkan kuasa menteri yang bebas mengecop sesiapa termasuk ahli politik Pakatan Rakyat sebagai pengganas dan menahan mereka di bawah undang-undang baru itu nanti.

Beliau memberi contoh penahanan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan lapan orang lain, kononnya 'mengumpul pelancar grenad dan molotov cocktail' pada 2001.

Malah, katanya, penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar semata-mata memiliki baju-T bergambar Che Guevara dan Abdullah CD, menunjukkan salah guna kuasa terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Sivarasa juga menyifatkan cadangan mewujudkan dua akta itu mengikut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, menunjukkan undang-undang baru meneruskan amalan penindasan."Perkara 149 adalah peruntukan Perlembagaan yang membenarkan ISA dan undang-undang menindas untuk terus wujud sebagai undang-undang sah," katanya.

Beliau turut membidas Najib yang mendakwa dua undang-undang baru itu menyamai amalan negara demokrasi maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. "Amerika peruntukan undang-undang itu untuk Guantanamo Bay hanya kepada warga asing. Pun begitu, mereka dikritik di seluruh dunia sedangkan Malaysia memenjara dan memberi layanan buruk kepada rakyat sendiri," katanya./kd

Bukti Sahih.. UMNO, SPR, JPN Memang Pengkhianat

Posted: 16 Sep 2011 09:23 PM PDT

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi. "Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. "Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. 

Beliau berkata demikiana apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu. Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. 
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu. Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang./kd
Addin :
Pendedahan PM Bangladesh merupakan bukti-bukti menunjukkan UMNO. SPR dan JPN memang pengkhianat. Mereka sanggup gadaikan kedaulatan dan keselamatan negara hanya untuk kepentingan politik mereka. Humbankan pengkhianat-pengkhianat ini pada PRU 13 nanti.. Ayuh bangkit semua rakyat!!


Tiada ulasan: