Sabtu, 17 September 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Gadis hilang dicari.

Posted: 17 Sep 2011 07:23 AM PDT

Dari Blog Facebookaans :

Mohon Tolong Cari Anak Perempuan Saya

Mohon tolong saya mencari anak perempuan saya yg berbaju merah didlm gambar yg mana telah hilang mlm tadi semasa sambutan hari satu Malaysia di padang MPS mlm tadi. Umur 13 thn. Amat memerlukan kerjasama dari anda semua.

Nama: Aishah Shafika Bt Azman (Pelajar sekolah KGV)

Contact menggunakan akaun Facebook di bawah:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000601242505

Sumber berita dari : http://facebookaans.blogspot.com/2011/09/mohon-tolong-cari-anak-perempuan-saya.html





Saiz China dengan saiz Afrika tak sama beb.

Posted: 16 Sep 2011 11:06 PM PDT



JOHANNESBURG: Mahkamah Afrika Selatan melarang kerajaan membeli 11 juta kondom dari China atas alasan ia terlalu kecil untuk kegunaan di negara berkenaan.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan Afrika Selatan memberikan kontrak pembekalan kondom itu kepada syarikat Siqamba Medical.

Akhbar Beeld melaporkan, syarikat terbabit bercadang mendapatkan bekalan itu dari China.

Sebuah syarikat yang bersaing dengan Siqamba Medical, Sekunjalo Investments Corp, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Pretoria selepas gagal dalam bidaan kontrak berkenaan.

Menurut Sekunjalo, kondom yang mereka bekalkan 20 peratus lebih besar berbanding produk China itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Pretoria juga memutuskan, kondom dari China itu dibuat dengan bahan yang tidak sesuai, selain gagal mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - AFP



Golok di bom.

Posted: 16 Sep 2011 11:04 PM PDT

60 cedera, dua maut dalam tiga serangan berasingan di selatan Thailand

SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand): Rakyat Malaysia antara yang dipercayai maut dalam serangan bom yang dilakukan serentak di tiga lokasi berasingan dalam kejadian bom di Sungai Golok malam tadi.

Laporan awal pihak berkuasa menyebut kira-kira 60 orang cedera dalam kejadian pada jam 7.15 petang waktu Thailand (8.15 malam waktu Malaysia), tetapi tidak diketahui sama ada cedera parah atau sebaliknya, manakala dua orang terbunuh termasuk seorang rakyat Malaysia yang belum dikenal pasti identitinya.

Setakat jam 10 malam tadi, belum diketahui berapa ramai rakyat Malaysia yang cedera.

Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Chakapon Phanon, ketika mengulas kejadian berkata, tiga lokasi serangan membabitkan dua hotel iaitu Hotel Parkson dan Hotel Merlin serta sebuah tokong.

Katanya, semua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Sungai Golok. "Jarak antara kedua-dua hotel yang menjadi lokasi serangan berada tidak jauh iaitu 50 meter. Polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa yang mati atau cedera setakat ini.

"Polis percaya kejadian ini dilakukan puak pemisah. Bagaimanapun, siasatan terperinci akan dilakukan untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu," katanya.

Pekan Golok menjadi destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia terutama di Kelantan untuk membeli-belah terutama pada hujung minggu atau cuti umum. 
Gua : Ni kalau mampos di bom sewaktu beli jersy atau seluar jean pun orang dah tuduh g rumah pelacuran dah ni. Huhu..





Bual Bicara Langgar Meja 3

Posted: 16 Sep 2011 08:11 PM PDT




Bual Bicara Langgar Meja 2

Posted: 16 Sep 2011 07:08 PM PDT




Tiada ulasan: