Khamis, 8 September 2011

shalehudin

shalehudin

Mat Sabu dan Mat Indera

Posted: 08 Sep 2011 09:00 AM PDT

Oleh Zul Sulong

MEMBACA transkrip ucapan timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Padang Menora, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu membuat kita faham kenapalah Umno marah dan bimbang sangat dengan ucapan itu.

Rupanya, isu penting yang dibangkitkan oleh Mohamad adalah sejarah kemerdekaan negara ini. Mohamad memberikan andaian beliau kenapa sambutan kemerdekaan sejak kebelakangan ini hambar.

Puncanya, kata Mohamad adalah kerana rakyat terasa Umno telah menjadikan sambutan kemerdekaan negara seumpama sambutan memperingati perjuangan Umno sahaja.

"Sekarang kita ni dalam suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta. Ada setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu hak jenis masuk ayak (air) dalam kepala tu. Hak jenis tu ada tapi orang biasa, saya tak nampak pun, sebab rakyat tak berasa sambut merdeka, sambut merdeka seolah-olah perayaan Umno, betul ke dak?

"Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen. Kalau nak buh Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn pun takpalah (tetapi) kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Datuk Ahmad Bustamam, kena letak juga Datuk Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuang-perjuang seperti Mat Kilau dan sebagainya, ini penentang-penentang British.

(Mohamad Sabu menunjukkan kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang mencatatkan Mat Indera sebagai salah seorang heronya)

"Tapi bila merdeka, Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn. Kalau gitu Umno lah saja yang layak, betul ke dak?" kata Mohamad Sabu dalam ceramah itu.

"Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan Umno. Sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni, anak-anak muda kata ...umph.. sambut buat apa. Bendera pun dia kata serupa bendera Amerika. Lagu Negaraku pulak, lagu Hawai. Kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia, kemudian jadi lagu Negaraku.

"Mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak. Hari tu anak saya tunjuk, dia bukak YouTube. Dia kata ayah dengak, ini lagu Terang Bulan di Indonesia, ini lagu Negaraku, hundred percent serupa. Ertinya lagu ni lagu diambik daripada lagu Terang Bulan, bukan lagu patriotik apa-apa pun. Sebab tu kita harap, takpalah dah guna pakai nak buat macamana," kata Mohamad.

Dalam ceramah itu jelas Mohamad tidak menafikan sumbangan tokoh-tokoh Umno itu tetapi yang dikesalkan oleh beliau adalah sikap media yang dikuasai Umno menggelapkan jasa pihak lain yang turut berjuang untuk kemerdekaan negara.

Bagi Umno, hanya perjuangan Umno sahaja menyebabkan negara kita merdeka. Hanya pemimpin Umno sahaja yang berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Yang menarik juga, Umno melalui tukang-tukang tulis sejarah mengiktiraf mereka yang berjasa adalah mereka yang bersama dengan British yang menjajah negara kita. Mereka yang berjuang, bekerjasama dan bersekongkol dengan British adalah pejuang manakala penentang British adalah petualang.

Atas sebab itulah, Mohamad Sabu membawa balik cerita filem Bukit Kepong.

"Kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena. Bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong, (dalam filem) Bukit Kepong, polis itu, polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indera, (seorang) Melayu.

"Tetapi semua sejarah itu ditutup. Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu Umno. Dalam cerita Bukit Kepong hak serang balai polis (rumah pasong nama ketika itu) tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British. Tetapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis (rumah pasong), hak serang tu pengganas. Padahal (yang hero) Mat Indera, ketua penyerang balai polis itu yang akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping," kata Mohamad dalam ceramah itu.

Inilah ayat-ayat yang digunakan oleh Umno untuk menyerang Mohamad Sabu. Kononnya, Mohamad menghina polis dan memuji komunis. Padahal dalam ceramah itu tidak ada pun perkataan komunis yang disokong beliau.

Kini, Mohamad telah menemui sebuah buku yang asalnya didedahkan oleh seorang pembaca Harakahdaily, Mohamed Hadi al-Majwi, melalui tulisannya bertajuk 'Kerajaan Johor Mengiktiraf Ketokohan Mat Indera'.

Buku yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor bertajuk "Pengukir Nama Johor" menyenaraikan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor. Di Johor, yayasan ini umpama Jabatan Muzium Negeri Johor kerana Johor tidak ada jabatan muzium ini. Ia adalah satu jabatan kerajaan di Johor.

Melalui buku ini, sejarah perjuangan Mat Indera memperjuangkan kemerdekaan dicatatkan dengan baik sekali oleh penulis buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman.

Jika Umno dan medianya terus mengatakan Mat Indera komunis dan menyifatkan Mohamad Sabu sebagai penyokong komunis maka tuduhan Umno itu tidak patut berhenti di situ.

Umno juga mesti menuduh menteri besar Johor sekarang, Datuk Ghani Othman yang memberikan kata-kata aluan untuk buku ini sebagai penyokong komunis.

Umno juga perlu menuduh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn juga sebagai penyokong komunis kerana menulis bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan bukannya komunis.

Di samping mereka berdua, Umno juga perlu menuduh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002 sebagai penyokong komunis juga kerana mereka berdualah yang menyunting buku itu.

Dan yang lebih penting lagi, Umno kena mendakwa dan membuat laporan polis terhadap Yayasan Warisan Johor kerana menerbitkan buku ini.

Kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin pula, beliau perlu mengkaji balik tuduhannya kepada Mohamad Sabu dan Mat Indera khasnya. Ini kerana, ayahanda beliau, Haji Mohamad Yasin adalah guru agama kepada Mat Indera.

Muhyidin kena mendakwa ayahandanya mengajar ilmu salah bahkan diserap fahaman komunis kerana telah menyebabkan Mat Indera menjadi komunis.

Kalau kita pergi lebih jauh lagi, kakak Muhyidin yang hampir berkahwin dengan Mat Indera juga patut didakwa oleh Muhyidin kerana pengaruh beliaulah menyebabkan Mat Indera jadi komunis jika benar Mat Indera komunis.

Semua ini tidak terlepas dari Umno dan benarlah apa yang dikatakan Mohamad Sabu, Umno menggali kuburnya sendiri dalam isu ini dan "saya mahu tabalkan MB Johor baharu dari PAS selepas pilihan raya umum akan datang," kata Mohamad Sabu sambil menepuk bahu seorang pemimpin PAS yang berasal dari Johor.

Jangan dok buat lawak laa... haha...

Posted: 08 Sep 2011 07:50 AM PDT

Tauliah: Jangan sampai jadi bahan ketawa

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Tidak menafikan bahawa pemberian tauliah merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik.

Namun begitu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini menasihatkan agar jabatan-jabatan agama Islam negeri-negeri di Malaysia agar memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum yang ingin membantu mendidik masyarakat Islam.

"Pemberian tauliah mengajar agama merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik. Hampir semua negeri mempunyai makanisme tauliah ini.

"Ia adalah satu makanisma yang sangat baik selagi mana ia berjalan di atas landasan yang bertepatan dengan syarak. Apa yang mendukacitakan kini ialah sedikitnya tauliah yang dikeluarkan berbanding keperluan umat yang mengharapkan siraman ilmu," tegas beliau dalam satu kenyataannya hari ini.

Para ilmuan Islam, kata beliau mempunyai tanggungjawab agama bagi menyampaikan ilmu agama selaras dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sampaikanlah apa yang kamu terima dariku, walau sepotong ayat."

"Di atas asas ini, maka golongan agama mempunyai amanah menyampaikan ilmu yang wajib disampaikan," tambah beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, tugas utama menyampai dan membimbing rakyat adalah terpikul di atas bahu para pemimpin Islam di akhirat.

Sejajar itu, katanya golongan agama bertanggungjawab membantu para pemimpin ini untuk meringankan hisaban di akhirat.

"Pada masa yang sama, para pemimpin yang dibantu ini hendaklah berterima kasih kepada golongan agama kerana membantunya meringankan hisaban di akhirat dan melepaskan bebanan mengurangkan kejahilan rakyatnya.

"Untuk itu, pemerintah mestilah menyediakan ilmuan Islam yang cukup bagi mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam yang syumul. Adalah satu kesalahan besar bagi seseorang pemimpin untuk membiarkan rakyatnya terus jahil," terang beliau.

Beliau juga memberikan peringatan bahawa ulamak atau golongan agamawan pula dipertanggungjawabkan mesti memelihara amanah ilmu dengan menyampaikan ilmu tersebut walau pahit sekalipun rintangan yang bakal dihadapinya.

Akibat kekurangan siraman ilmu yang mengekalkan kejahilan, terang beliau adalah sebab berlakunya pelbagai gejala sosial, soal murtad, rasuah, berkembangnya ajaran sesat dan sebagainya.

Lebih malang kini, mereka yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum dengan kelulusan ilmu agama, jawatan yang disandang seperti pensyarah, mufti, kadhi, guru agama sekolah-sekolah bahkan ulamak yang disegani juga terikat dengan sistem tauliah, tambahnya lagi.

"Jika pihak berkuasa agama membimbangi mereka ini menyampaikan ajaran salah atau bercanggah dengan syarak, bagaimana pula dengan kuliahnya di universiti dan tempat lain?

"Bahkan, kalau seseorang mufti pun kena memohon tauliah, sudah tentu ia menjadi bahan tertawa orang jahil dan ini antara sebab utama mengapa wibawa institusi agama sangat rendah di mata masyarakat," terang Tuan Ibrahim, sambil menambah ini juga antara sebab mengapa pendakwaan mengajar atau menyampaikan kuliah tanpa tauliah kini mengundang pelbagai gurau senda dalam masyarakat.

Untuk jabatan agama Islam di negeri-negeri, Tuan Ibrahim mengesyorkan agar mereka memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang mempunyai taraf keilmuan agama di mata masyarakat, lebih-lebih lagi apabila golongan ini yang mengajar ini tidak pernah meminta upah dari pengajaran yang disampaikannya.

"Bersangka baiklah terhadap golongan ilmuan agama, dan bertindak adillah dengan kuasa di dalam tangan dalam pemberian tauliah, dan dengan ini diharap kejahilan masyarakat dapat di atasi dan pemimpin akan dirahmati Allah," nasihat beliau.

Berat dakwaan Khalid Samad nih...

Posted: 08 Sep 2011 05:30 AM PDT

Khalid Samad dakwa pertemuan sulit mahu jatuhkan MB Selangor

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Langkah itu didakwa diusahakan ekoran kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran kononnya ada usaha memurtadkan umat Islam.

Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, pertemuan membabitkan beberapa NGO Islam bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta wakil dari Pejabat Peguam Negara.

"Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta," kata beliau dalam entro blognya semalam di bawah tajuk "Coret Minggu Pertama Syawal".

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Khalid berkata beliau tidak pasti bila pertemuan itu diadakan tetapi telah diadakan bulan lalu.

Kata Khalid, sebelum era Mac 2008, semuan pihak termasuk Jais dan Mais mengambil sikap berdiam diri dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Tetapi di zaman Menteri Besar yang berkebajikan (pimpinan Khalid Ibrahim), bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak Menteri Besar.

"Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, "mengapa dulu diam, sekarang nak bising?" Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh," katanya.

Dalam entrinya juga, Khalid berkata, Umno terus mengheret pihak istana untuk kepentingan politik parti komponen BN itu.

Katanya, ketika zaman BN memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat tetapi sekarang kerap diketengahkan.

"Itulah perangai Umno. Bila Umno sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan.

"Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak Umno-BN," katanya sambil menambah, institusi yang above politics' atau 'mengatasi pertimbangan politik' ini akan tercemar dalam kelicikan politik Umno yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun berlaku.

"Sanggup mengorbankan rakyat dan negara asalkan mereka kembali memerintah Selangor. Itulah dasar (bekas pemimpin Libya) Muammar Gaddafi, dan itulah yang mencerminkan dasar Umno sekarang!" kata Khalid lagi.

Mengenai isu tindakan Jais ke atas gereja tersebut, Khalid berkata, beliau sangat kecewa apabila mendengar Jais memohon sebulan lagi untuk menyediakan laporan.

"Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap profesionalisme Jais yang bertindak dengan begitu cepat 'memeriksa' sebuah Gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya.

"Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut," katanya ia adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik gereja dan itu sahaja.

"Laporan 'memurtadkan orang Islam' diterima dari pihak yang tidak dikenali dan pihak Jais bertindak tanpa siasatan yang lebih terperinci. Pihak yang tidak dikenali' yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal?" katanya lagi.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor berkata laporan lengkap daripada Jais akan diterima selepas beliau pulang ke tanah air dari lawatan kerja ke Jerman pada 16 September ini.

"Kami masih lagi menunggu laporan lengkap Jais itu dan saya tidak sabar untuk mengetahuinya, Sekembalinya dari Jerman kita jangka akan menerima laporan tersebut," katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Senjata makan tuan... kahkahkah...

Posted: 08 Sep 2011 05:00 AM PDT

Umno tercedera dengan senjatanya sendiri

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno disifatkan tercedera dengan senjatanya sendiri apabila membangkit isu ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu perjuangan kemerdekaan negara.

Ini kerana, tindakan media Umno yang membangkitkan isu ini menyebabkan semua pihak mula menilai siapakah pejuang kemerdekaan sebenarnya.

"Ternyata kali ini Umno cedera dengan senjatanya sendiri," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Usaha media tradisional mengeksploitasi isu ceramah Mohamad Sabu berakhir dengan pendedahan sejarah yang lebih besar tentang perjuangan kemerdekaan.

Semacam baru disedarkan umum mula bertanya, bagaimana boleh digelapkan sejarah perjuangan kemerdekaan selama ini. Ini kerana, selama ini rakyat disogokkan hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Hari ini rakyat tahu bahawa ada tiga kelompok pejuang kemerdekaan iaitu agamawan yang diwakili oleh Dr Burhanudin Alhemi, Abu Bakar Al Bakir dan lain-lain, nasionalis kiri pula adalah sosialis dan komunis manakala nasionalis kanan adalah golongan seumpama Umno.

Turut terdedah fakta sebenar Mat Indera apabila buku 'Pengukir Nama Johor' yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor yang menamakan beliau sebagai salah seorang hero dan pejuang kemerdekaan dari Johor.

(Mohamad Sabu menunjukkan buku yang mendedahkan siapakah Mat Indera sebenarnya)

Kes ini juga, katanya, mendedahkan kepada rakyat bahawa mereka mahukan keadilan dalam penulisan sejarah negara.

"Malang dalam situasi ini profesor sejarah yang terpaksa membuat kenyataan bahawa British bukannya penjajah..kalau gitu apa erti kemerdekaan kalau tidak ada penjajah pada tahun 1957 itu," soal Dr Dzulkefly terhadap kenyataan seorang profeor sejarah.

Pakar perlembagaan pula, katanya, menyanggah pandangan profesor itu kerana hakikatnya ia adalah penjajahan.

Dalam 12 hari polimik ini, katanya, ia telah menyebabkan rakyat mula memahami sejarah yang selama ini cuba dipendamkan oleh Umno di mana Umno mahu tonjolkan dirinya sahaja yang perjuang kemerdekaan.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan anggota parlimen Kuala Selangor berkata, sebagaimana Umno menutup pejuang sebenar kemerdekaan negara, perdebatan isu ini juga menutup isu sebenar negara sekarang.

"Isu sebenar negara sekarang adalah daftar pemilih yang kotor, tuntutan lapan perkara Bersih 2.0, kenaikan harga barang, pengurusan ekonomi yang buruk dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly.

Selain itu, isu ranking universiti Malaysia yangt terus tercorot di belakang berbanding dengan lain-lain universiti juga terpadam dengan isu ini selepas 12 hari ia dibahaskan.

Universiti Malaya, iaitu universiti terbaik di Malaysia hanya berada di ranking 167 berbanding 700 universiti di dunia, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (279) berbanding National Universiti Singapura (28) dan Nanyang Universiti (58).

Namun begitu, katanya, perdebatan ini telah mendedahkan Umno kepada masalahnya sendiri iaitu apakah benar Umno sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan negara ini.

"Seorang penulis Umno sendiri, Datuk Mohd Arif Sobri Aziz melalui blognya juga menghentam Umno kerana menurutnya Umno hanya terlibat dalam pusingan terakhir perjuangan sahaja dan menafikan segala perjuangan yang telah dibuat oleh pihak sebelum itu," katanya.

Umno tidak angkat senjata memperjuangkan kemerdekaab, orang lain yang perjuang dengn jiwa raga mereka, Umno tidak boleh mendakwa semua pujian untuknya kerana ia hanya mengambil lap terkahir sahaja, tulis pemimpin Umno Pahang itu.

AC Mizal yang meletup letup...

Posted: 08 Sep 2011 02:00 AM PDT

Kisah hidup AC Mizal tak habih habih penuh dengan kontroversi... Meletup letup dan kisah terbaru yang tak kurang meletupnya ialah dakwaan bekas isteri AC Mizal... yang kononnya kurang berkemampuan tapi mampu menghantar anaknya ke sebuah sekolah swasta...

Tak pa, Umno mesti boleh tolong punya...

************************************

Bekas Isteri Serang lagi AC Mizal.

Isu melibatkan bekas Isteri Dato' AC Mizal sekali lagi hangat diperkatakan setelah mendakwa masih tidak berpuas hati dengan kemewahan yang dikecapi artis tersebut.

Syafnie turut mengheret ibunya bagi menyokong dakwaan beliau malah membuat pengakuan cucunya terpaksa meminjam duit kepadanya dek kerana kesempitan wang.

Anaknya yang turut tidak berpuas hati dengan bapa kandungnya itu turut mempertikai kasut yang digayakan AC Mizal ketika hadir ke mahkamah yang dakwanya berjenama dan agak mahal namun hanya mampu memberi nafkah dengan jumlah wang yang kecil.

Akan tetapi, 1 persoalan yang timbul dan dibicarakan pihak mahkamah kerana anaknya itu kini bersekolah di sebuah Sekolah Swasta di Bangi, Selangor dengan jumlah yuran pengajian yang agak tinggi.

Bagaimana sebuah keluarga yang kesempitan wang mampu menghantar seorang anak ke sebuah Sekolah swasta?

Alasan yang diberikan pihak bekas ibu mertua AC Mizal adalah kerana cucunya tidak dididik dengan ilmu agama yang cukup lalu dihantar ke Sekolah Swasta terbabit.- KLpos

Jangan dok buat lawak laa... haha...

Posted: 08 Sep 2011 12:30 AM PDT

Sedap ulasan nih... baca laa...

Posted: 07 Sep 2011 11:00 PM PDT

Berikut adalah ulasan sdr Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkenaan pertemuan membabitkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bersama Jais dan Adzib sendiri serta turut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Peguam Negara.

"Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta," kata beliau dalam entro blognya semalam di bawah tajuk "Coret Minggu Pertama Syawal".

Kata Khalid, sebelum era Mac 2008, semuan pihak termasuk Jais dan Mais mengambil sikap berdiam diri dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Tetapi di zaman Menteri Besar yang berkebajikan (pimpinan Khalid Ibrahim), bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak Menteri Besar.

"Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, "mengapa dulu diam, sekarang nak bising?" Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh," katanya.- TMI

KJ oii, simpan bangang tu kat orang lain sama...

Posted: 07 Sep 2011 09:00 PM PDT

Memalukan: Sejarah Anwar Ibrahim, Pun Pemuda UMNO Buang, 'Mana Mungkin Ketuanya' Si Khairy Layak Berdebat Soal Sejarah Tragedi Bukit Kepong

Terkadang, terasa lucu melihat gelagat Ketua Pemuda UMNO iaitu Khairy Jamaluddinberiya-iya benar mahu berdebat dengan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu berkaitan isu sejarah "Tragedi Bukit Kepong". Dengan bangganya mereka mengatakan Mat Sabu pengecut gara-gara tidak mahu berdebat isu itu. Kononnya Pemuda UMNO pimpinan Khairy adalah anak muda yang "cintakan Sejarah" dan peka tentang sejarah perjuangan bangsa terutamanya dalam usaha menuntut kemerdekaan negara. Soalnya sekarang, apakah Khairy dan Pemuda UMNO layak berbicara soal sejarah?. Bukankah mereka sebenarnya adalah pihak yang benci dan sanggup membuang sejarah. Sejarah Tragedi Bukit Kepong dan Mat Indera itu berlaku sebelum Merdeka iaitu hampir 60 tahun yang lalu. Tapi bagaimana pula dengan sejarah perjuangan pemimpin mereka yang telah dibuang oleh Pemuda UMNO yang baru berlaku beberapa tahun yang lalu. Ini terbukti bila kita menjengok masuk ke laman web rasmi Pemuda UMNO Malaysia. Ternyata mereka telah membuang sejarah perjuangan salah seorang Ketua Pemuda mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Bukankah Anwar itu adalah bekas Ketua Pemuda UMNO, maka kenapa sejarahnya dibuang?. Kenapa begitu takut dengan sejarah Anwar, jika benar Pemuda UMNO dan Khairy cinta kepada sejarah. Ini jelas membuktikan bahawa Pemuda UMNO dan Khairy "cakap tak serupa bikin" sebenarnya. Mereka cuba untuk menjadi jaguh dalam isu yang dikaitkan dengan Mat Sabu. Sebaliknya mereka sebenarnya yang telah membuang sejarah itu.Usahlah cuba jadi pakar yang mahu berdebat tentang sejarahjika sejarah pemimpin mereka sendiri pun sanggup dibuangnya.

Pemuda UMNO Padamkan Sejarah Anwar Ibrahim

Sebagai bukti anda boleh masuk ke laman Sejarah Pemuda UMNO terpaparlah beberapa bab tentang sejarah pemuda UMNO, dari Bab 1 hinggalah ke Bab 6. Apa yang anehnya dalam Bab 4 terpaparlah atas tajuk Kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat tajuk-tajuk kecil seperti Anwar Ibrahim: Pembawa Perubahan, Perjuangan Menerapkan Nilai-nilai Islam, Generasi Penggerak Zaman, Cabaran Serta Rintangan Pemuda Era Anwar Ibrahim dan Kesimpulan. Tetapi yang melucukan apabila masuk lebih dalam untuk ketahui info lanjut cerita Anwar maka keluarlah paparan seperti di bawah.

Untuk bukti kukuh perkara ini, Sila klik SINI untuk ke laman berkenaan 

Cuba bayangkan, tajuknya "Kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim" tetapi paparannya tidak ada satu pun artikel yang tertulis nama Anwar disitu. Apa yang dipaparkan ialah cerita tentang Datuk Harun, Syed Jaafar Albar dan Datuk Suhaimi. Sedangkan cerita mereka telah dipaparkan dalam ruangan masing-masing. Mengapakah ini terjadi kepada laman web Pemuda UMNO. Apakah mereka cuba untuk mengubah sejarah?. Khairy tidak boleh menipu tentang perkara ini, kerana kami sempat mencetak dan masih menyimpan kisah sejarah Anwar Ibrahim yang diapadamkan itu. Mujurlah ketika itu segala artikel berkenaan masih belum dipadamkan oleh Khairy dan kuncu-kuncunya. Namun kini, sungguh melucukan. Pemuda UMNO seolah-olah ingin membutakan mata ahli-ahli mereka, seolah-olah Anwar tidak mempunyai jasa langsung dalam perjuangan UMNO. Begitu dangkalnya mentaliti pemuda UMNO, sama seperti Ketua Pemudanya yang lemah dan tiada karisma. Begitu mudah mereka menukar sejarah, bagi mereka biarkan ahli UMNO diperbodohkan dengan fakta yang begitu mengelirukan. Bukankah ini sangat memualkan bagi kita yang ingin terapkan budaya ilmu dikalangan rakyat. Ilmu yang dicari tetapi lain yang ditemui, apakah kerana takut dengan nama Anwar.

[Malah, Khairy juga perlu ingat belum pernah ada dalam sejarah mana-mana Ketua Pemuda UMNO tiada tempat dalam Kabinet Kerajaan Malaysia. Tapi, ia berlaku kepada Khairy, dia tidak dilantik ke kabinet sebaliknya orang yang kalah menentang beliau iaitu Mukhriz Mahathir dan timbalannya pula yang dilantik. Bukankah ini satu sejarah buat Khairy bahawa dia sememangnya sudah ditolak oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO sendiri. Maka itu, usahlah Khairy cuba mendabik dada mahu menjadi "pakar sejarah" untuk berdebat soal sejarah dalam isu Tragedi Bukit Kepong. Beliau sememangnya mudah lupa dengan apa yang terjadi kepada dirinya. Eloklah Khairy belajar sejarah dulu sebelum beriya-iya mahu berdebat tentang soal sejarah Tragedi Bukit Kepong itu sebenarnya].- Pahang Daily

Senjata makan tuan... kahkahkah...

Posted: 07 Sep 2011 08:00 PM PDT

Umno tercedera dengan senjatanya sendiri

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno disifatkan tercedera dengan senjatanya sendiri apabila membangkit isu ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu perjuangan kemerdekaan negara.

Ini kerana, tindakan media Umno yang membangkitkan isu ini menyebabkan semua pihak mula menilai siapakah pejuang kemerdekaan sebenarnya.

"Ternyata kali ini Umno cedera dengan senjatanya sendiri," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Usaha media tradisional mengeksploitasi isu ceramah Mohamad Sabu berakhir dengan pendedahan sejarah yang lebih besar tentang perjuangan kemerdekaan.

Semacam baru disedarkan umum mula bertanya, bagaimana boleh digelapkan sejarah perjuangan kemerdekaan selama ini. Ini kerana, selama ini rakyat disogokkan hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Hari ini rakyat tahu bahawa ada tiga kelompok pejuang kemerdekaan iaitu agamawan yang diwakili oleh Dr Burhanudin Alhemi, Abu Bakar Al Bakir dan lain-lain, nasionalis kiri pula adalah sosialis dan komunis manakala nasionalis kanan adalah golongan seumpama Umno.

Turut terdedah fakta sebenar Mat Indera apabila buku 'Pengukir Nama Johor' yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor yang menamakan beliau sebagai salah seorang hero dan pejuang kemerdekaan dari Johor.

(Mohamad Sabu menunjukkan buku yang mendedahkan siapakah Mat Indera sebenarnya)

Kes ini juga, katanya, mendedahkan kepada rakyat bahawa mereka mahukan keadilan dalam penulisan sejarah negara.

"Malang dalam situasi ini profesor sejarah yang terpaksa membuat kenyataan bahawa British bukannya penjajah..kalau gitu apa erti kemerdekaan kalau tidak ada penjajah pada tahun 1957 itu," soal Dr Dzulkefly terhadap kenyataan seorang profeor sejarah.

Pakar perlembagaan pula, katanya, menyanggah pandangan profesor itu kerana hakikatnya ia adalah penjajahan.

Dalam 12 hari polimik ini, katanya, ia telah menyebabkan rakyat mula memahami sejarah yang selama ini cuba dipendamkan oleh Umno di mana Umno mahu tonjolkan dirinya sahaja yang perjuang kemerdekaan.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan anggota parlimen Kuala Selangor berkata, sebagaimana Umno menutup pejuang sebenar kemerdekaan negara, perdebatan isu ini juga menutup isu sebenar negara sekarang.

"Isu sebenar negara sekarang adalah daftar pemilih yang kotor, tuntutan lapan perkara Bersih 2.0, kenaikan harga barang, pengurusan ekonomi yang buruk dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly.

Selain itu, isu ranking universiti Malaysia yangt terus tercorot di belakang berbanding dengan lain-lain universiti juga terpadam dengan isu ini selepas 12 hari ia dibahaskan.

Universiti Malaya, iaitu universiti terbaik di Malaysia hanya berada di ranking 167 berbanding 700 universiti di dunia, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (279) berbanding National Universiti Singapura (28) dan Nanyang Universiti (58).

Namun begitu, katanya, perdebatan ini telah mendedahkan Umno kepada masalahnya sendiri iaitu apakah benar Umno sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan negara ini.

"Seorang penulis Umno sendiri, Datuk Mohd Arif Sobri Aziz melalui blognya juga menghentam Umno kerana menurutnya Umno hanya terlibat dalam pusingan terakhir perjuangan sahaja dan menafikan segala perjuangan yang telah dibuat oleh pihak sebelum itu," katanya.

Umno tidak angkat senjata memperjuangkan kemerdekaab, orang lain yang perjuang dengn jiwa raga mereka, Umno tidak boleh mendakwa semua pujian untuknya kerana ia hanya mengambil lap terkahir sahaja, tulis pemimpin Umno Pahang itu.

Sapa talibarut British

Posted: 07 Sep 2011 07:00 PM PDT

Alhamdulillah... Tuhan dah bukakan kemuruk orang orang Umno. Sorang demi sorang tampil dengan megahnya mempertikaikan apa yang sebelum ini depa sanjung sekaligus tunjuk tembelang dan warna sebenar mereka pada rakyat. Lepaih ni senang la rakyat nak buat keputusan dalam pilihanraya nanti.

Terima kasih pada lidah Umno yakni Utusan Malaysia yang telah mengangkat kata kata Mat Sabu yang kini telah menjadi satu perdebatan terbuka dan bersejarah tentang kemerdekaan negara. Terbaru perdebatan mengenai sejarah kemerdekaan negara kembali menjadi panas dengan pengakuan MB Johor, yang menukar pendiriannya (baca flip flop) setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu dan kini mendakwa sebaliknya.

Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar diketahui rakyat?

Merujuk kepada kenyataan MB Johor dalam laporan bernama;

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan

"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Mengikut laporan ketika Mat Indera melancarkan gerakan kemerdekaan, British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas komunis lalu meletakkan $75 000 untuk penangkapan Mat Indera samaada hidup atau mati. Keluarga Mat Indera juga diseksa dan dibuang daerah oleh British. Apabila Mat Indera ditangkap, hukuman untuk beliau adalah penyiksaan untuk berbulan lamanya dan akhirnya beliau dihukum gantung di Taiping.

Keadaan telah meletakkan Umno dikandang salah. Hari ini, MB Johor, Ghani Othman membuat kenyataan bahawa Mat Indera seorang pengganas komunis yang kejam dan zalim walaupun dalam buku "Pengukir Nama Johor", MB Johor ini jugalah yang menamakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang. Umno terkantoi dengan pernyataan flip flop terbaru dari MB Johor ini. Kenyataan MB Johor ini juga melengkapkan kebenaran betapa Umno adalah talibarut British. - http://shalehudin.blogspot.com/

Berat dakwaan Khalid Samad nih...

Posted: 07 Sep 2011 06:00 PM PDT

Khalid Samad dakwa pertemuan sulit mahu jatuhkan MB Selangor

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Langkah itu didakwa diusahakan ekoran kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran kononnya ada usaha memurtadkan umat Islam.

Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, pertemuan membabitkan beberapa NGO Islam bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta wakil dari Pejabat Peguam Negara.

"Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta," kata beliau dalam entro blognya semalam di bawah tajuk "Coret Minggu Pertama Syawal".

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Khalid berkata beliau tidak pasti bila pertemuan itu diadakan tetapi telah diadakan bulan lalu.

Kata Khalid, sebelum era Mac 2008, semuan pihak termasuk Jais dan Mais mengambil sikap berdiam diri dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Tetapi di zaman Menteri Besar yang berkebajikan (pimpinan Khalid Ibrahim), bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak Menteri Besar.

"Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, "mengapa dulu diam, sekarang nak bising?" Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh," katanya.

Dalam entrinya juga, Khalid berkata, Umno terus mengheret pihak istana untuk kepentingan politik parti komponen BN itu.

Katanya, ketika zaman BN memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat tetapi sekarang kerap diketengahkan.

"Itulah perangai Umno. Bila Umno sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan.

"Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak Umno-BN," katanya sambil menambah, institusi yang above politics' atau 'mengatasi pertimbangan politik' ini akan tercemar dalam kelicikan politik Umno yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun berlaku.

"Sanggup mengorbankan rakyat dan negara asalkan mereka kembali memerintah Selangor. Itulah dasar (bekas pemimpin Libya) Muammar Gaddafi, dan itulah yang mencerminkan dasar Umno sekarang!" kata Khalid lagi.

Mengenai isu tindakan Jais ke atas gereja tersebut, Khalid berkata, beliau sangat kecewa apabila mendengar Jais memohon sebulan lagi untuk menyediakan laporan.

"Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap profesionalisme Jais yang bertindak dengan begitu cepat 'memeriksa' sebuah Gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya.

"Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut," katanya ia adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik gereja dan itu sahaja.

"Laporan 'memurtadkan orang Islam' diterima dari pihak yang tidak dikenali dan pihak Jais bertindak tanpa siasatan yang lebih terperinci. Pihak yang tidak dikenali' yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal?" katanya lagi.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor berkata laporan lengkap daripada Jais akan diterima selepas beliau pulang ke tanah air dari lawatan kerja ke Jerman pada 16 September ini.

"Kami masih lagi menunggu laporan lengkap Jais itu dan saya tidak sabar untuk mengetahuinya, Sekembalinya dari Jerman kita jangka akan menerima laporan tersebut," katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

AC Mizal yang meletup letup...

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kisah hidup AC Mizal tak habih habih penuh dengan kontroversi... Meletup letup dan kisah terbaru yang tak kurang meletupnya ialah dakwaan bekas isteri AC Mizal... yang kononnya kurang berkemampuan tapi mampu menghantar anaknya ke sebuah sekolah swasta...

Tak pa, Umno mesti boleh tolong punya...

************************************

Bekas Isteri Serang lagi AC Mizal.

Isu melibatkan bekas Isteri Dato' AC Mizal sekali lagi hangat diperkatakan setelah mendakwa masih tidak berpuas hati dengan kemewahan yang dikecapi artis tersebut.

Syafnie turut mengheret ibunya bagi menyokong dakwaan beliau malah membuat pengakuan cucunya terpaksa meminjam duit kepadanya dek kerana kesempitan wang.

Anaknya yang turut tidak berpuas hati dengan bapa kandungnya itu turut mempertikai kasut yang digayakan AC Mizal ketika hadir ke mahkamah yang dakwanya berjenama dan agak mahal namun hanya mampu memberi nafkah dengan jumlah wang yang kecil.

Akan tetapi, 1 persoalan yang timbul dan dibicarakan pihak mahkamah kerana anaknya itu kini bersekolah di sebuah Sekolah Swasta di Bangi, Selangor dengan jumlah yuran pengajian yang agak tinggi.

Bagaimana sebuah keluarga yang kesempitan wang mampu menghantar seorang anak ke sebuah Sekolah swasta?

Alasan yang diberikan pihak bekas ibu mertua AC Mizal adalah kerana cucunya tidak dididik dengan ilmu agama yang cukup lalu dihantar ke Sekolah Swasta terbabit.- KLpos

Sedap ulasan nih... baca laa...

Posted: 07 Sep 2011 03:30 PM PDT

Tiada ulasan: