Khamis, 8 September 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Berani mati : Seketul ganja mampat telah diposkan ke rumah gua.

Posted: 08 Sep 2011 01:54 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Pukul 10 malam tadi, gua and Jeming buat sesi video. Borak2 politik. Cameraman merangkap moderator adalah Poji. Then gua blah sebab gua masuk kerja pukul 12 malam. 1 syif 2 orang. lepas settle apa yang patut, gua make a deal.

"Bro gua ada kerja merapu nih. Rumah Poji. Lu jaga dulu sampai pukul 3, gua jaga sampai pagi. Beres?"

"Bereh."

Sampai kembali rumah Poji. Nak join Hazwan, Hjosama bertekak dengan Ostad Wan Ji.

"Hah Aduka. Makan gaji haram." Terkena gua dengan Ostad Wan Ji. Hua3... Jangan sampai gua rampas Nurul Nuha, Ostad. Mentang2 masuk PKR. Wakakaka..

Balik kerja gua sambung buat design t shirt yang tak settle. Tengah buat sambil berfesbuk, tiba2 ada orang tanya bini gua.

"Ado Khairul Nizam ko ghumoh ni?"

Ni samseng Rusila mana plak langgar gua nih. Ayahanda Hadi Awang. Gua keluar.

"Apa kes bro?" Gua tanya satu mamat naik EX5 tak buka helmet.

'Ada bungkuse be."

"Oooo.. timo kaseh deh."


Ini bungkusan macam bom C4 dah ni. Seram la plak gua mau buka.


Ini bukan C4 ma.. ini ganja mampat nih. Mau kena tali gantung gua nih.



Ha.. kan.. kan.. gua dah cakap dah.. dah cakap dah... ganja mampat ni bai. Berapa harga di pasaran ni kalau cenggini punya saiz?


Terima kasih kepada sahabat Manchester United Wmashor Welias kerana menghadiahkan kek lapis hand made, terus dari bumi Sarawak ke Kelantan. N3 rujukan anak sulong gua yang makan kek lapis pertama kali dalam hidupnya. Alhamdulillah.

"Abih doh!" <--- jawapan gua untuk soalan Hjosama n the geng nanti.



Tiada ulasan: