Khamis, 8 September 2011

Addin

Addin


Mat Indera Seorang Nasionalis.. Ini Buktinya

Posted: 08 Sep 2011 03:00 PM PDT

Satu kajian yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 menyimpulkan Mat Indera (gambar) bukan berfahaman komunis. Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian tersebut adalah Latihan Ilmiah untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem".

Tambahnya, tujuan kajian tersebut adalah untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong, Muar. 
Menurutnya, meskipun kajian tersebut adalah dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji telah berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut termasuklah Haji Nawi Idrus, Ketua Pengawal Kampung (Home Guard) dan rakan-rakan Mat Indera yang menyertainya masuk ke hutan.

"Kaedah wawancara ini adalah yang paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong ini disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka. "Setakat kajian PPP, mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera," jelasnya dalam satu kenyataan.

Di dalam kajian tersebut, ujarnya pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai: "Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya." Selain daripada itu, tambah beliau Ayub Kassim juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis.

"Beliau menyatakan perumpaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas," katanya. Katanya lagi, kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu Haji Ibrahim Jubah dan Haji Muhammad Yassin Muhammad (bapa Tan Sri Muhyiddin).

Kedua-dua guru Mat Indera itu, tambahnya dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu. Malah, katanya menurut pengkaji lagi pada mukasurat 30, Haji Muhammad Yassin bin Muhammad begitu kritis dengan perkembangan politik tanahair, dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif.

Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai Ketua Cucuk Tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua. "Fakta ini sekaligus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD, bahawa Mat Indera telah menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi," ujarnya.

Menurutnya, semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA, sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun.

Katanya, kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah C. D. dalam memoirnya. "Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, PPP berpandangan Mat Indera bukanlah komunis tetapi seorang nasionalis radikal," ujarnya.

Ini, jelasnya sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya "25 Tahun Merdeka" mukasurat 357-358: "Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Dharurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat Nasionalisme yang meluap-luap? Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita.

"Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Dato' Bahaman, Mat Kilau dan To' Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Dato' Dol Said di Naning, Dato' Maharajalela di Pasir Salak, To' Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu".

Justeru, tegas Ahmad Zuhdi, PPP melihat kenyataan Tan Sri Abdul Samad Idris itu hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam ceramahnya.

Utusan Kencing Lagi.. Palsukan Gambar Pekan Kiulu, Sabah

Posted: 08 Sep 2011 08:59 AM PDT

Ini HSBC Di Kota Kinabalu bukannya Pekan Kiulu, Sabah
Saya amat gembira kerana sejak kebelakangan ini, banyak artikel mengenai daerah dan pekan-pekan kecil di Sabah telah dimuatkan dalam surat khabar tempatan dan baru-baru ini artikel mengenai pembangunan di Kiulu bertajuk 'Kiulu Nikmati Limpahan Merdeka'.  

Kiulu merupakan pekan yang dikira terpencil kerana selepas Kiulu, tiada lagi pekan seterusnya dan sememangnya menurut pemerhatian saya, Kiulu sudah semakin lama, semakin diperbaharui dengan pembinaan jalanraya yang sudah pastinya mampu membantu masyarakat di sana untuk memasarkan hasil pertanian dan sebagainya.

Tetapi apa yang paling mengejutkan saya adalah, gambar pekan kiulu yang disiarkan di UTUSAN ONLINE baru-baru ini. Pekan Kiulu bukan seperti ini, Kiulu tiada bangunan tinggi kecuali sekolah dan rumah guru. Kiulu tiada HSBC seperti yang kita lihat dalam gambar. Kiulu tidak ada jalan raya yang begitu luas di sekitar pekan. Kiulu tiada kawasan yang besar yang mempunyai bangunan kedai seperti di dalam gambar berita tersebut.

Perkara ini amat mengelirukan, terutamanya kepada penduduk yang tidak pernah ke pekan Kiulu. Saya berharap, agar UTUSAN ONLINE menarik balik gambar yang dipaparkan kerana ianya amat mengelirukan. Jika sekiranya Pihak Utusan ingin menggambarkan kemajuan Kiulu, apa salahnya datang ke pekan itu dan mengambil gambar pekan tersebut. Kesilapan ini amat memalukan./sabahkini

Addin :

Sebenarnya ini bukan kesilapan, ini adalah penipuan yang telah di buat oleh Utusan Meloya. Gambar yang di ambil sebenarnya ialah HSBC di Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Utusan Meloya cukup-cukup hina dan jijik, menipu rakyat sepanjang masa. Yang sedih, masa ada rakyat lagi yang mencari maklumat dengan akhbar Syaitan ini. Berikut adalah pendedahan telah dibuat oleh blog Milo Suam. Sila baca di sini.



Panas!! Pangasas UMNO Sebenarnya Bukan Melayu..

Posted: 08 Sep 2011 06:01 AM PDT

Ketika Umno menonjolkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan dan ketuanan Melayu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan antara pengasas parti itu, merupakan seorang penjajah berbangsa Inggeris. Perkara itu diketahui ketika SAMM membuat kajian ke Johor dan meneliti pelbagai bahan berkaitan sejarah Bukit Kepong baru-baru ini. Menurut Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, terdapat banyak fakta sejarah yang dirahsiakan dari pengetahuan umum, termasuk keahlian seorang British bernama Dr Charles Joseph Pemberton Paglar dalam Umno.

"Umno telah ditubuhkan dengan keahlian bukan Melayu. Ahli nombor 6 ini seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia merupakan anak kepada British and Indian descendants, berasal dari Alor Gajah, Perak," kata Badrul dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Badrul, ketika Sir Harold Mc Michael, ditugaskan ke London pada 1945 untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu bagi menubuhkan Malayan Union, Sultan Ibrahim iaitu Sultan Johor enggan menandatangani perjanjian tersebut.

"Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Pelbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim. Ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul," kata Badrul atau dikenali Chegu Bard.

Menurutnya lagi, Sultan berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi pengasas Umno, Dato' Onn Jaafar berusaha bersungguh-sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan baginda.

"Akhirnya Dr Paglar berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tandatangan Sultan bagi pihak Mc Michael. Kemudian Umno pun ditubuhkan di Istana Johor dan Dr Charles Joseph Pemberton Paglar diberi keahlian UMNO bernombor # 000006," kata Chegu Bard.

Justeru, Chegu Bard menimbulkan beberapa persoalan untuk dijawab oleh Umno, antaranya asas penubuhan Umno dan mengapa antara pengasasnya adalah bukan Melayu.

"Adakah benar teori ketika desakan kemerdekaan makin kuat, British telah haramkan semua organisasi yang desak merdeka dan tangkap serta buru semua yang terlibat mendesak merdeka. Maka dirancang tubuhnya sebuah organisasi untuk menyamar sebagai pejuang," ujarnya.

Menurut Chegu Bard, British tahu mereka tidak mampu meyakinkan orang ramai dengan menubuhkan organisasi baru ciptaan penjajah itu, justeru telah membuat perjanjian menubuhkan Malayan Union.

"British tahu penduduk tanahair ini tidak akan setuju dengan Malayan Union khususnya orang Melayu dan peluang inilah untuk memunculkan tokoh-tokoh dan organisasi baru ciptaan mereka untuk mewarisi pemerintahan negara ini ?

"Apakah sebenarnya berlaku sebenarnya ? Che'GuBard bukan bijak sejarah, macam (Prof Emeritus Tan Sri) Khoo Kay Kim…nanti dia marah lagi. Cuma nak bangkitkan persoalan ini untuk sama kita fikirkan," tulis beliau./kd
Addin :

Jikalau benar dakwaan yang di buat oleh Chegubard ini, ia merupakan satu tamparan hebat buat Umno yang sedang tergapai-gapai mencari sokongan di kalangan rakyat semula. Sedang Umno berlakon untuk menjadi pejuang bangsa yang sejati tiba-tiba satu pekong lagi di buka... selama ini UMNO rupa-rupanya talibarut British.




"Jangan Hairan Jika Ramai Orang Murtad" - Dr. Asri

Posted: 08 Sep 2011 01:52 AM PDT

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama."

Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais. 
Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah. Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini. "..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook.

Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan. Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.

"Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau.



Presiden Indonesia Naik Berang

Posted: 07 Sep 2011 07:22 PM PDT

JAKARTA -  Tindakan suporter yang membakar petasan dan melempar botol air minum kemasan ke lapangan saat pertandingan Indonesia dan Bahrain, Selasa (6/9/2011) malam, membuat Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) tampak marah. Presiden langsung meninggalkan podium tempat ia menonton bersama rombongan. "Iya, Presiden marah," kata Menteri Sekretaris Negara Sudi Silalahi saat dikonfirmasi wartawan.

Sudi mengatakan, hal tersebut dipicu oleh tindakan penonton yang tidak mematuhi peraturan dan tetap membawa barang-barang terlarang ke dalam stadion sehingga mengganggu jalannya pertandingan.
 
Pantauan Kompas.com, Presiden langsung berdiri saat melihat ada penonton di tribun seberang tempatnya menonton yang melemparkan botol kemasan air minum ke dalam lapangan. Sontak wajah Presiden marah dan menunjuk ke arah tribun penonton tersebut sambil berlalu meninggalkan tribun.

Begitu Presiden berdiri, polisi dan Paspampres langsung keluar lapangan dan mengawal Presiden meninggalkan Stadion Utama Gelora Bung Karno. Semua anggota rombongan yang menyertai Presiden turut pulang, seperti Ibu Negara Ani Yudhoyono, Edhie Baskoro Yudhoyono, Mendiknas Muhammad Nuh, dan beberapa pejabat lainnya.

Saat ditinggalkan Presiden, Indonesia tertinggal 2-0 dan tinggal menyisakan waktu babak kedua sekitar 15 menit./kompas

Tiada ulasan: