Khamis, 29 September 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Polis, Tolong Jangan Jadi Pencacai UMNO/BN Boleh Tak?

Posted: 29 Sep 2011 05:28 AM PDT


Polis diminta jangan bersikap berat sebelah dalam menangani isu berkaitan memburukkan negeri seperti yang didakwa oleh Lim Guang Eng tempoh hari. Ia seolah-olah menampakkan polis di bawah bidang kuasa UMNO/BN sedangkan polis merupakan agensi kerajaan yang tidak sama fungsinya dengan mana-mana parti politik dalam negara.

Sebelum ini pun aku mempersoalkan tindakan polis mahu bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan memburuk-burukkan negeri Johor. Ingatkah anda sebelum ini bahawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah memburukkan Kelantan sebelum ini. Namun setelah sekian lama, Ali Rustam menarik balik larangan tersebut ibarat menyedut hingus ke dalam mulut.

Di sini aku ingin membuat perbandingan mengenai jenayah indeks yang berlaku antara negeri Kelantan dan Melaka bagi Januari sehingga Mei 2010/2011 dan jenayah jalanan bagi bagi Januari sehingga Mei 2009/2011. Namun aku akan buat perbandingan ini mengikut kapasiti kepadatan penduduk bagi kedua-dua negeri mengikut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia 2010 supaya Ali Rustam dan UMNO/BN Melaka tidak buta angka.

Klik imej untuk pembesaran


Klik imej untuk pembesaran

Bagi statistik indeks jenayah negeri Kelantan pada Januari sehingga Mei 2011 adalah sebanyak 178 kes jika dibandingkan dengan Melaka yang mencatat 232 kes pada tahun yang sama. Jika mahu diambil kira jenayah pada Januari sehingga Mei 2009 pula, Kelantan mencatatkan 144 kes berbanding Melaka 217 kes dan jika diambil kira kapasiti penduduk pula jumlah penduduk Kelantan adalah 1.54 juta berbanding Melaka yang hanya 0.85 juta penduduk dan beza penduduk Kelantan dengan Melaka ialah 53.23%.

Kesimpulannya, jenayah di Melaka lagi teruk di Kelantan kalau dikirakan nisbah jenayah kerana jumlah kes bagi kedua-dua tahun tersebut bagi Kelantan adalah 322 kes bersamaan 1.54 juta penduduk jika dibandingkan dengan Melaka dengan 449 kes bersamaan 0.84 juta penduduk. Sekarang Ali Rustam kena belajar statistik supaya tidak lagi menunjukkan kebodohannya sebagai Ketua Menteri Melaka.

Jika dikira semua kes di atas bagi kedua-dua tahun tersebut untuk Kelantan ialah 5915 kes dan Melaka pula  ialah 4895 kes dan harus diingat bahawa kapasiti penduduk di Kelantan lebih ramai berbanding Melaka. Ali Rustam patut malu kerana Melaka paling banyak jenayah berbanding Kelantan. Kelantan tiada pusat judi seperti yang Ali Rustam bimbangkan sehingga meminta Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Air Melaka Berhad memotong bekalan elektrik.

Kelantan tiada pusat hiburan sehingga jam 3 pagi seperti yang dicadangkan oleh kerajaan Ali Rustam. Ali Rustam diminta bertaubat dan jangan tunjukkan kebodohan dalam membuat statistik. Jika masih lagi tidak faham dengan angka itu, boleh belajar kelas matematik dengan pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam beserta doa harian yang akan diajar oleh kanak-kanak 5 dan 6 tahun.

Jom Kita Kenali Asal-usul Puak-puak UMNO Dari Manakah Mereka Datang

Posted: 28 Sep 2011 08:00 PM PDT

YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) 
Makassar

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  (lahir 5 Ogos 1961)
Turki

Datuk Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal (lahir 20 Oktober 1957)
Bajau

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (lahir 14 Januari 1953)
Jawa

Datuk Seri Ali Rustam (lahir 24 Ogos 1949)
Melayu-Bengali 

Datuk Dr Zambri Abdul Kadir (lahir 22 Mac 1962)
Mamak

Datuk Seri Musa Aman (lahir 30 Mac 1951)
Melayu-Pakistan-Dusun

Tan Sri Muhyiddin Yassin (lahir 15 Mei 1947)
Bugis-Jawa

Datuk Azeez Abd Rahim  (lahir 19 November 1966 )
Tiada keturunan setelah dikesan dalam Jabatan Pendaftran Negara. Makhluk asingkah dia?

"Saya telah menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Ketua Pengarah JPN memberitahu saya bahawa status (etnik) Azeez tidak diketahui," kata Hishammuddin. [The Star, 24 Oktober 2010]

Patutlah dalam UMNO Bangla atau Nepal boleh menjadi melayu setelah masuk UMNO. Kita perhatian kata-kata Najib ini pada The Star 24 Oktober 2010 yang berbunyi:-

Najib dalam ucapan penggulungan, mengisytiharkan bahawa orang keturunan Turki dan lelaki dengan "status tidak diketahui" juga Melayu.

"Kita semua orang Melayu. Kita mesti bersatu, "katanya disambut dengan tepukan dari lantai. - [The Star, 24 Oktober 2010] 

Tunggu sambungan dalam artikel akan datang..

Dipaksa Merokok Sebelum dirogol

Posted: 28 Sep 2011 05:47 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang gadis sunti dipaksa menghisap sebatang rokok yang dipercayai mengandungi dadah sebelum pengsan dan dirogol seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga abang angkatnya di sebuah flat di Pantai Dalam, di sini, awal Julai lalu.

Mangsa iaitu murid berusia 12 tahun diugut supaya merahsiakan kejadian itu. Disebabkan takut, mangsa mendiamkan diri menyebabkan dia terus dinodai suspek dan dipercayai dirogol lebih lima kali dalam tempoh hampir dua bulan lalu.

Tidak tahan dengan kejadian itu, mangsa mengadu kepada sepupu suspek berusia awal 20-an pada hujung Ogos lalu, namun aduannya itu sia-sia apabila lelaki terbabit pula merogolnya.

Bagi mengakhiri penderitaannya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, sumber polis berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 2 petang awal Julai lalu, mangsa yang bersendirian ketika menaiki lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat tujuh flat itu terserempak dengan abang angkatnya.

"Suspek kemudian memaksa mangsa mengekorinya pulang ke rumah. Lelaki terbabit seterusnya memaksa mangsa menghisap sebatang rokok menyebabkan dia pengsan.

"Sebaik tersedar mangsa menyedari dia dirogol. Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa jika memberitahu kejadian itu kepada orang lain termasuk ibunya," katanya.

Sumber berkata, mangsa dirogol suspek lebih lima kali dan dipercayai dipaksa menghisap rokok sebelum dinodai.


Tiada ulasan: