Khamis, 29 September 2011

Addin

Addin


(Gambar) Ngeri.. Awek Mati Berkecai Di Sebelah

Posted: 29 Sep 2011 09:57 AM PDT

 



Sumber : Borak Kosong


Website Kerajaan Negeri Melaka Jadi Website UMNO!!

Posted: 29 Sep 2011 01:57 AM PDT

Website kerajaan negeri dah transform ke website Umno
Artikel ni Addin ambik dari blog DPPK Bukit Katil, Umno cukup terdesak sehinggakan website kerajaan negeri boleh di salah guna jadi website Umno. Pelbagai pautan Umno berada di website hakmilik kerajaan negeri yang di bayar dengan wang pembayar cukai. Cukup tidak profesional Ali Rustam serta kuncu-kuncunya. 


Dikhabarkan hadirin yang hadir cukup meluat dengan ucapan politik ahli parlimen tersebut. Kebetulan pulak, Addin tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut.. jikalau tidak tentu lebih banyak pendedahan boleh di upload di sini. Sila baca di sini  untuk melihat betapa terdesak Umno Melaka dalam menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada PRU 13 nanti.

Juga boleh klik di sini dan di sini.


Skrol Laut Mati Berusia 2,000 Tahun Di Pamerkan

Posted: 28 Sep 2011 08:26 PM PDT

Salah satu skrol Laut Mati dipamerkan di Muzium Israel di Baitulmuqaddis
BAITULMUQADDIS - Skrol berusia 2,000 tahun yang ditemui di gua sebuah gurun kini dipamerkan di online buat kali pertama kelmarin. Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada projek muzium kebangsaan Israel dan laman web Google di Internet. 


Skrol itu ditulis dan dikumpulkan oleh satu kumpulan agama Yahudi yang melarikan diri ke sebuah gurun 2,000 tahun lalu dan menetap di Qumran di tepi tebing Laut Mati. Lima skrol itu merupakan antara yang dibeli oleh para penyelidik Israel di antara tahun 1947 dan 1967 daripada seorang penjual barang antik. Ia pertama kali ditemui oleh penduduk Badwi di gurun Judean./Agensi


Panas!! 20 Ahli Umno Terengganu Sertai PKR

Posted: 28 Sep 2011 06:48 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Seramai 20 orang ahli Umno termasuk bekas pemimpin veteran parti itu di negeri ini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas kecewa dengan sikap kerajaan yang didakwa mengabaikan generasi kedua Felda. Bekas Setiausaha Veteran Umno Bahagian Setiu, Alias Zainal mengaku mengambil tindakan sedemikian berkata, beliau kini bergantung harap kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu generasi kedua tersebut.

Beliau mendakwa, kerajaan tidak membela nasib generasi kedua walaupun perkara itu pernah disuarakan pelbagai pihak sejak zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Saya memang kecewa dengan kepimpinan sekarang kerana tidak ambil berat dengan kawasan luar bandar dan kita melihat peluang terbuka apabila PR akan membuka ladang Felda untuk kebajikan dan kepentingan generasi kedua.

"Kalau ditakdirkan Datuk Seri Najib mengambil pendekatan sedemikian, beliau tidak akan melakukannya dalam masa terdekat ini, tidak sempat kerana pilihan raya akan berlaku dalam masa terdekat," katanya kepada Sinar Harian. Alias atau lebih dikenal sebagai Cikgu Alias menjelaskan beliau akan menjadi penggerak untuk mencari ahli bagi menyokong parti yang baru disertainya itu.

"Generasi kedua boleh ditempatkan di Felda Setiu 1 dan Felda Setiu 2. Sekarang ini, tiada peneroka di kawasan itu sebaliknya pendatang Indonesia. Kalau tidak panggil penduduk (generasi kedua Felda), keadaan penduduk di Bandar Permaisuri tidak bertambah sedangkan kedai tumbuh bak cendawan," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan untuk menolak semula parti itu sekiranya gagal melaksanakan janji kepada rakyat. Alias bersama 20 ahli Umno menyerahkan borang keanggotaan PKR ketika kedatangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke daerah Setiu sempena siri jelajah beliau ke daerah itu, 23 September lalu.

Penyertaan tersebut berikutan rasa tertarik dengan tawaran dalam Buku Jingga PR melalui Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. Sebelumnya, beliau menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee pada 19 September lalu dan telah menjelaskan kepada pihak tersebut berhubung peletakan jawatan terbabit.

Alias sebelum ini pernah bertanding sebagai calon parti Semangat 46 (S46) di Dun Permaisuri dan Dun Langkap, masing-masing pada 1990 dan 1995 tetapi gagal memperoleh kerusi di kedua-dua Dun terbabit./sh

Tiada ulasan: