Khamis, 29 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Warga Israel telah dibenarkan memasuki UPM..

Posted: 29 Sep 2011 09:44 AM PDT

Peserta dari Israel Ilya Grad 'Archilles' yang menyertai 'Muaythai World Champion' di UPM, Serdang.

Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel.

Dan Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit.

Biarpun secara rasminya Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Negara Yahudi itu namum beberapa pemimpin Negara dan pemimpin UMNO sendiri mengenepikan sensitivity umat Islam di Malaysia.


Berikut adalah beberapa insiden lawatan warganegara Malaysia ke Israel dan kemasukkan warga Israel ke Malaysia yang dipetik dari Wikipedia :

Pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Tunku Abdullah merupakan adik kepada Yang diPertuan Agong.

Pada 17 Julai 1994, Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah dijemput menemui Yizhak Rabin dan Shimon Peres. Potensi pelancongan rakyat Malaysia ke Baitul Maqdis amatlah besar.

Dalam kes Gilad Feldman dari Israel, beliau tidak dapat hadiah utama 2GB iPod Nano dari "LiewCF.com Survey 2006" kerana tidak ada hubungan antara Malaysia dengan israel.

Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan .Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Turut ditahan ialah Mahfuz Omar dari PAS.

Pada 29 Julai 2008 Pasukan bola sepak Chelsea dari Britain yang melakukan perlawanan persahabatan dengan Malaysia mengundang kontroversi. Ini kerana pasukan itu mempunyai dua warga Israel iaitu pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim.

Pada 21 Julai 2011, Pasukan bola sepak Chelsea sekali lagi menjadi sasaran ejekan sebahagian besar penonton yang mengejek seorang pemain Chelsea yang berasal dari Israel iaitu Yossi Benayoun. Perkara itu telah menjadi bahan utama bualan seluruh dunia yang menuduh Malaysia mempunyai sifat perkauman yang tinggi kepada rakyat Israel. Pengurus Chelsea Villa Boas meminta Football Association of Malaysia (FAM) membuat kenyataan rasmi dan memohon maaf diatas kejadian yang berlaku. FAM akur dengan permintaan Chelsea, dan meminta maaf diatas sikap penonton.

Itu adalah antara insiden yang telah dilaporkan oleh kebanyakkan media massa, namun begitu tanpa kita sedari sekitar june 2011 yang lalu sekali lagi sensitiviti ummat Islam Malaysia dibakul sampahkan oleh pemimpin UMNO.

Malah pemimpin tersebut iaitu Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan dengan bangganya bergambar beramai-ramai dengan peserta yang menyertai pertandingan itu..



Pertandingan yang dimaksudkan ialah 'Muaythai World Champion' terbitan Image Group dan The Group Entertainment dibawah pengawasan World Muaythai Council (WMC).



Ianya telah berlangsung sekitar June 2011 yang lalu di Dewan Putra 3, Kolej Pendeta Za'aba bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang yang dianjurkan oleh AXN Astro untuk rancangan 'The Challenger Muaythai'

Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD$100.000,00 dan gelaran 'Muaythai World Champion' dijadualkan mula disiarkan mulai 15 September 2011 di AXN (Astro channel 701) dan AXN HD (Astro B.yond channel 721).

Seramai 16 peserta telah dari berbagai Negara telah mengambil bahagian antara negaranya ialah Malaysia, Thailand, Israel dan South Africa.

Mereka adalah Pinto Antoine 'The Phenom' (Prancis/Thai), Cedric Muller 'Underground Samurai' (Prancis), Cyrus Washington 'Black Dynamite' (Amerika), Fadi Merza 'The Beast' (Austria), Frank Giorgi 'The Italian Stallion' (Itali), Ilya Grad 'Archilles' (Israel), Jason Woodham 'The Handsome Hero' (British), Jesse Miles Lacombe 'Smiles' (Kanada), Jordan Watson 'Quadzilla' (British), Marco Pique 'The Sniper' (Belanda), Mostafa Abdollahi 'Persian Mos' (Iran), Pidsanu Kunchat 'Mardsua' (Thai), Michael Chase Corley 'Cool Hand' (Amerika), Moh. Faizal Bin Ramli 'Golden Elbow' (Malaysia), Vuyisile Colossa 'The Cheetah' (Afrika Selatan) dan yang termuda Rhyse Saliba 'Poison Dart' (Australia).

Peserta yang keenam ialah Ilya Grad 'Archilles' dari Israel.



Untuk lebih jelas sila klik imej atau lihat di (SINI)

Dan adalah mustahil untuk dikatakan bahawa Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan pemimpin Melayu yang berugama Islam itu tidak menyedari akan kehadiran peserta dari Israel itu sedangkan beliau sendiri berada disitu ketika pelancaran.

Persoalannya sekarang bagaimana pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan Kerajaan Malaysia sendiri yang telah menetapkan bahawa negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia membenarkan peserta dari Israael dan penyokongnya itu yang sudah tentu dari Israel juga memasuki Malaysia khususnya di Universiti Putra Malaysia?

Sekali lagi sensitiviti umat Islam Malaysia diinjak-injak oleh pemimpin UMNO!!


Felda disaman lagi..

Posted: 29 Sep 2011 06:44 AM PDT



TEMERLOH, 29 Sept: Seramai 365 orang lagi peneroka sekitar Jengka hari ini memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh menuntut ganti rugi sebanyak RM175 juta.


Peguam R. Sivarasa memberitahu ini merupakan saman yang kedua oleh peneroka daripada Gugusan Jengka di mana Jun lalu 711 melibatkan pemeroka dari 16 tanah rancangan Felda seluruh Jengka menuntut RM344 bagi jumlah kerugian selama 15 tahun (sejak 1995).

Katanya, asas tuntutan peneroka ialah Felda sudah melakukan penipuan dan pecah amanah dalam urusan kadar perahan gred (KPG) jualan hasil sawit.

"Hari ini peneroka menyaman Felda kerana menipu KPG pada purata 18.5% sedangkan bacaan kepada contoh hasil buah kelapa sawit yang dihantar kepada tiga makmal bebas menunjukkan kadarnya ialah 31.5% dan setelah diselaraskan peneroka percaya purata KPG tidak kurang daripada 27%. Ini bermakna terdapat perbezaan purata 8.5% yang digunakan oleh Felda.

"Ini bukan angka yang kecil. Dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu berdasarkan harga pada 2008, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM250 setan, jika 10 tan sebulan bermakna kira-kira RM30 ribu wang peneroka telah dirampas dalam setahun.

"Selain daripada itu peneroka mendakwa kilang Felda juga telah memotong buah sawit yang dianggap 'buah busuk' dengan kadar 200 kilogram sebulan tetapi tidak dikembalikan kepada mereka dan dijual kilang Felda," katanya dalam sidang media selepas saman difailkan.

Tambah Sivarasa, ini membawa kerugian kepada peneroka dengan kadar RM560 x 2.4 atau RM1,344 setahun bagi setiap peneroka dan penipuan berleluasa selama dalam tempoh 15 tahun.

"Ini bermakna dalam tempoh yang sama (15 tahun), bagi kedua-dua penipuan, Felda telah menyebabkan kerugian sebanyak RM175 juta kepada peneroka. Dicampur dengan tuntutan 711 peneroka dulu (RM344 juta) bermakna peneroka Jengka saja telah menuntut RM520 daripada Felda," tambahnya.

Turut hadir dua orang peguam lagi yang mewakili peneroka Lateefa Koya dan T. Kumar. Hadir sama Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda Pusat Suhaimi Said, Pemangku Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Ahli Dewan Undangan Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad serta para peneroka.

Tambah Sivarasa, apa yang berlaku ini memangnya penipuan yang jelas serta pecah amanah daripada Felda sedangkan seperti disebut hakim dalam kes peneroka Kemahang saman Felda, bahawa Fela sepatutnya menjaga peneroka bukannya menipu.

Sementara itu Suhaimi Said dalam sidang media yang sama memberitahu sebelum ini peneroka dari Gugusan Bera juga telah menyaman Felda atas isu yang sama menjadikan sehingga kini kira-kira 1,700 peneroka telah berbuat demikian.

Bagaimanapun, Suhaimi berkata, peneroka bukanlah berminat sangat untuk menyaman Felda kerana mereka lebih cenderung untuk berunding.

"Malangnya setiapa kali apabila wakil peneroka pergi ke ibu pejabat Felda, mereka akan dimaki hamun dituduh tidak mengenang budi. Sedangkan dalam kes ini setiap peneroka kerugian kira-kira RM700 ribu dalam kes KPG, TTS dan sebagainya.

"Jika Felda mengembalikan hak peneroka yang ditipu selam aini itu lebih baik kerana peneroka telah banyak berkorban untuk menyumbang kepada ekonomi negara dan keuntungan Felda selama ini," ujarnya.


Harakahdaily

Rais Yatim kata Video Clip 'Undilah' tak disenangi segolongan masyarakat.

Posted: 29 Sep 2011 03:34 AM PDT

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

Tidak disenangi segolongan masyarakat? Masyarakat mana yang Rais maksudkan itu?? sudah tentulah golongan masyarakat dari UMNO.. baik pemimpin mahupun pencacai..


Klip Undilah tak disenangi orang ramai, kata Rais

KAMPUNG GAJAH, 29 Sept – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

"Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Rais berkata, penarikan semula penyiaran klip video Undilah sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.

"LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,"katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video Undilah belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.

Sabtu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata klip video itu belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan.

Agensi itu berkata, hasil pemantauan pematuhan secara rutin dibuat menunjukkan pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo belum mendapat kelulusan daripada LPF. SKMM menambah, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.

Bagaimanapun katanya, arahan itu tidak melibatkan kandungan klip berkenaan tetapi hanya berkaitan pematuhan oleh pihak penyiar.

"Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan pengumuman khidmat awam tersebut," kata SKMM.

Kenyataan SKMM berkata, adalah menjadi amalan biasa untuk pihaknya mengarahkan penarikan kandungan yang belum diberi kelulusan oleh LPF untuk ditayangkan.

Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.

Misalnya, pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan siaran klip video Undilah, yang bertujan menggalakkan orang mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.

Justeru kepimpinan Bersih 2.0 menggesa SKMM membenarkan agar klip itu — satu bentuk pemakluman awam — terus disiarkan oleh stesen siaran tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara.

Hujung minggu lalu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa bahan terbitan Teo dilarang diterbitkan kerana memaparkan kemunculan beberapa wakil rakyat pembangkang dan mesej Tengku Razaleigh yang menyentuh bahawa Malaysia berhadapan dengan beberapa masalah.

Difahamkan SKMM memberi arahan kepada stesen penyiaran tempatan minggu ini selepas ia mula ke udara sempena sambutan Hari Malaysia.

Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno dan Ketua Pemuda MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang juga Ketua Puteri Umno.

Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Kira-kira empat juta rakyat negara ini yang layak untuk mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Turut disenaraikan ialah pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.


The Malaysian Insider

Klip video: Adun Kota Anggerik lapor polis

Posted: 29 Sep 2011 01:44 AM PDT



PETALING JAYA: Gara-gara sebuah klip video skandal didakwa berlaku di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan (Adun) Kota Anggerik Yaakob Sapari, satu laporan polis dibuat oleh pegawai khas wakil rakyat itu hari ini.


Laporan itu dibuat jam 10.50 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan turut disertai pegawai Pusat Khidmat terbabit dan anggota Angkatan Muda Keadilan Shah Alam.

Pegawai Khas Adun Kota Anggerik, Rezwan Alias ketika dihubungi FMT berkata beliau menyangkal tuduhan sebuah blog pro-Umno yang didakwa cuba mencemar reputasi wakil rakyat terbabit dengan memaparkan klip video tersebut.

Menurut Rezwan, beliau menafikan dakwaan jurublog itu bahawa staf pusat khidmat itu terbabit dalam klip video berkenaan.

"Kita menyangkal dakwaan entri blog terbabit bahawa staf pusat khidmat Kota Anggerik terlibat dalam video itu. Kita sangkal memandangkan dekorasi dalaman tidak sama seperti yang dipaparkan dalam video tersebut.

"Maka kami minta agar polis segera mengambil tindakan wajar ke atas jurublog itu kerana ia dilihat satu strategi untuk menjatuhkan kredibiliti Yaakob Sapari secara tidak langsung," katanya kepada FMT.

Katanya, terdapat tiga staf yang bekerja dalam pusat khidmat terbabit iaitu seorang wanita manakala dua lagi lelaki.

Klip video bertarikh 19 September itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri 'Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam'(medan-info-kita.blogspot.com)

Kelmarin, Yaakob Sapari turut menafikan pendedahan yang dibuat blog berkenaan sambil menyifatkan ia cubaan untuk memburukkan imej beliau dan para stafnya - Free Malaysia Today


Video sila lihat di (SINI)

Tarikh-tarikh PRU13 dari Nujum-nujum Politik.

Posted: 28 Sep 2011 09:51 PM PDT

Ketika arena politik negara semakin dilanda wabak demam pilihan raya yang tidak berapa lama sahaja lagi, bermacam ramalan yang dapat kita dengar dan baca di sana sini.

Ramalan-ramalan politik ini tentunya datang dari ahli-ahli nujum politik negara yang datangnya dari pelbagai medium termasuklah medium internet, media cetak, cofee house hotel yang berbintang-bintang hinggalah ke kedai kopi di bawah pokok.


Walaupun ada juga ahli-ahli nujum politik negara ini hanya menjampi mangkuk ajaib atau bebola kristal mereka di kedai-kedai kopi, tetapi bacaan politik sesetengah mereka ini tidak boleh diperlekeh begitu sahaja kerana bacaan politik mereka ini juga tidak kurang menariknya.

Biar pun ada sesetengah ramalan sedikit merapu, nakal dan bersifat propaganda, tetapi banyak juga yang mampu memberi hujah-hujah dengan baik bersandarkan fakta-fakta yang menarik untuk difikirkan.

Dari mangkuk ajaib dan bebola kristal ahli-ahli nujum yang datang dari pelbagai medium ini, bermacam ramalan dapat dilihat, seperti siapakah calon parti tertentu, siapa tikam belakang siapa, siapa bakal menang dan yang paling popular ketika ini ialah bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan diadakan.

Dalam banyak-banyak tilikan yang meramalkan tarikh sebenar PRU 13 akan diadakan, terdapat beberapa tarikh yang begitu hangat disebut-sebut oleh ahli-ahli nujum politik negara ini.

11 Februari 2012

Minggu lalu, sebuah akhbar harian turut tidak ketinggalan meramalkan tarikh PRU 13 dengan tajuk utama muka hadapannya yang meramal PRU 13 akan diadakan pada 11 Februari 2012.

Dalam liputan khas PRU 13 dengan empat muka penuh itu, ianya bolehlah dianggap satu analisa yang menarik dengan pembentangan faktanya yang begitu teliti.

Cuma yang tidak dikaitkan dalam analisa tersebut ialah perbicaraan kes liwat 2 yang sedang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap oleh sesetengah ahli nujum lain sebagai salah satu faktor yang mungkin berada dalam perhitungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Persoalan yang mungkin sesuai untuk diperhitungkan tentunya seperti bilakah perbicaraan kes liwat 2 itu selesai, adakah Anwar akan didapati bersalah, jika mahkamah mendapati beliau bersalah apa pula hukumannya nanti yang sudah tentulah bukan denda ketuk ketampi.

Silap-silap hari bulan, jawapan-jawapan dari persoalan-persoalan itu tadi boleh menyebabkan Anwar hilang kelayakkan untuk bertanding dalam PRU 13 nanti.

Apa pun yang pastinya, kes liwat 2 itu memang banyak memberikan kelebihan kepada Najib dalam usaha untuk memadamkan impian Anwar untuk bergelar PM Malaysia.

Malah bukan itu sahaja, sekiranya Anwar hilang kelayakan bertanding gara-gara keputusan mahkamah nanti, kubu kuat Anwar di Permatang Pauh dengan sendirinya menjadi kucar-kacir untuk memilih calon sesuai dalam PRU 13 kelak.

Harus diingat, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika ini masih jauh untuk menghabiskan tempoh 'edah' setelah hilang kelayakan untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya di negara ini ekoran tindakan meletakkan jawatan sebagai YB di parlimen yang sama pada 2008.

PAS ramal 11 November 2011

Selain akhbar harian tersebut yang menjangkakan 11 Februari 2012, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut juga memberitahu PAS telah menyasarkan tarikh 11 November 2011 sebagai tarikh pilihan raya diadakan.

Kata beliau, bajet yang bakal dibentangkan pada 7 Oktober nanti merupakan bajet pilihan raya untuk mengambil hati rakyat agar memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, tarikh lain yang juga sedang hangat diperkatakan ialah pada 11 Oktober tahun ini iaitu empat hari selepas pembentangan Bajet 2012.

Namun ramalan 11 Oktober nampaknya hampir tidak menjadi kenyataan apabila hanya tinggal seminggu lebih sahaja lagi dari sekarang sebelum menjelangnya tarikh yang diramalkan itu sedangkan hingga hari ini Parlimen masih belum dibubarkan.

Ditambah pula dengan faktor pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober nanti dan perbahasan sebelum bajet boleh diluluskan yang pastinya memakan masa yang panjang.

Membubarkan parlimen sebelum undian meluluskan bajet di parlimen dijalankan dan persidangan yang hanya selesai pada awal Disember nanti akan banyak mencetuskan kontroversi dari segi perlembagaan.

Seperti kata Profesor Dr Aziz Bari, silap-silap hari bulan Bajet 2012 jadi bajet tidak sah dan terpaksa dibentangkan semula.

Kalau Najib masih bernasib baik, dapatlah sekali lagi beliau membentangkan bajet dan kalau tidak bernasib baik, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pun pihak yang sekarang ini berada di blok yang bertentangan pula membentangkan Bajet 2012.

Najib sendiri tentulah tidak mahu dilihat sebagai PM paling kurang cerdik apabila membuat keputusan tidak bijak dalam memilih masa paling sesuai untuk membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya.

Angka 11

Ramalan-ramalan ahli-ahli nujum politik negara menjadi semakin menarik apabila masing-masing cuba mengaitkan ramalan mereka dengan angka 11 apabila Najib memberitahu DJ sebuah stesyen radio bahawa angka itu begitu dekat dengan dirinya.

Sekiranya Najib sememangnya mempunyai tahap obses yang begitu tinggi dengan angka tersebut, maka bacaan mudah boleh dibuat dengan mengandaikan tarikh 11 November 2011 (11/11/11) sebagai pertaruhannya.

Namun ianya tidaklah semudah itu untuk membaca perhitungan politik dalam fikiran Najib hinggalah ke saat ini.

Sudah tentunya Najib tidak akan meletakkan angka tersebut sebagai antara kriteria utama dalam mencaturkan masa depan politik beliau dan parti yang diterajuinya.

Kalaupun betul Najib memilih tarikh 11 haribulan untuk mengadakan PRU 13, sudah semestinya ada perhitungan lain yang menjadi keutamaan Najib ketika memilih tarikh itu berbanding faktor angka 11 itu sendiri.

Sekali lagi, Najib tentulah tidak mahu dilihat sebagai PM paling kurang cerdik untuk memilih tarikh sesuai untuk membubarkan parlimen bagi mengadakan pilihan raya.

Mac 2012 – Tony Pua

Bagi Ketua Publisiti DAP, Tony Pua pula meramalkan PRU 13 bakal diadakan dalam tempoh kurang enam bulan dengan menyasarkan sekitar Mac 2012.

Manakala dalam sembang kedai kopi sedikit masa dahulu, seorang ahli nujum politik negara yang pernah berkhidmat sebagai pengiring khas kepada seorang kenamaan politik di Sarawak pernah memberitahu PRU 13 akan diadakan pada 15 November tahun ini.

Bagaimanapun gambaran dalam mangkuk ajaibnya tidaklah begitu jelas dek riak-riak air di dalamnya dan kerana itu beliau tidak dapat memberi hujah bagi menyokong kenyataannya melainkan memberitahu tarikh itu diperolehi daripada ahli politik yang beliau sendiri iringi itu.

Pada Jun lalu pula, politik negara tiba-tiba menjadi riuh apabila ada ahli nujum politik negara yang meramalkan PRU 13 bakal diadakan pada bulan berikutnya iaitu Julai lalu apabila Umno sibuk mengadakan simulasi pilihan raya.

Namun ramalan tersebut turut tidak menjadi kenyataan apabila tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah ke penghujung bulan itu.

Ramalan nakal

Ada juga ramalan yang tampak nakal tetapi mencuit hati apabila 'menyedarkan hakikat sebenarnya,' Najib sendiri juga sama seperti ahli-ahli nujum politik negara yang lain, masih terteka-teka bila agaknya isterinya mahukan parlimen dibubarkan.

Ramalan lain yang tidak kurang juga nakalnya apabila meramalkan Datin Seri Rosmah Mansor bakal diturunkan sebagai calon 'heavy weight' bagi BN walaupun tidaklah mustahil, untuk melanggar dan melenyek-lenyek Pakatan Rakyat.

Begitulah 'istimewanya' negara kita berbanding negara lain apabila rakyatnya khusus bagi pemain-pemain politiknya, berseronok merasai debaran dengan penuh suspen untuk mendapatkan ramalan terbaik daripada ahli-ahli nujum politik negara.

Berbanding di kebanyakkan negara-negara lain, tarikh pilihan raya telah pun diumumkan berbulan-bulan lebih awal sekaligus menghilangkan unsur suspen dan 'thrill' seperti mana kita di sini.


Free Malaysia Today

Hudud : TG Nik Aziz tak kecewa.. Pencacai UMNO yang kecewa..

Posted: 28 Sep 2011 08:10 PM PDT

"Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah.

Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat2 kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan apatah lagi kerana ia tidak menyentuh non muslim. Tinggal lagi sekarang, kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO yang masih menghalang hasrat kami "- Tuan Guru nik Aziz..


KUALA LUMPUR, 29 Sept — Sementara Pakatan Rakyat malam tadi memutuskan pihaknya memerlukan konsensus dalam isu hukum hudud, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meneruskan usahanya meyakinkan bukan Islam dengan memberi jaminan undang-undang itu akan dilaksanakan dengan "telus" dan hanya membabitkan Kelantan buat masa sekarang.

Dalam mesej terbaru disiarkan menerusi laman sosial Facebook awal pagi ini, Nik Aziz berkata, beliau mahu memahami kebimbangan bukan Islam dengan jelas dan menyediakan sebanyak maklumat yang boleh demi menjelaskan kerisauan mereka.

"Saudara-saudari bukan Islam, boleh saya tahu bahagian mana hukum hudud yang menakutkan anda?" kata beliau dalam mesej yang disampaikan kira-kira lima jam selepas kepimpinan Pakatan Rakyat mengumumkan pendirian mereka di Kuala Lumpur.

"Saya berharap anda tidak takut dengan hudud hanya disebabkan salah faham, salah persepsi atau disebabkan anda tidak tahu atau tidak pasti," kata beliau lagi.

Mursyidul Am PAS ini menulis lagi, "saya memberi jaminan bahawa pelaksanaan hudud adalah telus kepada bukan Islam dan hanya terlebih dahulu dilaksanakan di Kelantan."

Oleh itu tambah beliau, "sila berikan maklum balas."

"Dan, saya mahu memahami kebimbangan anda dengan jelas dan menyediakan sebanyak jawapan yang boleh untuk mengatasi kebimbangan anda," kata beliau lagi.

Mesej seumpama itu merupakan yang keempat dalam tempoh seminggu ini.

Dalam mesej semalam, Nik Aziz memberi "jaminan" undang-undang hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Katanya, undang-undang itu yang diusahakan sejak 17 tahun lalu untuk dilaksanakan di Kelantan hanya meliputi masyarakat Islam.

Pada 24 September lalu, Nik Aziz meminta bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan berusaha untuk melaksanakan undang-undang ini sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994 ketika pentadbiran Dr Mahathir.

Isu itu berkembang semula sebagai kontroversi minggu lalu Nik Aziz menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Sebelum ini Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan satu kenyataan minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia tidak dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Minggu lalu, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Malam tadi, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud, yang muncul kembali sebagai isu 'panas' minggu lalu, tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.

"Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan itu.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.

Bagaimanapun dalam mesej pagi ini, Nik Aziz tidak menyentuh keputusan kepimpinan Pakatan Rakyat malam tadi.


The Malaysian Insider

Hudud : Pakatan tak pecah, UMNO kena cari isu lain.. (Video Inside)

Posted: 28 Sep 2011 06:06 PM PDT

Video sidang media diakhir entry..



KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud yang muncul kembali sebagai isu 'panas' minggu lalu tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.

"Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan itu.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.

"Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

"Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah," kata mereka.

Selain itu, kata mereka, mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

"PKR dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini," kata pemimpin itu.

Dalam kenyataan itu mereka menambah, mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa "kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat."

"Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini," kata mereka.

"Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip keadilan sejagat, pentadbiran yang baik, kebertanggungjawaban, ketelusan, kompetensi bagi mencapai kemaslahatan umum untuk semua rakyat," kata ketiga-tiga pemimpin kanan ini.

Minggu lalu, Anwar menyokong pelaksanaan hudud yang dihasratkan oleh kerajaan negeri Kelantan ketika PAS dan DAP bertembung dalam isu ini.

Hampir 30 pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan lebih tiga jam malam tadi untuk menyelesaikan perbezaan pendirian parti-parti dalam perikatan itu.

Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi ini.

Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

Khamis lalu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 berkata, beliau lebih rela jika DAP mahu keluar Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Sehari selepas kenyataan Karpal itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula memberi kata dua bahawa keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.

Nik Aziz bertegas hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti "budak-budak kecil takutkan hantu" sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

"DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam," katanya yang turut berpendirian bahawa hukum hudud akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Isnin lalu, komponen Pakatan Rakyat sebulat suara mencapai kata sepakat untuk mengarahkan agar kesemua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga satu mesyuarat, yang diadakan semalam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Pakatan Rakyat akan membenarkan ahli-ahlinya memberi pandangan masing-masing tetapi tidak akan menjadi sebahagian daripada rangka kerja mereka tanpa konsensus daripada semua pihak.

"Mengapa harus PAS dinafikan hak untuk memberikan pandangan mereka? Kita tidak boleh menafikan hak mana-mana parti untuk membawa sebarang pandangan.

"Pakatan Rakyat menghormati inisiatif dan aspirasi PAS, tetapi kita mesti mencapai satu konsensus," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

Katanya, enakmen berkaitan dengan hudud telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu pimpinan PAS pada 1993 dan 2003 sebelum Pakatan Rakyat dibentuk.- The Malaysian Insider

Selamatkan Melayu Bagan dari UMNO Bagan!!

Posted: 28 Sep 2011 09:29 AM PDT

Bagi yang tak tahu apa itu Bagan.. Bagan adalah nama yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk Butterworth yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Maaf ya artikel ini sedikit racist.. tujuan aku siarkan disini adalah untuk menunjukkan belang sebenar Pemimpin yang kononnya membela Melayu.. hakikatnya adalah sebaliknya..


Oleh PaksuBagan

Wahai orang-orang MELAYU BAGAN....

Sesungguhnya hari ini keadaan kita org Melayu di Bagan dihimpit dgn pelbagai masalah dan kepayahan di sebalik pembangunan yg langsung tidak menyebelahi org Melayu di Bagan ini.

Disebalik itu sebenarnya tersimpan satu kisah dimana para pemimpin-pemimpin kita yg bercakap soal pembelaan dan hak org Melayu rupanya gunting dalam lipatan...


Mereka menyalak disana sini bahawa mereka akan menjadi penyelamat kpd org melayu dlm Bagan akan tetapi pd hakikatnya merekalah yg sebenarnya yg menjadi PENGKHIANAT kepada orang Melayu Bagan...

Lihat apa yg terjadi kepada org melayu di Kampong Perlis,org Melayu di Mak Mandin,org Melayu di Kampong Gajah..dan yg terbaru di Jalan Mengkuang... sampaikan tanah wakaf pun mereka dah berani nak rampas utk buat kekayaan...

Sampai bila kita harus kiam tangan melihat semua hak kita di rampas dan di tipu oleh pengkhianat pengkhianat ini???

BANGKITLAH....BANGUNLAH..... WAHAI ORG MELAYU BAGAN...MARILAH KITA SAMA-SAMA TENTANG PENGKHIANAT INI..JGN BIARKAN LAGI MEREKA BERMAHARAJALELA...




KEMPEN SELAMATKAN MELAYU BAGAN

Menyedari dan menginsafi kedudukan penduduk Melayu di dlm kawasan Bagan yg kini hidup dlm keadaan tertekan dek kerana sikap hipokrit para pemimpin Melayu Bagan... pemimpin Melayu Bagan yg ada pd hari ini kebanyakannya bersikap talam dua muka,pandai menabur janji pd benda yg tiada dan mengambil kesempatan utk mengaut kekayaan atas permasalahan yg timbul membabitkan org-org Melayu..

Apabila sesuatu permasalahan yg timbul membabitkan org-org Melayu Bagan dan permasalahan itu akan dpt memberikan keuntungan kpd pihak mereka akan muncullah hero-hero di kalangan mereka utk membantu kononnnya hanya mereka lah yg dpt membantu bg mengatasi masalah tersebut.

Padahal disebaliknya itulah caranya utk mereka mengaut keuntungan dari kesusahan yg diterima oleh org-org melayu seperti contoh:

PROJEK BORR

Syarikat ETIKA GEMILANG mendapat sebyk 30 peratus pegangan saham drpd RM 440 juta dari nilai projek. Syarikat milik Dato Norhaidi Che Dan(Timbalan Ketua UMNO bhg Bagan).Akan tetapi yg sbnrnya beliau adalah proksi kpd Dato Abdul Latiff Mirasaa(Ketua UMNO Bhg Bagan)

Pada hari ini mereka beralih pula kpd projek PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI JALAN MENGKUANG.Sepatutnya mereka menjadi pembela kpd nasib penduduk ditanah wakaf tersebut tapi sebaliknya yg terjadi.Mereka bertindak seperti pemaju dgn menghantar konco-konconya utk menekan penduduk berkenaan agar menerima cadangan pembangunan yg masih lagi tiada hitam putih pun dari Majlis Agama Islam.

Kalau tiada niat yg tersembunyi masakan mereka dgn gelojohnya menghasut penduduk di tanah Wakaf tersebut agar segera mengambil tawaran tersebut.

Itu adalah sebahagian contoh sikap pemimpin yg mengaku hendak membela nasib org Melayu Bagan.tetapi sbnrnya mereka cuba menangguk di air yg keruh hendak buat kekayaan disebalik kesusahan org Melayu Bagan.

Sikap pemimpin berkenaan amat bertentangan sekali dgn aspirasi yg diperjuangkan oleh YAB Perdana Menteri kita iaitu RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Sikap pemimpin beginilah yg akan menghancurkan masa depan anak cucu kami di masa hadapan.Pemimpin begini layak digelar PENGKHIANAT dan seharusnya disingkirkan dari terus bermaharajalela.

maka dengan itu....kami PEKIDA KAMPUNG BARU BAGAN DALAM bersama UMNO CAWANGAN KG BARU KUALA PERAI mengambil tanggungjawab melancarkan satu KEMPEN SELAMATKAN MELAYU BAGAN bagi mendapatkan tandatangan seluruh org-org Melayu di Bagan yg teraniaya angkara kerakusan dan ketamakan pemimpin-pemimpin berkenaan.

Sudah sampai masanya org Melayu Bagan bangun utk menentang pemimpin yg KHIANAT terhadap perjuangan bangsa sendiri.Kami amat sayangkan keikhlasan yg dibawa oleh YAB Perdana Menteri kita dalam memperjuangkan wadah org Melayu.

Kami tak mahu PENGKHIANAT BANGSA berkenaan merosakan nama YAB Perdana Menteri yg amat kami sayangi..

Tandatangan yg akan kami kumpul nanti akan diserah kan bersama satu memorundum kepada YAB Perdana Menteri utk diambil tindakan dan membantu org-org melayu Bagan yg kiaN terpinggir angkara sikap KHIANAT pemimpin yg berkenaan

sekian terima kasih..

Sumbernya dari SINI

Tiada ulasan: