PERAKITE |
Guan Eng tak cakappun mengenai Johor Posted: 26 Sep 2011 11:41 PM PDT Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berbohong berasaskan transkrip wawancara radio Penyiaran Australia (ABC) konon Lim Guan Eng mengulas mengenai isu keselamatan di Johor. Berasaskan (disediakan Pejabat Ketua Menteri itu) transkrip rasmi temubual oleh wartawan ABC, Cameron Wilson bagi program ehwal semasa Connect Asia, ia sama sekali menyangkal tuduhan Muhyiddin yang mengkritik Lim (laporan 23 Sept lalu) di bawah laporan "LimGuan Eng tidak sepatutnya sabotaj negeri lain - Muhyiddin". Transkrip itu dihantar bersama-sama surat tuntutan maaf dari Bernama. "Semasa wawancara itu, Lim tidak menyebut mengenai Johor. Lim membincangkan tentang perjanjian pemohon suaka, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengenai Pulau Pinang. "Beliau tidak pernah menyebut Johor atau membuat sebarang rujukan mengenai keadaan di negeri-negeri lain di Malaysia semasa temuduga dengan Radio Australia," kata setiausaha akhbar Lim, Wong Kim Fei. Dalam surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong, Wong berkata artikel agensi berita nasional itu adalah 'berita palsu, dusta dan penuh dengan pembohongan' sehingga menyebabkan Lim dibidas oleh pemimpin Umno. Pada artikel 23 September lalu, Lim didakwa oleh agensi berita nasional itu sebagai berkata bahawa Johor adalah sebuah negeri yang tidak selamat berbanding Pulau Pinang dan kemungkinan seseorang diculik adalah tinggi. Oleh itu, Lim menuntut permohonan maaf tanpa syarat dan sekiranya Bernama gagal berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang. Radio Australia adalah milik Australian Broadcasting Corporation dan menyiarkan perkhidmatan dalam talian serta radio antarabangsa yang disiarkan dalam lapan bahasa dengan tumpuan khususnya di Asia dan Pasifik. |
Isu Hudud: Umno sekadar terus berusaha memecah belah Pakatan Rakyat Posted: 26 Sep 2011 11:33 PM PDT Umno terus berusaha memecahbelahkan ikatan PAS,PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dan setelah kesemua usaha gagal, isu Hudud pula cuba diketengahkan yang ternyata menguji kewibawaan pimpinannya. Isu pelaksanaan hukum Hudud bukan perkata baru, itulah yang cuba dilaksanakan oleh PAS tetapi ditentang keras oleh Umno sejak mula dan selama-lamanya. Umno tersilap langkah lagi kerana bukan hanya kebijasanaan pimpinan dalam Pakatan Rakyat yang cepat bertindak dan mengelakkan pimpinannya melatah dengan membuat kenyataan semborono, malahan rakan2 Umno, khususnya MCA dan Gerakan turut menolak pendirian Umno. Umno sebenarnya sekali lagi tewas, walaupun media perdana miliknya secara terang-terangan berusaha memanipulasikan isu itu, namun kenyataan PM DS Najib bahawa Umno tidak akan melaksanakannya sekaliguas menunjukkan sandiawara sedang dijalankan. Umno sekadar menjentik Pakatan Rakyat, dan tindakan Pakatan mengelakkan pemimpinnya membuat kenyataan sehingga pertemuan 28 September ini adalah tersangat molek. Umno akan kehabisan peluru selepas isu Hudud yang cuba digambarkan sebagai kejam dan tidak patut dilaksanakan ini ditangani dengan bijaksana oleh Pakatan. DAP, PKR dan PAS sepakat mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama dibuat esok. Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke. Mustafa juga mendakwa isu hudud ditimbulkan Umno dan BN sebagai strategi mencari jalan supaya parti gabungan Pakatan berselisih faham. "Kita tidak boleh ikut agenda dia (BN). Kita ada agenda kita. Jadi tidak berbangkit bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah. Tidak berbangkit sama sekali," katanya. Sementara itu, Saifuddin bersetuju dengan kenyataan Mustafa bahawa isu tersebut bertujuan memporak peranda dan menimbulkan syak wasangka sesama gabungan Pakatan. "Kalau itu niat Umno dan BN, hajat mereka tidak kan kesampaian. Kerjasama kita jauh lebih utuh dan mantap... (Ia akan) dibincangkan dengan telus, terbuka dan bertanggungjawab. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan