PENYAPU SIAL |
Posted: 27 Sep 2011 05:46 AM PDT Pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal dakwa dipukul polis JITRA: Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat sini, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu. Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ. "Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut. "Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab. "Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul. Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya. "Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu. "Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya. - BERNAMA
penyapu sial Mentang-mentang ada kuasa, ada pistol, ada gari - maka boleh berbuat sesuka hati. Sebelum ini sudah ada berita polis merompak, polis membunuh, polis lakukan jenayah. Polis kini seumpama penjenayah yang dilindungi undang-undang, samseng yang berlesen. Persepsi negatif rakyat terhadap polis akan terus ada selagi pembersihan total tidak dilakukan oleh kerajaan terhadap PDRM. Pangkat dan gaji mereka sentiasa dinaikkan tetapi lansung tidak membantu menaiktarafkan professionalime mereka.Tindakan polis sendiri yang menyebabkan mereka dibenci oleh rakyat. Inilah hasil daripada slogan "Kepimpinan Melalui Teladan" |
PERKOSA mula tunjuk kote tak bersunat tak bertempat... Posted: 27 Sep 2011 05:34 AM PDT Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini, PERKASA mula menunjukkan kejantanan bacul mereka dengan menganggu ceramah Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Sambutan Aidilfitri dan ceramah Timbalan Presiden malam kelmarin, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, . Lebih kurang 100 ekor budak-budak PERKOSA berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah. Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang". Kononnya mereka mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu, tetapi ianya dihalang oleh para penyokong PAS. Mengapa di situ memorandum mahu diserahkan? Bukankah itu merupakan satu tindakan provokasi dan mengapa pihak berkuasa gagal bertindak pantas? Bayangkan jika ini berlaku kepada Najib, sudah tentu ada tangkapan awal dibuat. PERKOSA jangan ingat kami di dalam PR takut untuk berdepan dengan mereka. Kalau kami boleh berdepan dengan ratusan atau ribuan FRU dengan berbagai senjata, usahlah PERKOSA cuba untuk bermain api dengan PAS atau PR. Kami di dalam PR cuba sedaya upaya untuk mematuhi peraturan dan undang-undang tetapi jika PERKOSA hadir untuk memaksa kami melanggar undang-undang, kami juga bersedia untuk melayan kamu. Beberapa hari yang lepas, ceramah Ketua Umum DS Anwar juga diganggu oleh beberapa ekor pemuda diketuai oleh kepala beruk Lokman Adam. Ceramah juga terganggu dengan `black out' secara tiba-tiba. Ini lah kerja kumpulan bacul dan dayus yang mendapat sokongan dari pemimpin yang bacul dan dayus. Mereka takut untuk berdepan melalui debat, tetapi mahu tunjuk berani dengan cara kotor sebegitu. Kepada penyokong-penyokong PR terutamanya PAS dan PKR yang seringkali pemimpin mereka diganggu, kita harus belajar dari peristiwa ini. Persiapkan para petugas kita untuk menghadapi segala kemungkinan. Jelas, tumpuan mereka ini hanya kepada DS Anwar dan Mat Sabu. Justeru itu, persediaan mesti ada jika kita menganjurkan ceramah bagi kedua-dua tokoh ini. Sekiranya berlaku apa-apa terhadap tetamu yang memberi ceramah terutamanya pemimpin utama kita, pihak Penganjur dianggap gagal memastikan keselamatan mereka. Kita tidak harus bergantung sangat kepada pihak Polis kerana kita sudah tahu apa yang akan dibuat oleh Polis jika berlaku sesuatu |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan