Selasa, 27 September 2011

Addin

Addin


Rupa-Rupanya Jutawan Kontroversi Ini, Kawan Baik Rosmah Mansor

Posted: 27 Sep 2011 09:19 AM PDT

Jho Low bersama Paris Hilton
"Rosmah (Mansor) bukan mak angkat saya. Beliau adalah kawan baik saya," demikianlah tafsiran yang diberikan jutawan kontroversi, Jho Low kepada akhbar Cina Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, Najib Razak. Datin Seri Rosmah Mansor adalah isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Jho Low menjadi kontroversi apabila dilihat bersama dengan artis, Paris Hilton dalam keadaan artis itu berbogel di sebuah kapal mewah. Beliau juga terlibat dalam kontroversi dengan parti-parti bersama artis terkenal di seluruh dunia.

Beliau dikatakan juga terlibat dengan pembangunan semula tapak lapangan terbang TUDM, Sungai Besi. Jho Low menjelaskan, "Anak Rosmah (Mansor) adalah rakan saya ketika menuntut di Britain. Saya mengenali anak Perdana Menteri dahulu, sebelum saya mengenali Perdana Menteri." "Saya memperkenalkan ramai pelabur kepada Malaysia, justeru itu saya sering bertemu dengan PM," kata Jho Low sebagaimana yang dilaporkan Merdeka Review.

Malah, Jho Low mendakwa dirinya mengenali ramai "putera" di negara yang berlainan, termasuk Abu Dhabi, Kuwait, Saudi Arab dan sebagainya. Oleh itu, Jho Low berkata dirinya mampu membawa ramai pelabur dari Timur Tengah ke Malaysia. Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, Pulau Pinang pada 25 September 2011. Laporan ini disiarkan Kwong Wah Yit Poh pada 26 September, pada muka surat A5.

Sebelum ini, Jho Low dikatakan sebagai kenalan rapat dengan anak Perdana Menteri Najib Razak, lantas mencungkil keraguan orang ramai sama ada Jho Low berperanan sebagai proksi, berikutan kemampuan graduan Wharton Business School ini dalam mengumpul kekayaan pada umur 20-an tahun. Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres Nasional AMK yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bahru, pada 28 Mei 2010, memetik laporan New York Post pada tahun 2009, yang diulas kemudiannya oleh tabloid tempatan Malay Mail, bahawa seorang pemuda bernama Taek Jho Low membelanjakan USD50 ribu hingga 60 ribu, atau RM170 ribu ke RM205 ribu setiap hari.

Malah, Shamsul Iskandar ketika itu mendesak agar PM menjawab, dan mengesahkan sama ada tuduhan bahawa Jho Low mendapat kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi yang bernilai kira-kira RM500 juta, dan memainkan peranan sebagai penasihat di sebalik Terengganu Investment Authority yang mengurus dana royalti minyak itu benar atau tidak./mr


Profesor Kangkung Kena Booo..

Posted: 27 Sep 2011 04:44 AM PDT

Sejarahwan Profesor Datuk Ramlah Adam berkata, beliau mengakui sumbangan golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan tetapi ia tidak sehebat sumbangan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman."Kita tidak nafi Burhanuddin Helmy pejuang kemerdekaan. (Ahmad) Boestamam, Zaba, Ibrahim Yaacob… Kita tidak pernah nafi. "Tetapi perjuangannya tidak begitu hebat macam Tunku," kata Ramlah yang disambut jeritan "boo" daripada sebahagian penonton yang hadir dalam forum "Wajarkah sejarah ditulis semula?" di Shah Alam hari ini. 

Kira-kira 500 hadir dalam forum anjuran Sinar Harian, rata-ratanya penyokong Pakatan Rakyat — yang menjadikan majlis itu terganggu dengan sorakan dan laungan boo kepada ahli panel yang tidak digemari mereka. "Pendapat kamu benar tapi pendapat aku belum tentu salah," jelas Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution pada satu program Wacana 'Merdeka Wajarkah Sejarah Ditulis Semula' anjuran Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini. Saifuddin yang menjadi panel ketiga menjelaskan sejarah negara ini tidak salah kalau dinilai ataupun ditelitikan kembali kerana itu adalah hak yang perlu diutamakan dalam memenuhi pendapat individu.

"Sejarah menjadi isu yang agak panas pada masa kini dan pelbagai isu timbul dari Mat Indera sehinggalah pada satu tahap kenyataan yang mengatakan negara ini tidak pernah dijajah, tapi apa yang ingin saya nyatakan adalah tidak salah kita menilai jika ada pendapat baru dan bukan masa untuk kita mencari siapa hero.

"Kita melihat di Filipina yang sekarang ini juga sedang hangat dengan soal sejarah disana dan pelbagai pihak mengeluarkan pendapatnya sendiri dan ini lah negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan untuk menyatakan pendapat. "Apa yang saya sentuh ini adalah negara Filipina bebas untuk rakyatnya persoalkan kemerdekaan tetapi di negara kita sebaliknya mereka yang berkata-kata dengan pendapat sejarah baru ditangkap serta didakwa di mahkamah," jelasnya.

Tambahnya lagi, apa jua pendapat yang dinyatakan oleh setiap individu ia tidak boleh dikatakan salah kerana tentu ada bukti-bukti terbaru yang ditemuinya dan sepatutnya kerajaan menilainya terlebih dahulu bagi mengetahui kesahihannya. "Sejarah perlu dilihat dari pelbagai sudut dan bukannya hanya tertumpu kepada satu arah sahaja. Mungkin terdapat bukti-bukti terbaru dan dalam keadaan ini kebenaran sejarah perlu kita pertahankan kebenaran walaupun baru ditemui sehingga menimbulkan pertikaian. "Betul yang mengatakan orang terakhir dalam perjuangan akan diraikan dan keadaan ini seumpama dalam perlumbaan larian yang mana peserta terakhir akan diraikan apabila menang sedangkan pelari sebelumnya diabaikan.

"Inilah yang berlaku dalam sejarah negara mereka yang memperjuangkan kemerdekaan akan dianggap perjuang sejarah tetapi mereka yang berjuang dari awal sejak zaman Kesultanan Melaka tidak pernah dianggap perjuang kemerdekaan, kenapa ini berlaku dan ia perlu dipersoalkan. "Merungkai cerita Tok Janggut di Kelantan, beliau bukannya pemberontak tetapi beliau hanya memimpin rakyat yang tidak puashati dengan cukai yang dikenakan oleh Inggeris, pemimpin rakyat adakah itu juga dikatakan pemberontak.

"Kita perlu melihat Tok Janggut adalah seorang pembela bukannya pemberontak tetapi tidak pernah ada dalam pelajaran sejarah yang menjelaskan siapa Tok Janggut yang sebenarnya. "Persoalan sedemikian yang timbul ini perlu dikaji semula dan tidak salah untuk kita mengkaji atau reformasikan kembali sejarah negara kalau ada fakta baru," sambung beliau lagi. Saifuddin juga memberitahu sejarah terbit dari tiga faktor iaitu melalui sikap prajudis dan prasangka.

"Tiga faktor membentukkan sejarah iaitu pertama sikap prajudis dan prasangka yang mana ia boleh berlaku kesilapan jika seseorang itu mempunyai niat sedemikian, yang kedua adalah mereka yang membuat kajian hanya mengikut laporan tertentu tanpa usul periksa dan terakhir sekali jahil kepada hakikat peradapan umat manusia. "Kajian baru perlu ada dan sejarah perlu diperbaharui jika fakta yang dikemukakan adalah fakta yang betul," usulnya lagi.

Wacana tersebut turut diserai Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Universiti Malaya Prof Datuk Mohamad Abu Bakar yang dipengerusikan Syed Menawar.


Puteri FLOM Curah Garam Ke Luka Rakyat

Posted: 27 Sep 2011 03:00 AM PDT

Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar)yang gemar bermewahan ketika rakyat bergelut dengan kos sara hidup, ibarat 'mencurah garam ke luka rakyat'.Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan perkara itu ketika menggariskan 10 resolusi, selepas mengadakan rapat kebangsaan NGO itu di Shah Alam Selangor. Justeru itu, SAMM menyeru rakyat menolak ahli politik atau kaum keluarga mereka yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan mengumpul kekayaan.


"Imej Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian. Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat," katanya dalam satu kenyataan. NGO anak muda itu sebelum ini mendedahkan pembelian cincin berharga RM24 juta yang dibeli oleh Rosmah daripada syarikat pengeluar berlian terkenal, Jacob & Co.

Selain cincin berkenaan, SAMM mendakwa Rosmah juga memakai gelang dan jam 'zebra' dari syarikat berkenaan, dianggarkan bernilai RM1.6 juta. Rosmah sebelum ini dilihat gemar berbelanja mewah, termasuk membayar lebih RM100,000 untuk menginap di hotel berprestij, Atlantis di Dubai untuk tempoh semalaman.

Selain itu, antara resolusi yang dicapai SAMM ialah menuntut kerajaan supaya menghapuskan cukai yang membebankan rakyat seperti GST/VAT.Menurut SAMM, adalah satu pembohongan sistem cukai terus kepada pelanggan belum dilaksanakan.

"SAMM menuntut pemerintah segera bertindak membatalkan sistem cukai yang menjerut leher rakyat. Sistem cukai ini memberi ruang selesa kepada korporat dengan mengalihkan cukai kepada peniaga besar kepada rakyat. Berhubung isu sejarah, SAMMberpendirian semua organisasi dan individu yang berjuang melawan penjajah sebelum tarikh merdeka, wajar diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

SAMM dalam resolusinya juga menentang keras pengkhianatan pemerintah terhadap kedaulatan negara yang mengagihkan taraf kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya. "SAMM melihat anak muda harus menjadi pelopor politik nilai. Dalam isu membela hak rakyat dan memberdaya anak muda, SAMM mengajak anak muda agar tidak kompromi, tidak ada istilah kedurjanaan yang harus dihalalkan untuk mencapai matlamat baik," tegasnya.

 

Pembunuh Sebenar Sarbani Di Lindungi?

Posted: 27 Sep 2011 01:58 AM PDT

Keputusan mahkamah koroner bahawa Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed jatuh sendiri dari Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sukar diterima. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas penghakiman Aizatul Akmal Maharani, yang menolak unsur bunuh diri, homisid mahupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian allahyarham. Katanya, kes-kes kematian yang berlaku ketika dalam tahanan SPRM seolah-olah dilindungi punca kematiannya seperti kematian Teoh Beng Hock pada Julai 2009.

"Kes ini tidak ada beza dengan Teoh Beng Hock dan kini seolah-olah setiap kematian yang membabitkan pegawai SPRM seperti dilindungi. Ini kerana kita harus ingat dalam penghujahan peguam, dan keluarga si mati, tidak ada bukti arwah terlibat dalam korupsi," katanya. Menurutnya, tidak ada sebab untuk allahyarham terjun dari bangunan itu, malah beliau mempertikai mengapa sistem litar tertutup CCTV SPRM dipadamkan ketika inkues berjalan.

"Jangan biar rakyat hilang keyakinan dalam sistem kehakiman. Ini merupakan satu hari malang rakyat malaysia kerana kita lihat kesimpulan mudah dibuat iaitu seolah kemalangan di dalam pejabat dan tiada unsur jenayah," kata beliau. Antara penemuan penting inkues itu adalah bahawa sistem litar tertutup CCTV SPRM didapati diganggu dengan 22 jam rakaman termasuk tempoh Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu yang telah dipadamkan.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane 6 April lalu. Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

Kenalan dan ahli-ahli keluarga mendakwa terdapat unsur jenayah dalam kematiannya memandangkan Ahmad Sarbaini seorang pegawai yang bersih dan telah merancang menunaikan fardu haji tahun ini bersama isteri dan ibu bapanya./kd

Misteri Ke Mana Satelit UARS Hilang

Posted: 26 Sep 2011 11:35 PM PDT

CAPE CANAVERAL – Persoalan terpenting yang bermain di fikiran pengkaji bidang angkasa kini ialah ke mana perginya serpihan dan debu daripada Upper Atmosphere Research Satellite – satelit seberat 6 tan yang terhempas ke bumi Jumaat lalu.Ia menjadi satu misteri kini kerana satu bahagian satelit itu pun masih belum ditemui.Sehingga kini, belum ada mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) yang tahu secara tepat di mana serpihan-serpihan itu berada.

Melainkan beberapa laporan seperti suri rumah mendakwa serpihan satelit jatuh di belakang rumah dan sebagainya, tidak diketahui ke mana perginya serpihan-serpihan berkenaan secara tepat. NASA berkata, mereka mempercayai yang serpihan tersebut jatuh ke dalam Lautan Pasifik, tetapi masa kemasukan semula satelit sebesar bas itu dan lokasi tapak serpihan belum ditentukan. "Oleh sebab kami tidak mengetahui di mana sebenarnya poin kemasukan semula, kami tidak tahu di mana tapak serpihan itu mungkin berada," kata Nicholas Johson, Ketua Saintis Serpihan Dalam Orbit di Johnson Space Center milik NASA di Houston.

Malah beliau menambah, "Kita mungkin tidak akan mengetahui." Kenyataan beliau mengambarkan bahawa lokasi serpihan UARS akan kekal misteri dan kemungkinan besar tidak akan ditemui sampai bila-bila. UARS dipercayai terhempas atmosfera antara 11.23 petang pada hari Jumaat dan 1.09 pagi EDT (eastern day time, iaitu masa siang di timur) pada hari Sabtu, NASA berkata.

Semasa ia jatuh ke Bumi, UARS pada awalnya dikesan melalui Pantai Timur Afrika merentasi Lautan Hindi, kemudian Lautan Pasifik merentasi utara Kanada dan utara Lautan Atlantik ke satu poin di barat Afrika. Kebanyakan daripada transit UARS adalah melalui kawasan perairan, dengan beberapa penerbangan merentasi Kanada dan barat Afrika, kata NASA.

Berukuran 35 kaki panjang dan diameter 15 kaki atau sebesar sebuah bas sekolah, UARS memasuki atmosfera bumi tanpa kawalan Jumaat lalu. Kehabisan sepenuhnya bahan bakar pada tahun 2005 menyebabkan UARS tidak dapat dikawal oleh NASA untuk ia dijatuhkan di tempat tertentu secara terancang.

Para sainstis NASA sebelum ini meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa. Setakat ini juga belum ada sebarang laporan serpihan menimpa sesiapa. Satelit itu adalah lebih kecil daripada Stesen Angkasa Mir (seberat 135 tan) yang jatuh ke bumi pada 2001 atau Skylab seberat 100 tan yang terhempas pada 1979.

Stesen Mir jatuh ke Pasifik Selatan manakala Skylab pula jatuh ke Lautan Hindi dan sebahagian daripada serpihannya bertaburan sekitar kawasan Australia Barat. Disebabkan dua pertiga bumi diliputi air, maka serpihan dari angkasa kerap kali akan jatuh ke dalam kawasan berair.

Gara-Gara Facebook, Gadis Bisu Di Perkosa

Posted: 26 Sep 2011 09:02 PM PDT

Dedi (22 thn), Perogol Gadis Bisu
PURWOKERTO - Dedi Sulistiono (22), warga Kelurahan Tanjung,Kecamatan Purwokerto Selatan, Banyumas, Jawa Tengah ditangkap Satuan Reserse Kriminal Polres Banyumas, Sabtu (24/9/2011). Pengangguran beranak satu ini ditangkap karena memerkosa seorang gadis tunawicara, Bunga (19) bukan nama sebenarnya, warga Kembaran. Kanit IV Reskrim Polres Banyumas, Ipda Djunaidi, mengatakan pertemuan korban dengan pelaku dilakukan tidak sengaja. Korban berniat bertemu dengan kenalan barunya yang dikenal lewat jejaring sosial facebook di tepi jalan dekat SMPN 1 Kembaran.

Namun naas, pada saat yang sama, pelaku juga menunggu seseorang perempuan yang baru dikenalnya lewat facebook. "Saya salah bertemu orang. Kebetulan di lokasi ada cewek yang mondar-mandir. Saya datangi dan boncengkan naik motor," kata tersangka Dedi yang beristrikan seorang bidan.

Sebelum melakukan aksi bejatnya, pelaku mengajak korban yang merupakan pelajar sekolah luar biasa (SLB) berkeliling Purwokerto. Pelaku bahkan sempat mampir di sebuah warnet untuk main facebook dan merampas dua HP milik korban. "Saya perkosa korban di bong (kuburan) China," lanjut pelaku yang mengaku hafal lokasi kuburan karena sering bermain di tempat tersebut. Tindakan bejat itu dilakukan Sabtu (10/9) siang sekitar pukul 16.00.

"Korban ditinggalkan begitu saja di lokasi," kata Ipda Djunaidi. Ia menambahkan saat pemerkosaan, sebetulnya ada warga yang mengintip namun dikira orang pacaran. Saat beraksi pelaku diketahui mengenakan helm. Pelaku kemudian ditangkap setelah keluarga korban melapor pada polisi. Saat ini, kasus pemerkosaan sedang ditangani di Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Satreskrim Polres Banyumas./tribunnews
 
 

Hishamuddin Sudah Bersedia Jadi TPM

Posted: 26 Sep 2011 06:00 PM PDT

Perhatian rakyat buat masa ini mungkin terdorong ke arah perlakuan Perdana Menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor tetapi seorang yang mereka kenal rapat sedang berharap untuk menjawat jawatan kedua di dalam Negara. Bukan kepada Najib tetapi kepada pengganti beliau.Hishammuddin Hussein Onn, sepupu najib, adalah orang tersebut. Telah sibuk diperkatakan, Hisham bakal menyandang jawatan nombor 2 kepada Timbalan Perdana Menteri sekarang, Muhyiddin Yassin, yang dijangka akan mengambil alih jawatan daripada Najib. Sama ada Najib suka atau tidak, dia dilihat sebagai tidak relevan dan ura-ura kuat mengatakan beliau harus pergi. 


Hisham sedar akan apa yang sedang berlaku kepada sepupu beliau dan akan membantu sebaik mungkin. Bagaimanapun, mereka sedar bahawa kerjasama mereka tidak dapat membantu Najib. Itulah lumrah politik lubang buaya yang diamalkan dalam Umno.

Keturunan tidak memadai

Hisham, di mana ibunya merupakan kakak kepada ibu Najib, dianggap sebagai orang kuat Umno. Moyang beliau, Dato' Jaffar, adalah Perdana Menteri dibawah pemerintahan Sultan Abu Bakar – moyang kepada pemerintah Johor sekarang. Datuk beliau, Dato' Sir Onn Jaffar menubuhkan Umno, dan bapa beliau, Tun Hussein Onn adalah Perdana Menteri sebelum Tun Mahathir Mohamed.

Beliau pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran, Ketua Pemuda UMNO dan sekarang merupakan Timbalan Presiden UMNO juga Menteri Dalam Negeri. Dengan latar belakang demikian, harapan adalah tinggi terhadap beliau apabila beliau menceburi dunia politik Malaysia. Namun, dengan latar belakang sahaja tidak bermakna seseorang itu sesuai untuk menjawat jawatan awam yang tinggi. Antara kriteria seorang pemimpin ialah bijak dan praktikal.

Hishammuddin pernah membuat keputusan kurang wajar sebelum ini, dan ini menjadi tanda tanya sama ada beliau layak untuk memimpin. Semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2005, Hishammuddin yang merupakan Ketua Pemuda UMNO telah mengangkat keris dan dengan bersahaja menjelaskan ia adalah untuk menaikkan semangat orang Melayu sambil menafikan ianya sebagai simbol ketuanan Melayu.

Muhyiddin Yassin pada ketika itu telah berkata " Walaupun sesetengah pihak agak melampau [tahun ini], ia adalah perkara biasa untuk meluahkan perasaan ketika perhimpunan." Agak menarik kerana mereka sependapat, walaupun pada masa itu. Bagi Muhyiddin, meluahkan perasaan oleh ahli UMNO adalah perkara biasa, kecuali jika seseorang itu adalah Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang telah didakwa dibawah jenayah fitnah awal minggu ini kerana membuat kenyataan bahawa ada pihak lain yang telah berusaha untuk memerdekakan Negara, selain UMNO.

Kerap kurang logik

Ketua Pemuda ketika itu, Khairy Jamaluddin, menegaskan bahawa "walaupun tiada yang menonjol tentang kongres tahun itu dan sentimen yang sama pernah diutarakan sebelum ini, perasaan demikian tidak pernah berkompromi mengenai pemerintahan kerajaan di Negara ini melalui formula perkongsian kuasa BN."

Namun, ahli politik berbangsa Cina tidak yakin. Hishammuddin kemudiannya telah memanggil semua ahli politik bangsa Cina yang berkaitan di dalam Barisan Nasional dan berupaya menjelaskan kenyataan beliau. MCA terus berdiam selepas itu.

Pada 2009, Hishammuddin berjaya mencuri perhatian apabila beliau membela perbuatan penunjuk perasaan ke atas tindakan memindahkan kuil Hindu. 50 orang penunjuk perasaan tersebut telah berarak dengan membawa kepala lembu, haiwan suci bagi penganut Hindu. Klip video protes tersebut dirakam dan telah dimuat turun ke laman web, yang menggerunkan warga Malaysia. Tidak hairanlah protes tersebut telah mandapat kutukan dari semua pihak.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin telah menjemput penunjuk perasaan untuk bermesyuarat dan hasilnya sungguh memeranjatkan. Beliau telah membela tindakan penunjuk perasaan dengan mengemukakan beberapa sebab. Walaupun demonstrasi itu haram kerana tidak mempunyai permit, beliau berkata penunjuk perasaan adalah dalam kumpulan yang kecil.

Lebih memeranjatkan, Hisham telah menyalahkan kerajaan negeri, dengan mengatakan kerajaan negeri telah mengambil keputusan kurang bijak dalam pemindahan kuil Hindu. Mereka sepatutnya dibenarkan peluang bersuara dan insiden yang serupa telah berlaku sebelum ini seperti kepala babi dilempar ke pihak UMNO, katanya.

Hishammuddin terus membingungkan rakyat apabila pada tahun 2011, beliau enggan mengambil tindakan terhadap Utusan kerana menyiarkan tuntutan seorang pemblog bahawa orang-orang Kristian Malaysia dan DAP telah berpakat untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan mereka. Alasan Hishammuddin – ruang perlu diberi kepada Utusan Malaysia kerana melaporkan berita tersebut dalam Malaysia.

Kejutan seterusnya

Semenjak itu, Hisham terus mengambil tindakan yang membingungkan, terutamanya apabila beliau memerangi kempen Bersih 2.0 dan semua perkara berwarna kuning yang mempunyai logo Bersih. Hishammuddin seorang yang bijak, tetapi bukan di dalam politik mahupun polemik. Kebijaksanaan beliau menunjukkan pandangan pertubuhan kini dan bukan polisi sebenar untuk manfaat jangka panjang Negara dan bangsa. Dia akan terus dibayangi orang lain dan mengikut telunjuk tuannya.

Sedang sepupu beliau, Najib Razak berusaha menafikan skandal-skandal yang dilontar terhadapnya, Hishammuddin sekadar berdiam diri – memaklumi bahawa beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri lebih cepat daripada yang dijangkakan jika rancangan Muhyiddin dan Mahathir berjaya.

Menurut pemerhati UMNO, sebaik Najib diturunkankan, Mahathir akan menyokong Hisham sebagai timbalan Muhyiddin. Mahathir masih mempunyai pengaruh ke atas parti yang beliau ketuai selama 22 tahun. Beliau telah memilih Abdullah Badawi sebagai pengganti apabila beliau meletak jawatan. Bahkan, Mahathir juga yang telah memilih timbalan untuk Badawi. Iaitu Najib.

Ketika Badawi diperlukan dan diketepikan, Mahathir juga yang telah menyokong Najib untuk mengambil alih jawatan dan Muhyiddin sebagai timbalan. Sekarang Najib yang tidak produktif, Muhyiddin berpeluang mencuba kerusi yang panas ini, sementara Hisham mengambil alih jawatan nombor 2 dalam Negara. Apabila Muhyiddin bersara, tidak syak lagi Hisham akan berpeluang menjadi Perdana Menteri. Ketika itu, Timbalan Perdana Menteri sudah pastinya Mukhriz, anak bongsu Mahathir Mohamad.

Tiada ulasan: