Sabtu, 24 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Tiada Makna Sekiranya Lapan Tuntutan Bersih Tidak Di Tunai

Posted: 23 Sep 2011 05:58 PM PDT

PETALING JAYA 24 Sept - Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang akan diadakan pada bulan hadapan bagi mereformasikan pilihan raya yang lebih adil dan saksama tidak bermakna sekiranya lapan tuntutan Perhimpunan Bersih 2.0 tidak ditunaikan,kata Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Dr.Subramaniam Pillay (foto). Beliau berkata Perdana Menteri, Najib Razak perlu benar-benar konsisten menyelesaikan segala tuntutan rakyat dalam Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi memastikan matlamat penubuhan PSC tercapai sebelum PRU-13."Apa yang ingin kami perkatakan ialah apabila parlimen telah dibubarkan, dengan itu jawatankuasa parlimen khas perlu menyelesaikan semua cadangan dan tuntutan sebelum pilihan raya akan datang."Jadi sebarang tuntutan dan cadangan daripada rakyat perlu diambilkira sebelum mengadakan pilihan raya, jika tidak ia sia-sia sahaja," katanya pada satu sidang media khas Bersih 2.0. Subramaniam berkata jawatankuasa seliaan parlimen itu yang akan dibentuk Oktober depan sudahpun menerima pelbagai kritikan setelah Najib dilihat seolah-olah tidak serius dalam menambahbaik ketempangan sistem pilihan raya. "Jadi selagi kami prihatin, PSC boleh diteruskan tetapi kerajaan tidak boleh mengadakan pilihan raya sebelum reformasi pilihan raya dilakukan," tegasnya lagi.
[Pada 9 Julai lalu Bersih 2.0 dilancarkan di sekitar ibu negara ekoran perhimpunan Bersih terdahulu yang mahukan satu reformasi pilihan raya yang adil dan pembersihan daftar pengundi masih lagi belum dipenuhi Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR). Antara lapan tuntutan Bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotornDalam sidang media itu, Bersih mengumumkan akan mengadakan kempen baru 'Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13' lanjutan kepada Bersih 2.0 lalu. Kempen tersebut akan diadakan pada 30 September ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor yang akan berlangsung pada jam 8.30 malam].

Tiada ulasan: