Sabtu, 24 September 2011

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Buku mnearik untuk dibaca

Posted: 24 Sep 2011 07:57 AM PDT


Tambah lagi satu koleksi buku saya beli yang belum habis baca. Tadi semasa di kedai buku perhatian saya terus ditarik oleh buku karangan bekas OCPD Baling YM Tuan Tunku Muszaffar Shah bin Tunku Ibrahim berjudul "Memali: A policeman remembers".

Ia mengisahkan pengalaman Tunku semasa persitiwa berdarah Memali di Baling ketika beliau bertugas sebagai Ketua Polis Dewah Baling dan terlibat secara langsung dalam operasi berkenaan.

Membaca sinopsis dan beberapa helai awal buku berkenaan saya yakin ia pasti menarik dan panas.

Tunku adalah adik kepada YBM Senator Tunku Abdul Aziz. Insyallah saya akan kongsi bersama pengunjung blog ini isi buku berkenaan setelah selesai membacanya.

Bagaimana kesudahan hudud di Kelantan?

Posted: 24 Sep 2011 07:39 AM PDT

Isu hukum hudud di Kelantan terus mendapat liputan media khasnya media arus perdana. Sebagaimana biasa di Malaysia ini, orang politik yang paling ramai memberikan ulasan dan k omen.

Isunya isu perlaksanaan undang-undang Islam di sebuah negeri dalam Persekutuan yang telah disokong sebulat suara oleh rakyat negeri berkenaan melalui perwakilan wakil-wakil mereka di Dewan Undangan Negeri. Tetapi kini perlaksanaannya menjadi mainan politik pula. Pimpinan politik dari berbagai aliran dan lapisan masing-masing berebut memberi pandangan.

Yang terlibat secara langsung memberi ulasan yang tak terlibat pun turut menumpang sama. Yang perlu mengulas pun mengulas, yang tak perlu dan patut ikut sahaja di belakang turut ringan mulut menempek sama. Seolah mereka itu penting sangat. Akibatnya isu menjadi semakin kusut lantas rakyat apatah lagi.

Pimpinan politik perlu bijak dalam membuat perhitungan sesungguhnya ini bukan isu politik semata-mata, ini isu tuntutan agama. Jangan kerana berbeza aliran politik maka kita berbalah sedangkan yang mahu dilaksana adalah tuntutan aqidah.

Kelantan sudah menempuh segala proses untuk memungkinkan hukum hudud terlaksana di negeri berkenaan, dan ianya sudah pun lulus dan diperkenan sebagai undang-undang di negeri berkenaan. Kini yang tinggal hanyalah halangan pentadbiran. Kalau di negeri yang lebih 90 peratus penganut Islam pun peraturan Islam seumpama ini tidak dapat dilaksana, maka sampai bila-bila pun ia tidak akan terlaksana di tanahair kita.

Ini bukan isu pegangan atau ideologi politik parti A atau B atau C, ini isu suara rakyat yang telah sebulat suara dari sudut tekniknya menyokong perlaksanaan undang-undang ini di negeri mereka. Cabarannya adakah kita ikhlas dan bersungguh mahu melaksanakannya, atau lebih selesa bermain politi walau dalam bab tuntutan aqidah seumpama ini, entahlah.

Judi siber: benteras betul-betul

Posted: 23 Sep 2011 03:06 AM PDT

Pihak polis mengeluarkan amaran keras akan menggempur kafe siber seluruh Negara yang mnejalankan aktiviti perjudia. Syabas, memang rakyat menunggu-nunggu tindakan keras ini. Berapa ramai anak-anak, suami-suami dan terkadang isteri, kawan dan saudara-mara yang ketagih berjudi di premis ini yang menyamar sebagai kafe siber ini.

Tetapi saya kesal membaca kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara yang mengingatkan pihak PBT agar mengawal pengeluaran lesen premis berkenaan.

Dari sudut prosedur saya rasa kenyataan Timbalan KPN itu tidak berasas. Kerana semua permohonan pusat hiburan termasuklah kafe siber memang diajukan kepada PBT untuk mendapatkan lesen. Namun sebelum memutuskan pengeluaran lesen adalah menjadi amalan PBT mendapatkan komen pihak polis terlebih dahulu samada ada atau tiada halangan.

Jika pihak polis keberatan, keluarkan sahaja larangan "blanket" jangan lagi beri komen bermakna PBT tidak lagi akan keluarkan lesen.

Sebenarnya masalahnya adalah dua, pertama penyalahgunaan lesen. Dalam hal ini pihak PBT sekadar boleh menyita premis, tetapi seringkali samseng yang melanggar undang-undang ini akan membuka kembali premis mereka, samseng bukan berlawan dengan PBT, pihak polis lah ada kuasa menangkap dan menahan mereka.

Keduanya premis yang tidak berlesen, ini lebih besar samseng yang dibelakangnya. Tanpa mengindahkan undang-undang dan peraturan mereka berani beroperasi tanpa lesen. Ini juga tiada kuasa berkesan yang ada pada PBT kecuali polis. Mereka ini penjenayah kerana menganjurkan perjudian, lawan mereka pihak polis.

Kesimpulannya ayuh kita bersungguh membenteras judi siber ini yang merosakkan masyarakat dan jika tidak dibenteras bakal menjahanamkan Negara dan jenerasi mendatang. Pihak polis wajar ke hadapan, rasuah akan menjadi penghalang utama kerana samseng-samseng ini sudah pasti berupaya menyogok, lalu semua pihak perlu berani dan bersungguh bertekad menyelamatkan bangsa dan Negara dari makhluk perosak ini.

Berilah keizinan pada Kelantan

Posted: 22 Sep 2011 07:45 PM PDT


Pagi Jummat ini suka tak suka perhatian kita tertarik oleh satu isu yang hangat dipermainkan di dada-dada akhbar media perdana. The Star umpamanya membawa tajuk: "Hudud feud" manakala Berita Harian pula: "DAP boleh keluar"

Saya tidak berhajat mengulas politik disebalik isu ini, cuma mahu menyentuh isu dasar dan pentadbiran. Yang jelasnya kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) Negeri Kelantan 1993 setelah mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri nya dan perkenan Sultan Kelantan. Enakmen berkenaan telah menggariskan prosedur dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam, sekaligus member laluan kepada perlaksanaan hukum Hudud di negeri berkenaan.

Malangnya ketika itu Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr M) telah member amaran bertulis kepada MB Kelantan melalui suratnya bertarikh 15 Julai 1994, menghalang perlaknsaan hukum berkenaan. Anatara lain beliau menulis:

Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

Kebelakangan ini timbul pula isu kondusif atau tidak dilaksanakan hudu di Kelantan dan MB Kelantan telah pun member respon selaku Ketua Pentadbir Negeri bahawa beliau yakin rakyat Kelantan telah bersedia.

Isunya, boleh tak boleh laksana?

Syukur setelah tiada lagi Tun Dr M sebagai PM, kini "authority" kedua tertinggi dalam Negara iaitu TPM Muhyuddin Yassin telah mengesahkan bahawa Hukum Hudud itu adalah sebahagian dari Islam dan wajib dilaksana. Kata beliau:

Bukan soal hudud diterima atau tidak kerana dalam Islam memang ada Hukum Hudud

Jika dahulu Tun Dr M pertikaikan undang-undang yang digubal oleh kerajaan Kelantan kononnya ia undang-undang PAS (walaupun dari segi faktanya enakmen itu dilulus oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan yang anggotanya termasuk wakil Umno-BN) kini tiada lagi dipolitkkan isu hudud. Semua setuju ia wajib dilaksana.

Isunya kini boleh tak laksana hari ini?

Malangnya TPM menambah ia belum sesuai di Malaysia! Tetapi beliau juga berkata kalau Kelantan mahu juga laksanakan, teruskan jangan jadikan surat Tun Dr M (bertarikh 15 Julai 1994) itu sebagai alasan, kerana kata TPM Tun Dr M bukan PM lagi.

Memang benar Tun Dr M bukan PM lagi tetapi sebagaimana dinyatakan oleh MB Kelantan, surat bertarikh 15 Julai 1994 itu ditandatangani oleh Tun atas kapasiti seorang PM, maka jika TPM beri laluan, wajarlah surat itu dibatalkan atau barangkali PM Najib Tun Razak boleh keluarkan surat keizinan baru.

Rakyat Kelantan sejak 1990 telah member mandate kepada kerajaan yang ada pada hari ini, pada tahun 1993, wakil-wakil rakyat negeri Kelantan atas mandate yang diberi rakyat telah mengundi menyokong enakmen ini sebulat suara. Ia kemudiannya diangkat oleh kerajaan negeri bagi mendapatkan perkenan Sultan Kelantan. Dan Sultan telah perkenankan bermakna seluruh proses perundangan yang demokratik telah dipatuhi.

Kalau rakyat Kelantan mahu, sudah pasti mereka juga yakin ia kondusif buat mereka, lalu apa yang mahu dihalang lagi?

Memang ada peruntukkan penghalang dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi jika kerajaan Persekutuan mahu member laluan penghalang itu boleh dikecualikan buat Kelantan.

Tanpa membabitkan senitmen politik, dipagi Jumaat ini kalau kita akur bahawa Hudud itu adalah sebahagian dari tunutan syariah, maka berilah laluan kepada saudara-saudara kita disebuah negeri yang bersedia mahu melaksanakannya.

Tiada lagi alasan.

Tiada ulasan: