Sabtu, 24 September 2011

Cendawan MALAYA

Cendawan MALAYA


BELUM TERLAKSANA, DAH NAMPAK KEZALIMANNYA

Posted: 24 Sep 2011 03:06 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak melaksanakan langkah mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dimansuhkan.

Dalam ucapan sempena Hari Malaysia yang ditunggu-tunggu itu, Najib mengumumkan antara yg mengejutkan ialah rancangan pemansuhan lain termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, iaitu peraturan yang ditentang hebat pengamal media negara ini, terutama yang cenderung pembangkang.


Tapi itu rupanya indah khabar dari rupa je apabila satu penerbitan yg dalam proses permohonan (tapi belum lagi memohon) telah di sekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung penerbitan vedio 'UNDILAH'.


Penerbit vedio tersebut, Pete Teo, merasa hairan kerana beliau memang tidak menerima sebarang kelulusan sedangkan beliau tidak pernah memohonnya kepada FCB. Maklumat lanjut ..disini..

Tiada ulasan: