Blog-list Malaysia |
- Budak Jahat Yang Berpotensi Jadi Penyamun
- Profesor Bodoh Kemudian Cuba Bodohkan Orang
- Jika Pakatan Kuasai Putrajaya, PM Tetap Seorang Islam
- Bukan dijajah: Pemimpin PAS dakwa Prof Zainal hina bangsa sendiri
- Kenapa Tunku laungkan merdeka jika tidak dijajah
- Adik Mat Indera hilang?
Budak Jahat Yang Berpotensi Jadi Penyamun Posted: 11 Sep 2011 12:20 AM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin kerana ketua pemuda Umno itu tidak banyak 'menghentam' dan menyerangnya secara peribadi. Sebaliknya, pada ceramahnya di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam semalam, Mohamad berkata beliau memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana timbalan presiden Umno itu yang banyak menyerangnya supaya "bertaubat dan bertakwa". "Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy. "Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," katanya dengan nada menyindir dan dipetik Harakahdaily. Menurut pemimpin PAS itu, Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri yang banyak memaki hamunnya, justeru, elok bagi mereka bertemu. Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu menjadi sasaran pemimpin Umno dan BN apabila Utusan pada 27 Ogos lalu mendakwa beliau berkata Mohamad Indera yang menyerang balai Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis yang mempertahankannya. Beliau bagaimanapun berkata laporan Utusan mengenai ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu itu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS". Ini bukan kali pertama Mat Sabu memilih untuk memuji Khairy. Pada 5 September lalu, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak menolak pelawaan pelawaan untuk berdebat kerana beranggapan lebih sesuai bagi kedua-dua sayap PAS dan Umno itu berbuat demikian. "Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak. "Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS," katanya. Muhyiddin menjadi sasaran PAS untuk berdebat kerana sering 'menghentam' Mohamad dalam isu Mat Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa timbalan perdana menteri itu. Malah, Mat Indera didakwa mahu berkahwin dengan kakak Muhyuddin tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya. |
Profesor Bodoh Kemudian Cuba Bodohkan Orang Posted: 10 Sep 2011 09:24 PM PDT Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa. Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak. British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa). British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka. Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan. Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak. Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan. Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja. Meskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu. Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik. Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan). Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British. Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang. Kesilapan Zainal dan Khoo ialah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu. Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka? Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!! Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah. Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap... http://razali01.blogspot.com/ |
Jika Pakatan Kuasai Putrajaya, PM Tetap Seorang Islam Posted: 10 Sep 2011 06:03 PM PDT KUALA LUMPUR, 11 Sept - Datuk Mustafa Ali memberi akar umbi PAS jaminan bahawa dua jawatan tertinggi kerajaan pusat - perdana menteri dan timbalan perdana menteri - akan diketuai oleh komuniti Islam jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13. Parti itu dilihat memberi jaminan bagi mengekalkan sokongan kalangan orang Melayu khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar sementara spekulasi menyebut pilihan raya umum akan diadakan bila-bila masa dari sekarang. Setiausaha agung (gambar) itu mengatakan demikian ketika menjawab kebimbangan majoriti ahli parti Melayu Islam pada konvensyen di sini di sebalik kerjasama PAS-PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat yang wujud sejak lebih tiga tahun lalu. Pakatan Rakyat dibentuk secara formal selepas pilihan raya umum 2008, tetapi pendaftarannya belum mendapat kelulusan pihak berkuasa. "Saya boleh memberi anda jaminan bahawa perdana menteri semestinya seorang yang beragama Islam dan semoga timbalan perdana menteri juga seorang beragama Islam," kata beliau. "Imam (perdana menteri), Insya-Allah, selamat," kata Mustafa pada Konvensyen Negara Berkebajikan di Taman Melewar, Gombak dekat sini semalam. Input mengenai konsep itu akan dijadikan kandungan manifesto pilihan raya umum ke-13. Seorang perwakilan yang menghadiri konvensyen sehari itu mengemukakan persoalan, "dalam Pakatan Rakyat, siapa imam? Macam di BN, imamnya ialah dari Umno... Kalau tak tentu imam, plan B pula macam mana? Perwakilan itu merujuk imam sebagai perdana menteri." Sejak merdeka, jawatan perdana menteri disandang oleh seorang wakil Umno beragama Islam. Begitu juga jawatan timbalan perdana menteri. Setakat ini negara sudah memiliki enam perdana menteri. Mustafa memberitahu perwakilan bahawa konsep Negara Berkebajikan telah dibincangkan dan diterima oleh rakan komponen PKR dan DAP pada sesi pemukiman mereka dua bulan lalu. Bagaimanapun katanya, isu siapa yang akan memegang jawatan mana dalam kerajaan alternatif tidak dibincangkan secara khusus. "Kami tidak membincangkan secara terperinci sebab orang yang akan memegang jawatan perdana menteri mesti menang pilihan raya umum," katanya lagi sambil menambah, perikatan itu akan berhadapan dengan masalah jika calon perdana menteri kalah pilihan raya. Tambah beliau, kesemua dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju bahawa pengundi Melayu dominan seharusnya seorang beragama Islam. Sementara Perlembagaan Persekutuan mengatakan seorang Melayu seharusnya Muslim, ia tidak menyebut apa-apa mengenai latar belakang agama dan etnik dalam soal pemilihan calon perdana menteri dan menyerahkan kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong. Kebimbangan mengenai kemungkinan seorang perdana menteri bukan Muslim muncul ekoran laporan muka depan Utusan Malaysia Mei lalu di bawah tajuk "Kristian agama rasmi?" Akhbar milik Umno itu mendakwa wujud komplot antara DAP dan beberapa pastor untuk meletakkan seorang Muslim sebagai perdana menteri. DAP telah menafikan dakwaan sedemikian. |
Bukan dijajah: Pemimpin PAS dakwa Prof Zainal hina bangsa sendiri Posted: 10 Sep 2011 05:42 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pemimpin-pemimpin PAS terus melahirkan pendirian kecam sambil menyifatkan kenyataan Prof Zainal Kling yang menganggap Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British atas alasan hanya ada perjanjian naungan sebagai sesuatu yang memalukan dan menjatuhkan kredebiliti beliau sebagai ahli akademik. Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan beliau yang mewakili Majlis Profesor Negara (MPN) menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sumber inspirasi generasi anak merdeka. "Kurikulum sejarah sekolah-sekolah sejak sekian lama memahamkan pelajar kita bahawa British adalah penjajah dan kita merdeka dari penjajah dengan laungan Merdeka! "Ia tidak memerlukan seorang profesor untuk memahami bahawa 'merdeka' membawa pengertian kebebasan dari sesuatu penjajahan dan bukan naungan," kata Ahli Parlimen Parit Buntar ini dalam satu kenyuataan hari ini. Mujahid menambah, kenyataan beliau turut menghina pejuang bangsa selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya "istilah 'pejuang kemerdekaan', mengapakah adanya semangat nasionalisme menentang penjajahan British?" "Bukankah Perjanjian Pangkor menandakan penjajahan kepada kekayaan negara dan eksploitasi kekayaan hasil bumi untuk memberikan kekayaan kepada penjajah? "Tidak cukupkah maruah bangsa diinjak apabila anak bangsa tidak ada suara dalam menentukan nasib bangsanya selama dijajah?" kata beliau. Kata Mujahid, beliau tidak tahu apa maksud Zainal apabila memutarbelitkan istilah penjajah kepada penaung. "Adakah beliau mahu mengatakan bahawa generasi anak merdeka telah ditipu oleh buku-buku sejarah atau tawarikh yang kita baca di bangku sekolah dan di universiti? "Oleh itu saya menuntut supaya pihak MPN melucutkan beliau dari terus menganggotai MPN bagi memelihara kredibeliti majlis ini dan menuntut supaya gelaran profesor ditarik balik kerana menghina sejarah bangsanya sendiri dan penghayatan kemerdekaan yang baru sahaja kita sambut," katanya lagi. Mujahid menambah beliau juga menuntut Zainal menarik balik kenyataannya bahawa "kita tidak dijajah, kita hanya dinaungi oleh British." "Jika beliau tidak menarik balik, ini menandakan bahawa seluruh rakyat Malaysia yang masih hidup dan yang mati selama ini telah ditipu dengan mempercayai bahawa kita telah dijajah sedangkan kita hanya dinaungi sahaja. "Saya menyeru kepada Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan yang tegas terhadap profesor ini yang menimbulkan kekeliruan yang amat berbahaya terhadap perjuangan bangsa yang terbina selama ini," kata beliau lagi. Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Perak Ahmad Nuri Al-Amin berkata, Badan Perhubungan PAS Perak menyifatkan Wacana Merdeka yang dianjurkan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) di Ipoh semalam gagal menjelaskan tajuk asal perbincangan mengenai tragedi Balai Polis Bukit Kepong. Katanya, malah pentas wacana tersebut lebih menjadi medan mencetuskan polemik baru yang menyanggah fakta besar yang telah diterimapakai selama 54 tahun dengan menafikan sejarah kemerdekaan negara. "Penafian terhadap kemerdekaan negara pada 1957 itu lahir daripada fakta yang disebut berulang kali oleh para panelis wacana bahawa Tanah Melayu langsung tidak pernah dijajah oleh British, suatu kenyataan yang tidak disiarkan oleh media massa perdana yang dikuasai kerajaan," katanya lagi. Malah menurut beliau, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar juga menggambarkan bahawa penubuhan Umno pada 1946 bukan untuk mendapatkan kemerdekaan negara, tetapi hanya untuk memastikan bahawa Tanah Melayu dikembalikan kepada pemerintahan dahulu. "Manakala penekanan Tun Hanif berkaitan tragedi Bukit Kepong hanya mengisyithar bahawa kematian pasukan polis sebagai wira walaupun tidak menafikan pasukan polis ketika itu di bawah pemerintahan British. "Nama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sering menjadi sebutan Tun Hanif semalam sepatutnya turut dijemput pihak IDR bagi menjelaskan isu berkaitan Ahmad Indera @ Mat Indera. Jika ianya diadili sebaiknya, wacana tersebut perlu dihadiri juga oleh Mohamad untuk memperkatakan perkara tersebut," kata beliau. Kata Ahmad, sesungguhnya hasil wacana semalam telah menimbulkan lebih banyak kekeliruan dari menjelaskan keadaan. "Bagaimana status pejuang-pejuang Melayu Perak seperti Datuk Maharaja Lela Pandak Lam yang dihukum buang negeri dan pejuang-pejuang Melayu lain yang terbunuh ketika dikatakan menentang British. "Jika Tanah Melayu tidak dijajah, siapakah yang mereka tentang dan siapakah pula yang menghukum dan membunuh mereka. Adakah ini angkara Melayu gunakan British untuk menentang dan membunuh sesama Melayu?" katanya lagi. |
Kenapa Tunku laungkan merdeka jika tidak dijajah Posted: 10 Sep 2011 03:49 AM PDT "Rakyat tertanya-tanya, jika negara tidak pernah dijajah, kenapa Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka? "Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, sekarang terbukti siapa yang hendak membohongi sejarah. "Rasa kesian kepada profesor upahan Umno yang mengakhiri hidup mereka yang akan dicemuh oleh semua makhluk di negara ini," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, kenyataan mereka memalukan ahli akademik yang jujur. Justeru, ujarnya ahli akademik perlu bangkit membetulkan kenyataan itu. "Biarkan Majlis Profesor Umno dengan khayalan mereka semata-mata untuk mendapat sanjungan Umno. Kenyataan mereka juga akan menjadi sejarah hitam dalam negara ini," katanya lagi. Justeru, ujarnya, tembelang Umno terserlah bahawa parti itu bukan pelopor memperjuangkan kemerdekaan negara. Ini, katanya kerana selama ini Umno menipu rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli Umno bahawa Umno yang memperjuangkan kemerdekaan. Apa tidaknya, kata beliau setiap kali menyambut kemerdekaan, pemimpin Umno menipu rakyat seolah-olah perjuangan kemerdekaan bermula daripada 11 Mei 1946. Menurutnya, sekarang mereka biarkan orang suruhan mereka yang konon bergelar profesor untuk menjadi penangkis Umno. "Rakyat tidak pelik dengan kenyataan mereka ini yang memang menjadi Umno sejak di dalam perut emak mereka lagi. "Rakyat pelik jika mereka ini mengkritik Umno," ujarnya lagi. Tambahnya, oleh kerana terlalu hendak menjadi pembodek, sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa negara kita tidak pernah dijajah, kenyataan yang diketawa oleh orang pekak dan buta. "Saya yakin pemimpin Umno pun tersenyum melihat gelagat ayam sabung mereka, sehingga pemimpin Umno pun tidak sanggup untuk menipu rakyat," katanya. |
Posted: 10 Sep 2011 03:36 AM PDT Adik bongsu Mat Indera, Johan Shah Indera KUALA LUMPUR: Adik Mat Indera, Johan Shah Indera gagal dihubungi sejak isu Mat Indera dimainkan media arus perdana. Bahkan,Yang Dipertua Pas kawasan Ayer Hitam, Husin Sujak memaklumkan rumah Johan di Yong Peng tidak berpenghuni sejak beberapa hari lalu. "Kita tak tahulah ke mana beliau pergi. Mungkin kerana mahu elak dari liputan media," kata Husin kepada Keadilandaily.com Difahamkan polis datang ke rumah Johan sejurus selepas kunjungan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat seperti dilaporkan media petang Isnin lalu. Terdahulu, aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard bertemu Johan dalam program 'Menjejak Mat Indera' diiringi Husin Sujak, 3 September lalu. Johan adalah ahli keluarga Mat Indera yang pertama muncul di media dengan liputan pertemuan dimuatkan di blog dan portal politik dan mendapat reaksi hangat. Namun, laporan media arus perdana pada minggu berikutnya menyelar peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Malah, Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera sebagai pengganas. Sehingga petang ini, usaha untuk menghubungi Johan Shah Indera, 68, yang merupakan bekas kakitangan Majlis Daerah Yong Peng gagal. Johan Shah Indera adalah anak bongsu dari 6 orang adik beradik, seibu sebapa dengan abangnya Muhammad Indera. Beliau pernah dibuang daerah ke Singapura bersama bapa, ibu tiri dan neneknya ke Singapura pada 1950 hingga 1954. Dalam pada, itu abang tirinya, Bahrom Shah Indera ketika dihubungi Keadilandaily memberitahu, adiknya kini mungkin sedang 'bersembunyi'. Bahrom Shah adalah anak ketiga dari isteri kedua Indera dari empat orang adik beradik. "Mungkin dia nak elak dari gangguan, kita tak tahu. Tapi saya yakin dia selamat dan akan pulang ke rumah," kata Bahrom. Bahrom sebelum ini tampil pada sidang media di ibu pejabat Pas pusat menuntut kerajaan membersihkan nama abangnya. Beliau turut menyeru sejarawan untuk mengkaji semula sejarah dan peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan