Khamis, 22 September 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Isu hina Islam, Zizan mohon maaf secara terbuka tahniah!

Posted: 22 Sep 2011 12:01 AM PDT

BERIKUTAN isu penghinaan Islam dalam salah satu babak filem Hantu Bonceng, yang ditimbulkan di MiLo SuaM tempoh hari, isu tersebut mendapat liputan luas di media-media seluruh negara, [Hantu Bonceng].

Pelbagai kritikan dilontarkan, tidak kurang juga yang mempertahankan hal ini. Apa pun tahniah diucapkan kepada Zizan kerana bersikap positif dan tidak ego untuk meminta maaf secara terbuka di atas perkara tersebut [Facebook].


ReJaM© secara peribadi tidak menyalahkan Zizan dalam hal ini. Kesilapan dan kekhilafan tentu sekali lazim terjadi di dalam proses penggambaran filem. Namun pihak yang diberi tanggung jawab menapis dan melakukan editting dilihat gagal.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Zizan yang sanggup meminta maaf. Semoga beliau terus berjaya di dalam bidang lakonan dan lawak yang diceburi. Jadikan ini sebagai pengajaran dan cabaran di dalam menempuh kejayaan.

ReJaM© "Kepada yang masih sombong tak mengaku silap, lantak ko lah..."

Setiausaha Bahagian Umno dedah gerakan jatuhkan Najib

Posted: 21 Sep 2011 11:06 PM PDT

SETIAUSAHA Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin mendedahkan di laman facebook apa yang didakwanya sebagai konspirasi Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan Najib Tun Razak.

Beliau mendakwa Muhyiddin Yassin sengaja melantik bekas banduan politik wang sebagai bendahari dan setiausaha Umno Bandar Tun Razak untuk memberikan kemenangan mudah kepada pembangkang.

Beliau menyatakan bahawa konspirasi menjatuhkan PM Najib oleh Muhyiddin Yassin sebagai bermula pada 16 September 2011.

Tindakan Muhyiddin ini didakwa bertujuan untuk memaksa Najib meletakkan jawatan seperti yang pernah dilakukannya pada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi [Facebook].


Sebelum ini FMT telah mendedahkan bahawa terdapat gerakan oleh Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan Najib dengan restu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir rujuk sini [Gerakan jatuhkan Najib]

ReJaM© "Nampaknya orang Najib sudah mula bertindak balas ke atas Muhyiddin..."

Umno beri hak mengundi kepada ribuan nelayan Indonesia

Posted: 21 Sep 2011 03:00 PM PDT

SEBELUM ini heboh cerita tentang pemberian warganegara kepada lebih 600,000 pendatang asing di Sabah, yang didedahkan oleh Wikileaks sebagai balasan mengundi Barisan Nasional [Wikileaks]

Malaysiakini turut menyiarkan satu lagi pendedahan wikileaks berhubung pengakuan bekas pengerusi SPR tentang pemberian lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pendatang asing [IC Palsu].

Apa yang lebih menarik, salah sebuah stesen TV berpengaruh Indonesia, SCTV di dalam laman sesawang rasminya pernah menyiarkan satu laporan pada 25 Ogos 2005 bahawa parti terbesar Malaysia, Umno telah memberikan hak mengundi kepada ribuan nelayan bugis di Sabah yang berasal dari Indonesia [SCTV]

Ribuan warga asing diberi hak mengundi. Apa nak dikata? Bangkai gajah, manakan mampu ditutup dengan tudung saji.

ReJaM© "Negara digadai di depan mata, pemimpin berdengkur mengidam kuasa..."

Tiada ulasan: