Khamis, 22 September 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Liwat 2 - Pakar Tulang Jerman Akan Sahkan Kekuatan Anwar Merobek Lubang Dubur Saiful

Posted: 21 Sep 2011 11:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pakar tulang dari Jerman yang pernah merawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes fitnah II.
Perkara itu dinyatakan peguam Anwar, Sankara Nair yang ditemui selepas perbicaraan tersebut selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dr Thomas Hoogland pernah merawat kecederaan tulang belakang yang dialami Anwar pada 2004 selepas dibelasah oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor ketika dalam tahanan polis pada 1998.

Beliau akan memberi keterangan pada 6 Oktober depan apabila perbicaraan kes itu bersambung semula 3 sehingga 7 Oktober depan.


Justeru itu, pakar berkenaan dijangka akan mengesahkan tentang tahap kesihatan dan keupayaan fizikal Anwar, 64.

Bercakap lanjut, Sankara memberitahu Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Dr Lim Kong Boon akan hadir untuk memberi keterangan pada 3 Oktober depan.

Lim Kong Boon adalah watak sama yang pernah terlibat dalam kes Fitnah 1998 sebagai pegawai kimia yang juga merupakan saksi pendakwa pada masa itu.

Beliau juga sebelum ini dalam keterangan Nor Aidora Saedon bertanggungjawab memberikan arahan khas kepada Aidora untuk melakukan analisa segera ke atas sampel dari putik kapas yang diperolehi daripada pegawai penyiasat, Jude Pereira.

Dalam perkembangan sama, permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor untuk mengenepikan perintah sapina ke atas mereka akan didengar pada 29 September ini.

Jika permohonan sapina mereka ditolak, mereka juga dijangka memberi keterangan minggu depan, kata Sankara.

Dalam permohonan Najib itu, kedua-dua pasukan peguam Anwar dan juga pasukan pendakwa raya akan bertindak sebagai defendan.



Hudud Kelantan - TGNA Jawab Mahathir

Posted: 21 Sep 2011 09:10 PM PDT






Rakyat Sabah Buat Laporan Polis Terhadap Profesor Keling

Posted: 21 Sep 2011 06:32 PM PDT

SEPTEMBER 2011- Jam 2.00 petang, IbuPejabat Polis Daerah Tawau- Diketuai oleh Sdr Kasman Karate yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Tawau telah membuat laporan polis terhadap Prof Datuk Dr Zainal Keling yang juga merupakan Ketua Kluster Sejarah (MPN ) hari ini bersama dengan Ahli Exko Dewan Pemuda PAS Tawau.

Menurut beliau dalam sidang akhbar Prof Zainal Keling(Gambar) pada 9 September lalu telah mengatakan bahawa bahawa tanah melayu tidak pernah dijajah sebaliknya hanya dilindungi dan dinaungi oleh British. Beliau mengatakan lagi bahawa"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun itu adalah kesilapan yang amat besar"


Kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengganggu gugat kestabilan dan mengelirukan segenap lapisan masyarakat dan sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Rosli Dhobi, Dol Said, Dato Bahaman dan lain-lain..Beliau Juga dalam kenyataannya menyeru dan mendesak pihak polis agar laporan ini disiasat dan tindakan segera dapat diambil.

Manakala di Kota Kinabalu, laporan polis juga dibuat oleh Saudara Lahirul Latigu yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah di Balai Polis Karamunsing.



Pendakwaan Terpilih Dan Penuh Dengan Niat Jahat

Posted: 21 Sep 2011 09:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Pakatan Rakyat mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak mengotakan janji untuk meningkatkan tahap kebebasan awam apabila mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu sebagai "berniat jahat" dan merupakan pencabulan terhadap janji-janji pembaharuan yang diumumkan Najib minggu lalu.

"Kita juga prihatin apa yang berlaku di Mahkamah Sesyen Butterworth, keputusan kerajaan untuk mendakwa Mat Sabu (gambar) bercanggah dengan apa yang diwar-warkan Najib sebelum ini.


"Kerajaan mengatakan mahu mansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) namun pendakwaan ke atas Mat Sabu adalah rakus dan berniat jahat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Pagi tadi, Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, 21 Ogos lalu.

Mohamad, 57, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan.

Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 21 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam ) Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes.

Tambah Anwar, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-PKR-DAP menentang gerakan komunis.

"Pendirian kita tentang komunis tidak berbangkit kerana kita menentang gerakan komunis militan.

"Kita membantah pendakwaan terpilih Mat Sabu," katanya.



Kisah Doktor yang sakit berada dirumah

Posted: 21 Sep 2011 05:22 AM PDT

Mahathir Bin Mohamed Iskandar nama lahirnya tetapi hari ini orang kenal dia dengan nama Tun Dr Mahathir Mohamed sahaja. Kemana hilang Iskandar tidak ada sesiapa yang tahu, dalam buku yang ditulis sebagai memoirnya Dr Mahathir Mohamed hanya menyebut mengaku dia memang asal keturunan India sebelah bapanya atau yang tepatnya dia keturunan India Malbari. Bagaimana dia menutup akuannya itu dengan mengatakan dia bangga menjadi Melayu.

Banyak sudah pembaca bukunya memberi pandangan kepada buku memoirnya yang khabarnya akan memasuki cetakan kedua salepas 50ribu naskah pertama 'sold out'. Pandangan mereka itu berdasarkan kepada kepentingan diri mereka. Jika ada budi Dr Mahathir Mohamed pujian mestilah tinggi melangit tetapi kepada mereka yang terkilan atau pernah tertekan dari segi politik dan ekonomi tentulah berbeza dengan yang memuji.

Begitulah kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah mendapat jolukan 'putera raja berjiwa rakyat' secara rasminya mengatakan Dr Mahathir Mohamed sebagai seorang 'pembohong' dimana pembohongnya tidak berapa jelas dalam kontek tulisan Dr Mahathir Mohamed itu.


Jika dikatakan Dr Mahathir Mohamed berbohong kerana tuduhan perbelanjaan wang telah digunakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah berjumlah RM20juta(RM:Dua puloh juta sahaja) melawan beliau pada pemilihan jawatan Presiden UMNO di tahun 1987 itu atau lain fakta yang mana Tengku Razaleigh Hamzah menjadi saksi dan juga perlaku dalam sejarah UMNO yang ditulis olehnya, dimana Tengku Razaleigh Hamzah mengetahui kedudukan sebenar akan kisah itu. Maka Tengku Razaleigh Hamzah ada sebab mengatakan Dr Mahathir Mohamed seorang pembohong.

Jika maksud Tengku Razaleigh Hamzah fakta perbelanjaan itu sebagai salah dan kemudian memberi hukuman kepada Dr Mahathir Mohamed sebagai pembohong sebenar fakta itu bukan pembohongan Dr Mahathir Mohamed lebih kearah menipu ia itu menipu pembaca yang membaca memoirnya., kecuali Dr Mahathir Mohamed mengatakan dia menang dengan tidak berbuat apa-apa dan menyerahkan kepada perwakilan UMNO masa itu.

Dr Mahathir Mohamed tidak sehebat mana kerjaya sebagai orang politik, malah sebagai Doktor perubatan pun dia bukan tersenarai sebagai doktor pakar seperti doktor sezamannya di Singapura. Jika dilihat dari segi sejarah bidang perubatan bukan tumpuan sebenarnya Dr Mahathir Mohemed dia lebih mengutamakan dalam soal perniagaan yang memberi keuntongan.

Perhatikan sahaja dalam keadaan Malaya baru lepas merdeka, doktor melayu berkurangan dan orang melayu masih mengharapkan kesihatan yang baik dari serangan penyakit berjangkit, malaria dan kusta, beliau meletakan jawatanya sebagai seorang doktor kerajaan dan membiarkan isteri berkerja terus dengan perkhidmatan kesihatan yang juga seorang doktor.

Sikap mencari untung dan peluang perniagaan adalah niat Dr Mahathir Mohamed dari soal kepentingan bangsa adalah selepas itu. Itu sebab agaknya Tunku Abd Rahman Putra dalam bukunya '13Mei sebelum dan sesudahnya' menulis bahawa punca perbalahan Dr Mahathir Mohamed dengannya ialah masalah perniagaan bagi membangunan tanah di Alor Star yang Dr Mahathir Mohamed berkongsi dengan orang Cina untuk mengambil tanah orang Melayu. Sehingga sekarang tulisan Tunku itu tidak pernah dijawab oleh Dr Mahathir Mohamed. Ya atau tidak.

Dr Mahathir Mohamed melonjak namanya ialah kerana masa 'keadaan' satelah beliau tewas di Pilihanraya Umum 1969 dan berlaku peristiwa 13Mei. Beliau menulis surat terbuka yang diedarkan kepada semua orang dan ditujukan kepada Tunku. Hanya kerana kekurangan penasihat politik Tunku menunjukan reaksi yang berlebihan ia itu memecat Dr Mahathir Mohamed dari UMNO bersama Musa Hitam.

Pemecatan itu telah membawa Dr Mahathir Mohamed sebagai 'hero' dikalangan orang UMNO kerana dizaman itu sikap orang Melayu masih lagi mengamalkan sistem bangsawan dan bertuan. Sesiapa yang berani melawan arus khasnya mereka dari kalangan orang melayu kebanyakan berani melawan masyarakat bangsawan, akan terkeluar dari budaya pak turut, akan menjadi lain daripada yang lain.

Bila mengenangkan Dr Mahathir Mohamed sejarah perjalanan politiknya. Dan apa yang dilakukan bagi penganalisa politik yang mempunyai pengetahuan sejarah, bukan satu yang menghairankan apa yang ditulis dalam memoirnya jika dia memperkecilkan orang lain.

Pada asalnya Dr Mahathir Mohamed menyertai semula UMNO dan namanya berada semula dalam politik masa itu satelah hilang selepas Peristiwa 13Mei ialah kerana bukunya 'Malay Dilema'. Buku itu sebuah buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris sama dengan bahasa dalam buku memoirnya. Pemuda UMNO Malaysia dibawah pimpinan Datuk Harun Idris mengadakan satu seminar pembangunan di Morib pada 25. Julai 1971 dan beliau diminta membentangkan kertas kerja.

Seminar itu memang diatur bagi tujuan tidak kelihatan adanya perjumpaan Dr Mahathir Mohamed dan Tun Razak Hussein bagi membincangkan kemasukan semula Dr Mahathir Mohamed didalam UMNO kerana Tun Razak Hussein tidak mahu dinampakan saperti dia terlibat dalam membawa masuk semula Dr Mahathir Mohamed untuk menjaga persahabatanya atau hubungannya dengan Tunku Abd Rahman Putra.

Perjumpaan di Morib itu membawa persetujuan Dr Mahathir Mohamed menyertai semula UMNO dan sahabat Dr Mahathir Mohamed, Tunku Abdullah Tunku Abd Rahman seorang kerabat diraja Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Rawang bersedia menerima kemasukan Dr Mahathir Mohamad menjadi ahli UMNO di Bahagiannya pada tahun 1972.

Dengan Datuk Harun Idris yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Tunku Abd. Rahman dan Tunku Abdullah yang juga Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan terlibat dalam kemasukan Dr Mahathir Mohamed dalam UMNO dilihat oleh Tun Razak Hussein sebagai menyelamatkan hubungannya dengan Tunku Abd Rahman tetapi jika dibaca semula tulisan Tunku Abd. Rahman Putra dalam 'looking back' bahawa Tunku mengetahui muslihat itu dan semenjak itu hubungan Tunku/Tun Razak menjadi renggang.

Maka buku yang ditulis dengan tajuk Doktor Dirumah itu mengambarkan bahawa Doktor Mahathir Mahamed seorang yang memberikan khidmat sebagai seorang doktor komersial dari rumah kerumah sahaja yang mungkin boleh dilanggan khidmatnya oleh mereka yang mampu dan yang berduit atau dia berada dirumah untuk berehat dan sedang menahan sakitnya yang mana dia tidak percaya kepada doktor yang lain dan merawat dirinya sendiri kerana itulah perbuatannya dahulu semasa menjadi Perdana Menteri, saolah-olah dia seorang yang berkerja.

Bersambung lagi esuk.....

Sang Kelembai: Banyak misteri dan persoalan yang tidak terjawab dalam memoir yang ditulis oleh Dr Mahathir Mohamed.. Bagaimana komennya terhadap buku Tun Ghafar Baba, kenapa dia tidak mematuhi pesan Tun Hussein Onn, jika dia menjadi Perdana Menteri.. hendaklah melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Timbalannya.

Dicatat oleh Zaharin Mohd Yasin / Sang Kelembai
Setiausaha UMNO Bahagian dan Setiausaha Barisan Nasional P124 Bandar Tun Razak. Wilayah Persekutuan




Najib tak 'kool', kata Anwar

Posted: 21 Sep 2011 04:59 AM PDT

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'kool'.

Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

"Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'kool'.


"Najib hari ini mahu ketepikan sepina kami untuk jawab di mahakamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disepina. Tetapi sekrang beliau tak mahu hadir pula," kata Anwar.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah.

Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina.

"Saya tidak tahu apa sebab. Najib kata beliau tidak terlibat. Semua orang tahu beliau ada berjumpa dengan Saiful (pengadu) sebelum ini dan beliau juga ada menghubungi polis. Itu penting bagi kita, maklumat dan keterangan mengenai penglibatan Najib," kata Anwar.

Najib sebelum ini dihambat kontroversi apabila tindakannya berjumpa Saiful Bukhari Azlan sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar pada tahun 2008.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.



Sri Perdana Dan Putrajaya Milik Umno Dan Bukannya Milik Rakyat

Posted: 21 Sep 2011 04:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 SEPT – Tidak sampai 48 jam pengumuman Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebagai 'negara demokrasi terbaik di dunia', beliau sendiri telah menelan semula kata-katanya dengan menolak amalan demokrasi.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata bahawa buktinya adalah apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa kediaman rasminya Seri Perdana dan Putrajaya adalah hak milik UMNO-Barisan Nasional.

Menurut Kit Siang, apa yang dikatakan Najib tentang Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik dunia ibarat tin kosong yang kuat bunyinya dan tidak langsung mencerminkan ciri-ciri demokrasi.


"Beliau tidak boleh berlaku zalim dan tidak demokratik. Seri Perdana dan Putrajaya bukan milik UMNO-BN, tetapi adalah hak milik rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam laporan agensi berita Bernama semalam, Najib dalam satu majlis dengan pesatuan bekas anggota Kemas di Seri Perdana telah dipetik sebagai berkata: "Ini bukan rumah saya…ini rumah Perdana Menteri UMNO dan BN. Kita mesti pertahankan Putrajaya kerana untung nasib kita dan anak cucu bergantung kepada UMNO dan BN…pihak yang lain (pembangkang) tidak boleh harap".

Justeru, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak lupa tentang kenyataan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 di mana Presiden UMNO itu telah meminta ahli-ahli parti mempertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata: " Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan."

Begitu juga ucapannya meminta belia Malaysia mempertahankan Putrajaya daripada ditawan Pakatan Rakyat di di Himpunan Sejuta Belia yang dihadiri kira-kira 10,000 orang pada Mei lalu.

Dengan itu, Kit Siang berkata, jika Najib benar-benar serius untuk menjadikan Malaysia negara demokrasi yang terbaik di dunia, beliau perlu:

* Menarik balik kata-kata 'walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dari nyawa,' dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010; dan

* Mengumumkan secara tegas dan terbuka bahawa Najib, UMNO dan BN akan menerima keputusan rakyat, termasuk menerima perubahan kerajaan di Putrajaya, dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, jika Najib gagal menerima keputusan rakyat dan masih berhajat untuk menetap di Putrajaya selama-lamanya, beliau akan menerima kesan buruk daripada rakyat dalam pilihan raya akan datang.

"Jikalau Najib tidak bersedia menerima dengan hati yang terbuka keputusan pilihan raya, keikhlasan dan kredibiliti seperti yang dikatakannya, terbuktilah Najib hanya pandai cakap kosong," katanya.

Dipetik dari Roketkini.com



Dilema Pemimpin Umno Bila Retak Menanti Belah

Posted: 21 Sep 2011 03:35 AM PDT

Retak mula kelihatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang pemimpinnya menghadapi tekanan dengan spekulasi pilihan raya umum yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi seiring dengan serangan habis-habisan terhadap Anwar Ibrahim yang sedang berlaku kini.

Mereka sedang menucuk-nucuk pemimpin PKR yang berkarisma dan pemimpin Pakatan Rakyat, yang masih lagi dianggap sebagai ancaman utama UMNO dan BN dalam pilihan raya akan datang, justeru mereka ingin melihat golongan ini dikeluarkan dari persada politik negara dengan apa jua kos.

Kebimbangan mereka dilihat berasas memandangkan kedudukan Anwar dalam Pakatan masih kukuh dan tidak goyah dalam gabungan pembangkang itu sekalipun pelbagai ujian dan seksaan keatasnya, terutamanya perbicaraan kes liwat yang terpaksa dihadapi oleh ahli politik yang berusia 64-tahun itu.


Dengan perbicaraan yang hampir sampai ke penutup, pengkritik beliau semakin lantang menuduh bahawa beliau bersalah. Sudah ada beberapa orang ahli parlimen dan bekas pembantu Anwar yang menawarkan diri untuk menjadi saksi-saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat beliau. Ini berikutan kejayaan pasukan pembelaan Anwar memanggil 15 orang, termasuk Perdana Menteri dan isterinya, sebagai saksi dalam perbicaraan itu.

Mereka ini dengan agenda politik tersendiri, mengasah pisau mereka untuk saling mengalahkan antara satu sama lain dalam menilai watak Anwar dan kredibiliti beliau dalam apa yang para penganalisis sifatkan sebagai tindakan terdesak dalam konspirasi politik yang dilancarkan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat itu .

Pendedahan daripada perbicaraan

Musuh politik Anwar, bagaimanapun, nampaknya telah terperangkap dengan keterangan dalam perbicaraan kes liwat terutamanya bukti DNA yang meragukan dalam usaha pihak pendakwaan melumpuhkan pemimpin PKR itu. Pasukan pendakwaan yakin strateginya mereka berjaya selepas enggan mendedahkan bahan-bahan yang dianggap oleh pasukan pembelaan Anwar sebagai penting untuk pembelaan. Ini termasuk senarai saksi, nota klinikal doktor dari Hospital Kuala Lumpur, kenyataan saksi dan sampel forensik untuk pemeriksaan dan pengesahan secara bebas.

Sampel DNA tersebut telah memihak kepada Anwar. Pakar perunding molekul genetik Dr Brian Leslie McDonald memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa sampel yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan berkemungkinan telah tercemar sebelum dihantar untuk analisis.

Beliau menyuarakan secara terang-terangan kesalahan dalam tatacara dalam mendapatkan swab dan ketidaksamaan cara ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dalam penlabelan dua botol yang mengandungi swab yang diambil dari Saiful untuk analisis DNA. Dr McDonald mengatakan bahawa bukanlah satu pilihan untuk ahli sains membuat anggapan terhadap tarikh, sambil menambah ia "suatu kesalahan yang boleh menyebabkan pemecatan".

Seorang lagi saksi, Profesor Madya Dr David Lawrence Noel Well, memberi keterangan bahawa adalah jarang untuk mendapatkan sampel sperma pada swab dubur yang diambil 65 jam selepas hubungan seks. Pakar forensik Australia, ketua Perubatan Forensik di Institut Perubatan Forensik Victoria berkata bahawa dalam pengalaman beliau, sangat rendah kebarangkalian untuk mendapatkan hasil yang positif jika spesimen itu diambil selepas 65 jam.

Dengan percubaan yang menemui kegagalan serta tidak mengikut skrip Barisan Nasional, kongcu-kongcu Umno melakukan serangan terhadap Anwar dan Pakatan tanpa henti melalui media-dikawal BN dengan memutarkan propaganda sebagai samaran kepada kegagalan kepimpinan mereka.

Dilema pemimpin-pemimpin Umno

Walau bagaimanapun, serangan tidak berhenti-henti telah menimbulkan persoalan di kalangan sesetengah orang BN jika kepimpinan Umno telah kehabisan idea dalam merangka pelan untuk pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir. Beberapa orang telah secara terbuka menyatakan kekecewaan terhadap Umno yang dikatakan mempunyai agenda yang salah dengan memberi tumpuan kepada kempen menyerang Anwar semata-mata dan membuang masa.

Ada juga yang membuat spekulasi bahawa ini adalah helah pemimpin-pemimpin Umno untuk menghilangkan semangat dan memusnahkan PKR yang mempunyai ramai ahli yang merupakan bekas ahli UMNO. Mereka merasakan serangan Umno terhadap Anwar akan menghilangkan semangat ahli-ahli PKR seraya berpatah balik kepada Umno. Strategi ini tidak dikongsi oleh parti komponen BN lain yang merasakan bahawa perkara-perkara yang lebih penting, terutamanya berkaitan ekonomi dan isu-isu utama lain telah dikompromikan dalam usaha Umno untuk menghapuskan Anwar dan parti PKR beliau.

Penganalisis melihat kepimpinan Umno yang sering menghentam Anwar sebagai manifestasi persaingan peribadi antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang itu, yang pernah bersama-sama melalui zaman mereka dalam Umno dan Kabinet BN persekutuan. Najib menyedari potensi Anwar untuk merangsang akar umbi dalam PKR dan Pakatan, dan merasakan bahawa Anwar akan kekal menjadi ancaman utama kerana sifat berkarismatik beliau bukan sahaja untuk BN pada pilihan raya akan datang tetapi juga sebagai seorang pemimpin Melayu.

Mereka berkata langkah oleh pasukan pembelaan Anwar membuat permohonan sepina ke atas Najib dan isterinya Rosmah Mansor untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat telah benar-benar mencabar Presiden Umno itu dan beliau akan lakukan apa sahaja untuk menyekat apa-apa pengaruh politik. Orang dalaman Umno berkata, terdapat kebimbangan dikalangan peringkat tertinggi parti dan berkemungkinan perbicaraan terhadap Najib akan memberi kesan negatif kepada calon-calon mereka pada pilihan raya akan datang.

Orang dalaman Umno juga berkata bahawa obsesi Najib terhadap Anwar menyebabkan mereka-mereka yang lain dalam BN kecewa kerana mereka lebih ingin melihat beliau fokus kepada isu-isu yang lebih penting dalam ekonomi seperti pengangguran,inflasi, kenaikan harga, penghijrahan professional keluar negara, rasuah besar-besaran dan dasar kerajaan yang dianggap tidak adil.

BN menghadapi prospek yang samar

Terdapat spekulasi bahawa prospek BN pada pilihan raya umum akan datang semakin malap dari hari ke hari dengan percanggahan dalaman parti dalam menangani isu-isu yang dihadapi negara. Ramai merasakan bahawa 'tsunami politik' boleh berlaku dan mengakhiri zaman BN dan pemimpin-pemimpin Umno.

Sesetengah pemimpin Umno berani memberitahu Najib untuk menimbang semula strategi beliau terhadap Anwar, yang masih dilihat sebagai gam yang mengikat Pakatan Rakyat dan satu-satunya pemimpin Melayu yang boleh dipercayai; masih berprinsip dan berintegriti terutamanya dengan kekurangan pemikir dalam Umno. Prospek Anwar dipenjarakan dalam perbicaraan kes liwat boleh mencetuskan tindak balas yang lebih besar bukan sahaja dalam Umno tetapi BN secara keseluruhannya. Mereka telah secara terbuka mempertikaikan prospek memenjarakan Anwar yang dilihat boleh mencetuskan rasa marah rakyat seperti episod 'Mata hitam Anwar' terutamanya di kalangan belia justeru memusnahkan prospek politik BN.

Perkembangan politik di negara ini telah memerangkap BN dan pemimpin Umno dalam arus kegelinciran dan kredibiliti Najib dan Umno semakin menipis selepas perhimpunan Bersih baru-baru ini dan episod pertikaian jajahan Inggeris terhadap Tanah Melayu yang telah meninggalkan ramai tertanya-tanya jika kepimpinan BN akan lumpuh dalam pilihan raya umum akan datang.

Selepas kesilapan dalam menangani Bersih, Najib akhirnya bersetuju dengan beberapa tuntutan mereka dan juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa parlimen untuk mengkaji reformasi pilihan raya. Ada dikalangan pemimpin parti komponen BN merasakan bahawa Najib telah menjejaskan BN kerana terlalu mengikut telunjuk Umno apabila gagal untuk menangani Bersih dengan betul. Ia rata-rata dianggap sebagai kesilapan besar oleh pengkritik Perdana Menteri dan menghantar isyarat yang salah kepada rakyat.

Pemerhati politik merasakan bahawa Najib boleh menghadapi kegagalan besar dalam politik sekiranya Anwar didapati bersalah dalam kes liwat dan dipenjarakan. Penahanan pemimpin Pakatan itu akan dilihat oleh rakyat sebagai helah kotor dalam kempen memburuk-burukkan BN dan ini dan boleh diterjemahkan kepada kehilangan undi untuk UMNO dan BN. Ia juga boleh bertukar sebagai simpati yang meningkat untuk Anwar. Akibatnya mereka akan melangkaui politik perkauman dan berharap agar pemimpin-pemimpin Pakatan akan bisa menyematkan harapan mereka untuk tsunami politik yang akan datang.

Fokus pada perbicaraan

Semua mata sekarang fokus kepada perbicaraan kes liwat Anwar dan bagaimana ia akan dimainkan. Ini mendorong beberapa pemimpin Umno untuk memberi tekanan kepada Najib untuk mengadakan pilihan raya yang awal untuk membendung kejatuhan, sementara itu, yang lain lebih suka Anwar berada dalam penjara dan apa yang mereka harapkan adalah supaya merka dapat merompak Pakatan daripada pemimpin yang boleh membawa mereka kepada kemenangan.

Penganalisis politik berkata Najib kini condong memihak kepada senario ke dua kerana ini akan memberikan dia masa untuk menguasai semula parti dan secepat mungkin melakukan reformasi dalam pilihan raya, dalam bentuk apa sahaja, untuk mengelakkan sebarang tindak balas atau tuntutan kempen kotor. Lebih penting lagi, dengan prospek ekonomi global yang menurun, Perdana Menteri ingin melihat hasil awal daripada program transformasi kerajaan yang beliau rencanakan. Ada juga yang melihat keadaan ekonomi memainkan peranan penting dalam apa-apa keputusan Perdana Menteri dalam menetapkan tarikh untuk pilihan raya umum ke-13.

Walau bagaimanapun, nasib Anwar dikaitkan dengan Najib. dengan mempercepatkan pilihan raya umum sebelum perbicaraan Anwar berakhir menunjukkan kepada pengkritik Najib bahawa Perdana Menteri sedang panik dan cuba untuk memulihkan apa-apa kerosakan dari segi politik hasil daripada perbicaraan itu. Senario alternatif adalah lebih menakutkan kerana memenjarakan Anwar boleh menimbulkan bantahan keras di dalam dan diluar negara, malah BN dan Umno mungkin tidak akan dapat pulih sebelum pilihan raya umum ke-13 walaupun sehingga berakhirnya mandat kerajaan pada tahun 2013.

Ramai melihat kes liwat Anwar sebagai tidak adil dan caj yang dibuat terhadap bekas timbalan perdana menteri itu yang satu masa dahulu merupakan bintang Umno saja-saja direka dan merupakan kezaliman terhadap pemimpin Pakatan itu. Dia dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, masih merupakan orang-orang yang berpengaruh dalam Pakatan walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi mereka. Malah kehadiran mereka di perhimpunan PKR dan Pakatan boleh menguja orang ramai dan pengaruh mereka ke atas angin perubahan politik mungkin tidak terukur dalam bulan-bulan yang akan datang.

Terdapat juga badai yang melanda parti-parti komponen BN dan seruan kepada pemimpin-pemimpin Umno untuk "mengeluarkan kepala mereka dari pasir" dan menangani cabaran-cabaran yang melanda negara. Ini juga boleh memaksa Najib untuk menetapkan tarikh bagi pilihan raya . Beberapa pemimpin komponen BN juga sedang berkira untuk menarik diri daripada pakatan itu untuk menyelamatkan diri mereka daripada kejatuhan yang mereka semakin rasakan. Setakat ini Perdana Menteri masih dapat memegang pengaruh terhadap mereka dan menghapuskan keretakan yang perlahan-lahan muncul.

Retak tersebut boleh membesar dan tidak dapat diperbaiki lagi jika PKR dan Pakatan berjaya meraih simpati walau apa jua hasil perbicaraannya Anwar itu nanti.

Malaysia Chronicle



Tiada ulasan: