Selasa, 20 September 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Astro mohon padam video hina Islam Hantu Bonceng di Youtube

Posted: 19 Sep 2011 11:57 PM PDT

SEBUAH email diterima oleh MiLo SuaM hari ini, memaklumkan bahawa video babak penghinaan terhadap Rasulullah dalam filem Hantu Bonceng yang diupload di Youtube sebelum ini telah dipadam [Hina Rasul].

Ini berikutan pihak Astro Sdn Bhd meminta Youtube berbuat demikian dengan alasan hak cipta. Sebenarnya alasan ini tidak dapat diterima, kerana isu penghinaan terhadap Islam jauh lebih penting. Jelas pihak Astro lebih mementingkan keuntungan.



Berikutan hal itu, ReJaM© telah memindahkan fail tersebut ke facebook. Bagi orang ramai yang tidak sempat menonton video tersebut, jangan bimbang ia kini sudah diupload kembali. Cheers...



ReJaM© "Sila download dan upload kembali video ini untuk sebaran..."

Panas! Rumah Mat Sabu dibaling bom petrol!

Posted: 19 Sep 2011 03:08 PM PDT

JIKA sebelum ini, sekumpulan samseng United Malays No Otak dilaporkan telah menyerang rumah Mat Sabu di Guar Cempedak, rujuk sini [Panas]

Kali ini, maklumat yang diterima dari twitter Chegubard mendakwa bahawa rumah Mat Sabu telah dibaling dengan bom petrol pulak [Twitter].


Hishamuddin Rais turut menyiarkan bahawa ada cubaan untuk membakar rumah Mat Sabu di blog beliau. Bagaimana pun hanya pagar rumah Mat Sabu yang berjaya dibakar.

Tambah menghairankan, lampu jalan berhampiran turut terpadam seolah-olah sudah ada perancangan rapi dari si pengkhianat [Tukar Tiub].

Biasanya semut kat dalam hutan pun Polis boleh tahu IP Adressnya, boleh tahu alamat facebooknya malah boleh tahu tarikh lahir jirannya.

Kita lihat nanti betapa susahnya Polis nak tangkap pengkhianat yang baling bom petrol ni, cari jarum dalam laut pun tak susah macam ni.

ReJaM© "Kalau rumah Najib yang kena baling, tak sampai dua minit..."

Gambar bogel Anwar disebar sempena jamuan Hari Raya

Posted: 19 Sep 2011 05:04 AM PDT

SEPERTI biasa, politik lucah terus dimainkan untuk merosakkan minda rakyat dan anak-anak kita.

Di internet, rakyat disajikan dengan video seks tanpa tapisan di blog-blog pro United Malays No Otak aka UMporNO, di dunia nyata bahan lucah juga digunakan untuk meraih sokongan rakyat kepada Parti Lucah, UMporNO.

Terbaru, seperti yang dilaporkan di Sinar Harian, gambar bogel Anwar Ibrahim disebarkan di Sungai Petani Kedah dipercayai sempena Jamuan Hari Raya yang bakal diadakan di kawasan tersebut [Sinar].

United Malays No Otak kini bergantung harap kepada bahan lucah untuk terus berkuasa. Bahan-bahan lucah akan terus disebarkan kepada orang kampung, ayam, itik, lembu dan kambeng. Biarkan minda anak-anak kita rosak asalkan parti lucah terus memerintah negara ini.

ReJaM© "Kalau tak melucah bukan UMporNO namanya..."

Tiada ulasan: