Selasa, 20 September 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Panas - Pegawai Imigresen Ingatkan Pemohon PR Supaya Undi Barisan Nasional

Posted: 20 Sep 2011 12:05 AM PDT

Seorang pemastautin tetap yang memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan negara ini mendakwa pegawai imigresen memaklumkan kepadanya bahawa tugas utamanya, jika diberikan kerakyatan, adalah untuk mengundi "parti pemerintah ".

Dalam temubual e-mel, pemohon yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia itu, berkata pegawai imigresen berkenaan berkata demikian ketika dia diwawancara dalam proses bagi mendapatkan kerakyatan.

"(Mereka bertanya kepada saya) Apa yang anda akan lakukan dengan kewarganegaraan Malaysia? Apakah tugas utama anda?


"Saya jawab bahawa saya akan sokong perjuangan anak-anak muda kerana ia minat saya," katanya, sambil meminta identitinya tidak didedahkan kerana bimbang ini akan menjejaskan keputusan permohonan itu.

"(Mereka menjawab) 'Salah! Jawapan yang betul ialah mengundi parti pemerintah kerana mereka memberi anda taraf penduduk tetap'."

Pemohon yang menghubungi Malaysiakini dan menceritakan pengalamannya pada Sabtu lalu, berkata ibu bapanya juga telah dimaklumkan perkara yang sama. Mereka telah berhijrah ke Malaysia dari Asia Selatan pada tahun 1970-an apabila ditawarkan jawatan profesional di negara ini.

"Saya tidak ingat apa yang saya katakan selepas itu, mungkin sesuatu tentang 'bagaimana jika parti pemerintah berubah pada masa depan, semasa saya layak mengundi?' yang mana mereka kata tidak mungkin," katanya.

"Taraf penduduk tetap bukan 'hadiah'. Saya dilahirkan dan dibesarkan (di sini), tetapi kerana kekurangan jus soli, saya dilabel sebagai rakyat asing."

(Jus soli merujuk kepada prinsip bahawa kewarganegaraan seseorang ketika lahir adalah ditentukan oleh tempat kelahiran.)



Liwat 2 - Pendakwa Buat Lawak Bodoh Di Mahkamah

Posted: 20 Sep 2011 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendakwaraya dalam kes perbicaraan fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim sedaya upaya menegakkan benang yang basah ketika menyoal balas saksi pembela, Dr Brian McDonald.

Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden memaksa Pakar DNA Australia itu bersetuju dengan kandungan jurnal Thailand bahawa sel DNA dari air mani boleh bertahan lebih 100 jam.

Berikutan itu, McDonald membantah kerana tidak memahami kandungan yang bertulis dalam bahasa Thai itu.

"Kamu minta saya untuk setuju tentang sesuatu yang saya tak faham. Saya takkan lakukan.


"Saya rasa tiada siapa dalam mahkamah ini yang boleh baca bahasa Thai," kata Brian, mengundang ketawa mereka yang berada di galeri awam.

Terdahulu, Yusof mengemukakan jurnal dalam bahasa Thai dan meminta McDonald bersetuju dengan rujukan tersebut.

Beliau merujuk tiga jurnal perubatan kes rogol di luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih 100 jam di dalam vagina seseorang wanita.

Kandungan dokumen tersebut digunakan Yusof untuk menyokong hujahnya sebelum ini bahawa perolehan sel DNA dari air mani yang dibuat oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora adalah terpakai.

Sementara itu, peguam pembantu Sankara Nair berkata, andaian yang dibuat Yusof tidak kukuh kerana merujuk kepada jurnal yang diterbitkan di United Kingdom pada 1982 bahawa sel DNA hanya bertahan selama 65 jam.

"Bahagian yang tertulis tentang perkara itu dalam Bahasa Inggeris hanya satu perenggan.

"Jurnal yang sama menyatakan calitan (swap) itu bertahan lebih 100 jam hanyalah yang diambil dari vagina wanita.

"Manakala, calitan dari rektum hanya bertahan selama 65 jam," kata Sankara ketika ditemui di perkarangan mahkamah.

Mengikut laporan sebelum ini, calitan yang diambil dari rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan berusia 56 jam dari tarikh kejadian didakwa berlaku, dan disimpan lagi selama 43 jam sebelum diuji ahli kimia.

Hakim Datuk Zabiden Mohd Diah menangguhkan perbicaraan sehingga jam 2.30 petang



Komunis - Mat Sabu Akan Didakwa Esok

Posted: 19 Sep 2011 11:22 PM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

Peguam Hanipa Maidin (gambar, kanan) berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis akan didakwa bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Tambahnya, pendakwaan terhadap anak guamnya dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".


Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hanipa berkata, pihaknya mempertahankan Mohamad tidak patut dituduh di mahkamah.

"Sepatutnya mereka dakwa Utusan (yang menyiarkan laporan itu)," katanya yang juga peguam PAS.

Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali.



Zainal Kling: Salah jika kata Tanah Melayu dijajah lebih 400 tahun

Posted: 19 Sep 2011 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept — Sementara polemik sama ada negara ini dijajah ataupun sebaliknya berterusan, ahli Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Zainal Kling menegaskan, Tanah Melayu tidak pernah terjajah walaupun kesan pentadbiran British merupakan satu bentuk 'penjajahan'.

Malah kata beliau, adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun melibatkan kuasa Eropah dan Jepun.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam banyak ucapannya pernah menggunakan atau memetik bahawa negara ini telah dijajah oleh kuasa asing lebih 450 tahun.

Kata Zainal, penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kata beliau dalam penjelasan panjang lebar disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

Beliau yang berhadapan dengan kritikan ekoran pandangannya awal bulan ini berkata, "yang ditegaskan di situ ialah kedudukan Tanah Melayu dalam sejarah yang panjang dan khusus di zaman British tidak pernah menjadi koloni atau tanah jajahan."

"Kedudukan yang diiktiraf ialah sebagai 'negeri-negeri naungan' atau 'protectorate'.

"Daripada ulasan sejarahwan dan pengkaji sejarah, kenyataan itu dianggap benar walaupun ada ulasan bahawa kedudukan itu hanyalah sebagai legal fiction (sebagaimana dikatakan) oleh Dr Chandra Muzaffar, Tun Dr. Mahathir menambah, 'the advisor became the ruler' dan Profesor Emeritus Khoo Kay Kim bersetuju secara am," katanya lagi.

Kata beliau, kenyataan akhbar itu pada 9 September lalu mengakui berlakunya 'penjajahan' oleh British di Tanah Melayu meskipun Tanah Melayu adalah sebuah 'protectorate'.

"Justeru percanggahan antara sifat naungan secara de jure sifat penjajahan secara de facto, maka dijelaskan dua ulasan pengkaji sejarah — Roland S. J. Braddell, seorang peguam penasihat Sultan Johor dan Raja-Raja Melayu yang menganggap penjajahan itu sebagai 'pecah amanah' terhadap kedudukan perundangan negeri-negeri Melayu atau Rupert Emerson, sejarawan Harvard, sebagai 'pemerintahan tak langsung'," katanya lagi.

Zainal berkata, pada sidang media itu diperkatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi tanah jajahan atau koloni pada sebarang masa sejak kejatuhan Melaka pada 1511.

"Adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun," katanya.

Katanya, ucapan dituturkan sebagai membentang 'kenyataan akhbar' yang telah diedarkan oleh Urusetia Majlis Profesor Negara kepada semua wakil media, baik media cetak mahupun media elektronik yang hadir.

"Ucapan kepada media itu adalah intisari amat ringkas kepada 'kenyataan akhbar' MPN yang memilih untuk mengulas dua 'persoalan sejarah' yang penting daripada kontroversi yang timbul terhadap petikan ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada 21 Ogos 2011. Tumpuan Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya dalam kenyataan akhbar itu ialah 'penjajahan' dan 'perjuangan'.

"Berkaitan isu penjajahan itu, yang dikutip ialah kenyataan berikut: — Tanah Melayu adalah negara naungan yang diiktiraf kedaulatan dalamannya. Kerana itu pemerintahan Tanah Melayu adalah termasuk Institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu... Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Tidak Bersekutu tidak pernah menjadi tanah jajahan British," katanya lagi dalam penjelasan hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Harakahdaily 16 September lalu, Zainal menjelaskan pendiriannya — beliau juga melihat kemunculan kuasa Eropah itu sebagai satu "penjajahan."

"... ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain," kata beliau.

Namun, kata beliau, terdapat sedikit perbezaan antara penjajahan berbentuk koloni seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang serta di Kanada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk "protectorate" dalam Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu.

Katanya, Singapura mempunyai Sultan Husin Syah tetapi kerana pulau itu sebuah koloni, maka institusi raja tersebut terhapus begitu sahaja.

"Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah 'protectorate' maka institusi raja, keistimewaan Melayu serta pelbagai peruntukan perundangan Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri itu dapat kekal hingga menjadi bentuk kerajaan pada masa ini.

"Perbezaan 'tipis' (seperti kata pakar perlembagaan Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang," kata Zainal lagi.

Selain Zainal, pendirian yang seiring juga dilontarkan oleh Khoo.

Kenyataan mereka mengundang kontroversi baru ketika polemik mengenai kenyataan berkaitan tragedi Bukit Kepong pula belum reda.

Malah awal minggu lalu, Dr Mahathir mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Perdana Menteri keempat itu berkata, British telah bertindak seolah-olah "kita dijajah."

Bagaimanapun Pengerusi Yayasan 1 Malaysia Dr Chandra Muzaffar tidak bersetuju dengan pendirian mereka sambil menegaskan negara ini pada hakikatnya telah dijajah oleh kuasa asing termasuk British.



Cubaan Membakar Rumah Mat Sabu Malam Tadi

Posted: 19 Sep 2011 05:43 PM PDT

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS


percubaan membakar rumah mat sabu di shah alam

jam 12.00 tengah malam tadi
lampu jalan padam
rumah mat sabu telah cuba dibakar

si pembakar yang tidak diketahui
telah membalingkan minyak petrol
yang terbakar hanyalah pagar rumah mat sabu

tidak diketahui kerja siapkah ini
dan kenapa lampu dijalan raya padam
ketika ini

nota:
berita diterima dari
isteri mat sabu


nota:
jam 2.06 pagi






PAS Kedah Beli Kereta Sebuah Jadi Isu, Melaka Beli Plat Nombor RM317,000 Kenapa Diam?

Posted: 19 Sep 2011 05:37 PM PDT

Riuh rendah pasal kerajaan negeri Kedah membeli sebuah kereta Mercedez yang baru sedangkan sejak memerintah Kedah lebih dari 3 tahun inilah pertama kali kerajaan negeri Kedah membeli kereta Mercedez itupun sebuah sahaja sedangkan negeri BN membeli berpuluh-puluh buah tidak pula mereka bising.

Menteri Besar Kedah sendiri menyatakan kereta itu bukan kegunaan beliau sahaja tetapi untuk kegunaan tetamu kenamaan negeri. Menurutnya beliau lebih selesa menggunakan kereta rasmi yang dibeli oleh kerajaan negeri terdahulu.


Baru--baru ini kerajaan negeri Melaka mahu membida nombor plat kereta MCC1 - MCC15 dengan harga RM317,000. Tetapi tiada pula yang bising dan membantah kecuali PAS. Inilah sikap double standard mereka yang memang suka membazir.

Baru-baru kerajaan negeri Kedah dilaporkan membeli sebuah kereta Mercedez Benz S Class dengan nombor pendaftaran KCX 8. Tindakan mengundang kecaman pelbagai pihak.

Mutaligat



Kehebatan Suara Wanita Pertama Negara

Posted: 19 Sep 2011 04:20 PM PDT






PRU13 Sebelum Krismas

Posted: 19 Sep 2011 07:39 AM PDT

DIPERCAYAI Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan sebelum Hari Natal 25 Disember akan datang.

Tanda-tanda pilihan raya sudah hampir berdasarkan perlantikan pengurus pilihan raya bagi Parlimen sudah pun dibuat.

Sudah ada pegawai pengurus pilihan raya itu telah menerima perlantikan dari Suruhanjaya Pilihan Raya.

Seorang daripadanya memberitahu saya, dia sudah menerima perlantikan itu.

Dia tidak diberitahu bila pilihan raya itu akan diadakan kerana tarikhnya tidak dinyatakan, tetapi dia menunggu arahan bila latihan persiapan akan diadakan.


Dengan maklumat itu dapat diduga bahawa pilihan raya sudah hampir.

Ia adalah tanda awal selepas jenteri pilihan raya BN sudah selesai mengadakan pilihan raya olok-olok dan Perdana Menteri sudah pun menjelajah ke seluruh negara bagi meningkatkan persiapan jentera pilihan raya partinya.

Apa pun ia tidak mungkin diadakan sebelum bulan Disember, pertama disebabkan latihan bagi pegawai pengurus dan lain-lain kaki tangan bagi peti undi belum bermula.

Ia tidak mungkin dibuat sebelum Oktober kerana menjelang Oktober rombongan haji ke Mekah mula berangkat.

Tidak ada kemungkinan pilihan raya itu akan diadakan dalam musim haji kerana Suruhanjaya Pilihan Raya pernah ada pengalaman mengadakannya dalam musim haji dalam tahun 1980an dulu.

Ada calon dari Wanita UMNO Pulau Pinang yang sudah berada di Tanah Suci terpaksa balik kerana bertanding. Ia satu kesalahan bagi ibadat haji bagi jamaah yang sudah berada di Mekah kembali ke tanahair sebelum mengerjakan haji.

Tindakan kerajaan bersetuju mengadakan pilihan raya dalam musim haji itu adalah perampas hak pengundi yang mengerjakan haji dari melakukan tanggungjawab menentukan wakil dan kerajaan yang hendak dipilihnya.

Beribu-ribu jamaah haji telah hilang peluang mengundi dan mereka hanya mengikut perkembangannya dari jauh.

Jamaah yang malang itu adalah pengundi bagi calon PAS dan BN khususnya UMNO. Mereka saja yang menunaikan haji.

Ia tidak menjejaskan pengundi DAP dan lain-lain pengundi BN bukan Islam. Tindakan itu merugi pengundi Islam saja. Jelaslah tindakan itu bersifat merampas hak orang Islam.

Menjelang pilihan raya itu saya pernah menulis rencana menyeru umat Islam yang bercadang untuk menunaikan haji tahun itu membatalkan hasratnya ke Mekah kerana mengundi itu lebih aula. Ia hanya berlaku empat atau lima tahun sekali dan rakyat wajib mengutamakan pengundi kerana ia menentukan kerajaan yang hendak ditegakkan. Adapun haji ada setiap tahun.

Mursyidul Am PAS sekarang, ketika itu belum menjadi Menteri Besar Kelantan telah menyokong saranan rencana saya itu.

UMNO tidak dapat memberi jawapan atas kecaman pembangkang atas kejadian itu.

Dipercaya UMNO yang membelenggu SPR tidak mahu kejadian itu berulang.

Jamaah haji hanya selsai pulang menjelang hujung bulan November. Maka selepas itu barulah pillihan raya itu akan diadakan.

Apapun ia tidak mungkin adakan hujung bulan itu kerana ia sedang dalam musim peperiksaan. Beberapa peperiksaan sekolah menengah belum selesai. Pillihan raya tidak mungkin diadakan sebelum selesai peperiksaan kerana ia melibatkan guru-guru sebagai pengendali hari mengundi dan sekolah sebagai tempat tempat mengundi.

Masalah yang besar dalam bulan Disember selalunya ia adalah musim hujan di pantai timur. Ia boleh menyukarkan jika musim hujan itu diikuti oleh banjir.

Tetapi banjir sekarang tidak lagi semestinya hujung tahun saja dan tidak saja di pantai timur. Ia boleh berlaku di mana-mana saja dan bila-bila masa.

Bagi hujung tahun ini tiada lagi masa yang lebih baik selain dari bulan Disember, dan ia mestilah sebelum hari Krismas.

Jika tidak diadakan waktu itu, maka ia terpaksa memikirkan tahun 2012 pula.

Subky Latif



Mahathir Kata ISA Tak Kejam..

Posted: 19 Sep 2011 06:17 AM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata langkah itu akan memberi lebih kebebasan kepada rakyat Malaysia.

Namun, Dr Mahathir (bawah) menegaskan ISA yang diwarisi sejak zaman British sebenarnya tidaklah terlalu kejam kerana rakyat Malaysia masih bebas memberi pandangan dan pendapat mereka.


"Tidak semua mereka yang membuka mulut terus ditahan di bawah ISA... dan tanggapan bahawa Malaysia tidak bebas kerana ISA juga tidak tepat," katanya pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran KelabChedet.com di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata tindakan menghapuskan ISA meletakkan Malaysia "pada tahap moral yang tinggi", malah boleh dianggap setahap lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

"Selepas penghapusan akta itu, kita boleh mulakan kempen untuk minta mereka lepaskan tahanan tanpa bicara, sebagai contoh, di kem tahanan Teluk Guantanamo.

"Masih ada yang ditahan sejak 10 tahun lepas dan tidak dibicarakan, ditahan hanya kerana mereka orang Islam," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata Malaysia kini lebih liberal dengan penghapusan ISA dan berhak membuat tuntutan seumpama itu terhadap negara seperti Amerika dan Britain.

"Dulu mereka menegur Malaysia kononnya zalim, menahan tahanan tanpa perbicaraan, namun itu yang mereka lakukan sekarang ini.

"Mungkin mereka baru sedar dalam situasi tertentu, Malaysia terpaksa menahan orang tanpa perbicaraan, namun apa yang mereka lakukan di Teluk Guantanamo lebih kejam dengan meluluskan undang-undang yang membenarkan penyeksaan tahanan," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir khuatir puak pelampau dan perkauman di Malaysia akan mengambil kesempatan untuk membuat kenyataan yang akan merugikan negara apabila ISA dihapuskan.

Sementara itu, bekas perdana menteri itu berkata beliau menggunakan blog sebagai medium untuk berkomunikasi dengan orang ramai.

"Melalui blog saya mampu membuat teguran dan menyampaikan pandangan untuk dikongsi bersama," katanya.

Berpendapat teguran yang dibuat dalam blog beliau sebagai satu keperluan, Dr Mahathir berkata blog harus digunakan untuk menyampaikan sesuatu yang betul.

Bernama



Kejatuhan Umno Pasti akan tiba..

Posted: 19 Sep 2011 04:35 AM PDT

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah menyertai perdebatan sama ada Malaya pernah dijajah oleh British. Bekas Presiden Umno itu berkata belia u bersetuju dengan Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah "secara teknikalnyal" dijajah, Sebaliknya, British yang seolah-olah bertindak memberi arahan.

"Secara teknikanya kital tidak pernah dijajah. Apa yang berlaku adalah para Sultan memutuskan untuk menjemput pihak British untuk datang dan menasihatkan mereka tentang bagaimana untuk mentadbir tanah Melayu. Dalam erti kata lain, kami tidak ditawan. Seperti Pulau Pinang, kita telah dibayar untuk memberi mereka pusat perdagangan. Tetapi hakikatnya adalah apabila pihak British di sini, mereka beroperasi seolah-olah menjajah kita., British tidak menasihati, mereka seakan-akan memberi perintah," Mahathir yang berusia 85 tahun memberitahu sidang akhbar.

Umno tidak boleh kalah pada Mat Sabu

Pandangan beliau berkonflik dengan bebrapa orang pemimpin Melayu yang lain termasuk mursyidul am PAS yang berusia 79 tahun, Nik Aziz Nik Mat, Ketua Pembangkang, yang berusia 64 tahun, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Hadi Awang. Mereka pada hujung minggu yang lalu, mengutuk Umno kerana seolah-olahh cuba menulis semula sejarah untuk memuliakan parti mereka sendiri.


"Ada seorang wartawan telah meminta pandangan saya tadi tentang beberapa orang profesor yang telah mendakwa bahawa negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah. Saya jawab orang ini telah lama tidur dalam gua, baru bangun dari tidur, dan dalam keadaan separuh sedar, kini mula merepek sebab dah terlalu lamaduduk dalam rahim penjajah, "kata Nik Aziz kepada pemberita di Kota Baru pada hari Isnin.

Fakta penjajahan telah diterima oleh rakyat Malaysia tanpa soalan, termasuk Umno, sejak 31 Ogos, 1957. Ia tiba-tiba menjadi isu utama negara yang harus dimenangi Umno atau ia akan hilang kredibiliti dikalangan pengundi Melayu.

Ini adalah permainan dimana Umno tidak boleh kalah, akibat kehilangan kepercayaan orang bukan Melayu, ia tidak boleh juga kehilangan undi orang Melayu yang benar-benar diperlukan sekarang. Inilah sebabnya mengapa ia telah menimbulkan isu ini semasa sambutan hari raya bagi menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang semakin popular. Ia cuba untuk mendapatkan pengundi dikalangan veteran tentera dan polis supaya membenci Mat Sabu dan PAS yang mempertahankan bahawa Mat Indera yang dikatakan komunis adalah sebenarnya wira.

Tetapi sekarang, pemimpin-pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mula dilabel sebagai pendusta besar. Dengan bersetuju dan menyokong pada pendapat yang berbeza daripada apa yang sudah lama diterima sebagai sejarah negara, Umno kini harus bersedia untuk kehilangan keyakinan daripada masyarakat yang paling diharap-harapkan olehnya.

"Ini adalah peluang yang terakhir dari orang Melayu, penipuan yang terakhir. Mereka kini boleh melihat sendiri bagaimana korupnya Umno. Malah dalam hal-hal sebagai penting seperti sejarah, ia bersedia untuk mengubah dan menukarkan fakta-fakta. Bagi saya, ini adalah Pengakhiran Umno adalah dalam pilihan raya ke-13. Melayu pasti akan meninggalkan UMNO, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Kekeliruan

Hanya beberapa hari lalu, Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin memberitahu bahawa sukatan pelajaran sejarah untuk sekolah-sekolah akan dikaji semula berikutan "penemuan baru" kisah silam negara. "Kita boleh pergi lebih jauh ke ke masa lampau sejarah dan kita boleh bermula bukan dari 1400 tetapi dari awal-awal lagi," kata Khalid kepada pemberita pada hari Jumaat.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS, Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa telah menyeru MPN atau Majlis Profesor Negara untuk menarik balik gelaran profesor Kling Zainal itu.

"Kami juga menuntut bahawa dia menarik balik kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak pernah dijajah tetapi semata-mata dilindungi oleh British," kata Mujahid kepada pemberita di Pulau Pinang.

Zainal membuat gempar pada minggu lepas, apabila berhujah bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi sebuah tanah jajahan tetapi hanya "naungan". Motif-Nya adalah semata-mata untuk membuktikan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu salah dalam menyatakan bahawa pejuang kebebasan Melayu seperti Mat Indera dan Putera-AMCJA telah berjuang untuk kemerdekaan dan akan menang, jika tidak kerana Umno menikam mereka dari belakang dan memaksa beberapa orang bergabung tenaga dengan Parti Komunis untuk melawan British.

Mat Indera adalah seorang wira bagi orang Melayu pada masa lalu, tetapi dilabel sebagai pemberontak Komunis oleh British kerana dia menentang mereka. Namun, bagi Zainal Kling, hanya Singapura, Melaka dan Pulau Pinang telah dijajah lebih 400 tahun yang lalu, kecuali tempoh antara 1946 dan 1947, apabila Malaya berada dibawah penjajahan Jepun semasa Perang Dunia II.

Pembohongan yang terang

Seperti kebiasaan di 'Bolehland, dimana telah dipopularkan oleh Mahathir dan UMNO beliau menegaskan, terdapat pihak tertentu yang telah menulis semula sejarah kita.

"Saya tealah melalui masa di bawah pemerintahan British, Jepun, Thai, dan kemudian pentadbiran tentera British dan orang awam, dan akhirnya kemerdekaan Malaysia. Saya telah memerhatikan sejarah di depan mata saya, dan saya mendapati bahawa ada orang yang membuat kenyataan-kenyataan yang tidak relevan langsung, bukan fakta. Saya fikir penting supaya mereka tidak cuba mencipta sejarah dan berpegang kepada fakta-fakta sejarah, "kata Mahathir.

'Bolehland' merujuk kepada jenama politik Mahathir yang diamalkan semasa pemerintahan beliau dari tahun 1981 hingga 2003. Mahathir sering akan menuduh orang lain atau menyalahkan orang lain untuk melakukan dengan tepat apa yang dia lakukan atau cuba untuk berbuat sesuatu pada masa yang sama. Ia adalah seperti usaha yang berani untuk mengelirukan dan menipu rakyat, sama seperti pencuri yang melakukan 'rompakan siang hari' untuk kebenaran.

Malaysia Chronicle



Husam Saman Kickdefella RM5 Juta

Posted: 19 Sep 2011 03:34 AM PDT

KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.


Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.

Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT' pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel 'SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN' yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel 'HUSAM ITU PEMBOHONG' pada hari Ahad 3 Julai 2011.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu (1) hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.

Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar 8% setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan suaimanfaat.



Tiada ulasan: