Jumaat, 16 September 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


PM Bangladesh sahkan rakyatnya jadi rakyat Malaysia?

Posted: 15 Sep 2011 02:42 PM PDT


SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM memaklumkan bahawa, sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia.

Laman sesawang itu yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dipercayai sebuah laman sesawang rasmi Kerajaan Bangladesh.

Laman itu antara lain menyatakan bahawa sumber yang diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa, sebilangan Pekerja Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan.

Malah mereka juga diberikan hak untuk mengundi pada pilihanraya umum Malaysia yang akan datang.

Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah [www.ngoab.gov.bd]

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, juga dilaporkan oleh laman sesawang itu, menyeru rakyatnya agar mengambil kesempatan di atas peluang ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan negara.

ReJaM© "Jika maklumat ini benar, Negara kita sedang digadai di depan mata..."

Semua tahanan ISA wajib dibebaskan segera tanpa syarat!

Posted: 15 Sep 2011 10:00 AM PDT


JINGGA 13 mengalu-alukan pengumuman YAB Perdana Menteri yang telah memansuhkan undang-undang drokanian Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA.

ISA merupakan undang-undang peninggalan penjajah Brotish sejak 1948, dengan nama Emergency Regulations Ordinance dan diwartakan pada tahun 1957 dengan nama Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara.

Jingga 13 berpendapat bahawa undang-undang zalim ini sepatutnya sudah lama dihapuskan oleh kerajaan Malaysia lebih-lebih lagi ia telah disalahgunakan untuk kepentingan pemerintah. Walaupun pemansuhan ini dilihat "menciplak" salah satu daripada 10 janji program 100 hari Pakatan Rakyat, namun usaha ini adalah wajar disokong.

Jingga 13 mengharapkan agar undang-undang baru yang bakal dilaksanakan adalah lebih adil dan saksama di dalam membendung aktiviti pengganas dan subversif yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat Malaysia serta bukan diwujudkan bagi kepentingan pemimpin dan politik semata-mata.

Justeru bagi merealisasikan pemansuhan akta zalim ini, Jingga 13 mendesak agar kem tahanan ISA Kamunting ditutup dengan segera dan kesemua tahanan ISA dibebaskan tanpa syarat bagi membolehkan mereka kembali ke pangkuan keluarga.

Jingga 13 juga mengucapkan Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator Jingga 13


ReJaM© "Satu kemenangan kepada rakyat..."

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuh, rakyat menang!

Posted: 15 Sep 2011 07:08 AM PDT

AKHIRNYA suara rakyat terbukti sebagai suara keramat. Sebentar tadi sempena Hari Malaysia, 16 September 2011 Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta zalim ISA.

MiLo SuaM mengucapkan syabas kepada pentadbiran Najib, kerana memansuhkan akta yang menjadi alat pemerintah zalim ini [Msiakini].


Apa yang jelas, salah satu janji 100 hari Pakatan Rakyat, jika berjaya mentadbir Malaysia untuk memansuhkan akta zalim ini bukan perkara yang mustahil untuk dilaksanakan. Malah ia sudah dilaksanakan oleh Najib. Sembilan lagi yang tinggal.

Rakyat akan terus bersuara, akan terus mendesak perubahan demi perubahan di dalam menyuburkan demokrasi di negara ini. Suara rakyat suara keramat!

ReJaM© "Apa kata gerombolan gila kat bawah ni? Kah kah kah..."

Pengundi Sembrong bongkar taktik pancing undi Hishammuddin

Posted: 15 Sep 2011 01:58 AM PDT

KALAU korang perasan, Hari Raya kali ini, wakil rakyat Barisan Nasional kawasan sedang berusaha keras untuk memancing undi.

Macam-macam cara yang tak pernah dibuat sejak berpuluh tahun jadi wakil rakyat, mula digunakan untuk mengumpan para pengundi di kawasan mereka.

Di bawah ini screenshot email yang diterima dari salah seorang pengundi Sembrong, Johor kawasan Hishammuddin Tun Hussien. Pengirim ini adalah salah seorang penduduk yang muak dengan kerenah wakil rakyat yang berpura-pura baik untuk memancing undi.



Tanya dengan Hishammuddin, bila menteri ambil nombor telefon orang tanpa persetujuan, satu kesalahan atau tidak?

Berapa banyak dia bayar untuk dapatkan senarai no telefon pengundi Sembrong? Dapat dari mana? Siapa dia bayar? Duit siapa yang dibelanjakan?

Maklumat yang diterima dari salah seorang yang pernah terlibat dengan kerja-kerja begini, ada ahli politik yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan nombor telefon pengundi kawasan mereka dari kedai-kedai telekomunikasi yang menyimpan ribuan nombor telefon berdaftar.



ReJaM© "Nak dekat pilihanraya macam-macam taktik digunakan..."

Tiada ulasan: