MiLo SuaM |
- Panas! Bukti kukuh Sejarah Malaysia dipesongkan!
- Sah lagi sahih! Najib di Perth, Australia pada 31 Ogos!
- Bakal besan Rosmah terlibat kes kehilangan usahawan terkenal Kazakhstan?
| Panas! Bukti kukuh Sejarah Malaysia dipesongkan! Posted: 03 Sep 2011 01:29 PM PDT SILA lihat tugu negara (sebut tokong negara) ini baik-baik! Selama ini, setiap kali hari pahlawan, perdana menteri akan meletakkan kalungan bunga di tugu ini kononnya sebagai tanda memperingati pejuang kemerdekaan yang terkorban. Kononnya inilah pejuang kemerdekaan yang terkorban atas nama keamanan dan kebebasan. Malah terpahat tulisan "May the blessing of Allah be upon them". Pejuang-pejuang ini didoakan agar memperolehi rahmat dari Allah. Namun hakikatnya, siapa yang percaya bahawa nama-nama pejuang yang terpahat di tokong negara ini sebagai pejuang, maka dia telah berjaya ditipu oleh British. Lihat bukti di bawah ini. ![]() Kenapa banyak nama Mat Saleh? Mat Saleh penduduk majoriti Tanah Melayu ke? Orang Melayu semua pergi mana? Kah kah kah... Rupanya negara ini negara British! Sebab itulah pejuang kemerdekaan adalah askar-askar British! Orang Melayu semua dipanggil komunis kah kah kah... Kenapa ukiran wajah muka patung macam muka orang putih? Orang Melayu zaman dulu macam muka orang putih ke? Kah kah kah... United Malays No Otak kata, ini fakta sejarah, siapa tak percaya sejarah ini dia penyokong komunis kah kah kah... Mari sama-sama kita doakan askar-askar kafir British ini semoga roh-roh mereka dicucuri laknat kah kah kah... (kalau ada askar British yang beragama Islam doa ini terbatal) ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tau British tu penjajah bukan pejuang!" |
| Sah lagi sahih! Najib di Perth, Australia pada 31 Ogos! Posted: 03 Sep 2011 11:56 AM PDT DALAM artikel sebelum ini di MiLo SuaM, ReJaM© ada membangkitkan isu Najib Tun Razak ke Perth Australia di saat negara sedang menyambut hari kemerdekaan yang ke 54. Dakwaan itu disokong oleh dua keping gambar jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan Najib yang dilihat mendarat di Perth Autralia. Jet peribadi itu dikenal pasti melalui logo 1 Malaysia di ekornya [Najib Perth Australia]. Ramai pihak yang mengecam dakwaan itu, kononnya ReJaM© membuat fitnah. Ada yang mendakwa jet itu tidak dinaikki oleh Najib dan sebagainya. Kali ini ReJaM© berani mengesahkan bahawa Najib memang benar-benar ke Perth Australia pada 31 Ogos lalu. Di bawah ini bukti screenshot laman facebook Kelab Umno Western Australia. Laman facebook itu mengalu-alukan kedatangan Najib ke Perth Australia pada 31 Ogos 2001 sehingga 4 September 2011 [Facebook]. Terima kasih kepada pemberi maklumat yang menggelarkan dirinya sebagai hamba Allah di bumi kanggaroo. ReJaM© "Ada blogger kata Najib pergi buat rawatan lutut kah kah kah..." |
| Bakal besan Rosmah terlibat kes kehilangan usahawan terkenal Kazakhstan? Posted: 03 Sep 2011 03:01 AM PDT UMUM mengetahui bahawa anak perempuan Rosmah Mansor, Nooryana Najwa telah bertunang dengan anak saudara Nursultan Nazarbayev, Presiden Kazakhstan. Tunang Nooryana Najwa adalah anak lelaki Maira Nazarbayev yang juga merupakan bakal besan Rosmah dan Najib [TMI]. Seorang individu yang mendakwa berasal dari Kazakhstan telah memberikan satu link berita yang pernah disiarkan di portal berita terkenal negara itu pada 19 Ogos 2010, Kazakhstan Newsline. Berita tersebut melaporkan kehilangan seorang ahli perniagaan terkenal Kazakhstan selepas bertengkar dengan Maira Nazarbayev [Newsline]. Edgar Salduzi, 34 seorang ahli perniagaan terkenal Kazakhstan dilaporkan hilang sejak meninggalkan rumahnya pada 14 Ogos 2010 lapor Kazakhstan Newsline. Pertengkaran antara Edgar Salduzi dan ipar Presiden Kazakhstan, Maira Nazarbayev telah dilaporkan secara meluas dalam beberapa akhbar terkenal negara Kazakhstan sebelum itu. Sebelum ini heboh di internet dakwaan bahawa bakal besan Rosmah ini ada kaitan dengan mafia Russia, rujuk sini [Mafia Russia] |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan