Blog-list Malaysia |
- Kelab Putera perlu tanggungjawab kematian jurukamera
- PROGRAM JELAJAH UMNO – MERENDAHKAN MARTABAT BEKAS PERAJURIT DEMI POLITIK SEMPIT
- Mustafa Mohamed Dedahkan Kebodohan Awang Adek
- Umno terus serang Mat Sabu untuk lindungi sejarah sendiri
- Kematian menjelang raya dirumah Shafie Apdal disenyapkan?
- Dana khas hingga RM2.5 juta hadapi PRU-13
- Khairy Lebih Baik Jaga Kerusi Rembau Dari Bercakap Soal Komunis
- Najib singkatkan cuti di Perth bagi sambut jenazah
- Pemuda Umno gerak Pentas Patriot ‘lawan’ Mat Sabu
- Utusan Malaysia Umpama ‘Pencuri Di Siang Hari’
| Kelab Putera perlu tanggungjawab kematian jurukamera Posted: 04 Sep 2011 01:07 AM PDT SUBANG, 4 Sept — Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin. Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu. "Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan," kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepada The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini. "Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing," kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini. |
| PROGRAM JELAJAH UMNO – MERENDAHKAN MARTABAT BEKAS PERAJURIT DEMI POLITIK SEMPIT Posted: 03 Sep 2011 11:09 PM PDT Kenyataan Media, 4 Sept 2011 Rancangan Pemuda UMNO untuk mengadakan program jelajah yang akan "menyerang" Timbalan Presiden PAS Hj Mohamad Sabu amatlah mendukacitakan dan tidak perlu. Tindakan ini diputuskan walaupun pelbagai pihak menunjukkan Hj Mohamad Sabu tidak pernah mengagungkan golongan Komunis ataupun mempromosi keganasan dalam ucapan beliau 21 Ogos yang lalu. Apa yang terang lagi bersuluh dalam kontroversi terkini adalah: perbalahan pendapat yang masih belum terhenti mengenai zaman Darurat dan juga zaman-zaman lain dalam sejarah negara membuktikan versi "rasmi" sejarah Malaysia yang diangkat pentadbiran BN belum diterima sepenuhnya semua pihak. Malah ia kelihatan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran dalam masyarakat, dan menyulitkan segala usaha untuk menyatupadukan rakyat. Kita tidak boleh nafikan kewujudan pendapat berlainan mengenai sejarah Malaysia dan kita juga tidak boleh nafikan pelbagai pihak yang masih belum sembuh luka silamnya. Sebagai parti pemerintah, UMNO seharusnya memudahkan perbincangan isu-isu sebegini demi usaha perdamaian nasional, agar sejarah menjadi batu asas dan bukannya batu api kepada masa depan kita bersama. Inilah yang sepatutnya menjadi matlamat parti-parti politik, terutama sayap-sayap pemuda. Yang sedihnya, UMNO sekali lagi mengguna peluang yang ada untuk menimbulkan syak wasangka dan rasa benci di kalangan rakyat Malaysia demi masa depan politiknya sendiri. Walaupun begitu, pasti timbul keraguan di hati pembaca bila melihat pihak ini tiba-tiba begitu beria-ia mahu perjuangkan nasib bekas perajurit. Nampaknya Pemuda UMNO tidak mahu menumpukan usaha mereka untuk betul-betul membantu bekas perajurit dan mereka yang masih berkhidmat, tapi sebenarnya hanya berminat untuk mencerca PAS dan Hj Mohamad Sabu. Sememangnya, jika UMNO benar-benar mahu perjuangkan nasib para perajurit negara, mereka akan perjuangkan hak para perajurit untuk mengundi dengan bebas dan adil dan bukannya mempertahan sistem undian pos yang sedia ada yang menganiaya hak mengundi para tentera dan polis.[1] Lebih dari itu, bukanlah lebih baik jika UMNO menyalurkan masa, wang ringgit dan tenaga mereka untuk membantu bekas perajurit Malaysia yang memerlukan bantuan, dan bukannya untuk menjalankan program-program jelajah sebegini? Bukankah Utusan Malaysia, akhbar alat sebaran mereka, sudah cukup untuk mencerca PAS, Hj Mohamad Sabu dan Pakatan Rakyat amnya? Kita juga terfikir mengapa para "patriot" ini menganggap siri jelajah sebegini lebih membawa manfaat dan kebaikan dari menyokong, mengawas, dan memberi maklum balas kepada badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dan badan-badan seperti itu? Jika mereka bekerjasama dengan badan-badan ini – untuk perjuangkan pembelian aset-aset Exxonmobil, sebagai contoh – pasti pejuang dan perajurit negara akan menikmati kebaikan dan keuntungan, dan kepentingan negara akan terjaga lagi terselamat. Akhir sekali, jika UMNO begitu serius untuk perjuangkan nasib bekas perajurit yang telah berjuang demi tanah air tercinta, bukankah mereka sepatutnya membantu bekas perajurit yang telah berjuang sewaktu Perang Dunia Kedua, yang mana ada di antara mereka yang masih belum menerima pampasan atau bantuan di atas perjuangan mereka? [2] Oleh kerana UMNO berkata ia lah satu-satunya pengasas gerakan kemerdekaan negara kita, UMNO wajib sedar bahawa ia telah mempersendakan prinsip-prinsip asas negara kerana kerajaan pimpinannya masih memperguna empat perisytiharan darurat yang masih wujud, walaupun sudah 54 tahun kita merdeka. Apakah negara kita masih belum aman damai hingga empat perisytiharan darurat ini masih diperlukan? Malah bukankah ini menunjukkan UMNO secara tidak langsung merendahkan martabat para perajurit yang kita kasihi dan memperlekehkan perjuangan mereka selama ini, kerana kononnya negara masih belum selamat dan masih memerlukan empat perisytiharan darurat ini? Atau adakah UMNO yang sebenarnya memerlukan empat perisytiharan darurat ini demi masa depan politik sempit mereka? Sedarlah wahai UMNO, buanglah kepura-puraan kamu, dan marilah berganding bahu bersama Pakatan Rakyat untuk menyembuhkan segala duka lara dan luka negara. UMNO dan lebih-lebih lagi Pemuda UMNO harus sedar bahawa, meminjam kata-kata Edward Murrow, membangkang tidak bererti mengkhianat, dan tiada sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran ataupun rasa cinta kepada negara. Inilah patriotisme sejati. Baca seterusnya disini |
| Mustafa Mohamed Dedahkan Kebodohan Awang Adek Posted: 03 Sep 2011 10:19 PM PDT Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin bahawa kerajaan Kelantan berkemungkinan besar tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya selama-lamanya sebagai satu kenyataan yang berninat jahat dan dangkal serta bernada sumbang. Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kenyatan itu juga membayangkan seolah-olah beliau begitu jahil dengan tanggungjawab kerajaan Pusat dalam menyediakan kemudahan lebuh raya di negeri-negeri di seluruh Malaysia. "Saya juga ingin melahirkan rasa kesal di atas kenyataan tersebut yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, 3 September 2011 yang antara lain turut menyatakan bahawa kerajaan PAS Kelantan telah diberi peluang selama 21 tahun untuk menyelesaikan masalah kesesakan namun gagal untuk mencari jalan penyelesaian. "Adakah Awang Adek baru tersedar dari tidur atau sengaja mencari pertembungan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dalam isu ini, wallahualam," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Beliau juga bertanya sedarkah Awang Adek bahawa pada 1 September 2011, Utusan Malaysia selaku lidah rasmi Umno sendiri di halaman 6 menyiarkan kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang tegas menyatakan bahawa kerajaan Kelantan tidak akan mampu membina lebuhraya kerana pembinaan lebuhraya ialah tanggungjawab kerajaan Pusat. Katanya, jika Awang Adek terlupa untuk membelek akhbar pada hari tersebut, boleh perturunkan kembali kata-kata Mustapha yang antara lain menyebut, "Ini (membina jalan utama) tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk membina kecuali dengan bantuan pihak swasta. Jumlah RM2 bilion sangat besar, tidak mampu jika dibandingkan dengan pendapatan kerajaan negeri…" Soal beliau, bukankah kenyataan itu jelas menunjukkan pengakuan Mustapha sendiri bahawa pembinaan lebuhraya ini bukan merupakan tanggungjawab kerajaan negeri. Katanya, cuma kerajaan negeri terpaksa mengambil alih apabila pihak yang sepatutnya bertanggungjawab iaitu kerajaan Pusat nampaknya tidak berminat untuk membela nasib rakyat Kelantan yang majoritinya ialah orang Melayu. Dalam hal itu, beliau mencabar Awang Adek untuk menyebut mana satukah negeri di Malaysia yang membina lebuhraya tanpa apa-apa bantuan dari kerajaan Pusat. Beliau yang juga Adun Mengkebang sepenuhnya yakin jika Umno yang berkuasa di negeri Kelantan, bukan setakat membina lebuhraya, untuk menyelaras projek kecil-kecilan di peringkat kampung pun akan berlaku pertembungan kepentingan pelbagai pihak demi mengaut keuntungan mudah. Justeru, beliau berharap Awang Adek lebih berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana kedangkalan seseorang itu bukanlah diukur melalui tinggi rendahnya pangkat tetapi pada betul tidaknya fakta yang diberikan. "Jangan Awang Adek sangka keterlanjurannya dalam isu judi bola sepak pada tahun lepas sudah dilupakan oleh rakyat Kelantan. Ditambah pula dengan kenyataan dangkal seperti ini, semakin kuranglah markah untuk menjadi 'bakal Menteri Besar Kelantan' sekali lagi," ujarnya lagi. Nukilan Oleh Juragan |
| Umno terus serang Mat Sabu untuk lindungi sejarah sendiri Posted: 03 Sep 2011 09:11 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 Sept — Serangan tidak henti-henti Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu, kata penganalisis politik. Beberapa penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, Umno mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya - yang mana telah "yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi" — bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan. "Sudah tentu, Umno dulu sangat berbeza dengan Umno sekarang dan kemerdakaan dicapai melalui usaha-usaha pelbagai kuasa termasuk Parti Komunis Malaya," kata Lim Teck Ghee, Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI). "Bagaimanapun, harapan adalah supaya propaganda dan versi mementingkan diri sendiri ini akan menjadi tafsiran yang tidak boleh dicabar dan kekal dalam sejarah kita," tambahnya. Semalam Pemuda Umno berkata mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong dalam satu siri jelajah seluruh negara - dipanggil Pentas Patriot - untuk menjawab kontroversi kenyataan Mohamad. Mohamad, yang lebih dikenali "Mat Sabu" (gambar) mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950. Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya. Umno dilihat cuba menggunakan kontroversi itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu. Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010. Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British. Penganalisis politik dari Universiti Monash James Chin berkata, "sejarah Malaysia adalah Umno sebagai pejuang-pejuang kemerdekaan, bukan mereka sahaja. Mereka cuba meletakkan diri sendiri." Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas penjajahan Jepun pada 1945 yang bangkit mempertahankan kemerdekaan. Umno ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar. Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menegaskan sebarang perubahan sejarah perlu diserahkan kepada pakar sejarah untuk menjelaskan salah faham, agar tidak menjejaskan perpaduan kaum. "Lihat secara mendalam. Saya rasa apa yang berlaku ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan komunis di kalangan orang Melayu," katanya. "Kekeliruan bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga penyokong PAS atau PR (Pakatan Rakyat)," katanya. |
| Kematian menjelang raya dirumah Shafie Apdal disenyapkan? Posted: 03 Sep 2011 06:14 PM PDT MUNGKINKAH Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khan menutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri? Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya? Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan 'Sedekah'. Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan 'Hilang' keesokan harinya. Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan. Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan pemberian sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak. Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada para tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya. "Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang)," teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang. Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini. Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan? Team Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media massa, terutama Youtube. Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia! Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini. Dipetik dari mengejar cahaya / http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8285:polis-tutup-kes-maut-di-rumah-shafie&catid=37:politik&Itemid=41 |
| Dana khas hingga RM2.5 juta hadapi PRU-13 Posted: 03 Sep 2011 05:03 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 Sept ─ Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) disediakan dana wang tunai khas oleh kerajaan pusat untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan prasarana secara langsung di bahagian Parlimen masing-masing ─ ketika pilihan raya umum ke-13 semakin dekat sudah hangat diperkatakan. BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008. Akhbar harian Sin Chew Daily melaporkan bahawa peruntukan yang disediakan boleh mencecah sehingga RM2.5 juta bagi sesetengah bahagian. Bagaimanapun tiada dana bagi kawasan yang dikategorikan sebagai "hitam", di mana BN hilang kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu. Beberapa ahli Parlimen yang dihubungi mengesahkan mereka telah disediakan peruntukan khas, yang dibayar antara RM500,000 dan RM2.5 juta ─ bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi terbabit dimenangi BN ataupun sebaliknya. Seorang wakil rakyat berkata, pembayaran sudah mula dikeluarkan sejak sebelum sambutan Aidilfitri dan akan terus dibayar secara berperingkat sehingga akhir tahun ini. Mengambil kira perkembangan itu, The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya umum ke-13 dijangka akan berlangsung akhir suku pertama ataupun awal suku kedua tahun depan. "Peruntukan ini membolehkan wakil rakyat mengadakan aktiviti mengikut keperluan kawasan dan pengundi masing-masing," kata wakil rakyat itu sambil menambah, "malah ia memudahkan kami menjalankan aktiviti dengan cepat dan segera, yang menggembirakan pengundi." "Itu kelebihan. Pengundi dapat melihat permintaan mereka ditunaikan dengan segera. Mereka dapat respons positif," kata sumber itu. The Malaysian Insider difahamkan, jika seorang ahli Parlimen diperuntukkan RM2 juta, mereka sudah pun menerima peringkat pertama peruntukan sebanyak RM400,000 sebelum Aidilfitri. Difahamkan, mereka yang diperuntukan RM1 juta telah disalurkan RM250,000. "Kawasan yang BN kalah pada pilihan raya umum lalu hanya disalurkan RM500,000. Kepimpinan BN telah mengadakan satu taklimat khas mengenai peruntukan ini pertengahan bulan lalu," kata seorang lagi wakil rakyat. Katanya, pada taklimat itu tujuan dan kaedah penyaluran dana telah diperjelaskan kepada ahli-ahli Parlimen BN. "Bagaimanapun jika kawasan BN yang pengundinya melebihi 60,000 orang, misalnya, wakil rakyat akan dibayar lebih RM2 juta. Ini yang dijanjikan, mungkin RM2.5 juta dan sebagainya," kata pemimpin itu lagi. Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN Datuk Bung Mohtar Radin menafikan adanya peruntukan sedemikian. "Tidak ada, tidak. Kami tidak menerima apa-apa peruntukan seperti ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan ketika dihubungi The Malaysian Insider. Dalam laporannya malam tadi, Sin Chew Daily menyebut BN mengklasifikasikan sesuatu bahagian seperti "hitam", "kelabu" dan "putih" - di mana BN dan Pakatan Rakyat menguasai kerusi atau BN menang dengan majoriti kecil - akan menerima antara RM1 juta dan RM2 juta. Peruntukan akan diagihkan mengikut kawasan "putih" di mana BN memegang kedua-dua kerusi persekutuan dan negeri. Akhbar itu juga melaporkan bahawa wakil-wakil BN di Selangor menerima peruntukan bulan lalu. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Adun Janauri lalu tetapi tidak kepada wakil rakyat BN. The Malaysian Insider membawa laporan Julai lalu bahawa Putrajaya telah meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13. Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di PWTC. Laporan itu menyebut dana itu dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir Ogos. Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13. Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13. Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan 'kubu' pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar. Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing. |
| Khairy Lebih Baik Jaga Kerusi Rembau Dari Bercakap Soal Komunis Posted: 03 Sep 2011 07:48 AM PDT KETUA Pemuda Umno yang tidak diiktiraf oleh Mahathir Mohamad turut tumpang semangkuk untuk mencari publisi murah akan menganjurkan ceramah jelajah negara untuk membelasah Mohamad Sabu mengenai isu komunis. Khairy Jamaluddin akan menganjurkan Pentas Patriot bagi menjelaskan tentang sejarah gerakan komunis di negara ini. Keperluan itu katanya perlu kerana kenyataan Mohamad Sabu itu telah mengguris hati polis dan tentera di negara ini. Betulkah begitu? Sejak Mat Sabu mengeluarkan kenyataan itu tidak terdengar pula oleh saya komen dari pihak polis dan tentera di negara ini. Yang ada hanya sesetengah orang-orang Umno saja yang bertindak lebih sudu dari kuah. Sepatutnya Ketua Polis dan Ketua Turus Angkatan Tentera yang awal bangun membidas Mat Sabu. Dalam program ceramah jelajah negara itu kata Khairy dia akan undang polis dan tentera untuk berceramah sama. Untuk apa? Apakah tidak cukup dengan unit pidato pemuda Umno? Nampak caranya semacam menantu bekas PM empat tahun tiga bulan semacam sengaja nak tarik dan heret polis dan tentera ke atas pentas politik pula. Saya rasa program Pentas Petriot itu tidak penting sangat dan perlu diadakan. Kalau Khairy bermaksud dengan program itu hendak tunjukkan pembelaan kepada parti ia sesuatu yang sia-sia. Apa lagi kalau bertujuan untuk mencari populariti. Polimek mengenai sejarah bukan perlu dipolitikkan. Kalau Khairy ikhlas mencari titik temu lebih baik adakan perdebatan (dialog) dengan Mat Sabu secara terbuka. Masing-masing mengemukakan fakta dan mempertahankan hujah masing-masing. Cara itu yang terbaik bukannya menjelajah negara mempengaruhi rakyat supaya membenci Mat Sabu dan Pas. Kalau Khairy sedia untuk berdebat dengan Mat Sabu mengenai isu ini saya sedia menjadi penganjur. Bagi tahu saja pada bila-bila masa saya akan uruskan.Tajuk perdebatan ialah "Siapa sebenar perjuang kemerdekaan dalam konteks Melayu?" Kalau benar hendak cari kejernihan dan kebenaran bukan bertempik dan memaki hamun Mat Sabu atas pentas tetapi berbincang dan berhujahlah di meja perdebatan secara tertib. Biar orang ramai menilai segala hujan dan bukti yang diberikan kedua pihak, baik Umno maupun Mat Sabu. Perdebatan di pentas politik akan memburukkan keadaan dan tidak banyak manfaat untuk Khairy sendiri. Menurut Khairy juga program itu bagi menjelaskan sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan negara ini kepada anak-anak muda. Sebenarnya generasi baru tidak begitu kabur sangat mengenai sejarah. Sebaliknya yang kabur Khairy sendiri. Sebagai orang yang banyak menghabiskan masa di luar negara dan hidup dalam kepompong bangsa penjajah Khairy tentu tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Makanya sebelum beliau bertindak hendak menjelaskan hal itu kepada orang lain Khairy sendiri perlu memasuki perpustakaan semula bagi mengkaji dan mencari mana wira sebenarnya dalam memperjuangkan negara. Sejarah yang dibaca oleh Umno tentulah berbeza dengan sejarah sejati perjuang kemerdekaan. Umno sebagai parti yang dilahirkan oleh Inggeris sampai kapan un tidak akan menerima wira perjuangan kemerdekaan yang sejati itu. Untuk Khairy janganlah buat kerja sia-sia kerana ia membuang masa saja. Lebih baik anda memastikan kedudukan di Rembau itu tidak tergugat kerana apa yang diketahui kini nama Khairy sudah tidak ada dalam senarai calon UBN untuk pilihan raya ke-13 nanti. Kalau dengan rancangan itu Khairy mengharap kedudukan di Rembau akan kekal ia satu tindakan sia-sia saja. Elok daripada bercakap soal sejarah yang sifatnya subjektif itu Khairy berusaha menyakinkan Najib dan Rosmah macam mana beliau perlu dicalonkan lagi di Seremban. [wm.kl.7:40 pm 03/08/11] - mso |
| Najib singkatkan cuti di Perth bagi sambut jenazah Posted: 03 Sep 2011 06:58 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini di Perth, Australia akan memendekkan lawatannya itu dan akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini bagi membolehkan beliau berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang esok. Tindakan itu bagi menyambut ketibaan jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dari Mogadishu, yang terbunuh akibat terkena tembakan curi di Somalia pada Jumaat lalu. Bercakap kepada Bernama, Najib berkata Noramfaizul adalah seorang wira Malaysia sebenar yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan". "Kita telah kehilangan seorang rakyat Malaysia sangat mulia dan benar-benar berdedikasi. "Beliau bersedia mengambil risiko untuk memberikan liputan meluas mengenai misi kita membantu orang lain di banyak tempat di dunia," kata perdana menteri sambil melahirkan rasa sedih berhubung apa yang berlaku. Noramfaizul (kanan), 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain. Mereka berada di Mogadishu bagi mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia. Allahyarham telah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Malaysia di seberang laut yang bertujuan untuk menolong mereka yang amat memerlukan bantuan. "Beliau seorang yang berdedikasi dan individu yang tidak mementingkan diri yang bersedia untuk bertugas di kawasan persekitaran yang mencabar dan ganas seperti di Gaza dan Pakistan," kata Najib. Beliau berkata malahan jurukamera BernamaTV itu bersedia untuk pergi ke Somalia selepas beliau menyedari ia mungkin merupakan misi berbahaya. "Sudah tentu beliau mahu berada di tempat itu bagi merekodkan satu misi kemanusiaan. Anda boleh kata bahawa kematiannya akibat kebinasaan lingkungan. "Bagaimanapun, kita telah kehilangan seorang yang sangat baik, rakyat Malaysia yang sebenar, seorang wira yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan," katanya dipetik Bernama dari Perth. Malaysiakini |
| Pemuda Umno gerak Pentas Patriot ‘lawan’ Mat Sabu Posted: 03 Sep 2011 05:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pemuda Umno mahu mengadakan program ceramah umum jelajah – yang dikenali sebagai Pentas Patriot – di seluruh negara untuk menghargai wira negara ekoran kontroversi di sebalik kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong dua minggu lalu. Setakat ini Mohamad mempertahankan kandungan ceramahnya pada 21 Ogos lalu, tetapi menegaskan tidak menyebut perkataan komunis. Beliau juga telah menegaskan tidak akan memohon maaf. Sebahagian besar kepimpinan Pakatan Rakyat juga mempertahankan pendirian Mohamad dan menggesa kerajaan mengkaji semula fakta sejarah. "Lanjutan daripada kenyataan Mohammad Sabu yang telah mengguris perasaan rakyat Malaysia terutama sekali barisan bekas perajurit, anggota polis dan waris-waris tragedi Bukit Kepong, Pemuda Umno berpendapat sudah tiba masanya suatu program ceramah umum berbentuk jelajah negara diadakan bagi menghargai dan mengenang kembali sumbangan wira-wira petugas keselamatan yang telah berhempas pulas menggadai nyawa menentang pengganas komunis bagi memastikan keamanan dan kedaulatan pertiwi terjamin," kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamalauddin (gambar) dalam kenyataan dikeluarkan petang ini. Katanya, program tersebut akan diadakan di seluruh negara dengan pengisian yang mencakupi tayangan video atau multimedia, ceramah umum daripada Unit Pidato Pemuda Umno serta jemputan khas daripada bekas-bekas komando, askar, pasukan polis serta pakar-pakar sejarah tanah air. Khairy berkata, pihaknya berharap Pentas Pemuda bukan sahaja dapat mengimbau kembali sejarah perjuangan lampau, bahkan meniup dan menyemarakkan roh perjuangan dan patriotisme dikalangan rakyat, terutama anak-anak muda. "Pentas Patriot juga bakal menghidangkan kepada anak-anak muda Malaysia rentetan peristiwa yang menyoroti perjuangan bagi menggapai kemerdekaan di samping mendedahkan bahawa teori Mohammad Sabu tidak lebih dari satu penipuan yang cuba diabadikan oleh mereka yang tidak mahu menerima hakikat bahawa kebebasan dan kemerdekaan negara dicapai melalui hikmah dan kebijaksanaan tanpa sebarang pertumpahan darah," katanya lagi. Bagi Pemuda Umno kata beliau, terjahan Mohammad yang bukan sahaja menghina dan mengkhianati perjuangan anak bangsa, malahan mengagungkan pengganas komunis semasa tragedi Bukit Kepong menampakkan belang sebenar PAS dan juak-juak pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja demi nafsu serakah politik mereka. "Malahan sikap Mohammad serta kepimpinan pembangkang yang langsung tidak menampakkan kekesalan dengan memberikan alasan dan hujah yang menuding jari kepada Umno dan masyarakat umum yang marah dengan penghinaan tersebut amatlah memualkan," katanya. Pemuda Umno, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional ini bersekali dengan seluruh rakyat Malaysia terutama sekali golongan serta ahli keluarga warga perajurit dan pasukan keselamatan negara, mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadap Mohammad. "Bagi kami, Pentas Patriot adalah langkah terbaik bagi menangani isu ini dan kami menyeru rakyat semua untuk turut hadir menyertai program ceramah umum yang akan dilaksanakan seluruh negara yang akan bermula dalam masa terdekat," kata Ahli Parlimen Rembau ini. - TMI |
| Utusan Malaysia Umpama ‘Pencuri Di Siang Hari’ Posted: 03 Sep 2011 04:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia meniru corak propaganda Hitler bagi menyebar maklumat berita palsu demi menutup kecurangan pimpinan Umno atau ahli keluarga mereka, kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor, Ahmad Anwar Asyraf. Pada kenyataan media, beliau menganggap Utusan meniru pendekatan Joseph Goebbels, seorang Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip 'The Big Lie'. "Apakah Utusan pengkagum Joseph Goebbels? Prinsip The Big Lie ialah sesuatu fitnah diulang berkali-kali, akhirnya akan dipercayai rakyat jelata? "Seolah-olah hilang jati diri dalam membentuk fikrah rakyat, khususnya orang Melayu. Lihatlah berapa banyak orang kampung ditipu Utusan Malaysia, katanya. Beliau merujuk isu Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin RM24 juta, beliau berkata, akhbar kawalan Umno itu membuat laporan menggesa SAMM membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Sedangkan SAMM sudah membuat aduan kepada SPRM pada 13 Julai 2011 tetapi disenyapkan Utusan Malaysia," katanya. Bahkan, beliau berkata, Utusan umpama 'pencuri di siang hari' apabila melenyapkan berita tuntutan siasatan ke atas Rosmah berkaitan sumber kewangan untuk membeli cincin berkenaan. Pada 30 Ogos lalu, Utusan melapor kenyataan Anuar Shaari yang mencabar Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin supaya membuat kenyataan bersumpah berhubung pembelian cincin itu. "Mustahil Utusan tak tahu Chegubard sudah buat laporan kepada SPRM. Utusan tanpa segan silu terus sebar berita tidak benar semata-mata mahu menutup pekung pimpinan pemerintah. Pada 16 April lalu, Badrul Hisham mendedahkan maklumat berkaitan cincin berlian dikenali sebagai 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' dibawa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mengikut Chegubard, bukti pembelian cincin diperolehi melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport. Padanan yang dibuat SAMM mendapati kebanyakan perhiasan Rosmah adalah dari Jacob & Co, syarikat sama yang ditempah untuk menyiapkan cincin berkenaan. Sumber disini |
| You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan