Ahad, 4 September 2011

SharpShooter

SharpShooter


Abang Hussin Doon kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah..

Posted: 04 Sep 2011 01:26 AM PDT

Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali..

Baru lepas sejam menziarahi Abang Hussin Doon, 51 tahun (bekas S/U JKKK Kebun Sireh/Bukit Tengah ) di Hospital Seberang Jaya dalam keadaan kritikal akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 3 ptg.

Berita kematian Abang Hussin Doon diterima dari sdr Sani ketika sharpshooter sedang menziarahi Pak Su Ridzuan adik bonda tersayang di Hosptal Pantai, Bayan Baru di wad 233.

Takziah diucapkan kepada keluarganya dan semoga tabah hadapi ujian yang menimpa..

Semoga Allah menerima segala amalannya dan diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman..Al-Fatihah..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Abang Hussin Doon kritikal sakit barah hati

Posted: 03 Sep 2011 11:00 PM PDT

Abang HUSSIN DOON bekás S/U JKKK KEBUN SIREH/BKT TENGAH sedang di rawat di Hospital Seberang Jaya dalam keadaan cukup kritikal.

Beliau ditempatkan dalam wad 7 kerana mengidap kanser/barah hati dua hari lalu.

Sama-samalah kita berdoa semoga beliau pulih seperti sediakala...amin..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: