Sabtu, 3 September 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pakatan Rakyat : UMNO Peralat Utusan Ubah Sejarah

Posted: 03 Sep 2011 12:44 AM PDT

SHAH ALAM 3 SEPT : Pakatan Rakyat mendakwa Utusan Malaysia diperalatkan oleh kerajaan bagi memutar-belitkan fakta dengan menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis.

Satu kenyataan media yang dikeluarkan Pakatan Rakyat hari ini mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh Kerajaan UMNO-Barisan Nasional, yang telah memalsukan fakta sejarah Malaysia yang hanya mahu sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.

"Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?"


Mengikut sejarah, tokoh-tokoh ini turut mempelopori dan berjuang bersama pelbagai pertubuhan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu.

Malah, usaha itu turut menujukkan penduduk tanah Melayu telah mampu bersatu tanpa mengira warna kulit, ras dan agama sepertimanya Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA)

"Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara."

Kenyataan Media bersama Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS, Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR dan Liew Chin Tong dari DAP hari ini Pakatan Rakyat mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat.

Utusan sejak awal Syawal telah menyerang Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bertubi-tubi dan didakwa sebagai 'tali barut DAP dan Komunis' oleh akhbar milikan UMNO tersebut.

Kenyataan media tersebut turut mendakwa satu sejarah yang selari berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.

Malah, Pakatan turut mendakwa buku-buku sejarah kontemporari yang digunakan dalam sukatan pelajaran hanya memaparkan bab-bab yang berkepentingan untuk UMNO menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka selama lima lebih lima dekad.

"Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan."

"Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia...kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis."

Dipetik dari TVS


Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

Posted: 02 Sep 2011 11:22 PM PDT

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau.

Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004.


Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

Dipetik dari Harakahdaily


Mat Sabu pertahan kenyataan ‘Mat Indera adalah pejuang’

Posted: 02 Sep 2011 08:11 PM PDT

KOTA BHARU - Di sebalik kecaman dan kritikan bertali arus, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tetap pertahankan kenyataannya bahawa lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM), Mohamad Indera adalah hero sebenar.

Pada sidang media pertamanya selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa sejarah telah membuktikan Mohamad Indera adalah individu yang menentang British yang menjajah negara.

Justeru, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya mahupun memohon maaf kepada sesiapa, sebaliknya akan bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh bagi menerangkan pendirian beliau tersebut.


"Muhamad Indera adalah pejuang, pihak polis jangan panik. Sebelum 31 Ogos (semasa serangan dibuat) waktu itu kerajaan adalah British. Selepas 31 Ogos baru kerajaan Malaya merdeka.

"Ini fakta, jangan kita menganggap selepas 31 Ogos kita ada kerajaan yang sama. Tidak, bendera lain, lagu lain. Jadi kita perlu beza," katanya kepada pemberita di Pejabat Pas Kelantan di sini, semalam.

Kenyataan media pemimpin nombor dua Pas itu dibuat selepas menerima kritikan keras daripada pelbagai pihak susulan kenyataan kontroversi yang dibuatnya dalam ceramah di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu.

Mohamad Sabu berkata, tujuan beliau mendedahkan perkara tersebut bagi membetulkan sejarah yang dipesongkan Umno dengan menutup tokoh-tokoh yang turut memperjuangkan kemerdekaan negara.

Katanya, beliau tidak bermasalah untuk mengakui perjuangan Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan tetapi nama seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Tok Janggut, Mat Kilau dan ramai lagi perlu diiktiraf.

"Ya kalau mereka nak senaraikan (Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman) boleh, tetapi tokoh lain tak ada langsung. Tok Janggut jauh sekali. Rakyat semakin celik dan merasai perayaan merdeka seolah-olah tidak ada kena mengena dengan rakyat," katanya.

Ditanya adakah mereka yang berjuang dan meninggal dunia semasa tragedi Bukit Kepong tidak berjasa kepada negara, Mat Sabu berkata, terserah kepada penilaian individu untuk membuat kesimpulan kerana semasa kejadian Balai Polis itu ditadbir oleh British.

"Sebab di situ ada bendera Union Jack, tafsiran saya mereka bekerja dengan British dan polis bila-bila pun terkorban, di korban dan berkorban kerana mereka mengikut dasar pemerintah pada waktu itu. Saya simpati, mungkin mereka saudara kita, kita simpati.

"Tetapi sejauh mana kita simpati kepada tragedi Memali, kerakusan pemerintah menyebabkan polis terkorban, yang tidak terkorban adalah penguasa itu, yang menguasai pasukan keselamatan," katanya.

Merujuk kepada kenyataan Profesor Emiritus Tan Sri Dr Koo Kay Kim yang mempelawa beliau berjumpa dengan beliau bagi mendapatkan bahan sejarah khususnya tragedi Bukit Kepong, Mat Sabu berkata, beliau menghormati tokoh sejarah itu tetapi ada lagi individu yang lebih pakar.

"Kita sedia bertemu sesiapa sahaja. Bukan untuk berdebat, lebih sedap berbincang dalam soal kemerdekaan dan sejarah, sebenarnya banyak khazanah tetapi banyak berada di Eropah bukan di negara kita," katanya.

Sinar Harian

Berkaitan 'Mat Indera adalah pejuang'


Selain UMNO Pihak Lain Semuanya Pengkhianat Negara

Posted: 02 Sep 2011 04:54 PM PDT

DALAM HIDUP MANUSIA CUMA ADA DUA SITUASI..JADI PILIHLAH YANG MANA SATU BENAR?


DALAM HIDUP MANUSIA CUMA ADA DUA SITUASI.. ORANG BAIK ATAU ORANG JAHAT... PEJUANG ATAU PENGKHIANAT.. WIRA NEGARA @ PETUALANG NEGARA... BERGANTUNG KEPADA PERSEPSI DAN PENERIMAAN SESEORANG TERHADAP SESUATU PERISTIWA SEJARAH @ INDIVIDU..


JIKALAU PIHAK YANG MENYERANG RUMAH PASUNG BUKIT KEPOONG ITU DIANGGAP PENGKHIANAT KERANA MEMBUNUH ANGGOTA POLIS BRITISH.. ADAKAH KITA AKAN MENGANGGAP TOK JANGGUT JUGA SEBAGAI PENGKHIANAT KERANA MEMBUNUH POLIS BRITISH YANG BERNAMA SARJAN SULAIMAN?

JIKALAU PEMIMPIN2 UMNO SAJA YANG DIIKTIRAF SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN... ADAKAH INDIIVIDU @ KUMPULAN LAIN YANG BANGKIT MENENTANG PENJAJAHAN BRITISH LAMA SEBELUM KELAHIRAN UMNO DIANGGAP SEBAGAI PENGKHIANAT. @ BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN?

KITA SEBENARNYA TERLALU MENERIMA BULAT2 SEJARAH YANG DITULIS SEMASA PEMERINTAHAN BRITISH...TANPA MAHU BERFIKIR SECARA RASIONAL.............

Kedahlanie



Noramfaizul, Seorang Profesional Tulen, Kata Pengerusi Bernama

Posted: 02 Sep 2011 04:23 PM PDT

IBU Jurukamera BERNAMATV, Noramfaizul Mohd Nor (gambar kecil), Naemah Abdul Majid ditenangkan ahli keluarga selepas mengetahui anaknya meninggal dunia terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia di rumahnya di Taman Serdang Jaya di Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terbunuh dalam insiden tembakan di Mogadishu, ibu negara Somalia, disifatkan sebagai seorang profesional tulen yang tidak mementingkan diri dan sanggup melakukan pengorbanan berani dalam melaksanakan tugas.

Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman berkata: "Pemergiannya akan dicatat dalam sejarah Bernama sebagai seorang profesional yang tulen dalam memenuhi tugas dan memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan tulen.


Sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, katanya, Bernama akan menghulurkan segala bantuan yang mungkin untuk meringankan kesedihan yang dialami oleh keluarganya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Allahyarham merupakan sebahagian daripada 55 anggota sukarelawan yeng mengikuti misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dalam membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata Bernama kehilangan rakan sekerja yang rajin dan tidak pernah mengabaikan tugasnya.

"Ini adalah satu kehilangan besar kepada Bernama kerana Faizul (Noramfaizul) adalah seorang yang komited dan tidak pernah mengabaikan tugasnya, beliau juga menunjukkan sikap profesional ketika bertugas.

"Saya selalu kerap bertemu dengan Allahyarham di lobi pejabat, dan sering bertegur sapa dan beliau saya lihat ada seorang yang peramah," katanya semasa ditemui ketika menziarah keluarga Allahyarham di Taman Serdang Raya, dekat sini, Jumaat malam.

Yong berkata pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri dan Wisma Putra mengenai prosedur membawa balik jenazah Allahyarham.

Bernama juga akan memberikan semua bantuan yang diperlukan oleh keluarga Allahyarham selepas ini," katanya.

-- BERNAMA



Siapa sebenarnya pro-komunis?

Posted: 02 Sep 2011 09:35 AM PDT

Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana berjaya menarik perhatian umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini dianggap taboo untuk dibincangkan.

"Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah dan pemodal British.

"Malah dalam beberapa hal pewaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda," kata presidennya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan media hari ini.


Badrul Hisham atau CheguBard berkata, setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib Tun Razak… adakah ini saja hero negara? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara.

"Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan secara terbuka," kata beliau yang juga Pengerusi PKR Cabang Rembau.

Ujarnya, "jika benar polemik ini dianggap menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi lesen penerbitan kepada lidah rasmi Parti Komunis China?"

'The People's Daily'

Katanya, mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Komunis Malaya bernama 'The People's Daily.'

"Mengikut Wikipedia 'The People's Daily ialah sebuah akhbar Republik Rakyat China. Akhbar ini merupakan suara rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, yang diterbitkan diseluruh dunia dengan edaran sebanyak tiga hingga empat juta naskhah," katanya lagi.

"Yang menghairankan katanya, akhbar Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit dan banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.

"Kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri dan ada negeri Pakatan Rakyat yang memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas-bekas tentera kita yang telah terkorban menentang PKM satu masa dahulu?," terangnya.

Bukankah PKM bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China? Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?," soal beliau.

Menurut CheguBard, Umno sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan Parti Komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan dan malahan ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar pulang pelarian-pelarian politik Uighur China secara paksa.

"Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Bangsa Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah perjuangan untuk membentuk sebuah negara Islam yang merdeka.

"Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini merupakan satu kezaliman yang dilakukan oleh regim Najib lebih-lebih lagi ketika Ramadhan," jelasnya.

Beliau menyoal, "adakah tindakan Umno ini adalah disebabkan hubungan formal di antara Umno dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas.

Hubungan Umno-Parti Komunis China

"Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti Umno dengan Parti Komunis China," tegasnya.

Ujar beliau, "kalau nak kata menghormati pejuang-pejuang yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur syahid menentang kebangkitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu."

Menurut beliau, sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7).

"Perubahan ini bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk menjalin hubungan dagang dengan Israel," kata CheguBard.

Sejak itu katanya, Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Katanya, di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan jelas terdapat banyak bahan untuk mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

"Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihan raya umum (PRU) 1986. Najib pula mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan PRU 13," katanya.

Dipetik dari Free Malaysia Today


TERKINI - Jurukamera BERNAMA TV Terbunuh Di Mogadishu

Posted: 02 Sep 2011 08:48 AM PDT

Bernama TV cameraperson killed in Mogadishu

Bernama TV cameraperson Noramfaizul Mohd Nor, 41, died after being hit by a stray shot while covering a humanitarian mission by Kelab Putera 1Malaysia and Bakti in Mogadishu, Somalia tonight, according to Bernama TV journalist Khairulanuar Yahaya.

Malaysiakini




Pandangan Sejarah Mat Sabu Betul

Posted: 02 Sep 2011 07:53 AM PDT

SEHARI dua ini media massa penjilat buntut UBN telah melancarkan serangan ke atas timbalan presiden Pas, Mohamad Sabu. Isu yang dikaitkan kali ini ialah kononnya Mat Sabu sokong komunis. Ia bermula dengan ucapan atau ceramah Mat Sabu mengenai kemerdekaan pada bulan lepas di Pulau Pinang.

Dalam ucapan itu Mat Sabu dilaporkan telah mengikhtiraf pihak yang menyerang dan membunuh keluarga polis dalam peristiwa Bukit Kepong (1950) sebagai hero atau perjuang kemerdekaan sebenar. Mat Sabu mengikhtiraf bahawa Mat Indra sebagai hero yang sebenarnya.

Mereka yang tahu menilai dan arif meneliti sejarah tidak akan mudah terkaget dengan dakyah itu. Memang dalam konteks sebenarnya penyerang Balai Polis Bukit Kepong itu terdiri daripada pasukan yang mahu membebaskan negara ini dari penjajah. Balai Polis berkenaan adalah di bawah kuasa Bristish yang menjajah negara ini pada ketika itu.


Saat itu dalam konteks orang Melayu negara ini belum milik Melayu. Atau ia bukan kerajaan Melayu (Malaysia). Malaysia belum merdeka dan berada di bawah pemerintahan British. Jadi pasukan penyerang itu adalah salah satu pasukan atau puak yang ingin memerdekakan negara ini. Apa yang perlu difahami apakah pasukan yang berjuang untuk mendapat kemerdekaan dan menghalau sejarah itu salah?

Itu hakikat dan realitinya. Jadi kalau Mat Sabu mengatakan pasukan penyerang itu adalah hero ia adalah benar dan satu kenyataan yang tidak boleh ditolak dengan apa dalil pun dalam konteks perjuangan membebaskan negara dan bangsa. Cuma di dalam hal ini apa menyebabkan kita merasakan sedikit kontras (mengelirukan umum) dengan pengikhtirafan Mat Sabu itu ialah kerana yang menjadi mangsa serangan itu Melayu beragama agama.

Tetapi perlu diingat jangan pula kerana yang terlibat itu orang Melayu dan Islam mudah kita menerima ia sebagai satu kebenaran? Tidak begitu di dalam memahami sejarah atau pun hubungan peristiwa berkenaan dengan kemerdekaan kita. Sejarah tidak boleh dipesongkan kerana ia ada fakta tentangnya.

Sepatutnya dalam hal ini kita tidak perlu melihat kepada sentimen agama dan bangsa. Yang patut dinilai ialah siapa mereka itu atau apakah kedudukan mereka ketika itu menempati kebenaran? Mereka yang menjadi polis atau tentera yang bekerja dengan British tetap dianggap sebagai berkerja atau berkhidmat di pihak yang tidak benar.

Mungkin sudah menjadi tektik British meletakkan orang Melayu di depan untuk menjadi benteng mereka, dalam kata lain kita hanya menjadi pengawal kepada usaha mengekalkan kuasa mereka saja. Jelasnya di sepanjang pemerintahan British orang Melayu menjadi alat kepada kolonial itu.

Saya rasa kalau yang mati itu bukan Melayu ia tidak akan menjadi masalah hari ini. Kenapa? Kerana kita mudah menerima apa-apa yang dilakukan oleh bukan Melayu dan bukan Islam itu sebagai jahat. Ini menunjukkan kita dalam menilai sesuatu bukan kepada fakta dan situasi sebenarnya tetapi masih berlegar kepada soal bangsa dan agama. Sentiman kaum dan agama terlalu kuat menghujam kita sehingga kita terpesong dalam memahami erti hidup yang sebenarnya. Lantaran itu kehidupan kita seharian dalam apa benda pun penuh dengan bidaah dan sayrik.

Pada saya kalaupun siapa dia tetapi dia mempertahankan kemungkaran - kerajaan penjajah adalah kerajaan mungkar, ia perlu ditentang kerana ia bersubahat dengan kemungkaran. Demikian dengan 25 anggota polis yang meninggal itu adalah mereka yang bersubahat dengan kemungkaran mempertahankan penjajah British. Persubahatan itu mungkin tanpa disedari mereka sendiri.

Jadi kalau semua pihak faham apa yang Mat Sabu utarakan itu ia tidak menjadi masalah. Apakah kerana seseorang itu Melayu dan Islam apabila ia terlibat dengan kegiatan mungkar kita perlu menyokongnya? Tidak... benar tetap benar dan inilah dipraktikan oleh kerajaan UBN selama ini.

Hal atau sejarah Bukit Kepong itu samalah dengan apa yang kerajaan UBN lakukan kepada peristiwa Memali iaini Ibrahim Libya dan pengikutnya. Pembunuhan terpaksa dilakukan kerana kerajaan memutuskan kegiatan Ibrahim Libya itu memberhaya kepada negara. Jadi tanpa mengira siapa Ibahim dan pengikutnya ia dibunuh dengan kejamnya. Kenapa pula dalam kes Ibrahim Libya ini tidak ramai orang Melayu mengambil kira soal sentimen agama dan bangsa? Kenapa kerajaan UBN bunuh?

Demikian juga dengan kumpulan al Mauanah yang diketuai oleh Mohamad Amin. Walaupun Amin itu Islam tetapi kerana aktivitinya mendatangkan kemudaratan kepada kerajaan Yang di-Pertuan Agong ia dianggap sebagai pengkhianat tanpa melihat dia seorang Islam dan Melayu. Anihnya kenapa pula pembunuhan ke atas Ibrahim Libya, Mohamad Amin dan lain-ain itu tidak dianggap sebagai kezaliman? Kenapa tiada kecaman seperti kecaman ke atas Mat Sabu itu dalam kes ini? Kenapa?

Inilah sikap atau pun kesedaran double standard orang kita terhadap sesuatu isu atau peritiwa. Selagi sikap ini terus kekal dan memantap dalam diri kita maka jauh lagilah untuk kita mendapati kebenaran dalam hidup dan akan terus terkeliru yang akhirnya kekeliruan itu menimbulkan polimek dan menjadikan kita terus bergaduh. Orang Melayu hari ini bergasak sesama sendiri disebabkan berlaku kekeliruan dan berpegang kepada teras yangb tidak jelas.

Seluruh kekuarga polis yang mati diserang di Bukit Kepong itu harus menerima hakikat ini. Bahawa kaum kerabat, ayah atau datuk mereka mati bukan mempertahankan hak Melayu dalam erti kata sebenarnya. Mereka bukan mati mempertahankan kemerdekaan atau inginkan kemerdekaan. Tetapi mereka mati kerana mahu mempertahankan kerajaan British yang menjaja bangsa dan budaya kita.

Makanya tanpa merasai sentimen mereka adalah Melayu dan Islam perbuatan mereka itu bukan sesuatu yang perlu dikenang dan diagungkan melewati kewajarannya. Saya menyokong pendapat mengatakan kekeliruan kita dalam menerima siapa hero sebenarnya ini disebabkan putar belit dalam sejarah negara ini yang didongenagkan demi kepentingan penjajah.

Di sini saya ingin menurunkan kata-kata yang pernah dilapazkan oleh bekas tokoh Umno dan perjuang Melayu, Allahyaraham Abdul Ghafar Baba. Katanya apa salahnya kalau komunis itu Islam? Mesej yang beliau hendak sampai, Ghafar sendiri tidak menghukum perjuangan di hutan orang Melayu menerusi PKMM itu sebagai salah ataupun mereka adalah menentang Tuhan.

Mungkin Ghafar sepanjang hayatnya tidak mahu bercakap seperti Mat Sabu bagi membetulkan sejarah kerana kedudukannya di dalam Umno ketika itu cukup lumayan namun dari kata-kata itu dapat ditafsirkan bahawa Allahyarham Ghafar menerima kesucian dan kekudusan perjuangan PKMM. [wm.kl.10:09 pm 02/09/11]

Dipetik dari mso


Alasan SPR batal dakwat kekal tak menyakinkan

Posted: 02 Sep 2011 04:07 AM PDT

Alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pusingan U secara tiba-tiba berhubung penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum Mac 2008 adalah "tidak meyakinkan", kata kabel diplomatik Amerika Syariakt yang bocor dua hari yang lalu.

Pada pihan raya umum lalu, SPR telah mencadangkan penggunaan dakwat kekal, tetapi tiga hari sebelum 8 Mac 2008, penggunaan itu diumumkan ditarik balik oleh bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Menurut kabel itu, diplomat Amerika Syarikat difahamkan keputusan Abdul Rashid menarik balik penggunaan dakwat pada 4 Mac lalu adalah kerana tekanan daripada parti pemerintah BN.


"Pada sidang media yang terburu-buru itu, (Abdul) Rashim yang diapit oleh (bekas) Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail, tergagap-gagap membacakan satu kenyataan yang disediakan bagi mengumumkan penamatkan secara rasmi penggunaan dakwat kekal itu yang diperkenalkan oleh SPR sembilan bulan lalu," kata kabel itu.

Alasan Abdul Rashid, dasar itu terpaksa diterbalikkan kerana terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.

"Hujah SPR untuk menarik balik penggunaan dakwat kekal tidak meyakinkan. Apapun, kredibiliti SPR terjejas teruk pada malam sebelum pilihan raya yang menimbulkan kecurigaan dalam proses pilihan raya Malaysia, " kata kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu.

Pembatalan itu adalah dibidas oleh parti-parti pembangkang serta kumpulan pemantau pilihan raya yang mendakwa terdapat "pengundi hantu" pada daftar pemilih, yang boleh menjejaskan usaha untuk proses pengundian yang bersih dan adil.

"Meskipun kedua-dua pemimpin Umno dan PAS pernah didapati bersalah pada masa lalu kerana menggunakan pengundi hantu, pemimpin PAS mendakwa SPR membenarkan Umno mendaftarkan penyokongnya dalam daftar pemilih bagi membantu Umno menawan Kelantan dan mengekalkan kemenangan di Terengganu," katanya.

Menurut diplomat Amerika itu, kedutaannya telah menghantar pasukan pemantau pilihan raya ke enam negeri-negeri utama pada pilihan raya Mac 2008, yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua-pertiga di Dewan Rakyat buat kali pertama selepas tahun 1969 dan pentadbiran lima buah negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat.


Tiada ulasan: