Khamis, 1 September 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


RTM fitnah Pemimpin Pakatan sokong kumpulan murtad!

Posted: 31 Aug 2011 04:56 PM PDT


JIKA sebelum ini TV3 Al-Musyrikin dikesan melaporkan berita palsu Surau Al-Musyrikin yang tidak wujud, untuk menggambarkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Teresa Kok sebagai penyebar agama Kristian [Al-Musyrikin].

Kali ini giliran TV1 pula menyebarkan laporan berita palsu, kononnya pemimpin Pakatan Rakyat menyokong satu kumpulan murtad di laman sosial facebook. Di bawah ini video rakaman laporan berita fitnah yang disiarkan oleh RTM.



Isu ini pernah dimainkan oleh blogger-blogger United Malays No Otak untuk memfitnah Setiausaha Menteri Besar Selangor, Faekah hussin. Kononnya Faekah Hussin menyokong kumpulan murtad di Facebook.

Isu ini juga sudah dijawab dengan agak terperinci di MiLo SuaM, sila rujuk sini [Setiausaha MB]. Kini giliran RTM pula menyebarkan fitnah menggunakan modus operandi yang sama.

Lihatlah dengan mata kepala anda sendiri bagaimana fitnah jahat ini disusun begitu rapi untuk menggambarkan kononnya Pakatan Rakyat menyokong Murtad. Media arus perdana digunakan untuk menyebarkan fitnah dan perbodohkan rakyat.


ReJaM© "Celakalah ke atas kamu pihak yang menaburkan fitnah!"

Pemimpin lama yang memberikan nikmat kepada kita - Mahathir

Posted: 31 Aug 2011 09:45 AM PDT

AL-FADHIL Sheikh Tuan Guru Tun Haji Mahathir memberitahu bahawa tidak harus sesiapa memburukkan pemimpin lama kerana mereka yang memberikan nikmat kepada kita [Utusan]


Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan ini telah diputar belitkan oleh wartawan Utusan atau tidak. Tapi itulah yang dituliskan dalam Utusan Malaysia, akhbar propaganda gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak).

Gerombolan songkok tinggi, biasanya akan beriman sepenuhnya dengan apa sahaja ayat atau perkataan yang keluar mulut dari mamak ini. Harap fatwa baru ini jangan diikut.

Ini ilmu baru, penemuan baru! Pemimpin lama mampu memberikan nikmat, Selama ini kita belajar, hanya Allah yang mampu memberikan nikmat. Semua ilmu yang diajarkan oleh guru-guru di sekolah kita selama bertahun-tahun kena "cancel out" dengan Mahathir.

ReJaM© "Kepada rakyat yang faham agama, jangan ikut fatwa baru ini, syirik!"

Gadis bertudung bergambar dengan isyarat lucah!

Posted: 31 Aug 2011 05:47 AM PDT

SALAH seorang pembaca MiLo SuaM yang prihatin telah mengirimkan gambar ini untuk dijadikan iktibar serta pengajaran kepada gadis-gadis Melayu Islam terutama yang bertudung di luar sana.

Agak menghairankan, budaya bergambar gadis bertudung sambil menunjukkan isyarat lucah sering kali kita lihat di laman sosial facebook. Mereka tanpa segan silu memuat naik gambar begini dan dijadikan tatapan umum rakan cyber.

Apakah mesej yang ingin disampaikan? Adakah mereka benar-benar ingin meyampaikan mesej lucah kepada rakan-rakan cyber? Atau perbuatan ini menjadi satu kebanggaan? Apa yang pasti, isyarat lucah seperti ini mudah difahami kerana ia bersifat global.



Mesej yang berjaya disampaikan oleh gadis ini ialah, "gadis Islam bertudung adalah gadis murahan dan gersang seperti saya..."

Harus diingat kepada semua gadis bertudung. Anda membawa imej Wanita Islam di mana sahaja anda berada. Buruk baik imej agama Allah ini andalah salah satu penyumbangnya.


ReJaM© "Gadis bertudung dipandang hina kerana ada segelintir yang gersang"

Mat Indera, pejuang atau pengkhianat?

Posted: 31 Aug 2011 03:09 AM PDT


MAT INDRA Nama penuh: Ahmad Bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak,Peserai, Batu Pahat.

Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris.

Menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mmohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik.

Mat Indera seorang pengkhianat Negara?

Kita tidak tahu kenapa Mat Indera bekerja sama dengan PKM, tapi yg jelas, beliau bekerjasama dengan PKM bukan kerana hendak memurtadkan org Islam atau hendak menjadikan negara ini negara komunis.

Apa yang jelasnya, beliau bekerjasama dengan PKM untuk menghalau British daripada negara ini. Beliau berjuang untuk memerdekakan negara ini.

Apakah cara beliau itu salah?

Satu kajian oleh pakar-pakar sejarah bebas wajar di lakukan bagi menentukan Sejarah sebenarnya. Kita tak boleh hanya mendengar apa kata umno sahaja.

Mat Indera menyerang balai polis Bukit kepong sekitar tahun 1950,harus difahami,bahawa POLIS ketika itu berkhidmat untuk kerajaan British, kesetiaan mereka adalah kepada Queen British dan Kerajaan British. Mereka taat dan patuh apa saja perintah kerajaan British.

Balai Polis ketika itu adalah simbul kedaulatan Kerajaan British di negara ini. Oleh itu, sebenarnya Mat Indera itu menyerang "simbol kekuasaan British". Jangan sesekali kita terkeliru dengan POLIS zaman pasca Merdeka. Kini Polis adalah simbol kedaulatan dan kekuasaan Negara Malaysia, mereka berkhidmat dan setia kepada Kerajaan Malaysia.

Jangan sesekali kita samakan status Polis kini dengan status Polis zaman British dulu.

Menjadi lumrah dalam setiap peperangan,,dibunuh atau membunuh. Kita hanya boleh menghakimi, sebab musabab peperangan itu. Mat Indera ada sebab yang kuat kenapa dia menyerang balai polis Bukit Kepong itu, dan jangan sesekali kita sama kan perbuatan menyerang Balai Polis Bukit Kepong waktu itu dengan menyerang mana-mana Balai Polis pada zaman pasca merdeka ni.

Balai Polis kini adalah simbol kekuasaan Malaysia, sedangkan Balai Polis pada tahun 1950 adalah simbul kekuasaan British. Ada perbezaan Besar di situ.

Contoh mudah: Rasulallah SAW menyerang Mekah dan menawan Mekah pada tahun 8 hijrah. Bolehkah kita kata Rasulullah saw itu musuh Islam dan pengkhianat Islam kerana baginda menyerang dan menawan Mekah?

Tetapi situasi nya kini tentu berbeza. Kini kita adalah musuh Islam dan pengkhianat Islam jika kita menyerang Mekah.

Kenapa? Kenapa dalam dua perkara yg sama, tapi berbeza hukumnya? Renungkanlah...




ReJaM© "Wajib kita meletakkan sesuatu yang haq itu pada tempatnya..."


Sumber: Detikdaily

Hishammuddin bangga terima ugutan dua butir peluru

Posted: 31 Aug 2011 02:50 AM PDT

MENTERI Dalam Negeri, yang juga boss besar Polis Diraja Malaysia, merangkap peminat nombor satu penyanyi jambu Anuar Zain adik kepada artis wanita pujaan Najib Razak, Ziana Zain ialah Hishamuddin Tun Hussin sepupu kepada isteri Rosmah Mansor.

Gua bukan nak cerita pasal pertalian saudara antara diorang nih. Gua cuma pelik dengan kenyataan mamat peminat nombor satu Anuar Zain ni.

Sebelum ni dia terima dua butir peluru sebagai ugutan dari pihak yang tidak dikenali. Gua pun tak tahulah dia cakap betul atau bohong. Tapi ada keluar dalam surat khabar.

Hari ni dia gambarkan dalam akhbar, bahawa dia bangga pulak sebab dapat ugutan berupa peluru tu. Kononnya kalau dapat ugutan peluru, itu tandanya usaha dia (dia kata kerajaan) membanteras jenayah berada pada landasan yang betul [Utusan].


Sekarang gua nak tanya lu orang, kalau perompak, pembunuh, penjahat dan semua-semualah dah berani hantar peluru pada big boss Polis Diraja Malaysia sebagai ugutan, apa maknanya?

Orang berani ugut dia, dia kata dia berjaya, kepala bana lu! Itu tandanya penjenayah tak takut dengan Polis. Apahal lu berjaya pulak? Lu berjaya apa? Sebab apa Polis tak ditakuti? Gua pun tak tahu, mungkin sebab lu minat Anuar Zain, jambu kot kah kah kah....


RentaP© "Kalau dapat peluru maknanya lu berjaya, lu belilah peluru banyak-banyak kirim ke alamat rumah lu sendiri kah kah kah..."

Tiada ulasan: