Khamis, 1 September 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Karpal Pula Seru Mat Sabu Kembali Ke Pangkal Jalan

Posted: 01 Sep 2011 01:08 AM PDT

Karpal mahu Mat Sabu tarik balik kenyataan

Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.


Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown pada 21 Ogos lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Karpal Singh berkata Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.


Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif," kata Karpal Singh.

Mat Sabu yang kemudiannya menjelaskan tentang kenyataannya berkata mereka yang menyerang Bukit Kepong adalah hero kerana mereka pejuang kebebasan, dan bukan kerana mereka menyerang anggota polis Melayu.

- Bernama


Politik: Sejarah, diubahsuai atau memang tepat?

Posted: 31 Aug 2011 10:22 PM PDT

Baru2 ni negara dikejutkan dengan "komen" yang diberikan oleh saudara Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tentang sejarah negara (spesifiknya kisah Bukit kepong).


semua "media2 arus perdana" memberi komen, hinaan dan cercaan tentang "komen" yang diberikan oleh beliau. boleh dikatakan hampir SEMUA media arus perdana termasuklah TV3, UTUSAN, Berita Harian, The star dan lain2 termasuklah BLOGGER2 KERAJAAN serta PEMBANGKANG turut menyumbangkan pendapat masing2 tentang "komen" serta "pengubahsuaian(kononnya[wallauhualam]) yang diberikan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu




berikut adalah analisis / komen saya tentang perkara tersebut, saya akan bincangkan dibawah tajuk

Politik: : "Sejarah". diubahsuai atau memang tepat?

analisis / komen ini bukanlah dari segi menyokong mana2 pihak, tapi sekadar "pengalaman" saya dalam beberapa "temubual" bersama pelajar2 jurusan "sejarah" dari pelbagai universiti untuk menyiapkan beberapa "tugasan / asignment " yang telah diberikan oleh Pensyarah / Lecturer saya.

diwaktu menyiapkan beberapa "tugasan / asignment " tersebut, saya terpaksa melakukan "interview / temubual " dengan beberapa "pelajar2" jurusan "sejarah / history" . saya tidak akan menyentuh apa tugasan saya tapi saya akan sentuh tentang informasi yang saya dapat sewaktu "berbual2 kosong" selepas saya sudah dapatkan info tentang tugasan2 terebut.. sewaktu "berbual2 kosong" maka terkeluarlah satu soalan dari salah sorang Pelajar yang ditemubual oleh saya. "apa pendapat hang(awak/kamu) tentang sejarah yang telah kita belajaq (belajar) dari kecik (kecil)?" .

maka saya jawaplah sejarah la, benda yang dah lepas dan baru sangat lepas, bahkan yang akan berlaku, tu sebabnya dalam tv ka paper ka akan cakap "sejarah bakal diukir selepas bla bla bla", maknanya benda yang akan berlaku juga boleh jadi sejarah. sejarah jugak banyak ditulis didalam buku2 serta kita kena belajaq dari kecil.


selepas tu kebanyakkan mengiakan jawapan saya, maka bermulalah perbincangan kami tentang sejarah
salah seorang telah menyatakan bahawa sejarah yang kita belajar tidak semestinya betul. kerana sejarah ni kalau nak kaji betul2, kita kena tahu "fakta" sejarah itu, dan bukan berhenti disitu sahaja, kita juga kena la tahu ada tak perkara2 lain yang "berkait" dengan "fakta" yang kita dapat tu. tu sebabnya walaupun apa kita belajar tu berdasarkan "fakta" yang betul, tapi "fakta" tu akan berubah kalau ada "unsur2" lain atau "fakta2" lain yang secara x langsung berkait dengan fakta tersebut

katakan kita dapat satu fakta tentang sejarah.. saya namakan FAKTA A

FAKTA A tu setelah dikaji memang tepat.. makan FAKTA A itu yang kita belajar.
setelah bertahun2 FAKTA A tu kita gunakan, tiba2 ada orang nak "REPLICATE / buat kajian semula" tentang FAKTA A, beliau "REPLICATE / buat kajian semula"kerana beliau mendapat maklumat adanya kaitan FAKTA A dengan "FAKTA B ( bab lain) dan FAKTA C (bab lain)" .. setelah buat kajian, rupanya FAKTA B dan FAKTA C tersebut memang ada kaitan, walau x banyak tapi fakta2 tambahan ni mengubah semua apa yang kita tahu mengenai FAKTA A tersebut. kerana tanpa FAKTA B dan C, perkara tersebut menyatakan sejarah tersebut berlaku kerana PERKARA A, tapi setelah dikaitkan dengan FAKTA B dan C , rupa2nya PERKARA A yang dikaji tu, tak menyeluruh, mengabaikan FAKTA B dan C.. jadi FAKTA A akan berubah menjadi FAKTA D setelah dicampur dengan analisis2 serta kaitan2 dari FAKTA B dan C...

ingat. zaman sekarang sudah makin maju, terdapat pelbagai punca(source), warga2 yang hidup dizaman itu dijumpai, atau kesan2 sejarah baru dijumpai, benda2 ni yang mungkin menjadi FAKTA B dan C

secara mudah
FAKTA A = replicate , dikaji semula, dan diketahui bahawa:
FAKTA B n FAKTA C ada kaitan dengan FAKTA A
maka
FAKTA B DAN FAKTA C mengubah semua cerita FAKTA A menjadikan satu fakta yang baru

ini yang telah mereka belajar didalam jurusan masing2..
bahawa sejarah itu tidak semestinya sudah "HABIS" disitu sahaja, itu sebabnya sejarahwan tidak berhenti disitu sahaja, mereka akan meneruskan kajian mereka dan mencari fakta2 baru yang boleh dikaitkan..

dan sebab itulah ARKEOLOGIS(archeologist) dan SEJARAHWAN (historian) banyak dilahirkan, bukan semata2 untuk menulis buku sejarah, menjadi batu asas untuk bertanya soalan sejarah2, mereka juga dilahirkan untuk sentiasa menkaji FAKTA2 yang wujud, dan compare dengna FAKTA2 yang baru mereka ketahui.

berkaitan dengan video diatas,

mungkin beliau betul atau mungkin beliau salah,
kerana, beliau berhujah mengikut fakta yang beliau dapat, dan beliau kaitkan dengan apa yang beliau telah belajar dimasa dahulu.
saya x katakan beliau betul atau beliau salah,
sudah tiba masanya "SEJARAHWAN" keluar dan memberi hujah mereka,
jika sejarah sekarang sudah BETUL, HUJAHKAN
Jika sejarah yang diberitahu beliau tu salah, HUJAHKAN
apa yang berlaku sekarang bukan hujah yang diberikan tapi CACIAN serta HINAAN pribadi..

apa kata, kita HUJAHKAN, dan LIHAT dimana salah atau betulnya FAKTA yang diberikan beliau.

zaman sekarang, zaman berhujah, orang sukar mempercayai satu perkara tu semata2, orang akan percaya berdasarkan HUJAH yang LOGIK serta masuk akal.

ingat!
ilmu tidak berhenti disitu sahaja, ilmu sentiasa berkembang, kita harus mengikuti perkembangan ILMU tersebut supaya tidak TERTINGGAL "keretapi" yang laju skarang ni(zaman yang laju berkembang)

ini cuma pandangan anak muda =)

p/s: tapi bila dipikir pikirkan balek, kalau MAT SABU tak keluarkan "KOMEN" panas ni, sapa pon tak teringin nak selidik2 tentang sejarah ni.. sekarang ni lepas MAT SABU kuarkan komen, barulah JAGUH2 SEJARAHWAN dari PELBAGAI background keluar memberikan hujah dan fakta mereka, walaupun ada certain2 berlandaskan politik, sekurang2nya kita dapat gak belajar sesuatu yang baru =)

Dipetik dari http://hawauyu.blogspot.com/


Serangan Bukit Kepong Adalah Serangan Ke Atas Penjajah British

Posted: 31 Aug 2011 09:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Isu serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof, serangan kira-kira jam 5.00 pagi pada tanggal 23 Februari 1950 itu manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British ketika itu namun sejarah itu telah diseleweng oleh Umno BN.

Ianya termasuklah kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu menjadi talibarut British.


"Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri.

"Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis," soalnya.

Bercakap kepada Harakahdaily beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, pada zaman dijajah British itu sesiapa sahaja yang menentang mereka akan dicop golongan berhaluan kiri atau komunis.

Manakala golongan kanan atau konservatif pula adalah mereka yang mengikut telunjuk British.

"Golongan konservatif akan mengekalkan penguasaan British.

"Penentang yang keras dan mahu negara ini merdeka mengikut acuan sebenar dicop kiri atau komunis." jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu yang diputarbelitkan oleh media perdana khususnya akhbar Umno, Utusan Malaysia sehingga menjadi kontroversi.

Utusan dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis yang menyerang Bukit Kepong adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Turut mengecam Mohamad termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis kemudiannya menafikan perkara itu dan mendakwa kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

Mengulas lanjut kecaman Umno terhadap Mohamad itu, Mujahid berkata Umno adalah anak didik British yang diiktiraf sebagai golongan konservatif sebab itulah sehingga sekarang walaupun sudah 54 tahun merdeka, mereka masih bermati-matian mempertahankan British.

"Umno adalah golongan konservatif yang menjadi anak didik British, malangnya setelah 54 tahun merdeka Umno masih mempertahankan British.

"Cuma Umno tidak sedar mereka adalah "radio buruk" hari ini di mata rakyat yang sudah merdeka," katanya.

Dipetik dari HarakahDaily


Tiada Guna Dakwat Kekal Jika Daftar Pemilih Kotor

Posted: 31 Aug 2011 08:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak menjamin pilihan raya yang bersih dan adil selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bersihkan daftar pemilih dahulu selepas itu baru laksanakan penggunaan dakwat kekal dan apa sistem sekalipun untuk memperbaiki sistem pilihan raya negara ini.

"Jika daftar pemilih tidak bersih, penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak banyak membantu," katanya.


Menurut Mahfuz, walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda tidak sebanyak masalah yang ditimbulkan penggunaan sistem biometrik, tetapi perkara itu boleh diberikan perhatian selepas daftar pemilih dibersihkan dahulu.

"Selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, tidak banyak faedahnya jika sistem yang tidak bermasalah sekalipun digunakan untuk mengelakkan pengundian berganda," katanya.

Beliau bersetuju dengan cadangan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub supaya daftar pemilih diaudit oleh badan audir bebas yang diiktiraf diperingkat antarabangsa.

"Daftar pemilih perlu disemak habis-habisan, berapa nama bertindan, berapa nama mereka yang status kewarganegaraannya dipertikaikan, berapa pengundi yang sebenarnya tidak wujud dan banyak lagi keraguan lain yang perlu dibersihkan dalam daftar pemilih," katanya.

Mahfuz melihat kemasukan mereka yang mempunyai status kewarganegaraan yang meragukan dalam daftar pemilih sengaja dibuat untuk memenangkan parti yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan daftar pemilih diselewengkan bagi kepentingannya.

Dengan penggunaan warga asing, katanya, mungkin tidak perlu lagi diupah "hantu" yang boleh mengundi berkali-kali untuk memenangkan parti yang mempunyai kuasa ke atas pihak yang mengendalikan pilihan raya.

Daftar Pemilih yang bersih adalah salah satu dari lapan tuntutan utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Tuntutan lain ialah supaya SPR mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

HarakahDaily


Sejarah Merdeka - Siapa Tipu Siapa?

Posted: 31 Aug 2011 06:53 PM PDT

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Dalam laporan berkenaan, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.


"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," katanya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.
Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mengheret Utusan ke mahkamah kerana membuat pembohongan terhadapnya.

"Pembohongan yang dilakukan dan reka cerita yang ditambah, sehingga menimbul kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah atas berita Utusan," katanya.

Arahan selanjutnya

Menurutnya, beliau akan bertemu dengan peguamnya selepas sambutan Aidilfitri untuk memberikan arahan selanjutnya berhubung perkara berkenaan.

Utusan dalam laporan muka depannya kelmarin menyiarkan Mohamad juga mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Mingguan Malaysia semalam pula menyiarkan berita yang memetik reaksi pelbagai pihak mengecam Mohamad yang kebih dikenali sebagai Mat Sabu. Mereka termasuk penerima Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), bekas pegawai waran 1 Kanang anak Langkau.

Kanang dipetik sebagai berkata Mat Sabu tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini dan menganggap timbalan presiden PAS itu sebagai "watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Utusan turut memperhebatkan gesaan supaya tindakan ISA dikenakan ke atas Mat Sabu dalam edisinya hari ini.

Antara yang diwawancara yang menggesa ISA digunakan ke atas timbalan presiden PAS itu, termasuk, daripada anak kepada Ketua Balai Polis Bukit Kepong, Sarjan Jamil Md Shah yang terbunuh - Ahmad Jamil dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Tak tahu langsung

Mohamad berkata, selepas mendengar kembali rakaman ucapannya itu, beliau "tidak menyebut langsung nama Mohamad Indera sebagai komunis".

"Bahkan ketua penyerang Goh Peng Tun, saya tidak tahu langsung nama itu sehingga saya membaca Utusan Malaysia.

"Ini dua contoh rekaan Utusan untuk memfitnah saya," katanya, sambil menegaskan lagi, bahawa beliau tidak pernah kenal Goh Peng Tun dan tidak pernah menyebut nama Muhamad Indera sebagai komunis dalam ceramah itu.

"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar," katanya lagi.

Rentetan laporan media-media milik Umno itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tidak terkecuali mengutuknya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama itu adalah taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.

"Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihan Raya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan BERSIH tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.

"Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," katanya lagi.

Dipetik dari tukar tayar baru


Sejarah Bukan Milik Umno ! Hormat Ketelusan Maklumat

Posted: 31 Aug 2011 04:42 PM PDT

Sambutan Kemerdekaan Tanahair ke 54 secara berkembar dengan Hariraya Idul Fitri digoncang dengan lontaran pandangan kotroversi oleh Tuan Haji Mat Sabu Timbalan Presiden Pas yang rumusan pandangan, bahawa pendapat klisye bahawa yang memperjuangkan kemerdekaan adalah semata-mata oleh Umno perlu dinilai kembali.

Bahawa ada pejuang-pejuang kemerdekaan sejati mendahului tokoh-tokoh Umno yang lebih terlibat dan komited dengan perjuangan kemerdekaan yang perlu diberi tempat sewajarnya dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air.

Lantaran sedemikian amatlah tidak adil saban tahun dan masa diulang-ulang bahawa tokoh pejuang kemerdekaan adalah Dato` Onn bin Jaafar dan Tunku Abdul Rahmana sahaja ! Tunku Abdul Rahman lebih bersifat penerima kemerdekaan dari British, sedang yang berjuang dari awal terutama melalui Pesatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) seperti Dr. Burhanuddin Hilmy, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Khadijah Sidek, Musa Muhammad, Rashid Maidin dan sebagainya. Mereka berada digaris hadapan perjungan kemerdekaan.


Tetapi di bawah tekanan British ada yang ditahan British seperti Dr. Burhanuddin Hilmy, Khadijah Sidek terselamat dan mengikut aliran perdana dan kemudian Pas, manakala pejuang seperti Shamsiah Fakeh, Musa Muhammad dan Rashid Maidin memilih gerakan kiri memasuki hutan, berjuang bersenjata bagi memerdekakan tanahair dari Penjajahan British. Mereka dicop dengan istilah kontroversi sebagai Komunis !

Kononnya bertentang dengan agama Islam, sedang pada hakikatnya tokoh seperti Shamsiah Fakeh, Musa Muhammad dan Rashid Maidin adalah mereka yang patuh pada agama Islam.
Fakta jelas bahawa mereka adalah berjuang demi kemerdekaan tanah air. Di dalam hal ini kata Shamsiah Fakeh,

``Penubuhan PKMM sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Aku anggap lahirnya PKMM di bumi Malaysia merupakan mercu sinar bangsa kita untuk bergerak menyusun tenaga rakyat menitis jalan menuju kemerdekaan (Memoir Shamsiah Fakeh, Penerbit UKM, 2004: 13). Menurut Penerbit bahawa,
``Shamsiah and her fellow communists made mistakes, but they contributed to the fight for independence … that cannot be denied (Chong Ton Sin, The Sunday Star, 25 May 2008: SM5). Kata Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, ``, Today, Shamsiah is hardly mentioned in the History books, and when she is discussed, it is often in a bad light. That does not do justice to her sacrifice (The Sunday Star, 25 May, 2008: SM6).

Berhubung dengan perjuangan kemerdekaan, kata Rashid Maidin,

``Saya telah melalui pahit maung di bawah penjajah Inggeris dan Jepun. Pada masa pendudukan Jepun (1941-45) saya bergerak melawan pendudukan tersebut setakat yang saya mampu. Begitulah juga apabila Inggeris kembali menjajah semula Malaya pada tahun 1945. Di antara 1945-48, tempoh perjuangan secara aman melawan Inggeris, saya menjadi salah seorang wakil terbuka PKM bergerak menyusun massa rakyat untuk kemerdekaan (Memoir Rashid Maidin, Penerbit SIRD, 2005: 1).

Keterlibatan Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Musa Muhammad, Ibrahim Chik bahkan Cheng Peng, Dato` Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Dr. Burhanuddin Hilmy, Ahmad Boestamam, Khadijah Sidek dan ramai lagi tokoh,tokoh pejuang kemerdekaan adalah fakta-fakta nyata, tidak diragu dan tak boleh dinafikan.

Di dalam disiplin sejarah fakta yang wujud, mungkin diberi tafsiran berlainan. Contoh Sejarah Negara sebelum kemerdekaan dipengaruhi European/British Centric, bila merdeka diubah sejarawan tempatan kepada Malaysian Centric. Begitu juga Sejarah Kemerdekaan terpulang kepada pendekatan dan interpretasi pengkaji selagi dia mampu menunjukkan kemampuan ilmiah dan akademik dari segi kajian dan huraian. Adalah tidak ilmiah Umno yang menguasai politik selama ini mau memaksa pula pendirian sejarahnya kepada orang lain.

Ini bercanggah dengan dasar kebebasan maklumat dan interpretasi ilmiah. Adalah tidak demokratik dan bercanggah dengan kebebasan maklumat dan ilmiah misalnya apabila Penerbit UKM dikecam mengeluarkan buku-buku kajian berhubung dengan tokoh-tokoh seperti Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Ibrahim Chik dan lain-lainm semata-mata mereka ini tidak sealiran dengan pihak pemerintah, pada hal mereka ini adalah fakta-fakta yang menjadi sebahagian dari sejarah perjuangan kemerdekaan Negara, Sedangkan tokoh-tokoh lain, khususnya dari Umno begitu banyak diberi kajian.

Semua pihak berada di dalam fakta sejarah dan semua pihak harus terbuka untuk dikaji dan diberi tempat di dalam sejarah kemerdekaan tanahair menurut kedudukan dan kesesuaian. Satu pihak tidak seharusnya memaksa pandangannya ke atas orang lain. Pada akhirnya kajian yang bersifat ilmiah akan lebih diterima tanpa mengira dari pihak mana mereka. Berilah peluang pihak yang terlibat dalam sejarah perjuangan kemerdekjaan untuk dikaji.

Adalah tidak akademik dan ilmiah bila satu pihak menuduh pihak yang lain `Buta Sejarah` sedang sejarah `Secara Celik` tidak dibentangkan secara akademik dan ilmiah. Apa yang mendukacitakan, apabila timbul cadangan-cadangan yang anti ilmiah, supaya menyiasat, menangkap dan menggunakan ISA terhadap mereka yang tidak mengikut pandangan klisye dan konservatif Umno terhadap sejarah kemerdekaan Negara ini.

Umno tidak mampu menyekat kajian akademik yang akan menjelaskan secara akademik tentang sejarah kemerdekaan tanahair, sebagaimana Umno juga tidak akan mampu mengekalkan dirinya memerintah Negara apabila perubahan demi perubahan berlaku dan majority rakyat maukan perubahan terhadap pemerintahan yang didominasi Umno-Bn selama ini !

Sekian.

Dipetik dari http://drshafie.blogspot.com


Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno

Posted: 31 Aug 2011 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara.

"Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno.

"Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.


"Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebaliknya, kata beliau yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.

Pada hal, ujarnya kewujudan Umno hanyalah kerana menentang Malayan Union 11 Mac 1946, malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.

Menurutnya, laungan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda.

Maknanya, kata beliau Umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan.

Pada hal, tambahnya golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).

Ini, katanya tentu rakyat bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan

"Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah," ujarnya lagi.

Harakahdaily


Kembalilah Kepangkal Jalan Wahai Mat Sabu.. Kahkahkah

Posted: 31 Aug 2011 05:13 AM PDT

PAGOH, 31 Ogos – Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu perlu balik ke landasan yang betul dan berpegang kepada prinsip taqwa.

Sebagai seorang pemimpin Islam, beliau berkata Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan sentiasa bercakap benar.

Timbalan Perdana Menteri (gambar) berkata tindakan Mat Sabu memutarbelitkan kenyataan adalah satu dosa.


"Kalau dah tersasul dia kena mohon ampun pada Tuhan dan bertaubat supaya tak melakukan sesuatu seperti itu lagi," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan Mat Sabu menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung tragedi Bukit Kepong yang mendakwa penyerang anggota keselamatan dan keluarga tragedi itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Muhyiddin kesal dengan kenyataan Mat Sabu dan menyifatkan pemimpin PAS itu lebih berpolitik dan tindakan Mat Sabu menafikan membuat kenyataan itu dan berhasrat menyaman akhbar Utusan Malaysia hanyalah psikologi politik bagi memperbetulkan keterlanjurannya.

"Bagi saya, saya tak tahu ini gambaran PAS yang sebenarnya atau perlakuan peribadi Mat Sabu tetapi yang pastinya apabila seseorang seperti beliau berucap, beliau bercakap dalam kapasiti sebagai Timbalan Presiden (PAS)," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kalau itu menjadi trend PAS pada masa akan datang, ia telah lari daripada asas perjuangan parti berkenaan. - TMI


Tiada ulasan: