Kerabu Bersuara ® |
- Panas! Adakah Sultan Johor Akan Menerima Hasutan Umno Laknat?
- Perkasa moots committee on detention without trial
- Wartawan TV3 Kena Halau? Padan Muka!
- Terkini! Video Ceramah Anwar
- Dr Asri Kurang Dapat Maklumat Berkaitan Pentadbiran Kerajaan Kedah?
- Perundangan Islam: PAS cadang muzakarah libatkan NGO, Umno
- Dr Asri: Hudud Dan Beberapa Gambaran Salah
- Islam yang bagaimana boleh menentang Komunis?
- Malaysia di bawah Barisan Nasional: Demokrasi kelas tiga? – Oleh Abdul Manan Abdul Razak
- Isu Lama: Najib Terkejut Cukai Prabayar Naik? Jom Tengok Gambar Ini
- Hisham memerhatikan kerusi TPM sementara kuasa Najib pudar
- Ustazah Mashitah. Gambar Dulu Dan Sekarang. Ustaz Azhar Mesti Suka
Panas! Adakah Sultan Johor Akan Menerima Hasutan Umno Laknat? Posted: 29 Sep 2011 05:47 PM PDT Johor sultan: I'm offended Jassmine Shadiqe JOHOR BARU: Sultan of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yesterday said he was offended by the disparaging remarks about the state allegedly made by Penang Chief Minister Lim Guan Eng recently but added that as a ruler, he would stay above politics. The sultan said politics should be left to politicians and the people should not be dragging rulers into politics. "Yes, I was offended when I got to know about that statement, but I don't want to react, because as a ruler, I shouldn't be dragged into politics. "Don't speak for me. I am capable of doing it... I have the interests of my rakyat and also foreigners living in Johor at heart." Sultan Ibrahim also said Johor police under its chief, Datuk Mokhtar Shariff, had been entrusted with the security of the state and that he was doing his job. He said this during an exclusive interview with the New Straits Times at his office here. Lim had come under fire from numerous parties, who demanded that he apologise to the Sultan of Johor for his alleged statements made during a luncheon function in Singapore last month. TV3, during its Buletin Utama prime time news on Monday night, had played an audio recording of a voice that was said to be Lim's, making disparaging statements about the public security situation in Johor. Lim was alleged to have said: "Penang was number one last year in terms of cutting crime by 27 per cent. For the first six months... also cut crime by another 25 per cent. Whereas in Johor, a Singaporean is likely to get kidnapped. Won't have that problem when you come to Penang." Lim's alleged statement was reportedly made while he was attending a luncheon organised by the Foreign Correspondents Association of Singapore on Aug 12. Meanwhile, during the interview, Sultan Ibrahim also shared his plans for Johor. Among them is to open Istana Bukit Serene once a year for the public to enjoy the scenic view from the palace, once the landscaping in the Danga Bay area was ready. He said the date and the mechanism had yet to be determined, but the aim was to allow people to enjoy the state's beauty and glory from the vantage point of the palace. Sultan Ibrahim also said the stalls in Jalan Pantai Lido would be demolished and the traders moved. "Pantai Lido will be a place where the rakyat can stroll and enjoy nature at its best without any inconveniences." Another "mess" that would be removed are the illegal stalls in the Stulang area here. Sultan Ibrahim said these would be demolished and the traders moved to a better place where cars would no longer be parked haphazardly and cause traffic jams. In Pontian, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Lim's statement was disrespectful to his fellow leaders from other states. He described Lim's statement as irresponsible and unbecoming of a state leader. "It is irresponsible and disrespectful when someone bad mouths the other states. "This is not the Barisan Nasional way. I never said 'Don't go to Penang' when I was the Johor menteri besar." On calls by Umno Youth urging Lim to apologise, Muhyiddin said it was the right thing to do. "If Lim feels he has done wrong, then there is no harm in him apologising." Muhyiddin said Lim's statement, which compared the crime rates between Johor and Penang, was inaccurate as statistics had shown that the crime rate in all states had dropped by 15 per cent. Tahniah! Daulat Tuanku. Terima kasih kerana kebijaksanaan baginda dalam hal ini dan tidak terhasut dengan tipu muslihat umno laknat! |
Perkasa moots committee on detention without trial Posted: 29 Sep 2011 05:41 PM PDT |
Wartawan TV3 Kena Halau? Padan Muka! Posted: 29 Sep 2011 05:13 PM PDT PULAU PINANG 29 Sept. - Selepas akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times, stesen televisyen TV3 menerima nasib sama hari ini apabila dihalang daripada membuat liputan sidang akhbar Ketua Menteri, Lim Guan Eng di pejabatnya di Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini. Tindakan berkenaan dibuat sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP itu ditanya seorang wartawan mengenai tindakannya memburuk-burukkan Johor semasa temu bual dengan media asing di Singapura, baru-baru ini. Menurut wartawan TV3, Selvam Arjunan, 27, Guan Eng secara tiba-tiba 'menghalaunya' keluar dari bilik sidang akhbar itu dengan alasan dia tidak sesuai berada di situ kerana kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap stesen tersebut berhubung beberapa isu. "Bila soalan itu ditanya wartawan Malaysiakini, Guan Eng terus berkata dia tidak akan jawab soalan itu selagi saya berada di situ. Bila saya tanya kenapa, dia menjawab tunggulah nanti, ada banyak isu membabitkan TV3 lalu saya diminta keluar. "Saya benar-benar kecewa dengan tindakannya itu. Dia (Guan Eng) selalu meminta supaya diberi ruang untuk membalas setiap komen yang dibuat terhadapnya, tetapi bila diberi ini balasannya, dihalau begitu sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Difahamkan, sidang akhbar yang bermula kira-kira pukul 12 tengah hari itu pada mulanya berjalan seperti biasa apabila Guan Eng mengulas mengenai isu bantuan untuk mangsa kebakaran dan persoalan yang diutarakan pemimpin MCA mengenai tender terbuka. Bagaimanapun, sebaik sahaja soalan mengenai isu memburukkan Johor ditimbulkan, Guan Eng terus menghalau wartawan terlibat dari sidang akhbar itu pada kira-kira pukul 1.15 petang. |
Posted: 29 Sep 2011 07:46 AM PDT |
Dr Asri Kurang Dapat Maklumat Berkaitan Pentadbiran Kerajaan Kedah? Posted: 29 Sep 2011 06:59 AM PDT Bekas mufti kurang maklumat Oleh Zulkifli Yahaya BUKAN kali pertama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Bercakap dalam satu majlis forum di Kota Bharu baru-baru ini beliau berkata, PAS memerintah Kedah dengan BN memerintah Kedah sama sahaja, tidak ada sebarang perubahan. PAS, katanya, hanya mengekalkan dasar yang telah dilaksanakan oleh BN tanpa membuat sebarang penambahbaikan. Saya tidak mahu memberi reaksi hanya kerana Kedah dikritik. Kritikan ataupun muhasabah daripada sesiapa pun amat dihargai, kerana kerajaan negeri Kedah adalah sebuah kerajaan manusia bukannya kerajaan malaikat. Parti yang menerajui kerajaan adalah PAS, sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar dan matlamat. Justeru tidak ada barang sepicing hasrat mahu mengetepikan Islam daripada melandasi wawasan dalam pentadbiran. Seperti yang dikatakan tadi, wawasan yang ideal ini dilaksanakan oleh sekumpulan manusia. Ia ada masalah dan kelemahan. Namun menyamakan PAS dan BN dalam memerintah Kedah, ia dakwaan yang merapu. Apatah lagi mendakwa PAS hanya mengekalkan dasar BN tanpa sebarang penambahbaikan. Di ruangan ini saya sudah jenuh menyenaraikan dari semasa ke semasa perbezaan dalam pencapaian antara kerajaan negeri sekarang dan dahulu serta penambahbaikan yang telah dibuat. Pembaca mungkin sudah jemu untuk menelaah jika butiran yang sama diulang tetapi jika tidak diulang, orang seperti Dr Mohd Asri dan golongan tercicir maklumat ini akan terus-menerus membuat tuduhan tidak betul terhadap kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS. Dari aspek politik ia meletakkan PAS Kedah dalam keadaan 'bahaya' kerana wujud persepsi buruk terhadap parti yang memerintah, lantas sebahagian rakyat akan berkirakira untuk menolak PAS. Bagaimana pentadbiran antara PAS dan BN boleh dikatakan sama jika hari ini kerajaan lebih memberi tumpuan kepada pembangunan insan yang berteraskan Islam berbanding dahulu yang hanya menumpu kepada pembinaan modal insan. Kerajaan mewujudkan Kem Belia Sejahtera, Kem Bina Insan, Kem Bina Sahsiah dan Kem Anak Soleh yang telah mentarbiyah beribu-ribu anak negeri ini menjadi insan beriman dan bertakwa, sedangkan dahulu tidak ada. Kerajaan kini membina sebuah kampus tetap Kolej Universiti Insaniah bernilai RM330 juta fasa pertama serta menambah lebih 40 kursus baru, pembelajaran sehingga ke peringkat doktor falsafah sedangkan dahulu tidak ada. Kerajaan kini memperkenal dasar baru pembalakan iaitu tender terbuka. Dahulu projek diberi secara anugerah, hasil balak negeri tidak melebihi RM8 juta setahun. Kini di atas keluasan yang sama iaitu 2,340 hektar hasil balak bertambah iaitu RM35 juta (2008), RM38 juta (2009) dan RM53 juta (2011). Kerajaan memperkenalkan dasar perbelanjaan berhemah, akibatnya sepanjang hampir empat tahun belum ada sehari kerajaan negeri memanjat tangga Putrajaya untuk berhutang dengan Pusat, sedangkan di bawah kerajaan lalu berkali-kali kerajaan negeri 'meminta sedekah' daripada Pusat akibat kesuntukan kewangan. Perbelanjaan berhemah juga menyebabkan buat kali pertama berlaku dalam sejarah kerajaan negeri mempunyai lebihan RM19 juta pada akhir 2010 me- ngatasi unjuran defisit. Hal ini tidak pernah berlaku pada zaman BN. Dasar tiada pemborosan dan memaksimumkan hasil untuk rakyat jelata (semestinya dengan mengetepikan rasuah) bukankah itu daripada ajaran Islam? Pada zaman BN duit hasil syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) digunakan untuk membiayai program politik BN. Berkajang-kajang penyalahgunaan wang tersebut telah didedahkan juga di ruangan ini secara bersiri terutamanya Syarikat Seri Temin Development Corporation Sdn Bhd dan Permodalan Kedah Berhad. Ia melibatkan jutaan ringgit. Jika GLC mencatatkan keuntungan, duit tidak masuk ke kantung kerajaan negeri. Ahli lembaga pengarah GLC dibayar elaun tetap tetapi kini hanya elaun hadiri mesyuarat yang diberi. Kalau dulu elaun lembaga pengarah GLC mencecah sehingga RM7 juta tetapi kini elaun lembaga pengarah tidak sampai RM2 juta. Lagi perbezaan ialah di bawah kerajaan PAS, sebahagian keuntungan GLC dimasukkan ke akaun kerajaan negeri untuk kebajikan rakyat. Kira-kira RM35 juta setahun dapat dikumpul daripada GLC. Hal ini tidak berlaku dahulu. Apabila PAS memerintah kerajaan negeri turunkan cukai tanah. Akibatnya kerajaan hilang hasil cukai RM50 juta setahun. Meringankan beban rakyat, tidakkah ia satu unsur ajaran Islam? Sekalipun hilang hasil RM50 juta setahun, hasil Kedah tetap bertambah. Menurut statistik pada tahun 2007 hasil negeri ialah RM361 juta, RM357 juta tahun 2008, RM368 juta tahun 2009 dan RM490 juta tahun 2010. Di mana tidak Islamnya kerajaan PAS Kedah? Kerajaan PAS perkenalkan Skim Kafalah iaitu pemberian sagu hati kepada waris keluarga miskin yang meninggal sebanyak RM500 sebulan. Bantuan untuk sekolah agama rakyat (zaman BN dianggap sekolah melatih pengganas), untuk guru agama tanpa tauliah dan tok bidan kampung yang tidak pernah diberi dahulu, diberi pada zaman pemerintahan PAS. Ruangan ini terhad untuk menyenaraikan lebih banyak perkara perihal catatan kejayaan kerajaan negeri berbanding dahulu. Terlalu banyak perbezaan dan penambahbaikan. Jika Dr Mohd Asri menganggap tiada perbezaan antara kerajaan BN dan PAS kerana beliau tiada maklumat. Atau mengutip maklumat daripada tempat yang salah. Saya tidak ada sumber rujukan bekas mufti itu mengenai kerajaan negeri Kedah, cuma yang pasti catatan kejayaan kerajaan negeri di bawah PAS tiada dalam Utusan Malaysia, TV3 apatah lagi kitab Tajul Muluk dan Mujarrobat. Datang sendiri ke Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri untuk dapatkan info sebenar. Atau layari Wartakedah.net, akhbar harian edisi alam maya. Kata pepatah Arab, 'manusia sering menjadi musuh terhadap apa yang dia tidak tahu.' |
Perundangan Islam: PAS cadang muzakarah libatkan NGO, Umno Posted: 29 Sep 2011 06:53 AM PDT Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 29 Sept – PAS mencadangkan agar diadakan satu muzakarah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi negatif yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam di negara ini. Selain itu PAS turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti dan Umno mewakili parti pemerintah. "Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini. PAS mengesyorkan pandangan ini ketika negara menyaksikan kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud. Isu ini muncul kembali minggu lalu. Kerajaan negeri Kelantan menggerakkan hasrat mahu melaksanakan hudud pada 1993. Kata Tuan Ibrahim, Islam sebagai sebuah agama yang ditegakkan di atas nas dan hujah, PAS melihat muzakarah adalah medan menambahkan ilmu dan maklumat secara sihat yang perlu diterima dan disokong oleh semua pihak. Dipetik Harakahdaily, Tuan Ibrahim menegaskan, isu hudud bukan satu isu politik, tapi ia merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihan raya. "Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya," kata beliau. |
Dr Asri: Hudud Dan Beberapa Gambaran Salah Posted: 29 Sep 2011 05:00 AM PDT HUDUD DAN BEBERAPA GAMBARAN SALAH Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Perbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat. Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah. Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir (discretionary punishment). Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya. Seseorang muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisma mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara. Justeru itu, Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata: "Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis" (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A'lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi/1407H) Demikianlah gambaran tanggungjawab pemerintahan yang ada dalam pemikiran beliau. Tanggungjawab menyebarkan kebajikan, pembahagian harta yang adil dan amanah serta kebaikan untuk rakyat di segenap lapisan masyarakat. Tanggungjawab inilah yang beliau takut dan bimbang Allah hukum beliau di akhirat kelak. Inilah asas kerahmatan dalam kepimpinan negara yang berdasarkan wahyu Allah. Tanggungjawab pemerintah di hadapan Allah tentang kebajikan rakyat lebih ditakuti dibandingkan di hadapan rakyat sendiri atau 'suruhanjaya rasuah'. Itulah gambaran negara yang sepatutnya berada dalam pemikiran umat Islam yang cintakan Islam. Para sarjana Islam telah lama memperkatakan hal ini. Muhammad bin Ka'ab al-Qurtubi apabila diminta oleh 'Umar bin Abd al-Aziz untuk menyifatkan keadilan pemerintah, katanya: "Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Demikian juga kepada wanita. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau".( Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar'iyyah, 1/202. Beirut: Muassasah ar-Risalah/1417H). Membezakan Jenis Jenayah Dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum; pertama; dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri. Kedua; dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya. Dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan. Sementara dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H): "Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka tidak mencukupi dalam hal ini. Bahkan mestilah dengan pengetahuan, jika tidak ia termasuk dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil al-Quran. Namun dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana membantah kemungkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benar-benar mengetahui". (Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah/1405H) Hudud Dan Hak Privasi Ramai akan menganggap, apabila hudud dilaksanakan bererti privacy individu akan terganggu. Intipan di sana-sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak. Ini diburukkan lagi dengan gambaran perlaksanaan sekarang yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama di sesetengah tempat apabila mereka seakan memasang 'spy' dalam mencari pelaku maksiat peribadi. Hal ini amat salah dan bercanggah dengan firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang.." Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut: "Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan". (http://www.qaradawi.net/library/53/2534.html.) Kemudian beliau mengemukakan dalil riwayat al-Hakim daripada 'Abd ar-Rahman bin 'Auf : "Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat. Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan 'Abd ar-Rahman-: "Kau tahukah ini rumah siapa?". Jawab: "Tidak". Kata Umar: "Ini rumah Rabi'ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?". Kata 'Abd ar-Rahman: "Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: "Jangan kamu mengintip". Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka".( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi). Akibat dari amalan yang salah memberikan gambaran yang salah tentang hudud. Islam dalam urusan jenayah atau maksiat peribadi tidak membongkar yang tertutup, sebaliknya hanya mencegah yang nyata dan zahir sahaja. Seperti kata al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) : "Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini" (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990). Membina Masyarakat Yang Pemaaf Dalam perlaksanaan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah atau berkuasa. Sebaliknya, hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw: "Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: "Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini". Jawab Nabi s.a.w: "Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan". Lalu baginda membaca firman Allah: "Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)" (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah). Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan 'mengidam' untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka 'penolong syaitan'. Hudud Memerlukan Ijtihad Baru Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira. Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir (discretionary punishment). |
Islam yang bagaimana boleh menentang Komunis? Posted: 29 Sep 2011 03:53 AM PDT Oleh : Abi Salma Majalah : Suara Islam (Suara Rasmi Parti Islam SeMalaysia), Bilangan 4, 15 Sya'aban 1377 H / 6 Mac 1958 Penganjur-penganjur, pemimpin-pemimpin telah menjadi kebiasaan mereka untuk bercakap dan berkata : Bahawa Islamlah yang boleh menyelamatkan kita dari komunis. Sebagai orang Islam sebenarnya kita akui dan kita cukup tahu bahawa perkataan itu memang benar. Tetapi untuk memahamkan akuan itu kita harus tahu pula Islam yang bagaimana yang boleh menentang faham komunisme yang sesat itu. Adakah Islam dengan ayat-ayat Al-Quran semata-mata yang kehendak-kehenadak, perintah dan ajaran-ajarannya tidak diikuti atau adakah Islam dengan hadis-hadis Nabi yang tidak diisikan dengan amalan dan tidak diikuti dengan perbuatan. Atau adakah Islam yang membiarkan rakyat hidup menderita, lapar, sakit dan jahil ? Maka dengan Islam yang seperti ini orang-orang menepuk-nepuk dada dan melaung-laung bahawa Islam boleh menyelamatkan rakyat dari serangan komunis ? Kemudian kalau kita menung-menung dan amati-amati lagi maka kita dapati pula orang-orang yang menepuk dada dan menaungkan keagungan Islam untuk menentang komunis itu – setengah-setengahnya – sewaktu mereka membuat laungan itu mulutnya masih dan sedang berbau arak atau merekalah juga yang sentiasa kelihatan berkeliaran di dalam park-park. Tetapi merka sebaliknya tidak tahu jalan untuk ke masjid. Kalaupun kadang-kadang kelihatan mereka ada bersembahyang tetapi ialah semata-mata untuk menambahkan pembohongan kepada Islamdan kepada Allah. Islam memanglah benar boleh menyelamatkan penganut-penganut samada dalam hidup di dunia ini atau pun di akhirat dan boleh menyelamatkan daripada kemungkaran komunis iaitu bila ajaran-ajarannya diikut dan diamalkan dan dilaksanakan seluruhnya dengan benar-benar dan amanah. Tetapi sekiranya didikan dan ajaran Islam dibuang dari sukatan pelajaran sekolah. Sekiranya undang-undang Islam dihapuskan dari lapangan perundangan negara. Sekiranya aturan pentadbiran harat benda secara Islam dicampakkan dari masyarakat. Sekiranya rancangan pembaikan masyarakat yang diarahkan Isam itu diserang. Dan sekiranya keseluruhan Islam itu diketepikan dari pemerintahan, arahan dan pemimpinnya… Kemudian dilaung dan diagung-agungkan bahawa ''Islamlah yang akan menyelamatkan kita daripada komunis'', maka ini adalah suatu nifak yang terang-terang, olok-olok dan suatu jenaka layaknya. Firman Tuhan, maksudnya: "Dan Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah dusta." Alim Ulama' Apabila memperkatakan soal Islam adalah menafikan sejarah dan menafikan kenyataan sekiranya kita tidak memulangkan jasa-jasa yang besar perkembangan Islam di dalam bangsa kita itu kepada alim ulama' tetapi seperti yang sedia dimaklumi oleh kita bahawa Islam adalah memerangi sebarang jenis kemungkaran dan kejahatan walau dari siapa dan golongan mana juga timbulnya. Yang demikian sekiranya alim ulama' hanya mendiamkan diri di dalam melihat kemungkaran-kemungkaran itu atau sekiranya mereka hanya menentang kemungkaran dari seorang tetapi mendiamkan diri atas kemungkaran itu juga dari seorang atau golongan yang lain maka bolehkah dikatakan mereka tidak bertanggungjawab atas perbezaan-perbezaan dan pengoyakan ajaran Islam itu. Bilakah kita boleh melihat seorang alim ulama' itu akan menentang pencuri-pencuri harta rakyat. Pengkhianat-pengkhianat cita rakyat dan pemakan-pemakan suap kemudian dengan suara yang lantang – atas nama agama – memberitahu rakyat. Sekiranya ini diperbuat oleh alim ulama' itu maka dengan serta merta dan pada ketika itu juga komunis akan mundur seribu batu kebelakang manakala Islam pula akan maju seribu batu kehadapan. Tetapi kenyataan menunjukkan kepada kita bahawa apabila kita – termasuk alim ulama' sendiri – telah lemah untuk memikul kewajipan agama yang sebenar ini maka kita pun berpaling menghadapi rakyat lalu menghamburkan kata-kata yang berupa nasihat-nasihat yang lunak dan lemak manis. Katalah seorang telah memukul seorang yang lemah dan tak berupaya kemudian dirampas sesuatu yang ada pada si lemah tadi.... Si lemah ini memandang kekanan dan kekiri didapati ada dua orang... seorang komunis kafir manakala yang seorang lagi muslim lagi mukmin dari jenis mereka yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mahu buat atau tidak mahu bercakap sama sekali. Maka oleh komunis kafir tadi lalu membantah kekejaman itu serta menawarkan pertolongan manakal si muslim lagi mukmin itu meluaskan langkahnya dan dengan cepat meneruskan perjalanan sambil berkata "Oh susahlah!" Sekiranya demikianlah berlaku maka mengapakah kita tidak boleh menamakan muslim yang mukmin itu sebenarnya "Syaitan" – sebagaimana nabi Muhammad SAW telah menamakan demikian -? Dan tidakkah si penakut lagi pengecut yang lari daripada perjuangan kehormatan itu sebenarnya dialah orang yang mula-mula sekali menghulur tangan untuk menyambut komunis dan menyebabkan orang awam yang jahil memilih faham komunis? Jadi untuk membenarkan dakwaan yang mengatakan Islamlah yang boleh menyelamatkan kita dari komunis itu hendaklah kita kembali kepada Islam yang sebenar-benarnya. Islam yang dibawa oleh Muhammad Bin Abullah bukannya Islam yang digembar-gemburkan oleh golongan politik yang bertujuan menguasai dan menunggang rakyat untuk muslihat politik dan kumpulannya padahal hakikatnya Islam entah dimana dan dia entah dimana! (Dipadankan dari makolah: Tuan Muhammad Al-Ghazali Mesir) |
Malaysia di bawah Barisan Nasional: Demokrasi kelas tiga? – Oleh Abdul Manan Abdul Razak Posted: 29 Sep 2011 12:33 AM PDT 29 SEPTEMBER – Pentadbiran negara selama ini dimonopoli oleh Barisan Nasional yang nampaknya ingin memegang tampuk pemerintahan selama-lamanya. Rakyat dikawal dan dijerat agar tidak berdaya melawan dengan pelbagai cara. Penindasan dan kezaliman dipraktikkan manakala pemimpin baru pula digula-gulakan dan diikat kaki supaya tidak ke mana-mana sehingga pembaharuan gagal dilaksanakan. Jenis demokrasi apakah ini? Tidak hairanlah Malaysia diletakkan di tangga ke-89 dalam amalan demokrasi tulen. Sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan dicemari dan telah menjadikan Perdana Menteri terlalu berkuasa hinggakan institusi istana tidak langsung berkuasa kecuali dalam hal-ehwal agama Islam sahaja. Cengkaman hak Penggunaan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA), Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) terbukti menggongkong rakyat daripada kebebasan. Dalam masa yang sama juga kemajuan rakyat terbatas disebabkan keraguan dan perasaan takut untuk bersuara. Janji-janji perubahan hanya tinggal janji. Pemimpin BN hanya menyanyikan lagu lama seperti DEB, MEB dan kini transformasi ekonomi.Apa yang dihasilkan hanya golongan berkuasa politik menambahkan kekayaan dan rakyat terus teraniaya secara tidak adil manakala sumber kekayaan negara diterokai secara rakus. Subsidi kepada rakyat dianggap candu, namun subsidi kepada kroni dianggap keperluan. Dasar pengswastaan digubal dan terbukti menguntungkan kroni dan rakyat terus dihimpit dengan kenaikan kos hidup yang keterlaluan. Suara keramat rakyat tidak sama sekali didengar secara jujur, malah pemimpin yang lantang bersuara untuk rakyat akan disenaraihitamkan untuk didakwa atau ditahan tanpa didakwa . Rakyat dipisahkan dengan membezakan mengikut keturunan kaum.Ini ditambah lagi dengan dasar pecah dan perintah yang telah terbukti memisahkan hubungan harmoni antara kaum selama 54 tahun. Perasaan tidak puas hati sebahagian besar rakyat yang tidak mendapat layanan secara adil dan saksama menyebabkan lebih 500,000 individu profesional berhijrah ke luar negara. Yang menyedih dan memalukan Malaysia adalah semua mereka ini berjaya dalam lapangan masing-masing di negara orang. Salah urus ekonomi Pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dianugerahkan kepada kenalan rapat tanpa mengambil-kira kredabiliti menyebabkan kebanyakan GLC kerugian, muflis dan salah urus kerana tidak ditadbir secara profesional. Rakyat melihat seolah-olah ada kekebalan kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) kerana pendakwaan dikecualikan sama sekali ke atas mereka. Projek mega diberi hak mutlak kepada Perdana Menteri daripada belanjawan negara untuk dianugerahkan kepada mana-mana syarikat atau individu yang disukainya. Bukankah ini mengundang kepada korupsi ? Mengapa tidak dijalankan sistem tender terbuka? Ketirisan dan pembaziran ternyata tidak dapat dielakkan dengan cara ini yang berlanjutan selagi BN memerintah. Campur tangan politik dalam sistem kehakiman, SPR, PDRM, ATM, SPRM, peguam negara serta sistem perbankan mahu pun jabatan dan agensi kerajaan turut mendatangkan bencana yang memperlekehkan demokrasi negara. Malaysia dari kaca mata dunia dianggap tidak mengamalkan demokrasi yang sebenar. Bagi UMNO dan BN, demokrasi itu hanya pilihan raya setipa empat atau lima tahun sekali. Itu pun pilihan raya yang tidak adil, kotor dan tidak telus. Kerap kali kecaman seperti kuku besi dilemparkan kepada pemimpin negara. Bukan sahaja oleh pemimpin antarabangsa, malah rakyat sudah nampak pekung BN. Namun mereka ini masih menegakkan benang basah. Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu mendapat sanjungan masyarakat dunia walau pun telah diharamkan oleh kerajaan BN. Perlembagaan Persekutuan membenarkan perhimpunan aman, tetapi pihak berkuasa menggila menangkap rakyat yang memakai baju kuning. Kini Datuk Ambiga Sreevanisan sebagai peneraju Bersih 2.0 disanjung oleh semua lapisan masyarakat termasuk warga global hinggakan BN menggigit jari. Media massa seperti akhbar harian dan TV serta radio terus dikawal rapi sebagai alat propaganda BN sebagaimana yang biasa dilakukan oleh negara-negara komunis dan pemerintahan kuku besi. Hak bersuara rakyat diketepikan sama sekali. Pembayar cukai hanya disajikan dengan irama 1Malaysia yang bukan sahaja membosankan tetapi menutup minda rakyat daripada penyelewengan, salah guna kuasa dan korupsi yang sedang berlaku. Demokrasi impian kita Oleh itu demokrasi bagaimanakah yang diharapkan oleh rakyat keseluruhannya? Apakah tidak ingin kita melihat Malaysia yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan yang hebat pembangunan ekonomi serta terbuka luas hak kebebasan dan amalan demokrasi? Lupakah kita pada suatu masa dahulu Malaysia jauh lebih hebat dalam segala segi berbanding Korea Selatan beberapa dekad lalu? Malaysia yang diurus dengan cermat kekayaan sumber alamnya di mana rakyatnya disatukan hati sebagai satu bangsa yang dinamik dan maju serta adil, adalah impian demokrasi kita. Impian itu tidak akan tercapai jika BN terus memerintah. Hanya dengan janji menghapuskan satu dua akta tetapi dicengkam amalan yang zalim dan menutup kebebasan, tidak akan membawa Malaysia ke mana-mana. – Roketkini.com |
Isu Lama: Najib Terkejut Cukai Prabayar Naik? Jom Tengok Gambar Ini Posted: 29 Sep 2011 12:00 AM PDT |
Hisham memerhatikan kerusi TPM sementara kuasa Najib pudar Posted: 28 Sep 2011 11:00 PM PDT Oleh Maclean Patrick Perhatian rakyat buat masa ini mungkin terdorong ke arah perlakuan Perdana Menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor tetapi seorang yang mereka kenal rapat sedang berharap untuk menjawat jawatan kedua di dalam Negara. Bukan kepada Najib tetapi kepada pengganti beliau. Hishammuddin Hussein Onn, sepupu najib, adalah orang tersebut. Telah sibuk diperkatakan, Hisham bakal menyandang jawatan nombor 2 kepada Timbalan Perdana Menteri sekarang, Muhyiddin Yassin, yang dijangka akan mengambil alih jawatan daripada Najib. Sama ada Najib suka atau tidak, dia dilihat sebagai tidak relevan dan ura-ura kuat mengatakan beliau harus pergi. Hisham sedar akan apa yang sedang berlaku kepada sepupu beliau dan akan membantu sebaik mungkin. Bagaimanapun, mereka sedar bahawa kerjasama mereka tidak dapat membantu Najib. Itulah lumrah politik lubang buaya yang diamalkan dalam Umno. Keturunan tidak memadai Hisham, di mana ibunya merupakan kakak kepada ibu Najib, dianggap sebagai orang kuat Umno. Moyang beliau, Dato' Jaffar, adalah Perdana Menteri dibawah pemerintahan Sultan Abu Bakar – moyang kepada pemerintah Johor sekarang. Datuk beliau, Dato' Sir Onn Jaffar menubuhkan Umno, dan bapa beliau, Tun Hussein Onn adalah Perdana Menteri sebelum Tun Mahathir Mohamed. Beliau pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran, Ketua Pemuda UMNO dan sekarang merupakan Timbalan Presiden UMNO juga Menteri Dalam Negeri. Dengan latar belakang demikian, harapan adalah tinggi terhadap beliau apabila beliau menceburi dunia politik Malaysia. Namun, dengan latar belakang sahaja tidak bermakna seseorang itu sesuai untuk menjawat jawatan awam yang tinggi. Antara kriteria seorang pemimpin ialah bijak dan praktikal. Hishammuddin pernah membuat keputusan kurang wajar sebelum ini, dan ini menjadi tanda tanya sama ada beliau layak untuk memimpin. Semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2005, Hishammuddin yang merupakan Ketua Pemuda UMNO telah mengangkat keris dan dengan bersahaja menjelaskan ia adalah untuk menaikkan semangat orang Melayu sambil menafikan ianya sebagai simbol ketuanan Melayu. Muhyiddin Yassin pada ketika itu telah berkata " Walaupun sesetengah pihak agak melampau [tahun ini], ia adalah perkara biasa untuk meluahkan perasaan ketika perhimpunan." Agak menarik kerana mereka sependapat, walaupun pada masa itu. Bagi Muhyiddin, meluahkan perasaan oleh ahli UMNO adalah perkara biasa, kecuali jika seseorang itu adalah Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang telah didakwa dibawah jenayah fitnah awal minggu ini kerana membuat kenyataan bahawa ada pihak lain yang telah berusaha untuk memerdekakan Negara, selain UMNO. Kerap kurang logik Ketua Pemuda ketika itu, Khairy Jamaluddin, menegaskan bahawa "walaupun tiada yang menonjol tentang kongres tahun itu dan sentimen yang sama pernah diutarakan sebelum ini, perasaan demikian tidak pernah berkompromi mengenai pemerintahan kerajaan di Negara ini melalui formula perkongsian kuasa BN." Namun, ahli politik berbangsa Cina tidak yakin. Hishammuddin kemudiannya telah memanggil semua ahli politik bangsa Cina yang berkaitan di dalam Barisan Nasional dan berupaya menjelaskan kenyataan beliau. MCA terus berdiam selepas itu. Pada 2009, Hishammuddin berjaya mencuri perhatian apabila beliau membela perbuatan penunjuk perasaan ke atas tindakan memindahkan kuil Hindu. 50 orang penunjuk perasaan tersebut telah berarak dengan membawa kepala lembu, haiwan suci bagi penganut Hindu. Klip video protes tersebut dirakam dan telah dimuat turun ke laman web, yang menggerunkan warga Malaysia. Tidak hairanlah protes tersebut telah mandapat kutukan dari semua pihak. Sebagai Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin telah menjemput penunjuk perasaan untuk bermesyuarat dan hasilnya sungguh memeranjatkan. Beliau telah membela tindakan penunjuk perasaan dengan mengemukakan beberapa sebab. Walaupun demonstrasi itu haram kerana tidak mempunyai permit, beliau berkata penunjuk perasaan adalah dalam kumpulan yang kecil. Lebih memeranjatkan, Hisham telah menyalahkan kerajaan negeri, dengan mengatakan kerajaan negeri telah mengambil keputusan kurang bijak dalam pemindahan kuil Hindu. Mereka sepatutnya dibenarkan peluang bersuara dan insiden yang serupa telah berlaku sebelum ini seperti kepala babi dilempar ke pihak UMNO, katanya. Hishammuddin terus membingungkan rakyat apabila pada tahun 2011, beliau enggan mengambil tindakan terhadap Utusan kerana menyiarkan tuntutan seorang pemblog bahawa orang-orang Kristian Malaysia dan DAP telah berpakat untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan mereka. Alasan Hishammuddin – ruang perlu diberi kepada Utusan Malaysia kerana melaporkan berita tersebut dalam Malaysia. Kejutan seterusnya Semenjak itu, Hisham terus mengambil tindakan yang membingungkan, terutamanya apabila beliau memerangi kempen Bersih 2.0 dan semua perkara berwarna kuning yang mempunyai logo Bersih. Hishammuddin seorang yang bijak, tetapi bukan di dalam politik mahupun polemik. Kebijaksanaan beliau menunjukkan pandangan pertubuhan kini dan bukan polisi sebenar untuk manfaat jangka panjang Negara dan bangsa. Dia akan terus dibayangi orang lain dan mengikut telunjuk tuannya. Sedang sepupu beliau, Najib Razak berusaha menafikan skandal-skandal yang dilontar terhadapnya, Hishammuddin sekadar berdiam diri – memaklumi bahawa beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri lebih cepat daripada yang dijangkakan jika rancangan Muhyiddin dan Mahathir berjaya. Menurut pemerhati UMNO, sebaik Najib diturunkankan, Mahathir akan menyokong Hisham sebagai timbalan Muhyiddin. Mahathir masih mempunyai pengaruh ke atas parti yang beliau ketuai selama 22 tahun. Beliau telah memilih Abdullah Badawi sebagai pengganti apabila beliau meletak jawatan. Bahkan, Mahathir juga yang telah memilih timbalan untuk Badawi. Iaitu Najib. Ketika Badawi diperlukan dan diketepikan, Mahathir juga yang telah menyokong Najib untuk mengambil alih jawatan dan Muhyiddin sebagai timbalan. Sekarang Najib yang tidak produktif, Muhyiddin berpeluang mencuba kerusi yang panas ini, sementara Hisham mengambil alih jawatan nombor 2 dalam Negara. Apabila Muhyiddin bersara, tidak syak lagi Hisham akan berpeluang menjadi Perdana Menteri. Ketika itu, Timbalan Perdana Menteri sudah pastinya Mukhriz, anak bongsu Mahathir Mohamad. - Malaysia Chronicle |
Ustazah Mashitah. Gambar Dulu Dan Sekarang. Ustaz Azhar Mesti Suka Posted: 28 Sep 2011 09:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan