Khamis, 29 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bekas tentera bersama Pakatan Rakyat 2 Oktober

Posted: 29 Sep 2011 04:57 PM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) akan mengadakan Himpunan Perdana Perwira Negara Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 2 oktober ini, jam 9.00 malam.

Himpunan itu bertujuan melancarkan penubuhan Kerabat yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat mengenai isu kebajikan bekas tentera yang tidak terbela.

Menurut Presiden Kerabat Selangor, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar), himpunan tersebut akan mengumpulkan bekas anggota tentera di seluruh Malaysia.

Ianya dijangka akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kerabat berhasrat jika Pakatan menerajui kerajaan Malaysia kita ingin mengesyorkan kepada Pakatan untuk memberi tanah sebagaimana yang diberikan oleh BN pada zaman Tun Razak lagi di Felda seperti Felda Sungai Koyan.

"Tapi BN sekarang sudah tidak membela nasib bekas tentera," katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, petang semalam.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai penubuhan Kerabat, beliau berkata ianya tercetus apabila terdapat kira-kira 290 ribu bekas anggota tentera yang tidak mempunyai pencen.

Manakala sebanyak 25 peratus sahaja yang mempunyai pencen dengan anggaran sebanyak RM1,500.

"Bagaimana mereka yang tak ada pencen hendak hidup dan ingin mencari pekerjaan kedua dalam keadaan terpaksa berlumba dengan graduan.

"Kementerian Pertahanan ada memberi bantuan tapi hanya secara "touch and go", untuk kepentingan semasa.

"Perkara ini tak wajar kerana pengorbanan tentera sangat tinggi pada waktu muda mereka," katanya.

Menurut beliau juga, apa yang lebih dikesali apabila kerajaan gagal melaksanakan janji mereka untuk memberikan tanah kepada bekas tentera seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) tahun 1973.

PMAT bertarikh 29 ogos 1973, perenggan 9 hingga 11 yang antara lain menyatakan bahawa isteri bekas tentera berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak tanah perumahan daripada Kementerian Pertahanan melalui kerajaan negeri tertentu.

"Sepatutnya bekas tentera dapat tanah yang diperuntukkan kerajaan negeri, lembaga tabung angkatan tentera, dan syarikat perumahan angkatan tentera digembeleng oleh Kementerian Pertahanan untuk beri rumah percuma kepada bekas anggota tentera," katanya.

Dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, salah satu jaminan ialah memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah seluas 360, 000 hektar kepada peneroka termasuk kepada bekas tentera.

Usaha itu bagaimanapun diperlekeh BN khususnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Hudud: Sekarang Umno gigit jari

Posted: 29 Sep 2011 04:55 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno menunggu-nunggu keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dengan harapan ini adalah masa untuk melihat ikatan Pakatan Rakyat berkecai.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, apabila sidang akhbar yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai keputusan perbincangan, hasilnya amat mengecewakan pimpinan Umno kerana keputusan yang diharapkan tidak berlaku.

"Sekarang Umno gigit jari," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, mereka bersiap sedia untuk berpesta jika berlaku perpecahan di dalam Pakatan Rakyat, mengenai isu Kanun Jenayah Syariah di Kelantan.

Beliau menambah, sekiranya berlaku seperti yang mereka sangka tentu Datuk Noh Omar mampu senyum sampai telinga, kerana peluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor begitu cerah.

Datuk Seri Najib pula, ujarnya akan mengisytiharkan pilihan raya dengan seberapa segera kerana inilah peluang BN untuk terus berkuasa dan memfaraidkan khazanah negara serta meneruskan tradisi menindas rakyat.

Nampaknya, kata beliau hajat pemimpin BN tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemimpin PR yang mengurus krisis.

Idris berkata, sekarang orang Islam sudah nampak tembelang Datuk Seri Najib dalam soal keazaman untuk menghayati Islam.

Katanya, kenyataan tegas Najib menolak hudud adalah kerana takut kepada MCA dan Gerakan yang memberi amaran akan cabut lari daripada BN.

Tambahnya, timbulnya penentangan perlaksanaan hudud telah menunjukkan wajah sebenar pemimpin Umno terhadap Islam.

"Walaupun Najib cuba mempopularkan "konsep wasatiah" sebagai langkah untuk menunjulkan imej keislaman beliau," ujarnya.

Sambutan 60 Tahun: Perjuangan PAS dalam kerangka demokrasi

Posted: 29 Sep 2011 04:53 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Menjelang Sambutan 60 Tahun PAS yang bermula malam ini, PAS menjelaskan bahawa aktiviti dan perjuangannya adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini, aktiviti dan perjuangan PAS yang dimaksudkan termasuklah:

1. Soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain
2. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing
3. Kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan
4. Kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kenyataan itu turut menyatakan dengan jelas komitmen PAS untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Buku Jingga.

PAS turut berjanji untuk terus berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat.

Pada masa yang sama, Tuan Ibrahim berkata PAS turut memberikan jaminan akan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

Menyentuh mengenai perbezaan pendapat dengan DAP dalam melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menjelaskan bahawa perbezaan tersebut berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana ujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," kata beliau lagi.

Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa PAS melihat perakuan Pakatan Rakyat terhadap Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu sebagai satu hak untuk kerajaan negeri untuk memperkanunkan undang-undang tersebut.

"Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.

"Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya," kata kenyataan itu lagi.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS malam semalam telah mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama di samping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemandu hilang, kereta junam ke laut di Penang Port

Posted: 29 Sep 2011 04:52 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

BUTTERWORTH – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki bersama empat rakannya menjunam ke dalam laut ketika cuba mengelak daripada ditahan kerana menceroboh Penang Port Sdn Berhad (PPSB) di Dermaga Dalam di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Zulkifli Alias berkata kejadian itu berlaku apabila kereta Proton Wira yang dinaiki lima lelaki terbabit memecut laju ketika melalui pintu masuk dermaga sebelum terus menjunam ke laut pada pukul 12.45 tengah malam.

"Polis menerima panggilan daripada pengurusan PPSB memaklumkan kejadian itu dan sepasukan anggota kita bergegas ke tempat kejadian sebelum menahan empat lelaki yang berjaya diselamatkan daripada lemas.

"Empat lelaki terbabit bernasib baik kerana berjaya diselamatkan pekerja sebuah kapal yang berlabuh di pelabuhan itu manakala seorang lagi rakan mereka berusia 24 tahun tenggelam bersama kereta," katanya dipetik Bernama Online.

Zulkifli berkata siasatan awal mendapati lima lelaki yang berusia antara 24 dan 53 tahun itu berasal dari Kedah berada dalam keadaan mabuk selepas pulang berhibur di George Town dekat sini, sebelum tersilap jalan ketika mencari laluan ke lebuh raya.

Zulkifli berkata kereta dipandu lelaki yang masih hilang itu dikatakan berhenti di hadapan pintu masuk pusat pemeriksaan keselamatan PPSB sebelum tiba-tiba memecut laju ke arah dermaga yang terletak di belakang pusat berkenaan.

"Mereka dikatakan berjaya melepasi pusat pemeriksaan kerana ketika itu palang penghadang laluan dinaikkan berikutan sekumpulan pekerja syarikat pembinaan sedang menjalankan kerja-kerja menyelenggara pusat terbabit," katanya.

Sepasukan anggota polis dibantu Unit Scuba Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Marin terlibat dalam operasi mencari lelaki terbabit.

"Selepas empat jam usaha mencari dan menyelamat, kita hanya menemui kereta Proton Wira, lelaki itu bagaimanapun gagal dikesan," katanya.

Beliau berkata semasa operasi berkenaan, pihaknya menemui mayat seorang lelaki lain yang identitinya masih belum dikenal pasti.

"Polis membawa rakan mangsa ke tempat kejadian untuk mengenal pasti mayat yang ditemui, bagaimanapun mereka menafikan itu rakan mereka," katanya.

Zulkifli berkata empat lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

PPSMI: Page bawa isu ke Unesco

Posted: 29 Sep 2011 04:49 PM PDT


KUALA LUMPUR– Pertubuhan bukan kerajaan Page meneruskan perjuangannya berkaitan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke Unesco, kata Pengerusinya Datin Noor Azimah Abdul Rahim hari ini.

Noor Azimah berkata, pihaknya terpaksa mengambil langkah itu selepas usaha mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak menemui hasil yang diharapkan.

"Kami terpaksa bawa ke Unesco... lepas itu tidak tahu ke mana lagi, mungkin kepada Tuhan," kata beliau kepada The Malaysian Insider secara berseloroh.

Terdahulu dalam satu kenyataan, kata beliau, Page telah memanjangkan surat berkaitan kepada Ketua Pengarah Unesco Irina Bokova pada 19 September lalu.

Menurut Noor Azimah, surat itu antara lain menyebutkan bahawa ramai ibu bapa bimbang dengan hala tuju sistem pendidikan Malaysia dalam misinya mencapai pembangunan berkekalan dalam pendidikan dan penyediaan pendidikan yang berkualiti.

Surat itu juga berkata ramai ibu bapa tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan memansuhkan dasar PPSIM, yang dilaksanakan sejak 2003, sebaliknya mahu dasar itu diteruskan di sekolah-sekolah yang boleh melaksanakannya dengan baik - bermakna memberikan pilihan.

Kata Noor Azimah, cadangan penyelesaian Page ialah memberikan pilihan kepada sekolah rendah dan menengah kebangsaan meneruskan dasar PPSMI.

"Dengan adanya pilihan belajar dalam Bahasa Inggeris, sekolah-sekolah kebangsaan akan menarik minat rakyat semua etnik dan strata sosial. Ia juga penting bagi integrasi nasional," katanya.

Sambil berkata Unesco lazimnya memberikan nasihat kepada Malaysia, Noor Azimah berkata, kemungkinan pertubuhan itu telah gagal memberikan nasihat yang betul kali ini kepada Kementerian Pelajaran.

"Oleh itu, kami meminta Unesco menasihatkan semula kerajaan Malaysia dalam dasar PPSMI," kata beliau sambi menambah, ada kemungkian Unesco telah gagal dalam memberi syor betul berhubung aspek bahasa "ibunda" atas pandangan bahawa rakyat Malaysia hanya bercakap dalam Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.

"Ini dipengaruhi oleh keputusan oleh kerajaan memansuhkan PPSMI di separuh jalan selepas enam tahun dilaksanakan," kata Noor Azimah.

Jelas beliau tiada negara lain selain Malaysia mempunyai kepelbagaian dengan sistem pendidikan diwarisi dari era British.

"Ramai rakyat Malaysia ada kelebihan dalam mempelajari Bahasa Inggeris sehingga 30 tahun yang lalu. Ramai pelajar di sekolah-sekolah hari yang ibu bapa dan datuk nenek mereka merupakan produk pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, yang menjadikan bahasa ibunda juga dalam Bahasa Inggeris.

"Ini menjadikan Bahasa Inggeris bukan sahaja bahasa ibunda tetapi juga sebagai bahasa kedua selepas Bahasa Melayu," katanya.

Bulan lalu, Page merayu Najib campur tangan dalam isu membenarkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia ekoran dua pendirian berbeza Kementerian Pelajaran akhir Julai lalu.

Page merayu agar diberi peluang kepada pihak pro-PPSMI dan anti-PPSMI membentangkan kepada jemaah menteri Kabinet pandangan dan biarkan jemaah menteri memutuskan isu semasa berdasarkan fakta yang betul dan tidak berat sebelah.

Page menegaskan bahawa pihaknya berharap kajian menggunakan dua bahasa untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah tidak akan menjadi "wayang kulit politik yang tidak berkesudahan."

365 peneroka Felda Pahang tuntut ganti rugi RM200 juta

Posted: 29 Sep 2011 04:44 PM PDT


KUALA LUMPUR – Seramai 365 peneroka dari 19 Felda di Pahang memfailkan tuntuan di Mahkamah Temerloh hari ini menuntut ganti rugi RM200 juta berhubung penipuan dalam urusan membeli dan memproses sawit dan pemasaran.

Ia dilihat sebagai siri saman dibawa oleh peneroka ke atas pengurusan Felda sejak beberapa tahun lalu.

Peneroka yang mengemukakan saman ini terdiri daripada mereka yang tinggal di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 3, Felda Jengka 4, Felda Jengka 5, Felda Jengka 6, Felda Jengka 7, Felda Jengka 10, Felda Jengka 13, Felda Jengka 14, Felda Jengka 15, Felda Jengka 16, Felda Jengka 17, Felda Jengka 18, Felda Jengka 19, Felda Jengka 23, Felda Jengka 24, Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Ulu Jempol.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, para peneroka terbabit menyenaraikan enam bentuk penipuan iaitu defendan pertama – Felda telah menetapkan bahawa segala buah sawit hanya boleh dijual kepada defendan kedua iaitu kilang sawit Jengka 3, Bandar Jengka; pusat Pengumpulan BTS Jengka 3 D/A Jengka 4, Maran; Kilang Kelapa Sawit Jengka 8; Kilang Kelapa Sawit Jengka 1 dan Kilang Kelapa Sawit Jengka 21.

Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa defendan kedua dengan palsunya membuat akuan bahawa Kadar Perahan Gred (KPG) dan dengan berniat jahat dan sengaja menurunkan kadar KPG bertentangan dengan kadar yang sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit yang perlu dibayar kepada plaintif.

"Plaintif-plaintif menyatakan bahawa plaintif layak menerima pembayaran berdasarkan kadar perahan minyak asas yang penuh tanpa apa apa penalti memandangkan sekiranya terdapat apa-apa buah yang ditahan, ia akan dilupuskan berdasarkan kehendak manual penggredan MPOB," kata pernyataan tuntutan.

Peneroka terbabit juga mendakwa defendan pertama telah berkonspirasi dengan defendan kedua untuk menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan dan defendan kedua membeli dan defendan pertama dan/atau defendan kedua menjual buah sawit plaintif-plaintif di bawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif.

Malah kata mereka, defendan pertama membuat representasi yang salah tentang hak plaintif-plaintif berkenaan dengan hasil jualan sawit tersebut, defendan pertama telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh plaintif gagal melindungi kepentingan dan kebajikan plaintif.

Di samping itu, defendan pertama dan defendan kedua telah secara bersesama dan berasingan dan atau bertanggungan untuk menipu plaintif dan atau berkonspirasi untuk menipu plaintif-plaintif dalam urusan jual beli hasil sawit dan telah menyebabkan kerugian kepada plaintif, dan defendan kedua telah membuat representasi yang salah bahawa buah-buah yang ditolak dari hantaran plaintif telah ditahan untuk dilupuskan tetapi telah diproses dan hasil minyak dari pemprosesan tersebut telah dijual dan hasil pendapatan dari penjualan tersebut itu tidak dibayar kepada plaintif.

Plaintif mendakwa, berdasarkan susut nilai Kadar Perahan Asas (OER) 8.5 peratus bagi buah atau hasil sawit sejumlah 120 tan setahun, dan berdasarkan kerugian RM257.60 setan pada 2008, bermakna setiap peneroka mengalami kerugian sebanyak RM30,912.

Bagi buah yang ditahan tetapi tidak dilupuskan, berdasarkan harga purata pada 2008, setiap peneroka yang terdiri telah kehilangan pendapatan RM1,345.63.

Berdasarkan perkiraan tersebut, plaintif akan membuktikan bahawa kerugian kesemua mereka telah mengalami kerugian lebih kurang RM11,774,034.95 pada 2008.

Oleh itu, plaintif memohon defendan pertama dan kedua membayar ganti rugi khas berdasarkan jumlah keluaran dan harga BTB sawit untuk setiap tahun bermula dari 1995.

Malah mereka juga memohon defendan pertama dan kedua ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah.

Peneroka-peneroka itu diwakili R Sivarasa, Latheefa Koya dab T Kumar.

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus

Posted: 29 Sep 2011 04:41 PM PDT


KUALA LUMPUR — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai "bajet pilihan raya umum ke-13".

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

"Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.

Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, "langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred."

"Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat," kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.

"Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

"Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing," kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

"Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus," kata sumber itu lagi.

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.

Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Permohonan Najib tolak sepina didengar 3 Oktober

Posted: 29 Sep 2011 04:40 PM PDT

Oleh: Ahmad Fadli

KUALA LUMPUR: Permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri untuk menolak perintah sepina ke atas mereka akan didengar pada 3 Oktober.

Keputusan itu dibuat selepas Ghazi Ishak, peguam yang mewakili Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan itu di mahkamah pagi ini.

"Kami diberikan afidavit balasan (oleh pasukan Anwar) lewat petang semalam.


"Kami mohon mahkamah memberikan masa secukupnya untuk meneliti afidavit itu seterusnya memutuskan samada mahu memfailkan afidavit balasan," kata Ghazi Ishak sewaktu memulakan hujahnya pagi tadi.

Mahkamah sepatutnya bersidang pagi Isnin 3 Oktober namun peguam Karpal Singh memohon ia dilakukan pada waktu petang kerana sidang Parlimen juga akan bermula pada waktu yang sama Isnin depan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden mengesahkan yang pasukan pendakwa raya tidak akan memfailkan sebarang afidavit balasan.

Najib dan isterinya diwakili peguam Datuk Sallehuddin Saidin, M Athimullah, Teh Poh Teik, Ghazi Ishak dan Afiffuddin Ahmad Afifi.

Najib dikehendaki dalam kes Fitnah II kerana beliau pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum saiful membuat laporan polis memfitnah Anwar meliwatnya.

Penduduk Kg Baru pohon campurtangan Agong, Sultan

Posted: 29 Sep 2011 04:37 PM PDT

Oleh: Nabihah Hamid


KUALA LUMPUR: Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) akan memohon campurtangan daripada Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor bagi mempertahankan satu-satunya tanah warisan Melayu di Kuala Lumpur.

Penasihat undang-undang SPKB, Zulhazmi Shariff berkata, cadangan kerajaan untuk mewujudkan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru 2010 (RUU PPKB 2010) mendapat bantahan dan tentangan hebat pemilik dan pewaris tanah.

Penduduk juga katanya mempersoalkan ketelusan borang kaji selidik Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang menyatakan sebanyak 93.8 peratus pemilik bersetuju dengan rang undang undang berkenaan.

Menurut Zulhazmi lagi, mengikut maklumat yang diterima dari Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu (MAS), hanya 30 peratus borang kaji selidik yang dikembalikan.

"Kita nak tahu dengan jelas berapa ramai yang bersetuju. Dedahkan borang dan kaji selidik. Kalau perkara ini tetap diteruskan juga, kami akan mengadap Agong dan Sultan selangor untuk meminta campurtangan,".

"Jadi kalau 30 peratus bermakna baru 1200 pemilik. Adakah itu satu asas yang kukuh untuk meneruskan RUU PPKB 2010? Itu bukan suara majoriti," tegasnya.

Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru direkodkan melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.

"Kami ada rekod bantahan yang ditandatangan oleh penduduk yang membantah, cuma kami takkan kemukakan kerana bimbang ia akan dimanipulasi," katanya pada Keadilandaily.

Sebelum ini, Pengerusi SPKB, Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi memaklumkan bantahan keras daripada penduduk berhubung kaedah penyerahan hak milik tanah kepada kerajaan untuk pembangunan, tanpa jaminan bila ia akan dikembalikan semula kepada pemilik.

Ini termasuk penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan segala keputusan perbadanan tidak boleh dicabar di mahkamah, pemansuhan MAS dan keanggotaan perbadanan yang tidak mewakili suara anak Kampung Baru.

SPKB menegaskan bahawa pindaan undang-undang tersebut hanyalah bersifat kosmetik dan bertujuan untuk mengaburi mata pemilik.

RUUPKB dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua dalam sidang Parlimen yang bermula Oktober ini.

UMNO-BN, Pakatan tidak akan laksana hudud

Posted: 29 Sep 2011 04:34 PM PDT

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Pakatan Rakyat akan terus memberi komitmen penuh kepada kepentingan dan kebajikan bagi rakyat dan sentiasa akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan seperti mana yang terkandung di dalam Dasar Bersama Pakatan dan Buku Jingga.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan juga menjelaskan, demi mencapai kebaikan untuk semua rakyat, prinsip keadilan sejagat, pentadbiran yang baik, kebertanggungjawaban, ketelusan dan kompetensi akan dijadikan prinsip utama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini malam tadi.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud kerana realiti keseimbangan masyarakat tidak mengizinkan undang-undang jenayah Islam itu dikuatkuasakan.

"Undang-undang hudud tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan…jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekali pun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita di Batu Gajah, Perak pada Sabtu lalu.

Malam tadi, Anwar yang membacakan kenyataan bersama Pakatan Rakyat menegaskan bahawa objektif utama Pakatan adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh UMNO-Barisan Nasional.

"Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini," kata kenyataan itu.

Selain itu, mesyuarat tersebut memperakui dan menghormati perbezaan ideologi DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan sebagai sebuah permuafakatan yang demokratik.

"PKR dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

"Mesyuarat juga menghormati kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat," kata kenyataan itu.

Behubung isu hudud yang dibincangkan dalam mesyuarat itu, Pakatan berpendirian hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama buat masa sekarang sehinggalah kesemua parti komponen bersetuju untuk melaksanakannya.

Dalam masa sama, Pakatan turut mempertegaskan tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak UMNO-BN untuk memecahbelahkan Pakatan.

Malaysia di bawah Barisan Nasional: Demokrasi kelas tiga?

Posted: 29 Sep 2011 04:32 PM PDT

Oleh Abdul Manan Abdul Razak


Pentadbiran negara selama ini dimonopoli oleh Barisan Nasional yang nampaknya ingin memegang tampuk pemerintahan selama-lamanya. Rakyat dikawal dan dijerat agar tidak berdaya melawan dengan pelbagai cara.

Penindasan dan kezaliman dipraktikkan manakala pemimpin baru pula digula-gulakan dan diikat kaki supaya tidak ke mana-mana sehingga pembaharuan gagal dilaksanakan. Jenis demokrasi apakah ini?

Tidak hairanlah Malaysia diletakkan di tangga ke-89 dalam amalan demokrasi tulen. Sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan dicemari dan telah menjadikan Perdana Menteri terlalu berkuasa hinggakan institusi istana tidak langsung berkuasa kecuali dalam hal-ehwal agama Islam sahaja.

Cengkaman hak

Penggunaan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA), Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) terbukti menggongkong rakyat daripada kebebasan.

Dalam masa yang sama juga kemajuan rakyat terbatas disebabkan keraguan dan perasaan takut untuk bersuara. Janji-janji perubahan hanya tinggal janji.

Pemimpin BN hanya menyanyikan lagu lama seperti DEB, MEB dan kini transformasi ekonomi.Apa yang dihasilkan hanya golongan berkuasa politik menambahkan kekayaan dan rakyat terus teraniaya secara tidak adil manakala sumber kekayaan negara diterokai secara rakus.

Subsidi kepada rakyat dianggap candu, namun subsidi kepada kroni dianggap keperluan. Dasar pengswastaan digubal dan terbukti menguntungkan kroni dan rakyat terus dihimpit dengan kenaikan kos hidup yang keterlaluan.

Suara keramat rakyat tidak sama sekali didengar secara jujur, malah pemimpin yang lantang bersuara untuk rakyat akan disenaraihitamkan untuk didakwa atau ditahan tanpa didakwa .

Rakyat dipisahkan dengan membezakan mengikut keturunan kaum.Ini ditambah lagi dengan dasar pecah dan perintah yang telah terbukti memisahkan hubungan harmoni antara kaum selama 54 tahun.

Perasaan tidak puas hati sebahagian besar rakyat yang tidak mendapat layanan secara adil dan saksama menyebabkan lebih 500,000 individu profesional berhijrah ke luar negara. Yang menyedih dan memalukan Malaysia adalah semua mereka ini berjaya dalam lapangan masing-masing di negara orang.

Salah urus ekonomi

Pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dianugerahkan kepada kenalan rapat tanpa mengambil-kira kredabiliti menyebabkan kebanyakan GLC kerugian, muflis dan salah urus kerana tidak ditadbir secara profesional. Rakyat melihat seolah-olah ada kekebalan kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) kerana pendakwaan dikecualikan sama sekali ke atas mereka.

Projek mega diberi hak mutlak kepada Perdana Menteri daripada belanjawan negara untuk dianugerahkan kepada mana-mana syarikat atau individu yang disukainya. Bukankah ini mengundang kepada korupsi ? Mengapa tidak dijalankan sistem tender terbuka?

Ketirisan dan pembaziran ternyata tidak dapat dielakkan dengan cara ini yang berlanjutan selagi BN memerintah.

Campur tangan politik dalam sistem kehakiman, SPR, PDRM, ATM, SPRM, peguam negara serta sistem perbankan mahu pun jabatan dan agensi kerajaan turut mendatangkan bencana yang memperlekehkan demokrasi negara.

Malaysia dari kaca mata dunia dianggap tidak mengamalkan demokrasi yang sebenar. Bagi UMNO dan BN, demokrasi itu hanya pilihan raya setipa empat atau lima tahun sekali. Itu pun pilihan raya yang tidak adil, kotor dan tidak telus.

Kerap kali kecaman seperti kuku besi dilemparkan kepada pemimpin negara. Bukan sahaja oleh pemimpin antarabangsa, malah rakyat sudah nampak pekung BN. Namun mereka ini masih menegakkan benang basah.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu mendapat sanjungan masyarakat dunia walau pun telah diharamkan oleh kerajaan BN. Perlembagaan Persekutuan membenarkan perhimpunan aman, tetapi pihak berkuasa menggila menangkap rakyat yang memakai baju kuning.

Kini Datuk Ambiga Sreevanisan sebagai peneraju Bersih 2.0 disanjung oleh semua lapisan masyarakat termasuk warga global hinggakan BN menggigit jari.

Media massa seperti akhbar harian dan TV serta radio terus dikawal rapi sebagai alat propaganda BN sebagaimana yang biasa dilakukan oleh negara-negara komunis dan pemerintahan kuku besi. Hak bersuara rakyat diketepikan sama sekali.

Pembayar cukai hanya disajikan dengan irama 1Malaysia yang bukan sahaja membosankan tetapi menutup minda rakyat daripada penyelewengan, salah guna kuasa dan korupsi yang sedang berlaku.

Demokrasi impian kita

Oleh itu demokrasi bagaimanakah yang diharapkan oleh rakyat keseluruhannya? Apakah tidak ingin kita melihat Malaysia yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan yang hebat pembangunan ekonomi serta terbuka luas hak kebebasan dan amalan demokrasi? Lupakah kita pada suatu masa dahulu Malaysia jauh lebih hebat dalam segala segi berbanding Korea Selatan beberapa dekad lalu?

Malaysia yang diurus dengan cermat kekayaan sumber alamnya di mana rakyatnya disatukan hati sebagai satu bangsa yang dinamik dan maju serta adil, adalah impian demokrasi kita.

Impian itu tidak akan tercapai jika BN terus memerintah. Hanya dengan janji menghapuskan satu dua akta tetapi dicengkam amalan yang zalim dan menutup kebebasan, tidak akan membawa Malaysia ke mana-mana. – Roketkini.com

ISA: Perkasa mahu panel khas ganti mahkamah

Posted: 29 Sep 2011 07:43 AM PDT


PUTRAJAYA – Perkasa mahu Putrajaya menubuhkan satu jawatankuasa berprofil tinggi di bawah dua akta baru, yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), untuk membuat keputusan sama ada seseorang yang ditahan itu bersalah atau tidak dengan segera.

Menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, jawatankuasa itu perlu melibatkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan individu-individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang keselamatan.

Tegas beliau, jika mengikut saluran perundangan sekarang seseorang yang ditahan perlu dibawa ke mahkamah dan ia akan mengambil masa yang lama.

"Kalau jawatankuasa ini memutuskan saya bersalah, tidak kisah saya orang politik atau tidak tetap perlu ditahan di Kamunting... kalau ikut mahkamah akan mengambil masa yang lama, bagaimana kalau orang itu disabit dengan bunuh, dia telah ditahan selama enam tahun tapi akhirnya mahkamah putuskan dia tidak bersalah, jadi macam mana?

"Jadi lebih baik tubuhkan jawatankuasa berprofil tinggi ini, orang yang duduk dalam ini adalah ketua polis negara, peguam negara, wakil Suhakam dan mereka yang berkenaan," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Najib menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas meminta Putrajaya agar membuat kajian dan penyelidikan yang terperinci sebelum memutuskan bentuk undang-undang baru yang akan menggantikan ISA.

"Jangan gopoh kerana ia melibatkan soal keselamatan negara, buat kajian dengan terperinci sebelum buat keputusan... perlu ambil masa, jangan gopoh

"Dan jangan buat undang-undang semata-mata mahu mendapatkan undi," katanya.

Beliau menambah soal keselamatan harus menjadi keutamaan negara dan ia merupakan agenda Perkasa selain tidak boleh berkompromi semata-mata mahu memenuhi kepentingan politik pihak tertentu.

Sementara itu Hishammuddin berkata undang-undang baru itu tidak akan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman negara.

"Jaminan kita adalah untuk memastikan apa jua tindakan yang kita ambil tidak akan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman, dalam hal ini beberapa aspek mungkin kita bolah buat pindaan dalam akta baru tapi asasnya adalah kekuatan keselamatan.

"Dari segi tempoh tahanan, mungkin tidak perlu begitu lama tetapi ia masih difikirkan dan akan diputuskan nanti," katanya.

Piket: NUBE dakwa polis guna kekerasan, PDRM naïf

Posted: 29 Sep 2011 07:43 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) bahawa polis menggunakan kekerasan bagi menyuraikan piket di hadapan bangunan Maybank, Mont Kiara, di sini pagi ini.

NUBE dalam satu kenyataan mendakwa, kira-kira 50 anggota polis telah menggunakan kekerasan terhadap anggotanya yang ingin mengadakan piket di hadapan Maybank Mont Kiara dan melanggar hak asasi manusia dan kesatuan sekerja.

NUBE menegaskan piket diadakan secara aman dan polis tidak mempunyai sebab untuk menyekat anggotanya menyertai piket yang sah di sisi undang-undang.

NUBE dan Maybank berhadapan dengan pertikaian industri berkaitan dengan bonus prestasi dan penubuhan kesatuan dalaman.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Bari Wan Abdul Khalid berkata tuduhan itu sememangnya tidak berasas kerana polis telah menggunakan cara yang terbaik bagi menyuraikan piket itu.

"Walaupun mereka ada hak untuk mengadakan piket secara aman, tetapi mereka memerlukan permit supaya polis dapat mengawal keadaan dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Saya sendiri berbincang dengan wakil mereka dan mereka bersetuju untuk membatalkan piket itu. Namun mereka cuba mengedar risalah, tetapi kita tidak membenarkannya," katanya.

Wan Bari berkata, NUBE mempertikaikan tentang hak mereka kerana mendakwa kesatuan itu ditubuhkan di bawah Akta Perhubungan Industri 1967 yang membolehkan anggotanya berpiket serta bebas berpersatuan dan bersuara.

"Mereka mempersoalkan hal ini kerana mendakwa NUBE ditubuhkan bagi membela nasib pekerja-pekerja bank, mereka boleh mengadakan piket secara aman sekiranya terdapat sebarang pertikaian atau penindasan daripada pihak atasan," katanya.

Beliau berkata polis berjaya menyuraikan piket yang disertai kira-kira 40 anggota NUBE tanpa sebarang insiden tidak diingini.

"Peserta piket bersurai selepas berbincang dengan polis, dan tidak ada sebarang tangkapan dilakukan," katanya dipetik Bernama Online.

Lagi Berita Terengganu Dihentam Ribut

Posted: 29 Sep 2011 07:37 AM PDT

KELAB GREENBOC


Ribut 'serang' Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU – Beratus-ratus rumah di sekitar Kuala Terengganu di sini rosak teruk akibat dipukul ribut dan angin kencang dalam kejadian malam kelmarin.

BEBERAPA orang pekerja memotong dahan pokok yang menimpa sebuah kenderaan di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

Turut terjejas adalah kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyebabkan lebih 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan Piala Malaysia bertempiaran lari.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu menyebabkan bumbung-bumbung rumah rosak teruk sementara lebih sepuluh kereta milik penonton yang diletakkan di luar stadium rosak dihempap pokok.

Selain itu, puluhan papan iklan turut diterbangkan angin manakala beberapa keping zink di kawasan stadium tercabut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang turut berada di stadium berkenaan ketika kejadian berkata, bencana ribut itu berlaku mungkin disebabkan perubahan cuaca.

Bagaimanapun kata beliau, laporan awal mengesahkan beratus-ratus rumah telah rosak selain beberapa pokok besar di tengah bandar tumbang.

"Kita belum mendapat angka sebenar rumah yang terjejas tetapi antara tempat yang teruk dilanda bencana ini ialah di Seberang Takir dan beberapa kampung sekitar Kuala Terengganu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mengenai kejadian di stadium, beliau menjelaskan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan setakat ini dan semua kerosakan akan dibaik pulih dengan segera.

Sementara itu, seorang penonton, Nurul Huda Hussain, 26, berkata, ribut dan angin kencang itu berlaku ketika perlawanan bola sepak baru memasuki minit kesepuluh. -kosmo


Ribut landa Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Ribut dan hujan lebat melanda bandar raya ini selama kira-kira 10 minit malam kelmarin, memusnahkan pelbagai harta benda awam, premis perniagaan, kedai dan gerai makan serta kediaman mengakibatkan kerugian dianggarkan ratusan ribu ringgit.

Gambar kanan: PINTU gerbang Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu tumbang.

Malah, kejadian ribut pada jam 8.45 malam itu menyebabkan perlawanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, yang menyaksikan Terengganu menentang Negeri Sembilan terpaksa ditangguhkan kira-kira 40 minit selepas enam minit perlawanan bermula, berikutan angin kencang dan hujan lebat menjejaskan aksi pemain.

Tinjauan Berita Harian mendapati, antara kawasan terjejas teruk kesan ribut ialah Dataran Shahbandar, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Pejabat dan jeti bot penambang bersebelahan pasar payang serta beberapa lokasi yang terdedah sekitar bandar.

Kejadian ribut itu memusnahkan jeti Shahbandar yang baru siap dibina awal tahun ini apabila bumbungnya runtuh, selain bumbung beberapa kedai di Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) tercabut, cermin pusat beli-belah Astaka musnah, pintu gerbang Dataran Shahbandar tumbang dan khemah peniaga di Dataran Shahbandar dan Medan Selera Tanjung roboh dibadai angin kencang.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Terengganu, Zakaria Yusoff, berkata kejadian ribut itu memusnahkan lapan unit kedai di PBKP yang bumbungnya tercabut, menyebabkan peniaga kain sutera dan songket, kedai cenderamata dan tembaga mengalami kerugian apabila barang jualan rosak akibat terkena serpihan bumbung dan hujan.

"Kejadian ini turut menjejaskan 30 peniaga lain apabila premis mereka rosak. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membantu membersihkan kawasan terjejas supaya peniaga boleh memulakan perniagaan semula," katanya.
Peniaga kedai makan di Medan Selera Tanjung, Samad Ali, 31, berkata, kejadian sekelip mata itu menyebabkan pelanggan dan pekerja yang menjamu selera di situ lari bertempiaran menyelamatkan diri apabila bumbung kanopi runtuh.

"Mujur tiada kemalangan jiwa. Namun, ada pelanggan dan pekerja cedera ringan ketika masuk ke dapur untuk berlindung," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan semua rumah yang rosak akibat kejadian ribut malam kelmarin dibaiki segera.

"Saya mendapat laporan kira-kira 100 rumah di Kampung Seberang Takir rosak teruk selepas bumbung rumah berkenaan diterbangkan ribut," katanya selepas mesyuarat Exco, semalam.

Ahmad berkata antara daerah yang teruk terjejas akibat kejadian ribut itu ialah Kuala Terengganu, Besut dan Dungun.

"Jumlah kerugian belum diketahui dan kerajaan negeri masih menunggu laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi berkata, kejadian ribut itu bukan kesan daripada taufan Nesat yang melanda Filipina, sebaliknya disebabkan penumpuan angin yang menyebabkan berlaku pergolakan di kawasan terbabit.-BH



Berita sebelum ini
klik untuk baca


ribut terengganu

Isu Video Klip "UNDILAH": Rais Yatim Sudah Tidak Hormat Ku Li & Pak Lah Lagi?

Posted: 29 Sep 2011 07:30 AM PDT

KELAB GREENBOC


Rais dakwa video 'Undilah' tak disenangi rakyat


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata klip video "Undilah" tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

"Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di Kampung Gajah hari ini.

Katanya penarikan semula penyiaran klip video 'Undilah' sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.

"LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,"katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video "Undilah" belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.

Mengenai program merakyatkan seni, Rais berkata tujuannya untuk memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa akar umbi budaya, seni dan bahasa dalam konteks membina negara.

"Kaum-kaum lain pula cuba berazam mengekalkan budaya mereka sementara orang Melayu mengetepikan soal perpecahan menerusi siasah dan bersatu di bawah panji-panji seni budaya kita,"katanya.

Rais berkata 180 program Merakyatkan Seni yang diadakan setiap tahun akan diselitkan dengan pengertian 1Malaysia dan penterjemahan transformasi kerajaan ke arah pembaharuan yang positif. - Bernama

Pak Lah: Tiada sebab SKMM wajar sekat klip Undilah

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tiada sebab bagi pengawal selia stesen penyiaran menghalang penyiaran klip video Undilah kerana pengumuman khidmat awam seumpama itu ke udara demi kepentingan umum sejak pilihan raya umum pertama.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan agar stesen penyiaran lokal tidak lagi menyiarkan klip video itu, yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lalu. Arahan itu difahamkan dikeluarkan oleh SKMM awal minggu ini.

"Saya merasakan ia (klip video) baik. Saya seronok mendengar (klip video itu)," kata bekas perdana menteri ini.

"Saya mendapati lagu ini bukan (memihak) mana-mana kumpulan atau parti, liriknya menggalakkan, merangsang orang ramai tentang kepentingan pilihan raya," kata beliau pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini hari ini, dengan merujuk kepada klip Marilah Mengundi yang lazimnya akan dimainkan ketika pilihan raya.

"Saya tidak melihat apa-apa sebab mengapa SKMM wajar ambil tindakan ini," katanya.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, SKMM berkata klip video Undillah belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan.

Agensi itu berkata, hasil pemantauan pematuhan secara rutin dibuat menunjukkan pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo belum mendapat kelulusan LPF.

SKMM menambah, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.

Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.

Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.

Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah ciptaan komposer Pete Teo.

Video klip berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Abdullah yang melepaskan jawatan perdana menteri April 2009 bertanya sama ada lesen atau kelulusan diperlukan untuk menyiarkan klip pengumuman khidmat awam. -TMI


Ulasan GB

Pertama klip video berkenaan memaparkan Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang satu ketika pernah menjadi Presiden Parti Semangat 46 dan Rais Yatim adalah Timbalan Presidennya.

Kerana Rais kini sudah menjadi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah panji UMNO BN, maka beliau sudah tidak lagi menghormati Ku Li?

Apakah salah besar bagi pemuzik Peter Teo memaparkan wajah Ku Li di dalam video klip berkenaan semata-mata kerana Ku Li kini menjadi pemimpin yang diketepikan di dalam UMNO pimpinan Najib?

Kedua, Pak Lah sendiri merasakan ia (klip video) baik dan beliau seronok mendengar (klip video itu).

Apakah Rais terlupa bahawa beliau terhutang budi, maruah dan jasa Pak Lah yang telah mengenepikan tuduhan terhadapnya di dalam isu "rogol amah"?

Dan Pak Lah juga yang bertindak mengekalkan Rais Yatim sebagai anggota kabinet sekalipun pada ketika itu nama Rais sudah pudar ekoran skandal tersebut?

Amat tidak patut bagi Rais Yatim untuk tidak berterima kasih kepada kedua-dua bekas pemimpin tersebut dan amat tidak wajar hanya semata-mata kerana video klip berkenaan telah membariskan beberapa tokoh yang tidak disenangi oleh UMNO yang ada kini maka diharamkan penayangan video klip berkenaan. Jahatnya kamu Rais!

GB sudah mengulas sebelum ini. Petikan:

Apakah di dalam video klip itu ada ajakan kepada permusuhan dan pertentangan ras, atau ada adegan bogel dan seks sepertimana video seks yang sebelum ini disiarkan secara meluas di dalam berita-berita televisyen?

Hanya sekadar untuk memberikan alasan menegakkan benang yang basah semata-mata kerana klip video itu memaparkan beberapa wajah ddan ucapan beberapa pemimpin yang tidak disenangi oleh UMNO BN. Jika boleh klip video yang perlu ditayang di TV hanya perlu ada muka-muka Najib, Muhyiddin, Rais Yatim, Jamil Khir dan seumpamanya sahaja.

Rakyat bukan bodoh macam zaman 60an 70an. Ini zaman IT, zaman digital, zaman internet, zaman maklumat di hujung jari. Sungguh kasihan SKMM masih berada dan hidup di zaman batu.

PERKASA BACUL DAN DAYUS GANGGU CERAMAH MAT SABU

Posted: 29 Sep 2011 07:24 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


PERKASA nampaknya sudah mula bermain kasar. Pertubuhan yang bukan anak jantan ini mula untuk tonjolkan keberanian setelah dikutuk dan dipersendakan akibat kebaculan mereka sewaktu berjanji untuk hadir semasa perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, tetapi mereka ghaib entah ke mana.



Di Seremban, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini, PERKASA mahu menunjukkan jantan mereka dengan menganggu ceramah Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Sambutan Aidilfitri dan ceramah Timbalan Presiden malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam. Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanLebih kurang 100 orang budak-budak PERKASA berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah. Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Kononnya mereka mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu, tetapi ianya dihalang oleh para penyokong PAS. Mengapa di situ memorandum mahu diserahkan? Bukankah itu merupakan satu tindakan provokasi dan mengapa pihak berkuasa gagal bertindak pantas? Bayangkan jika ini berlaku kepada Najib, sudah tentu ada tangkapan awal dibuat.

PERKASA jangan ingat kami di dalam PR takut untuk berdepan dengan mereka. Kalau kami boleh berdepan dengan ratusan atau ribuan FRU dengan berbagai senjata, usahlah PERKASA cuba untuk bermain api dengan PAS atau PR. Kami di dalam PR cuba sedaya upaya untuk mematuhi peraturan dan undang-undang tetapi jika PERKASA hadir untuk memaksa kami melanggar undang-undang, kami juga bersedia untuk melayan kamu.

Beberapa hari yang lepas, ceramah Ketua Umum DS Anwar juga diganggu oleh beberapa pemuda diketuai oleh Lokman Adam. Ceramah juga terganggu dengan `black out' secara tiba-tiba. Ini lah kerja kumpulan bacul dan dayus yang mendapat sokongan dari pemimpin yang bacul dan dayus. Mereka takut untuk berdepan melalui debat, tetapi mahu tunjuk berani dengan cara kotor sebegitu.

Kepada penyokong-penyokong PR terutamanya PAS dan PKR yang seringkali pemimpin mereka diganggu, kita harus belajar dari peristiwa ini. Persiapkan para petugas kita untuk menghadapi segala kemungkinan. Jelas, tumpuan mereka ini hanya kepada DS Anwar dan Mat Sabu. Justeru itu, persediaan mesti ada jika kita menganjurkan ceramah bagi kedua-dua tokoh ini.

Sekiranya berlaku apa-apa terhadap tetamu yang memberi ceramah terutamanya pemimpin utama kita, pihak Penganjur dianggap gagal memastikan keselamatan mereka. Kita tidak harus bergantung sangat kepada pihak Polis kerana kita sudah tahu apa yang akan dibuat oleh Polis jika berlaku sesuatu./wfauzdin.blogspot.com

Adib (Anak Datuk K) Mula Jaga Tingkah Laku

Posted: 29 Sep 2011 07:22 AM PDT


KUALA LUMPUR: Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Adib Khalid,21, mengakui dia sudah mula menjaga tingkah laku sejak melibatkan diri dalam industri hiburan tempatan.

Adib yang baru sahaja menubuhkan syarikat rakaman, What's Up Entertainment berkata, dia tidak boleh lagi berperangai kebudak-budakan memandangkan dia kini menjadi perhatian umum, lebih-lebih lagi selepas menerbitkan album Inggeris Siti Nurhaliza iaitu All Your Love.

"Sebelum ini, walaupun saya tidak ada kaitan dengan industri hiburan tempatan, pelbagai gosip dan gambar-gambar saya disebarkan di Internet.

"Jadi, apabila berada dalam industri, sudah pasti saya akan menjaga tingkah laku agar tidak dipandang serong oleh masyarakat," katanya.

Namun begitu, katanya, hal itu tidak bermakna dia perlu berpura-pura dan menjadi hipokrit dengan diri sendiri.



Adib bersama Siti Nurhaliza, Datuk K dan komposer Brian pada majlis pelancaran album All You Love. Foto SHAARI CHE MAT

Tambah Adib, dia tahu dirinya masih baru dalam perniagaan industri seni dan justeru, dia ingin lebih mendalami berkaitan bidang tersebut supaya misinya sebagai seorang peniaga muda berjaya tidak tersasar.

"Sekarang ini, saya masih lagi belajar di Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran.

"Pada masa yang sama, saya cuba berkenalan dengan penggiat-penggiat seni di luar negara. Insya-Allah What's Up akan bertapak dengan kuat di samping sokongan dan bantuan ayah saya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Siti," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia turut mencuba menyertai di bidang perniagaan drama atau filem, kata Adib, dia masih belum memikirkan tentang hal tersebut lagi.

Noraniza Idris Akhirnya Bergelar Isteri Kepada Bilal Masjid

Posted: 29 Sep 2011 07:19 AM PDT


PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, sah bergelar isteri kepada bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang, Khamis.

Menurut pembantu peribadi Noraniza iaitu Yus Sulaiman, pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah, Abu Bakar Watak berwalikan abang penyanyi itu, Mohd Arshad Idris dengan mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran.

Noraniza juga turut menerima wang hantaran sebanyak RM15,000.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Pihak perempuan menerima enam dulang hantaran seperti set minyak wangi, tasbih, telekung, sirih junjung, sebentuk cincin serta sejadah dan dibalas lima dulang hantaran iaitu songkok dan kain pelekat, senaskhah Al-Quran, sirih junjung, sejadah dan set minyak wangi.

Noraniza anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Eilla Faiz Shah (Busana Cinta), sementara pelamin ditaja oleh Juwein Bridal Gallery.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan mereka akan diadakan pada Sabtu ini di Dataran Plaza Angsana, Johor Baru.

Ia diadakan seiring dengan sambutan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011.

Selain perkahwinan berkenaan, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.

Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.

Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun

Pemuda MCA Minta Mansuhkan Seksyen 15 AUKU

Posted: 29 Sep 2011 07:18 AM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA akan menggesa agar Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dimansuhkan pada Perhimpunan Agung tahunannya Sabtu ini, kata Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong.

Beliau berkata pemansuhan Seksyen 15 AUKU itu adalah antara 10 resolusi yang akan dibentang pada perhimpunan agung tahunan ke-47 pergerakan itu yang akan diadakan di Dewan SGH di Sentul.

Seksyen 15 AUKU menghalang penuntut universiti di Malaysia terlibat dalam kegiatan politik.

"Kami akan minta sama ada Seksyen 15 AUKU dipinda atau dimansuhkan kerana kami percaya mahasiswa perlu diberi lebih banyak ruang untuk menyuarakan pandangan mereka. Terdapat persetujuan di kalangan Pemuda MCA untuk menyokong pemansuhan Sekyen 15 itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa pergerakan itu tidak meminta untuk pemansuhan sepenuhnya AUKU kerana mereka hanya mahu Seksyen 15 yang dipinda atau dimansuhkan.

"Kami merayu pihak berkuasa untuk melihat perkara ini memandangkan kita akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akta lain tidak lama lagi. Lagipun kami hanya meminta Seksyen 15 dipinda atau dimansuh," katanya.

Mengenai kandungan lain dalam resolusi Pemuda MCA, Wee berkata ia termasuk pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Sept untuk memansuhkan beberapa undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Buang Negeri 1956 dan tiga proklamasi Darurat.

"Kami menyokong perubahan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri itu," katanya.

Selain itu, beliau berkata perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA juga dijangka meluluskan resolusi meminta ketelusan dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mengenai urusan parti pula, Pemuda MCA dijangka meluluskan resolusi mengenai 1Malaysia seperti bagaimana ia perlu menggambarkan spirit 1Malaysia, serta resolusi lain termasuk gaji minimum, pekerja asing dan keperluan membendung masalah sosial.

Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA akan mengadakan mesyuarat pada 30 Sept bagi memuktamadkan perkara itu, katanya.

Sementara itu, Wanita MCA akan meminta lebih ramai calon wanita memandangkan keanggotaan wanita kini 45 peratus daripada jumlah keseluruhan satu juta anggota parti.

Setiausaha Agungnya Senator Chew Lee Giok berkata resolusi untuk lebih ramai calon wanita akan dibentang pada perhimpunan agung tahunan Wanita ke-36 di Wisma MCA di sini pada Sabtu.

"Kami tidak menyatakan secara khusus berapa ramai tapi apa yang kami mahu ialah mereka (kepimpinan parti) memberi kami lebih banyak peluang," katanya ketika dihubungi. BERNAMA

Tiga Pegawai SPRM Dikenakan Ikat Jamin Polis

Posted: 29 Sep 2011 07:16 AM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kes samun di KLIA pada 15 September lalu telah dikenakan ikat jamin polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata mereka dibebaskan sehingga 4 Oktober kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan.

Tiga pegawai itu, yang bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, ditahan berhubung kes menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000.

Mereka terdiri daripada seorang Pemangku Penolong Pesuruhjaya, seorang Penolong Kanan Penguasa, dan seorang Penolong Penguasa.

SPRM dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata tiga pegawai itu sudah dilucut daripada sebarang tugas sementara menunggu hasil siasatan polis. - BERNAMA

Tiga Lagi Klinik 1Malaysia Diwujud Di Sabah

Posted: 29 Sep 2011 07:15 AM PDT

MSTAR ONLINE

TAWAU: Tiga lagi Klinik 1Malaysia akan diwujudkan di Sabah tahun ini sebagai tambahan kepada enam klinik sedia ada menjadikan sembilan buah kesemuanya, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Yusof Ibrahim.

Beliau berkata kawasan yang dikenal pasti ialah di Kudat, Tuaran dan Kota Marudu.

"Kita sedang sedang mencari tapak yang sesuai di kawasan-kawasan ini untuk mewujudkan Klinik 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini, Khamis.

Mohd Yusof juga berkata Klinik Desa yang menerima kehadiran pesakit yang ramai akan dinaik taraf menjadi Klinik Kesihatan.

"Perkara ini sedang dikaji Kementerian Kesihatan dengan menempatkan seorang doktor dan menambah bilangan kakitangan jika ada keperluan.

"Sebagai contoh, Klinik 1Malaysia di Sulaman Central telah dinaik taraf menjadi Klinik Kesihatan berikutan kehadiran pesakit yang meningkat sehingga kira-kira 300 orang dalam sehari," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengkaji keperluan untuk menaik taraf Klinik-klinik 1Malaysia yang lain berdasarkan keperluan semasa.

Mengenai rungutan sesetengah pihak dengan perkhidmatan Klinik 1Malaysia yang hanya menempatkan Pembantu Perubatan, Mohd Yusof berkata pegawai terbabit ditugaskan untuk melakukan saringan kesihatan selaras dengan matlamat penubuhan pusat tersebut.

Pegawai berkenaan akan menentukan sama ada pesakit perlu mendapat rawatan lanjut. - BERNAMA

RIBUT KENCANG MUSNAHKAN 3 RUMAH DI PAPAR

Posted: 29 Sep 2011 07:13 AM PDT

SUMBANGAN...Salah seorang keluarga mangsa tragedi telah menerima sumbangan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat Papar yang disampaiklan oleh Hj Talub Rahim.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO


RIBUT kencang yang melanda Kampung Bambangan dan Kampung Kuala di Papar antara jam 5.00 petang dan 4.30 subuh pagi kelmarin telah memusnahkan tiga buah rumah di kampung berkenaan.

Pegawai Perhubungan Media Parlimen Papar, Sidek Kolo yang menghubungi Sabahkini.Net Wilayah Sandakan semalam melalui panggilan telefon, antara lain menjelaskan, mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kejadian tersebut

Katanya, Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin yang dimaklumkan mengenai tragedi tersebut dengan pantas mengarah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Papar, Haji Talip Rahim dan Pegawai Perhubungan Parlimen Papar Abdul Manan Hj Talipudin serta kakitangan pejabat parlimen segera menyampaikan sumbangan kewangan dan makanan untuk meringankan beban kepada keluarga mangsa terbabit.

ROSAK....Beginilah keadaan salah satu rumah di Kampung Bambangan yang terlibat ribt angin kencang.

Dalam pada itu, Rosnah menyeru kepada mangsa-mangsa terlibat dalam kejadian ribut angin kencang itu supaya bersabar menghadapinya kerana semua kejadian yang menimpa adalah di luar jangkaan manusia.

Bagaimanapun, kata Rosnah, pihaknya akan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan sampingan, sementara rumah-rumah mereka yang telah musnah akibat tragedi itu akan dibaik pulih pada masa terdekat ini.

PESTA SEKS DI TAMAN CHONG THIEN VUN?

Posted: 29 Sep 2011 07:10 AM PDT

SEMAK....Semak samun di taman ini tidak dibersihkan oleh MPS sejak empat bulan menjadi sarang maksiat.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI


TAMAN Chong Thien Vun yang terletak di puncak Bukit Bendera (Trig Hill) yang merupakan taman peranginan yang terindah di daerah Sandakan kerana dikelilingi oleh pokok-pokok subur nan menghijau; dielus lembut puputan bayu yang cukup nyaman telah terbiar begitu saja tanpa diselenggara.

Taman yang sebelum ini menjadi tempat bersantai dan riadah saban kini tidak lagi dikunjungi ramai pengunjung kerana kurang selesa disebabkan semak samun tumbuh meliar tanpa diselenggara oleh Majlis Perbandaran Sandakan.

Dalam tinjauan Sabahkini.net ke taman tersebut kelmarin, mendapati kawasan tersebut memang agak menyeram dan menakutkan disebabkan rumput panjang yang tidak dipotong, mungkin dihuni oleh haiwan berbisa seperti ular tedung.

Seorang pekerja Restoran Trig Hill yang berhampiran dengan taman tersebut, Roslan memberitahu Sabahkini.Net, kini sudah hampir empat bulan tidak kelihatan pekerja-pekerja MPS memotong rumput di kawasan sekeliling taman berkenaan.

Kata Roslan, sejak kebelakangan ini ada dua tiga orang pengunjung yang bersantai di pondok yang sedia ada di taman tersebut mengadu pernah terserempak seekor ular hitam panjangnya lebih kurang 6 kaki sedang merayap melintasi tangga simen tersebut.

"Alangkah berbahayanya jika ada pengunjung yang tidak menyedari bahawa kawasan taman yang semak itu telah dihuni oleh ular-ular berisa lantas mematuk mereka. Dalam hal ini siapa yang harus bertanggungjawab dan siapa yang harus dipersalahkan nanti jika terjadi perkara buruk seumpama itu berlaku kepada para pengunjung?" Tanya Roslan.

Namun keadaan semak samun ini, kata Roslan, dimanipulasi oleh remaja, terutama sekali pelajar sekolah yang menggunakan semak samun sebagai 'bilik atau ranjang' memadu kasih selepas pulang dari sekolah dan berpeleseran di taman ini.

"Jika dilihat dari jauh memang semak, tetapi jika dilihat dari menara pemerhati, banyak lokasi dipenuhi kertas surat khabar dan papan lapis yang digunakan untuk melakukan hubungan seks bebas dengan pasangan masing-masing," kata Roslan yang memaklumkan belukar berkenaan akan mempunyai 'penghuni' sekitar jam 1.30 petang hingga jam 3.00 petang.

Perkasa desak Sime Darby batal beli saham E&O

Posted: 29 Sep 2011 12:47 AM PDT


KUALA LUMPUR — Perkasa mendesak Sime Darby membatalkan rancangan untuk membeli 30 peratus saham syarikat Eastern & Oriental (E&O) Bhd yang disifatkan tidak perlu memandangkan syarikat milik kerajaan (GLC) itu mempunyai kepakaran dalam sektor hartanah.

Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata alasan yang diberikan Sime Darby tidak boleh diterima dan dipersoalkan banyak pihak terutamanya berhubung untuk mendapatkan kepakaran E&O.

"Kita harap Sime Darby dapat meneliti semula rancangan itu dan seterusnya membatalkan hasrat untuk membeli saham E&O.

"Kita yakin Sime Darby mempunyai kepakaran dalam bidang hartanah dan tidak perlu untuk mendapatkan khidmat syarikat lain, jadi kita desak Sime Darby memberhentikan pembelian yang tidak wajar ini," kata beliau selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Sime Darby di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kontroversi pembelian 30 peratus saham syarikat E&O oleh Sime Darby dengan kos RM776 juta secara tunai, didakwa 60 peratus lebih mahal daripada harga pasaran sehingga menimbul pelbagai keraguan orang ramai.

Dalam memorandum itu, Perkasa menyifatkan langkah diambil Sime Darby itu satu pengkhianatan kepada amanah yang diberikan.

"Ia juga runtuhnya tanggungjawab moral dan kredibiliti Sime Darby sebagai syarikat terbitan awam, imej buruk terhadap jentera pentadbiran kerajaan kerana gagal memantau perjalanan syarikat terbitan awam supaya menepati kehendak perundangan negara serta amalan profesionalisme.

"Ia juga merupakan pelanggaran tatasusila korporat dan pencabulan undang-undang negara, mekarnya rasuah dan integriti dan terjejasnya usaha kerajaan bagi melakukan transformasi yang menyeluruh dalam semua sektor," kata Ruslan ketika membacakan memorandum itu.

Selain itu, Perkasa juga menuntut Sime Darby mengemukakan alasan yang bernas tentang rancangan pembelian itu.

Pemimpin: Sambutan 60 tahun ‘pemangkin’ PAS hadapi PRU-13

Posted: 29 Sep 2011 12:47 AM PDT




KUALA LUMPUR — Di sebalik siri cabaran dan kemajuan, PAS yang kini berusia 60 tahun akan berhimpun di Kepala Batas, Pulau Pinang hujung minggu ini - bukan sahaja untuk membuktikan ia sebuah yang konsisten dalam perjuangan tetapi menyuntik semangat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sabtu ini, PAS yang kini dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan meraikan sambutan enam dekad kewujudannya di Kepala Batas - tempat kelahiran parti Islam ini dan rakan komponen Pakatan Rakyat.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menjelaskan sambutan kali ini amat penting dan signifikan memandangkan ia diadakan dengan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Kata beliau, ia juga membuktikan PAS semakin matang dalam perjuangan serta berubah mengikut peredaran zaman tanpa menggadai dasar dan prinsip asas parti.

"Ia satu perkara yang amat besar, penting dan signifikan kerana 60 tahun ini melambangkan betapa matangnya umur perjuangan PAS di mana sejarahnya bermula di Pulau Pinang sendiri, jadi ia sangat signifikan apabila tahun ini kita menyambutnya di Pulau Pinang.

"Ia juga menandakan perjuangan PAS yang terus konsisten menegakkan cita-cita perjuangan dengan mengikut kesesuaian zaman, rakyat boleh melihat dalam tempoh ini PAS bukan sahaja sebagai parti pembangkang tetapi telah berjaya buktikan kejayaan di mana kita pernah bersama dengan parti-parti lain termasuk pemerintah semasa zaman kerajaan campuran dan begitu juga kita telah buktikan keupayaan mentadbir negeri seperti Kelantan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurut Mujahid, jika hendak dibandingkan dengan parti-parti lain yang kebanyakannya sudah tidak wujud lagi, PAS yang mempunyai keahlian seramai satu juta orang berjaya keluar dari kepompong dan terus wujud dengan melahirkan generasi-generasi pelapis.

"Jadi bermakna PAS telah menyampaikan satu mesej selama 60 tahun ini, PAS bukan sekadar parti yang hidup tetapi hidup untuk menyumbang kepada negara dan mengejar cita-cita berlandaskan prinsip Islam," kata beliau.

"... dan kalau dibanding dengan parti politik lain yang sebahagiannya sudah pupus dan tidak wujud lagi tapi PAS walaupun tidak pernah menguasai negara tetapi selama 60 tahun ini telah berhempas pulas dalam suasana demokrasi yang agak tidak sempurna is tetap meneruskan hidup dan melahirkan generasi baru seperti saya yang meneruskan menyampaikan cita-cita pengasas atau pemimpin-pemimpin awal," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar memberitahu, PAS yang kini bersama Pakatan Rakyat akan meneruskan perjuangan terutamanya untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

"Sudah tentu dengan perayaan 60 tahun ini, kita harap ia akan memberi impak kepada petugas-petugas parti yang akan bermotivasi apabila mereka mengimbau sejarah lampau agar mereka dapat teruskan cita-cita PAS sejak ia ditubuhkan.

"Ia juga menandakan keupayaan PAS yang tidak boleh dipandang ringan oleh kawan dan lawan, jadi pada saya 60 tahun ini sangat signifikan yang mana kalau kita lihat PAS telah lakukan banyak perubahan dan penjelmaan lekuk ketiga yang memperlihatkan PAS berada di persada dan bukan sahaja orang Islam menyokong PAS tetapi orang bukan Islam juga bersama dengan PAS," katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menegaskan, sambutan 60 tahun akan menjadi satu anjakan dan lonjakan komitmen petugas dan pemimpin kepada parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Ia satu perhimpunan yang akan melonjakkan lagi komitmen PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang mungkin akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Sambutan ini sangat signifikan untuk seluruh ahli PAS untuk mengambil satu semangat daripada perhimpunan 60 tahun ini dan melihat keseluruhan latar belakang sejarah perjuangan PAS yang bermula sejak 1951 dan akan menyuntik semangat dan komitmen yang mana kami adalah generasi yang bertanggungjawab untuk melangsungkan kecemerlangan ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menjelaskan bahawa walaupun banyak perubahan telah berlaku, namun PAS tetap berpegang kepada prinsip perjuangan yang tidak akan digadai sama sekali.

"Ini penting terutamanya semasa kita sekarang mempunyai konsep negara berkebajikan dan kita harap perhimpunan ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk kita jadikan topik ini sebagai topik perbahasan dan agenda terpenting. Ini adalah penting untuk pimpinan semua peringkat, untuk kita satukan dan memperkukuhkan kembali fikrah dan terus melangkah ke hadapan menghadapi pelbagai cabaran.

"Kita perlu terus berdaya maju dan berdaya saing di samping menjadi parti yang benar-benar dapat keluar dari kongkongan bangkangan semata-mata tetapi sebagai sebuah parti yang dapat menyediakan pelbagai alternatif yang dapat kita tawarkan bagi menggantikan Umno-BN," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS dilihat mempunyai harapan cerah untuk menggantikan Umno seterusnya mentadbir negara bersama Pakatan Rakyat.

"Sambutan 60 tahun ini membuktikan PAS mempunyai dasar yang tepat dan teguh, tidak pernah berubah dasar walaupun tidak pernah memerintah negara tetapi kekuatan kita bertahan membuktikan PAS mempunyai masa depan cerah bersama Pakatan Rakyat.

"Dan, kita lihat dalam tempoh 60 tahun ini kita berjaya melebarkan sayap perjuangan parti dengan mengadakan kerjasama politik dengan DAP, PKR dan kita telah wujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mana kita mendapat sokongan yang baik di kalangan orang bukan Islam," katanya.

Kata beliau, sambutan 60 tahun itu dianjurkan dengan tujuan untuk mengembalikan semangat perjuangan PAS kepada generasi baru terutamanya tentang pimpinan terdahulu yang telah banyak berkorban.

"Objektif himpunan ini adalah untuk kembalikan sejarah perjuangan PAS termasuk jatuh bangun PAS, pemimpin dan sejarah PAS selama 60 tahun ini yang mana kita fikir generasi baru patut didedahkan dengan sejarah lampau.

"Perhimpunan ini juga akan menjadi medan untuk membersihkan PAS dari tuduhan-tuduhan liar yang banyak menyerang kita selama ini," katanya.

Sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13, Tuan Ibrahim menegaskan sambutan itu juga akan menjadi pemangkin membangkitkan semangat ahli untuk menghadapi BN.

"Melalui perhimpunan ini kita juga mahu mengembalikan semangat kekuatan pimpinan dan ahli dengan kita mengadakan satu munajat perdana pada malam 30 September yang akan dipimpin Mursyudil Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS di pekarangan Dewan Millenium, kemudian disusuli dengan forum sejarah perjuangan PAS.

"Pada 1 Oktober pula selain ucapan pimpinan tertinggi turut diadakan adalah pameran sejarah PAS, ekspo dan pada sebelah malam akan ada ceramah dari pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Tiada ulasan: