Kerabu Bersuara ® |
- Mat Sabu dianiaya kerana UMNO takut ketokohannya
- Pakar DNA: 99.9 peratus sperma tidak mampu bertahan lama
- Fitnah II: Pakar tulang dijangka sahkan keupayaan fizikal Anwar
- Mahathir Ni Sedar Ke Tak Sedar? Malayu Mudah Lupa Katanya
- Dokumentari Malaysia dibayar syarikat Israel, Apco
- MB Kedah Jawab Kenyataan Dari Mukhriz Dan Dr Asri
- Gambar SPB Agong Majlis Taklimat Kemajuan dan Pembangunan Negeri Selangor
- Najib, Rosmah ‘demam’ jika berdepan Anwar di mahkamah
- Gereja: PAS Selangor ucap tahniah pada Jais
- Hudud: Umno OK tapi Malaysia tak sedia, kata Muhyiddin
- Dr Asri: Kelantan Dan Tanggungjawab Hudud
- Suami gemar menghisap payu dara isteri
- Panas! 3 Buah Pulau Di Sabah Di Jual Kepada Pendatang Asing?
- Betul Ke Kelantan HIV Tertinggi? Jom Kita Bongkar
- Terkini! Video Dan Kenyataan TG Nik Aziz Menjawab Tuduhan Terbaru Mahathir Isu Hudud
- Siapa bakal ganti Abdul Ghani di Johor?
- Negeri Lain Wajar Contohi Selangor Laksana Gaji Minima
- Syabas Mad - BN pula jadikan saudara hero
- Najib patut terima sapina ke Mahkamah - Jangan takut, bersihkan nama
Mat Sabu dianiaya kerana UMNO takut ketokohannya Posted: 22 Sep 2011 08:30 AM PDT 22 September 2011 GEORGETOWN, 22 Sept – Tindakan kerajaan mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di mahkamah hanya kerana memberi pandangan tentang sejarah negara membuktikan Datuk Seri Najib tidak jujur dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas dan demokratik. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, apa yang terjadi pada Mat Sabu merupakan satu contoh dan peringatan bahawa Malaysia belum mampu menjadi negara yang lebih demokratik. "Jika Malaysia ingin menuju ke arah masyarakat demokratik, menegakkan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang… penyalahgunaan kuasa seperti yang terjadi terhadap Mat Sabu perlu ditamatkan," katanya. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Chow Kon Yeow berkata, tuduhan yang dihadapi oleh Mat Sabu adalah berunsur politik semata-mata . Beliau yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berpendapat tuduhan itu juga menunjukkan dengan jelas kepincangan demokrasi di Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional. "Bagaimana Najib boleh mahu Malaysia menjadi negara demokrasi terbaik di dunia bila kerajaan beliau tidak dapat menerima padangan sejarah yang berbeza?" katanya. Semalam Mat Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di bawah Kanun Keseksaan kerana pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950, ketika berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. Menurut Chow yang juga Ahli Parlimen Tanjong, di dalam masyarakat yang demokratik, isu kontroversi Mat Sabu ini telah membuka peluang kepada perdebatan yang kritikal, perbincangan dan pertukaran idea serta ilmu. "Malangnya, kerajaan Barisan Nasional telah memperkudakan polis, sistem perundangan dan media bagi menutup pekung UMNO-BN yang takutkan penilaian sejarah," katanya. Menurut Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Teresa Kok, sekiranya Mat Sabu disabit kesalahan, tokoh PAS itu tidak akan dapat bertanding dan berkempen untuk pilihan raya umum akan datang. Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh mendakwa BN sebenarnya takut dan sedang cuba sedaya upaya mengelak dari bertembung dengan Mat Sabu dalam PRU ke-13. Minggu lalu, Perdana Menteri mengumumkan apa yang disifatkannya sebagai reformasi politik dengan kenyataan bahawa "mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik," dan "Malaysia yang lebih trbuka dengan demokrasi yang dinamik." "Perdana Menteri yang benar-benar terbuka dan dinamik akan mengakui bahawa perbezaan pendapat dalam tafsiran sejarah tidak harus diperdebatkan di mahkamah tetapi diselesaikan melalui dialog dan perdebatan bersifiat ilmiah," tambah Teresa. Sementara itu Naib Pengerusi DAP Selangor Charles Santiago berkata, tugas kerajaan bukanlah menulis sejarah, tetapi ianya adalah tanggungjawab ahli akademik, pengkaji sejarah dan rakyat sendiri. "Kalau BN merasakan mereka yang memikul beban untuk menulis sejarah, maknanya semua jabatan sejarah di universiti-universiti patut ditutup. "Tugas kerajaan ialah memastikan masyarakat mempelajari dan mengkaji sejarah agar kita boleh bergerak kehadapan," katanya. Oleh itu menurut Charles, "jenayah" Mohamad adalah kerana UMNO melihat beliau sebagai tokoh PAS yang benar-benar menggugat kepentingan dan peluang mereka untuk menang dalam PRU akan datang. Mat Sabu pula, sebagaimana yang dipetik oleh Malaysiakini, menyatakan bahawa kerajaan BN telah sedar akan kehilangan sokongan rakyat sehingga terbawa-bawa isunya ke mahkamah. "Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah. "Ini kes mengenai sejarah, tunggulah nanti. Kes ini akan jadi seronok dan menarik," katanya. – Roketkini.com |
Pakar DNA: 99.9 peratus sperma tidak mampu bertahan lama Posted: 22 Sep 2011 08:00 AM PDT (Oleh: Ahmad Fadli) KUALA LUMPUR: Pakar patologi genetik dari Australia, Dr Brian McDonald meragui kualiti DNA sperma yang ditemui dalam kes Fitnah II mambabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dr Brian menyifatkan DNA yang masih wujud walaupun selepas 56 jam diambil dari rektum dan kemudiannya dibiarkan terdedah selama 48 jam lagi pada suhu bilik sebagai tempoh yang paling lama beliau pernah temui sepanjang kariernya. Beliau sebelum ini ditunjukkan satu rencana bertarikh sekitar tahun 1997 oleh Pendakwa Raya yang menyatakan sperma boleh dijumpai dalam rektum selepas 113 jam. "(Kes) Anwar ini adalah satu-satunya kes dalam dunia di mana sperma boleh ditemui selepas 56 jam dan diserahkan kepada ahli kimia dua hari kemudian, dan anda masih boleh menemui sampel DNA yang bagus," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan dari Ram Karpal Singh, sewaktu sesi soal balas hari ini. Dalam perbicaraan sebelum ini, sampel DNA dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari yang dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia diselubungi kontroversi apabila ia tidak dikendalikan dengan baik oleh pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira. Jude didapati menyimpan sampel itu selama dua hari di loker di pejabatnya walaupun ia sepatutnya disimpan dalam peti sejuk atau diserahkan terus untuk dianalisa. Beliau juga didapati membuka penutup bekas yang mengandungi sampel itu sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Kimia. Tindakan itu menimbulkan keraguan kemungkinan bahan bukti diubahsuai polis kerana mereka sebelum itu didapati mendapatkan DNA dari tubuh Anwar secara tipu muslihat dengan menahan reman beliau semalaman. |
Fitnah II: Pakar tulang dijangka sahkan keupayaan fizikal Anwar Posted: 22 Sep 2011 07:30 AM PDT (Oleh: Ahmad Fadli) KUALA LUMPUR: Pakar tulang dari Jerman yang pernah merawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes fitnah II. Perkara itu dinyatakan peguam Anwar, Sankara Nair yang ditemui selepas perbicaraan tersebut selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dr Thomas Hoogland pernah merawat kecederaan tulang belakang yang dialami Anwar pada 2004 selepas dibelasah oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor ketika dalam tahanan polis pada 1998. Beliau akan memberi keterangan pada 6 Oktober depan apabila perbicaraan kes itu bersambung semula 3 sehingga 7 Oktober depan. Justeru itu, pakar berkenaan dijangka akan mengesahkan tentang tahap kesihatan dan keupayaan fizikal Anwar, 64. Bercakap lanjut, Sankara memberitahu Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Dr Lim Kong Boon akan hadir untuk memberi keterangan pada 3 Oktober depan. Lim Kong Boon adalah watak sama yang pernah terlibat dalam kes Fitnah 1998 sebagai pegawai kimia yang juga merupakan saksi pendakwa pada masa itu. Beliau juga sebelum ini dalam keterangan Nor Aidora Saedon bertanggungjawab memberikan arahan khas kepada Aidora untuk melakukan analisa segera ke atas sampel dari putik kapas yang diperolehi daripada pegawai penyiasat, Jude Pereira. Dalam perkembangan sama, permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor untuk mengenepikan perintah sapina ke atas mereka akan didengar pada 29 September ini. Jika permohonan sapina mereka ditolak, mereka juga dijangka memberi keterangan minggu depan, kata Sankara. Dalam permohonan Najib itu, kedua-dua pasukan peguam Anwar dan juga pasukan pendakwa raya akan bertindak sebagai defendan. |
Mahathir Ni Sedar Ke Tak Sedar? Malayu Mudah Lupa Katanya Posted: 22 Sep 2011 07:00 AM PDT Mahathir: Rakyat pandang jijik wakil rakyat mewah Salhan K Ahmad Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu. Katanya, faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008 – yang masih belum dapat dipulihkan hingga kini. Persepsi tersebut antara lainnya berpunca daripada kegiatan membeli undi dari kalangan perwakilan semasa pemilihan parti. "Golongan muda pandang parti komponen sebagai korup dan mereka tidak ingin sokong. Walau tak ramai yang tak sokong, sikit-sikit tak dapat undi, kita akan kalah," katanya dalam satu majlis di Dewan Umno bahagian Kuala Selangor hari ini. Dalam majlis anjuran Kelab ADUN BN itu, Mahathir turut mengulas mengenai program melibatkan 171 orang wakil rakyatnya yang kini menyertai program permukiman selama tiga hari di Selangor. Salah satu program berkenaan menetapkan wakil rakyat berkenaan untuk menginap di sebanyak 320 buah kediaman keluarga di setiap kawasan DUN Selangor. "Bagus tidur dengan rakyat ini, tapi bila datang ke rumah penduduk yang robek dengan kereta Mercedes, ini tidak betul. "Imej kita kena jaga. Kalau jadi wakil rakyat, tiba-tiba jadi kaya, orang akan benci kepada kita," katanya lagi dalam ucapannya kepada wakil rakyat berkenaan. Calon 'payung terjun' Tambahnya, wakil rakyat berkenaan perlu memberi perkhidmatan yang ikhlas kepada masyarakat, seperti menurap jalan. Dengan sinis, Mahathir berkata mereka akan berasa berpuas hati apabila kerja tersebut berjaya dijalankan dan bukannya kerana "dapat kontrak untuk buat jalan tar." Mahathir berkata beliau kini boleh berkereta mewah kerana beliau bukan lagi seorang wakil rakyat dan tidak perlu memikirkan persepsi masyarakat. "Siapa-siapa tak suka kat saya tak apa... Tapi kalau imej wakil rakyat buruk, keburukan itu akan terpalit kepada parti," katanya. Mengulas mengenai pemilihan calon – satu lagi isu yang menyebabkan perpecahan dan kekalahan BN dalam pilihan raya sebelum ini – Mahathir berkata wakil rakyat berkenaan perlu menerima hakikat bahawa mereka mungkin tidak akan diturunkan sekali lagi. Namun, wakil rakyat BN itu perlu terus menyokong calon yang diumumkan – termasuklah calon 'payung terjun' sekiranya bahagian tidak mempunyai calon yang sesuai ataupun untuk meletakkan individu tertentu sebagai menteri. "Sebab ada juga teguran yang kata menteri tak tahu itu ini," katanya yang menjelaskan bahawa calon payung terjun itu bagaimanapun tidak boleh terlalu ramai. |
Dokumentari Malaysia dibayar syarikat Israel, Apco Posted: 22 Sep 2011 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: FBC Media, syarikat produksi program televisyen berpusat di London dilapor mempunyai kontrak dengan syarikat pelobi Amerika Syarikat berpusat di London, Apco Worldwide yang mempunyai kaitan dengan Israel. Apco membayar AS$80,000 kepada FBC pada 2008 untuk meningkatkan kesedaran tentang polisi di Malaysia, menjurus kepada urusan perniagaan dan pelaburan serta usaha memerangi keganasan. Perkara itu didedahkan menerusi penyiasatan khas dijalankan akhbar The Independent, berkaitan FBC yang mengambil keuntungan jutaan ringgit dari Kerajaan Malaysia untuk menghasilkan dokumentari bagi penyiaran British Broadcasting Corporation (BBC). Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebagai syarikat perunding perhubungan. Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel. Pendedahan itu pada Mac tahun lalu telah menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang parlimen selama hampir setengah tahun. Dalam artikel yang ditulis Ian Burrel dan Martin Hickman 17 Ogos lalu, BBC telah menggantung semua program FBC, yang sejak 2009 telah menghasilkan sekurang-kurangnya 4 dokumentari berkaitan Malaysia. Dokumentari itu termasuk isu-isu kontroversi seperti industri minyak sawit, pemuliharaan hutan serta isu orang asli. BBC memutuskan untuk tidak mengambil program TV daripada FBC selepas mengetahui FBC mengaku telah bekerja untuk kerajaan Malaysia. Dalam masa yang sama, CNBC, syarikat penyiaran berunsur perniagaan yang dimiliki syarikat gergasi rangkaian NBC Amerika, telah menarik balik program mingguan World Business, yang dihasilkan oleh FBC yang banyak mengaitkan Malaysia. Sejak 2 tahun lalu, FBC telah menghasilkan sekurang-kurangnya 10 program untuk CNBC yang memaparkan Najib Razak. |
MB Kedah Jawab Kenyataan Dari Mukhriz Dan Dr Asri Posted: 22 Sep 2011 06:00 AM PDT Siapa kata saya tak mampu, MB Kedah bidas Mukhriz ALOR SETAR, 22 Sept — Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau masih mampu mentadbir Kedah dan tidak perlu digantikan buat masa ini. "Siapa kata saya tak mampu ... saya bukan profesionalkah. Apa Tok Det (Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar) profesional? "Kedah sekarang lebih baik dari masa diperintah Barisan Nasional. Saya tidak hutang dengan kerajaan pusat untuk bayar gaji. Hasil balak sampai RM70 juta setahun. Masa BN cuma RM8 juta. Banyak pula buat projek membazir," kata beliau dipetik Bernama Online. "BN bagi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) guna duit pusat. Saya bagi MKK (Majlis Keselamatan Kampung) guna duit negeri," kata Azizan kepada pemberita semasa diminta mengulas cadangan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir supaya beliau digantikan dengan Exco Datuk Amiruddin Hamzah kerana kesihatannya terjejas. Kedudukan beliau menjadi isu ekoran laporan media bahawa kepimpinan parti berhasrat menggantikan dengan orang lain. Bagaimanapun ia dinafikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang antara lain beliau tidak pernah mendesak atau meminta Azizan agar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Justeru, Hadi menegaskan Azizan akan kekal dalam jawatannya yang disandang sejak Mac 2008. "Beliau kekal Menteri Besar Kedah. Cuma kini sedang berehat kerana masih dalam rawatan," kata beliau pada 2 September lalu. Laporan sebuah akhbar menyebut bahawa kepimpinan PAS sedang mengambil langkah untuk menggantikan Azizan yang kini kurang sihat selepas diserang sakit jantung bulan lalu. Azizan dipetik berkata beliau tiada rancangan untuk bercuti panjang ekoran masalah kesihatan semasa. Bagaimanapun Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah tidak menafikan ada usaha untuk memintanya bercuti panjang dan jawatan dipangku oleh pihak lain. Mengenai komen bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa tiada perubahan dibuat untuk memartabatkan Islam di Kedah berbanding Kelantan, Azizan berkata kedua-dua negeri berbeza dan tidak boleh dibandingkan. Katanya, Kelantan ditabir PAS lebih 30 tahun dan menang dengan majoriti banyak. "Saya menang 16 kerusi sahaja dan terpaksa berkongsi dengan sekutu bukan dari PAS. Banyak perkara yang hendak dibuat kena runding dulu dengan mereka. "Contohnya larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramahan baru-baru ini ... walaupun keputusan awal kita melarang tetapi selepas runding larangan itu ditarik balik. "Kita baru perintah tidak sampai sepenggal, simpatilah sama dengan saya," katanya. |
Gambar SPB Agong Majlis Taklimat Kemajuan dan Pembangunan Negeri Selangor Posted: 22 Sep 2011 05:30 AM PDT |
Najib, Rosmah ‘demam’ jika berdepan Anwar di mahkamah Posted: 22 Sep 2011 05:15 AM PDT (Oleh: Rusnizam Mahat) KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor takut untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, justeru itu kedua-duanya memfailkan permohonan untuk mengetepikan sapina supaya hadir sebagai saksi dalam kes perbicaraan fitnah II itu. "Mereka (Najib dan Rosmah) takut dedahkan penglibatan mereka dalam konspirasi ini. Mereka hanya berani tuduh tapi tak berani tampil diri sebagai saksi di mahkamah. "Sekarang ini kita tahu Najib dan Rosmah yang sebenarnya akan demam jika berdepan dengan Anwar di mahkamah, " kata Tian Chua. Najib dan Rosmah ketika dipanggil peguam untuk ditemubual sebelum ini berkata, mereka hanya akan hadir jika mahkamah mengeluarkan sapina. Bagaimanapun secara senyap-senyap mereka datang ke Mahkamah Jalan Duta dan bertemu peguam untuk menyatakan keengganan hadir sebagai saksi. Kedua mereka sangat dikehendaki memberi keterangan kerana kaitan dalam kes itu yang disifatkan sebagai konspirasi kedua terhadap Anwar. Ini kerana pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan bertemu Najib empat hari sebelum membuat laporan polis kononnya diliwat Anwar pada 24 Jun 2008. Najib pada mulanya menafikan pertemuan itu dan hanya mengaku bertemu Saiful pada 12 Febuari 2008 berhubung permohonan biasiswa. Bagaimanapun, selepas diasak soalan dari wartawan portal internet, Najib akhirnya mengaku bertemu Saiful selepas dibawa oleh pembantu khasnya, Khairil Anas Yusuf pada 24 Jun 2008. Kejadian liwat itu pula dilapor oleh Saiful berlaku dua hari selepas itu iaitu pada 26 Jun 2008. Dalam keterangannya di mahkamah pada 10 Mei 2010, Saiful juga mengaku berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar, pembantu khas Rosmah, sebelum membuat aduan polis dia diliwat Anwar pada 28 Jun 2008. Pada Januari lalu, ketika desakan supaya Najib menyahut cabaran debat dengan Anwar berhubung Buku Jingga, Najib berkata Anwar akan 'demam' jika maklumatnya dibongkar. Malah yang terbaru, selepas mengumumkan pemansuhan ISA, Najib sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan ketua pembangkang itu. |
Gereja: PAS Selangor ucap tahniah pada Jais Posted: 22 Sep 2011 05:00 AM PDT Muhammad Faizal SHAH ALAM, 22 Sept: PAS Negeri Selangor hari ini mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana telah siap menyediakan dan menyerahkan laporan penuh berhubung pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Berkata pada satu sidang media di Pejabat PAS Selangor Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Abd Rani Osman memberitahu satu pengumuman akan dilakukan oleh Khalid berhubung dengan laporan tersebut. "Kami difahamkan Menteri Besar akan membuat beberapa pengumuman berhubung dengan laporan tersaebut selepas berbincang dengan Tuanku Sultan Selangor. "Persoalan agama adaah satu perkara yang amat penting kepada seluruh rakyat Malaysia yang menganuti pelbagai agama. Selagi mana umat Islam dan institusi-institusi yang diamanahkan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Selangor serta segala peraturannya berpegang teguh dan berterusan merujuk kepada kedua sumber ini, maka kami yakin prinsip-prinsip kebenaran keadilan dan kesaksamaan akan dapat terus dipertahan dan ditegakkan. "Oleh itu kami mendukung penuh agar urusan hal-ehwal naungan Islam di negeri ini diurustadbir oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang berasa di bawah naungan Tuanku Sultan Selangor dengan perlaksanaan, khususnya pentadbiran masjid, surau dan sekolah-sekolah agama melalui Jais yang merupakan jabatan yang dibiayai sepenuhnya di bawah pentadbiran kerajaan negeri. "Mendukung hubungan baik diantara istana dan kerajaan negeri serta institusi-institusi Islam di negeri ini, PAS Selangor telah mengutuskan surat memohon perkenaan untuk mengadap Tuanku Sultan," jelasnya yang juga Adun Meru. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Dewan Negeri Hulu Klang Shaari Sungib, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman dan juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri Selangor, Noraini Hussin. Rani dalam masa yang sama menjelaskan pihaknya menolak keras sebarang usaha untuk memisahkan politik atau siasah daripada ajaran Islam. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad juga memberitahu sepatutnya isu gereja ini tidak sepatutnya dimanipulasi sebelum menerima laporan daripada pihak Jais. "Prinsip keadilan sepatutnya isu gereja tidak perlu dimanipulasi dengan pelbagai andaian mahupun dakwaan dan kita sepatutnya menunggu laporan dari Jais terlebih dahulu. "Cuma keadaan sekarang kita khuatir ada pihak akan cuba memanaskan keadaan tersebut, umat Islam perlu bersabar dan melihat bukti serta laporan yang akan diumumkan oleh Khalid nanti," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam. Dalam pada itu, beliau memberitahu kefahaman bahawa pemimpin masyarakat dipanggil sebagai ahli politik adalah kefahaman sempit yang bercanggah dengan prinsip kesyumulan Islam. "Dalam Islam semua aktiviti seseorang mukmin dan mukminah adah ibadat demi mendapat keredhaan Allah. Dengan aktiviti seorang ahli politik dalam Islam adalah tidak lain dan tidak bukan bertujuan sebagai ibadah demi mencapai keredhaan Allah. "Kefahaman bahawa ahli-ahli politik tidak dibenarkan bercakap tentang Islam adalah satu bentuk fahaman sekular yang didukung oleh Umno dalam mentadbir negara dan negeri Selangor selama ini," katanya lagi. Merujuk kepada fahaman tersebut PAS Selangor menolak fahaman songsang yang diamalkan oleh Umno dan kesan daripada itu telah mewujudkan politik menakutkan rakyat sehingga mencetuskan kebencian antara kaum. Jumpa Jais minggu depan Dr Abd Rani juga mengesahan pihaknya akan bertemu dengan Jais minggu hadapan bagi membincangkan isu pentauliahan mengajar di negeri ini. Beliau menjelaskan PAS sudah menghantar surat minggu lepas dan hanya menanti jawapan daripada pihak Jais. "Berkenaan dengan isu pentauliahan pihak kami ingin mengadakan pertemuan dengan institusi tersebut pada 27 September nanti. "Kita akan membincangkan segala isu mahupun persoalan yang menjadi tanda tanya terhadapan pentaulihan tersebut dan berharap akan mendapat jalan penyelesaian. Kita tahu tauliah ini diberikan hanya untuk mengelak daripada wujudnya ajaran sesat dan untuk makluman dalam PAS ramai pemimpin yang memperoleh sijil dalam agama Islam diiktiraf oleh antarabangsa. "Maka untuk mengatakan wujud ajaran sesat yang disampaikan oleh pemimpin PAS adalah tidak benar," katanya. Khalid pula memberitahu tidak pernah ada garis panduan yang dikenakan oleh Jais dalam memberi tauliah dan setiap individu yang ingin mengajar akan dipanggil temuduga. "Untuk memohon tauliah mengajar di Selangor tidak pernah ada garis panduan ataupun kelayakan mereka yang memohon, malah sesiapa yang ingin mengajar akan dipanggil temuduga dan dari situ baru diketahui sama ada layak atau tidak. "Berkenaan dengan menghalang ahli-ahli politik bercakap tentang agama di masjid mahupun surau ia adalah satu tindakan yang amat pelik kerana tempat tersebut adalah tempat untuk mendekati Islam. "Tapi tempat awam dibenarkan, kita lihat perkara ini sudah menjadi satu yang tidak boleh diterima akal. Jadi saya berharap pertemuan nanti akan menemui jalan penyelesaian berkaitan isu pentauliahan," usul Khalid. Sebelum itu isu pentaulihan ini telah menjadi tumpuan apabila kedua-dua pemimpin PAS Khalid dan juga Dr Rani yang telah ditarik balik oleh pihak Jais apabila didapati menyampaikan tazikrah di masjid pada bulan Ramadhan yang lepas sehinggakan pihak Jais telah mendakwa Khalid di Mahkamah Syariah kerana dakwaan tersebut. |
Hudud: Umno OK tapi Malaysia tak sedia, kata Muhyiddin Posted: 22 Sep 2011 04:05 AM PDT Oleh Yow Hong Chieh PUTRAJAYA, 22 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang. Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya. "Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini. "Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ)," kata Timbalan Presiden Umno. Muhyiddin menjelaskan bahawa Muslim tidak boleh menolak realiti bahawa undang-undang hudud adalah sebahagian daripada prinsip Islam tetapi pihaknya tidak bersetuju dengan PAS dan PKR bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakannya. "Isu di sini bukan soal hukum, tetapi persoalannya mengenai pelaksanaan hudud," kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini. Kata Muhyiddin, jika Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai bagi melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu, terserah kepada beliau. Dalam ulasannya pagi tadi, Nik Aziz menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib. Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan. "Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan. "Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...," kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini. Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama. "Saya juga memohon Datuk Seri Najib dapat menarik balik surat tersebut," kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam. Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya. "Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi ... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya. |
Posted: 22 Sep 2011 04:00 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah demokrasi melalui saluran perundangan dan bukan secara memaksa, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad. Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan. "Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara terpaksa atau melalui pintu belakang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri. Tun didakwa menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu. Kucar-kacirkan Pakatan Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13. Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini. "Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor. Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya. Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi. Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan. "Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri," soalnya. |
Dr Asri: Kelantan Dan Tanggungjawab Hudud Posted: 22 Sep 2011 03:00 AM PDT KELANTAN DAN TANGGUNGJAWAB HUDUD Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Apabila sebut hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ada yang menyatakan hasrat tersebut sekadar mainan politik, padahal tuduhan itulah mainan politik. Saya bukan anak Kelantan, tidak juga aktivis parti di Kelantan. Saya orang luar Kelantan yang sering diberikan peluang oleh Kerajaan Kelantan untuk melihat pentadbiran dari dekat. Saya yakin bahawa dalam isu hudud hasrat Kelantan bukan main-main. Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah s.a.w dalam sunnah baginda. Saya sendiri mendengar perkataan YAB Menteri Besar Kelantan ketika ditanya tentang hudud, beliau menjawab: "Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya". Saya lihat wajahnya, saya rasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah berkenaan. Apa tidaknya, Allah menegaskan dalam al-Quran: (maksudnya) "Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. Perempuan Yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" (Surah an-Nur: 1). Dalam al-Quran ada disebutkan beberapa jenis hukuman terhadap jenayah-jenayah tertentu; jenayah curi (Surah al-Maidah: 38), jenayah hirabah (Surah al-Maidah: 33), jenayah zina (Surah an-Nur: 3), dan qazf (Surah an-Nur: 4). Dalam hadis pula disebutkan hukuman sebat bagi peminum arak, buang daerah bagi penzina dan rejam bagi penzina muhsan, juga bunuh bagi yang murtad. Hukuman ini secara umumnya dikategorikan sebagai hudud. Walaupun begitu, ada perbincangan dalam kalangan sarjana mengenai kedudukan hukuman murtad, buang daerah dan rejam; adakah itu hudud atau ta'zir (discretionary punishment). Jika ia hudud bererti ia tidak boleh dipinda atau ditukar ganti. Jika ia ta'zir bererti ia terdedah kepada perubahan dan penilaian semula pihak pemerintah. Saya akan bincangkan nanti dalam artikel yang lain. Niat Buruk Usaha menggambarkan negara Islam atau design negara yang mendaulat Islam sebagai negara hudud adalah gambaran yang tidak tepat. Pihak musuh berniat buruk. Hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam. Hudud adalah hukum Islam yang menjadi makanisme dalam mencegah jenayah. Asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan as-Sunnah. Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya. Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat. Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat. Firman Allah: (maksudnya): "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah al-Hajj: 41). Penafsiran perkataan 'makruf' dan 'munkar' hendaklah diluaskan dalam konteks kehidupan muslim secara umum, dan kenegaraan secara khususnya. Maka dalam negara Islam; keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum. Tiada beza antara hukuman terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa. Tiada beza antara orang besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa. Kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga. Kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat. Hukum Allah Tiada seorang yang beriman pun yang akan berani membantah nas-nas qat'i (definitive texts) sama daripada al-Quran ataupun as-Sunnah. Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan 'sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan' adalah melampaui batasan agama. Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam. Nas-nas yang qat'i (definitive texts) itu, sekalipun diyakini tanpa syak daripada Allah, namun para sarjana Islam sering berbeza pendapat dalam menafsirkan maksudnya, atau berbeza pendapat dalam memperincikannya. Ini disebut sebagai dalil yang zanni (speculative meaning). Umpamanya, dalam hukuman memotong tangan pencuri, tiada siapa yang syak tentang kewajiban melaksanakan nas ini. Namun, para sarjana berbeza pendapat dalam menentukan syarat yang melayakkan seseorang dijatuhkan hukuman tersebut. Demikian juga dibincang suasana yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan. Ini kerana terdapat nas-nas yang lain yang boleh menafsirkan hukuman ini. Membahaskan, ataupun meletakkan syarat-syarat yang layak sebelum perlaksanaan sesuatu hukum hudud itu, bukanlah bererti menolak hukum itu, sebaliknya memastikan perlaksanaan itu memenuhi maksud sebenar dari titah perintah Allah dan rasulNya yang disebut sebagai Maqasid al-Syariah (The Higher Objectives of Islamic Law). Ini kerana bukan tujuan Islam ingin memastikan tangan pencuri itu putus, tetapi yang hendak dicapai ialah maksud keadilan, pencegahan dan pemeliharaan harta masyarakat di sebalik hukuman tersebut. Kaedahnya ditetapkan iaitu potong tangan. Maka, pelaksana hukum tersebut hendaklah memastikan bahawa apabila hukuman tersebut dilaksanakan, maksudnya dapat dicapai. Jika dilaksanakan, sedangkan maksud itu tidak dicapai, ataupun berlaku sebaliknya, maka itu tidak menunai tanggungjawab nas. Sebaliknya, hanya menzahirkan ketidakadilan, atau kekejaman atas nama Islam. Suasana Kondusif Suasana kondusif ialah suasana di mana apabila hukuman hudud itu dilaksanakan akan mencapai matlamat hukum itu disyariatkan. Tertegak keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat. Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri. Nabi s.a.w bersabda: "Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan". (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani). Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut: "Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza'i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…". Dalam riwayat Abu Daud: "Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran" (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani). Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w mengarahkan agar hukuman tidak dilaksanakan dalam keadaan peperangan ataupun musafir kerana bimbang kesan yang negatif terhadap perlaksanaan itu disebabkan suasana yang tidak kondusif. Dengan melihat kepada nas yang seperti ini, maka persoalan persekitaran ketika hukuman hudud dilaksanakan perlu diambil kira. Mewujudkan Suasana Nabi s.a.w sebelum menegaskan tentang hudud, baginda mengujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang diperintah oleh baginda. Pemerintah dan rakyat sama setaraf di hadapan undang-undang. Tiada diskriminasi keturunan dan latar belakang. Suanana kebajikan; bantu membantu, tolong menolong antara masyarakat yang kukuh. Jaminan hak rakyat yang diberikan. Suasana halal yang mudah; mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya. Tiada alasan untuk lelaki ataupun wanita berzina. Sementara suasana haram yang diketatkan; sukar mendapat dan menebusi perkara haram. Apabila suasana seperti ini wujud, maka tiada alasan rakyat memilih yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak dihukum. Ini kerana pertama; dia telah mencemarkan suasana harmoni yang telah diwujudkan. Kedua; dia mempunyai penyakit jiwa yang berat yang condong memilih buruk sekalipun sukar dan menolak yang halal sekalipun mudah. Perjuangan penting kita pada hari ini, ialah mengujudkan suasana yang kondusif ini sebelum sesuatu undang-undang ini dilaksanakan. Ini kerana, jika undang-undang hudud dilaksanakan; dihukum orang bawahan; dilepas orang atasan, dihukum penzina; diketatkan perkahwinan serta disusahkan talak dan fasakh, dihukum peminum arak, digalakkan gambaran arak, dihukum pencuri; dihalang hak rakyat serta dibiarkan rasuah dan salah guna harta negara dalam kalangan golongan atasan, dihukum pemberontak; dibiarkan kezaliman penguasa dan seterusnya, sudah pastilah hudud tidak dapat dilihat keindahannya. Bahkan jika dilaksanakan hudud dalam suasana yang seperti itu, hanya membinasakan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut: "Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat. Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan. Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya. Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan. Saya akan bahaskan dalam artikel yang akan datang insyaAllah. |
Suami gemar menghisap payu dara isteri Posted: 22 Sep 2011 01:00 AM PDT As'salammualaikum... Hari nie aku nak kongsikan satu artikel. Artikel nie aku dapat dari facebook seorang rakan yang tidak di kenali. Semasa perbualan mereka mengenai perkara tersebut, seorang rakan beliau telah meninggalkan link ini. Dan aku rasa ianya patut di kongsikan bersama.. Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri APAKAH hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan. JAWAPAN: Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah.Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga. Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman. Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka. Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu. Al-Jauhariy menegaskan bahawa "kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan" manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: "siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh". Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab. Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain. Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri. Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman. Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan. Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram. |
Panas! 3 Buah Pulau Di Sabah Di Jual Kepada Pendatang Asing? Posted: 22 Sep 2011 12:00 AM PDT KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH 24 Syawal 1432 / 22 September 2011 PENJUALAN PULAU KEPADA PIHAK ASING Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan 3 buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankan menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada. Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian. Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan. Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan Suhakam yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011. Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah. Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara Jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan 3 buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka. Jesteru Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah. Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau! LAHIRUL B. LATIGU KETUA DEWAN PEMUDA PAS SABAH |
Betul Ke Kelantan HIV Tertinggi? Jom Kita Bongkar Posted: 21 Sep 2011 11:00 PM PDT hok bodoh macam umno jer yang bising! |
Terkini! Video Dan Kenyataan TG Nik Aziz Menjawab Tuduhan Terbaru Mahathir Isu Hudud Posted: 21 Sep 2011 08:26 PM PDT Saya membaca cabaran Tun Mahathir agar Kelantan laksanakan hudud sekarang kerana beliau sudah tidak menjadi Perdana Menteri lagi. Saya katakan, surat yang dihantar oleh beliau dulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri. Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila Perdana Menteri tersebut meletakkan jawatan. Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir... Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar UMNO ikhlas berjuang untuk agama. http://www.facebook.com/nikaziz |
Siapa bakal ganti Abdul Ghani di Johor? Posted: 21 Sep 2011 08:20 PM PDT Lee Way Loon BN Johor mungkin terheret ke kancah perbalahan politik apabila akhbar-akhbar tempatan mula melaporkan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mungkin digantikan pada pilihan raya umum akan datang. Abdul Ghani, yang telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995, dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu. Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatan menteri besar itu. Namun, baru-baru ini, khabar angin sekali lagi bertiup kencang di Johor bahawa BN mungkin meminta Abdul Ghani (kiri) bertanding di kerusi parlimen dan menyerahkan jawatannya kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila akhbar-akhbar Cina melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail mencemar duli secara mengejut di rumah terbuka Aidilfitri Khaled di Johor. Menurut laporan berkenaan ia seolah-olah tanda mendapat restu atau perkenan dari pihak istana. Sultan Ibrahim menggantikan ayahandanya Alrmahum Sultan Iskandar Ismail pada Januari 2010. Almarhum dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Abdul Ghani. Johor telah lama menjadi kubu kuat BN dan Umno. Tetapi bukan satu rahsia lagi, bahawa terdapat pelbagai puak dalam Umno di negeri itu. Ada yang mengatakan perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak merancang untuk meletakkan penyokong-penyokongnya di negeri itu bagi 'memerhatikan' pergerakan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga berasal dari Johor. Akhbar tempatan juga telah menyenaraikan beberapa nama sebagai calon-calon yang berpotensi untuk menggantikan Abdul Ghani. Selain daripada Khaled Nordin, nama ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latiff Ahmad dan ADUN Pasir Raja Adham Baba juga berada di senarai berkenaan. |
Negeri Lain Wajar Contohi Selangor Laksana Gaji Minima Posted: 21 Sep 2011 08:18 PM PDT SUNGEI WAY 22 SEPTEMBER : Langkah kerajaan negeri Selangor memperkenalkan skim gaji minima yang bermula Januari tahun hadapan disambut baik Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang dilihat pelaksanaannya yang dapat membantu meringankan beban rakyat di negeri ini, kata Presiden FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason. Bahkan menurut beliau, pelaksanaan skim gaji minima ini sekaligus dapat memacu ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi. "Saya rasa dengan gaji minima ini apa yang akan kita boleh menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Bila kita memberikan gaji yang sepatutnya seseorang itu patut dapat, saya pasti produktifnya akan meningkat. " Bila anda beri gaji rendah sangat, dia bukan nak kerja. Habis waktu kerja, mereka akan cari kerja lain seperti potong rumput atau pergi kerja tempat lain. Jadi biar mereka dapat satu kerja yang berpatutan supaya mereka akan memberikan produktiviti yang sepenuhnya,"katanya. Menurut beliau lagi, sebelum ini pihaknya pernah mencadangkan gaji minima diletakkan pada paras RM1,200 sebulan berdasarkan kos sara hidup rakyat di negara ini. Namun kerajaan negeri pada pelancaran Agenda Selangorku, Pelan dan Visi Untuk Tiga Tahun mengumumkan, ia akan melaksanakan skim gaji minima kepada semua kakitangan anak syarikat kerajaan negeri dengan gaji paling rendah RM1,500 sebulan. Dalam pada itu, persoalan sama ada tindakan kerajaan negeri memperkenalkan skim gaji minima akan menjejaskan kewangan negeri, ia disanggah oleh Marimuthu. Malah ujarnya, pelaksanaan skim gaji minima ini hakikatnya akan menguntungkan kerajaan negeri dan negara kerana ia dapat meningkatkan produktiviti kakitangannya dalam menjalankan tugas. |
Syabas Mad - BN pula jadikan saudara hero Posted: 21 Sep 2011 06:04 PM PDT Oleh Aspan Alias BN khususnya UMNO benar-benar mengelabah kerana Mohamad Sabu. Dendam mereka terhadap Mohamad Sabu tidak ada kesudahan dan batas dan ianya membayangkan rasa terhimpit kerana kemungjkinan hilang kuasa bertambah nyata. Mohamad Sabu ini hebat orangnya. Sepatah beliau berkata mengelabah habis pihak pemerintah dan tidak sudah-sudah UMNO bercakap mengenai isu Mat Indera. Dengan tindakan membawa Mohamad Sabu ke Mahkamah hari ini membuktikan yang pihak yang memerintah sengaja tercari-cari kesalahannya untuk dijadikan isu terhadap parti PAS yang sedang mendapat sokongan yang semakin kuat dari rakyat khususnya dari mereka yang muda dan terpelajar. Baru sahaja PM Najib berjanji yang tidak akan ada sesiapa yang akan ditahan atau dituduh kerana perbezaan ideologi dan sebagainya dalam pembaharuan politik yang dilakukannya. Belum habis pun dengungan kata-kata beliau itu, nah, Mohamd Sabu sudah dituduh di Mahkamah kerana ucapan beliau di Pulau Pinang bulan lepas. Itulah sebabnya saya meminta semua pihak jangan terlalu gembira dengan pengumuman PM baru-baru ini, kerana yang berjanji ini ialah pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO memang susah untuk mengotakan janji kerana keadaan mereka yang sudah lemah. Orang yang lemah memang susah untuk membuat keputusan dengan baik. Orang lemah bila bercakap jangan kita mudah percaya kerana pemikiran mereka tidak berapa mantap. Tetapi bagaimana pun saya tidak merasakan itu menjadi masalah kerana dengan tindakan itu ianya memberikan bukti kuat yang PAS pimpinan Mohamad Sabu itu sememangnya diakui sebagai sebuah parti yang ber 'consequence' besar. Tindakan itu hanya memberikan persepsi bahawa PAS pada pandangan UMNO sudah menjadi gergasi yang susah untuk dilawan dalam pilihanraya. Maka jalan yang terbaik dan satu-satunya jalan yang tinggal bagi UMNO ialah dengan menggunakan pengaruh dan kuasa yang sementara ini masih bersamanya untuk menuduh Mohamad Sabu di Mahkamah. Maka tuduhan rakyat dan masyarakat antarabangsa yang memandang badan kehakiman dan undang-undang negara kita masih menjadi alat kepada pihak eksekutif dan isu pengasingan kuasa yang menjadi 'attribute' sebuah negara demokrasi berpelembagaan itu masih jauh dari kenyataan. Tindakan kerajaan ini hanya satu tindakan 'self defeating' bagi parti yang memerintah. Entah apa sebabnya parti pemerintah sentiasa melakukan tindakan yang memakan diri sendiri akhir-akhir ini. Tetapi yang mereka salahkan ialah parti-parti pembangkang. Sudah menjadi tabiat pemimpin BN yang segala kelemahan yang mereka alami itu adalah di sebabkan parti-parti pembangkang. Mereka yang melemahkan diri mereka mereka salahkan parti pembangkang pula. Selepas ini tidak tahu pula apa yang akan dilakukan terhadap pembangkang yang akan memakan diri mereka sendiri. Akhirnya parti-parti pembangkang tidak payah berkempen lagi kerana parti pemerintah sendiri yang menempah 'maut' politik mereka. Apa tidaknya; Utusan, rangkaian TV RTM serta TV3 dan saluran-saluran TV kumpulan Media Prima semuanya melakukan tindakan yang 'counter productive' bagi UMNO dan BN. Media massa sekarang ini masih berfikir yang rakyat semuanya masih bodoh-bodoh alang dan mempercayai propaganda mereka. Media massa ini tidak menyedari yang tindakan 'over killing' Mohamad Sabu ini akhirnya memudharatkan UMNO dan BN keseluruhannya. Saya meminta Mohamad Sabu bersabar dengan tindakan pihak pemerintah ini kerana segala apa yang buruk terjadi kepada saudara itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Setidak-tidaknya petanda awal yang kita nampak sekarang ini rata-rata orang ramai sudah menunjukan sokongan kepada beliau dan PAS walaupun mungkin sekadar rasa simpati terhadap Mohamad Sabu itu. Mohamad Sabu sendiri sekarang seolah-olah telah dijadikan hero oleh musuh-musuh politik beliau. Orang ramai bukan bodoh seperti anggapan pihak pemerintah pada hari ini. Syabas Mad! Walaupun saudara tidak memintanya, BN menjadikan saudara seorang hero. http://aspanaliasnet.blogspot.com |
Najib patut terima sapina ke Mahkamah - Jangan takut, bersihkan nama Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT Dato Seri Najib patut pergi ke Mahkamah dan buktikan yang beliau tidak terlibat dalam konspirasi politik terhadap Anwar. Di kandang saksi itulah Dato Seri Najib dan isteri mengambil kesempatan keemasan untuk membuktikan yang suami isteri ini tidak bersalah dan terlibat dalam konspirasi terhadap Anwar sebagaimana yang dituduh oleh pihak Anwar itu. Bagi kita di luar ini jangan sekali-kali menuduh yang Najib terlibat dengan konspirasi itu tetapi Najib perlulah membuktikan tuduhan terhadap beliau itu adalah tuduhan palsu. Jika tindakan untuk mengenepikan sapina terhadap beliau dan isteri itu maka akan wujud kecenderungan untuk orang ramai percaya terhadap tuduhan yang Najib dan isterinya terlibat dalam konspirasi itu. Najib sepatutnya lebih dari rela untuk ke Mahkamah dan buktikan yang beliau tidak ada kena mengena dengan isu ini. Beliau seorang pemimpin utama negara maka kredibiliti beliau sebagai seorang yang bebas dari terlibat dengan isu ini merupakan perkara yang sangat penting untuk dipertahankan. Bagi mana-mana pemimpin yang mengambil maruah dan kredibilitinya sebagai isu utama kepimpinan mereka, menjaga kredibitliti dan imej bersih itu adalah isu utama untuk dipertahankan. Najib tidak sepatutnya mengelak dari menghadziri diri di Mahkamah dan bersihkan nama beliau dari sebarang persepsi buruk itu. Bak kata perbilangan 'berani kerana benar, takut kerana salah'. Ini merupakan tuduhan yang berat terhadap Najib dan jika Najib tidak mahu menghadzirkan diri untuk menjadi saksi, maka jangan disalahkan orang ramai jika mereka termakan tuduhan yang Najib terlibat dengan konspirasi itu. Anwar mungkin ke penjara tetapi jiwa Najib juga akan terpenjara dengan persepsi rakyat yang beliau terlibat dengan konspirasi itu. Seorang Perdana Menteri mesti bersih dari anggapan buruk itu. Jika seorang Perdana Menteri melekat dengan stigma buruk ini maka ia akan menjejaskan negara sebagai sebuah negara yang berdaulat yang dipimpin oleh seorang PM yang bermaruah. Mungkin Anwar terpenjara dengan kesalahan jika benar seperti tuduhan pendakwaraya, tetapi Najib akan melekat dengan persepsi yang amat memalukan itu. Justru Najib wajar merelakan diri beliau untuk ke Mahkamah agar imej beliau tidak terjejas dengan tuduhan Anwar terhadap beliau. Apa salahnya jika beliau pergi ke Mahkamah dan menjadi saksi jika tidak terlibat? Bersihkan nama di Mahkamah. Takkanlah Najib tidak mahu membersihkan nama beliau. Jika nama tidak bersih maka adalah sukar bagi beliau untuk menjadi seorang pemimpin yang effektif kepada nagara dan rakyat pimpinan beliau. Mungkin kerana imej yang seperti inilah yang menyebabkan ramai rakyat khusunya ahli-ahli UMNO yang bercakap tentang konspirasi Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib dari kepimpinan parti dan negara. Ada beberapa pendapat yang jika benar tindakan Muhyiddin itu, itu merupakan perkara biasa dalam sistem demokrasi walaupun Muhyiddin itu sendiri belum lagi boleh dipastikan sebagai pemimpin gentian yang boleh memperbaiki keadaan UMNO dan kerajaan sekarang ini. Jika Najib digantikan dengan orang lain yang sama lemahnya, ia akan hanya membawa porak peranda kepada parti terus terusan. Saya sarankan Muhyiddin tidak usah bertindak apa-apa untuk menundukan Najib selagi rakyat belum pasti yang Muhyiddin itu seorang gantian kepada penyandang sekarang yang lebih baik. Sebenarnya tidak ada siapa dalam barisan kepimpinan hari ini mampu menjaga UMNO dan negara. Semuanya 2x5 sahaja. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/09/najib-patut-terima-sapina-ke-mahkamah.html |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan