ALHUSSEYN |
Undi Pendatang Asing - SPR akhirnya akui ada! Posted: 22 Sep 2011 06:25 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya terpaksa akur tentang rungutan dan bantahan adanya warga asing tersenarai dalam daftar pemilih bilamana seramai 52 nama telah digugurkan di sini Tetapi kenapa pihak yang membuat aduan atau bantahan perlu membayar RM10 bagi setiap bantahan dan perlu membayar RM150 bagi setiap seorang yang hadir sebagai "gantirugi dia bercuti dan datang ke SPR". Kita tidak tahu kenapa SPR perlu mengenakan syarat seumpama itu.Syarat tersebut hanya merumitkan orang ramai . SPR seolah-olah cuba menghalang bantahan dan aduan dibuat dengan lebih mudah atau mesra pengguna. Itu baru sahaja di satu kawasan.Bagaimana pula dikawasan-kawasan lain? Kita percaya , bukan sekadar itu sahaja jumlahnya.Tentu masih banyak lagi nama yang perlu digugurkan. |
Jembalang Tanah meratah balak di Perak Posted: 21 Sep 2011 10:32 PM PDT Hutan Simpan Belum ini terletak di Gerik kawasan Hulu Perak. Keluasan bagi hutan simpan taman negeri ini adalah 290,000 hektar dan seluas 146,000 hektar adalah hutan dara yang masih dijaga rapi agar tidak dicerobohi. Apabila akhbar The Star melaporkan tentang berlakunya pencerobohan keatas hutan simpan tersebut untuk projek pertanian kelapa sawit, Datuk Seri Zambry Abd Kadir pura-pura terkejut mengatakan beliau tidak tahu menahu tentangnya dan keluarkan arahan supaya hal tersebut disiasat rapi .Begitu juga Jabatan Pertanian Negeri Perak - juga turut terkejut berok macam Zambry! Amat mustahil Zambry tidak mengetahuinya kerana menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Nik Mohd Shah Nik Mustafa , kerajaan negeri Perak telah meluluskan aktiviti pembalakan di hutan seluas 74 hektar itu sejak Umno/BN merampas kuasa dari Pakatan. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat tentang skandal hutan seluas 74 hektar di Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) dan meluluskan 68.503 ekar tanah sejak merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat pada Februari 2009. Kroni-kroni yang menerima tanah itu dijangka meraih keuntungan sekurang-kurangnya 40 kali premium yang dibayar. Kroni akan mendapat keuntungan yang mengejutkan RM900, 000,000 yang lebih besar dari bajet tahunan Kerajaan Negeri Perak iaitu kira-kira RM800 juta! Walaupun permintaan yang berulang-ulang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Zambry enggan mendedahkan penerima tanah-tanah tersebut. Menurut Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak dan Ahli Parlimen Beruas, Zambry sentiasa mengelak dari menjawab berhubung isu Hutan Belum ketika dalam sesi Dewan Rakyat. Di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, hanya mereka yang tidak bertanah dan miskin diberikan tanah dengan di premium nominal RM1, 000 per ha. Semua tanah-tanah yang diluluskan untuk pertanian komersial akan melalui tender terbuka yang akan meraih premium yang lebih tinggi untuk rakyat. sumber |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan