Khamis, 22 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Konsep 1Malaysia jejaki nasib Islam Hadhari

Posted: 22 Sep 2011 03:38 AM PDT

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU: Berbeza berbanding slogan 1Malaysia, konsep Bertani Satu Ibadah yang diperkenalkan di Kelantan dua tahun lalu lebih mudah difahami rakyat.

Sejak dilancar pada April 2009, 1Malaysia belum mampu memberi kefahaman jelas kepada masyarakat sehingga promosi terpaksa dilakukan secara berterusan melalui media elektronik.

Malah konsep 1Malaysia dilihat menjadi semakin kabur mungkin menjejaki nasib Islam Hadhari yang kini berkubur tanpa batu nisan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, Che Abdullah Mat Nawi berkata, rakyat lebih faham dengan pendekatan Bertani Satu Ibadah yang diperkenalkan di Kelantan.

"Rakyat boleh faham konsep itu menyebabkan mereka bersungguh-sungguh melaksanakan kerja di samping amanah dan menaruh pengharapan kepada Allah swt.

"Kita nak suruh faham dan ini berlainan dengan slogan 1Malaysia. Apa yang boleh kita faham, dan kalau pun kita faham namun apakah yang kita dapat dengan 1Malaysia.

"Tetapi apabila kita menyebut Bertani Satu Ibadah menjadikan rakyat Kelantan lebih dekat dengan amalan agama biar pun sibuk mencari rezeki di mana sahaja," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini petang semalam.

Sidang media itu diadakan sempena program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan 2011 yang bermula 21 September hingga 2 Oktober ini.

Program dwitahunan itu diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV. Tema tahun ini 'Bertani Satu Ibadah Pemangkin Kecemerlangan Pertanian Kelantan'.

Lebih 100 usahawan tani termasuk dari negara jiran serta 35 gerai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan berkaitan pertanian menyertai program berkenaan.

Che Abdullah berkata, penghayatan rakyat terhadap Bertani Satu Ibadah semakin diterima meluas sekarang.

Namun anehnya kata beliau apabila ditanya kepada pelajar sekolah, konsep 1Malaysia tidak ramai yang mampu memberi jawapan.

Kartun Zunar kaitkan Umno sebagai "United Myanmar & Nepal Organization"

Posted: 22 Sep 2011 03:37 AM PDT


KUALA LUMPUR - Karya terbaru Zunar yang mengkritik dasar kerajaan BN yang memberi kerakyatan sebagai warga asing bagi tujuan politik hangat diperkatakan di ruang maya.

Dalam kartun paling terus terang dan berani itu, Zunar melukis logo parti-parti komponen BN dan mengaitkan dengan dasar tersebut antara lain menafsirkan Umno sebagai "United Myanmar and Nepal Organization."

Tinjaun dalam laman facebook kelab peminat Zunar menunjukkan sambutan yang begitu hangat, malah ada yang memberi komen sebagai kartun terbaik untuk tahun ini.

"Seperti biasa saya menafsir isu-isu politik dari otak kartun saya dan tekanan berterusan dari kerajaan mungkin membangkitkan idea yang lebih baik," kata beliau kepada Harakahdaily.

Tekanan kerajaan membolehkan Zunar menerima beberapa anugerah antarabangsa termasuk 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning dan terbaru anugerah hak asasi dari Yayasan Hellman/Hammett.

Selain itu, mulai Oktober ini dia akan berada di Sepanyol selama tiga bulan sebagai artis jemputan sebuah yayasan kesenian di Bilbao serta membuat pameran kartun di sana.

Kerana itu, Zunar akan mengadakan satu majlis bersama peminat pada hari Sabtu, 24 Sept di padang depan Amcorp Mall, Petaling Jaya dari jam 5 hingga 7 petang. Turut diadakan jualan buku-buku koleksi beliau.

"Saya berharap peminat-peminat akan datang ke majlis ini kerana ini adalah program terakhir saya sebelum keluar negara untuk tempoh yang lama," kata beliau.- Harakah Daily

Hudud: PAS akan ikut saluran, bukan sembrono

Posted: 22 Sep 2011 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR - Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah demokrasi melalui saluran perundangan dan bukan secara memaksa, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan.

"Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara terpaksa atau melalui pintu belakang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri.

Tun didakwa menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Kucar-kacirkan Pakatan

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini.

"Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.

Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya.

Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi.

Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan.

"Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri," soalnya.- Harakah Daily

Khalid, dedahkan laporan Jais yang asli atau hadapi kemarahan orang Kristian

Posted: 22 Sep 2011 03:33 AM PDT

Maria Begum, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Masyarakat Kristian meminta Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim untuk mengeluarkan laporan Jais terhadap serbuan Gereja Methodis Damansara Utama, yang telah dilakukan tanpa sebarang waran geledah dan menuduh pegawai Gereja cuba untuk menyesatkan umat Islam.

Untuk berlaku adil, Menteri Besar haruslah mendedahkan kandungan laporan yang telus dan penuh dengan secepat mungkin," kata Ramon Navaratnam, bekas presiden Transparency International dan dan juga seorang penganut agama Kristian kepada Malaysia Chronicle.

"Tidak perlu ada percubaan untuk melindungi atau menyelamatkan sesiapa atau mana-mana kumpulan dan parti dari malu. Penjelasan lebih terperinci seperti ketiadaan waran geledah mesti diterangkan. Mereka yang berlaku zalim patut dihukum dan permohonan maaf harus dibuat"

Buktikan kamu tidak sama, MB Khalid

Seorang lagi pemimpin penganut Kristian yang menghadiri Wesley Methodist Church, di Kuala Lumpur berkata, beliau masih kecewa berhubung perkara itu.

Kerana ada pihak yang berkaitan dengan Umno sentiasa menghentam orang Kristian ,ini menyebabkab mereka merasakan diri mereka sebagai umpan politik yang digunakan untuk menakutkan-nakutkan umat Islam supaya mengundi UMNO yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerana peristiwa terbaru berlaku di Selangor, negeri ditadbir oleh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat, masyarakat lebih berharap agar Khalid dapat menyelesaikan masalah itu dengan lebih baik . Majoriti Kristian membentuk kira-kira 10 peratus daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta.

"Kami sentiasa diganggu oleh pihak berkuasa. Semua orang tahu masyarakat Kristian dibuli di Malaysia. Kini, Khalid perlu membuktikan bahawa keadaan ini akan berubah di bawah Pakatan Rakyat. Jika dia takut kepada Sultan atau tidak boleh meghadapi majlis agama Islam, apalah bezanya beliau dengan Khir Toyo? ( mantan MB BN)," pemimpin itu memberitahu Malaysia Chronicle.

Menghentam orang Kristian

Pada 3 haribulan Ogos, sekumpulan pegawai dari Jais atau Jabatan Agama Islam Selangor bertindak menyerbu ke dalam bangunan Dream Centre di Selangor di mana terletaknya DUMC, mereka menyerbu majlis makan malam amal yang diadakan di salah satu bilik acara. Penganjur iaitu Harapan Kommuniti, NGO AIDS, telah mengadakan majlis makan malam amal. Para hadirin terdiri daripada pelbagai bangsa, termasuk 12 orang Islam yang juga turut serta.

Walaupun tiada waran geledah, pegawai Jais telah merampas risalah dan kertas yang mengandungi lirik lagu, serta menyoal pihak penganjur. Pada keesokan harinya, sewaktu masyarakat masih gempar, Jais menegaskan bahawa tindakan mereka betul dan 12 tetamu Islam sedang disesatkan oleh penganjur, walaupun dinafikan oleh pegawai-pegawai gereja dan penganjur acara itu.

Hassan Ali dan laporan minggu depan

Spekulasi bertiup kencang bahawa insiden tersebut telah dimulakan oleh Umno, dengan tujuan untuk mencemar nama baik kerajaan negeri Pakatan. Ini terutama sekali apabila ahli Majlis bagi hal ehwal agama PAS, Hassan Ali, yang juga dikenali sebagai tali barut Umno, menyokong tindakan Jais berbanding yang lain termasuk MB Khalid terhadap tindakan melulu Jais.

Isu itu disensikan lagi oleh Umno dan akhbar Utusan dengan memutar belitkan kejadian itu di luar konteks. Untuk menyelamatkan air muka, Jais mengheret 12 orang tetamu Islam ke mahkamah Syariah untuk menjelaskan kehadiran mereka di DUMC. Setakat ini, tiada seorang pun daripada 12 orang itu mendakwa mereka sedang dimurtadkan.

"Daripada apa yang saya tahu, pihak gereja dan Kommuniti Harapan tidak didakwa,. Tiada seorang pun dari 12 orang Islam itu telah didakwa juga. Jadi, saya tidak menjangkakan laporan itu sebagai sesuatu yang kontroversi, Yang saya mahu hanya penjelasan daripada Jais mengenai apa yang berlaku, "kata ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kepada Malaysia Chronicle.

Sementara itu, MB Khalid berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar mengenai laporan Jais itu pada minggu depan.

Pemansuhan ISA: Najib sebagai pemula tren atauMaclean Patrick,

Posted: 22 Sep 2011 03:28 AM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Apabila seorang Perdana Menteri memberi ucapan melalui televisyen dan membuat pengumuman berani, ini merupakan sebuah publisiti besar. Seperti yang dilakukan oleh John Kennedy melalui ucapan beliau untuk meletakkan manusia di bulan menjelang akhir tahun 1960-an telah disiarkan melalui televisyen Amerika. Seorang lagi presiden, mendiang Ronald Reagan, mempersonakan pengundi atas skrin dan kekal sebagai presiden yang popular hingga ke hari ini. Kredit diberikan kepada Reagan, kerana beliau merupakan seorang pelakon sebelum menjadi presiden dan tahu bagaimana untuk memainkan watak di televisyen.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ahli-ahli politik sering menggunakan skrin televisyen untuk menyampaikan mesej dan mengumumkan kenyataan yang berani. Malaysia juga tidak terkecuali. Media massa benar-benar berada di bawah telunjuk kerajaan dan rakyat Malaysia dihidangkan setiap hari dengan propaganda bahawa kerajaan semuanya baik dan pembangkang semuanya buruk. Media massa yang dikawal ini tidak akan berfikir dua kali untuk memaparkan sesuatu isu di segenap dimensi jika ia tidak memuaskan hati tuan-tuan politik mereka.

Di dalam dunia yang palsu yang inilah Datuk Seri Najib Tun Razak telah masuk. Dipandu oleh pasukan media yang diketuai oleh Omar Mustapha, Najib kini menjadikan Malaysia sebagai satu pentas publisiti yang tragik dan boleh memberi kesan yang lebih serius untuk imej negara daripada kes FBC Media dan APCO.

Tunjuk legasi

Semasa membuat pengumuman untuk menghapuskan ISA, Najib yang mungkin mahu menjadikan ia sebagai legasi beliau, telah memastikan ia menjadi sebuah urusan yang menunjuk-nunjuk. Satu pra-pengumuman juga dibuat oleh Rais Yatim. Terdapat juga perkara biasa seperti berita 'bocor' kepada media kerajaan yang memberi bayangan apa yang mungkin berlaku.

Namun, kebanyakan rakyat Malaysia percaya bahawa Najib berkata semua perkara yang betul demi kelihatan baik. Mengapa? Kerana, pada masa yang sama, beliau melakukan semua perkara yang salah. Kata-kata dan tindakan-Nya tidak begitu serasi. Tiba-tiba, tiap-tiap kenyataan yang dia buat banyak menyebut "rakyat adalah penting" dan rakyat Malaysia diminta untuk mempercayai pentadbiran beliau yang merupakan telinga dan degupan jantung negara, bahawa mereka faham cita-cita dan keinginan rakyat.

Tetapi mengapa hanya sekarang Najib dan pentadbiran beliau sedar tentang apa yang rakyat mahu? Ia seolah-olah melahirkan satu permainan tiru -meniru di kalangan ahli-ahli politik BN, dan tiba-tiba, mereka semua bergegas untuk memujuk rakyat dan bercakap mengenai apa yang rakyat mahu. Adakah ini bermakna bahawa sebelum pengumuman itu, Najib dan kongcu-kongcunya tidak tahu apa yang rakyat benar-benar mahu?

Ia semua kelihatan terlalu baik untuk menjadi realiti dan itulah yang menyedihkan di negara ini. Setiap tindakan Najib adalah hasil daripada skrip pihak perhubungan awam beliau dan media pula cuba untuk membuatkan dia kelihatan seperti seorang lelaki yang berjiwa rakyat. Ia adalah ciri-ciri politik barat yang menekankan bahawa negarawan sentiasa terhutang budi kepada rakyat dan inilah sentimen yang dimainkan untuk meraih populariti.

Tetapi dalam kes Najib, segalanya seperti tidak serasi. Nampak gayanya Najib dan para penasihat beliau harus belajar dengan cara yang sukar bahawa setiap kenyataan yang dibuat mestilah diikuti oleh tindakan. Hanya dengan bercakap sahaja Najib akan menjadi seorang yang membosankan!

Akta Patriot Amerika Syarikat

Dengan memansuhkan ISA, kita akan berhadapan dengan dua akta baru yang akan dibentangkan di Parlimen. Tidak ada jaminan kedua-dua akta baru itu tidak akan sekeras ISA. Demi untuk legasinya, Najib boleh menipu rakyat dan partinya sendiri dengan menukar yang jahat dengan kejahatan yang lebih besar. Jika ini benar, rakyatlah yang paling rugi.

Memang benar rakyat berkata, "Tidak kepada ISA" tapi rakyat juga tidak berkata "Ya kepada undang-undang baru yang lebih ketat". Kerajaan seolah-olah tersalah dengar rintihan rakyat.

Ada yang melaporkan bahawa undang-undang baru akan berupa seperti Akta Patriot Amerika Syarikat, yang dibuat untuk mencegah tindakan pengganas di Malaysia. Akta Patriot merupakan tindak balas kepada serangan pengganas 11 September, dan ia telah secara mendadak mengurangkan sekatan ke atas keupayaan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk akses telefon, komunikasi e-mel, rekod perubatan, kewangan, dan lain-lain.

Ia juga mengurangkan sekatan pada kumpulan perisikan asing di dalam Amerika Syarikat, memperluaskan kuasa Setiausaha Perbendaharaan untuk mengawal selia urus niaga kewangan, terutamanya yang melibatkan individu asing dan entiti Perbendaharaan, dan meluaskan budi bicara penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa imigresen untuk menahan dan mengusir pendatang yang disyaki terlibat dengan perbuatan yang berkaitan dengan keganasan. Akta Patriot juga memperluaskan definisi keganasan termasuk keganasan domestik, dengan itu membesarkan bilangan aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan oleh pihak penguatkuasaan undang-undang . Pada 26 Mei 2011, Presiden Barack Obama telah menandatangani lanjutan empat tahun tiga peruntukan-peruntukan penting dalam Akta Patriot: 'wiretaps' tanpa batasan, carian rekod perniagaan ("rekod peruntukan perpustakaan"), dan menjalankan pengawasan "lone wolf" - individu yang disyaki pengganas yang tidak dikaitkan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

Mahathir memberi amaran terhadap penggunaan acuan undang-undang AS

Tetapi kelihatan seperti Najib akan terpaksa menarik balik kata-kata beliau tentng perbalahan mengenai undang-undang baru yang dijangka berdasarkan Akta Patriot Amerika Syarikat. Hanya beberapa hari yang lalu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, seorang tokoh yang masih kuat dalam Umno meluahkan kesangsian terhadap idea mengikut akta Amerika Syarikat itu.

Walaupun menyokong rancangan memansuhkan ISA, Mahathir juga berkata bahawa ISA tidaklah begitu kejam. Bekas Perdana Menteri itu, yang menggunakan ISA untuk memenjarakan saingan politik beliau semasa berkuasa, menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak mengagungkan Amerika Syarikat atau United Kingdom.

"Selepas pemansuhan akta, kita boleh memulakan kempen mendapatkan kebebasan mereka yang ditahan tanpa bicara, sebagai contoh di pusat tahanan Teluk Guantanamo. Sebelum ini, mereka mengkritik Malaysia kononnya kejam kerana menahan orang tanpa perbicaraan, tetapi mereka pula yang melakukannya sekarang. "

Wira serantau atau pembohong dan penipu?

Nampaknya undang-undang baru akan dicipta mengikut acuan kita. Dan jika betul jangkaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengganti ISA seperti yang disampaikan Najib dalam mesyuarat peribadi dengan kongcu-kongcu Umno; undang-undang baru itu akan 'sekeras" ISA itu sendiri.

Lagipun sudah ada langkah oleh pihak pasukan Najib untuk mendapatkan 'pujian serantau' kerana menghapuskan undang-undang itu.Kepada mereka, Najib adalah pemula tren yang boleh mewujudkan 'kesan domino' yang mungkin memaksa Singapura dan Indonesia ke arah yang sama.

Mungkin tepat pada masanya untuk jiran-jiran kita mengambil contoh dari Malaysia, tetapi mereka mesti memastikan bahawa mereka tidak terikut rancangan Najib yang meragukan, memansuhkan ISA dan menggantinya dengan undang-undang yang memberikan kuasa budi bicara yang lebih besar kepada kerajaan!

Jika mereka berbuat demikian, ia akan mendedahkan Malaysia kepada kebencian yang lebih besar di peringkat dunia sebagai pengeksport pembohongan dan penipuan politik.

Najib nampaknya tidak mengambil pengajaran walaupun tertangkap membayar berjuta-juta ringgit kepada FBC Media untuk membuat laporan yang memuliakan dirinya kepada penyiar antarabangsa seperti CNN, CNBC dan BBC.

Tetapi jika dia tidak berhati-hati, menjadi pengeksport pembohongan dan penipuan mungkin menjadi satu-satunya legasi beliau.

Pemuda PAS Sabah kesal penjualan pulau kepada pihak asing

Posted: 22 Sep 2011 03:27 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah terkejut dengan penjualan tiga buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankan menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.

Jesteru Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hak milik persendirian.

Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Dewan Pemuda PAS juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan SUHAKAM yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.

Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat Sabah.

Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.

Jesteru Dewan Pemuda PAS Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!

*Kenyataan media oleh Lahirul b Latigu selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah.

AMK gesa Raja Nong Chik hormati hasrat penduduk Kg.Baru

Posted: 22 Sep 2011 03:26 AM PDT

Shamsul Iskandar


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendukung sepenuhnya desakan pihak Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) supaya pihak Kerajaan menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru (RUUPKB) yang dijadualkan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada bulan depan.

Kerajaan seharusnya mengambil kira sentimen dan hasrat majoriti penduduk serta pewaris tanah di Kampung Baru yang secara jelas dan terbuka membantah cadangan Kerajaan untuk menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru menerusi cadangan RUUPKB tersebut.

AMK kesal dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Senator Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang masih berdegil dan tetap mahu meneruskan bacaan kali kedua RUUPKB walaupun telah dibantah oleh majoriti pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru. Tindakan Menteri yang membelakangkan hasrat dan suara penduduk Kampung Baru berhubung perkara ini jelas menzahirkan keangkuhan dan kerakusan Kerajaan dalam usaha mereka untuk menggadaikan satu-satunya tanah warisan orang Melayu yang bernilai tinggi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Justeru, AMK dengan ini menggesa pihak Kerajaan khususnya Senator Raja Nong Chik supaya menghormati hasrat dan tuntutan penduduk Kampung Baru sepenuhnya serta menghentikan sebarang usaha yang menjurus kepada tindakan yang akhirnya dikhuatiri akan merugikan kepentingan orang Melayu khususnya penduduk dan pewaris tanah di Kampung Baru.

*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Md.Akin (gambar kanan) selaku Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat.

Mansuh ISA: Pembangkang mahu ‘kredit’

Posted: 22 Sep 2011 03:20 AM PDT

Keputusan memansuhkannya adalah sebagai sebahagian dari proses transformasi negara.



KUCHING: Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 adalah demi kepentingan rakyat serta negara dan bukannya sebab desakan pembangkang yang dilihat sengaja mengambil kesempatan untuk mendapat 'kredit' buat mereka.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan berkata, pihak pembangkang tidak seharusnya mengambil kesempatan di atas pengumuman tersebut semata-mata kerana mereka pernah menuntut pemansuhan akta berkenaan.

Beliau berkata, keputusan memansuhkannya adalah sebagai sebahagian dari proses transformasi negara dan sebelum ini, perdana menteri pernah berjanji untuk mengkaji rasionalnya akta itu pada zaman ini.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil keputusan memansuhkannya sebagai sebahagian daripada proses transformasi negara seperti yang dijanjikannya semasa dilantik menjadi pemimpin negara dua tahun lalu.

"Tetapi pihak pembangkang segaja mendakwa kononnya keputusan ini dibuat sebab desakan mereka semata-mata kerana mahu mendapatkan 'kredit'. Namun rakyat mengetahui kajian akta berkenaan telah dibuat sejak zaman Pak Lah lagi," katanya.

Tengah yang ditemani Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Haji Mohd Naroden Majais berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau persiapan majlis raptai istiadat perbarisan dan rapat raksasa sempena sambutan Hari Jadi Ke-90 TYT di Padang Merdeka di sini.

"Ia membuktikan keikhlasannya. Beliau melakukannya (memansuhkan akta) demi rakyat dan bukannya untuk pembangkang," katanya

mengulas kenyataan Najib supaya tiada pihak cuba meraih keuntungan politik daripada pengumuman mengenai pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat 1969 yang dibuatnya pada 15 September lalu.

Sementara itu, 90 buah kontinjen akan mengambil bahagian dalam perbarisan istiadat sempena meraikan Hari Jadi Ke-90, Yang di-

Pertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin pada 24 September ini.

Biarpun tempoh latihan sempena majlis berkenaan agak singkat berikutan terdapat beberapa program rasmi lain seperti sambutan hari raya dan Hari Malaysia, Tengah yakin semua peserta memberikan komitmen terbaik bagi melancarkan perjalanan majlis bermakna itu.

Beberapa jalan utama di bandar raya ini termasuk Jalan Mc Dougall dan laluan pejalan kaki sepanjang Jalan Tun Abang Haji Openg berhadapan Gereja St. Thomas dan Hotel Merdeka Palace akan ditutup sehingga 24 September ini.

‘Sudahkah polis siasat Papa Gomo?’

Posted: 22 Sep 2011 03:15 AM PDT

"Mengapa susah sangat hendak ambil tindakan ke atas Papa Gomo?," tanya ahli majlis MBPJ.



PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertanya mengapa polis lambat menjalankan siasatan laporan terhadap sebuah blog yang menyiarkan laporan palsu mengenai mesyuarat majlis itu bulan lalu.

Halimey Abu Bakar berkata, laporan terhadap blog Papa Gomo itu dibuat oleh Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya 16 Ogos lalu.

Mohd Fauzi dalam laporan polisnya berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

"Laporan polis itu dibuat oleh pengarah penguatkuasa, pegawai awam kelas A dan bukannya laporan oleh orang politik.

"Mengapa susah sangat hendak ambil tindakan ke atas Papa Gomo,?" tanya Halimey ketika dihubungi hari ini.

Halimey yang juga ketua penerangan PKR Petaling Jaya berkata, isu mahu menyita DUMC tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Burukkan kerajaan negeri

Katanya, apa yang dilakukan oleh blog tersebut ialah semata-mata untuk memburuk-burukan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Blog Papa Gomo bertarikh 13 Ogos lalu memuatkan dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama" oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya."

Blog itu mendakwa operasi menyita premis DUMC dibatalkan setelah mendapat arahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang dimaksudkan termasuk Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan tiga Exco Kerajaan Negeri Selagor Ronnie Lu, Elizabeth Wong dan Teresa Kok.

Khalid bersama ahli-ahli majlis MBPJ telah membuat satu laporan polis terhadap Papa Gomo, bulan Ogos lalu.

SSABM mahu saman kerajaan salah ajar sejarah

Posted: 22 Sep 2011 03:12 AM PDT

Tuntutan saman akan diambil jika kerajaan melalui MPN masih berdegil enggan menarik balik dakwaan bahawa negara ini tidak pernah dijajah.



KUALA LUMPUR: Suara Solidariti Anak Bangsa Malaysia (SSABM) tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan saman terhadap kerajaan kerana selama ini telah mendidik rakyat secara salah tentang sejarah pembentukan Malaysia pasca merdeka.

Jurucakap SSABM Aiman Athirah Al Jundi berkata, tindakan itu akan diambil jika kerajaan melalui Majlis Profesor Negara (MPN) masih berdegil enggan menarik balik dakwaan bahawa negara ini tidak pernah dijajah.

"Kenyataan ini seolah-olah mencerminkan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi sejak dulu hingga kini telah melakukan pengkhianatan, pembohongan dan salah didik kepada pelajar dalam subjek Sejarah kerana kita semua telah diajar selama ini bahawa negara kita telah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah British.

"Rakyat seolah-olah ditipu selama 54 tahun apabila menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun sebagai ulang tahun kemerdekaan negara dari cengkaman penjajahan British," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS pagi tadi.

Katanya, pendirian MPN juga dilihat sebagai satu penghinaan besar terhadap Raja-Raja Melayu yang digambarkan seolah-olah merestui British serta tidak berbuat apa-apa bagi menghalang kemasukan penjajah ke Tanah Melayu.

Justeru, beliau menuntut agar Pengerusi MPN Profesor Emiritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid serta Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN Prof Datuk Dr Zainal Kling disiasat dan didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam.

"Kami percaya terdapat agenda tersembunyi yang dirancang pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka sendiri.

"Kami risau para akademik telah ditekan dan digunakan oleh pihak politik tertentu demi menjustifikasikan penterjemahan sejarah yang menyokong pendirian politik mereka, maka sebab itu fakta sejarah diputarbelitkan," katanya.

'Dr Zainal bersikap hipokrit'

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Rozan Azen Mat Rasip berkata Dr Zainal bersikap hipokrit kerana beliau sebelum ini pernah mengaku Tanah Melayu pernah dijajah melalui hasil kertas kerja yang pernah dibentangnya pada tahun 2003.

Pembentangan kertas kerja hasil kajian Dr Zainal bertajuk "Minda Melayu; satu tafsiran" ada menyebut perkataan 'kolonial' dan 'kemerdekaan' yang merujuk kepada tanda-tanda penjajahan ke atas Tanah Melayu.

"Dr Zainal telah melakukan kesalahan jenayah akademik yang serius," katanya yang kemudiannya membuat laporan polis terhadap Zainal dan Zakri di Balai Polis Chow Kit selepas selesai sidang media.

Turut hadir dalam sidang media itu Bendahari Kehormat Parti Sosialis Malaysia (PSM) A Sivarajan, Setiausaha Pentadbiran Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema) Wong Swee Nee dan wakil Solidariti Wanita Muda Malaysia Nor Hafizah Basaruddin.

Mahkamah tolak permohonan Peguam Negara tangguh perintah

Posted: 22 Sep 2011 03:06 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Pada 25 Feb lepas, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Jeyakumar bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk mencabar penolakan permohonan beliau mendapatkan dana kerajaan.



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menangguhkan perintah membolehkan Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar mencabar penolakan permohonan mendapatkan dana projek di kawasan parlimennya.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim membuat keputusan itu di kamar.

Jeyakumar diwakili peguam B Mahaletchumi manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak Jabatan Peguam Negara.

Shamsul memberitahu pemberita bahawa hakim mendapati tidak terdapat keadaan yang membenarkan penangguhan perintah berkenaan.

Pada 25 Feb lepas, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Jeyakumar bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk mencabar penolakan permohonan beliau mendapatkan dana kerajaan.

Mahkamah menetapkan 12 Okt ini untuk perbicaraan terhadap semakan kehakiman tersebut.

Dalam permohonannya, Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia, menamakan Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Jabatan Pembangunan Perak dan kerajaan sebagai responden.

Jabatan Peguam Negara mewakili pihak responden memfailkan permohonan mendapatkan penangguhan perintah diperoleh Jeyakumar itu sementara menunggu keputusan rayuan jabatan tersebut. Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan keputusan penghakimannya setelah mendengar hujah kedua-dua pihak.

Anggota Parlimen berkenaan mengambil tindakan undang-undang selepas permohonannya mendapatkan dana untuk sumbangan kepada SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah Anak Yatim Ihsan serta dana bagi projek kecil faedah Orang Asli, ditolak oleh pengarah berkenaan melalui sepucuk surat bertarikh 12 Okt tahun lepas.

Jeyakumar berkata permohonannya mendapatkan dana seharusnya diluluskan kerana projek-projek berkenaan sepatutnya menerima wang daripada peruntukan khas yang sememangnya untuk tujuan sedemikian.

Beliau mendakwa besar kemungkinan pihak responden menggunakan budi bicaranya meluluskan dana daripada peruntukan tersebut secara berat sebelah memihak kepada Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional yang memerintah dan tidak kepada Anggota Parlimen pihak pembangkang.

Jeyakumar menuntut antara lain perisytiharan bahawa peruntukan khas itu diberi kepada semua Anggota Parlimen secara sama rata, mengikut Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon perintah mandamus agar mahkamah mengarahkan supaya pihak responden menerangkan kuasa mereka dalam meluluskan dana daripada peruntukan khas itu dan menyatakan prosedur pemberian peruntukan sejak 2008.- Benama

Najib tak 'cool', kata Anwar

Posted: 22 Sep 2011 03:05 AM PDT

Hafiz Yatim


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'cool'.

Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

NONE"Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'cool'.

"Najib hari ini mahu ketepikan sepina kami untuk jawab di mahkamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disepina. Tetapi sekarang beliau tak mahu hadir pula," kata Anwar.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah.

Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina.

"Saya tidak tahu apa sebab. Najib kata beliau tidak terlibat. Semua orang tahu beliau ada berjumpa dengan Saiful (pengadu) sebelum ini dan beliau juga ada menghubungi polis. Itu penting bagi kita, maklumat dan keterangan mengenai penglibatan Najib," kata Anwar.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Najib sebelum ini dihambat kontroversi apabila tindakannya berjumpa Saiful Bukhari Azlan sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar pada tahun 2008.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Saman RM218 juta ke atas BN, Elegant terus gagal

Posted: 22 Sep 2011 03:02 AM PDT

Hafiz Yatim


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan saman sebuah syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn Bhd terhadap BN.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana mendapati tuntutan syarikat itu telah ketinggalan masa.

elegant advisory barisan nasional posters in 2004 election 110808Katanya, terdapat tempoh masa kerana kes berkenaan difailkan selepas enam tahun dari tahun 2004.

"Mahkamah juga arahkan Elegant Advisory membayar kos RM1,500 yang mesti dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh ini."

Ini percubaan kedua oleh syarikat itu untuk mendapatkan bayaran daripada BN/Umno.

Datuk Mohd Hafarizam Harun, peguam yang mewakili defendan, memberitahu pemberita bahawa Mohamad Ariff membuat keputusan itu di dalam kamar dan memutuskan tiada sebarang kos yang wajar dipertimbangkan kerana saman itu difailkan selepas enam tahun.

Katanya, pihak plaintif juga sudah menyalah guna proses mahkamah kerana terdapat dua saman berkaitan barangan dan produk yang sama. Pada 18 Julai lalu, rayuan syarikat pembekal itu untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan dua lagi berhubung dakwaan tidak membuat pembayaran bagi pembekalan bahan pilihan raya bernilai RM218 juta pada pilihan raya umum 2004.

Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan saman pada 17 Februari selepas saman awal pada 2009 ditolak apabila Umno berjaya mengetepikan saman atas alasan bahawa plaintif tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

kuala berang by-election 260804 elegant advisory postersDalam saman itu, plaintif pada awalnya memperoleh penghakiman ingkar pada 7 Mac dan defendan memohon untuk mengetepikan perintah itu pada 24 Mac.

Timbalan Pendaftar membenarkan permohonan defendan pada 23 Jun.

Dalam writ samannya, Elegant Advisory mendakwa ia terbabit dengan kegiatan membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan dan pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004, ia membekalkan BN dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.
Syarikat itu mendakwa sudah menghantar invois RM218,013,475 namun defendan gagal membayarnya.

Permohonan sepina Najib, Rosmah didengar 29 Sept

Posted: 22 Sep 2011 02:56 AM PDT

Hafiz Yatim


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 29 September ini bagi mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka hadir memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat II.

Perkara ini disahkan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan peguambela Anwar Sankara Nair selepas kedua-dua pihak bertemu di kamar hakim.

Najib dan Rosmah mengemukakan permohohan mereka semalam dengan empat peguam mewakili pasangan itu.

Mereka adalah - bekas timbalan pendakwa raya Salehuddin Saidin, peguam-peguam kanan jenayah Hisyam Poh Teik, M Athimulan dan Ghazi Ishak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh dalam perbicaraan itu, menyifatkan perkembangan terbaru perdana menteri sebagai tidak "cool", dan membidas usaha Najib yang cuba menukar imejnya sebagai 'sempoi' selaras dengan usaha mendekati rakyat, khususnya golongan muda.

Pada perbicaraan hari ini, DNA Australia Dr Brian McDonald diperiksa-balas oleh peguambela Ramkarpal Singh setelah dua hari berturut-turut disoal-balas oleh pihak pendakwaan.

Semalam, pihak pendakwaan cuba mempertikaikan kredibiliti Dr McDonald apabila mengungkitkan semula kes-kes mahkamah yang telah menolak keterangannya.

'Bukan salah Kelantan belum laksana hudud'

Posted: 22 Sep 2011 02:53 AM PDT

MALAYSIA KINI


Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya.

NONEKatanya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat.

"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.

"Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan," kata Dr Asri (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan.

"Namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.

Rasai kejujuran Nik Aziz

Mengulas dakwaan bahawa hasrat Kelantan itu sekadar mainan politik, Dr Asri menafikannya dengan berkata "tuduhan itulah mainan politik".

Katanya, walaupun hanya orang luar dan bukan anak Kelantan, beliau - yang sering diberi peluang melihat pentadbiran negeri itu dari dekat - yakin hasrat itu "bukan main-main".

azlan"Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah SAW, dalam sunnah baginda," katanya.

Katanya, beliau pernah mendengar sendiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditanya tentang hudud dan menjawab:

"Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya".

Dr Asri berkata, daripada riak wajah Nik Aziz itu, beliau merasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah itu.

KITA anjur jelajah sokong PM 'selamatkan demokrasi'

Posted: 22 Sep 2011 02:50 AM PDT

MALAYSIA KINI


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim, akan mengadakan jelajah demokrasi KITA ke seluruh negara bagi meminta rakyat menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelamatkan demokrasi di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, urusetia jelajah tersebut berkata pengumuman pemansuhan undang-undang darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang berkaitan akhbar, yang memberikan kebebasan berhimpun dan bersuara kepada rakyat, adalah perisytiharan yang penuh bermakna dan bersejarah.

"Adalah amat penting bagi rakyat di semua peringkat di negara ini memahami tujuan dan maksud transformasi dasar ini.

"Tanpa pemahaman yang mendalam, rakyat boleh dikelirukan oleh kumpulan-kumpulan yang menentang transformasi berkenaan," tambahnya.

Menurut urusetia tersebut, usaha perdana menteri wajar mendapat sokongan semua pihak tanpa mengira fahaman politik kerana transformasi berkenaan mendatangkan manfaat kepada rakyat seluruhnya.

"Atas kesedaran inilah dan bagi memastikan usaha murni perdana menteri tidak tergendala, parti KITA akan mengadakan pertemuan dengan orang ramai untuk memberi penjelasan dan penerangan dalam beberapa hal berkaitan dengan isu ini.

"Persoalan bagaimana negara dan rakyat akan mendapat manfaat daripada transformasi ini akan diperjelaskan," tambahnya.

Jadual jelajah tersebut ialah Pasir Putih (27 Sept), Kota Bharu (28 Sept), Jerantut (2 Okt), Petaling Jaya (4 Okt), Kapar (6 Okt), Bangi, Selangor (9 Okt), Seri Andalas (14 Okt), Kota Kinabalu (17 Okt), Sungai Petani (20 Okt) dan Kelana Jaya (26 Okt).

Menurut urusetia berkenaan, jadual jelajah ke kawasan lain akan diberitahu kelak.

Akhbar: Abdul Ghani bakal tergugat di Johor

Posted: 22 Sep 2011 02:47 AM PDT

MALAYSIA KINI

Lee Way Loon BN Johor mungkin terheret ke kancah perbalahan politik apabila akhbar-akhbar tempatan mula melaporkan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mungkin digantikan pada pilihan raya umum akan datang.

abdul ghani othman bangsa malaysia 061106 talkingAbdul Ghani, yang telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995, dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu. Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatan menteri besar itu.

Namun, baru-baru ini, khabar angin sekali lagi bertiup kencang di Johor bahawa BN mungkin meminta Abdul Ghani (kiri) bertanding di kerusi parlimen dan menyerahkan jawatannya kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila akhbar-akhbar Cina melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail mencemar duli secara mengejut di rumah terbuka Aidilfitri Khaled di Johor.

Menurut laporan berkenaan ia seolah-olah tanda mendapat restu atau perkenan dari pihak istana.

Sultan Ibrahim menggantikan ayahandanya Alrmahum Sultan Iskandar Ismail pada Januari 2010. Almarhum dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Abdul Ghani.

NONEJohor telah lama menjadi kubu kuat BN dan Umno. Tetapi bukan satu rahsia lagi, bahawa terdapat pelbagai puak dalam Umno di negeri itu.

Ada yang mengatakan perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak merancang untuk meletakkan penyokong-penyokongnya di negeri itu bagi 'memerhatikan' pergerakan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga berasal dari Johor.

Akhbar tempatan juga telah menyenaraikan beberapa nama sebagai calon-calon yang berpotensi untuk menggantikan Abdul Ghani.

Selain daripada Khaled Nordin, nama ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latiff Ahmad dan ADUN Pasir Raja Adham Baba juga berada di senarai berkenaan.

PAS S'gor jumpa JAIS minggu depan

Posted: 22 Sep 2011 02:25 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


PAS Selangor akan bertemu dengan Jabatan Agama Islam (JAIS) minggu depan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu pemberian tauliah kepada ahli politik untuk mengajar di masjid dan surau di negeri itu.

Surat untuk mengadakan pertemuan tersebut telah dihantar kepada agensi berkenaan sejak dua minggu lalu.

Pertemuan itu dijadual berlangsung pada 27 September ini, jam 3 petang.

"Akan ada pertemuan dengan JAIS supaya mereka menjelaskan dengan lebih lanjut (mengenai perkara ini).

"Kita tunggu (hasilnya) selepas perjumpaan itu. Kita akan beritahu minggu hadapan," kata pesurujaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad, Setiausaha Dr Khairuddin Othman dan ketua penerangan PAS negeri, Saari Sungib.

Dr Abdul Rani - salah seorang ahli politik yang tidak disambung tempoh tauliahnya - mengetahui perkara ini melalui liputan media sahaja.

Oleh sebab itu, katanya, pihaknya mahukan penjelasan lanjut mengenai perkara itu dalam pertemuan tersebut.

"Kita masih tertanya-tanya... Bagi alasan mengapa (tidak sambung). Kita nak tahu," kata beliau yang juga ADUN Meru.

Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam mencelah dengan berkata, perkara yang akan turut dibincangkan ialah mengenai penjelasan takrifan "mengajar" dalam masjid dan surau.

Katanya, jika mengajar itu adalah bercakap tentang Islam, maka semua orang tidak boleh bercakap, kecuali mereka yang mempunyai tauliah.

"Jadi Islam sekadar diajar dirumah... Islam (seolah-olah) digari, diletakkan dikandang orang bersalah dan hanya cakap di rumah sahaja dengan anak-anak dan isteri.

"Jadi ia perlu diperjelaskan. Ini yang akan kita bincang dengan JAIS.

"Kita mahu rakyat bercakap tentang Islam. Kalau ada salah, ambil tindakan," katanya.

Khalid berkata, tidak ada syarat dan "garispanduan" khusus dalam pemberian tauliah, kecuali menghadiri temuduga dan terpulang kepada JAIS untuk menimbangkannya.

Sementara itu, Khalid juga menasihatkan umat Islam supaya "tidak melenting atau membuat kesimpulan" berhubungan laporan siasatan lengkap JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) 3 Ogos lalu.

Dilaporkan laporan lengkap siasatan itu tersebut dihantar kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa hari lalu.

"Tunggu laporan dan tindakan selanjutnya... (Cuma) kita khuatir ada pihak yang mengapi-apikan suasana tanpa sebarang bukti dan maklumat (tepat).

"Kita ikut undang-undang. Menteri besar akan mengadap Tuanku Sultan dan akan berbincang tentang laporan ini. Atas (keputusan) perbincangan itu, akan diputuskan tindakan seterusny," kata Khalid.

Tambahnya, sekiranya ada pendakwaan, beliau menasihatkan agar rakyat menunggu sehingga selesai proses undang-undang itu diselesaikan supaya "kehendak undang-undang" dapat bergerak dengan baik.

Dr Abdul Rani turut mengucapkan tahniah kepada JAIS kerana menghantar laporan tersebut kepada menteri besar.

Rashid daftarkan pengundi diragui, kata Malek

Posted: 22 Sep 2011 02:21 AM PDT

Joseph Sipalan


Abd Malek Hussin, orang yang disebut dalam kabel Kedutaan Amerika Syarikat sebagai berkata Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah menjelaskan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak mengeluarkan dokumen-dokumen palsu.

NONESebaliknya, Malek, bekas ketua NGO Raya Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) berkata Abdul Rashid sebenarnya mengakui terlibat dengan kontroversi operasi 'Projek IC' pada tahun 1990-an, tetapi peranannya setakat mendaftarkan individu dengan kad pengenalan yang diragui itu sebagai pengundi.

"Kabel Wikileaks salah petik saya. Bagaimana dia boleh mengeluarkan kad pengenalan? Itu tanggungjawab JPN. Beliau bercakap mengenai rakyat asing dengan kad pengenalan yang didaftarkannya," kata Malek ketika dihubungi Malaysiakini.

Wikileaks baru-baru ini mendedahkan, Abdul Rashid mengakui kepada Malek bahawa pihaknya pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek juga dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

abdul rashid abdul rahman"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

The New Straits Times hari ini melaporkan penafianRashid berhubung apa yang didedahkan oleh Wikileaks dan berkata beliau "tidak kena-mengena" dengan pengeluaran kad pengenalan itu.

Dalam artikel itu, Rashid juga menafikan memberitahu perkara-perkara yang didedahkan oleh Malek sambil menekankan bahawa pengeluaran kad pengenalan bukan di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu tetapi di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

"Apa yang SPR lakukan ialah hanya untuk mendaftarkan warganegara dengan kad pengenalan sebagai pengundi," kata Rashid dipetik oleh akhbar New Straits Times.

sabah illegal immigrantMalek bersetuju bahawa tidak mungkin bagi Rashid berbuat demikian kerana peranan suruhanjaya itu adalah jelas bahawa mereka bertanggungjawab mendaftar pengundi, menentukan persempadan pilihan raya dan mengendalikan pilihan raya.

Walau bagaimanapun, bekas ketua Mafrel itu berkata bahawa kabel jumlah warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi di Sabah adalah 80,000 orang, iaitu lebih ramai daripada apa yang dilaporkan oleh kabel berkenaan.

Dr McDonald: Kes Anwar, kes tunggal di dunia

Posted: 22 Sep 2011 02:20 AM PDT

Hafiz Yatim


Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald menyifatkan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana ahli kimia mampu menjumpai DNA dari rektum selepas 56 jam dan ditinggalkan 48 jam lagi secara terbuka, sebagai antara penemuan paling menakjubkan jika keputusan itu boleh dipercayai.

NONEDr McDonald berkata ia amat jarang sekali berlaku untuk menjumpai sperma selepas 113 jam berada dalam rektum, katanya merujuk kepada satu artikel 1997 yang ditunjukkan kepadanya dua hari lalu oleh pihak pendakwaan.

"Kes itu, bersama-sama dengan kes 1982 (yang sebelum ini menyatakan sperma boleh didapati selepas 65 jam), adalah hanya dua yang pernah didokumenkan. Dalam 99.9 peratus (kes), anda tidak akan dapat mencari sperma selepas waktu sebegitu lama.

"Walau bagaimanapun, kes (Anwar) ini merupakan satu-satunya (yang saya tahu) dalam dunia di mana sperma boleh dikesan selepas 56 jam dan diserahkan kepada ahli kimia dua hari kemudian, di mana anda masih boleh menemui sampel DNA yang baik," katanya.

NONEBeliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Ramkarpal Singh semasa pemeriksaan-balas hari ini.

Dr McDonald, dua hari lalu bersetuju dengan cadangan yang diajukan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri), berhubung penemuan berkenaan berdasarkan artikel yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard.

McDonald berkata sepanjang pengetahuannya dan mengikut beberapa jurnal, DNA yang masih dalam keadaan baik boleh didapati pada sampel yang diperolehi dari rektum selepas lapan jam.

Anwar sokong hudud dilaksanakan di Kelantan

Posted: 22 Sep 2011 02:17 AM PDT

MALAYSIA KINI


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau secara peribadi menyokong usaha kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak melanggar hak-hak orang bukan Islam dan pentadbiran yang adil adalah dijamin.

NONE"Buat masa ini, secara umum, pada dasarnya, saya percaya ini boleh dilaksanakan. Dalam perkara tertentu, terdapat jaminan yang jelas mengenai pentadbiran yang adil.

"Ia tidak dalam apa cara sekalipun mencabuli hak-hak orang bukan Islam," kata Anwar, ketika ditemui di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Anwar menegaskan bahawa pandangan berkenaan adalah pandangan peribadi beliau dan Pakatan Rakyat belum membincangkan perkara itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar PAS yang memerintah Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Perbalahan antara Mahathir dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung undang-undang hudud bermula pada bulan Jun lalu apabila bekas perdana menteri itu mempersalahkan DAP sebagai penghalang cita-cita PAS memperkenalkan undang-undang Islam.

NONENik Aziz menjawab bahawa bukan DAP atau pengerusinya Karpal Singh yang menjagi penghalang itu tetapi sebaliknya, dalang itu adalah Mahathir. Menurut Nik Aziz, Mahathir bertanggungjawab menggunakan saluran undang-undang untuk menghalang usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Isu itu tercetus semula baru-baru ini apabila bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin berkata bahawa keadaan di negeri Kelantan tidak cukup "kondusif" bagi melaksanakan undang-undang berkenaan.

Pembahagian kerusi Pakatan S'gor selesai

Posted: 22 Sep 2011 02:15 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


Rundingan pembahagian kerusi antara parti gabungan Pakatan Rakyat di Selangor telah selesai dengan keputusan mengekalkan status quo dalam pilihan raya umum lalu.

Dengan itu, PKR akan kekal bertanding di 21 DUN, PAS di 20 kerusi dan DAP pula sebanyak 15 kerusi, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.

NONE"Pembahagian kerusi di Selangor sudah selesai... PAS masih beranggapan (untuk) berperanan (memenangi) undi orang Melayu," katanya.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid (gambar, kiri sekali) berkata, sebarang cadangan pertukaran tempat bertanding antara parti bergabung perlu dibawa kepada rundingan pimpinan tertinggi mereka.

Dengan pembahagian itu, Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS berharap parti Islam itu akan menang di semua kerusi yang ditandingi.

"Sekurang-kurangnya kalau dahulu lapan (kerusi), kita (mesti) menang 12 atau 13 kerusi untuk memastikan kedudukan PAS lebih kukuh," katanya.

Manakala di kerusi parlimen pula, Khalid mendedahkan, terdapat cadangan supaya PAS bertanding lebih di kerusi negeri itu, bagaimanapun ia perlu diputuskan PAS Pusat.

Sementara itu, mengulas pemilihan calon pilihan raya, Khalid berkata nama yang dicalonkan kawasan dan sayap parti sebelum tarikh akhir 31 Ogos lalu akan diserahkan kepada PAS Pusat hujung bulan ini.

"Kita akan majukan kepada Pusat untuk membuat penapisan dan pengesahan," katanya yang juga anggota parlimen Shah Alam.

Tiada ulasan: