Khamis, 8 September 2011

Biaqpila

Biaqpila


Mat Sabu beri Utusan 24 jam minta maaf atau jumpa di mahkamah

Posted: 08 Sep 2011 03:00 PM PDT



KUALA LUMPUR, 8 Sept – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi tempoh 24 jam sebagai tempoh terakhir kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf atau berdepan saman.

Tempoh itu diberi berhubung laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu, bertajuk "Mat Sabu hina pejuang, anggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong" yang didakwa fitnah terhadap dirinya dan PAS.

Gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, beliau akan mengarahkan peguamnya memfailkan saman terhadap akhbar itu minggu depan.

"Tulisan muka depan itu telah menimbulkan fitnah, kemarahan orang ramai kepada saya di atas rekaan berita yang dibuat Utusan terhadap saya.

"Kerana itu juga telah berlaku kehangatan politik dan fitnah terhadap saya sehingga ada ancaman begitu berat yang saya lalui," kata Mohamad dipetik Harakahdaily hari ini.

Menurutnya lagi, notis guaman juga telah dihantar kepada ketua pengarang akhbar itu secara rasmi hari ini.

Dalam laporannya itu, Utusan Malaysia menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia.

TMI

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SPRM BELUM SIASAT CINCIN RM24 JUTA?

Posted: 07 Sep 2011 09:00 PM PDT


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata isu RM24 juta cincin berlian yang dibeli isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah pun dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Beliau menyelar kenyataan bekas anggota KEADILAN, Anuar Shaari yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu.

Dalam laporan itu, Anuar mencabar Badrul yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau supaya melaporkan isu pembelian cincin itu kepada SPRM.

Menyifatkan tindakan itu sebagai usaha memperbodohkan rakyat, Chegu Bard berkata beliau sudah pun membuat laporan kepada SPRM pada 13 Julai lalu yang turut dihadiri wartawan Utusan.

"Mustahil Utusan tidak tahu laporan SPRM sudahpun dibuat pada 13 Jul 2011 kerana wartawan Utusan juga hadir dalam sidang media depan SPRM P.Pinang," kata Badrul atau mesra dipanggil Chegu Bard.

Justeru itu, katanya, media kawalan Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 menggunakan taktik Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip "The Big Lie" – yang menyatakan bahawa sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali akan dipercayai rakyat.

Chegu Bard sebelum ini mendedahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin berlian dari saudagar permata Jacob and Co di Amerika Syarikat yang berharga RM24.45 juta

Beliau mendakwa terdapat bukti jelas kemasukan berlian berkenaan yang didapati menerusi rekod Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia sebagai fitnah dan tidak mahu melayan dakwaan tersebut, selepas dua minggu isu itu ditimbulkan.

Bagaimanapun, Anuar Shari dalam kenyataannya mengatakan cincin itu sebenarnya dibeli oleh bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, dan hanya melalui transit di Malaysia.

Dalam pada itu, chegu Bard turut menempelak TV3 dalam isu jemaah Surau 'Al-Musyrikin' yang kononnya berang dan membantah pusat tuisyen yang menggalakkan murtad di kalangan orang Melayu.

Menurutnya, Surau 'Al-Musyrikin' tidak pernah wujud dan direka-reka oleh TV3 semata-mata.

"Pertama sekali adakah sesiapa yang 'sudi' namakan surau sebagai Musyrikin (kafir-menyekutukan Allah). Siasatan dibuat beberapa pihak mendapati jelas surau itu tidak wujud. Namun TV3 tak peduli meneruskan penipuan yang sama berulang kali.

"Malah ditampilkan seorang 'Datuk' sebagai Pengerusi jemaah 'al-Musyrikin'," katanya.

kl-today


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MB Johor Contoh Terbaik Talibarut British? (Wajib Baca!!)

Posted: 07 Sep 2011 06:00 PM PDT










Perdebatan sejarah kemerdekaan kembali panas dengan pengakuan MB Johor, yang menukar pendiriannya setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu. Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar terungkai ?


Merujuk kepada kenyataan MB Johor dalam portal bernama;
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.



Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.




"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.




"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).


Sebelum diulas dengan lebih lanjut, mari kita renung apakah tindak tanduk penjajah British (atau boleh saya kata pengganas British?) ketika Mat Indera melancarkan gerakan kemerdekaan. British melabelkan Mat Indera sebagai pengganas komunis lalu meletakkan $75 000 untuk kepala Mat Indera. Keluarga Mat Indera juga diseksa dan dibuang daerah oleh British. Apabila Mat Indera ditangkap, hukuman untuk beliau adalah penyiksaan untuk berbulan lamanya dan akhirnya beliau dihukum gantung di Taiping.


Hari ini, Menteri Besar Johor membuat kenyataan bahawa Mat Indera seorang pengganas komunis yang kejam dan zalim walaupun dalam buku "Pengukir Nama Johor", MB Johor ini jugalah yang menamakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang. Bukankah kenyataan MB Johor ini menyerupai imperialis Inggeris? Apakah kenyataan MB Johor ini melengkapkan kebenaran betapa Umno adalah talibarut British dan meneruskan legasi British?



Mungkin sedikit masa lagi akan ada pemimpin Umno yang tergamak mengatakan Tok Janggut juga sebagai pengganas kerana Tok Janggut juga membunuh polis melayu yang bernama Sarjan Che Wan di Pasir Mas, Kelantan. Tok Janggut yang dibunuh dan gantung secara terbali, kemudian diheret menyeberangi Padang Bank Kota Bharu, tidak pula dianggap pengganas dalam buku teks sejarah. Inikah yang dikatakan sejarah ?




Berbalik kepada kepahlawanan Mat Indera, beliau pada awalnya telah diiktiraf dalam buku Pengukir Nama Johor sebagai antara tokoh negeri Johor yang terbilang. Ironinya, yang mengiktiraf beliau sebagai tokoh terbilang itu adalah MB Johor sendiri, lantas MB Johor menyatakan;




Penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.
Dengan kata-kata di atas, apakah kita juga boleh melebel sejarah kemerdekaan oleh Umno yang tertulis dalam mana-mana buku teks sejarah yang diiktiraf itu adalah semata-mata bahan kajian di atas prinsip 'kebenaran akademik' untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan ?



Kenyataan MB Johor hari ini juga menyebut, apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan. Tetapi MB Johor tidak pula merungkaikan mengapa hanya hanya gerakan melayu Umno sahaja yang tidak diharamkan?




Ternyata pihak British tidak memberi ruang kepada semua gerakan kemerdekaan apabila mengharamkan PKMM, AWAS, API dan PKM. Semua nasionalis yang menuntut kemerdekaan tidak diberi pilihan. Hanya dengan menyertai kumpulan bangsawan elit Umno untuk kemerdekaan acuan British, atau berdepan dengan risiko merengkok dalam penjara atau lebih buruk, dibunuh menjadi pejuang tidak bernama.




Walaupun kenyataan MB Johor hari ini bersifat dangkal dan bodoh sombong, tetapi kita harus bersyukur kerana ia secara tidak langsung memberi petunjuk jelas betapa kemerdekaan yang dituntut Umno diberi laluan mudah oleh British dengan satu keraguan - Benarkah Umno talibarut British? Ia juga secara langsung membangkitkan ghairah lebih ramai anak muda untuk mengetahui sejarah sebenar kemerdekaan di sebalik sejarah doktrin penutup minda.




Setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah buat MB Johor yang serba flip-flop. Moga lebih ramai pemimpin Umno yang bersuara sepertimana kenyataan MB Johor hari ini. Keraguan sejarah kemerdekaan semakin terserlah dan memasuki era perdebatan terbuka. Benarlah kata orang, Umno akan dimakan sejarah, Umno sejarah...






Edyes @ edyesdotocom




atsixty-zakriali

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: