Rabu, 7 September 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Proton Tuah (Espire) Kini Di Atas Jalan

Posted: 07 Sep 2011 05:59 AM PDT





MB Johor: Mat Indera bukan pejuang merdeka, tapi pengganas

Posted: 07 Sep 2011 05:48 AM PDT

NUSAJAYA, 7 Sept – Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Ahmad Indera atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dengan pangkat sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan," katanya dipetik Bernama Online.

"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

"Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British," kata beliau.

Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang dengan yakin mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.

Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku "Pengukir Nama Johor" pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera.

Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Beliau berkata kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950 dan fakta yang diperoleh dari pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

Mengenai buku "Pengukir Nama Johor", Abdul Ghani berkata dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri.

Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.

Ingat Sejarah Kemerdekaan Ini Sampai Kiamat!

Posted: 07 Sep 2011 04:02 AM PDT

UNTUK MEREKA YANG MASIH KURANG SEDAR

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kesah-kesah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dog atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan Brtish bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascist Jepun. Ini adalah jawapan anak semua bangsa terhadap fascist Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.

Kuasa imperialis Kulit Puteh ( White Colonial Power) – Portugis, Belanda dan British – datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi – bijeh, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya: gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di Kepulauan Nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu – mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong – adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman : Sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi : sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan – MERDEKA! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampoh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja TIDAK berani melaungkan – merdeka – malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oxygen'. Masih tidak jelas - apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oxygen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan 'hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram – Hidup Melayu – masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan Hidup Melayu hari ini adalah kaum Mamak Kimma dan kumpulan Awang Hitam yang semakin di sangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa Awang Hitam ini suka melaungkan Hidup Melayu ini memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar – T-I-D-A-K - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan massa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampoh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Britsih telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Perkataan 'darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan 'darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan – kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti , kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy , Ishak Haji Muhamad, Chen Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, S.A. Ganapathy, Ustaz Abu Kabar al- Bakir, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adalah nama-nama nasionalis yang dikhendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan Hidup Melayunya kerana ramai pemimpin-pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strateji untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diistiharkan dua tahun kemudian - pada tahun 1948 – pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association – semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman – dua bengolan ini bukan – B-U-K-A-N - dieja dengan huruf besar - bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi barua Brtisih yang setia. Pada ketika itu penjajah British memasang dua kuda. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia dan yang boleh menipu orang Melayu dengan bijak bistari. Akhirnya Tunku menjadi kuda pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini – pada 5 haribulan September 2011 – United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon atau Terang Bulan.(TT)

http://tukartiub.blogspot.com/?zx=689e5c54dd8fb199

Video: Mat Indera selamatkan mangsa tragedi Bukit Kepong

Posted: 07 Sep 2011 02:18 AM PDT



Mat Indera selamatkan mangsa tragedi Bukit Kepong

Keluarga tuntut kerajaan isytihar Mat Indera pejuang, bukan pengkhianat

Posted: 07 Sep 2011 01:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

"Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

"Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat pada sidang media hari ini.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di sini, katanya, "saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya."

Sidang media turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong menjadi kontroversi selepas disentuh oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu ceramah bulan lalu. Beliau mengatakan bahawa peranannya dilupakan dan dilabel sebagai pengkhianat negara.

Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi.

Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya "datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat."

"Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya.

Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, "yang diselamatkan itulah yang diselamatkan... ramai."

Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera.

"Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera," kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an.

Baharom menambah, abangnya sangat komited dengan agama dan mengajar agama sama ada di dalam hutan atau di luar hutan semasa terlibat dalam gerakan kemerdekaan negara.

"Beliau sering mengadakan perjumpaan dalam keluarga dan mendidik keluarga untuk komited dengan ajaran agama Islam.

"Beliau selalu menafikan, beliau bukan seorang yang berfahaman komunis. Beliau berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajahan British," katanya lagi.

Kata Baharom, "sekarang negara sudah merdeka, kalau bukan kita yang membersihkan nama Mat Indera, siapa lagi yang boleh membersihkan nama beliau."

"Saya berharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan akan mengambil usaha segera... lakukan sekarang, isytihar beliau bukan pengkhianat," katanya ketika ditanya siapa yang wajar dan dalam berapa lama isu ini perlu diselesaikan.

"Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, saya berharap kerajaan akan melakukan dengan segera," kata beliau yang turut berpegang pada buku terbitan kerajaan negeri Johor yang berjudul "Pengukir Nama Johor".

Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, "pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negaera, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan."

Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua.

Baharom berkata, beliau pernah menulis dua tiga artikel mengenai keperluan membersihkan nama abangnya di Utusan Malaysia pada 1978 atau 1979.

"Jadi ini harapan keluarga saya sekarang," katanya dan menegaskan, pihaknya berpegang pada pendirian itu kerana "pegangan agamanya (Mat Indera) kuat dan seorang yang tegas dan tegar melawan British."

"Saya serah kepada siapa yang hendak buat kajian, bersihkan nama dia," tambah beliau.

Suhaizan juga berkata Mat Indera bukan seorang yang berideologikan komunis.

"Kalau dia seorang berideologikan komunis, sudah pasti dia tidak beragama," katanya sambil menambah, "kemungkinan Mat Indera mempergunakan PKM untuk kemerdekaan negara."

"Tetapi pada pandangan kami, dia tidak berideologikan komunis, dia hanya ahli PKMM dan API (Angkatan Pemuda Insaf," katanya.

Mengenai laporan media bahawa Jamilah menafikan keluarganya diselamatkan oleh Mat Indera, Suhaizan berkata, "apa yang saya kata (dipetik Sinar Harian) adalah Mat Indera menyelamatkan Jamilah, bukannya menyelamatkan keluarga Jamilah."

Jamilah dipetik berkata jika Mat Indera menghalang pihak komunis membunuh keluarganya ketika itu pasti ibu dan adik lelakinya tidak akan terkorban dalam serangan tersebut.

Kata Suhaizan, Naib Yang Dipertua PAS Pulai Zaba Ibrahim telah bertemu dengan Jamilah pada Ahad lalu, dan turut mengakui bahawa Mat Indera yang menyelamatkannya.

Ibu Jamilah dan adik lelakinya merupakan antara yang turut terbunuh dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950.

Suhaizan juga berkata pihaknya akan menubuhkan sebuah sekretariat untuk mengkumpulkan maklumat dan bahan yang berkaitan.

"Dengan sekretariat itu, mana-mana keluarga yang hendak menuntut ganti rugi daripada British atas kecuaiannya sehingga ramai kakitangan polis dan anggota keluarga mereka terbunuh, akan dibantu dan diuruskan," katanya.

Shahidan Kassim, Bekas MB Perlis Beri Anugerah Kepada Anggota Komunis PKM?

Posted: 06 Sep 2011 09:00 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwRiU3OKI1xd7vqQ0gQ9Q5QexA-ZW1Kpwjsdx-2WScQ1FpTX75hA6dfd6j3tWTXq5-p8vTOkwruAd3vFlD1LIX_3ZAKQsrhQuB7tcZOL8Q_kbRVSto5YN0NBFItPxNE8s2SNRLfvEiaR8/s1600/pilus.jpg


SIAPA DI OSMAN BIN TEH atau NOM DE GUERRE : PILUS

Kawan kita ini berasal dari Sanglang, kedah. Bergerak aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf.

Kemudian menyertai platun Melayu Rejimen ke 8 PKM berpengkalan di Kedah, antara beberapa lokasi yang pernah dijadikan pengkalan ialah Padang Lembu, Gunung Bongsu, - sebelum bedrpindah ke Bukit Tangga.

Seterus beliau berhijrah ke Rejimen ke 10 di Sukhirin. Satelah perjanjian damai, beliau membuat keputusan pulang ke tanahair dan sekarang menetap di Padang Besar.

Sijil Pejuang Kemerdekaan ini di hadiahkan oleh Menteri Besar Perlis, Sahidan Kassim pada tahun tahun 2007 sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 50.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrmJHqVhFKMCGPoKfNomPEttvEf2j-20oIxvq1xNJCjFfY0HLeSfXNRnSvxkSEw_KghRIEuaSRFNcLe4QiHlyugQEvYnX3Q9WbRJIPmsNrQeRIktb2WHBiNVDu-qLHBK8Zgf_v0ScJg1I/s1600/PILUS+2.jpg

Coret Minggu Pertama Syawal

Posted: 06 Sep 2011 08:00 PM PDT

Selamat Hari Raya diucapkan sekali lagi. Maaf Zahir dan Batin. Adalah diharap pengunjung blog yang beragama Islam sudah mula berpuasa enam dan sekiranya belum, bersedia untuk memulakannya dalam masa seminggu dua ini. Menurut pesanan Ar-Rasul, yang bermaksud, sesiapa yang berpuasa sebulan Ramadhan dan seterusnya berpuasa 6 hari pada bulan Syawal, dia seolah-olah telah berpuasa sepanjang tahun. Maka adalah amat rugi sekiranya kita tidak memanafaatkan tawaran dari Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang sentiasa menyediakan peluang untuk kita menebus dosa dan kesalahan kita.

Sambil menikmati betapa Pemurahnya Allah AzZa wa Jalla, saya mengambil kesempatan di sini untuk mencatit beberapa perkara berhubung pelbagai isu untuk diperbincangkan.

JAIS DAN DUMC
Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, telah mengetengahkan isu ini di dalam blognya. Saya hanya ingin menyebut betapa kecewanya saya apabila mendengar pihak JAIS memohon sebulan tambahan lagi untuk menyediakan laporan. Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap professionalisma JAIS yang bertindak dengan begitu cepat 'memeriksa' sebuah Gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya.

Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut. Majlis itu adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik Gereja dan itu sahaja. Laporan 'memurtadkan orang Islam' diterima dari pihak yang tidak dikenali dan pihak JAIS bertindak tanpa siasatan yang lebih terperinci. 'Pihak yang tidak dikenali' yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal?

Sama-sama kita tunggu laporan yang semestinya tinggi melangit kerana memakan masa berbulan-bulan untuk disediakan.

UNIT SELAMATKAN AQEEDAH
Ini turut dibangkitkan oleh Dr. Mariah. Sebenarnya saya tidak tahu menahu tentang Unit ini kerana ianya tidak dibincang di peringkat PAS Selangor dan mungkin merupakan initiatif Exco Agama, Dato' Dr. Hassan Ali sendiri. Mungkin juga ianya dibincang bersama dengan penasihat-penasihat beliau tetapi bukan dengan PAS Selangor atau PAS Pusat.

Apa yang saya boleh ulas ialah ianya meletakkan kesalahan ke atas LZS dan saya tidak tahu samada analisa itu adalah tepat atau sebaliknya. Masalah timbul apabila LZS tidak diletak dibawah kerajaan Negeri dan oleh itu kita tidak boleh berbuat apa-apa. Ini menjadi lebih parah apabila budaya ketelusan dan pertanggung-jawaban tidak dihayati oleh 'kelompok lama'.

Persoalan perlu pergi ke Gereja dahulu kemudian baru boleh mendapat layanan dari LZS seperti yang telah disebut pun ada betulnya. Takkan begitu perkiraannya. Kalau hendak dibaiki, maka baiki untuk semua, bukan untuk yang ke Gereja sahaja.

'KETEGASAN' MAIS
MAIS dilihat tegas mempertahankan tindakan JAIS dan dikaitkan pula dengan DYMM Sultan. Saya difahamakan satu perjumpaan khas telah diadakan di antara NGO-NGO Islam bersama JAIS dan Dato Adzib dari MAIS yang turut dihadiri wakil dari pejabat Peguam Negara. Mereka membincangkan Memorandum yang ingin dihantar ke DYMM Sultan yang menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan MB. Adalah diharapkan tiada exco dari PR, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta!

Pada zaman Khir Toyo apabila BN merompak Negeri Selangor, semua diam. Samada MAIS, ataupun JAIS, termasuk Pejabat Peguam Negara mahupun pihak yang menggelar diri mereka mewakili istana. Tetapi di zaman MB yang berkebajikan, bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak MB. Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, "mengapa dulu diam, sekarang nak bising?" Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh.

Dulu pada zaman BN kaki rasuah memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat. Sekarang, Baginda kerap diketengahkan, menegur dan membidas MB. Itulah perangai UMNO. Bila UMNO sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan.

Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak UMNO/BN. Institusi yang 'above politics' atau 'mengatasi pertimbangan politik' ini akan tercemar dalam kelicikan politik UMNO yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun yang akan berlaku. Sanggup mengorbankan rakyat dan Negara asalkan mereka kembali memerintah Selangor. Itulah dasar Muamar Gaddafi, dan itulah yang mencerminkan dasar UMNO sekarang!

MAT SABU DAN MAT INDERA
Pasti ramai terkejut bila didedahkan dengan fakta sejarah bahawa Mat Indera adalah seorang yang berpendidikan agama yang diiktiraf ketokohannya oleh kerajaan negeri Johor. Beliau mati ditali gantung pada tahun 1953. Digantung oleh kerajaan penjajah British yang telah meletakkan hadiah sebanyak RM 75,000 bagi yang berjaya menangkapnya. Maka siapa pula dalang yang menangkapnya? Pihak Komuniskah? Yang menagkapnya dan menyerahkannya kepada pihak British tidak lain dan tidak bukan ialah pemimpin UMNO!

Hakikatnya, pada zaman penjajah, ramai yang bangun menentang British. Pihak agamawan, pihak aliran kiri dan pihak kommunis. UMNO yang tidak pernah tahu erti susah payah perjuangan duduk dibawah ketiak penjajah. Itulah sebabnya mengapa apabila saya minta wakil rakyat dan pemimpin UMNO di Parlimen untuk menamakan seorang pemimpin UMNO yang dipenjarakan British, semua diam membisu. Saya telah membuat cabaran ini tidak kurang sebanyak dua kali di Parlimen. Ke dua-dua kali sunyi sepi.

Khairy Jamaluddin berkata bahawa UMNO memilih cara yang bijaksana, elakkan tumpah darah. Mungkin benar, tapi sekiranya ia benar sekalipun, ianya tidak memberi UMNO hak untuk memutar belit sejarah sehingga menafikan perjuangan pihak lain yang lebih gigih dan lebih ikhlas sehingga mengorbankan nyawa sendiri demi merdeka. Tidakkah pemimpin UMNO yang menyebut "hendak buat jarum pun tidak pandai, hendak bicara pasal merdeka?"

Lagipun, terdering dalam telinga saya petikan dari tulisan Lord Cromer, bekas Gabenor British di Mesir, dalam bukunya 'Modern Egypt', yang bermaksud; "England bersedia memberikan kemerdekaan politik sepenuhnya kepada tanah jajahannya, sebaik-baik sahaja telah wujud tersedia generasi intelek atau ahli-ahli politik yang telah dibentuk melalui pendidikan Inggeris untuk mengambil alih tetapi dalam keadaan bagaimana sekalipun kerajaan Inggeris tidak akan bertolak ansur walau sesaat untuk penubuhan sebuah negara Islam yang merdeka". Petikan ini sering dibacakan kepada saya dibeberapa majlis yang telah saya hadiri sejak usia remaja lagi. Mungkin generasi itulah yang dianggap Khairy sebagai generasi bijaksana sehingga mereka bersekongkol dengan British menahan dan membunuh rakyat Negara ini yang menuntut kemerdekaan. Atau apakah mungkin bakal mantan ketua pemuda UMNO ini ingin mencabar saya untuk berdebat pula?

PELARIAN ISLAM UIGHUR YANG MALANG
Tengah-tengah bulan Ramadhan beberapa orang Pelarian Islam Uighur yang datang dengan mengharapkan perlindungan telah dikembalikan ke Negara China atas permintaan kerajaan China. Kumpulan ini adalah terdiri dari masyarakat yang beragama Islam dari Sinkiang (Xin Xiang) yang berjumlah 11 atau 12 orang. Mereka sedang berjuang menuntut hak mereka dari kerajaan China. Mereka datang mengharapkan suaka politik dari pihak UN. Berhenti di Malaysia mungkin kerana dianggap Malaysia Negara ummat Islam dan kerajaannya kerajaan yang akan membela nasib mereka. Mungkin terlalu meyakini berita dan propaganda yang disiarkan oleh kerajaan UMNO/BN. Lebih-lebih lagi dalam isu memperjuangkan nasib ummat Islam yang kononnya sedang dimurtadkan pihak Gereja. Mungkin mereka beranggapan kerajaan sebegini sudah pasti akan membantu mereka.

Mungkin juga mereka mengharapkan PERKASA akan ke jalan raya dan begitu juga kumpulan PATRIOT, untuk membela nasib mereka. Namun, semuanya bagaikan fatamorgana. Mereka ditahan Polis, dituduh melakukan jenayah memperdagangkan manusia dan dihantar balik ke China. Ini dilakukan dengan penuh pengetahuan bahawa di China, besar kemungkinan mereka akan diseksa dan dipenjarakan. Dan perkara ini berlaku menjelang Eidul Fitri. Sedangkan pihak UN memohon supaya mereka disimpan di Malaysia sambil permohonan mereka untuk mendapat taraf pelarian di bawah lindungan UN diproses.

Akhirnya UN membidas tindakan kerajaan Malaysia, Amerika Syarikat juga turut membidasnya dan NGO antarabangsa dan tempatan, yang turut terdiri darihttp://www.blogger.com/img/blank.gif NGO bukan Islam, turut membidas tindakan kerajaan Malaysia. Tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

UMNO, PERKASA dan PATRIOT? Mereka perjuangkan 'Melayu Islam' kononnya. Kaum Pelarian Islam Uighur tidak dikenali mereka. Begitu juga dengan nasib ummat Islam di Urumqi. Dikhabarkan bahawa mereka telah dilarang berpuasa oleh kerajaan China. Kerajaan Malaysia, UMNO, PERKASA, PATRIOT hanya berpeluk tubuh mendiamkan diri, membisu seribu bahasa. Golongan inikah yang ingin kita gelar sebagai pejuang?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Khalid Samad dakwa pertemuan sulit mahu jatuhkan MB Selangor

Posted: 06 Sep 2011 07:36 PM PDT

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 7 Sept — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Langkah itu didakwa diusahakan ekoran kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran kononnya ada usaha memurtadkan umat Islam.

Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, pertemuan membabitkan beberapa NGO Islam bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta wakil dari Pejabat Peguam Negara.

"Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta," kata beliau dalam entro blognya semalam di bawah tajuk "Coret Minggu Pertama Syawal".

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Khalid berkata beliau tidak pasti bila pertemuan itu diadakan tetapi telah diadakan bulan lalu.

Kata Khalid, sebelum era Mac 2008, semuan pihak termasuk Jais dan Mais mengambil sikap berdiam diri dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Tetapi di zaman Menteri Besar yang berkebajikan (pimpinan Khalid Ibrahim), bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak Menteri Besar.

"Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, "mengapa dulu diam, sekarang nak bising?" Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh," katanya.

Dalam entrinya juga, Khalid berkata, Umno terus mengheret pihak istana untuk kepentingan politik parti komponen BN itu.

Katanya, ketika zaman BN memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat tetapi sekarang kerap diketengahkan.

"Itulah perangai Umno. Bila Umno sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan.

"Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak Umno-BN," katanya sambil menambah, institusi yang above politics' atau 'mengatasi pertimbangan politik' ini akan tercemar dalam kelicikan politik Umno yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun berlaku.

"Sanggup mengorbankan rakyat dan negara asalkan mereka kembali memerintah Selangor. Itulah dasar (bekas pemimpin Libya) Muammar Gaddafi, dan itulah yang mencerminkan dasar Umno sekarang!" kata Khalid lagi.

Mengenai isu tindakan Jais ke atas gereja tersebut, Khalid berkata, beliau sangat kecewa apabila mendengar Jais memohon sebulan lagi untuk menyediakan laporan.

"Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap profesionalisme Jais yang bertindak dengan begitu cepat 'memeriksa' sebuah Gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya.

"Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut," katanya ia adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik gereja dan itu sahaja.

"Laporan 'memurtadkan orang Islam' diterima dari pihak yang tidak dikenali dan pihak Jais bertindak tanpa siasatan yang lebih terperinci. Pihak yang tidak dikenali' yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal?" katanya lagi.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor berkata laporan lengkap daripada Jais akan diterima selepas beliau pulang ke tanah air dari lawatan kerja ke Jerman pada 16 September ini.

"Kami masih lagi menunggu laporan lengkap Jais itu dan saya tidak sabar untuk mengetahuinya, Sekembalinya dari Jerman kita jangka akan menerima laporan tersebut," katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Ayah Perdana Menteri Malaysia Hadiahkan 350 Ringgit Kepada Anggota Jawatankuasa Pusat PKM Dan Anggota Markas Besar Rejimen Ke-10

Posted: 06 Sep 2011 06:00 PM PDT

Allahyarham Tun Razak, ayah kepada Perdana Menteri Najib pernah menghadiahkan wang sebanyak 350 ringgit kepada Abu Samah Mohd. Kassim. Perkara ini telah diabadikan Allahyarham dalam bukunya SEJARAH DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8cSxEVqwjYji3mRu_M_i2JqFOVU9ew3Pzi_QlSN0A2aAMSQMII4mX7zVk7b3KWbdTpkP4q74akF3Eqj6Zk6X3G8iGwYZJw1Ch627UJNZvfdM2_nn-f6x0kPKfdsFo6t63oQpR6Wzce8o/s1600/04++Abu+Samah+Mohd+Kassim.jpg

Dua puluh hari saya berada di rumah Tok Pawang. Petangnya, Tok Pawang memberitahu pada pagi esok dia nak pergi ke Kuala Lipis, ke rumah Menteri Besar Pahang Tengku Mohamed,nak beritahu hal-hal, tidur satu malam di sana. "Anak ada apa nak pesan kat Tengku?"

Saya menjawab "tak ada apa, cuma sampaikan salam takzim, yang lain-lain ikut Pakwa Haji lah, nak cakap apa-apa."

Bila Tok Pawang sampai ke Kuala Lipis, Menteri Besar minta dia tidur dua malam di sana, di samping urut mengurut, dia hendak mendengar cerita-cerita di Semantan. Dengan Razak (Tun) juga Tok Pawang dapat berjumpa dan bercakap-cakap. Tengku Mohamed beritahu Tok Pawang, jika Abu Samah tak tahan lagi berjuang di dalam hutan, boleh dia hantar kereta bawa balik ke Kuala Lipis duduk di rumahnya; tetapi sekali-kali tak usah menyerah diri. Tengku mengirimkan sebuah jam tangan Rolex manakala Datuk Razak memberikan wang sebanyak 350 ringgit.

Senarai Nama Manusia Yang Ada Tauliah Bercakap Agama Di Selangor?

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/wp-content/uploads/2010/06/RosmahMansor.png

http://ridzuan1706.files.wordpress.com/2009/04/najib-tun-razak_3.jpg

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/10/muhyiddin51.jpg

http://farm4.static.flickr.com/3558/3584159275_b4328b14ff.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjx7wOBpHCT6yOiOyWnVOsW9qgXyHELLGveDghD_QFWeBQVCpTLcNyE0VEz6o-HC1Ps4xIzVnNq8vCj47tYrMBCPbw5c_MM-lLQ4R1_LQMmuQD4Hh8csr6rER7wCOdMmjaOIzM3kUFaaE4/s1600/rais+yatim.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4wldFWILXwPvKewWtHYu1rkqAno8ieWj86AYh8sX7twblCdFxyq_-G91pygqs6KC_6B_f0zn_4q-XhRZA4UnMRFUz7kiwSQTh0esr6MlbYkKj79lJ8emgYEZ3JXN6IQmNKAER9O2bv5_A/s400/Datuk+Seri+Shahrizat+Abdul+Jalil.jpg

http://kinabalukini.files.wordpress.com/2009/06/saiful-bukhari.jpg

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/11/zul-gila.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVvG7blNcCKNL7N-3EnXAU-zItV3VFzbXJBD-t8zRVSJCjQFEWJwaKD5HPMnIE-VKy_KLinQXbQkiLPX7Z0mlOqvZSSd7_lw8mbN5kpn7Ub-IanM1dfmOMAWRDERAunku3g5Y3twZRmzAQ/s320/ibrahim+ali.jpg

negara islam, nak cakap pasal agama pun kena pakai tauliah

merdeka kepala hotak kalau masih ikut telunjuk kafir laknatullah!

Tiada ulasan: