Biaqpila |
- Apabila ahli sejarah amalkan ilmu KEKANGKUNGAN
- BIL AIR 20 SEN..? MANA ORANG UMNO NEGERI LAIN NAK PERCAYA!!
- Mat Sabu Tampil Malam Ini Bicara Isu 'Mat Indera'
- Ugut sebar gambar bogel, juruwang dipenjara dan didenda
- MAT SABU TUNJUK BUKTI
- Bas disamun sejurus nahas
Apabila ahli sejarah amalkan ilmu KEKANGKUNGAN Posted: 07 Sep 2011 03:00 PM PDT tokpepijat " Isu Mat Indera hampir ke penghujungnya. Akhirnya Mat Sabu memberikan "buah ghoribnya" kepada juak-juak UMNO yang menghentamnya. Hujah dan buktinya berdasarkan buku yang diterbitkan oleh agensi kerajaan Johor, sebuah negeri "totok" UMNO. Buku sejarah yang dirasakan rasmi bagi negeri Johor, bertajuk Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor, disunting oleh Prof. Abu Bakar Hamid dari Universiti Malaysa dengan kata penghantar dari Menteri Besar Johor Dato Ghani Othman telah diterbitkan dalam tahun 2004. Peliknya, selepas itu semacam cuba mengelak pula Editor buku bercakap tentang kesahihan pejuangan Mat Indera. Editor mengulas dengan bahasa berbelit-belit. Pihak Yayasan Warisan Johor juga berlepas diri. Lebih haru lagi suruh pembaca berfikir sendiri..."lu fikir sendiri laaa". Kini kita hendak mendengar ulasan mantan MB Johor Dato Ghani Othman untuk mengulas buku yang diturunkan kata-kata pengantarnya sendiri. Akhirnya cara berlepas diri juak-juak UMNO ialah mengeluarkan hujah, " Bukti Lemah". Ayat ini akan diulang-ulang hingga PRU 13. Isu Mat Indera rupanya banyak mendedahkan benda yang tersorok dan tersembunyi. Kita perhatikan antaranya mendedahkan lagi "kekangkungan" orang yang mendabik dada mendakwa pakar sejarah tanahair. Kita tidak hairan jika Dr Ramlah Adam membela UMNO. Kerana hasil tangannya tertulis sejarah kemerdekaan negara dalam buku teks sekolah. Memang beliau seorang pemuja UMNO. Yang kita hairan ialah sikap dan kenyataan ahli sejarah Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim. Antaranya : a) Inggeris tidak amalkan dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu. b) Inggeris tidak menjajah Tanah Melayu. c) Datuk Onn dan Tuanku tidak berkhidmat kepada British sebagai pegawainya. Ilmu apa Khoo Kay Kim pakai ? Ilmu mengampu UMNO atau ilmu KEKANGKUNGAN ? Terkini Khoo Kay Kim memperlekehkan penulisan Allahyarham Ismail Adnan. Hebat benarkah ilmu sejarah Dr Khoo ? Dahulu tahun 80an, Dr Khoo pernah menulis tentang sukan negara. Kebanyakkan tulisannya memberi pelbagai teori-teori belaka. Beliau begitu ghairah mengkritik mutu bolasepak negara. Macamlah beliau seorang bekas jurulatih bolasepak. Beliau sekadar ahli sejarah sahaja tapi berlagak macam bekas bintang bola. Dr Khoo umpama Professor Serba Tahu dalam Majalah Gila-Gila ! Hari ini, beliau "menelanjangi" diri sendiri lagi. Apakah patut seorang ahli sejarah tidak menganggap Inggeris bukan penjajah. Prof Dr Khoo layak digelar "Ahli sejarah Kangkung" ! Apabila semua ahli sejarah tidak sepakat, memperlekehkan hasil penulisan rakan sendiri, bongkak dengan ilmu dan suruh fikir sendiri, itu menunjukkan kerendahan dan kekangkungan intelektual ahli sejarah negara kita. Memalukan ! Kesimpulannya 3 perkara boleh kita nilai ahli sejarah negara : 1) Mereka berani mengkritik/ menyerang penulis sejarah bila penulis itu telah meninggal dunia. 2) Generasi kini boleh menpertikaikan sejarah yang ditulis oleh sesiapa dengan bermottokan, " lu fikir sendiri" . 3) Bolehkah gambar Sultan Johor duduk sekali dengan "pengganas" ? Muka depan pulak tu. macam Sultan Kedah mencemar duli menyiram air mawar keatas pusara "penderhaka" Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya yang dibunuh polis." tko KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
BIL AIR 20 SEN..? MANA ORANG UMNO NEGERI LAIN NAK PERCAYA!! Posted: 07 Sep 2011 05:00 AM PDT (dari blog lianglahad..) Bil air 20sen jer... ngarutlah.. kah..kah..kah.. Aku nak kongsikan dengan korang bil air salah sorang jiran aku ni.. dia ni orang atas pagar.. bukan menyokong mana-mana parti.. tetapi dah tentulah dengan menjadi jiran aku,dia mendapat banyak input tentang Kerajaan Pakatan Rakyat.. dan sikit sebanyak,apa yang aku sampaikan kat dia memang masuk dalam kepala dia... dan dia pun mula berani cakap yang "pemimpin kerajaan BN ni banyak "sembang" jer... tapi abok pun takde... " "cakap nak lawan rasuah,tapi dorang sendiri yang rasuah.." itu kata dia yer.. bukan kata aku.. dan sudah tentulah aku setuju dan aku gembira bila dia nampak semua tu... dan semalam,dia tunjukkan aku bil air dia,dia kata masa Khir Toyo dulu tak pernah macam ni.. sebenarnya dia ni dah berbulan-bulan tidak bayar bil air sejak pakatan ambil alih Selangor... tapi tak pernah tunjuk kan kat aku bil air dia.. tapi semalam tah nape,dia tunjukkan kat aku bil air dia.. aku pun apa lagi..aku ambik dan kongsikan dengan korang ler.. korang tengok sendiri ok.. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Mat Sabu Tampil Malam Ini Bicara Isu 'Mat Indera' Posted: 07 Sep 2011 03:00 AM PDT SHAH ALAM 7 SEPT : Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu akan tampil dalam sebuah forum bagi membincangkan isu kontroversi berkaitan individu yang dilabel sebagai pengganas Komunis, Muhammad Indera dan peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950. Turut sama menjadi ahli panel pada forum tersebut adalah Pakar Undang- undang, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan blogger sensasi, Hishamuddin Rais. Forum tersebut dijadualkan akan berlangsung pada hari ini tepat jam 8.15 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan ?' dianjurkan oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Free Public Forum Malaysia (FPF). FPF adalah NGO yang aktif bergerak di sekitar ibu kota bertujuan menyediakan pentas-pentas forum, diskusi, wacana dan sebagainya bagi membincangkan isu- isu semasa yang berlaku dalam negara. "Tajuk Forum: MAT INDERA - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan? Ahli Panel: 1. Tn. Hj. Mohamad Sabu (Timb. Presiden PAS) 2. Prof. Dr. Aziz Bari (UIAM) 3. Sdr Hishamuddin Rais (blogger / kolumnis Tukar Tiub)" "Tarikh: 7 September 2011 - Rabu (hari ini) Masa: 8.15-10.30mlm Tempat: KL Selangor Chinese Assembly Hall (tingkat 3) - berhadapan stesen monorail Maharajalel KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Ugut sebar gambar bogel, juruwang dipenjara dan didenda Posted: 07 Sep 2011 12:44 AM PDT KUALA LUMPUR - Seorang juruwang cafe internet dijatuhi hukuman penjara 11 bulan dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas didapati bersalah memiliki dan mengugut untuk menyiarkan gambar bogel seorang wanita pada Jun lepas. Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu selepas Muhamad Sukri Kassim, 21, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM1,000 bagi pertuduhan pertama atau penjara lima bulan jika tidak membayar denda, manakala bagi pertuduhan kedua, Muhamad Sukri dikenakan penjara 11 bulan dan denda RM1,500 atau penjara tujuh bulan jika tidak membayar denda. Abdullah Siddiq memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu serentak mulai hari ini. Bagi pertuduhan pertama, Muhamad Sukri yang berasal dari Segamat, Johor, didakwa dengan niat telah mengugut mangsa yang berusia 21 tahun untuk menyiarkan gambar bogelnya. Kesalahan didakwa berlaku di Blok A-3-18, Kelumpok Bambu A, Jalan AU2, Keramat Wangsa, pada 2.30 petang 15 Jun lalu. - Bernama KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 06 Sep 2011 09:00 PM PDT JOHOR BAHRU - "Jangan gali kubur sendiri!" Itulah peringatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada mana-mana pihak terutama pemimpin Umno yang terus menyerangnya berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Mat Sabu berkata, beliau bukan bercakap kosong mengenai perkara itu, sebaliknya mempunyai bukti mengangkat Mat Indera sebagai hero. Menariknya, kata Mat Sabu, buku yang dirujuknya, 'Pengukir Nama Johor' diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Malah Abdul Ghani turut memberi kata-kata aluan pada buku terbitan 2004 itu sekali gus, katanya, membuktikan penerbitan buku yang mengiktiraf Mat Indera itu direstui Kerajaan Negeri. "Jadi, saya nak nasihatkan Umno supaya jangan gali kubur sendiri; (kepada ahli sejarah) jangan jadi pengampu yang cuba gelapkan sejarah. Rakyat Johor seharusnya berbangga kerana Mat Indera adalah pejuang sebenar menentang penjajah, walaupun akhirnya mati di tali gantung," katanya semalam. Buku 'Pengukir Nama Johor' yang antara lain, mempunyai potret Mat Indera turut menghiasi kulit depannya, menghimpunkan biografi tokoh-tokoh kelahiran Johor yang ditulis oleh beberapa penulis, manakala kisah Mat Indera dihasilkan Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn. Selain Mat Indera, turut dikisahkan riwayat mereka dalam buku itu ialah Almarhum Sultan Ismail dan bekas Pengerusi Tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah. Buku itu disunting oleh Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A Hamid, bekas profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Pada sidang media itu, Mat Sabu membaca sebahagian daripada tulisan Ismail mengenai Mat Indera, yang menurutnya, meyakinkannya bahawa Mat Indera bukan petualang tetapi pejuang: "Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi namun ada satu persoalan besar perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan tepat. "Seperti Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Dol Said, Rosly Dhoby dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmani, rohani, intelek dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. "Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang dan bukan seorang petualang." Mat Sabu berkata, Pas menawarkan khidmat peguam kepada waris peristiwa Bukit Kepong yang ingin menuntut pampasan atas penderitaan kehilangan anggota mereka dalam peristiwa itu. "Ada peguam, yang juga ahli Pas dan anak Johor, menawarkan diri mahu membantu waris mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan British. Dia sedia bantu. British bertanggungjawab ke atas pasukan mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung (balai polis) itu. Kita sedia membawa kes supaya dipertimbangkan pampasan kepada mereka," katanya. Mat Indera, gerila Melayu yang berpendidikan agama dan disifatkan sebagai individu warak, mengetuai serangan bersama anggota komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong. pejuang-rakyat KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 06 Sep 2011 05:06 PM PDT PECAH...cermin bas yang rosak selepas diserang sekumpulan empat samseng lebuh raya, malam kelmarin. IPOH: "Saya terkejut apabila dihujani tumbukan dan tidak dapat mempertahankan diri ketika diserang," kata pemandu kedua sebuah bas ekspres yang dibelasah sebelum disamun sekumpulan 'samseng lebuh raya' di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, Trans Liam, 45, cedera di kepala dan anggota badan selepas dibelasah dua lelaki dan dua wanita berhampiran kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira dua kilometer dari Plaza Tol Jelapang, di sini. Kejadian tidak diduga itu turut mengejutkan 25 penumpang bas ekspres berkenaan selepas mendapati pasangan samseng berkenaan meluru dan terus membelasah mangsa. Tidak cukup dengan memukul mangsa, empat samseng terbabit turut merampas kunci bas dan mencuri kad Touch n' Go sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta. Kejadian berpunca apabila bas Ekspres KKKL terbabit yang dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand ke Singapura terlanggar belakang sebuah Perodua Alza menyebabkan kereta berkenaan terbalik dan terhumban ke dalam longkang. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan