DIALOG RAKYAT |
- Keluarga tuntut kerajaan isytihar Mat Indera pejuang, bukan pengkhianat
- Forum 'Mat Indera - pejuang atau pengkhianat'
- Rais: K'jaan teliti sentimen komunis di Internet
- DAP mahu buka 'sekolah demokrasi'
- SPR: Mungkin silap penolong pendaftar
- Gerakan: Jangan terlampau mengasak kami
- Adik: Mat Indera bukan anggota PKM
- DAP Perak 'Pertikai' Sikap UMNO, Kutuk Mat Sabu Tapi Mereka 'Kawan' Dengan Parti Komunis China
- Komunis tak kalah, kerajaan beri RM8000 kepada pengganas
- (57) LATAR BELAKANG MAT INDERA (PERISTIWA BUKIT KEPONG)
- ‘Tidak benar saya diserang sakit jantung’ -MB
- Ramai pemimpin akar umbi Melayu bakal sertai DAP
- Penemuan kubur dalam hutan
- Khabar baru bertiup kencang dalam Umno
- Suhaizan minta MB Johor tegur tindakan "ala penjajah" pemimpin UMNO
- Zahrain belum pasti pertahan Bayan Baru
- Isu gereja: Laporan Jais dijangka 16 September ini
Keluarga tuntut kerajaan isytihar Mat Indera pejuang, bukan pengkhianat Posted: 07 Sep 2011 03:38 AM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDERKUALA LUMPUR — Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan. Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan. "Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar. "Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat pada sidang media hari ini. Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di sini, katanya, "saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya." Sidang media turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil. Isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong menjadi kontroversi selepas disentuh oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu ceramah bulan lalu. Beliau mengatakan bahawa peranannya dilupakan dan dilabel sebagai pengkhianat negara. Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi. Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya "datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat." "Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya. Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, "yang diselamatkan itulah yang diselamatkan... ramai." Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera. "Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera," kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an. Baharom menambah, abangnya sangat komited dengan agama dan mengajar agama sama ada di dalam hutan atau di luar hutan semasa terlibat dalam gerakan kemerdekaan negara. "Beliau sering mengadakan perjumpaan dalam keluarga dan mendidik keluarga untuk komited dengan ajaran agama Islam. "Beliau selalu menafikan, beliau bukan seorang yang berfahaman komunis. Beliau berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajahan British," katanya lagi. Kata Baharom, "sekarang negara sudah merdeka, kalau bukan kita yang membersihkan nama Mat Indera, siapa lagi yang boleh membersihkan nama beliau." "Saya berharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan akan mengambil usaha segera... lakukan sekarang, isytihar beliau bukan pengkhianat," katanya ketika ditanya siapa yang wajar dan dalam berapa lama isu ini perlu diselesaikan. "Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, saya berharap kerajaan akan melakukan dengan segera," kata beliau yang turut berpegang pada buku terbitan kerajaan negeri Johor yang berjudul "Pengukir Nama Johor". Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, "pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negaera, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan." Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua. Baharom berkata, beliau pernah menulis dua tiga artikel mengenai keperluan membersihkan nama abangnya di Utusan Malaysia pada 1978 atau 1979. "Jadi ini harapan keluarga saya sekarang," katanya dan menegaskan, pihaknya berpegang pada pendirian itu kerana "pegangan agamanya (Mat Indera) kuat dan seorang yang tegas dan tegar melawan British." "Saya serah kepada siapa yang hendak buat kajian, bersihkan nama dia," tambah beliau. Suhaizan juga berkata Mat Indera bukan seorang yang berideologikan komunis. "Kalau dia seorang berideologikan komunis, sudah pasti dia tidak beragama," katanya sambil menambah, "kemungkinan Mat Indera mempergunakan PKM untuk kemerdekaan negara." "Tetapi pada pandangan kami, dia tidak berideologikan komunis, dia hanya ahli PKMM dan API (Angkatan Pemuda Insaf," katanya. Mengenai laporan media bahawa Jamilah menafikan keluarganya diselamatkan oleh Mat Indera, Suhaizan berkata, "apa yang saya kata (dipetik Sinar Harian) adalah Mat Indera menyelamatkan Jamilah, bukannya menyelamatkan keluarga Jamilah." Jamilah dipetik berkata jika Mat Indera menghalang pihak komunis membunuh keluarganya ketika itu pasti ibu dan adik lelakinya tidak akan terkorban dalam serangan tersebut. Kata Suhaizan, Naib Yang Dipertua PAS Pulai Zaba Ibrahim telah bertemu dengan Jamilah pada Ahad lalu, dan turut mengakui bahawa Mat Indera yang menyelamatkannya. Ibu Jamilah dan adik lelakinya merupakan antara yang turut terbunuh dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950. Suhaizan juga berkata pihaknya akan menubuhkan sebuah sekretariat untuk mengkumpulkan maklumat dan bahan yang berkaitan. "Dengan sekretariat itu, mana-mana keluarga yang hendak menuntut ganti rugi daripada British atas kecuaiannya sehingga ramai kakitangan polis dan anggota keluarga mereka terbunuh, akan dibantu dan diuruskan," katanya. |
Forum 'Mat Indera - pejuang atau pengkhianat' Posted: 07 Sep 2011 03:33 AM PDT MALAYSIA KINI Sebuah forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan' akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor (KSCAH) malam ini. Forum anjuran NGO - Free Public Forum M'sia (FPF) - akan membariskan tiga ahli panel iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Prof Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan penulis blog, Hishammudin Rais. Dalam satu kanytaannya, FPF berkata ia merupakan sebuah badan NGO yang bergerak di sekitar ibukota bertujuan menyediakan pentas forum, diskusi, wacana dan sebagainya bagi membincangkan isu-isu yang berlaku dalam negara. "Pada kali ini, FPF akan menganjurkan satu lagi pentas forum berkaitan isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu berkaitan individu bernama Mat Indera dan peristiwa berkaitan tragedi Bukit Kepong 1950," katanya. Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. |
Rais: K'jaan teliti sentimen komunis di Internet Posted: 07 Sep 2011 03:24 AM PDT MALAYSIA KINI Kerajaan sentiasa meneliti perkembangan sentimen komunis di Internet, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim. Katanya, ketika ini, kebanyakannya digunapakai lebih kepada kepentingan perjuangan politik pembangkang. Ditanya sebab kerajaan membenarkan kisah perjuangan komunis disebarkan secara meluas di Internet, Rais berkata: "Negara kita bebas bersuara, tetapi jangan sampai pecah-belahkan masyarakat kerana kita ada undang-undang." Rais berkata demikian ketika diminta mengulas sidang akhbar PAS di Kuala Lumpur semalam yang menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung isu berkenaan, iaitu iaitu mereka menolak komunis. Penjelasan itu dibuat berikutan bantahan masyakarat, terutama bekas pejuang dan tentera, yang secara lantang mengutuk timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu kerana mendakwa kemerdekaan negara ini diperjuangkan oleh komunis. Rais mendakwa sokongan rakyat yang semakin rebah terhadap PAS ekoran kelancangan Mohamad Sabu, menyebabkan parti itu terpaksa mengalah dalam isu perjuangan kemerdekaan negara ini, yang menurut menteri berkenaan, sebenarnya dilakukan Umno. Rais berkata sesiapa sahaja di Malaysia, yang membayangkan sokongan terhadap komunis, tidak akan berjaya. "Rakyat masih ingat gara-gara komunis di zaman darurat dahulu, ribuan telah maut, ada yang patah kaki, dan ada yang hilang upaya," katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka beliau sempena Aidil Fitri di Jempol semalam. Beliau berkata keganasan komunis menimbulkan kesan yang amat buruk kepada negara, dan sesiapapun tidak sepatutnya cuba membangkitkan isu perjuangan mereka.- Bernama |
DAP mahu buka 'sekolah demokrasi' Posted: 07 Sep 2011 03:23 AM PDT Salhan K Ahmad DAP bakal menubuhkan satu "sekolah demokrasi" untuk meraih penyertaan lebih besar dari kalangan anak muda ke dalam kegiatan politik. Setiausaha politik kepada menteri besar Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata keperluan untuk menubuhkan sekolah itu timbul berdasarkan siri perbincangan yang dilakukan dalam bengkel anjuran DAP sebelum ini. "Daripada perbincangan ini, kita dapat tahu (golongan muda) ada minat mendalam dalam politk, mereka hendak tolong dalam perjuangan tapi perjuangan itu sendiri mereka tidak faham. "Sekarang lebih ramai yang terlibat dalam politik tapi mereka kemudiannya kecewa sebab kurang kefahaman politik. "Mereka kecewa bila mereka masuk politik dan fikir politik itu bukan seperti apa yang mereka harapkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Zairil berkata, program yang akan dijalankan oleh sekolah itu bertujuan untuk mendidik mengenai prinsip demokrasi dan asas politik. "Kita bukan mahu pupuk satu bentuk falsafah atau ideologi tertentu tapi hendak mengajar orang muda supaya lebih memahami macam mana bentuk politik di Malaysia, bagaimana kita capai struktur politik sekarang dan juga sejarah dan evolusi politik dalam sejarah Malaysia," katanya lagi. "Sebagai contoh, bila kita bercakap tentang sosialisme dari segi tunjang ideologi DAP – demokrasi sosial – dia tidak faham. "Dia fikir sosialis dan komunis adalah perkara sama, mereka kurang pemahaman dari konteks itu. Mereka tidak faham Marxisme, liberalisme, sosialisme. Mereka tidak ada pemahaman yang lengkap," katanya lagi. Ramai daripada golongan ini pula tidak mendapat pendikan formal dalam bidang politik dan hanya membentuk pandangan berdasarkan maklumat yang diperolehi di media, kata Zairil lagi. Tambahnya, lagi program berkenaan juga akan memberi kelebihan kepada DAP memandangkan kumpulan sasaran program tersebut merupakan anak muda urban di kawasan tradisional parti itu. "Kalau hendak sasar keluar daripada kawasan tradisional kita memang susah sikit. Tapi kita lihat demografi di Malaysia, tiga perempat merupakan anak muda bawah usia 40 tahun. Jadi untuk jangka panjang kita sasar orang muda," jelasnya. Bagaimanapun, Zairil berkata maklumat terperinci berhubung sekolah itu hanya akan dapat diputuskan menjelang akhir bulan ini. "Masih dalam perbincangan peringkat jawatankuasa lagi. Kita masih belum putuskan lagi sama ada hendak gerakkan melalui NGO, DAPSY (Pergerakan Pemuda Sosialis DAP) atau bagaimana. "Jika kita kata ia akan dijalankan oleh DAP mungkin tidak tepat. Sebabnya, katakanlah untuk pelajar universiti. Mereka tidak dapat sertai kerana sebab-sebab jelas (sekatan melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti)," katanya lagi. |
SPR: Mungkin silap penolong pendaftar Posted: 07 Sep 2011 03:13 AM PDT MALAYSIA KINI Menjawab dakwaan DAP bahawa ada pengundi yang didaftarkan berdasarkan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan penolong pendaftar supaya berhati-hati sewaktu menjalankan tugas.Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (bawah) berkata kesilapan tersebut kemungkinan kerana kesilapan pegawai tentera yang dilantik sebagai penolong pendaftar. Beliau mengulas dakwaan ketua Pemuda DAP Anthony Loke semalam bahawa sekurang-kurangnya 21 pengundi pos dikesan didaftarkan berdasarkan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera. Berita Harian hari ini melaporkan Wan Ahmad mengingatkan penolong pendaftar supaya "lebih serius dan berhati-hati" menyemak maklumat peribadi pemilih khususnya nama dan nombor kad pengenalan sebelum dikemukakan kepada SPR. Katanya, kesilapan merekodkan maklumat peribadi pemilih akan memberi kesan tidak baik kepada suruhanjaya tersebut, yang sering menjadi sasaran kritikan pembangkang. Penolong pendaftar dilantik oleh SPR untuk mendaftar pengundi baru disebabkan badan itu kekurangan tenaga kerja. Wan Ahmad menegaskan, sebagai badan yang bertanggungjawab, SPR sentiasa mengingatkan penolong pendaftar, termasuk yang dilantik oleh Kementerian Pertahanan, untuk memperhalusi senarai nama pemilih baru termasuk pengundi pos. Sambil mengakui bahawa daftar pemilih "tidak 100 peratus bersih", Wan Ahmad mengalu-alukan mana-mana parti politik membuat semakan kerana pihaknya tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik. "Kalau ada yang tidak kena dengan daftar pemilih, lapor kepada SPR dan kita akan pastikan 'pembersihan' akan dilakukan dengan segera," Wan Ahmad dipetik sebagai berkata. |
Gerakan: Jangan terlampau mengasak kami Posted: 07 Sep 2011 02:42 AM PDT MALAYSIA KINI Cadangan supaya calon Gerakan Melaka bertanding di bawah lambang parti itu sendiri, makin mendapat sokongan.Naib ketua Pemuda Gerakan pusat, David Ang hari ini turut menyokong cadangan yang dibuat oleh setiausaha agung parti itu, Teng Chang Yeow. Dalam satu kenyataan, Ang berkata, semua ahli Gerakan Melaka patut menyokong cadangan Teng supaya bertanding di bawah lambang itu parti itu sendiri dalam pilihan raya yang akan datang. Beliau berkata, ia tidak seharusnya terhad kepada Gerakan bahagian Bachang sahaja tetapi harus merangkumi "kesemua kawasan lain" di Melaka di mana parti itu merasakan calonnya mempunyai peluang untuk menang. Sambil mengingatkan pemimpin BN supaya jangan terlampau "mengasak Gerakan", Ang berkata, parti itu "akan melawan balik demi maruahnya". "Gerakan kini berusia 43 tahun dan kami sudah cukup matang dan berpengalaman untuk menentukan sendiri nasib dan halatuju kami. "Kami tidak perlukan Umno atau mana-mana pihak lain untuk memberitahu kami di mana kami perlu bertanding. "Kami akan buat keputusan di mana kita patut bertanding dan kami akan beritahu mereka bila tiba masanya," katanya Ang dalam kenyataan tersebut. Ang menjawab kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa BN Melaka akan meletakkan 'calon yang boleh menang' sama ada dari Umno atau MCA - bagi menggantikan Gerakan - di DUN Bachang dalam pilihan raya umum akan datang. Gerakan bertanding kerusi tersebut sejak 1995, tetapi calonnya, Wendy Ngo Kim Hwa tewas kepada Lim Jak Wong dari DAP dalam pilihan raya umum 2008. Mohd Ali yang juga ketua menteri Melaka, dilaporkan berkata BN memerlukan calon yang boleh menjamin kemenangan di Bachang dan jika Gerakan tidak mempunyai calon sedemikian, maka adalah lebih baik calon Umno yang bertanding di DUN tersebut. |
Adik: Mat Indera bukan anggota PKM Posted: 07 Sep 2011 02:33 AM PDT Jimadie Shah Othman Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera juga bukan anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya. Baharum Shah, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini. "Tidak. Itu peristiwa tahun 1948. Beliau (Mat Indera) komited pada perjuangan membebaskan negara ini," kata Johan ketika ditanya sama ada abangnya mengganggotai mana-mana platun PKM. Justeru, tampil dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Johan mahukan pihak kerajaan dan ahli akademik membuat kajian dan membersihkan nama abangnya. "Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan perlu dikaji semula. "Saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat. Ditanya kenapa baru tampil untuk tujuan itu setelah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, Baharum berkata, beliau pernah menyuarakannya melalui kajian sendiri dan penulisan tetapi tidak mendapat perhatian. Katanya, sekitar tahun 1970-an, beberapa siri rencananya berhubung perkara itu disiarkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia. "Saya pergi ke arkib negara untuk buat kajian dan tulis tentangnya," katanya yang sebelum itu memulakan sidang media dengan mengajak pemberita menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah abangnya yang dikatakan kuat beragama. Rangkaian komunis Bagaimanapun, menurut pesara tentera itu, rekod tersebut tidak lagi disimpannya kerana hilang semasa berpindah rumah. Baharum kini tinggal berdekatan Cheras, Kuala Lumpur. Sementara itu, Suhaizan berkata, setelah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dianggotai Mat Indera diharamkan dan beliau sekali gus dikehendaki British, Mat Indera tiada pilihan selain menyertai gerakan gerila dalam hutan. "Sama ada beliau bekerjasama dengan komunis atau tidak, itu kena ada kajian. Sama ada beliau alat PKR atau memperalatkan PKM (untuk menuntut kemerdekaan). Sebab itu kajian perlu dibuat. "Dan adakah menggunakan PKM untuk menuntut kemerdekaan menjadi satu kesalahan?" kata anak kelahiran Johor itu. Malah, kata Suhaizan, selain Umno yang berhaluan kanan, semua pertubuhan lain ketika itu diharamkan British. Beliau berkata, dengan keadaan komunikasi terhad pada masa itu, Mat Indera juga sudah pasti tidak tahu kaitan antara PKM dengan rangkaian komunis antarabangsa. "Yang dia tahu, di depannya ada sekelompok orang yang mahukan kemerdekaan," kata Suhaizan yang diberi kepercayaan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi berdebat berhubung perkara itu dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. |
DAP Perak 'Pertikai' Sikap UMNO, Kutuk Mat Sabu Tapi Mereka 'Kawan' Dengan Parti Komunis China Posted: 07 Sep 2011 01:39 AM PDT PAHANG DAILY IPOH - Parti DAP Perak menganggap UMNO sebagai 'meludah ke langit' apabila mendedahkan perjanjian kerjasama antara parti Melayu itu dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010. "Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa Komunis Parti Comunist Malaya (PCM), Parti Komunis Cina. Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan. Pemimpin Umno sebelum ini termasuk Presidennya yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kononnya mendewakan fahaman Komunis dengan menyifatkan tentera Komunis yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya. Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown, 21 Ogos lalu berkata tentera Parti Komunis Malaya sepatutnya diiktiraf sebagai pejuang merdeka berikutan mereka menentang penjajah yang sebenar di tanah Melayu, iaitu British. Namun jasa mereka dipadamkan dari sejarah kemerdekaan negara dan dituduh sebagai pengganas. Umum mengetahui Parti Komunis Malaya (PKM) adalah jaringan kepada Parti Komunis China. Justeru, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (foto) menganggap UMNO tidak layak untuk mengecam pemimpin Pakatan Rakyat berikutan parti perkauman itu secara jelas menjalinkan kerjasama dengan parti Komunis China. "Bak kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri. Inilah akibat melakukan dosa fitnah," katanya menerusi kenyataan medianya. Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, menambah hubungan Parti Komunis China dengan UMNO sangat erat ekoran parti itu sering dijemput menjadi tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). "Adalah jelas Parti Komunis Cina sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC, KL. Apa nak dikata lagi sekarang?," kata Nga Kor Ming lagi. [Ini sesuatu yang sungguh memalukan sebenarnya. UMNO kini kononnya mengatakan mereka benci komunis malah membuah tuduhan yang melulu terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu namun dalam diam-diam mereka rupanya menjalinkan persahabatan dengan komunis. Bukti jelas UMNO telah menandatangani MOU dengan Parti Komunis China ini menyerlahkan lagi bahawa UMNO "cakap tak serupa bikin". Di depan mereka kutuk Mat Sabu dan hentam Komunis, tetapi di belakang mereka jalinkan kerjasamam. Bukankaah ini sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku. Malah, mereka juga turut mengundang Parti Komunis China hadir dalam Persidangan Agong UMNO ketika itu sebagai pemerhati. Apakah UMNO ikhlas benci komunis, atau kini mereka sudah terperangkap dengan permainan "fakta sejarah". Oleh itu UMNO usah berlakon di depan rakyat]. |
Komunis tak kalah, kerajaan beri RM8000 kepada pengganas Posted: 07 Sep 2011 01:34 AM PDT Oleh: amkns Tarikh 2 Disember 1989 harus diingat oleh semua rakyat Malaysia. Ini ialah tarikh dimana komunis membuat perjanjian dengan kerajaan Malaysia. Komunis tidak menyerah kalah atau dikalahkan, mereka hanya melupuskan senjata mereka dan menghentikan aktiviti militan. Komunis diberi pilihan untuk menetap di Malaysia dengan diberi wang sebanyak RM 8,000.00 seorang serta wang saraan hidup sebanyak RM 300.00. Adakah manafaat, tawaran serta ganjaran lain diberikan kepada komunis selepas 2 Disember 1989?
PELAKSANAAN PERJANJIAN HAADYAI Selepas perjanjian tersebut dimeterai : Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru. Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rundingan_Damai_Haadyai_1989 When the Communist bloc in Europe collapsed in the late 1980s, the MCP had accepted the fact that they did not have any chance to form a communist government in Malaya. After a series of negotiations between the Malaysian Government and the MCP, with the Thai Government as the mediator, the MCP finally agreed to sign a Peace Accord in Haadyai, Thailand on the 2 December 1989. The peace accord did not require the MCP to surrender; it only required that the MCP cease their militant activities. With the signing of the Haadyai Peace Accord, the MCP agreed to disband their armed units and destroy all of their weapons. They also 'pledged their loyalty' to His Majesty the Yang di Pertuan Agong of Malaysia. This date marked the end of the MCP insurgency in Malaysia. At the end of the peace accord, it was estimated that there were about 1,188 MCP members still on the active list. Some of them chose to return to their states in Malaysia and the rest selected to stay in a "Peace Village" at the Thai border. The Malaysian Government had paid them all some compensation money. First RM 3,000 was paid on their immediate return, and another RM 5,000 was paid three years after their return. |
(57) LATAR BELAKANG MAT INDERA (PERISTIWA BUKIT KEPONG) Posted: 07 Sep 2011 01:28 AM PDT Oleh al_madd Mat Indera lahir dalam sebuah keluarga miskin di Muar, Johor dan mempunyai tiga orang adik beradik. Kerana kemiskinan, beliau hanya dapat bersekolah Melayu beberapa tahun sahaja dan kemudian meneruskan pelajarannya ke sekolah agama. Berkat kemajuannya dalam belajar dan atas perhatian guru besarnya, beliau dapat menjadi guru agama untuk sementara waktu. Sebagai seorang guru yang baik, pengaruhnya dengan cepat tersebar luas di kalangan pelajar-pelajar dan orang ramai di Muar serta daerah sekitarnya. Pemimpin Buruh Pada tahun 1945, setelah tamat Perang Dunia Kedua, Mat Indera bekerja sebagai buruh lembaga pelabuhan Muar. Kerana keberanian dan kebolehannya menyatukan kaum buruh dan memimpin perjuangan, beliau telah dilantik sebagai ketua kesatuan buruh pelabuhan serta melancarkan berbagai bentuk perjuangan untuk membela kepentingan kaum buruh. Seiring dengan menggeloranya perjuangan kemerdekaan selepas Perang Dunia kedua yang dipelopori oleh PKM, PKMM, Kawan Mat Indera menyertai PKMM dan menjadi salah seorang pemimpin API di Johor. Dalam masa yang sama, beliau juga menjadi anggota PKM. Setelah API diharamkan, beliau secara otomatik memimpin PETA. Semangat perjuangan yang tinggi telah mendorongnya bekerja keras, di samping menjadi buruh untuk mendapatkan nafkah sara hidup juga aktif dalam gerakan kemerdekaan. Pada waktu siang, beliau mengembangkan pekerjaan di kalangan buruh dan lain-lain lapisan masyarakat yang progresif serta membakar semangat mereka untuk melawan penjajah demi kemerdekaan tanah air. Pada waktu malam pula, beliau bersama rombongannya menjelajah ke kampung-kampung mengumpulkan orang ramai mengadakan rapat-rapat umum dan berpidato untuk membangkitkan semangat orang rami. Orang ramai sangat tertarik pada pidatonya serta memberikan sokongan yang hangat kepadanya. Di sinilah beliau mencipta nama yang harum di kalangan massa rakyat di Muar dan kawasan sekitarnya. Dalam perjuangan yang besar ini, Mat Indera bukan saja menjadi seorang guru agama yang tinggi prestijnya, juga seorang pemimpin buruh yang ulung. Pernah berlaku peristiwa kaum buruh pelabuhan Muar mengemukakan tuntutan kenaikan upah dan berbaikan layanan kerja kepada pihak majikan. Akan tetapi, pihak majikan yang hanya tahu mengeruk untuk itu telah menolak tuntutan menasabah mereka. Kaum buruh sangat marah lalu mengadakan pemogokan besar-besaran menuntut kenaikan upah dan perbaikan syarat kerja. Pihak majikan telah menekan pemogokan itu dengan memerintahkan polis menyerbu pemogokan dan menangkap Kawan Mat Indera dan menghumbannya ke penjara. Akan tetapi kawan Mat Indera teguh bagaikan waja. Di dalam penjara, beliau menyerukan kaum buruh meneruskan perjuangan hingga majikan menerima tuntutan mereka. Beliau berkata: "Saudara-saudara jangan takut, biar kita semua masuk penjara taka apa. Kita mesti bersatu padu, kemenangan pasti milik kita!" Pemenjaraan beliau selama beberapa bulan itu semakin membajai tekad juangnya. Dengan meremehkan polis penjajah, beliau sentiasa memberi penerangan dan pendidikan kepada rakan-rakan sepenjara dan mendapat sambutan yang baik dari mereka. Walaupun beratus-ratus buruh pelabuhan hendak menjaminnya supaya dia keluar dari penjara, tapi sebagai membantah kepada pemenjaraannya yang tidak adil itu beliau menasihati kaum buruh agar tidak perlu berbuat demikian. Sebaliknya beliau mengobarkan semangat para buruh supaya meneruskan perjuangan dengan gigih lagi di luar sementara beliau berjuang dari dalam penjara. Abdullah C.D. yang bertanggungjawab langsung memimpin PKMM dan Jabatan Kerja Melayu PKM di Johor menulis dalam memoirnya: "Muar juga satu kawasan yang kuat gerakan kemerdekaannya dan luas organisasi pasukan bersenjatanya. Di Muar ada pejabat cawangan PKMM. Istimewanya pejabat ini menjadi pejabat untuk organisasi patriotik-demokratik yang lain seperti JKM, API/PETA, AWAS dan juga kesatuan buruh di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih." "Selain itu, di Muar juga ada cawangan Balai Pustaka. Walaupun ia lebih kecil berbandingkan Balai Pustaka di Kuala Lumpur, tetapi menyediakan banyak buku progresif serta menerbitkan akhbar. Balai Pustaka ini dipimpin langsung oleh ahli Jawatankuasa Pusat Jabatan Kerja Melayu Samsuddin Salleh." Yang dimaksudkan pejabat PKMM itu ialah pejabat buruh pelabuhan Muar di bawah pimpinan Mat Indera.Pejabat itu tidak setakat pejabat kesatuan buruh sahaja, malah menjadi pusat gerakan kemerdekaan di mana berbagai oraganisasi seperti Kesatuan Buruh, PKMM, Jabatan Kerja Melayu dan API/PETA. Setelah terbentuknya PMFTU, pejabat tersebut menjadi pejabat PMTU bahagian Muar pula. Salah Seorang Pemimpin Rejimen Ke-10 20 Jun 1948, Kaum penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh negara. Seruan revolusi bergema di serata tempat. Kawan Mat Indera tampil ke depan memimpin belasan pemuda revolusioner memasuki Tentera Pembebasan Nasional Malaya, mengibarkan panji perjuangan bersenjata dan mengisytiharkan perang terhadap penjajah British. Tak lama kemudian beliau telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Wilayah Bahagian Johor Jabatan Kerja Melayu serta menjadi salah seorang pemimpin Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Di dalam pasukan bersenjata, beliau bekerja kencang siang dan malam mencurahkan segenap tenaga bagi pembangunan pasukan, memperkukuh dan memperluas kawasan basis dan daerah gerila di negeri Johor. Beliau mesra dengan para perajurit dan amat di kasihi perajurit amat menghormatinya. Beliau dapat menyelami isi hati kawan-kawan dan sentiasa bertukar-tukar fikiran dengan kawan-kawan secara dari hati ke hati. Sebagai seorang kader, beliau dengan tegas mempertahankan langgam hidup sederhana dan berjuang keras, memperlakukan perajurit secara sama derajat. Dengan semangat persaudaraan sekelas yang tebal mendalam beliau menyimpan kesusahan bagi diri sendiri dan memberikan kemudahan kepada orang lain. Pernah terjadi peristiwa beliau tidur bertemankan kesejukan dalam hutan belantara yang tebal kerana selimutnya diberikan kepada kawan yang sakit. Kawan Mat Indera mempunyai semangat gagah berani, kecekapan dan ketangkasan. Pada bulan Oktober 1948, beliau telah memandu satu regu perajurit menyerang hendap sebuah jeep yang membawa seorang manger orang putih bersama 5 orang askar di sebuah estet getah di batu 6, Jalan Muar – Air Hitam, Johoar. Semua musuh dalam jeep itu telah ditewaskan, 4 orang terbunuh termasuk manager Briitsh manakala 2 lagi luka-luka. Mereka berjaya merampas 4 laras senapang dan sejumlah alat perlengkapan militer Pertempuran menyerang balai polis Bukit Kepung daerah Muar pada 23 Februari 1950 telah lebih meninggikan prestij Mat Indera dan pasukan gerila di kalangan massa revolusioner. Pertempuran meletus pada waktu subuh dan berlangsung dengan sengitnya selama beberapa jam. Dengan mengobarkan kekuatan tembakan kita, kawan-kawan berjaya memberikan pukulan hebat ke atas musuh dan menembak mati sejumlah mereka. Untuk memberi peluang polis-polis itu hidup, Mat Indera memerintahkan mereka menyerah diri, buang senapang tak mati. Akan tetapi polis-polis itu tetap berdegil dan meneruskan perlawanan. Kita tak dapat tidak terus menekan musuh dengan tembakan gencar dan lontaran bom tangan sehingga akhirnya balai polis itu terbakar dan seluruh musuh dibasmi. Pada hari itu juga Mat Indera mengadakan rapat umum besar-besaran di pekan itu. Di tengah-tengah sorak sorai massa rakyat, Kawan Mat Indera telah berpidato dengan berapi-api menyampaikan berita kemenangan kepada mereka. Orang ramai yang terberangsang dengan pertempuran itu telah memberikan derma wang serta bahan-bahan makanan dan alat perlengkapan dalam jumlah yang besar sehingga tak habis dipunggah oleh kawan-kawan Kawan Mat Indera juga seorang kader penyusun massa yang sangat efektif. Pengaruh beliau yang sudahpun tersebar di berbagai daerah negeri Johor sebagai hasil perjuangan beliau pada masa aman dahulu. Pasukan kerja bersenjata pimpinan beliau yang penyusun massa di berbagai kawasan terutamanya di Muar membawa ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat, telah memperoleh hasil-hasil yang menonjol. Beliau telah berusaha menaburkan benih-benih revolusi di merata kampung dan memperluaskan pengaruh serta tapak organisasi di kalangan massa pekerja khasnya kaum tani Hubungan beliau dengan massa bagaikan isi dengan kuku. Beliau sangat mengambil berat kehidupan massa di segala bidang. Massa rakyat yang luas pula menyambutnya seperti putera terbaik kesayangan mereka sendiri. Mereka lebih-lebih lagi gembira kerana mempunyai tentera mereka sendiri dan Kawan Mat Indera yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin bagi mereka di waktu aman dahulu kini muncul pula di tengah-tengah mereka sebagai seorang komander Tentera Pembebasan. Banyak kampung telah disusun dan menjadi basis untuk menyokong perjuangan bersenjata. Pasukan bela diri rakyat telah didirikan di berbagai tempat untuk mempertahankan kampung halaman dan menjaga keamanan. Banyak perajurit baru telah dikutip. Massa rakyat berbondong-bondong menghantar perbekalan dan alat-alat kelangkapan kepada pasukan serta menyerahkan putera puteri tersayang mereka menyertai pasukan. Dengan demikian terbentuklah satu jaringan luas kawasan pedesaan pantai barat negeri Johor sebagai pangkalan Tentera Pembebasan. Kerana pengaruh yang tinggi di kalangan orang ramai, maka terciptalah beberapa dongeng yang menganggap beliau sebagai "keramat", "boleh menghilangkan diri dan boleh muncul dengan tiba-tiba", "kebal tak lut dek peluru", dan lain-lain. Askar-askar upahan penjajah pula gementar ketakutan bila mendengar nama dan kehandalannya. Mereka mengatakan hanya "peluru emas" saja dapat melukai Kawan Mat Indera. Mat Indera amat disayangi oleh massa revolusioner yang cintakan kemerdekaan ibu pertiwi tetapi amat dibenci oleh kaum penjajah British. Oleh itu kaum penjajah telah menawarkan hadiah 25,000 ringgit jika dapat menangkap hidup-hidup Mat Indera dan 10,000 ringgit jika dapat ditangkap Mat Indera bersama rakan guru agama kerajaan Johor. Tahun 1951, ketika Mat Indera dan sejumlah kawan Melayu bergerak di Batu 6 Jalan Air Hitam, seorang hantu penjajah yang diseludupkan di kalangan orang ramai menjalankan tipu daya memberikan makanan beracun kepada Mat Indera. Mat Indera pengsan kerana keracunan. Mengambil peluang inilah penjajah telah menangkap Mat Indera dan mengenakan hukuman gantung sampai mati ke atasnya. Mengetahui Mat Indera tertangkap, massa rakyat mengutuk keras kebiadaban penjajah British. Ratusan massa datang ke penjara menyampaikan rasa hormat mereka kepada Mat Indera serta menghadiahkan makanan sebagai menyatakan simpati dan hiburan yang mendalam. Di penjara, penjajah British menggunakan berbagai siasat baik keras mahupun lembut, baik penyeksaan mahupun pujuk rayu dan tipu muslihat. Akan tetapi, semua tipu muslihat penjajah itu tidak dapat melunturkan tekad teguh Mat Indera. Kerana habis segala cara, penjajah British cuba membawa Mat Indera ke mahkamah terbuka. Akan tetapi beratus-ratus massa rakyat dari berbagai tempat dan lapisan datang beramai-ramai untuk menyatakan sokongan tegas mereka kepada Mat Indera serta mengutuk kezaliman penjajah. Mereka menyerahkan surat bantahan menuntut beliau segera dibebaskan tanpa syarat. Mat Indera seorang pahlawan kemegahan bangsa Melayu yang telah menyumbangkan seluruh jiwa raganya untuk kemerdekaan nusa, bangsa dan agama. Dipetik dari Memoir Abdullah C.D. bahagian pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, SIRD 2005"
|
‘Tidak benar saya diserang sakit jantung’ -MB Posted: 07 Sep 2011 01:26 AM PDT Oleh al_madd Ramai kalangan rakyat yang risaukan tahap kesihatan Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sejak beliau menerima rawatan selama dua minggu di Institut Jantung Negara (IJN). Bagi memuaskan hati semua pihak yang bertanya, Menteri Besar itu menegaskan status kesihatannya berada dalam keadaan stabil dan memuaskan. Menurutnya, sejak keluar dari IJN beliau sudah menjalankan tugas termasuklah mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco dan menghadiri beberapa majlis. "Saya bersyukur masih lagi sihat dapat menjalankan tugas dan memberi khidmat kepada negeri Kedah. Dan hari ini kali ke tiga keluar berjumpa orang ramai. Pertama Jumaat lepas melawat jenazah, semalam di rumah saya Sungai Limau, ribuan rakyat datang. Hari ini di kediaman rasmi MB anjuran kerajaan negeri mengadakan jamuan hari raya," katanya kepada media di Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman di Seri Mentaloon. Tempoh hari beliau dimasukkan ke IJN selama dua minggu bagi menerima rawatan dan pemeriksaan penuh termasuklah darah, jantung dan buah pinggang. "Saya nak buat pembetulan. Saya di IJN bukan sakit jantung. Regular medical checkup, empat bulan kena buat pemeriksaan doktor, air kencing, tekanan jantung. Hari itu macam biasa. Hari Khamis saya sambut Dato' Najib di airport Kepala Batas Perdana Menteri Malaysia lawat Kedah. Esoknya saya pi IJN ikut tarikh perjanjian lama. Appointment dah buat lama. Masa tu dia cek darah, penat sikit maka dia buat pemeriksaan semua. Dapatlah dua perkara atasi segera. Tak ada serangan jantung. Dia nasihat saya banyak rehat dan kurangkan gula dalam makanan," katanya menafikan laporan akhbar yang beliau terkena serangan jantung. Beliau juga memberitahu pernah menjalani pembedahan 'bypass' lima saluran pada tahun 2005 dan selepas itu kesihatannya bertambah baik sehingga berjaya menawan Kedah dalam pilihanraya tahun 2008. "Tapi berita saya diserang jantung adalah tak betul. Yang sekarang saya yang serang jantung. Jantung lembu makanan masa raya," guraunya kepada media. |
Ramai pemimpin akar umbi Melayu bakal sertai DAP Posted: 07 Sep 2011 01:16 AM PDT KUALA LUMPUR – DAP yakin akan dapat menarik ramai tokoh dan pemimpin akar umbi dari kalangan orang Melayu termasuk para blogger untuk menyertai parti. Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata pengumuman mengenai penyertaan beberapa pakar akademik dan blogger akan dibuat tidak lama lagi. "Sudah ada perbincangan awal dan mereka juga sudah menunjukkan perkembangan positif untuk menyertai DAP. Kami berharap kemasukan mereka akan memberi semangat untuk lebih ramai menyertai DAP," katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider. Beliau menjelaskan bahawa bukan DAP sahaja yang aktif menarik penyertaan kaum Melayu, malah orang Melayu dan Bumiputera sendiri melahirkan hasrat untuk menyertai DAP yang telah berusia 45 tahun itu. "Kami mengundang mereka yang boleh memberi tenaga kepada perkembanagn DAP daripada kalangan orang Melayu, dan di Sarawak Dayak… ini merupakan dua etnik khusus, yang DAP beri perhatian buat masa sekarang," katanya lagi dalam wawancara itu. Loke gembira kerana walau pun musuh politik terutamanya UMNO dan kumpulan-kumpulan perkauman telah menuduh DAP sebagai parti kaum Cina, parti cauvinis dan komunis, ia tidak menghalang orang Melayu dan Bumiputera yang mengetahui keadaan sebenar untuk menyertai DAP. "Kami sentiasa berjuang sebagai sebuah parti rakyat Malaysia… perkara ini sudah mula disedari oleh orang Melayu sendiri. "Saya fikir bahawa sudah sampai masanya, DAP, kita berharap yang ini akan menjadi satu usaha berterusan terutama dengan kemasukan golongan cendekiawan Melayu… masuk ke dalam DAP, kami berharap proses ini akan menguatkan, dan memberi satu suntikan baru ke dalam DAP," katanya. Bulan lalu, tokoh akademik dan pakar sejarah budaya orang Melayu, Prof Dr Ariffin Omar telah menyertai DAP. – Roketkini. |
Posted: 07 Sep 2011 01:11 AM PDT SINAR HARIAN Penemuan itu disedari Ali Baharom, 60, bersama isterinya, Saini Abd Rahman, 54, ketika mereka sedang menebas semak samun yang terdapat di kawasan menempatkan ladang getah untuk menoreh. "Sambil berjalan memang saya dan isteri akan menebas semak samun yang ada bagi memudahkan laluan, tetapi secara kebetulan sebaik menghayunkan parang saya terpandang batu nisan yang diperbuat daripada batu yang diukir dan sudah dinaiki lumut," katanya. Menurutnya, dia yang mula menoreh di kawasan itu sejak kira-kira setahun lalu mendapati, terdapat batu nisan yang sudah patah dan tenggelam akibat mendapan tanah selain tersorok di sebalik pokok hutan dan semak samun. Katanya lagi, jarak penemuan tanah perkuburan itu kira-kira 7.5 kilometer dari pekan Kuala Sungai Baru, yang kini tidak terdapat keluarga Islam tinggal di sekitarnya, malah penemuan itu dilihat dalam satu kawasan yang luas dan tidak dihuni sesiapa. "Ada batu nisan yang tidak ditemui di kuburnya, ini belum termasuk kubur yang sudah terbenam dalam tanah dan dipijak sesiapa yang masuk ke hutan ini. "Saya merasakan dahulunya kawasan ini menempatkan satu perkampungan besar orang Melayu dan hingga kini kawasan kubur yang ditemui ini sudah menjadi ladang sawit dan pokok-pokok getah. Malahan menjadi habitat binatang berbisa," katanya. Ekoran penemuan yang dijangkakan tersimpan lebih banyak kubur di dalam kawasan itu, dia dan isterinya berharap ada pihak :mengambil tindakan membersihkan kawasan sekitarnya sekali gus dapat mengetahui lebih jelas status tanah perkuburan itu. "Saya berharap ada pihak yang dapat turun padang kerana orang ramai pasti ingin tahu usia sebenar tanah perkuburan Islam itu serta kisah yang tersimpan di kawasan ini sejak sekian lama," katanya. |
Khabar baru bertiup kencang dalam Umno Posted: 06 Sep 2011 04:15 PM PDT Iskandar Dzulkarnain, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Kita tidak perlu menunggu lama sebelum menyaksikan satu perubahan besar dalam arus politik yang bakal melanda Negara kita.Politik dalam UMNo semakin memuncak, seolah menjangkakan pemergian perdana Menteri Najib Razak, ramai yang di dalam UMNO menjangkakan demikian. Orang yang seterusnya bakal mengantikannya,tak lain tak bukan timbalannya Muhyiddin Yassin. Semua mata tertupu kepada beliau, samada beliau akan berjaya mengubah UMNO yang mana gagal di tangani oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya. Rumah terbuka hariraya Muhyddin perlu didberi perhatian. Jumlah kehadiran yang mencapai satu rekod mengesahkan banyak pendapat bahawa beliau semakin berjaya meraih sokongan, yang makin merosot bagi ketuanya. Pemilihan UMNO kemudian pilihanraya umum? Bagi para pemerhati politik, adalah perlu di beri perhatian bahawa antara yang menunggu giliran menjadi TPM ialah President MC Chua Soi Lek, anaknya Timbalan menteri pertanian dan asas tani Chua Tee Yong dan lain-lain pemimpin BN tempatan. Ada spekulasi yang cukup kuat berkenaan perlarasan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Muhyddin ,tetapi juga di kalangan parti-parti komponen BN yang lain. Terdapat juga khabar yang Muhyddin mungkin mengambil alih sebelum pilihanraya umum akan datang.Jika hal tersebut berlaku, ia mungkin bermakna penangguhan tarikh pilihanraya ke tarikh akan datang di suku terakhir 2012, manakala pemilihan UMNO dijangka di bawa ke hadapan ke awal tahun hadapan. Pada ketika ini, hal ini kelihatan mustahil tetapi melihat dari keadaan dalaman UMNO, tidak mustahil dan mungkin tercapai bagi membolehkan mereka-mereka yang berkenaan berpuas hati dan berdiam diri sebelum pilihanraya umum ke 13. Sesetengah pengkritik berkata perlaihan kuasa dalam UMNO sebelum pilihanray umum ke13 ibarat membunuh diri, tetapi hal ini tidak dipersetujui oleh pemerhati UMNO. "Tidak semestinya, kerana UMNO hari ini hanya menjaga UMNO. Mereka sedar MC dan MIC sudah tiada harapan.Apa yang mereka mahu pastikan ialah perpaduan melayu antara 3 juta ahli dan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh. Dengan cara itu, mereke boleh mempertahankan kerusi yang sedia ada dan mungkin boleh merebut dari PAS, yang mana kita dapat lihat mereka asyik menyerang Mat Sabu tanpa henti dan menuduh Pas sebagai komunis." Seorang pemerhati UMNO veteran memberitahu Malaysia Chronicle. Muhyiddin pow-wow dan William Bourdon Ada ura-ura mengatakan najib mungkin terpaksa membuat pelan peralihan kepada timblannya menjelang pemilihan tertinggi bulan Disember ini.Ini lah yang paling minimum untuk najib dilepaskan, tetapi Muhyddin jelasnya ingin mengukuhkan kuasanya sebelum tarikh pilihanraya umum ke 23 diumumkan Menurut pihak dalaman parti,salah satu sebab ialah untuk menghalang pertelingkahan sengit dari penyokong najib yang mungkin rasa tidak puas hati jika beliau terpaksa mengundur diri sebelum beliau melengkapkan satu penggal. Najib,58 tahun telah di kritik hebat akhir-akhir ini dan semakin jelas kebanyakan dari masalah yang dihadapinya berpunca dari rakan-rakan dalam partinya, yang sangat arif tentang kelemahan pucuk pimpinannya terutama semasa rally bersih 9 Julai lepas. Malahan terdapat berita dalam UMNo yang mengatakan Muhyddin yang merancang mesyuarat UMNO memaksa Najib memendekkan percutian nya ke Italy yang dirancang selepas lawatannya ke Vatican. Rancangan Muhydin juga kebetulan dengan seminar 3 siri William Bourdon,seorang peguam Perancis yang dijadualkan memberi makluman kepada kumpulan rakyat prihatin berkenaan penglibatan najib dalam pembelian kapalselam scorpene yang bernilai RM7 juta.Najib dituduh menambil komisen dan imbuhan dari penjual DCN dan bulan satu yang mengejutkan bila Bourdon telah disuir beberapa jam sebelum menghadiri majlis makan malam serta siding media. Bagi kebanyakan mereka dalam masyarakat melayu, najib telah menjadi sejarah dan Muhyddin ialah tokoh baru. Walaubagaimana pun,ramai percaya beliau akan Berjaya mengambil alih tampuk presiden UMNo dari najib tapi tidak menjadi Perdana Menteri kerana pilihanraya umum mungkin dimenangi oleh pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim. "Saya melihat Muhyddin mampu mengambil alih pucuk pimpinan UMNo. Saya rasa ianya telah berlaku. Teteapi untuk menjadi PM Malaysia, beliau perlu bersaing dengan hebat dan inilah sebab kita perlu beri perhatian dan sentiasa berusaha kea rah reformasi pemilihan." Kata Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle. Presiden UMNO tapi mungkin bukan Perdana Menteri Pada usia 64 tahun,Muhyddin harus cergas dan segera untuk mencapai cita-citanya ke puncak pimpinan sebelum bersara.Seorang yang berusaha,latarbelakang nya jauh berbeza dengan Najib. Beberapa persoalan berkenaan nya termasuklah bagaimana beliau akan meletakkan keadaan seperti sediakala dan meredakan UMNo sebelum pilihanraya ke13? Adakah beliau akan mendapat restu masyarakat? Adakah beliau akan berjaya membaiki keadaan ekonomi dan menjalankan satu pentadbiran yang adil dan saksama? Bolehkan beliau menstabilkan keadaan Negara dalam hal perkauman dan pertelingkahan agama? Persoalan2 ini adalah adil terutama nya bila mengambil kira komen beliau, 'Malay First, Malaysian next' yang mana ramai percaya beliau tidak layak menjadi PM dimata pengundi bukan melayu. Bagaimanapun,memandangkan pengundi melayu adalah jumlah yang terbesar dinegara in dan dengan bantuan dari sabah & Sarawak, penyokong Muhyddin yakin beliau akan Berjaya dengan majority walaupun mereka berhasrat untuk dua pertiga dari 222 kerusi dalam parlimen Malaysia. "Sekurang-kurangnya masih ada rah untuk UMNO,yang sekarang tidak wujud lagi dibwah najib. Berkenaan ekonomi, agak sukar untuk pemimpin lain berbuat sesuatu yang lebih buruk dari Najib, dan bagi kaum bukan melayu, Muhyiddin pasti tahu bagaimana nak menarik mereka semula apabila beliau memegang kuasa kelak. Bagi beliau, yang penting ialah beliau membuktikan kepada UMNO beliau ialah seorang yang berjuang,berbanding Najib yang kelihatan lemah dan hanya berminat berbelanja dengan lawatan luarnegara untuk diri sendiri, isteri dan kroni-kroni nya," seorang penyokong Muhyddin memberitahu Malaysia Chronicle. Pesaingan tidak sihat telah mengambil alih UMNO,parti dalam keadaan terumbang ambing Muhyddin berasal dari Johor.beliau menceburi politik dalam tahun 70an, sebelum dipilih sebagai MP Pagoh dalam tahun 1978. Beliau meningkat ke peringkat tinggi dalam UMNO Johor dengan menjadi Ketua UMNO Johor,menjadi Menteri besar dari 1986-1995.beliau dilantik ke cabinet sebgai Menteri belia dan Sukan dan kemudian menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.Muhyddin juga menjadi Naib presiden pada tahun 200 dan menteri Pertanian (2004-2008) dan kemudian menteri perdagangan antarabangsa dan industry (2008-2000). Dalam tahun 2008, beliau bertanding dan menang timbalan presiden UMNo dan dilantik Timbalan perdana Menteri dan menteri pendidikan oleh PM Najib razak pada 2009, dengan sokongan dari bekas PM Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, beliau berhajat kepada kerusi tertinggi dalam UMNO. Sebagai menteri pendidikan,Muhyddin menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantara untuk sins dan matematik di sekolah, satu langkah yang menggembirakan segolongan orang melayu tetapi ditentang oleh ibubapa dan tokoh pendidik.sekiranya sudah berada di kerusi tertinggi, beliau perlu belajar skill baru secepat mungkin-samada sebagai Perdana Menteri atau pemimpin pembangkang. "Selama ini ,semua Perdana Mneteri adalah dari UMNo dan mereka bukan jurucakap bagi pihak diri sendiri atau Negara.Seperti juga Najib,muhyddin perlu melapur kepada UMNO dan beliau harus menyempurnakan kehendak parti. Pendapat parti didahulukan,dan beliau hanyalah menjadi suara parti," kata Jui Meng. "Jika beliau bertindak tidak mengikut kehendak parti, karier politiknya akan hancur.parti meletakkan beliau di posisi tinggi dan parti juga yang boleh menjatuhkannya jika beliau tidak menunggu giliran,seperti Najib.dan inilah sebab UMNO perlu perubahan.Pesaingan tidak sihat telah menjadi tiak terkawal dan menjadi barah yang memakan dan memusnahkan parti." |
Suhaizan minta MB Johor tegur tindakan "ala penjajah" pemimpin UMNO Posted: 06 Sep 2011 04:07 PM PDT Pada 4 September 2011 (Ahad), saya telah memohon Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Pulai, Johor - Zaba Bin Ibrahim untuk berjumpa Puan Jamilah binti Abu Bakar, mangsa Peristiwa Bukit Kepong di rumahnya di Skudai Kanan. Dalam pertemuan tersebut dia (Zaba) telah mendapat persetujuan untuk mengadakan pertemuan dengan Puan Jamilah pada 5 September 2011 dengan disertai bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohammad bin Sabu sebaik sahaja sidang akhbar di Johor Bahru. Zaba juga telah mendapat pengesahan dari Puan Jamilah bahawa Mat Indera telah menghalang pihak pemberontak membunuhnya semasa peritiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang lalu. 1. Untuk mengeratkan silaturahim sempena bulan Syawal yang mulia Setibanya saya di lorong masuk rumah Puan Jamilah kelihatan lebih kurang 10 hingga 20 orang sedang menunggu. Salah seorang daripada mereka telah memberi isyarat menghalau perjalanan kami di lorong tersebut. Zaba mengesahkan kepada saya bahawa mereka adalah pemimpin UMNO tempatan disitu yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Timb.Presiden PAS, Mat Sabu di rumah Puan Jamilah. Mereka menghalang kami untuk menziarahi Puan Jamilah. Buku ini diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Editor buku ini adalah Prof. Abu Bakar Hamid dan prakatanya ditulis sendiri oleh Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor. Saya mendesak Menteri Besar Johor yang telah menjadi penaung buku "Pengukir Nama Johor" agar menasihatkan pemimpin UMNO Skudai Kanan agar lebih rasional dalam menghadapi isu Mat Indera ini. |
Zahrain belum pasti pertahan Bayan Baru Posted: 06 Sep 2011 04:05 PM PDT Menurut Zahrain, banyak pertimbangan perlu dibuat dan enggan tergesa-gesa dalam membuat keputusan tersebut. PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata beliau masih membuat pertimbangan sama ada mengekalkan kerusi di kawasan itu, atau sebaliknya dalam pilihan raya umum akan datang. Menurut Zahrain, banyak pertimbangan perlu dibuat dan enggan tergesa-gesa dalam membuat keputusan tersebut. Jelasnya keputusan itu akan dipengaruhi oleh penerimaan pengundi ke atas wakil rakyat-bebas yang tidak cenderung kepada mana-mana parti politik. "Saya tak akan tergesa-gesa. Banyak orang tanya dan saya tak terfikir untuk membuat keputusan. Setakat ni saya buat kerja, pergi periksa rekod kerja saya ke atas pengundi Bayan Baru. Saya jalankan tanggungjawab bukan terhadap parti mana-mana tapi untuk pengundi kawasan. "Banyak perkiraan saya perlu ambil. Tengok masyarakat boleh terima orang bebas dalam parlimen. Saya tahu sebagai ahli parlimen Bebas bukan senang hendak menang, tetapi itu semua bergantung kepada penerimaan rakyat," katanya. Zahrain menjadi ahli Parlimen Bayan Baru pada pilihan raya umum 2008 selepas menewaskan calon BN Ooi Siew Kim dengan majoriti 11,029 undi. Keluar parti Beliau yang ketika itu bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) kemudian mengisytiharkan keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas tahun lalu. Menyentuh laporan media semalam berhubung pendedahan kakak sulung ahli parlimen Gombak Azmin Ali, Norlia yang kecewa terhadap karier politik adiknya, Zahrain pula menasihatkan agar orang nombor dua PKR itu mendedahkan salah laku idolanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Beliau berkata sebagai umat Islam Azmin perlu sedar dan menolak pemimpin yang melakukan kemungkaran sambil merujuk kepada Ketua Pembangkang. "Saya lihat Azmin mempertaruhkan masa depan karier politiknya pada Anwar. Dia tetap mempertahankan Anwar tidak kira tindakan yang dilakukan itu betul atau salah. "Saya pernah berjumpa dengan (kakak sulung Azmin) dan Ummi Hafilda serta pelbagai perkara telah diceritakan. Ummi beritahu bukan sahaja kakak sulung (Norlia), ibu mereka turut kesal dengan tindakan Azmin mempertahankan Anwar tanpa was-was," katanya. |
Isu gereja: Laporan Jais dijangka 16 September ini Posted: 06 Sep 2011 04:03 PM PDT Menteri Besar berkata, ia sejajar dengan permintaan Jais yang mahu laporan itu disiapkan dalam masa sebulan. SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjangkakan laporan lengkap pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) akan diterima sekembalinya daripada lawatan kerja ke Jerman pada 16 September ini. Menurutnya, perkara itu sejajar dengan permintaan Jais yang mahu laporan itu disiapkan dalam masa sebulan. Ujar beliau, sekembalinya daripada lawatan itu laporan itu akan dibentangkan kepada ahli Exco terlebih dahulu. "Kami masih lagi menunggu laporan lengkap Jais itu dan saya tidak sabar untuk mengetahuinya. Sekembalinya daripada Jerman kita jangka akan menerima laporan tersebut. "Walaupun mereka (Jais) hantar lebih awal laporan itu…tapi saya masih di Jerman. Namun sebarang perkembangan lanjut mengenai laporan itu kami tidak akan bincangkan memandangkan saya ada standard tertentu mengenai hal ini "Kami turut membenarkan perbincangan kepada kedua-dua pihak (Jais dan pusat Harapan Komuniti). Saya berada di tengah-tengah memandangkan ada kumpulan yang berkata kerajaan negeri tidak peka dengan peranan yang dilakukan oleh Jais. Keperluan masyarakat Islam "Manakala kumpulan lain pula berkata kerajaan negeri tidak sensitif kepada keperluan masyarakat Islam," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini hari ini. Pada 25 Ogos lalu, Jawatankuasa Pendengaran telah mengadakan pertemuan dengan Jais dan wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti, yang menganjurkan majlis makan malam tersebut. Malah Jais berpandangan bahawa wujudnya kes prima facie membabitkan 12 individu Muslim yang ditahan ketika majlis makan malam pada 3 Ogos lalu. Dalam perkembangan lain, Khalid turut mengumumkan bahawa beliau akan mengetuai delegasi ke Jerman untuk mempromosikan industri solar di Selangor dan Malaysia yang dianggarkan bernilai RM1.5 hingga RM5 bilion. Delegasi seramai lima orang itu turut disertai Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar bermula 11 hingga 16 September. "Ada beberapa bekas tapak pelupusan sampah yang tidak boleh dibangunkan semula. Maka kami percaya ada syarikat di Jerman boleh membangunkan industri tenaga solar di Selangor," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan