Isnin, 26 September 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Masyarakat Kristian: Hukum Hudud Tiada Salahnya Selagi Orang Bukan Islam Dilindungi

Posted: 26 Sep 2011 01:30 AM PDT

Walaupun MCA dan Gerakan telah mengutuk PAS kerana menyatakan semula keinginan untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan, pemimpin-pemimpin Kristian berpendapat bahawa tidak ada silapnya dengan rancangan tersebut.

Ini adalah kerana semua pengikut bagi mana-mana agama sepatutnya digalakkan berusaha untuk menguatkan lagi pegangan mereka, selagi mereka tidak mengganggu hak orang lain.

"Perkara yang paling penting adalah untuk memastikan bahawa hak mereka yang berbeza agama dilindungi sepenuhnya. Oleh itu apa salahnya dengan perlaksanaan hudud di Kelantan atau negeri lain pun?" Ramon Navaratnam, bekas presiden 'Transparency International' dan pemimpin Kristian, Malaysia Chronicle melaporkan.

"Kita tidak patut mempolitikkan semua perkara terutamanya agama. Adalah perkara biasa bagi seorang Islam dan Kristian mahupun seorang penganut Buddha dan juga Hindu untuk berusaha mengukuhkan pegangan mereka seboleh mungkin dan ini sepatutnya digalakkan. Ia hanyalah salah apabila mereka tidak mengendahkan orang lain dan mula bertindak melampau di dalam perlakuan dan amalan. Selagi rakyat bukan Islam di Malaysia dilindungi sepenuhnya, penganut Kristian dan rakyat Malaysia amnya tidak seharusnya berfikiran cetek dan bimbang tanpa sebab yang munasabah."

Kenyataan Ramon disokong oleh Dr Paul Tan Chee Ing, presiden 'Catholic Bishops' Conference of Malaysia'.

"Saya berpendapat telah tiba masanya untuk membenarkan rakyat Islam di Kelantan, untuk melaksanakan hukum shariah asalkan rakyat bukan Islam dikecualikan daripada perlaksanaannya," kata Paul, yang juga merupakan ketua 'titular' Katholik di diocese Melaka-Johor.

MCA dan Gerakan katakan TIDAK!

Kenyataan pemimpin-pemimpin Kristian bercanggah dengan kenyataan presiden MCA dan Gerakan iaitu Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon, kedua-duanya membangkang keras, walaupun sebab-sebab mereka berbuat demikian tidak jelas.

"Pegangan MCA sangat jelas. Kami bantah sekeras-kerasnya terhadap perlaksanaan hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA akan menarik diri dari Barisan Nasional – mudah sahaja. Pendirian kami amat jelas. Umno ingin melaksanakan hudud, MCA tidak akan bekerjasama, kami tidak akan terlibat," beritahu Soi Lek kepada wartawan pada hari Jumaat.

"Malaysia adalah Negara yang majoriti penduduknya beragama Islam tetapi dengan minoriti penduduk bukan beragama Islam yang ketara. Asas perlembagaan Negara kita memulihara hak-hak masyarakat majmuk, dan kerana itulah undang-undang punitif adalah sekular dan melibatkan semua pihak. Kami tidak boleh mempunyai undang-undang berlainan untuk setiap lapisan masyarakat," kata Chang Ko Youn, timbalan presiden Gerakan di dalam kenyataannya.

Bagaimana dengan hak-hak orang Islam?

Walaubagaimanapun, seperti yang telah diutarakan oleh masyarakat Islam, kedua-dua ahli politik MCA dan Gerakan tersebut berkemungkinan melakukan apa yang mereka menuduh PAS lakukan – iaitu menghadkan hak-hak masyarakat lain.

"Pernahkah MCA dan Gerakan mengambil kira perasaan masyarakat Islam? Hudud hanyalah untuk orang Islam. Kami mahu dihakimi dibawah hukum hudud kerana ingin menjadi pengikut yang taat. Mengapa MCA dan Gerakan mahu melarang? Undang-undang Syariah telah dipraktikkan di Negara kita dan ia tidak langsung melibatkan masyarakat bukan Islam, jadi mengapa takutkan hukum hudud?" beritahu Khalid Samad, ahli parlimen PAS Shah Alam kepada Malaysia Chronicle.

Khalid juga mengecam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana mengatakan Umno menyokong hudud tetapi Negara tidak bersedia untuk melaksanakannya.

"Sebagai satu bangsa, kita masih belum bersedia untuk hukum hudud, itu benar. Ini adalah kerana kerjasama Umno dengan MCA dan Gerakan dan parti-parti komponen untuk memburukkan hudud, agar masyarakat bukan Islam dan juga segelintir umat Islam takutkannya. Jika Umno dan BN tidak mempolitikkan hukum hudud, mendidik masyarakat awam mengenainya adalah lebih mudah. Pemimpin-pemimpin agama tidak mempunyai masalah kerana mereka celik agama. Ahli-ahli politik yang memporak-perandakan keadaan," kata Khalid.

Kelantan

Hukum hudud merupakan salah satu cabang daripada undang-undang Islam yang melibatkan 6 kesalahan jenayah, dan ia amat digeruni kerana melibatkan hukuman seperti rejam sehingga mati, pemotongan anggota badan dan sebatan. 6 jenayah hudud adalah mencuri, merompak, berzina, fitnah zina, minum arak dan murtad.

Dalam Pakatan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang juga merupakan ketua umum PKR, menyokong hukum hudud dan Kelantan patut melaksanakannya selagi hak-hak masyarakat bukan Islam dilindungi sepenuhnya. DAP bagaimanapun tidak bersetuju dangan pendapat beliau.

Keadaan dalam Pakatan bukanlah suatu yang baru dan ketiga-tiga parti telah menyatakannya berulang kali. Jika PAS ingin melaksanakan hukum hudud atau negeri Islam, ia perlu mempunyai majoriti yang mencukupi di peringkat negeri mahupun kerajaan persekutuan. PKR mahupun DAP tidak terikat untuk menyokong cadangan tersebut. Di Kelantan, PAS mempunyai majoriti yang mencukupi kerana hanya 10 peratus daripada penduduknya adalah bukan Islam.

Akan tetapi, Nik Aziz Nik Mat , Menteri Besar Kelantan tidak berupaya berbuat demikian kerana kerajaan persekutuan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengeluarkan surat melarang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Nik Aziz telah mencabar Perdana Menteri, Najib Razak untuk membatalkan surat tersebut, namun, tidak mendapat sebarang maklumbalas. -mc


Top Catholic bishop tells non-Muslims to support hudud in Kelantan

Sep 23: A top Catholic bishop has thrown his support for the implementation of the Islamic criminal laws stipulating deterrent punishment on serious crimes, or hudud, in Kelantan, provided non-Muslims were given "a cast-iron guarantee that it will not be implemented on us".

In comments on the issue sparked by former prime minister Dr Mahathir Mohamad's challenge to Kelantan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Paul Tan (picture) Chee Ing, president of the Catholic Bishops' Conference of Malaysia, said it was wise for non-Muslims not to oppose such laws among Muslims "if they so desire".

"I say it's time to allow Muslims in Kelantan, if they so desire, to implement shariah only for them and with that the hudud enactments provided non-Muslims are exempt from its implementation," online news portal Malaysiakini quoted Dr Paul, also the titular head of Catholics in the Melaka-Johor diocese, as saying.

His comments come in the wake of a statement by Mahathir that Nik Aziz should implement hudud in Kelantan now that the former was no longer the prime minister who had once sent a letter warning the PAS-led state against any attempt to introduce the Islamic laws.

In response, Nik Aziz said a prime ministerial decree would not expire with Mahathir's resignation, and called on the current PM Najib Razak to revoke the Federal government's earlier stance on the issue.

'Extraordinary man'

Giving his views, Dr Paul said the issue had to do with the debate between two different Islamic schools of theology, the 'rationalists' or Mu'tazilites, and the 'traditionalists', or Ash'arites.

"I don't know if that extraordinary man, the Kelantan menteri besar (Nik Aziz Nik Mat), is a Mutazilite or an Asharite. Sometimes he sounds like a Mu'tazilite, sometimes like an Ash'arite," said Dr Paul, who added that such an ambiguity was "a good thing".

"It shows he is not dogmatic. I say let him and all who hold with him have their way so long as non-Muslims have iron-clad guarantees of their exemption. I am in favour of Kelantan Muslims having hudud implemented for them only," the portal quoted him.

Prior to this, Opposition Leader Anwar Ibrahim (left) said he was personally in favour of hudud laws being introduced in Kelantan as it would ensure justice.

Earlier, the issue, regarded as highly contentious and which in the past created rifts between DAP and PAS, has instead laid bare cracks between MCA and UMNO.

MCA president Chua Soi Lek said the Chinese-based party would leave the Barisan Nasional coalition if UMNO supported hudud laws. This was in response to UMNO deputy president Muhyiddin Yasin's cautioned comments on Kelantan's long-fought battle with the Federal government over hudud, saying he was obligated as a Muslim to support hudud but differed on the timing of its implementation. -HD (eng)

Chandran: Penentang Hukum Hudud Adalah Golongan Jahil

Posted: 26 Sep 2011 12:42 AM PDT

Hudud dianggap 'produk' mulia

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu, Dr B Chandran menganggap DAP, MCA dan Gerakan yang menentang pelaksanaan hukum hudud sebagai jahil.

Menurutnya, mereka berbuat demikian bukan kerana sengaja, sebaliknya tidak mendapat penjelasan sewajarnya dan ditakut-takutkan dengan kenyataan pihak tertentu yang berkepentingan, sehingga hudud digambarkan sebagai hukum yang zalim.

Beliau berkata, perkara sedemikian pernah berlaku kepada beliau sendiri apabila gambaran-gambaran negatif diceritakan pihak tertentu sehingga pendapatnya serupa dengan orang bukan Islam lain yang menentang hukum itu.

"Mereka bukan mahu menentang kerana sengaja tetapi kerana jahil, apabila mereka tahu, tiada masalah. Itu yang saya nampak dan tidak boleh sesekali marahkan mereka. Orang bukan Islam langsung tidak belajar mengenai hudud.

"Dahulu pun saya begitu, dengar macam-macam seperti hukuman potong tangan dan potong kaki tetapi apabila mula belajar, saya melihat hudud tiada kecacatan,"
katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Mengulas lanjut, penolakan orang bukan Islam terutama parti politik adalah kerana mereka sangsi jika pelaksanaan hudud kelak akan memaksa mereka untuk menutup operasi premis penjualan arak.

Beliau berkata, mereka yang mengaitkan perkara itu akan berasa tidak selesa sedangkan bagi sesetengah pihak terutama orang bukan Islam, arak adalah salah satu keperluan dalam budaya mereka.

"Bagi saya, orang bukan Islam nampak apabila hukum hudud ini dilaksanakan, mereka dipaksa tutup premis arak. Itu adalah hukum jenayah Islam dan mereka tidak faham. Kalau kita katakan DAP, secara keseluruhannya parti itu mewakili orang Cina dan ada yang menjalankan perniagaan arak, sebab itu mereka membantah," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang Islam memberi penjelasan sebenarnya mengenai hudud dan tidak sesekali memberi gambaran salah, selain mengetepikan fahaman politik.

Menurutnya, orang Islam terutama tokoh-tokoh Islam adalah 'jurujual' terbaik untuk menjelaskan mengenai perkara itu sambil menyifatkan hudud sebagai 'produk mulia' yang diturunkan Tuhan.

Bagaimanapun, B Chandran berkata, realiti yang dilihatnya ketika ini, 'produk' itu tidak akan mendapat sambutan sekiranya 'jurujual' tidak mampu mempromosikannya dengan kaedah terbaik kepada pengguna.

"Hudud adalah daripada Tuhan dan ia adalah produk yang mulia. Anda ada produk yang baik tetapi tidak guna juga jika ada jurujual yang tidak baik. Kalau kita tengok orang putih (Inggeris), sekalipun produk mereka tidak baik tetapi jurujualnya baik, mereka berjaya menarik pelanggan," katanya.

Kota Bahru – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat negara ini lebih baik menerima hudud daripada melaksanakan hukuman mati mandatori yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Menurutnya, hukuman gantung sampai mati menyebabkan keluarga merana, hilang tempat berlindung sedangkan hukum hudud, qisas dan takzir tidak sedemikian.

"Lebih baik terima hudud daripada hukuman mati mandatori, kenapa kita nak takut dengan hudud?

"Kita orang politik hanya nak masukkan enakmen hudud dalam senarai hukum mahkamah syariah Negeri Kelantan untuk diguna pakai hakim," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan di Dataran Wawasan, di sini semalam.

Katanya, bila berlaku kes, hakim menentukan ada prima facie atau sebaliknya dan kalau ada, ia boleh dijalankan dengan masing-masing boleh menggunakan khidmat peguam.

Mengenai perbezaan pendapat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai hasrat Pas melaksanakan hudud, Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya tidak timbul lagi masalah mengenainya.

"Saya hormati dia sebagai orang lama berkecimpung dalam bidang perundangan, tidak timbul masalah balah (berselisih pendapat) saya dengan dia.

"Apa yang penting sekarang ini ialah memahami hasrat sebenar Pas untuk melaksanakannya di Kelantan dan orang Islam sendiri kena faham bahawa hudud ini bukan kerja Pas, ia 'sama jadi' dengan al-Quran," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang turut menyokong hudud, beliau berkata, itu yang sebaiknya kerana umat Islam perlu lebih rapat.

"Alhamdulillah, kita nak makin rapat macam tu, mana boleh kita orang Islam nak tolak hukum Islam," katanya. -SH



Objek Berasap Dipercayai Serpihan Satelit Ditemui Di Butterworth

Posted: 25 Sep 2011 10:45 PM PDT

Butterworth, Pulau Pinang - Penduduk Kampung Lorong Kubur gempar, berikutan penemuan satu objek berupa ketulan seakan-akan kristal yang tiba-tiba ditemui di pekarangan rumah seorang penduduk di kampung itu.

Ketulan jernih bersaiz sebesar sebiji bata pasir itu ditemui Norina Abdul Kadir, 35, semasa dia sedang mengemas halaman rumahnya pada jam 6.30 petang semalam.

"Ketika sedang menyapu daun kayu di tepi rumah saya terdengar bunyi seakan-akan benda jatuh sebelum bergegas melihatnya kerana beranggapan anak kecil saya yang baru belajar berjalan, rebah.

"Sebaik mendekati objek itu saya terkejut kerana sebelum ini tidak pernah melihatnya tambahan lagi ketulan menyerupai kristal itu mengeluarkan asap," katanya.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Isu Krisis Air Air Selangor Sengaja Direka Untuk Burukkan Kerajaan Selangor

Posted: 25 Sep 2011 09:14 PM PDT

Dakwaan bahawa Selangor bakal berhadapan dengan krisis air menjelang tahun hadapan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan gabungan persatuan pengguna sengaja dibangkitkan semula untuk menonjolkan bahawa kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di negeri ini tidak peka akan keperluan rakyat.

Demikian pandangan ahli parlimen Klang, Charles Santiago ketika diminta mengulas mengenai krisis air yang dikatakan bakal berlaku di Selangor apabila saiz margin antara bekalan dan penggunaan air semakin rapat dengan anggaran jumlah itu sudah mencapai tahap tiga hingga lima peratus sahaja bersamaan 200 juta liter sehari (jlh).

Menurut Charles, isu krisis air di Selangor dan sekitar kawasan Lembah Klang bukanlah isu baru, sebaliknya ia sengaja dibangkitkan oleh Syabas dan persatuan pengguna lain sejak dua hingga tahun lalu ekoran keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2.

Jelas Charles, cadangan pembinaan loji rawatan air itu boleh diteruskan sekiranya penstrukturan semula air dapat diselesaikan dan dipersetujui semua pihak.

Walaubagaimanapun katanya, semua usaha ini memerlukan persetujuan daripada kerajaan persekutuan dan melalui Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin.

"Oleh kerana sekarang kita tiada perbincangan dengan kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau yang tidak mahu membuat keputusan untuk menyerahkan pengurusan air kepada kerajaan selangor, maka ia menjadi isu yang sengaja dipanjangkan.

"Sebenarnya kerajaan Selangor telah menyatakan bahawa kerajaan negeri boleh menguruskan air di negeri ini dan juga sekiranya ia tidak mendatangkan masalah, kebenaran boleh diberikan kepada projek Langat 2 untuk diteruskan. Tetapi kerajaan persekutuan masih berdegil untuk memberi pengurusan air kepada kerajaan negeri dengan memberikan alasan yang tidak boleh diterima dan tidak masuk akal,"ujar beliau.

Syabas sebelum ini mendakwa isu krisis bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menjadi kenyataan apabila rizab harian penggunan air hanya mencukupi keperluan kira-kira 800,000 pengguna di kawasan Gombak.

Pengarah Eksekutif Perancangan Syabas, Sanusi Suleiman berkata, kadar rizab yang diunjurkan pihaknya ialah kira-kira 10 peratus untuk menangani keperluan waktu kecemasan.

Tambah Carles, Syabas juga dilihat menggunakan analisa tidak tepat berhubung pertumbuhan penduduk dan penggunaan air sebenar di Selangor sehingga timbulnya spekulasi yang mengatakan krisis air bakal berlaku menjelang tahun 2012.

Tegas beliau, kerajaan persekutuan mahupun Syabas sendiri tidak mahu mengeluarkan wang bagi mengurangkan penggunaan air tidak berhasil (non revenue water) dan membaiki paip air yang dipercayai boleh menangani isu krisis air untuk jangka masa panjang.

"Ini mereka tidak mahu buat. Tetapi sebaliknya apa yang mereka buat ialah mengatakan bahawa satu kajian telah dibuat dan mendakwa bahawa kerajaan negeri Selangor harus memberi kebenaran untuk meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

"Jika kita lihat pandangan mereka dengan mendalam, maka kita akan nampak pelbagai masalah dalam pandangan atau perspektif mereka. Mereka sengaja mengkritik kerajaan Selangor dengan mengatakan kita tidak bertanggungjawab dan tidak peka masalah rakyat,"katanya lagi.

Sementara itu, pemantauan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di tujuh empangan dan sungai-sungai utama di Selangor mendapati kedudukan paras air di semua muka sauk bagi keperluan loji pembersihan air adalah baik dan tidak membimbangkan.

Menurut LUAS, sumber air di Selangor masih dalam keadaan yang mencukupi dengan taburan hujan yang tinggi dicatatkan di banyak kawasan terutamanya kawasan tadahan air.

Secara purata, paras air di empangan pada tahun ini adalah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Justeru menurut pihak LUAS, Syabas perlu melihat teknologi terkini untuk merawat sumber air dan menaiktaraf loji-loji sedia ada bagi menambah kapasiti loji pembersihan air tersebut.

Jelasnya, sekiranya berlaku krisis air, ia disebabkan oleh kegagalan loji pembersihan air untuk sentiasa memastikan bekalan air bersih mencukupi. -tvsnews


[Bergambar & Video] Serangan Bom Di Gereja Di Kota Solo: Satu mati, 19 cedera

Posted: 25 Sep 2011 07:15 PM PDT

SSatu serangan bom berani mati berlaku di sebuah gereja di kota Solo, Jawa Tengah pagi ini, mengorbankan nyawa pengembom itu dan mencederakan sekurang-kurangnya 19 orang jemaah penganut Kristian yang baru selesai mengerjakan ibadat.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Indonesia Insp Jen Anton Bachrul Alam berkata 19 yang cedera dalam kejadian itu kini dirawat di dua hospital di Solo, dan sehingga pukul 4.30 petang ini, lima daripada mereka telah dibenarkan pulang.

"Berdasarkan maklumat saksi, kejadian berlaku apabila jemaah sedang keluar daripada gereja itu setelah selesai melakukan ibadat, sebahagiannya keluar, tinggal sebahagian lagi di dalam dan pelaku juga ikut keluar.

"Apabila sampai di pintu utama, dia telah meletupkan bom, sehingga mencederakan ramai orang dan masih dirawat di hospital," katanya pada sidang akhbar di Jakarta.

Serangan oleh pengebom berani mati itu berlaku di Gereja Bethel Injil Sepenuh, Kepunton, Kota Solo pada pukul 10.55 pagi.

Anton berkata pelaku dipercayai menyamar sebagai anggota jemaah dan ikut sama melakukan ibadat.

Polis belum dapat memastikan identiti pelaku dan masih menyiasat jenis bom yang digunakan.

Polis telah menyiarkan gambar wajah mayat pengebom itu dan merayu orang ramai tampil memberikan maklumat mengenai identiti pelaku bagi membantu siasatan kejadian itu.

Kerajaan Indonesia mengutuk keras kejadian serangan bom berani mati itu dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dijadual mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu. Bernama









Syarikat Dari KL Buang Al-Quran Di Bangsal Lembu Di Bachok

Posted: 25 Sep 2011 05:30 PM PDT

Buang al-Quran di bangsal lembu

BACHOK - Penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah.

SEBAHAGIAN daripada beribu naskhah al-Quran yang dibuang di bangsal lembu di Bachok, Kelantan semalam.

Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.

Menurutnya, treler tersebut berhenti dalam jarak satu kilometer dari bangsal tempat al-Quran tersebut ditinggalkan dan terpaksa menggunakan lori kecil untuk mengangkutnya.

"Jalan ke bangsal ini sempit, jadi treler berhenti di simpang jalan dan mereka menggunakan sebuah jengkaut untuk memindahkan al-Quran dari treler ke sebuah lori kecil sebelum dihantar ke bangsal tersebut.

"Saya sempat tanya, mereka beritahu dari Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menghantar al-Quran tersebut ke sini untuk disimpan," ceritanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, jarak antara rumahnya ke bangsal tersebut hanyalah 200 meter dan pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

Bagaimanapun dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa orang polis dan pegawai pejabat agama datang ke kawasan tersebut petang kelmarin.

Katanya, bangsal tersebut yang seluas 1.4 meter x 2.8 meter itu pernah dijadikan tempat menyimpan makanan lembu seperti dedak dan rumput namun tetapi kini tidak lagi digunakan oleh pemiliknya.

Sementara itu, sumber Pejabat Agama Jajahan Bachok memberitahu, siasatan awal mendapati al-Quran tersebut mungkin untuk dilupuskan.

Ia berikutan terdapat kecacatan daripada segi cetakan dan reka bentuk ataupun kesilapan pada ayat al-Quran itu sendiri.

Katanya, al-Quran tersebut telah dihantar ke sini oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur dan akan diserahkan kepada individu tertentu untuk dilupuskan dan bangsal tersebut hanya dijadikan transit.

"Kita telah membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu terbabit kerana tindakan melupus al-Quran perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan hanya boleh dibuat di kawasan tertentu sahaja.

"Saya dimaklumkan tempat untuk melupus al-Quran ini hanya di Kuala Lumpur dan prosesnya melibatkan kos yang tinggi. Jadi, ini mungkin salah satu cara pihak tersebut untuk mengurangkan kerugian yang dialami," ujarnya.

Jelas beliau, pihaknya telah menutup kawasan tersebut dan kesemua al-Quran terbabit juga ditutup dengan rapi bagi mengelakkan ia disalah guna.

Kawasan tersebut kini di bawah pemantauan polis sehingga siasatan selesai dan tindakan susulan diambil. -kosmo

Helaian al-Quran tersilap cetak terbiar

BACHOK: Penemuan puluhan ribu kertas tertera ayat suci al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal di Kampung Tok Edeng, dekat Beris Kubor Besar, di sini, menggemparkan penduduk kampung berkenaan, semalam.

Difahamkan, helaian al-Quran tersilap cetak yang dibawa dari Kuala Lumpur menggunakan sebuah treler itu akan dilupuskan dengan cara dibakar, tetapi kerja melupuskan itu belum dilakukan.

Penduduk, Mamat Ali, 60, berkata, pada mulanya dia ternampak sebuah treler ditutupi kanvas berhenti di tepi jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya, pada jam 12 tengah hari.

Katanya, sebaik treler itu berhenti, sebuah jengkaut menghampiri kenderaan itu dan memunggah helaian al-Quran berkenaan ke sebuah lori kecil sebelum diletakkan di sebuah bangsal.

"Sebelum itu, seorang adik angkat saya berusia 40-an di Kuala Lumpur memaklumkan mahu menghantar helaian al-Quran yang tersilap cetak untuk dibakar.

"Saya tidak menyangka jumlahnya terlalu banyak serta tindakannya itu dibimbangi menyalahi undang-undang dan sepatutnya ia dimaklumkan kepada pihak berwajib," katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut Mamat, penemuan helaian al-Quran tersalah cetak itu dimaklumkan kepada penduduk kampung lain sebelum menghubungi polis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk pemeriksaan.

Katanya, adik angkatnya akan berurusan dengan pihak Maik mengenai perkara berkenaan sementara menunggu tindakan lanjut.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Mohamad, ketika dihubungi berkata, berdosa dan haram hukumnya kepada mana-mana individu yang membuang ayat suci al-Quran di merata tempat.

Katanya, Islam menggariskan beberapa peraturan dalam usaha melupuskan naskhah al-Quran sudah rosak, buruk dan tidak boleh digunakan, namun ia perlu mengikut kaedah tertentu termasuk dilakukan syarikat dilantik khas Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bahagian Penerbitan Al-Quran yang mempunyai cawangan di negeri ini.

"Jika ayat suci al-Quran itu dibuang di merata tempat, individu terbabit disifatkan menghina kesucian al-Quran kerana jika hendak dilupus sekalipun perlu menggunakan kaedah tertentu seperti dibakar menggunakan tong khas sebelum abunya dikumpulkan dan dibuang ke laut atau ditanam di kawasan khusus.

"Kaedah ini diperakukan KDN kepada pihak yang diberi tanggungjawab. Oleh itu, saya menyifatkan tindakan pihak berkenaan membuang helaian ayat al-Quran dengan sewenang-wenangnya dosa mengikut hukum syarak," katanya. -hm



HUDUD: Keris UMNO Menikam Tuannya

Posted: 25 Sep 2011 03:15 PM PDT

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat "keris makan tuan" apabila menerima tentangan daripada parti komponen perikatan itu.

Mohamad mendakwa sejak isu itu muncul semula minggu lalu, pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno turut diketengahkan, menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.

"Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.

"Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Mohamad berkata isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar daripada sejarah.

"Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.

"Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam," kata beliau sambil menambah, "lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud.
"

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta pemimpin-pemimpin parti berkenaan sepatutnya sudah mengetahui pendirian Umno berhubung hukum hudud dan ia tidak perlu dijadikan isu.

Muhyiddin berkata pendirian Umno adalah sama seperti dahulu dan perkara itu sepatutnya tidak berbangkit di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia berbeza dengan PAS.

"Isu yang disebutkan oleh Chua tak berbangkit. Jangan timbul syak wasangka dalam pemikiran masyarakat Cina dan lain-lain termasuk masyarakat Islam tentang perkara itu.

"Bagi saya, pendirian yang kita ambil itu bukan baru tetapi sejak beberapa kepimpinan sebelum ini," katanya mengulas kenyataan Dr Chua bahawa MCA akan keluar daripada BN jika Umno melaksanakan hukum Hudud.

Sehubungan itu tegas Mohamad, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri.

"Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya.

"Bukan setakat kenyataan kenyataan Naib Presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi sejarah,"
kata beliau.

Semalam, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan.


Mohamad seterusnya berkata, walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan gambaran yang negatif terhadapnya, "tetapi orang melihat kenyataan bekas Perdana Menteri mendedahkan sifat tidak cerdik kerajaan Najib kerana pendakwaan itu." -TMI



'Kanak-kanak' 22 tahun

Posted: 25 Sep 2011 09:44 AM PDT

Muadzam Shah (Pahang): Melihat saiz tubuh serta ketinggiannya yang hanya 90 sentimeter, pasti ramai menyangka dia kanak-kanak berusia tidak lebih dua atau tiga tahun.

Gambar: MASALAH TUMBESARAN: Cik Zaharah sedang melayan anak gadisnya, Mafuzah, yang berusia 22 tahun, tetapi hanya setinggi 90 sentimeter. Mafuzah tidak dapat berdiri lama dan terpaksa merangkak seperti bayi.

Bagaimanapun, pada hakikatnya, Cik Mafuzah Amaran, yang menetap di Bandar Tun Razak, di sini, sebenarnya berusia 22 tahun.

Cik Mafuzah, yang menghadapi masalah tumbesaran, juga sukar berjalan dan tidak boleh berdiri lama, sebaliknya merangkak seperti bayi untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Adalah dipercayai beliau terbantut ketika dalam kandungan akibat kekurangan bekalan oksigen atau gangguan aliran darah.

Ibunya, Cik Zaharah Syukor, 56 tahun, berkata masalah tumbesaran anak ketujuh daripada 11 beradik itu mula dikesan selepas dilahirkan kerana tidak menyamai pembesaran kembarnya, Manisah, yang dilahirkan kira-kira 25 minit lebih awal.

'Ketika mengandungkan mereka, saya tidak tahu akan melahirkan anak kembar kerana doktor yang menjalankan pemeriksaan tidak mengesan kehadiran seorang lagi bayi.

'Selepas melahirkan Manisah, kira-kira 25 minit kemudian, jururawat yang membantu doktor menyambut kelahiran anak memberitahu ada seorang lagi bayi,' katanya ketika ditemui.

Menurut Cik Zaharah, selepas beberapa bulan kemudian, beliau menyedari anaknya itu tidak membesar seperti Manisah, lantas membawanya berjumpa doktor.

Bagaimanapun, doktor memberitahu beliau bahawa Mafuzah tidak mengalami sebarang penyakit dan tubuhnya sihat seperti bayi lain.

'Apa pun, saya bersyukur dengan kurniaan Tuhan kerana menganggap anak saya ini seorang insan istimewa.

'Bukan semua ibu memperoleh anak sepertinya dan kurniaan ini saya anggap umpama satu dalam seribu,' kata Cik Zaharah sambil menambah, walaupun Cik Mafuzah tidak boleh bertutur dan hanya boleh menyebut beberapa perkataan tertentu, dia seorang gadis yang pembersih.

Cik Mafuzah juga didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM300 ($123) sebulan. -- hm

Orang Takut Hudud Macam Takut Hantu, Bila Tanya Apa Itu Hudud Tidak Tahu"- Nik Aziz

Posted: 25 Sep 2011 07:55 AM PDT

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangannya bagaimana masyarakat dan pihak tertentu begitu tidak menyenangi hukum hudud walhal ia sebaik-baik perundangan yang digariskan Allah S.W.T.

Malahan katanya, undang-undang sedia ada yang digunakan di negara ini lebih zalim kerana memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan tertentu yang tidak terdapat dalam hukum hudud.

"Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.

"Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?

"Hudud tak mati... hudud adalah undang-undang Allah, benda ini hanya sekadar nak masuk dalam senarai undang-undang Kelantan dan yang laksanakan bukan saya tapi hakim.

"Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa," katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di sini malam tadi.

Mursyidul Am PAS itu sebelum ini tetap dengan pendiriannya akan menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinannya berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.

"Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.

"Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan," kata beliau.

Dalam ceramah itu juga, Nik Aziz mengatakan ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.

"Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS... dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.

"Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat... Islam datangnya dari Allah, bumi, langit dan kita, Allah yang punya," katanya. -tvsews



Kenyataan Tidak Profesyenal, KPN Digesa Jangan Nampak Sangat Bela BN

Posted: 25 Sep 2011 07:00 AM PDT

KPN jangan nampak sangat bela BN

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar didesak agar tidak menampakkan sangat beliau berkhidmat untuk Barisan Nasional (BN) apabila begitu risau parti itu kalah pilihan raya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Kenyataan dan pandangan Ismail secara terbuka bahawa kerajaan BN boleh kalah dalam pilihan raya umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik, dilihat tidak sepatutnya dikeluarkan seorang kakitangan kerajaan.

"Apa masalah kepada pasukan polis kalau BN kalah? Mengapa Ketua Polis Negara nampak risau sangat?

"Saya harap sangat tidak ada kaitan dengan apa yang disebut oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) bahawa sudah jadi parti perasuah," kata beliau.

Mahfuz mempersoalkan, mengapa Ketua Polis Negara sibuk sangat sama ada BN menang atau kalah?

"Kalau Ismail dah terlupa, rakyat perlu bangkit beramai-ramai untuk mengingatkannya bahawa tugas polis menjaga kepentingan negara dan rakyat, bukan menjadi suruhan BN dan menjadi pengawal keselamatan parti itu.

"Polis sepatutnya dilihat tidak memihak," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan Ketua Polis Negara itu memperlihatkan dirinya lebih Umno dari Umno.

Mahfuz juga mempersoalkan apa perlunya pihak polis mengadakan sesi memerah otak, diskusi dan juga forum sehingga berbulan-bulan lamanya sebelum ISA dan lain-lain undang-undang darurat dihapuskan.

"Adakah polis sudah mengambil alih tugas Jabatan Peguam Negara?

"Kerja polis bukan menggubal undang-undang, kerja polis menguatkuasakan undang-undang,
" katanya.

Sambil mengakui pihak polis boleh dipanggil untuk memberikan pandangan dalam penggubalan sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan bidang kuasanya, Mahfuz berkata adalah pelik kalau Ketua Polis Negara pula yang nampak lebih sudu dari kuah.

Beliau juga berharap Ismail mengurangkan kenyataan-kenyataan yang boleh memudaratkan dirinya sendiri.

"Sekarang semakin ramai yang menuduh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kelihatan lebih tidak cerdik dari (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi).

"Saya harap Ismail lebih berhati-hati agar beliau tidak popular dengan tuduhan tidak cerdik seperti Abdullah," katanya. -HD

IGP: BN boleh kalah PRU jika gagal urus isu ISA

KUALA LUMPUR, 23 Sept ─ Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan rayau mum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.

Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.

Menurut Ismail, isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.

Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu.

Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.

"Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi," kata beliau.

Justeru katanya, "jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang."


Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk "Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju" dalam buku berjudul "1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020".

Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru.

Ismail berkata, tindakan pantas dan 'pre-emptive' yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini.

Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang.

"Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti.

"Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang," kata Ismail.

Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak.

Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing.

Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.

Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. -TMI



Berita Tidak Berintegriti, BERNAMA Didesak Tarik Balik Laporan

Posted: 25 Sep 2011 05:30 AM PDT

Guan Eng mahu Bernama tarik balik laporan, minta maaf

KUALA LUMPUR, 25 Sept ─ Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Bernama menarik balik laporannya kelmarin mendakwa beliau telah mensabotaj Johor menerusi satu temu bual dengan Radio Australia baru-baru ini dan memohon maaf.

Lim (gambar) akan mengambil tindakan undang-undang jika agensi berita nasional itu enggan memohon maaf.

Dalam surat yang dihantar kepada Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong hari ini, Setiausaha Akhbar Lim, Wong Kim Fei berkata ketika ditemu bual Lim tidak menyebut langsung nama Johor, sebaliknya hanya menyentuh isu perjanjian berkaitan pertukaran pencari suaka, cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Pulau Pinang.

"Tidak bila-bila masa beliau ada menyebut satu patah perkataan pun mengenai Johor dan merujuk situasi di negeri-negeri lain di Malaysia ketika temu bual dengan Radio Australia.

"Dua pembantu yang mengiringi Lim, Jeffrey Chew dan Yap Soo Huey, hadir ketika temu bual, boleh mengesahkan fakta bahawa Lim tidak menyebut Johor langsung," katanya.

Lim telah ditemu bual oleh Radio Australia pada 20 September oleh Cameron Wilson.

Wong menambah, laporan paslu dan pembohongan membawa kepada serangan buas pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Lim mahu mensabotaj Johor.

"Oleh kerana laporan anda berkenaan Lim dengan Radio Australia tidak benar, palsu dan penuh dengan pembohongan, Bernama harus menarik balik dan memohon maaf tanpa syarat kepada Lim dengan segera dan menyiarkan (kandungan surat) ini dalam Bernama, jika gagal Ketua Menteri Pulau Pinang akan mengambil tindakan perundangan ke atas Bernama," katanya.

Katanya, Bernama pernah memohon kepada Lim yang juga Setiausaha Agung DAP pada 14 Mac 2008 ekoran satu laporan yang tidak benar.

Wong berkatan pihaknya berharap Bernama akan terus mempertahankan standard integriti kewartawanan yang profesional dan yang ada kebenaran.

Semalam, Lim menafikan laporan dikeluarkan oleh Bernama berhubung kenyataannya memburuk-burukkan Johor ketika temu ramah berkenaan.

"Ini kerana saya ada saksi iaitu dua pegawai yang turut bersama saya ketika ditemu ramah tempoh hari," kata Lim.

Kelmarin, Muhyiddin berkata, Lim tidak sepatutnya memandang rendah dan mensabotaj negeri lain semata-mata untuk menarik pelabur asing ke negeri yang dipimpinnya.

Muhyiddin berkata tindakan Lim memburuk-burukkan Johor dengan menyatakan negeri berkenaan tidak sesuai untuk pelaburan akan memberikan gambaran yang tidak baik kepada Malaysia dan turut memberi kesan kepada negeri lain.

"Jangan memandang rendah, jangan sabotaj dengan perkataan-perkataan jahat, yang niatnya tidak baik untuk menyekat atau menghalang... ini memberi gambaran yang tidak baik kepada Malaysia. Ini (memburuk-burukkan Johor) satu tindakan yang tidak sepatutnya," kata Muhyiddin yang juga bekas menteri besar Johor.

Kenyataan Muhyiddin turut disusuli dengan pandangan pelbagai pihak dari Johor mengecam Lim.

Lim didakwa berkata, Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.

Lim didakwa membuat kenyataan itu sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia di Johor ke Pulau Pinang.

Sebelum itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan mendakwa Lim telah memburukkan Johor di luar negara.

Mustapa dilapor berkata beliau dimaklumkan bahawa Lim ketika dalam satu majlis telah mempertikaikan keadaan keselamatan di Johor jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dan kenyataan itu tidak mencerminkan perkara yang sebenar. -TMI

Keterlaluan: PERKASA Ganggu Cemarah Mat Sabu Di Seremban

Posted: 25 Sep 2011 03:45 AM PDT

Ceramah: Penyokong PAS, PERKASA bergaduh

Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara itu kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.

"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.

"Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai," katanya.

Sehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu, Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

Kami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui," katanya. -mk

Tiada ulasan: