Blog-list Malaysia |
- Latif Hussain Patut Dilantik Pengerusi Majlis Profesor Negara Ataupun Menteri Ni....
- Lagak Dan Riak Pimpinan PKR Ketika Bersama Rakyat / Pengundi
- 50 Sebab Mengapa Umno Perlu Dihalau Dari Selangor
- Pemburu Bintang Tiga Dedah Tugas Polis Jaga Kepentingan British
- Program Umno Di Minggu Suaikenal Mahasiswa Baru UKM
- Krisis Air Selangor - Isu Yang Disengajakan Umno
Latif Hussain Patut Dilantik Pengerusi Majlis Profesor Negara Ataupun Menteri Ni.... Posted: 25 Sep 2011 09:53 PM PDT |
Lagak Dan Riak Pimpinan PKR Ketika Bersama Rakyat / Pengundi Posted: 25 Sep 2011 06:47 PM PDT Ramai Pemimpin Umno di Majlis Raya PKR Parti Keadilan Rakyat mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi. Saya berada di sana sejak jam 12.30 tengahari sehingga majlis berakhir sekitar jam 3 petang untuk memerhati gelagat pemimpin yang bakal berlakon lagi bila masa kempen pilihanraya bermula. Apa yang dapat diperhatikan adalah: - Beranika jenis makanan disediakan. rendang, lemang, nasi empit, roti canai, cendol dan satay antaranya. - Tidak kurang daripada 15 buah khemah berukuran 20' x 20' didirikan - Tidak kurang daripada 20 bas berbaris menurunkan penyokong parti yang diangkut dari entah mana-mana. - Hampir kesemua pimpinan parti hadir - Saya sempat sembang dengan Cikgu Faris Musa yang nampak rancak gerak ke hulu ke hilir... bagus le macam tu.. Mari kita tengok, apa yang hebatnya dalam Majlis Jamuan itu? - Hampir kesemua wakil rakyat dan pemimpin PKR berlagak tidak ubah seperti pemimpin Umno. - Hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Senator Syed Husin Ali, Nik Nazmi (ADUN Seri Setia) dan Yusmadi Yusoff (MP Balik Pulau) yang beramah mesra dengan tetamu yang hadir di khemah rakyat biasa. - Wakil Rakyat dan kepimpinan parti yang lainnya berlagak macam "Tuan Besar" berteduh dan bersembang di khemah VIP (Very Important Penyamun) - Khemah dibahagikan kepada 'dua darjat'. Satu darjat, khemah VIP (untuk wakil rakyat dan pemimpin parti). Manakala yang satu bahagian lagi untuk tetamu dan penyokong parti yang membolihkan VIP itu menjadi VIP... !!! - Khemah untuk Wakil Rakyat dan pemimpin parti, makanannya siap terhidang dalam 'Dom'. - Khemah untuk penyokong dan ahli parti... alahai nasib engkau lah.. ada yang makan tepi parit. - Orang macam Latifah Koya, Samm dan yang seangkatan dengannya tidak bolih bergerak jauh daripada khemah VIP (Very Importang Penyamun) sebab mereka adalah raja dan pemaisuri lilin, tak bolih kena panas matahari... nanti cair.. ! Nota: - Anwar Ibrahim, tanpa sesiapa pun mengiringinya, beliau beramah dengan tetamu yang hadir. Anwar bergerak dari satu meja ke satu meja yang lain untuk meraikan tetamu parti yang hadir. Anwar adalah watak seorang pemimpin yang harus dicontohi TETAPI malangnya masih ramai pemimpin PKR yang sombong, bangkak, hamprak dan patut dihumbankan jauh dari pentas kuasa! - 'Usetat' Badrul Amin (penjual keset ugama) pun bersembang juga dengan tetamu. Daripada banyak meja kosong, usetat ini pilih untuk duduk makan dan bersembang di meja perempuan wakil-wakil dari Kelana Jaya. Saya ingatkan 'usetat' tu memang dah kenal biasa dengan mereka, tapi bila diselidiki... rupanya usetat tu sesaja 'syiok' dok situ. Baca komen rakyat marhaen tentang pemimpin Pakatan, PKR khasnya. Baca teguran lain terhadap PKR di sini Dipetik dari Kerajaan Rakyat |
50 Sebab Mengapa Umno Perlu Dihalau Dari Selangor Posted: 25 Sep 2011 06:29 PM PDT Setelah 1 penggal ditadbir oleh Pakatan Rakyat, rakyat Selangor kini semakin hidup di dalam kesejahteraan setelah sejak merdeka semakin lama semakin terhakis hak rakyat tidak kira apa jua bangsa. 1. Kerajaan Pakatan Rakyat sangat peka tentang keadaan ekonomi dunia dengan tidak mengadakan perbelanjaan penuh berhemah dan tidak boros. 2. Kerajaan Negeri Selangor semakin kaya dengan perolehan yang meningkat dan jika diberikan peluang lagi negeri Selangor pasti lebih maju dan kaya. 3. Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya menyelesaikan projek-projek perumahan seperti projek TALAM terbengkalai yang selama ini telah bertahun lamanya. 4. Negeri maju seperti Selangor memerlukan lebih banyak penempatan dan kerajaan negeri memperkenalkan projek perumahan mampu milik sesuai dengan pendapatan sekeluarga. 5. Penyelesaian kepada projek hasil negeri seperti pasir telah diselesaikan dengan penubuhan syarikat anak negeri yang lebih mementingkan keuntungan negeri berbanding peribadi. 6. Pembekalan air bersih yang dinikmati oleh semua golongan masyarakat tidak kira yang memilih PR atau sebaliknya. 7. Kebebasan berniaga dengan adanya UPTOWN disetiap daerah dan bandar untuk peniaga-peniaga kecil. 8. Projek-projek negeri diberikan berpandukan kompetensi dan bukan kroni sahaja. 9. Memberikan kebebasan hak bersuara kepada semua NGO, Parti dan Individu dengan tidak mengenakan apa juga tindakan dan tekanan sehingga tertubuhnya GAPS yang memberikan teguran membina. 10.Kerajaan PR memberikan peluang kepada generasi baru bergembleng tenaga memajukan negeri Selangor dengan memilih ADUN dan Ahli Majlis baru. 11.Memberikan peluang golongan muda berkecimpung di dalam apa juga program kerajaan bagi mempertingkatkan keupayaan ekonomi negeri. 12.Memberikan bermacam-macam insentif kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang. 13.Memberikan insentif kepada golongan warga emas yang tidak mampu berkerja. 14.Memberikan tempat-tempat perniagaan yang boleh disertai oleh peniaga-peniaga baru di dalam bidang keusahawanan. 15.Memberikan modal perniagaan kepada usahawan yang mahu berkecimpung di dalam perniagaan dengan memberikan geran pinjaman usahawan. 16.Memberikan kemudahan pembayaran cukai seperti pusat pembayaran dan tempoh yang berpadanan kepada semua pihak. 17.Mempertingkatkan kualiti kemudahan awam seperti jalan raya. 18.Membasmi kegiatan rahsuah sehingga membawa perasuah ke muka pengadilan untuk diadili dengan penuh keadilan. 19.Membasmi kegiatan rahsuah di dalam pemberian projek dengan menyingkirkan pegawai-pegawai yang memberikan masalah di dalam pejabat kerajaan negeri. 20.Menyalaraskan sistem pembasmian rahsuah kepada ejensi-ejensi kerajaan negeri dengan menyiasat pegawai-pegawai yang menyeleweng. 21.Mempertingkatkan kualiti kehidupan dengan memberikan kebebasan beragama walaupun disalah guna oleh sesetengah golongan pelampau agama. 22.Mengadakan akhbar Selangor untuk setiap rakyat mengetahui perkembangan negeri dengan telus. 23.Mengelakkan pembaziran dan meningkatkan simpanan negeri. 24.Program pengurusan projek bergantung kepada keperluan rakyat dan bukan keperluan individu. 25.Menyeleraskan sistem khidmat masyarakat ke seluruh daerah untuk YB berkhidmat dengan cemerlang. 26.Menggugurkan YB yang gagal berkhidmat dengan cemerlang dan merehatkan mereka berdasarkan keperluan. 27.Penyiasatan secara terperinci kepada keperluan belanjawan YB agar tidak berlaku penyelewengan. 29.Menjaga keperluan rakyat berbilang bangsa atau masyarakat majmuk. 30.Mengadakan program muhibah kepada semua bangsa dan agama. 31.Menjaga dan mendaulatkan sistem Beraja Sultan Selangor dengan mengadakan perbincangan dan bukan penentangan. 32.Meletakkan keperluan rakyat berbanding keperluan peribadi. 33.Menyelesaikan permasalahan politik dipentas dewan rakyat tanpa perbalahan. 34.Menyelesaikan permasalahan agama dengan kuasa Sultan Selangor tanpa berlaku pemberontakan dan penentangan. 35.Menyelesaikan permasalahan bangsa dengan menghimpunkan semua bangsa di dalam satu wadah perjuangan rakyat. 36.Memberikan kenaikan elaun kepada guru-guru sekolah negeri demi melahirkan generasi yang akan memimpin negeri. 37.Menyeimbangkan kuasa pentadbiran pada semua kaum dan agama. 38.Melahirkan pemimpian berkalibar dan berkualiti dan berkhidmat untuk raykat. 39.Menjadikan suasana lebih aman dan makmur untuk semua orang menetap di negeri Selangor. 40.Memastikan setiap bekalan makanan dan minuman untuk semua rakyat mencukupi. 41.Memberikan keadilan kepada mahkamah mengadili kes-kes jenayah tidak kira melibatkan pihak berkuasa atau individu tanpa memilih bulu. 42.Memastikan rakyat dinegeri Selangor mencukupi dari segala aspek kehidupan. 44.Pemilihan barisan pentadbiran yang adil tanpa memilih bulu. 45.Gabungan mantap kuasa rakyat daripada parti berbilang bangsa dan agama. 46.Meneruskan agenda pembangunan material dan moral 47.Mengaktifkan pertubuhan dan komuniti untuk membantu di dalam projek pembangunan kampung. 48.Mengaktifkan komuniti masyarakat untuk pembangunan penduduk bandar. 49.Melatih rakyat untuk membuang sifat perkauman 50.Penerimaan sistem perundangan Islam untuk semua agama dan bangsa. TAHNIAH KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI DALAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR! Nantikan 50 Tuntutan Untuk Penggal Hadapan. Kami doakan kerajaan PR SEMAKIN MATANG mentadbir negeri PALING MAJU DI MALAYSIA! SALAM KEJAYAAN… kl-today |
Pemburu Bintang Tiga Dedah Tugas Polis Jaga Kepentingan British Posted: 25 Sep 2011 04:32 PM PDT TERUS mempertahankan kenyataan kontroversinya bahawa Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukan "polis British", Mohamad mendedahkan peranan polis waktu itu seperti yang ditulis dalam buku Pemburu Bintang Tiga karya Syed Osman Syed Omar. Syed Osman seorang polis yang matanya buta kerana cedera diserang hendap komunis. Dalam buku itu, bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British. "Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Ini polis yang tulis, bukan aku," katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu. Di samping itu tugas mereka, dakwanya, adalah mengintip dan mencari orang yang menentang British. "Saya syorkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, tolong baca buku ini supaya dia faham apa perbezaan mata-mata British dan Polis Malaysia sekarang ini. "Bila negara telah mencapai kemerdekaan polis tidak lagi menjaga estet dan lombong sebaliknya menjaga keselamatan rakyat, perlembagaan dan bertugas sebagai pasukan profesional," katanya. Sekarang ini katanya jika disebut sahaja nama orang yang dianggap kiri terus dilebal sebagai komunis. Tetapi Umno yang berhubung dengan Parti Komunis China tidak apa pula. Setelah diserang bertubutubi di media arus pertama sebelum ini, Mohamad pernah mempertahankan pendapatnya menggunakan buku terbitan Yayasan Warisan Johor berjudul Pengukir Nama Johor sebelum ia dinafikan yayasan bawah kerajaan negeri itu. /DD Laksamana Bukit Bintang |
Program Umno Di Minggu Suaikenal Mahasiswa Baru UKM Posted: 25 Sep 2011 05:52 AM PDT Kegembiraan saya apabila anak kesayangan mendaftar di UKM salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia pada 7 haribulan yang lepas, bagaikan lenyap sekelip mata apabila mendapat panggilan telefon daripada anak menyatakan bahawa dia terpaksa mengikuti program khidmat masyarakat dengan kerjasama UMNO kawasan Serdang awal pagi tadi. Saya agak tersentap selepas mendengar perkabaran daripada anak kerana dia memaklumkan sekarang sedang berlangsungnya Majlis Konvokesyen UKM. Sebagai seorang ibu, saya berasa sangat kecewa dengan pentadbiran UKM yang sepatutnya memberikan peluang kepada anak saya untuk mengambil semangat konvokesyen daripada senior-senior sebagai satu motivasi kepada anak saya yang masih baru dalam alam universiti. Saya juga dimaklumkan oleh anak saya orentasi pelajar baru akan tamat pada 2 oktober 2011. Perkara ini juga sangat merunsingkan saya kerana dia tidak dibenarkan pulang oleh pihak kolej dan terpaksa mengikuti segala program yang dianjurkan oleh kolej. Saya kesal kerana dia mengadu tertekan dengan aktiviti tersebut sedangkan sepatutnya dia didedahkan dengan keadaan persekitaran universiti yang kondusif. Saya berharap agar pihak pentadbiran UKM mengambil serius akan keluhan seorang ibu. Saya juga berdoa supaya anak saya menjadi insan yang banyak menyumbang kepada universiti |
Krisis Air Selangor - Isu Yang Disengajakan Umno Posted: 25 Sep 2011 05:10 AM PDT SHAH ALAM : Dakwaan bahawa Selangor bakal berhadapan dengan krisis air menjelang tahun hadapan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan gabungan persatuan pengguna sengaja dibangkitkan semula untuk menonjolkan bahawa kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di negeri ini tidak peka akan keperluan rakyat. Demikian pandangan ahli parlimen Klang, Charles Santiago ketika diminta mengulas mengenai krisis air yang dikatakan bakal berlaku di Selangor apabila saiz margin antara bekalan dan penggunaan air semakin rapat dengan anggaran jumlah itu sudah mencapai tahap tiga hingga lima peratus sahaja bersamaan 200 juta liter sehari (jlh). Menurut Charles, isu krisis air di Selangor dan sekitar kawasan Lembah Klang bukanlah isu baru, sebaliknya ia sengaja dibangkitkan oleh Syabas dan persatuan pengguna lain sejak dua hingga tahun lalu ekoran keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2. Jelas Charles, cadangan pembinaan loji rawatan air itu boleh diteruskan sekiranya penstrukturan semula air dapat diselesaikan dan dipersetujui semua pihak. Walaubagaimanapun katanya, semua usaha ini memerlukan persetujuan daripada kerajaan persekutuan dan melalui Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin. "Oleh kerana sekarang kita tiada perbincangan dengan kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau yang tidak mahu membuat keputusan untuk menyerahkan pengurusan air kepada kerajaan selangor, maka ia menjadi isu yang sengaja dipanjangkan. "Sebenarnya kerajaan Selangor telah menyatakan bahawa kerajaan negeri boleh menguruskan air di negeri ini dan juga sekiranya ia tidak mendatangkan masalah, kebenaran boleh diberikan kepada projek Langat 2 untuk diteruskan. Tetapi kerajaan persekutuan masih berdegil untuk memberi pengurusan air kepada kerajaan negeri dengan memberikan alasan yang tidak boleh diterima dan tidak masuk akal,"ujar beliau. Syabas sebelum ini mendakwa isu krisis bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menjadi kenyataan apabila rizab harian penggunan air hanya mencukupi keperluan kira-kira 800,000 pengguna di kawasan Gombak. Pengarah Eksekutif Perancangan Syabas, Sanusi Suleiman berkata, kadar rizab yang diunjurkan pihaknya ialah kira-kira 10 peratus untuk menangani keperluan waktu kecemasan. Tambah Carles, Syabas juga dilihat menggunakan analisa tidak tepat berhubung pertumbuhan penduduk dan penggunaan air sebenar di Selangor sehingga timbulnya spekulasi yang mengatakan krisis air bakal berlaku menjelang tahun 2012. Tegas beliau, kerajaan persekutuan mahupun Syabas sendiri tidak mahu mengeluarkan wang bagi mengurangkan penggunaan air tidak berhasil (non revenue water) dan membaiki paip air yang dipercayai boleh menangani isu krisis air untuk jangka masa panjang. "Ini mereka tidak mahu buat. Tetapi sebaliknya apa yang mereka buat ialah mengatakan bahawa satu kajian telah dibuat dan mendakwa bahawa kerajaan negeri Selangor harus memberi kebenaran untuk meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. "Jika kita lihat pandangan mereka dengan mendalam, maka kita akan nampak pelbagai masalah dalam pandangan atau perspektif mereka. Mereka sengaja mengkritik kerajaan Selangor dengan mengatakan kita tidak bertanggungjawab dan tidak peka masalah rakyat,"katanya lagi. Sementara itu, pemantauan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di tujuh empangan dan sungai-sungai utama di Selangor mendapati kedudukan paras air di semua muka sauk bagi keperluan loji pembersihan air adalah baik dan tidak membimbangkan. Menurut LUAS, sumber air di Selangor masih dalam keadaan yang mencukupi dengan taburan hujan yang tinggi dicatatkan di banyak kawasan terutamanya kawasan tadahan air. Secara purata, paras air di empangan pada tahun ini adalah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Justeru menurut pihak LUAS, Syabas perlu melihat teknologi terkini untuk merawat sumber air dan menaiktaraf loji-loji sedia ada bagi menambah kapasiti loji pembersihan air tersebut. Jelasnya, sekiranya berlaku krisis air, ia disebabkan oleh kegagalan loji pembersihan air untuk sentiasa memastikan bekalan air bersih mencukupi. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan