Selasa, 20 September 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Bergambar] Rumah Mat Sabu Dilempar Bom Petrol. Kerja Siapa?

Posted: 20 Sep 2011 01:10 AM PDT

Rumah Mat Sabu disambar api

Kediaman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian pagarnya terbakar.

Anak perempuannya Nurul Huda berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, beliau mendapati bahagian pagar depan dan lantai rumahnya terbakar, selepas dimaklumkan jiran.

"Saya tak nampak api. Waktu saya keluar rumah (api) sudah tiada. Cuma ada bau minyak dan gas," katanya yang berseorangan di rumah ketika itu.

Ibunya ketika itu berada di kampung halamannya di Perlis manakala Mohamad pula dipercayai mempunyai program di Pulau Pinang pada masa itu.

Nurul Huda, 27, berkata, jiran-jiran memaklumkannya melibat dua lelaki berada sekitar kawasan kediaman mereka sebelum mendapati api menyambar pagar rumah Mohamad.

Api itu juga dipadam terlebih dahulu oleh jirannya sebelum memaklumkan kepadanya kejadian itu, kata peguam muda itu.

Menceritakan kembali detik-detik semalam, Nurul Huda berkata, sejurus lepas kejadian, beliau terus menelefon pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.

"Polis datang kira-kira pukul 1 pagi. Saya buat laporan polis di situ juga. Salinan repot saya ambil pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada beliau merasa takut selepas kejadian yang pertama kali menimpanya itu, Nurul Huda berkata tidak kerana sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam masa terdekat.

"Saya sudah rasa lain macam dalam dua, tiga hari sejak lampu jalan depan rumah saya tidak menyala. Jadi, saya sudah ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya. -mk

PAS kecam cubaan bakar rumah Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 20 Sept: PAS mengecam pihak tertentu yang menyerang rumah Timbalan Presiden Mohamad Sabu di Seksyen 19 di Shah Alam malam tadi dipercayai menggunakan bom petrol.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS memandang serius perkara itu kerana sejak laporan salah media terhadap Mat Sabu berhubung isu Bukit Kepong, timbalan presiden PAS itu menerima pelbagai ugutan SMS sehingga ancaman fizikal hari ini.

"Kita pandang serius serangan ini. Sebelum ini Mohamad Sabu ada buat laporan polis beliau kena ugut dan terima ancaman, saya harap pihak keselamatan boleh meningkatkan kawalan terhadap keselamatannya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Pada 8 September lalu, Mohamad juga mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Dalam situasi sekarang ini ujar Tuan Ibrahim, sebarang ancaman tidak boleh lagi dipandang enteng kerana kebanyakan ancaman disusuli tindakan.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mohamad terbakar, dipercayai akibat bom petrol.

Ketika kejadian itu Mohamad dan isteri difahamkan tiada dirumah dan hanya disedari anaknya Nurul Huda, 27, selepas dimaklumkan jiran.

Mengulas lanjut insiden itu, Tuan Ibrahim menasihatkan semua pihak menggunakan saluran undang-undang yang betul jika tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak dan bukannya bertindak melulu atas kemarahan diri.

Selain itu beliau turut menasihatkan media, agar melaporkan perkara yang betul supaya tidak menimbulkan kemarahan rakyat yang boleh mengancam keselamatan orang lain.

"Media pelu elak putar belit. Jangan sengaja bangkitkan kemarahan rakyat dengan isu agama dan perkauman sehingga mengancam keselamatan seseorang," katanya. -HD








Ulasan GB

Bom Petrol. Masih ingatkah sebelum berlaku perhimpunan Bersih 2.0 tempohari?

Ada sandiwara semusim dimana kononnya ada baju BERSIH dengan bom petrol ditemui... semata-mata nak burukkan penganjur BERSIH. Satu dunia sudah tahu ia sandiwara pihak tertentu.

Sekarang rumah Mat Sabu mangsa dengan bom petrol berkenaan.

Dulu GB ada ulas. Cuba baca semula:

Persoalan kini, ia angkara siapa sebenarnya?

Bila ada saja kes yang melibatkan perkauman dan agama, maka akan timbul kes bakar-membakar, simbah cat, gelidah curi komputer/laptop dan seumpamanya.

Jika berlaku sekali atau dua kali mungkin orang tidak tahu dan tidak perasaan. Tetapi apabila melebihi tiga kali, orang sudah menghidu ia adalah perbuatan....

P.Ramli di dalam kisah "Ali Baba & 40 orang penyamun" memberitahu "Chief Penyamun" (Ibrahim Pendek) buah dadu yang dipinjam itu boleh baling 2 atau tiga kali sahaja. Kalau lebih daripada itu akibatnya nahaslah yang akan diterima nanti.

Ibrahim mendengar dan patuh pesanan gurunya itu. Sebab itu selepas membuat dua kali balingan dia gulung dadunya dan pulang dengan membawa wang keuntungan besar. Orang lain yang menikam atas nombor lain semuanya kalah kerana nombor dua sudah dikontrak oleh Ibrahim.

Semua orang yang menikam dadunya kena tipu hidup-hidup oleh Ibrahim Pendek.

Pengajaran dari filem Ali Baba & 40 orang penyamun itu cukup besar ertinya. Ia sepatutnya diamati dan dihayati oleh mereka yang nak buat jahat. Apa yang hendak disampaikan P Ramlee, kalau nak buat jahat jangan lebih daripada dua kali. Sekali dua mungkin boleh sebab orang tidak dapat mengesaninya, tetapi kalau hari-hari bohong, kelentung, ampu sana ampu sini lama kelamaan pembohongan itu akan makan diri.


Takkan tak tahu-tahu lagi angkara siapa.


MB Kedah Jawab Isu Beli Kereta KCX 8

Posted: 19 Sep 2011 11:20 PM PDT

Alor Setar - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

"Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu," katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

"Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah," katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

"Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak," katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

"Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan," katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

"KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,"
katanya.

Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.

Menjawab soalan Sinar Harian, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.

Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.

Bagaimanapun selepas penjelasan Azizan disiarkan Sinar Harian yang menafikan kereta KCK 8 dibeli, Menteri Besar itu sebaliknya didakwa sengaja memutar belit kenyataan kerana isu sebenar adalah merujuk pada kereta bernombor plet KCX 8. -SH

[Bergambar & Video] 54 Maut Dalam Gempa Di Sempadan India, Nepal &Tibet

Posted: 19 Sep 2011 09:46 PM PDT

Guwahati - Sejumlah askar dan anggota penyelamat mencari mangsa-mangsa kejadian gempa bumi semalam dalam hujan di perkampungan di banjaran Himalaya.

Gempa bumi yang sekuat 6.9 pada skala Richter itu menyebabkan 54 orang terbunuh di India, Nepal dan Tibet yang dikuasai China.

Pusat gempa bumi itu adalah di Shangri-la, negeri Sikkim, India.

Gegaran gempa bumi yang berlaku malam kelmarin boleh dirasai di New Delhi yang terletak kira-kira 804.67 kilometer dari pusat kejadian.

Awan tebal menghalang beberapa helikopter penyelamat terbang dekat kawasan yang terjejas akibat gempa bumi.

Menurut jurucakap polis sempadan India-Tibet, Deepak Pandey, gempa bumi tersebut melonggarkan struktur tanah menyebabkan tanah runtuh akibat hujan.

"Kami sudah menyelamatkan lebih 400 orang sejak malam kelmarin," katanya.

Angka kematian terkini mungkin mengambil masa selama beberapa hari untuk disahkan.

Gambar-gambar di televisyen menunjukkan sejumlah orang di bandar utama negeri Sikkim, Gangtok duduk di tepi jalan di bawah payung dalam hujan lebat selepas mereka enggan memasuki rumah masing-masing kerana takut gegaran susulan.


BEBERAPA penduduk semalam melihat kerosakan akibat gempa bumi di Bhaktur, Nepal

"Orang ramai masih lagi panik," kata seorang penduduk di Gangtok, Pawan Thapa menerusi telefon kepada wartawan agensi berita Reuters.

Kedai-kedai, pejabat dan premis perniagaan ditutup di Gangtok dan kawasan berdekatan dengan bandar itu.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 6.10 petang waktu tempatan dan gegarannya dirasai di lima buah negara termasuk Bangladesh dan Bhutan.

Lebih 1,000 askar China dihantar untuk membantu kerja-kerja menyelamat.

Antara yang maut itu ialah dua orang di Bihar manakala enam lagi di negeri Bengal Barat.

Seramai tujuh orang mati di Nepal, tiga daripadanya menemui ajal selepas sebuah dinding di Kedutaan Britain di Kathmandu runtuh ke atas sebuah kereta dan motosikal.

Tujuh orang mati dan ratusan kehilangan tempat tinggal di Tibet, China.

Sejumlah gempa bumi telah melanda utara dan timur India pada tahun ini tetapi tiada yang menyebabkan kerosakan atau kecederaan.

Pada 2001, satu gempa bumi melanda negeri Gujarat, India menyebabkan 19,700 orang mati selain mengakibatkan kerosakan di Pakistan. - Agensi









Hakim Terkedu Pesalah Merayu Agar Dirinya Dihukum Gantung

Posted: 19 Sep 2011 07:50 PM PDT

Hakim terkedu tukang gunting rayu digantung

SUNGAI PETANI: Kebiasaannya pesalah jenayah akan memohon hukuman ringan tetapi lain pula berlaku kepada seorang tukang gunting di Mahkamah Sesyen semalam.

Tertuduh K Pasupathy, 26, bukan saja mengaku bersalah atas tuduhan menetak ibu kandungnya, S Krishnamah, 49, malah meminta Hakim Norsalha Hamzah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya.

Norsalha yang terkejut dengan permintaan itu meminta jurubahasa menerangkan hukuman terhadap tuduhan dikenakan terhadapnya tidak membawa hukuman gantung.

Selepas diberi penjelasan, Norsalha menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan terhadap tertuduh.

Mengikut fakta kes, Pasupathy didakwa menetak ibunya dengan sebilah parang sehingga menyebabkan kecederaan parah di rumah No 1739, Lorong 36, Taman Ria, di sini, jam 8 pagi, 6 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda dan sebatan atau kedua-duanya.

Pasupathy yang tidak diwakili peguam mengangguk memahami dan mengaku bersalah ketika tuduhan dibacakan oleh jurubahasa.
Bagaimanapun, Norsalha memberi peluang kepada tertuduh untuk mengemukakan rayuan sebelum memutuskan hukuman.

Melalui jurubahasa, dia berkata: "Yang Arif saya memohon hukum gantung sampai mati" dan selepas dijelaskan kesalahan itu hanya memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, beliau terdiam seketika.

"Kalau macam itu saya minta hukuman penjara 20 hingga 30 tahun. Hukumlah penjara maksimum sebab saya ada banyak masalah peribadi, " katanya. – BERNAMA

Kecoh Hantu Bonceng, Sanggupkah Mereka Menanggung Dosa Setiap Yang Menonton?

Posted: 19 Sep 2011 05:35 PM PDT

PAS dakwa LPF, Finas benar filem Hantu Bonceng hina kalimah

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Dewan Pemuda PAS berkata pihaknya sangat kesal dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan – terbaru Hantu Bonceng, yang disiarkan sejak awal Aidilfitri.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem itu yang mengandungi unsur menghina Islam, arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan Mohd Razizan Abd Razak atau dikenali "Zizan RL".

"Salah satu babak dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah s.a.w. apabila Zizan menyebut 'Asyhadu anna Muhammadar Syaitan' yang membawa maksud 'aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan.

"Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa,"
kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru kata beliau, penggunaan kalimah itu membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

"Sementelah pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan akidah masyarakat awam," katanya lagi.

Filem Hantu Bonceng dilaporkan kini melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem kedua tertinggi dalam sejarah daripada segi kutipan apabila mencatat kutipan tiket RM8.35 juta setelah ditayangkan secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu.

Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn. Bhd. dan turut dibintangi Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid Baharudin.

Oleh itu tegas Nasrudin, Dewan Pemuda PAS turut mempersoalkan jika benar wujud panel penapisan dalam LPF ataupun FInas sendiri mengenai filem-filem yang bakal ditayangkan untuk tontonan umum, mengapa masih wujud babak yang menimbulkan kontroversi.

"Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai? Penapis teh atau penapis cendol yang berlubang besar sehingga masih banyak adegan yang 'menyenakkan mata' dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan,"
kata beliau lagi.

Nasrudin juga berkata, lebih malang pihak berkuasa agama seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam.

Nasrudin menambah, lambakan filem tahyul dan karut menerusi tontonan umum di kaca televisyen sama ada melalui saluran kerajaan ataupun swasta, terus bermaharajalela tanpa sebarang tindakan berkesan oleh pihak berkuasa agama.

"Apa sudah jadi? Apakah pihak berkuasa agama tidak menyedari perkara ini?

"Jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya?" katanya.

Beliau menambah, kerajaan juga selayaknya serius melihat perkara ini dan jangan membiarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam dalam negara ini.

Katanya, Dewan Pemuda PAS sangat khuatir sekiranya tidak ada satu garis panduan yang berlandaskan syariat Islam menjadi rujukan kepada LPF dan Finas, filem-filem yang lebih "luar biasa" akan dihasilkan dan mungkin diluluskan kerana keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak-pihak tertentu tanpa menimbang tara impak yang akan berlaku.

Justeru kata beliau, Dewan Pemuda PAS mahu Finas dan LPF untuk mewujudkan panel syariah yang berautoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi terutama dalam menapis cerita atau filem yang mempunyai kaitan dengan agama Islam.

Selain itu, kata beliau, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa agama seperti Jakim terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem.

"Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri," katanya lagi. -TMI

Ulasan GB

Penghinaan terhadap Islam yang terang-terangan berlaku, tetapi pihak yang bertanggungjawab berpeluk tubuh dan mendiamkan diri!

Kemudian pelakonnya diberitakan telah menyatakan bahawa


Jawapan yang sebegitu mudah diberikan. Kita ingin menegaskan, sekalipunbeliau tidak "berniat" menghina Islam tetapi "perkataan dan tindakan" di dalam filem itu telah pun menghina Islam. Persis seseorang yang melanggar orang lain di dalam satu accident memberi jawapan: Saya tak berniat untuk langgar. Bolehkah jawapan itu mampu melepaskannya dari kesalahan?

Dan sanggup mereka yang berkewajipan menyemak dan melulusterbitkan filem berkenaan menanggung dosa sekalian mereka yang terlibat, samada menerbitkan, berlakon dan yang menonton filem berkenaan?

Anehnya penghasilan filem-filem bercorak tahyul, syirik, khurafat dan yang boleh merosakkan aqidah terus diberi ruang yang begitu bebas dan luas di dalam dunia penyiaran dan perfileman di negara ini.

Semakin hari semakin keterlaluan. Genap setahun yang lalu, GB pernah mengulas di SINI. Petikan:


Penyemarakan unsur syirik, khurafat dan tahyul di dalam filem-filem Melayu mutakhir ini sperti cendawan tumbuh yang tidak terkawal.

Kita menjadi hairan dengan sikap berdiam diri para mufti, JAKIM dan lain-lain yang berautoriti di dalam hal-hal keagamaan di dalam negara kita. Lebih malang lagi apabila Lembaga Penapis Filem seperti menggalakkan kehadiran filem-filem tempatan yang merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Kita boleh saja terima jika filem itu dari dalam atau luar negara yang dilakonkan oleh mereka yang bukan beragama Islam, namun apa yang mendukacitakan ialah filem-filem berkenaan dihasilkan dan dilakonkan oleh mereka yang beragama Islam.

Apa sebenarnya juga agenda Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan penerbitan dan penayangan filem berunsur syirik itu?


ISA: Selama Ini PR & NGO Menentangnya, UMNO/BN & Perkasa Mempertahankannya

Posted: 19 Sep 2011 03:59 PM PDT

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan pemansuhan ISA dan penyemakan akta-akta yang dianggap "decronain" oleh Perdana Menteri pada malam perayaan 16 September 2011 adalah satu pengiktirafan peranan parti pembangkang dalam melaksanakan apa yang dikatakan "check and balance" dalam sebuah negara yang mendakwa mengamalkan sistem demokrasi.

Menurutnya, peranan pembangkang yang konsisten dan berani untuk menyuarakan perjuangan rakyat yang menjadi mangsa kezaliman ISA dan akta-akta yang jelas melanggari prinsip-prinsip kebebasan dan hak asasi manusia selama lebih lima puluh tahun adalah bukti kukuh yang mana akhirnya kerajaan BN akur dan menginsafi akan peranan pembangkang didalam dan diluar parlimen.

Pengumumuan Perdana Menteri yang bersedia memansuhkan ISA dan akta-akta draconian yang lain adalah merupakan anjakan paradigma minda rakyat yang memperakui peranan institusi pembangkang dalam sebuah negara yang sedang berjuang untuk menyuburkan sistem demokrasi seperti Malaysia, tambahnya di dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Salahuddin yakin bahawa rakyat negara ini telah membuka mata mereka untuk mengiktiraf kemenangan mereka sendiri melalui perjuangan yang begitu panjang dan memberikan komitmen mereka kepada Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan total dalam pilihanraya akan datang.

Di dalam satu perkembangan berasingan, Datuk Seri Najib Razak tetap akan menafikan keputusannya memansuhkan ISA adalah hasil perjuangan Pakatan Rakyat, walaupun orang ramai amat faham dengan realiti itu, demikian kata AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa, harakahdaily dipetik.

Penentangan Pakatan Rakyat terhadap ISA antara lain terbukti dengan penubuhan sebuah NGO, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang membabitkan para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, tetapi dipersendakan oleh para pemimpin Umno.

PAS, PKR dan DAP telah bersama dengan GMI sejak NGO itu ditubuhkan pada tahun 2008 lalu, manakala Umno pula menuduhkan para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat serta aktivis GMI sebagai kumpulan yang tidak memahami ISA dan kepentingannya untuk negara.

Menurut beliau, penentangan para pemimpin Umno terhadap perjuangan untuk memansuhkan ISA oleh Pakatan Rakyat disuarakan oleh para pemimpin Umno di dalam persidangan Parlimen.

Katanya, selain itu, Umno menerusi proksinya, Perkasa turut menyuarakan penentangan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat itu dengan mengadakan himpunan khas, tetapi gagal menarik minat ramai apabila hanya dihadiri sejumlah kecil peserta sahaja.

"Realiti itu amat jauh berbeza dengan himpunan yang diadakan oleh GMI yang dihadiri puluhan ribu orang yang juga para penyokong Pakatan Rakyat," katanya..

Media pro Umno sejak kelmarin melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa langkah kerajaan memansuhkan akta ISA adalah "hasil perjuangan" Pakatan Rakyat

Sebaliknya, menurut Najib, langkah berkenaan dibuat oleh Kerajaan BN kerana Kerajaan BN mendengar isi hati rakyat yang mahukan perubahan.

Sehubungan itu, Najib meminta agar jangan ada orang hendak 'claim credit' kononnya pengumuman itu adalah hasil perjuangan mereka.

Ulasan seperti itu dibuat oleh Najib sejak keputusan memansuhkan ISA diumumkan menerusi perutusan Hari Malaysia pada 16 September.

Selain itu, beliau juga berkata demikian sebagai mengulas reaksi segera yang ditimbulkan pemimpin Pakatan Rakyat yang mengatakan langkah Kerajaan BN memansuhkan ISA merupakan salah satu usaha yang digariskan dalam manifesto Buku Jingganya.

Namun menurut Najib, pemansuhan akta itu dibuat untuk memenuhi janji beliau semasa mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri, manakala tindakan itu akan meletakkan Malaysia atas landasan lebih progresif dan terbuka dalam memelihara ketenteraman awam.

"Perubahan yang saya umum itu kerana kita dengar suara dan isi hati rakyat," katanya yang turut diperdengarkan dalam program Sirih Pulang ke Gagang di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam kelmarin.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kenyataan berulang kali yang dikeluarkan oleh Najib itu jelas menunjukkan Najib menolak tekanan yang dialaminya berhubung perlaksanaan ISA selama ini.

"Tetapi perkara itu tidak boleh dinafikan oleh Datuk Seri Najib. Menafikan tekanan dari Pakatan Rakyat yang dialaminya berhubung perlaksanaan ISA selama ini sehingga membawa kepada pemansuhan akta itu tidak akan memberikan sebarang keuntungan kepada Perdana Menteri," katanya.

Malah, semakin dinafikan oleh Perdana Menteri, tegas beliau, semakin ketara pula kesombongan dan ketidakikhlasan Perdana Menteri berhubung pemansuhan ISA yang diumumkan pada 16 September lalu yang dikatakan untuk tranformasi politik di tanah air.

Pihak Berkuasa Bekerjasama Dan Sengaja Tutup Mata Terhadap Kesalahan Blogger UMNO?

Posted: 19 Sep 2011 02:00 PM PDT

Demi konspirasi, blogger Umno kebal undang-undang – AMK

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip mendakwa blogger Umno dilindungi pihak berkuasa semata-mata kerana peranan mereka berkonspirasi menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kebal dari sebarang tindakan undang-undang, blogger upahan Umno,Papagomo tidak pernah dipanggil memberi keterangan sama ada oleh polis atau Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

Terbaru, tindakannya menyebar video fitnah di internet yang didakwa sebagai Anwar tidak pernah diambil tindakan.

"Apakah kerana Papagomo menyerang Anwar, maka dia terlepas dari tindakan undang-undang? Sepatutnya polis telah lama menyiasat Papagomo.

Tindakannya sebelum ini menyiarkan video fitnah di internet sehingga menyebabkan beberapa orang didakwa di mahkamah.

"Kalau sebelum ini trio Datuk T membuat tayangan lucah di Hotel Carcosa dan menjadi kesalahan. Mungkin menggunakan blogger dan menyiarkannya di internet adalah cara untuk mengelak sebarang tindakan."

"Papagomo juga mengugut untuk mengeluarkan lagi video-video dalam siara blognya akan datang. Persoalannya, bagaimana dia memperolehi video ini. Kenapa seperti ada kekebalan. Siasat dia segera,"
katanya kepada Keadilandaily.

Rozan turut mencabar sama ada Datuk Eskay yang dikatakan wajahnya turut tersiar dalam rakaman itu untuk menafikan penglibatannya dalam pengedaran video tersebut.

"Dia kena declare (umum) yang dia tak terlibat dengan pengedaran video. Begitu juga dengan Presiden Umno dan Datuk T"

Terdahulu, Rozan membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur mendesak Ketua Polis Negara menyiasat penyebaran video fitnah terhadap Datuk Seri Anwar.

Katanya, tindakan TV3 memetik siaran blog tersebut dan melaporkannya pada program Buletin Utama malam tadi menimbulkan prasangka dan pandangan negatif orang ramai terhadap Anwar, sedangkan siasatan tidak pernah dibuat. -KD

Ulasan GB

GB tidak hairan sedikit pun dengan special treatment yang diberikan oleh pihak berkenaan terhadap blogger UMNO ini. Kerana yang memberikan special treatment itu sendiri tidak menyedari yang hayatnya sendiri pun kian pupus.

Golongan ini adalah golongan tidak beriman. Jadi apa ada hairan dengan apa yang mereka ada?

لاَ يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُواْ فِي الْبِلاَدِ
مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ


Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang ingkar bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya. [Ali Imran : 196-197]

وَلاَ يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِّأَنفُسِهِمْ
إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُواْ إِثْماً وَلَهْمُ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Dan janganlah sekali-kali orang ingkar itu menyangka bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka adzab yang menghinakan. [ِAli Imran : 178].

اسْتِكْبَاراً فِي الْأَرْضِ وَمَكْرَ السَّيِّئِ وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ الْأَوَّلِينَ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَبْدِيلاً وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَحْوِيلاً

Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana yang jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangnya. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fathir : 43 ]

Sebelum ini GB sudah mengulas di dalam entri bertajuk: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja. Petikan:

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....


Benarkah Kickdefella Tak Hairan Husam Samannya RM5 Juta?

Posted: 19 Sep 2011 07:00 AM PDT

Husam saman Kickdefella RM5 juta

KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azidi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.

Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT' pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel 'SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN' yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel 'HUSAM ITU PEMBOHONG' pada hari Ahad 3 Julai 2011.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu (1) hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.

Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar 8% setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan suaimanfaat. -HD


Ulasan GB

Sering cakap juta-juta, sekarang, anda kena saman berjuta. Tapi mungkin anda tidak hairan sebab UMNO boleh supply/support lebih daripada jumlah yang disaman itu kerana anda sudah berjaya kucar-kacirkan sedikit kerajaan Kelantan sebelum ini(?)

Allah pasti menyelamatkan dan membersihkan jemaahNya dari sebarang anasir yang kotor dan keji dan Dia telah pun dan akan terus melakukannya.

p/s Dulu GB dah berpesan kepada para blogger, cari nickname tu biar elok sikit. Nickname tu sendiri sebenarnya boleh melambangkan perwatakan yang sebenar. Ia akan kembali kepada diri sendiri.

KICKDEFELLA - anda nak "kick" orang, berakhir nanti anda yang kena tendang, bukan sekali, malah bertubi-tubi selagi tak ubah nama itu. Dan apabila dah ubah nama, jangan lupa ubah sikap dan perangai. Itu lebih mustahak.


"Tiada Bukti DNA Lelaki Y Itu Dari Sperma", Terkencing Dalam Kain Ahli Kimia Malaysia

Posted: 19 Sep 2011 05:45 AM PDT

Pakar: Ahli kimia 'sembunyi' maklumat DNA ketiga

Pihak pembelaan dalam perbicaraan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan.

Tumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.

Ram Karpal, yang menyoal balas berkata demikian berikutan penemuan 18 allele yang menunjukkan kemungkinan kehadiran orang ketiga.

Katanya, keraguan timbul tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari.

Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald berkata kedua-dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon - tidak sepatutnya mengabaikan pencemaran berkenaan.

"Mereka sepatutnya menjalankan ujian lanjut untuk memperkuatkan penemuan tentang 18 allele itu,"
kata McDonald.

Katanya, berdasarkan laporan pakar kimia tempatan itu, mereka telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful.

Namun Dr McDonald berkata Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan 'lelaki Y'.

"Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa," katanya.

Apabila ditanya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengapa ini adalah perlu, Dr McDonald menjawab kerana lebih banyak ujian diperlukan bagi mengenal pasti milik siapa DNA itu (pada 18 allele).

"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan mengapa ujian lanjut tidak dilakukan."

Justeru katanya lagi, pakar kimia tempatan itu telah mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing.

"Dia tidak boleh mengatakan ia milik sesiapa... hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli," katanya lagi. -mk


Kes liwat: Tiada bukti DNA 'Lelaki Y' hasil dari sel sperma

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Pakar dari Australia menegaskan tiada bukti yang menunjukkan bahawa profil-profil DNA yang diperoleh daripada "Lelaki Y" dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim datang daripada sel-sel air mani.

Dr Brian McDonald, saksi pembela memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pihak pendakwa tiada bukti bagi menunjukkan jensi sel yang profil DNA diperoleh.

Justeru, pakar DNA ini juga mencabar penemuan analisis yang dikendalikan oleh ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dan Dr Nor Aidora Saedon.

Malah Dr McDonald juga menekankan kemungkinan wujud kontaminasi ke atas sampel-sampel yang diambil dan diuji oleh kedua-dua ahli kimia, yang menurutnya telah diabaikan oleh mereka.

"Tiada bukti dikemukakan, yang membolehkan pendakwa membuat rumusan itu," kata Dr McDonald ketika ditanya oleh peguam pembela Ramkarpal Singh sama ada pendakwa ada membuktikan bahawa profil-profil DNA daripada "Lelaki Y" sebenarnya datang daripada sel-sel air mani
.

"Kita tidak tahu jenis-jenis sel yang sampel diambil," kata beliau.

Dr McDonald sebelum ini berkata bahawa profil-profil yang diperoleh daripada sampel sperma, yang diambil dari bahagian rektum pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak menunjukkan sebarang bukti yang keadaan bahan bukti itu terjejas.

Beliau ada memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa profil DNA di bahagian rektum tinggi adalah milik "Lelaki Y", satu lagi kepunyaan Saiful dan yang ketiga, dari kawasan rektal rendah tidak konklusif.

Dr McDonald juga berkata Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengabaikan penemuan yang mengesyorkan mengenai kehadiran sampel DNA ketiga.

"Mereka seharusnya telah mengadakan ujian susulan untuk menguatkan penemuan ke atas 18 allele (profil DNA). Kedua-dua (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan sebarang penjelasan mengapa ujian susulan tidak dijalankan," katanya lagi.

Pakar itu memberitahu ujian-ujian dijalankan oleh ahli kimia kerajaan gagal untuk menunjukkan dari mana sampel-sampel DNA diperoleh.

"Bukti ini tidak memberitahu kita (sama ada) ia datang daripada sperma atau air liur," kata Dr McDonald.

Anwar, 64, yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008. -TMI




Ulasan GB

Apa yang yang sebenarnya berlaku ialah, dari sudut psikologinya, minda kedua-dua orang ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon telah terkepung dan tertumpu kepada kemungkinan wujudnya "arahan pihak tertentu" untuk menganalisa dan membuktikan DNA lelaki Y itu adalah Anwar. Itu pun sebenarnya gagal!

Akibat daripada itu, kedua-dua ahli kimia itu terabaikan SOP makmal bagi memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing seperti yang didakwa oleh Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald.

Ia adalah satu pencabulan professionalisme bagi seseorang yang dianggap "pakar kimia".

Lebih banyak lagi nanti pendedahan terhadap perlanggaran SOP semata-mata untuk mengkaitkan DNA lelaki Y itu adalah milik Anwar. Ia seperti mengikut "skrip" yang disediakan. Stay tuned!


p/s Macam kes video seks papagomo jugak, mindanya dah terkepung dan terpimpin untuk hasilkan video seks, whatever it costs. Ia tidak mengikuti "kebenaran" yang ada dihatinya, tetapi mengikut skrip kehendak orang lain. Jadi yang dilakukan hanyalah "bagaimana nak mencipta dan mereka evidences" mengikut skrip tersebut sehingga terabai faktor-faktor penting yang lain. Hasilnya berlakulah kepincangan-kepincangan dari sudut teknikaliti dimana pakaian Anwar tak serupa dengan adegan yang didedahkan sebelumnya.

Ingatlah pembohongan itu sama sekali tidak dapat menutup kebenaran.

Bangla Ugut Sebar Gambar Lucah Gadis Nak Putus Hubungan Dengannya

Posted: 19 Sep 2011 02:30 AM PDT

Gadis diugut teman lelaki warga asing

JOHOR BAHRU - Seorang gadis berusia 23 tahun tertekan apabila bekas teman lelakinya, seorang warganegara Bangladesh mengugut akan menyebarkan gambar lucahnya selepas mangsa menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta yang dijalinkan sejak beberapa bulan lalu.

Mangsa mendakwaugutan itu mula diterima sejak awal bulan lalu selepas dia menghubungi suspek dan menyatakan hasratnya untuk memutuskan hubungan mereka.

Lelaki berkenaan yang berusia 40-an, sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu dikatakan akan menyebarkan gambar lucahnya menggunakan laman web sosial kepada ahli keluarga, jiran dan kenalan yang lain.

Lebih memeritkan, lelaki itu juga turut meminta mangsa memulangkan semula wang berjumlah RM25,000 yang dibelanjakan sepanjang mereka bercinta sebagai syarat memutuskan hubungan.

Dipercayai gambar mangsa itu dirakam menggunakan telefon bimbit lelaki berkenaan ketika mereka menginap di sebuah hotel di Seremban, Negeri Sembilan, beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat gadis berkenaan berhubung ugutan diterima daripada bekas teman lelakinya itu.

Menurutnya, mangsa yang tertekan dengan ugutan daripada bekas teman lelakinya itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Skudai, sejurus menerima kiriman gambar lucah berkenaan.

"Susulan laporan diterima, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di sebuah rumah dan berjaya menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Lelaki terbabit ditahan kerana mengugut mangsa dan siasatan kes sedang berjalan. Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat," katanya. -SH

Kekasih ugut sebar gambar lucah

JOHOR BAHRU: Terjerat dengan cinta 'Bollywood' seorang gadis berusia 23 tahun tertekan selepas teman lelaki warga Bangladesh mengugut menyebarkan gambar lucahnya sejurus mangsa menyatakan hasrat memutuskan hubungan cinta terjalin beberapa bulan lalu.

Mangsa mendakwa bekas teman lelakinya yang berusia 40-an dan sudah berkahwin serta mempunyai tiga anak berang mengugut menyebarkan gambar lucahnya di Internet.

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai juruwang di sebuah syarikat kiriman wang ke luar negara turut menuntut mangsa memulangkan RM25,000 dibelanjakan ketika mereka bercinta sebagai syarat memutuskan hubungan.

Mangsa mendakwa diugut awal bulan lalu selepas menghubungi suspek dan menyatakan hasratnya memutuskan hubungan. Bagaimanapun, suspek yang berang menghubunginya dan mengugut menyebarkan gambar lucah wanita berkenaan
.

Pada mulanya, mangsa menyangka ia hanya gurauan, namun terkejut melihat beberapa gambar lucahnya dikirim lelaki Bangladesh itu menggunakan e-mel, selain menerusi Kiriman Pesanan Multimedia (MMS).

Gambar lucah itu dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit suspek ketika menginap di sebuah hotel di Seremban beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan gadis berkenaan Rabu lalu. -hm


Ulasan GB

Pertama, mangsa dah pun ambil duit Bangla itu RM25,000,
Kedua, mangsa mengetahui Bangla itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak,
Ketiga, dah bersama dengan Bangla itu di hotel beberapa bulan lalu apatah lagi kebodohan membenarkan gambar lucahnya diambil.

Fikirkan, what kind stupid fool the girl was.

Tiada ulasan: